Pages

2011-02-09

Nak gamba klorga ye...hambik.


Aku tak penah jejak Pavillion walaupun Subang Jaya ngan KL tu cuma 20 minit (kalau orang lain bawak, kalau aku yang bawak campur sesat sekali = 2 jam setengah, tu pun kalau aku jumpa KL la).
Motif utama malas ke Pav adelah kerana aku tak tau apa motif aku nak pegi sana.

Nak shopping baju? Sunway Piramid pun ada baju.

Nak beli bag kegemaran? Sunway Piramid pun ada butik beg kegemaran (oh geli sebut butik. Macamkan klas sangat, padahal??!)

Nak beli kasut? Aku pakai Vincci je, IOI Puchong pun ada Vincci.

Nak beli Clinique? Subang Parade pun ada Clinique.

Melainkan aku nak menikmati kesesakan jalan raya sambil memaki carutkan pengguna jalan raya yang cilaka bodoh, maka marilah kita ke KL.

But, last week En Wan tetiba datang gila, ajak aku pi Pavillion.
Aku pandang kejap muka dia.
Blur.

"Apesal Pavillion? Nak cari apa?"

"Saje je. Di kan tak pernah sampai lagi. Mesti jakun".

Takde la jakun sangattttt.
Cuma tercangak-bangak je.

Pendapat peribadi :
Pavillion ok. Semua ada situ. Pilihan makanan pun best. Tapi aku tetap masuk Pizza Hut.
Cuma kalau nak suruh aku pegi lagi sekali, SORRY! Sebab nak tempuh KL tu sangat la hazab. Nak carik parking satu hal, umpama kau belasah roti telur 3 keping sama teh tarik 2 gelas siap pegi berak settle semua, pun parking tak dapat-dapat lagi. Alih-alih parking kat tepi dinding.


Ni fenomena biasa kalau masuk kereta. Mesti nak kena snap gamba dulu. Rayyan tak ikut sebab aku malas nak pegang. Malas nak tolak dalam stroller pun. Malas malas malas.



Aku tak paham kenapa En Wan nak sibuk berhimpit-himpit semata-mata nak ambikkan belon untuk Redza?? Anak kau kat rumah dah main PS2 okkk, tak main dah belon-belon ni semua.


Yes, berjaya!!!
Aku rasa dia sebenarnya yang nak belon ni sebab muka dia macam ceria yang over bila dapat pegang belon kan? Tapi series, muka dia macam satu kepuasan yang tak digambarkan kan? Siap menjerit dari jauh hayun-hayunkan belon 'Dapatttttttttt!!!'.
Eiiiii, malu aku. Laki sape ni?


Dia pass kat Redza tak sampai 30 saat, anak dia terlepas pegang, terussss naik ke siling. Done.
Kalaulah Pak Aji yang ambikkan belon ni untuk aku, mesti aku menangis sebab sedih belon tu terlepas. Susah-susah bapak aku rebut.
Tapi kalau aku terlepaskan belon yang Mak Aji ambikkan, mesti aku menangis sebab kena tampar.
Padahal yang raya tu Cina, tapi kitorang sama naik beratur carik baju.
Bila dah bayar-bayar pastu terfikir apesal si Redza boleh dapat baju, suar, spender siap ngan kasut sekali? Siapa sebenarnya yang raya ni?
Lepas tu terlupa lak ada sorang lagi anak kat rumah.
So terpaksa shopping lagi belikan untuk Rayyan pulak.
Bankrupsi.


Err..abaikan jari-jemari yang dobok-dobok itu. Tumpukan perhatian pada black rose sahaja.


Lalu depan Lancome, awek tu bagi aku ni.
Wangiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.

Terus buat muka kesian depan En Wan.
Tapi aku rasa muka kesian aku tak berapa nak jadi, sebab dia kata muka aku macam muka tamak. Dia cakap aku ni asal nampak barang je, mesti nak beli.
Eh habis, yang kau hayak aku masuk mall ni pekejadah?
Window-window tak main okk.
Paling bangsat aku kena bawak balik satu barang. Pantyliner pun takpe, janji aku beli barang. Dah la harung jem, pusing-pusing carik parking sampai sejam, pastu masuk mall just pegang-pegang sengih-sengih kat salesgirl? Sorry the morryyyyyyy!

Aku buat muka kesian pun bukan suruh kau beli hokeyyyy.
Aku cuma mintak kau pulangkan credit card aku je.

Tapi gagal.

Sebab bila dia suruh bagi alasan kenapa dah ada empat perfume still nak beli lagi?
Aku jawab 'Sebab Di busuk'.

Nexttttttttttttttttttttt.




Ahhh, tak kira.
Kalau sampai hujung minggu ni dia tak izinkan jugak aku beli Lancome ni, aku pecahkan semua perfume yang aku ada!
Haa kau kauuuuuu. (hnss hnsss hnsss)


Akhirnya kami pulang jua, dengan semua dalam bag tu untuk Redza and Rayyan only.


Eh silap.
Bapak dia pun ada beli kasut gak.

Aku pun ada.
Hehehehe.

Hari tu aku plan nak gi konsert Fransisca kan?
Yo yo an je tetiap malam En Wan bukak website si Fran ni nak check seat yang best (padahal, yang paling murah).
Aku dah siap hafal semua lagu-lagu Fran. Be it part Fran nyanyi, part Jamal Abdillah nyanyi, sampaikan ke part Royston nyanyi pun aku hafal. Sikitt je lagi aku nak bertukar jadi Manan Ngah.


Macam goggle helikopter.


Tapi disebabkan spek ini, maka Fransisca pun cancelllllllllllllllllll.
Ada huruf 'G' lagi.
Eh, poyo pulak.

Actually aku nak cari spek Christian Dior.
Memang dah lama aim spek tu.
Tapi syukur alhamdulillah, semua CD yang aku sarung tu tak sesuai dengan muka.
Salesgirl tu mati-mati suruh aku ambik jugak dengan alasan ada huruf 'CD' kat tepi so 'u nampak sangat style'.
Wadehellll? Dah kalau tak sesuai dengan muka takkan aku nak rembat jugak semata-mata nak style? Ade sesaper nak kelebet celah telinga aku tengok brand?

Yang ni pun En Wan tak approve sebenarnya.
Dia ni semua aku nak beli, semua tak boleh.
Tu belum cara-cara aku mintak dia belikan.

Tapiiiiii, dia lupa bahawasanya ATM kad aku dia lupa nak ambik balik.
Hehehe.

Aku try-try spek lebih kurang, agak-agak dia leka ngan Redza, aku tanya sales tu 'I takde cash skarang, takde credit card, ATM card boleh?'

'Bolehhh'

Zassssssssssssss.

Impaknya, sampai skarang aku tak jumpa-jumpa dah ATM kad aku.
Tah mana dia sorok.
Lantak lah.