Pages

2013-06-29

Feeling


Today ada shooting untuk brand Kree.
Kree ni founder dia adelah ex-co-founder Ephyra - Reni Diana.
Oh, bukan gabungan nama aku ngan dia ya. Takyah nak lesbian sangat.
Tu memang nama dia sendiri.

This session actually untuk iklan promo yang bakal appear kat blog aku and Peej Burhan sebab kitorang dua orang dipilih untuk meggedik depan kamera today. Aku ni kalau ambik gamba depan cermin memang cemerlang. Tapi kalau suruh posing untuk photoshoot macam ni, besar harapan hasil gambar tu menuju kehancuran abadi.

Initially Fleur Closet was supposed to work together dengan Kree.
Aku ingat lagi our first meeting kat Old Town Bangi, masa tu before aku ke umrah.
Dia nyer arrangement was Fleur Closet akan supply shawl for Kree. Meaning that all shawl for Kree datang dari Fleur Closet. Tapi aku takkan sempat kot nak handle semua benda at one time. Masa tu pulak aku busy nak ke umrah, kalut aku settlekan semua benda especially pilih material untuk baju-baju and shawl, never-ending discussion sampai aku rasa cepatlah aku pi umrah, aku nak lupakan kejap semua keje-keje ni. Lama-lama aku fikir macam bakal menyusahkan Kree je nanti kalau shawl aku tak dapat siap on time ke apa kan. So takpe, kita takde rezeki work together, kita help each other in promoting masing-masing punya product je. Lebih friendly gitu :)

Tadi shooting kat studio di Sri Hartamas.
Cis, main hartamas hartamas je budak-budak Kree ni.
Kau ajak pulak blogger blur kan. Memang pening la ko nak melayan. Dengan aku punya sesat barat lagi. Sampai kena berjemput la baru jumpa studio. Blom apa-apa dah diva nak kena jemput bagai. Model lain pi shooting bawak beg tarik. Aku datang shooting selenga angkut paper bag isi shawl. Kalau paper bag Gucci gah la sikit kan. Ni paper bag Kinokuniya. Gila stylo aku. Puii.

Aku sampai Peej takde, dia gi makan. Lone ranger je minah tu makan sorang. Kalau aku awal sikit mesti aku dah join sekali. Lapar kot.
Dorang bagi aku a few baju untuk test.
Tang test baju ni yang aku lemah ni.
Baju tahap-tahap designer ni semua ukuran supermodel.
Kebanyakkan baju yang aku try mesti sangkut kat tetek. Si Reni siap pegang tetek aku lagi nak test betul ke tidak sendat. Lepas tu lepas la, la tapi kesian tetek aku. Dah macam bukit kena tarah. Leper je muncung dia.

Ok sabar ya.
Ini bukan actual promo. Ini cuma entry teaser saje.
Iklan akan menyusul kendian.



Masa ni aku dah half-way dimekap. Pastu Reni nak kena shoot dulu so masa Reni tengah touch-up tu Peej ambik gamba aku berdua ngan Reni. Pastu Peej kata 'Apesal mata kau macam ngantuk?'
Aku tengok balik gamba aku dah macam pompuan tengah stim. Separuh je nampak mata.
Berat rupanya okeh bulu mata pelsu. Tu pun kira dia pasang yang very light punya untuk aku. Antara nampak ngan tak nampak je. Aku tak tau camana Reni ngan Peej boleh larat tampung berat bulu mata sebab tak salah aku dorang punya yang jenis lebat tu. Kalau aku pakai yang tu mesti semua gamba aku mata terkatup.

Aku kagum dengan Che Ta boleh pakai bulu mata all the time walaupun tengah main netball.
Mati-mati aku ingat bulu mata dia memang ori sebab dulu kat sokabar ada cerita pasal artis-artis punya match netball kot. Bulu mata dia lentik gila okkk. So aku ingat tu bulu mata ori. Lojiknya sape dia kat dunia ni main netball pakai bulu mata weh? Budak-budak Kree ni gelakkan aku bila aku kata bulu mata Che Ta ori. Aku teringin nak tengok mata Che Ta tanpa bulu mata, how eh.



Turn Peej dimekapkan.
Peej ni putih, duduk bawah sebijik kalimantang pun nampak lagi.


Team Kree with us
Terbuktilah bahawa aku memang pendek.


Hambik kau.
Aku dah kata aku letak punya gamba ni kat blog.
Aku pakai shawl dia pun sama naik nak bersaing dengan shawl aku.





Kemain lain aku menggedik dengan designer, Afiq.
Laki tak join sekali lah katakan. Haha.
Cantik kan dress ni?





Masa ni aku dah nak balik.
Pastu dalam keta aku try la tarik bulu mata aku. Series tak reti. Sampai keluar air mata nak korek. Apesal la susah nak tanggal ni. Ko pakai gam UHU ke hape. Gila ketat.
Rupanya aku pi tarik bulu mata sendiri. Cam haram. Gila peghak tak tau nak buang bulu mata palsu.
Sampap mesej Afiq camne nak cabut.
La, rupanya cara dia just kuis hujung mata and siat slowly, memang akan tanggal. Sikit tak rasa sakit. Sia-sia je aku kena marah ngan En Wan dalam keta sebab sampai nangis nak tarik bulu mata.
En Wan siap marah "Sape suruh pakai?????"
Rupanya bini kau yang vangang. Sorry. Hahaha.

Tapi dalam 15 minit gak la aku duduk dalam keta dengan sebelah mata terjuntai bulu mata sebelum aku jumpa teknik yang betul tu. Dah la nangis sebab tak reti buang bulu mata, pastu kena marah lagi. Double tangisan aku.
Pastu dah berjaya buang, benti makan jap kat SR.
Aku yang kena bayar.
Triple tangisan.





Ephyra Promo NEW : Click here and fill up the form
Mak Aji's Cookies : Click here