Pages

2012-07-23

Puasa 1

Alhamdulillah, dah nak masuk hari ke-3 aku "berpuasa".
Even "berpuasa" dalam keadaan period yang heavy flow, tapi so far masih bertahan.
Hari pertama bersahur tu aku bagi bibik-bibik aku sorang sepaket Ephyra, saje nak kasik dorang strong sikit first day, hari-hari lain kalau ko nak korang beli lah. Semalam bibik Lenny tanya "Madam, ubat apa Madam kasi aku semalam? Aku tak bisa tidur". Baru kau tau penangan dia?? Ingatkan nak bagi Redza minum sekali tapi bapak dia tak kasik pulak.


 Testi 1

Kan aku dah cakap BF mother boleh minum Ephyra ni ye. Jangan risau. Dah ramai BF monthers guna :)


 Testi 2



Tapi alhamdulillah Redza ok je first day tu, luckily Sabtu kan. Hujung-hujung dah nak pukul 7 tu je dia buat hal "Ija dah nak mati dah ni. Tolong Ma, Ija nak mati dah ni haus sangat. Tolongggggg". Drama gila anak aku ni. Sekali aku tampa kang berlumba-lumba anak tekak kau masuk dalam perut. Yang si Rayyan pulak makin abang dia menangis-nangis kehausan, makin dia togok air Ribena betul-betul depan batang hidung abang dia. Siap bunyi telan air lagi "Gulp! Gulp! Gulp!". Lagi la meraung si Redza.




Penangan Pasar Ramadhan first day.
Biasa la kan, hari pertama, masing-masing menggelupur nak beli itu ini.
Aku rasa macam aku tak jumpa-jumpa jalan keluar.
Asik benti je lepas satu stall, satu stall.
Macam semua nak beli.
Sampai menyenget aku duduk sebab kat kaki penuh dengan makanan.
Tapi biasa la kan, yang meniaga pun berpuasa.
Masakan pun macam mamakotai je la rasa dia.

En Wan hari pertama berbuka je dah buat hal.

Orang tua ni kan bangsa degil.
Everytime berpuasa dia mesti nak mentekedarah air tebu.
Dah la se-jug dia sorang balun.

First day tu dia beli air tebu jugak.
Aku dah sound "Jangan. Kang letih!"
Oh, taknak dengar ni. Nak beli jugak.
Ha beli, beli.

Elok je azan Maghrib, dia teguk air tebu sampai 2 gelas!
Aku ni dah la period, puasa lak tu.
Tapi aku takleh nak concentrate kat makan.
Sebab aku konfem jap lagi laki aku ni mesti tumbang.

Betul pun!
Tak sampai 15 minit, tetiba aku nampak muka dia merah.
Pastu dia bangun cakap pening kepala.
Dia bangun gi fridge ambik air sejuk, minum.
Pastu dia cakap "Tolong Di, abang nak muntah".
Dia berlari ke toilet depan. Aku berlari-lari follow sebab aku tau anytime dia mesti jatuh punya.

Elok je sampai toilet, terus rebah.
Kannnnnnn?????
Pakkal la suami tau. Kalau pangkat adik-beradik, memang aku ambik kepala dia masukkan dalam jamban, flush! Habis cerita.

Sakit hati betul.
Dah dicakapkan tadi jangan minum air tebu, jangan minum air tebu. Dia punya degil tu Ya Rabbi!
Orang lain buka puasa minum air panas dulu. Teh O ke apa ke. Dia belasah air tebu sampai 2 gelas.
Mana tak berangin perut. Dah la En Wan ni jenis perut yang sensitif. Lauk masak siang kalau bawak ke malam pun dia takleh makan. Konfem sakit perut. Inikan pulak minum air tebu time perut kosong. Saje je la ni nak carik pasal.

Tapi menggagau jugak aku time tu.
Dia punya keadaan tu macam nazak je. Dengan muka panas, badan berpeluh-peluh, pastu rebah pitam.
Mak lagi la gelabah kan tengok anak kesayangan dia camtu.
Pastu aku buatkan eno nak kasik angin keluar. Lepas minum eno, baru segar.

Pasni kalau berani-berani nak bawak masuk air tebu dalam rumah ni, siap. Aku letak julap terus.



Saper perasan American Brownies dah ada balik kat SR?

Aku noticed pun last week.
Masa tu hantar Redza kat Enopi, pastu balik singgah Giant nak belikan dia cheese cake, then masa tengah tunggu turn tu mata aku terpandangkan brownies ni.
Walaweiiiiiiiiiiiiiiiiii ada balik?????
Terusssssssssssssssssssssssss order sebijik.
Aku tak tau apesal dia stopkan kejap production American Brownies ni, yang aku tau memang rugi sangat-sangatnya kalau dia stopkan. Sebab cake ni la dah super sedap. Nak lagi kalau panaskan dulu before makan. Dia punya cokelat tu meleleh-leleh, pehhhhhhhhhhh! Aku yang susah nak makan cokelat pun boleh ketagih dengan Amerivan Brownies.



Semalam aku beli Almond Biscotti dari Ms Marlena from Fea Cookies.
Actually dah 2-3 minggu dia mintak aku tolong advertisekan kat blog tapi aku ni main transferkan je semua request-request reader/blogger dalam folder untuk aku baca kendian-kendian. Last-last terlupa. Baru kelmarin teringat.

Bila aku bukak attachment dia bagi, laaaa ni ke namanya Almond Biscotti?

Aku memang lama dah carik biskut ni.
Dulu time sekolah rendah, tetiap tahun nenek sedara aku buat kuih ni.
Tapi dia punya biscotti ni lagi colorful, siap dengan hirisan cherry, pastu ada pulak buah kaler hijau (aku rasa macam cherry jugak. Ada ke cherry ijau?) then of cos ada almond ni. Memang kalau gi rumah dia, kuih ni la yang habis dulu. Lepas dia pindah duduk dengan anak-anak dia, aku dah tak jumpa biscotti ni kat mana-mana.

Lepas kawen dengan En Wan (eceh, pernah kawen dengan orang lain ke dulu...?) aku jumpa biscotti ni kat Sogo. Terus beli.

Semalam Marlena ni sekali lagi email aku, nak hantar sample untuk aku rasa.
Eh, tak payah.
Memang aku nak beli pun sebab dah pernah makan almond biscotti ni.
Terus order 8 balang and semalam jugak dia hantar ke rumah tapi masa tu aku dalam bilik air, so tak dapat jumpa.

So kalau korang nak order ni, sila contact : feacookies@gmail.com (Marlena)
Harga : RM17/balang only.