Pages

2012-06-04

Chicken little


Macam kepala chicken little kan?


Sabtu lepas gi collect semua passport.
Jumaat ni nak gi Spore baru gelupur nak renew passport segala.
Walaumacamanapun Rayyan tinggal kat rumah dengan mak mertua and bibik.
Sebabnya anak aku ni belum boleh nak dibawak ke majlis-majlis.
Alangkan hari tu pi mamak, tak sampai setengah jam En Wan dah hantar Rayyan balik rumah.
Budak ni gila buas okeh?
Setakat kerusi tu apa level?? Dia tak main kerusi-kerusi apetah lagi baby chair.
Dia nak duduk atas meja!

Masa Redza kecik dulu, mana aku pergi aku bawak.
Tertib elok je duduk atas baby chair. Kasi straw sebijik diam.
Sebab tu la agaknya dulu orang datag rumah aku heran apesal aku boleh tabur batu-batu kristal-kristal atas coffee table. Sebab memang Redza tak pernah sentuh lansung!

Kalau Rayyan ni, tobat aku.
Lagi aku sound "Don't!!"
Dia boleh sound aku balik "Apecha????"
Gamaknya dia tanya balik "What???"

Rayyan ni peramah kemain.
Mulut dia bok bek bok bek bok bek. Tapi satu bijik butir aku tak paham.
Cuma satu ayat je "Apecha?"

Dia nak kepok lekor pun "Apecha", dia nak mandi pun "Apecha", dia nak ikut aku naik keta pun "Apecha".
Cuma last week dah ada peningkatan.
"Apechawawa"

Jadiklah...panjang sikit.

Memang sedih nak tinggalkan Rayyan kat rumah.
Memang aku tak pernah tinggalkan anak aku lama-lama.
Kalau nak berjalan memang aku angkut semua dengan bibik-bibik sekali.
Biarlah kena book 2 bilik pun, janji semua pergi.

Tapi this time nak pi wedding aku series tak sanggup nak bawak Rayyan.
Mak mertua aku pun tak kasik.
Rayyan ni satu macam punya aktif.
Now kat rumah aku semua perhiasan, frame gambar semua tolak habis ke dinding.
Memang takde la aku nak tabur kristal-kristal ni semua dah.
Pintu-pintu cabinet aku semua dah berikat-ikat dengan tali rafia.
Kemain sibuk lagi dia sama naik nak punggah isi cabinet. Kalau aku tarik laci cabinet, tetiba je kepala dia dah ada kat depan. Dahi dah la jendul. Memang selalu je terhentak dengan laci.
Kadang-kadang aku biarkan.
Biar terhantuk. Selagi tak hentak kat kepala sendiri dia tak tau diam. Dah kena sekali memang dia tak sentuh-sentuh lagi la.

Kalau pad aku ni skarang, merata-rata.
Dalam rak kasut, celah baju bapak dia, daam bakul mainan.
Aku heran camana dia leh geledah lemari aku ambik pad.

Kelmarin Redza nangis-nangis.
Aku tanya pesal?
Dia cakap PS2 dia rosak.
Rupanya, adik dia pi gigit wayar PS2 sampai bekecai. Anak kau ada?????
Istighfar je lah keje aku ok?

Aku dah cakap ngan En Wan, aku takkan bawak Rayyan naik flight sampai umur dia 3 tahun.
Redza dulu pun aku bawak pi jalan-jalan naik flight umur dia 3 tahun.
Supaya kalau aku sound dia boleh faham.
So aku rasa tak perlula kot nak buat passport Rayyan ni, rugi je.
Sok 3 tahun baru buat.
Tapi En Wan mana boleh.
Dia sensitif sangat kalau anak-anak dia aku beza-bezakan.
Kalau Redza ada, Rayyan mesti ada.
Walaupun benda tu Rayyan tak guna. Pffftttt?????????

Aku rasa Rayyan ni terlebih aktif sebab dalam NICU dulu dokter cucuk segala macam ubat.
Terlebih vitamin kot anak aku ni.