Pages

2011-05-21

PB from my point of view (cakap omputih kauuuuu)



Sejak Bro Aidid publish entry pasal PB, kemain lagi reader-reader blog Green Apple ni nakkan feedback dari aku. Musibat kan korang? Saje je. Ok, takpe...takpe...
Aku nak buat semalam tapi aku rasa baik aku publish pasal beg aku dulu.
So now aku nak beri PENDAPAT aku tentang PB setelah guna dalam lebih kurang 2-3 bulan (lama mana dah guna pun lupa. Nampak nau takde disiplin pakai PB).

Ok now where to start?
Sebab kat kepala aku input pasal PB ni tengah bergasak-gasak nak keluar.

Memula aku nak buat statement yang ni bukan serang balas kepada entry Aidid.
In fact, aku ada email Bro Aidid sendiri and tanya a few things about PB. Tapi takyah la aku tepek reply dia kat sini. Dia dah tulis segalanya kat blog dia. Aku hormati apa yang dia tulis. So apa yang aku nak tulis ni adelah dari sisi pandangan aku pulak.

Ni lebih kepada pendapat aku sebagai pen-try PB.
Dan aku takkan bias dalam bagi pendapat ni sebab aku rasa semua orang berhak tau pasal PB sebelum beli. PB is not cheap I tell you. RM2400-2900 for one set, yang entah betul ke tak boleh turunkan berat badan.

'Tapi beli beg sekali 3 boleh pulak???'

'Shadap youuuuuuu!'

Aku rasa aku tak sepandai mana nak explain pasal tindakbalas kimia dari PB. So aku ada mintak pandanga a fren yang juga seorang engineer yang bidangnya ada sangkut-paut dengan energy.


1. Scientific issues

Ok, teori fundamental THERMODYNAMICS mengatakan bahawa tiada energy boleh dihasilkan tanpa sumber kuasa - this is basic. Bioceramic material akan menghasilkan FIR apabila ianya dipanaskan kpd suhu dalam 200-300 darjah Celcius.

Part ni aku taknak touch sebab aku tak pandai. So aku malas nak memandai-mandai. Akan tetapi this engineer ada bagitau yang bioceramic pada pemahaman dia mungkin ada tindakbalas seperti magnet yang mana wave dia sentiasa ada walaupun takde tekanan dikenakan ke atasnya. Maknanya kat sini dia tak memerlukan tekanan yang tinggi untuk menjana FIR.

That is pemahaman the engineer.

PB claimed that bioceramic ni dijahit pada benang-benang korset PB. Wallahualam.
Bioceramic tu akan ambik heat dari badan untuk menjana FIR. Heat dari badan bukanlah sesuatu yang tinggi mana pun. So kalau pemahaman engineer itu betul, maknanya konsep PB adelah benar.

This FIR boleh trasmit and penetrate the skin.

Katakan lah betul bio-ceramic ni memang perlukan suhu yang tinggi untuk hasilkan FIR yang tak mungkin dapat dihasilkan hanya dengan suhu badan, how FIR tu nak dihasilkan?

Yang ni memang aku perlukan someone yang arif dengan bio-ceramic untuk bagi penjelasan.

Tapi, melalui reading, bioceramic ni dah pun digunapakai dalam healthcare product longggggggggggg before PB ni wujud. Itu cara-cara dulu tau. Tak mustahil now, penggunaan bioceramic ni dah berevolusi dengan tak perlu ada heat ratus-ratus celcius untuk jana FIR. Mungkin cukup sekadar body heat. Biasala kan, teknologi cepat berkembang.

Contohnya, 25 tahun dulu kita layan Star Trek (ke Star Wars? Eh tak sama eh dua-dua ni?), perasan tak dorang berkomunikasi dengan geng-geng dia tak kira kat mana saje hanya dengan guna jam kat tangan? Sikit-sikit picit jam untuk bercakap. Masa tu kita rasa pehhhhh tak lojik gila boleh cakap ngan member takat picit-picit menatang kat tangan.

Ada sumber mengatakan sejarah pembuatan henfon adelah dari inspirasi cerita tu. Wallahualam.

Sepuloh tahun dulu orang tak penah terfikir boleh tengok TV kat henfon. Now, dah boleh tengok TV dengan Blackberry. Pernah sangka tak?

So apa yang aku nak cakap kat sini, teknologi berkembang. Adelah tak mustahil jugak bioceramic ni boleh jana FIR hanya dengan body heat.


2. Kesan PB terhadap weight loss

Since FIR ada kebolehan untuk penetrate, body kita pulak memang boleh absorb this FIR.

So berbalik kepada bioceramic kat atas tadi, ada lojiknya bioceramic tu di jahit pada korset (tak kisah la dijahit ke, ditepek ke), this bioceramic bertindakbalas dengan body heat and hasilkan FIR yang boleh menembusi skin dan diabsorb oleh tissue and cell.

But to be frank, aku sebagai pengguna PB tak sure if PB ni penyebab kau kurus.
Sebab aku ada buat testing.

First dulu, aku pakai PB sambil on diet. Diet merepek aku tu la, makan biskut hi-fibre and teh O je. Malam ratah sayur. No nasik at all. Memang segala tok nenek jajan, cheese cake, lasagna semua NEHIII!!

Seminggu turun 2kg.
Good.

Pastu aku pakai PB tapi melantak macam biasa. Sehari 2 kali ambik nasi. Kadang-kadang tiga sebab pagi makan nasik lemak. In between tu aku mengunyah kerepek la, mamee la, kejap-kejap American Brownies, asal En Wan pi Giant kang aku kirim blueberry cheese cake. Tu belum campur lagi kul 1am tengah-tengah buat keje aku turun bawah buat teh tarik ngan makan twisties. Habis twiesties, aku pun tido. Tak ke badak namanya?

Seminggu naik 3kg.
Hambikkk.
Nak eksperimen lah sangattt.

So, aku come into a conclusion that PB bukan penyebab kau kurus. But MEMBANTU kau jadi kurus. Sebab FIR ni stimulate blood circulation hence increase metabolism. Bila metabolisme kau tinggi, pembakaran lemak menjadi lebih cepat. Jadi babat-babat kau dibakar. Kau pun kurus.

Tapiiiiii kalau kau mentekedarah macam bela hantu raya 8 ekor, kau ingat kau sarung PB tu sesaje je boleh kurus?

Nan adooooooo.

Konsepnya, kalau kau pakai PB, kau takkan mampu makan banyak.
Sebab perut kau dah disarung dengan korset ketat.
Toksah cakap pasal saintifik la. Kita cakap pasal lojik.
Jangankan korset, kalau kau pakai jeans muat-muat saiz pinggang, pastu kau pi makan.
Mesti kau rasa senak kan?
Masuk keta tanggalkan satu butang, arghhhhhhhhhhhhh lega sialllll.

Macam tu la konsep si PB ni tadi.
Dia mengecikkan ruang tembolok kau yang asik ingat nak melantak tu.
Ditambah lagi dengan adanya FIR kat dalam korset, menambahkan potensi untuk kau kembali slim. And ussually orang yang pakai PB ni adelah orang yang sanggup berhabis untuk kurus, Jadi, secara psychologically-nya dia bertekad nak kuruskan badan dengan cepat maka secara tak lansung dia ada drive untuk kurangkan makan.

Actually tanpa PB pun kau boleh kurus.
Sebab tu aku cakap PB ni MEMBANTU untuk kau kurus, bukan PENYEBAB kau kurus.
Kalau kau pemalas exercise macam aku, kau boleh je makan biskut ngan teh O hari-hari. Tak pun kita ambik balik konsep piramid makanan. Makan lebih sayur dan buah-buahan. Sebab ini serat. Selain melawaskan apa-apa yang tak lawas, ia juga bagi ko rasa kenyang.

Konfem beb, sebulan paling bangsat pun kau turun 5kg. Tu pun kalau kau sanggup nak hadap orang belasah Spicy Chicken McDeluxe depan kau hari-hari.

Kalau aku tak sanggupppppppppppp.
Silap-silap orang tu yang aku belasah.


3. Fahami konsep PB

Kebanyakkan orang yang beli PB ni sebenarnya tak memahami konsep pakai PB.
Dorang cuma aim beli PB nak kurus, pakai PB boleh kurus, tapi kau mentekedarah macam takde besok. Camne nak kurus ngong.

PB ni adelah sejenis KORSET.
Korset tu fungsinya adelah untuk memberi shape pada badan.
Bukan untuk kuruskan badan.
Tetapi PB ni adelah korset special sebab dia ada FIR. Maka membantu kau kurus jugak.

PB = KORSET.
KORSET = INSTANT SHAPER

Sebab tu kau pakai PB kau nampak slim.
Sebab memang fungsi dia nak bagi bentuk pada badan kau.
Bukan purposely nak kasi kurus semata-mata.
Kalau nak kurus mesti ada usaha. Bukan usaha menternak lemak.

Ada orang tanya kalau pakai korset Wacoal tak ok ke?
Ok. Sape kata tak ok.
Boleh aje kalau ko nak invest kat korset Wacoal.
Aku sendiri pakai Wacoal je dulu. RM50 je.
Sama je fungsinya, untuk bagi shape. At the same time dia ketat, secara tak lansung ko jadi tak selera nak makan or makan pun seciput.

Cuma, selling point PB is korset tu selain dia claim ada FIR (dia kata), dia jugak datang dengan waist nipper.

So now, this PB not only bagi shape, membantu untuk kurus, tapi juga membetulkan postur.

Aku tak pasti dengan fungsi waist nipper. Kalau ikut sales PB, dia kata waist nipper ni untuk betulkan postur badan.
Bila aku pakai, yes, aku rasa bila aku pakai, badan aku jadi menegak.
Mendada pun ada gak.
Sebab somehow dia akan menyebabkan kau tak membongkok. So maybe eventually dia akan membentuk postur kita. Kalaupun bukan disebabkan waist nipper, setidak-tidaknya bila kita selalu pakai waist niper tu, kita melatih diri kita untuk tak membongkok. Lama-lama jadi kebiasaan.

Lojik?


3. Harga

Ok, aku rasa aku faham apa sebenarnya semua orang yang anti-MLM nak sampaikan.
Kalau korang baca entry-entry Bro Aidid, dia sebenarnya bukan mendebatkan keberkesanan produk MLM, tapi isu penipuan produk dari segi sains perubatan dan isu harga.

Terang-terang aku cakap bab sains perubatan ni aku memang tak berapa arif. Aku belajar pun biotech, subjek biomedic yang aku ambik pun cuma immunology. So, aku serahkan pada yang lebih arif.

Harga.
Memang betul harga semua produk MLM ni boleh dikategorikan dalam kategori melampau.
Macam tak lojik pun ada.
Harga ni lah yang sebenarnya jadi isu kenapa orang menyampah dengan MLM selain dari salesnya (most, not all) yang desperate nak komisyen.
Aku sendiri pernah cakap aku tak berminat nak beli barang MLM.

Tapi PB yang aku pakai ni, dan juga iklan-iklan MLM kat sidebar aku ni adelah kerana aku tolong orang. Kalau aku tak tepek the iklan pun, dorang boleh run the bisnes dah, tapi dah diorang tanya if boleh ke advertise kat blog aku, apa salahnya aku tepek. PB yang aku guna ni pun Syana yang bagi sebab dia mintak kalau aku boleh tolong promotekan and buat testimonial kat blog. So aku just being fair to them. Bak kata pepatah (aku sendiri buat pepatah ni), kau taknak beli barang MLM, tu hak kau. Tapi jangan halang orang nak buat bisnes.

Harga barang MLM ni ada sebab kenapa dia mahal.
Contohnya yang dikatakan korset PB boleh dibeli dengan bulk purchase at USD36 per set.

Katakan la 1000pcs.

(((USD36 x 1000 x 3.5)/0.9)+5000)/1000 = RM185

* 1000 = jumlah korset
* 3.5 = forex yang disengajakan ambik tinggi just to be safe kot2 esok lusa USD naik mencanak
* 0.1 = 90% profit margin
* 5000 = handling charges, shipping cost, custom tax, misc charges


Kalau ikut kan harga satu set korset cuma RM185.

Tapi perlu diingat ini adelah MLM.
Konsep MLM ni sendiri menjanjikan komisyen yang besar.
Nama pun MULTI LEVEL. Semua level tak kira CEO, DCM, intermediate level, beginner level semua merasa komisyen setiap kali korset tu dijual.
Kalau jual RM185 terus kepada kita, ko ingat setakat 90% margin tu boleh ke nak bagi komisyen kat semua level?

Jawapannya boleh.
Tapi tak boleh kaya sekejapan.

Konsep MLM adelah kau kaya sekelip mata.
Jadi how to kaya sekelip mata?
Haruslah dengan jual mahal.

Tu je. Simple.

Contohnya macam bisnes aku skarang ni.

Pengiraan yang sama macam kat atas.
Aku jual kat setiap end user (customer) dengan harga RM185.

Tapi kalau aku jual kat dealer, dealer akan jual kat customer at least 30% on top of harga yang aku bagi. So, customer beli RM264 instead of RM185.
Itu kalau sorang dealer.
Kalau dealer yang beli dari aku tu jual to another dealer? Ha, kira sendiri. Aku ni kalau dah panjang sangat pengiraan terus jadi blank.

Tu aku bagi contoh dari segi harga.


4. KOMISYEN

Dari segi komisyen pulak, MLM janjikan nilai yang besar.
Orang akan cakap CEO MLM goyang kaki tak buat apa.

Aku bagi contoh diri aku sendiri la.

Aku start run this bisnes dah nak masuk empat tahun.
Baru tahun lepas aku rasa selesa dan sedap makan profit.
Masa mula-mula start, perit gila.
Produk yang aku carry masih baru in the market, so aku kena buat banyak keje. Aku ketuk every potential lab utk promote produk aku, jumpa potential customer, buat workshop, seminar, travel sana sini just to make sure produk aku bertapak in the market.

After 3 years, alhamdulillah, aku dah boleh kurangkan travel. Sekali sekala je aku visit customer, selebihnya aku berkomunikasi dengan email and phone calls.

Insyallah siapa tau lagi 10 tahun akan datang, aku dah tak perlu masuk ofis lansung.
Sebab masa tu mungkin aku dah ada manager yang boleh runkan the bisnes and ada 30 pekerja yang boleh ke sana sini buat sales jual produk aku.
Selain dari makan gaji dengan aku, setiap sales yang dorang buat, aku bagi komisyen. Cuma komisyen aku tak besar la. Manager pun dapat komisyen sebab manager pun ada sales target. Dia hit the target dia dapat imbuhan.

(berangan.....)

Konsep yang sama diaplikasikan dalam MLM.
Memang nampak macam CEO dia mengangkang atas kerusi tak buat apa.
Tapi mana kau tau dia tak buat keje? Kalau doran tak buat keje, macamana produk ni dulu masuk dalam Malaysian market kalau bukan dari dorang?
Kita tak nampak how dulu diorang bekerja. Entah-entah sama macam aku. Travel sana sini untuk promote produk, meeting beberapa kali untuk nego price, bla bla bla.
Kalaupun dorang tak buat sales one to one dengan customer, still dorang kena train the pekerja (downline). Itu pun satu effort juga. Dah kalau dorang tak train, tak bagi talk, camana budak-budak tu nak buat sales?

Jadi, bila dah ramai pekerja yang boleh buatkan keje untuk dia, apehal nak suruh dia turun padang gak. Kalau aku pun esok dah ada 30 orang pekerja, aku just datang sekali sekala untuk monitor sikit lebih kurang, check akaun, sesekali bagi motivation talk ke apa ke. Hujung tahun aku kira profit. Dah itu bisnes aku, of cos la aku yang paling kaya antara 30 orang tu. Melainkan dorang pecah amanah la...oii selisih!

MLM is also doing the same cumaaaaaaaaaaaaaa komisyen dia besar.
Dah kalau komisyen pun dah besar, of cos la harga barang pun mahal.


5. Kenapa beli PB

Takde sape kata korset Wacoal tak bagus.
Aku pakai Wacoal. Ok je.
Setakat nak bagi shape takde masalah.
Nak kuruskan badan bukan keje selip mata baiii.
Makan bulan.

Boleh je kalau kau nak beli Wacoal.
Takde sape marah.

Tapi kenapa beli PB?

First : Kau ada duit.
Kalau kau ada duit, semua barang jadi murah.

Second : Kau desperate.
Bila kita berada dalam keadaan yang terdesak nak kuruskan badan, kita akan cuba selagi ada produk untuk kurus.

Third : Kau tak boleh elak.
Bukan tertipu ye, but tak boleh elak.
Ada sesetengah pembeli takleh nak elak and tak tau nak say NO lantas beli.

Fourth : Keselesaan.
Bagi pengguna Wacoal macam aku, kalau nak suruh aku compare antara Wacoal and PB, memang PB lagi selesa. Material dia kalaupun hanya kain biasa, tapi kalau compare dengan Wacoal, lagi selesa PB.
Tapi tak bermakna Wacoal tak bagus.
Ini pilihan untuk keselesaan. Kau rasa PB lagi selesa, kau beli. Kalau kau rasa tak selesa takyah beli. Simple.

Contohnya aircond.
Kenapa kau beli aircond sedangkan kau boleh beli kipas?

Sebab kau nakkan keselesaan.
Dan semestinya keselesaan itu bukan murah. You buy comfort.
Lagi selesa lagi mahal.
Lagi mahal lagi sedap.
Lagi sedap lagi hari-hari mau. Eh.


6. It's you call

MLM memang mahal.
Sebab tu aku cakap aku tak beli barang MLM. Tapi tak beli tak semestinya kita mesti buat dek ngan orang yang promote barang MLM. Selagi kau tak mendesak aku, aku layan. Once kau dah push-push, kau siappp.

Apa yang Bro Aidid dan anti MLM-ers concernkan ialah produk yang MLM offer ni juga boleh didapati di tempat lain dengan harga yang lebih murah. So their question is kenapa mesti beli yang mahal.

Bagi aku, it's your call.
Kau ada duit, kau nak beli kau beli.
Tapi kalau beli mahal-mahal tak mendatangkan hasil macam kau harapkan, jangan pulak ujung-ujung bukak cerita "I tertipu".

Hak membeli di tangan anda.
Dorang hanya boleh push kau beli je.
Kau ada hak untuk buat dek dan tak membeli.
Kau jugak ada hak untuk halau dorang dari rumah kau kalau dorang tak paham bahasa.
Dan kau jugak boleh angkat bontot dan blah kalau agak-agak taknak dengar apa yang dorang promotekan. Mudah.

Bab MLM yang dikatakan menipu.
Barang murah jual mahal.
Konsep simple tapi diputarbelitkan dengan formula kimia yang tak lojik.
Menggunakan hadith, ayat Quran untuk memancing perhatian dan simpati pembeli.

Well, kita boleh cakap ini semua strategi menipu.

But kalau betul la MLM ni semua menipu, maka dorang hanya boleh menipu.
Tapi sape suruh kau percaya?
Kau yang bangang.

Sehingga it is proven yang MLM ni memang stok-stok penipu, aku taknak cakap apa-apa. Yang aku boleh cakap is aku memang tak suka beli barang MLM. Haha.

Bagi aku la, semua ni terpulang pada kita.
HAK MEMBELI DI TANGAN ANDA.