Aku la yang paling lambat kalau bab-bab gajet and teknologi ni.
Orang lain dah nak masuk powerbank yang kelima, aku baru nak pakai. Tu pun free.
Sebenarnya aku tak tau menahu kewujudan power bank ni.
First aku ternampak perkataan power bank ni kat news feed juga. Sape ntah cakap pasal "nasib baik bawak power bank". Tapi cam biasa la kan, aku ni takkan ambik tau melainkan aku memerlukan.
Pastu aku penah tanya kawan aku apa tu power bank.
Kawan aku pun cerita la power backup.
Time tu aku tak rasa satu keperluan sebab kat rumah and ofis aku ada henfon charger, kat keta ada car charger, so bilakala aku nak guna power bank ni pun tak tau la. So, aku abaikan. Takde keperluan.
Until aku dapat free seketul.
Tu pun aku tak guna.
Aku dapat, bukak pakej, and simpan.
Until aku dah tukar ke S4, masa ni aku tak teringat pun pasal power bank ni, tapi aku macam perasan la S4 ni cepat nau makan bateri. Features dia menyebabkan sehari je bertahan kalau tak charge. Selama ni kan aku pakai BB. BB ni tak makan bateri sangat. Apa aje la yang ada kat BB tu kan. Lagipun aku just guna email and FB je. Lain-lain tu jarang sangat.
Masa kawen sedara aku baru-baru ni, aku banyak ambik gamba guna S4. Dah tak pandang dah Lumix Canon segala. Aku rasa camera S4 lagi cun. Tak sampai setengah hari, bateri dah tinggal 10%, maybe terlalu banyak sangat guna kamera pastu kejap-kejap aku update kat sedara-mara yang lain pasal nikah ni. Kebetulan lepas nikah aku bawak aunty-aunty sedara aku ronda semua. Memang masa ni henfon dah mati terus. Masuk je dalam kereta pukul 7pm, terus charge. Hah kauuuu. Berjujuk email and mesej masuk sampai jem kejap henfon aku.
Esoknya nak reception.
Aku dah risau, Ni mau kang sampai tengahari je bateri aku tahan. Abis tu pengantin berarak kang camne nak ambik gamba. Pastu baru aku teringat kat power bank ni. Malam tu aku charge power bank sampai full, esok aku tunggu je bateri aku tinggal nyawa-nyawa ikan dan dengan eksyennya aku charge. Wahhhhhhh best! Best! Best! Serta-merta rasa macam gajet savvy.
Now powerbank ni jadi harta perkongsian Redza and Rayyan.
Especially kalau dalam kereta.
Dorang ni semua main tablet selagi skrin tu tak malap dorang tak reti nak charge. Padahal 2-3 kali tab tu kasik warning, punnnnn tak paham-paham gak. Nanti bila kita semua dah masuk kereta barulah masing-masing "Ma, charge..". Seb baik powerbank ni ada 2 punat, dapatla aku sumbat dua-dua serentak. Kalau dulu keluar rumah mesti bawak purse and henfon. Now, powerbank pun wajib angkut sekali. Dibuatnya time nak makan tab habis bateri, konfem panglima aku berkuntau. Tercekik aku nak makan.
So far kalau aku guna hanya untuk S4 saje, aku can charge 3 kali.
Kalau guna serentak S4 and tab, aku boleh charge satu setengah kali S4 and 1 kali tab.
Kira ok la ni. Takkan kau nak depend kat powerbank semata-mata. Aku guna pun kalau betul-betul takde sumber aku nak charge henfon. Kalau dalam keta, aku still guna car charger. Kalau kat rumah, cucuk terus kat dinding. Kebanyakkan dari kita, paling-paling pun sehari suntuk kat luar rumah, pastu mesti akan balik ke rumah/hotel. Sempat kau nak charge powerbank tu semula. Sometimes aku charge sambil guna pun masih ada lagi around 69% kat powerbank tu.
Yang aku guna ni tukang jualnya nama Emi.
Takyah nak adjust sangat la ya, Emi ni lelaki, bukan pompuan.
Tu details harga, specs and contact number. Semua color instock.
Sesape berminat, boleh terus contact dia.
Semalam, plannya pagi-pagi nak hantar mak mertua aku ke bus station Shah Alam. Mak aku nak balik raya haji. Kebetulan Kak Long aku datang sebab nak menghantar sorang lagi anak sedara En Wan mula bertugas Isnin (today) kat hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu. Jadi, mak ikut Kak Long je. Tapi disebabkan kitorang semua dah siap, so terus je la keluar pi breakfast. Disebabkan aku nak pi beli refill eyeliner aku kat Empire Subang, jadi kitorang decided pekena nasik dagang kat SS19 je.
Lepas breakfast terus pi Empire.
Shu Uemura belum bukak lagi. Pintu dia baru bukak half. Stress sales kat dalam tu aku dok berdiri depan pintu yang terbuykak sekerat tu. Lama-lama dia bukak terus. Takkan pi Empire beli refill eyeliner je kan. Terus kitorang jalan-jalan kat bawah. Aku ngan En Wan sebenarnya tak explore habis Empire ni. Masa En Wan kata "Jom la, pi Jaya", aku terus imagine Jaya Jusco (AEON). Aku macam laaa...takkan nak pi JJ lagi kot, baru semalam gi JJ borong bra Scarlet. Tapi malas nak cakap banyak, ikut je la. Rupanya Jaya Grocer.
Aku kan kejakunan tak penah masuk sini, terus rasa cam best gila nak memasak sebab sayur-sayur dia, ikan daging semua cantik-cantik, tersusun and macam semua benda ada. Paling best aku tengok Wagyu beef ada!!! Tapi sampai RM200+ sepeket la. Telan airliur je okeh.
Kat Jaya Grocer ni ada 2 restaurants.
Ada Japanese and Elfresco.
Tapi masa tu takde Ebi sushi, jadi aku pun pi Elfresco.
Ya ampunnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn meriahnya pandangan mata aku dengan food-food kat Elfresco ni, especially baked mashed potato dia. Aku beli beef lasagna, cheese pasta baked, fish finger and mashed potato satu cup. Salmon dia nampak sedap tapi aku tak berapa makan sangat salmon ni. One day aku nak try dine-in pulak.
Tapi agaknya aku makan cheese pasta baked tu dah petang, pastu tak reheat, so macam kureng sikit. Benda-benda yang melibatkan cheese ni elok makan masa panas, baru terangkat. Cheese sejuk tak berapa nak lalu. Tapi habis jugak. Cuma aku rasa lagi best cheese pasta baked Pizza Hut. Dah takde kot now. Yang ada cheese rice baked kalau tak salah.
Dia punya side order pun macam selera gila tengok. Aku ambik pasta.
Best!
Jadi inilah menu aku sahur tadi.
Tapi lasagna dia tak banyak beef. Lagi banyak beef dalam lasagna Mak Aji.
Tapi boleh je la makan kalau takat nak rasa-rasa tu.
Dapat gak aku sahur, kalau tak melopong tak tau nak makan apa. Aku kan pemalas nak masak.
Oh yes, aku nak ucapkan selamat berpuasa pada yang berpuasa and selamat Hari Raya Aidiladha untuk muslimin muslimat. Aku je la kot yang gigih lagi ada kat opis, korang dah ada kat kampung agaknya. Tapi now aku nak hantar rakyat-rakyat aku balik Bangi untuk tolong 'memeriahkan' rumah Mak Aji. Lagipun kambing untuk dibakar menu berbuka malam ni ada di tangan aku. Jadi, kena hantar kambing dulu. Pastu patah balik opis buat keje sambil dengar lagu raya.......*bajet kampung jauh sangat*
SELAMAT HARI RAYA.