Pages

2013-04-25

Memang anak aku


Semalam aku upload satu gamba aku ngan Rayyan kat FB.
Oh yes, seblom aku lupa. Akaun kedua FB aku yang aku create dulu tu aku dah tak masuk-masuk sekian lama sebab aku lupa apa email aku pakai and apa password dia. Aku nak tag status aku ke sana pun no point sebab aku buat aprroval. So kira akaun tu burn la ya. Tapi akaun pertama skarang aku open for subscribers, so boleh je kalau nak follow. Ni la bahananya kalau buat sesuatu asal buat je, ujung-ujung terbiar je. Sebab tu aku malas buat benda yang aku tak minat, sebab mesti pastu aku buat dek. Jadi, kepada nama-nama yang aku dah add kat akaun kedua, aku mintak maaf, silala unfollow. Follow je la akaun pertama ya. Akaun pertama sebenarnya ada je space lagi 100+ setelah aku buat aktiviti gotong-royong. Tapi aku lom ada kesempatan nak approve. Insyallah ya.



Ni gamba tahe latest aku and Rayyan.
Masa ni kat AEON IOI. Aku nak carik buku. Rayyan pulak asik nak berdokong je skarang. Takut benar kena tinggal. So kena marah ngan bapak dia, tu pasal muka bengkak kejap. Tapi mak dia tak kira. Nangis ke, tak ke, tetapppppppppp aku ambik gamba.

Masa kat sana, sementara nak tunggu turn aku kat customer service, ada la sorang akak ni. Orang melayu kan peramah. Dia tegur aku "Anak ke?"

Kannn???

Saya tau la saya itam kak. Takyah la tanya soklan yang menguji temperature saya.
Tapi takpe, saya tau jauh di sudut hati akak, akak kagum dengan kebolehan saya melahirkan anak seputih ini. Mih mih mih mih.


 
  

Lalu aku pun meng-up-kan status FB akak tu tegur aku.
Memang toksah kata baru ni je, dah ramai dah yang nampak Rayyan kat luar pun tanya mana dapat rambut kaler perang. Kalau kebetulan En Wan ada kat tepi aku konfem orang takkan tanya la ni anak aku ke tak sebab sah-sah semua nampak darjah kecerahan En Wan kan. Tapi bila En Wan tak ada ia akan menimbulkan fitnah. Hahah.

Actually rambut perang tu dapat dari En Wan.
Rambut En Wan sebenarnya perang kalau kau tengok dekat-dekat. Selalunya dalam gamba tak nampak sangat. Masa mula-mula aku jumpa En Wan kat komuter Bangi 14-15 tahun lepas, kerana rambut dia tu la Mak Aji cam cuak je nak terima sebagai menantu sebab ingatkan dia kalerkan rambut. Maklum la kan, budak study Jepun. Kot terpesong gaya Jepun mana nak tau kan. Tapi memang satu benda yang rare la masa tu bila tengok budak laki rambut perang. Dah la melayu. Aku pun mula-mula ingat dia kalerkan rambut. Tapi memang perang adelah kaler rambut En Wan. Tak caya cuba tengok betul-betul kepala dia nanti kalau jumpa dia depan-depan. Tapi HEPPPPPPP! Tengok betul-betul saja. Bukan tengok dekat-dekat ya. Jangan bran-bran dekat! (eceh macam laki kau hensem sangattttttt)

Nanti kalau ada masa aku carik balik gamba-gamba lama En Wan. Memang aku perasan ada a few gamba dia dulu yang rambut memang perang gila.


 
 Ni gamba sebelum aku ada anak lagi. Yang En Wan dokong tu anak sedara dia (anak kak long).
Macam muka Rayyan kan?
Jadi sahih lah di sini, Rayyan memang banyak ikut muka belah-belah En Wan.
Jadi, insyallah besar sok muka dia jadi cam En Wan jugak kot.


 
  Tapi kalau tengok muka Redza, aku rasa macam ada jugak tempias muka En Wan bila dah meningkat remaja. Cuba tengok gamba bawah :


 Gamba En Wan masa sekolah rendah (baju merah).
Macam Redza kan?
Maybe sebab Redza banyak ambik tang mata En Wan.


Bila aku tengok gamba ni, aku rasa macam eh, macam ada tempias muka Rayyan pulak atok Syeikh aku ni (yang sebelah tu nenek aku). Maybe sebab masa mengandung Rayyan dulu aku terpandangkan gamba ni so macam tekesima lalu terkenan. Boleh?

Lepas belek-belek gamba sekali terjumpa gamba ni
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Gamba wedding Mak Aji!!
Hahahahha.
Mesti Mak Aji kalau baca blog aku konfem bertempik.
Tak pun sat lagi masuk la call dia.
Nasib lahhhhhh.

Aku syak Mak Aji pun selalu dapat soklan yang sama dulu. Mesti makcik-makcik kat Tampin dulu nampak dia dokong aku tanya "Anak ekau ko nih?"

Tapi ada sambungan dia..

"...apo koladak bona?"

Puiiiiiii.



Ok stop citer pasal warna kulit, kita jump ke cerita Ephyra.
Aku semalam busy gila sampai takaleh nak update kat blog kes delivery Ephyra kelmarin.
Tapi memandangkan takde orang pun email aku tanya status delivery jadi aku anggap semua dapat.

Gift untuk batch yang kedua adelah Hello Kitty Tissue Box Cover.
Cute kan?
Yang ni aku tengok kat polyvore orang jual RM30.00. Kat mudah.com and lelong.com pun orang jual RM25.00.
Aku kasik PREE je untuk customer Ephyra yang beli Best Buy Deal hari tu.

Disebabkab tunggu gift ni sampai la maka pending delivery Ephyra.
Tapi semua yang aku email cakap nak tunggu jugak gift. Tima kasih kerana bersabar. Semua aku dah pos Senin lepas. Tapi Selasa pagi (semalam) pos laju call cakap ada masalah dengan sistem jadi dorang takleh nak pos Isnin tu. Semalam baru dorang pos. Sepatutnya semalam korang dah dapat. Tapi rasanya semua akan terima hari ni kot.

Punyalah berzaman gift ni nak sampai, by the time dia sampai kat tangan aku, semua terus dipos keluar sebab full 35 set. Jadi, 3rd batch gift akan mula diposkan esok :) Apekah giftnya?
Biarlah rahsia.





Best Buy Deal Ephyra : Click here and fill up the form