Pages

2013-04-29

Jawa



Asal yang darat-darat je mesti Jawa jugak yang salah.
Balik-balik Jawa jugak.

Aku tak tau apesal kalau orang tu guna kaler-kaler terang untuk baju-baju dia, mesti orang labelkan dia as Jawa. Tapi memang betul pun, orang Jawa ni tend tu pilih kaler-kaler yang orang tak gamak nak pakai. Contoh macam langsir. Orang Jawa je berani guna kaler fuschia, kuning, hijau green apple sebagai langsir. Actually cantik je kaler-kaler ni tapi maybe la sebab faktor murah, jadi kualiti pun tak seberapa. Tapi, rumah dorang bukan macam rumah kita. Rumah orang kampung ni tingkap sampai 33 bijik. Buasir kau kang nak penuhkan semua 33 bijik tingkap tu guna langsir Home Deco.


Gambar ni aku ambik kat FB Fleur by Mrs Him sebab tu ada kain biru belah kanan ni.

Masa aku pilih kain untuk buat peplum kurung aku ni, En wan kata aku darat, even tailor aku pun buat muka pelik. Mak Aji kata kaler Jawa.

Oklah, aku mengaku.
Kaler peplum aku ni ada tempias-tempias Jawa.
Baju merah, kain biru.
Tapi cantik kan?
Mih mih mih mih.

 
 Kaler Jawa.
Ngeri nak pakai pi opis.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Tapi sebab yang pakai ni artis, jelita pulak tu, terus orang kata "Wow! Color block"

Cuba kalau yang pakai baju maternity tu aku.
Sahih terserlah kejawaannya.


Dulu masa kecik seboleh-boleh aku taknak mengaku aku orang Jawa. Sebab orang macam labelkan orang Jawa ni ulu sangat. Bila tadi member-member aku labelkan 'pakai langsir murah kaler bright' sebagai pilihan orang Jawa, aku macam "La, sampai skarang pun orang masih labelkan orang Jawa ni darat ke?". Tapi very funny la kan, kau ye ye kutuk Jawa, yang tengah driving kat sebelah kau ni terang-terang Jawa tapi sorang tak tau. Seb baik aku not in the mood nak bash orang hari ni. Kalau tak, konfem dah kenyang side mirror dah dua-dua ni tadi.

Tapi kalau dorang tak perasan aku ada darah Jawa pun memang patut.
Sebab orang Jawa ni sopan-santun. Cakap pun lemah gemalai antara dengar tak dengar je.baik laki, baik perempuan, sama je sopannya.
Aku?
Kalau aku bercakap, silap-silap yang boleh dengar terus jadi tak boleh dengar.

Tapi, tu cuma mukadimahnya saje.
Belum panaskan enjin, memang la lembut je.
Sekali dia dah mesra, ha kauuuuuu.
KRONG KRENG KRONG KRENG KRONG KRENG bersembang.
Macam bergaduh pun ada gak aku dengar.
Takut aku.

Orang Jawa ni kalau bab layan tetamu memang nombor satu.
Selagi ada makanan dalam rumah semua dia nak keluarkan.
Ok yang ni aku ada sikit.
Rumah aku memang aku akan pastikan sentiasa ada stok makanan.
Cumanya takde sape datang rumah aku so ujung-ujung aku jugak mentekedarah sorang.

Orang Jawa ni tak sah kalau tetamu balik tak bawak bekal.
Seboleh-boleh dorang nak bekalkan something, paling tak pun, tempeyek (rempeyek pun boleh).
Boleh kunyah-kunyah dalam keta katanya.
Risau betul kalau tetamu dia mati kebulur.

Lagi satu, perangai orang Jawa yang aku boleh spot (tak tau la kalau-kalau suku-sakat Pak Aji je yang buat gini), dorang suka cakap terbalik. Sampai aku konfius ni memang bahasa Jawa ke or dorang bergurau? Tapi macam sekampung pun buat benda yang sama. Takde la selalu, but memang ada la. Contohnya Pak Aji suka cakap "semikin" (miskin), "dah telabik" (dah terbalik), "markoni" (makaroni). Dulu kan kalau orang sibuk nak sambut Krismas tetiba je aku dengar Pak Aji nyanyi "Jin Bogel Jin Bogel..." (Jingle Bell, Jingle Bell). Aku rasa samada Pak Aji memang suka cakap terbalik atau ini memang kepakaran orang-orang Jawa.

Orang Jawa ni putih-putih.
Mata dorang pun kebanyakkannya mata sepet ala-ala Suliza Salam tu.

Aku rasa macam aku takde je ciri-ciri Jawa.

Aku itam.
Mata besor.
Sopan memang tak la.
Lembut lagi harammmm.

Tang mana jawanya pun dah tak nampak.
Seb baik fridge sentiasa penuh tempe.
Tu je la bukti yang ada bahawa aku tekak Jawa.






Best Buy Deal Ephyra : Click here and fill up the form