Pages

2011-02-11

Mintak nyawa!!



Ya, Allah!
Mintak nyawa!
Mintak nyawaaaaaaaaaaaaaaa!

Ambik nafas dalam-dalammmmmm.
Pejam mata.
Lepasssssssssssssssssssssssssssss.

Ok, lega sikit.


Baru je kejap tadi si alpoyo tu call "bertanya khabar" lagi. Rajin betul dia buat baik dengan aku skarang kan? Sampai 3 missed call dia bagi.
Mesti nombor aku ada dalam list family & frens dia.


Kali ni tanya khabar bibik aku.

Oh rupanya dia pun nak ambik bibik. Tapi baru dalam planing so now tengah survey-survey harga. Dia tanya kat mana aku ambik, bibik ok ke tak, berapa aku bayar gaji, berapa aku bayar agent.

Dia PLAN nak ambik maid dalam bulan ni tapi agent yang dia ambik tu mahal TAPI dia kata tak kisah janji dapat dalam bulan ni gak. Ok fine. Duit kau, ada aku kesah?

Gaji yang agent tu request is RM550. Tapi, dia PLAN bagi RM600 (takat lebih RM50 pun kecoh) sebab "Rumah I besar". Ada rasa nak pitam tak baca?

Dia PLAN bibik dia sok just kemas rumah je. Menggosok, membasuh, memasak semua dia nak buat sendiri. Katanya lahhhhhh.

Bagi aku simple je.
Cakap banyak tak guna beb.
Baru PLAN, buat la dulu baru cerita kat orang.
Ceh.

Padahal dulu dia la orangnya yang anti-maid.
Masa dia tau aku ambik maid (yang first), soalan yang dia tanya mula-mula sekali was 'Abis kat rumah sape masak? You ke maid?'

Bila aku cakap kadang-kadang maid. Dia reply 'Hmmm...mengelat. Patutnya kita la masak untuk laki kita, kita orang pompuan'.

Kau ingat maid aku orang jantan??

Memang la kau masak untuk laki kau.
Tapi dalam seminggu kau cuma masak 3 hari je, lagi 4 hari makan kat luar.

Kau ke yang masak untuk laki kau kat restoran tu?

Cakap macam bagus.
Now, pe cerita bai?

Nak ambik maid tolong but keje rumah.
Padahal kau tak bekerja.
So now sape lagi pemalas?
Aku at least ambik maid sebab aku bekerja! Lojik la nak mintak maid tolong kemaskan rumah. Yang kau?

Tu la kan, kalau nak kondem orang biar berpada-pada.
Now kena kat diri sendiri.

Yang tu takpe lagi, sebab takde sangkut-paut dengan aku.
Yang tak boleh bla bila dia tanya Redza masuk sekolah mana? Sekolah bistari ke tak?

Bila aku cakap aku tak sure, dia mintak nama sekolah tu 'Biar I tolong checkkan'.

Masa ni aku memang nak gelak.

Sampai ke tahap tu dia nak korek? Punyalah orang lain takleh lebih dari dia!!
Kesian gila.
Ye la kan, nak celen aku konfem lah kau kalah sebab aku blaja sampai MSc, kau takat SPM je. Kahhhhhhhhhhh! Riak kejap.
Jadi harap je la kat anak sape paling bijak.


Kenapa la ada orang yang suka sangat meng-value sesuatu berdasarkan kereta sape lagi banyak, gaji sape lagi tinggi, kereta saper lagi mahal, rumah sape lagi besar, anak dapat masuk asrama ke tak, sape pegi haji dulu (ni aku lom penah dengar la, tapi kalau ada, tak tau la nak cakap apa).

Aku rasa Malaysians dah jadi too competitive pada tahap yang sangat-sangat tak lojik.
I mean, perlu ke kau nilai kehebatan seseorang tu pada sekolah yang dia masuk?

Aku pernah masuk one of the best boarding school in Malaysia, tapi adekah kawan-kawan aku yang duduk sekolah harian tu semuanya tak bijak?
Memang best kalau dapat masuk skolah gempak. Itupun kalau kau leh handle the stress la.

Lagi stress ok dikelilingi dengan manusia-manusia bijak.
Kau dapat no. 11 dengan gap antara kau dengan budak no. 1 cuma 11 markah pun, tetap kau dikategorikan antara yang kurang cerdik sebab nombor kau 11.

Tapi takde la maksudnya lagi baik ko duduk skolah yang tak bijak so that tetiap tahun ko dapat nombor satu walaupun report kad kau macam-macam kaler ada.

Cuma adekah kalau anak kau masuk skolah asrama maka anak kau bijak?
Yang BEST cuma the skolah, anak kau belum tentu lagi best. So, jangan nak bangga yang over.

Aku ada a few frens yang masuk SBP tapi SPM agg 23, masuk MRSM tapi tak grad sebab pointer tak lepas. Aku tak rasa kalau benda ni jadik kat ko, ko nak cakap yang anak kau dapat agregat 23. Mesti kau still cakap 'Anak I yang sulong tu dulu MRSM'. Dengan harapan orang bajet anak ko mesti SPM flying colors.

Tu skolah punya hal.

Kau dah dapat masuk universiti pun masih ada lagi orang nak mengkategorikan kebijaksanaan, 'Universiti mana? Overseas ke dekat-dekat sini je?'

'London'

'Kerajaan hantar ke, sendiri bayar?'


Hoi, apehal ngan korang semua ni ha?
Lantak la siapa tanggung, kerajaan ke, bapak aku ke, kau pulak yang susah?

Kau dah grad, orang tanya kelas keberapa?
Kalau kau jawab 1st class, dia tanya berapa pointer?

'3.7'

'La, 3.7 dah boleh dapat first class??? Universiti I, 3.99 baru boleh dapat first class'

Universiti kau gila!!


Aku penah ada pengalaman dengan orang pesen ni.
Masa aku register masters kat UKM dulu, ada sorang student ni tanya :

Dia : UNIMAS tu universiti baru kan?

Aku : Baru la jugak, tapi dah 4 kali konvo.

Dia : Kawan I kata UNIMAS tu senang nak grad sebab dia Universiti baru.

WTF?

Aku : Universiti je baru, staff mostly orang lama. In fact my Dekan dulu pensyarah kat UKM. Our TNC pun dulu from UKM. So logically, the sistem sama je macam Universiti lain.

Tak puas hati lagi ni.

Dia : Kawan kakak I ada 2-3 orang grad UNIMAS, sampai skarang takde keje. Padahal pointer semua tinggi-tinggi. Last-last ambik master sebab takde keje.

Hahahha.
Nak mengkondem orang pastu kena batang hidung sendiri.
Kau bukan tengah ambik masters ke cik kak??

Oh, dia lain.
Dia ambik masters sebab memang cita-cita nak berbakti kepada anak bangsa.

Blah la.


Penyakit ni bukan takat kat golongan dewasa je tapi dah berjangkit kat budak-budak.
Samada budak-budak kecik zaman sekarang dah pandai baca Motor Trader or mak bapak tu sendiri yang dah spoilkan pemikiran dorang.

Aku sangat-sangat surprised bila one day Redza balik sekolah, one of budak dalam van skolah tu cakap 'Fuiyooooo, rumah dia ada dua Hondaaaaaaa'.

Lain la kalau budak tu cakap 'Rumah dia ada dua keretaaaaaaaaaaaa'.
But ini dia mention HONDA.

Memang la Honda tu tak hebat mana pun. Semuaorang boleh pakai Honda.
But cara dia cakap tu menunjukan kekaguman yang melampau seolah-olah dia dah diajar sape pakai Honda best, sape pakai Saga cikai.

Aku takleh imagine if one day anak-anak kita (mintak simpang) cakap 'Ala, bapak dia pakai Saga je...'.

Mulut budak-budak ni kita bukan boleh jangka.
Diorang bercakap berdasarkan apa yang didedahkan apa dorang.
Sebab tu aku cukup takut terlepas sebut 'pantek' kat rumah, satu hal nak menjawab ngan Redza.
Alangkan sekarang pun Redza dah pandai tanya trajedi-trajedi luar biasa kenapa mama mandi dengan papa, kenapa malam tadi Ija nampak papa tido atas mama. Oh, dem!

Tapi bibik aku ni suka nau sebut pantat.

Kejap-kejap 'Madam, ada berus sabut? Saya mau berus pantat kualinya', 'Ini pasu harus dbersihkan Madam, pantatnya ada akar'.

Sampai Redza tanya aku 'Ma, pantat tu apa?'

Sama la kes budak poyo yang selalu eksyen ngan aku ni.
Salah satu faktor kebelagakkan dia mungkin pengaruh dari husband dia sendiri.
Sebab dulu husband dia penah berborak ngan En Wan pasal kawan-kawan lama.
So husband dia tanya 'Eh, ***** apa citer? Dia tak kontek-kontek aku lansung. Senyapkan diri je'

'Ada, dia keje kat ****** (still dalam negara). Pelantar minyak beb, mesti busy'.

'Eleh, aku pun keje kat pelantar, overseas lagi' ----> EKSYEN!

'Dia pakai Fairlady pulak skang. Mamat tu still gila ngan kereta sport la'.

'Fairlady? Ala, second hand. Berapa sen sangat gaji dia' ---------> BERLAGAK GILA! KAU TAK TAKUT KENA TEMBAK NGAN PETIR KE??

Aku tak pernah sangka ada orang yang tergamak nak kondem orang sampai kira gaji.
At least not from someone yang grad overseas.
Ingatkan kerajaan hantar jauh-jauh makin bijak.
Rupanya tak. Makin bodoh.
Tambah lagi satu - makin kekampungan.
Just like makcik-makcik punya style 'Den tak poi dah ambik belanjo kek kodai Kee Seng. Den poi Maidin skang'.

Letih.