Pages

2012-04-19

SSM

Semalam aku tido senyenyak-nyenyaknya sebab terlampau penat.
Pagi tu siapkan tempahan cookies.
Tengahari tu aku check balik shawl-shawl yang sampai and busy mempacking.
Semalam aku sempat release 62 address je. Sorry ye, series tak sempat sebab tengah-tengah packing tu customer aku call mintak quotation urgent siap dengan specs sekali. Tunggang langgang kejap aku buat.
Pastu malam habiskan sikit lagi adunan cookies or makan-makan sendiri punya.
Gila tak larat la okk buat 3 keje berbeza dalam satu hari.
Tu belum masuk lagi masak la, keje ter-pause kejap sebab melayan Rayyan and Redza segala. Aku settlekan cookies pukul 12.15 pagi. Tu pun aku mintak bibik-bibik aku tolong susun dalam balang and basuhkan segala tok nenek tray. Aku dah tak larat.

Hajat di hati tu nak consider ambik a month off nak concentrate kat cookies for raya tahun ni. Nak jemaah dengan Mak Aji buat cookies. Hmm..kalau cenggini la caranya, aku memang serahkan kat Mak Aji je la yang buat cookies. Nak harap aku tolong, setakat tolong susun kuih pagi-pagi raya boleh la.

Respek aku kat akak-akak yang kejenya pulun buat kuih raya untuk bisnes.
Aku memang tak boleh keje duduk setempat ni.
Kau suruh aku hari ni pi Penang balik hari, esok ke Johor, lusa ke Kelantan, insyallah aku sanggup. Aku memang jenis suka keje yang tak duduk diam. Tapi kalau suruh aku duduk depan oven check kuih dah masak ke belum, pastu duduk setempat menggentel eh sorryyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy. Zaman aku menggentel kuih dah lama berlalu.

Seawal umur 13 tahun aku dah conquer dapur everytime nak raya.
Asal puasa sampai je, Mak Aji akan tanya tahun ni aku nak buat kuih apa.
Mak Aji tak cakap "KITA nak buat kuih apa ye tahun ni?" 
Dia cakap "KAU nak buat kuih apa tahun ni?"

Aku okkk.

13 tahun.

Aku tak tau la anak aku esok umur 13 tahun boleh buat apa.
Jangan dia ikut perangai bapak dia sudah.
Apa pun tak boleh.

Sejak Form 1 aku dah ambik alih kerjaya menggentel dan menerap kuih, so bila dah semakin tua ni aku dah naik malas. Memang la dulu tu aku pemalas gak, kalau Mak Aji tak kerah ke dapur memang tak jalan. Tapi sekarang ni dia punya malas tu lain macam sikit la. Maybe sebab dah busy fokus kat kerja lain. Pastu zaman sekarang orang datang raya taknak makan kuih raya, semua nak makan nasi dagang la, nasi impit la, satey segala, so aku dah malas nak buat kuih untuk diri sendiri. Beli je la sudah. Jadi tahun ni rasa-rasanya aku bakal beli kukis dari mak sendiri kot.


Semalam busy mem-pack and mem-pos shawl ni (Shawl 10).
Tengahari kang aku balik untuk selesaikan lagi sikit. Kasik aku selesaikan keje-keje kat opis ni dulu.

Cerita pasal shawl kan, aku masih konfius lagi saperkah mahkluk yang call aku Sabtu lepas, pagi pulak tu, and claimed diri dari SSM?

Tak kisah la SSM nak call aku pagi subuh ke, malam-malam buta ke, takde hal.
Cuma pelik jugak la bila aku jadik pilihan SSM untuk dorang check if aku jalankan online bisnes secara sah.

Tapi disebabkan aku memang dah ada ROC, jadi aku memang dah tambah bidang dalam MOF siap-siap untuk tailoring. Jangan tak tau, MOF aku siap ada tambah bidang Bahan Keperluan Memasak. Boleh?

Yang best tu bila orang tu tanya, "Kami dapat informasi yang cik ada jalankan perniagaan secara online. Ada ROC?"

Padahal aku bukan blogshop pun.
Aku cuma ada blog yang takde unsur-unsur ilmiah. Penuh dengan kemerepekkan.
Pun jadi bahan gak??

Tapi aku bagi je la ROC company aku.
Kau nak sangat check kan. Silakan lah check.

So aku nak bagitau kat korang, sape yang belum daftar SSM untuk online bisnes, daftar cepat. Eventho korang rasa bisnes yang korang buat ni cikai-cikai or takde apa sangat dibanding dengan bisnes yang gempak-gempak, jangan pandang remeh. Asalkan ada urusan jual beli and transaksi duit berlaku, plis declare ok? Jangan rasa ala aku ni bukan sape-sape pun, takde sape nak pedajal. Skarang maybe korang rasa takde orang nak spot korang. Tunggu esok kalau bisnes dah semakin maju, siapla. Yang pelik-pelik datang.

So, please.
Daftar SSM.

*tetiba aku rasa aku beria-ia promote SSM ngalahkan iklan si Johan tu*