Pages

2010-07-08

Orang-orang sekarang.......dah macam beruk pun ada jugak aku tengok.



Semalam, teacher Redza call aku bagitau yang Redza tersadung kaki time berlari-lari anak (ko jangan nak kencing aku ye Teacher, aku tau anak aku tak pernah berlari-lari anak. Ni mesti dia lari pecut ni) kat skolah lalu tergesel sikit pipi dia kat tanah maka terhasillah sedikit calar kat pipi.

Cara cikgu tu call aku macamkan anak aku lebam satu muka, padahal aku tengok alahai seciput je pun calar. Kesan calar aku belasah dia ngan hanger lagi panjang okkk. Lagipun anak aku tu hitam, takat calar segaris dua tu tak nampak punya. Cuma yang aku concern kot la terhentak kepala dia kat tanah, tapi cikgu dia kata takde. Dan melihatkan pada baju skolah Redza, aku bajet takde la teruk sangat insiden tu terjatuh tu. Tapi tu la kan, cikgu-cikgu sekarang ni, agaknya cukup takut mak bapak serang skolah bila tengok anak dorang calar-balar as if cikgu tak menjaga anak dorang betul-betul. Sometimes kesian pulak aku tengok cikgu-cikgu zaman skarang ni.

Ingat lagi masa adik aku jadi guru sementara kat Bangi, dia pi jemur satu budak tu kat luar kelas, sekali kena sound ngan guru besar. Alasan, takleh jemur budak, nanti budak pengsan.

Ok. Takpelah. Masuk akal.

Kawan aku pulak kena sound dengan cikgu disiplin (cikgu yang kena sound, bukan murid) sebab dia suruh budak berdiri atas kerusi sampai habis kelas sebab budak tu tak siapkan homework.

Berdiri luar kelas tak boleh.
Berdiri dalam kelas pun tak boleh.
Hanya kerana dia kena berdiri atas kerusi maka jadi tak boleh??
Kalau aku suruh berdiri tepi kerusi boleh tak agak-agak?
Kena berdiri jugak namanya kan, cuma bukan atas kerusi. So apa beza?

Takat berdiri satu masa je pun boleh pengsan ke???
Perhimpunan yang sampai sejam lebih tu pun kau boleh berdiri, takkan berdiri atas kerusi 45 minit pun nak mengadu kat makbapak kot?

Aku ni dulu toksah kata berdiri atas kerusi, siap kena berdiri atas meja makmal lagi. Tapi bukanlah nak kata aku takde hal berdiri atas meja ni semua, cuma kau sendiri boleh pikir lah takde saper cikgu yang gila nak pedajal kau kalau kau tak buat salah. Dah buat salah tu terima je la hukuman.

Kau boleh bayangkan tak berapa tingginya darjat aku berdiri atas meja makmal hanya sebab aku lupa nak tulis RUMUSAN and OBJEKTIF kat buku lab? Sikit punya kejam apa cikgu aku. Tapi aku takde la nak mereport kat Mak Aji segala. Kalau aku report pun bukan dia kesian, dia tambah cop mohor kat peha lagi ada.

Rasanya adik aku kot yang cerita kat aku masa dia jadi cikgu sementara dulu, ada satu kes parents serang bilik guru siap maki hamun cikgu nak bawak masuk court segala sebab anak dia kena denda. Siap cakap dia Profesor Madya bla bla bla ntah apa kaitan ntah.

Halo makcik, anak kau kena DENDA okkkk. Bukan kena DERA!
Dah tua pun bodoh.

Makcik tu bengang ngan cikgu tu sebab dia tak percaya anak dia berperangai nakal kat skolah sebab anak dia baik sebaik-baik umat kat rumah.

Of cos laaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
Nak mati ke buat perangai dajal depan makbapak?
Aku pun tak berani dowhhhh.

Yang makcik ni pun kot la 'saya kenal sangat dengan anak saya tu, dia baikkkk', janganlah main serang je cikgu. Apa ko ingat cikgu tu gila ke nak denda anak orang suka-sukia hati. Cikgu tu pun skolah okk. Dia pun tau undang-undang. Cuma bezanya dia takde title DOKTER macam kau, tapi tak bermakna dia bodoh.
Eh, tetiba aku emo over.

Sebenarnya aku tengah bengang ngan satu customer aku ni.
Actually dah 2 minggu dia dok pung pang pung pang memekak dalam email aku. Telifon je la aku maki terus kalau kau berani. Tak pulakkkkkk.

Kesnya sebab dia hantar sample bacteria untuk kitorang buat bacterial ID. Aku nak cerita detail pun pasal sample-sample ni rasa tak payah la kot. But result yang we all dapat tu was based on NCBI website (microbiologist tau la website ni).

Mati-mati dia tak accept result tu.
Siap kata aku tak skillful la, aku tak paham area dia la.
Pantek siallllll.

Dah la kau nak aku bagi written and CD format report berserta segala reagent, protokol and gamba-gamba PCR segalanya lengkap so that thesis pHD kau gempak as if kau yang buat eksperimen ni, pastu kau nak argue result aku. Kalau kau pandai sangat, apesal kau tak buat sendiri bahalol? Kalau tak tau tu senyap je la sudah.
Aku siap refer result ni kat another customer yang juga senior aku masa kat U dulu and his reply was :

To: Diana Ishak
Sent: Mon, July 5, 2010 2:02:38 PM
Subject: Re: Fw: Fw: Fw: Biased Staining Report and Identification

Hi Diana,

Will not entertain your customer's comments again. He should read and not asking stupid questions. He doesn't know anything but simply make accusation. HE SHOULD READ UP AND UNDERSTAND SINCE HE IS DOING HIS DEGREE. I am wondering who is his supervisor at ***. No wonder the quality of graduates in Malaysia is getting ...................... Also wondering, who is the senior microbiology professor that he referred to. Any microbiologist will only use the term "the sample show the closest match to xxx in NCBI database". It seems like your customer do not read journal paper and new in the field. He should attend related basic courses in microbial biotechnology.


Hambik kau.
Kadang-kadang aku tak paham manusia ni. Ni cara-cara baru nak ambik pHD, belum dah ada tittle DOKTER sok. Ni esok sekapal la dengan makcik Profesor Madya tu. Asal ada tittle je maka kau bijak. Abis aku yang takde tittle ni kau rasa apa, jadi balaci???

A fren ada bagitau aku (*wink*) :

1. Kalau kita ada certificate yang gempak and ada tittle, apa kita cakap orang akan kata betul. Tapi kalau kau takde tittle, ko cakap berbuih-buih mulut pun orang tak take note.

2. Kalau kau ada tittle, bila kau diam, orang cakap kau faham apa yang dorang sampaikan. Tapi kalau kau takde tittle, bila kau diam orang kata kau tak faham dan bodoh.


Mindset manusia eh?

Teringat satu kawan aku yang nama dia Tengku Shawati binti Ahmad (bukan nama sebenar). Nama dia je ada Tengku, nama bapak takde. Memang bukan kerabat raja pun budak ni. Kat namecard dia, dia letak "Tengku Shawati Ahmad". So orang lain pressume nama dia Tengku Shawati binti Tengku Ahmad. Pehhhhh, aku cakap kauuu, mana-mana pegi layanan A class okkkk.

Maka marilah kita kumpul sijil banyak-banyak dan letak sebanyak mana tittle selagi boleh kat nama masing-masing.