Pages

2010-03-22

Series ini adelah entry mode ustazah bahiyah



Semalam tengahari aku ngan En Wan lunch sama kat Pak Li Kopitiam. Aku tak sure if tu pak rosLI punya, or pak LInggam or pak LI hiang wei punya. Aku belasah je la anggap orang melayu punya. Lagipun kat Shah Alam ni jarang ada kedai cina or india melainkan mamak. Kalau mamak ni selalunya letak nama antara BISTRO atau KANDAR. Tu je la.

En Wan yang ajak aku datang Kopitiam Pak Li ni sebab dia kata cendol kat situ sedap. Cendol kat rumah aku ni si mamak tu pegi letak kayu manis, dah macam mamak jugak rasa dia. Sejak berhari-hari lepas aku craving cendol, maka Pak Li lah sasarannya. Terima kasih Pak Liiiii (ikut style iklan "Lihat pinggangku, ramping bukan???") ---->> sape ingat iklan ni? Ni iklan masa aku Form 3.



Not bad cendol dia. It comes with separate gula melaka. So sukati kau nak tambah berapa banyak. Paling best adelah ais dia yang halus gila. Mula-mula aku ingat dia letak eskrim kelapa. Sekali ais daaaa.



The nasi ayam lemon pun bestttttt!
Mula-mula aku tertanya gak apesal nasik ayam dia takde sup.
Sekali bawah nasik tu dia dah letak lemon jus laaaa.
Gila babi punya sedap. Sikit aku tak pelawa En Wan walaupun tiga kali dia tanya 'Sedap ke?'.

Ye, sedap. Dah sadap youuuu.

Tengah makan, datang adik dua orang jual kerepek.
Mula-mula aku macam tak beminat, tapi rezeki adik tu la kot. Benda pertama yang dia keluarkan dari plastik adelah kerepek keladi (yang kaler purple tu). Itu memang aku punya favourite. Kalau nampak aku makan kerepek keladi ni tolong jangan mintak ok. Sebab aku takkan bagi.

So, terus aku agree ambk 2 paket. En Wan, sila bayar.

Bila aku tengok adik-adik dua orang tu menjual, rasa kesian pun ada. Apesal la aku tak tanya sekali dorang dah makan ke belum.

Orang-orang yang berusaha macam ni kalau kita tak tolong pun serba-salah je rasa. I mean, diorang pun taknak kita beli sebab kesian, but the way dia approach kita and barang yang dia jual tu sesuai dengan persekitaran kita pada waktu tu buatkan kita rasa tergerak nak beli. Apetah lagi kalau barang yang dia jual tu adelah makanan, konfem orang tak tolak. Paling tak pun, mesti orang nak tengok apa dalam plastik tu dulu.

Hari tu masa aku gi Matta Fair, ada la sorang akak ni standby depan entrance Matta tu dengan buku-buku entah aku tak sure apa dia but sekali imbas aku nampak macam buku panduan solat. Maybe dia jual buku-buku agama.

Memang aku expect dia akan approach kitorang walaupun orang kata muka aku macam india but still akak ni approach aku, so aku rasa aku muka melayu (tima kasih kepada hidungku yang kemek).

So this akak follow kitorang sambil explain asal buku tu.
Aku dah kata 'takpe kak, terima kasih' pun dia tak paham-paham gak. Still ikut aku lagi. Seb baik dia jual buku agama okkk, kalau tak memang aku tengking. Kadang-kadang orang macam ni buatkan kita rasa serba-salah. Bila kita kata taknak, dia macam tak paham pulak. Nak aku bagi penampar kot baru paham. Bila lagi sekali aku cakap 'takpe, terima kasih', last-last ayat dia 'Sedekah ikhlas, dik?'.

So, itu la point sebenarnya kan?
Nak mintak sedekah rupanya tapi berselindung di balik buku-buku agama.
Patutla tak paham-paham bila aku cakap taknak.

Ni lah dia kalau orang nak meniaga, ko pun nak meniaga tapi tak tau hala tuju.
Dah tau nak jual buku agama, apehal kau pegi Matta Fair?
Orang pegi situ kepala masing-masing dah bajet nak pi tengok pakej pelancongan, memang takde dalam kepala nak beli buku segala. Melainkan buku travel guide.

Kau dah tau produk kau buku agama, pergi la standby depan masjid lepas semayang Jumaat hendaknya.

Bukan perli okk. Tapi ini fakta dan juga pengalaman diri sendiri.

Cuba fikir, apesal kalau time bulan puasa kita tend untuk sedekah tukar-tukar makanan ngan jiran padahal bulan-bulan lain boleh je nak tukar-tukar makanan. Dah tentu kau boleh makan sepanjang hari but bila bulan puasa baru kita nampak jelas trend sedekah-sedekah makanan.

Sebabbbbbb, suasana waktu tu mendorong kita untuk buat everything yang menjurus ke arah keagamaan, carik pahala lebih di bulan Ramadhan. Sama la situasinya untuk akak yang jual buku agama ni. Aku rasa kalau dia jual depan masjid mesti ramai yang singgah. Sebab masa tu orang baru lepas solat, baru lepas berdoa, baru lepas dengar khutbah, so masing-masing masih lagi dalam lingkungan perasaan berpijak di bumi nyata. Perasaan baru lepas semayang memamg something kan, apetah lagi kalau kau semayang kat masjid. Dia punya tenang tu lain macam. Memang laku okk kalau kau sua kat brader-brader ni buku-buku agama. Sebab laki aku pun penah beli buku-buku ni lepas solat Jumaat. So, aku nampak point dia ada kat situ.

Berbalik pada cerita akak tadi, bila dia mintak aku sedekah, aku dah macam "inilah yang aku menyampah". Menyampah okkkk, menyampah!

Sebab aku tak suka orang yang mulanya 'bekerja' last-last tukar profession pulak mintak sedekah. Come on laaaa. Jangan la senang sangat give up. Like "Ko taknak beli buku aku takpelah tapi hulurkan sedekah ikhlas". Baik ko bersila je tadah tangan dari awal, kan ke senang.

Lagi satu masa aku lepak ngan kawan aku kat RnR Sungai Buloh.
Tengah layan sembang, datang satu budak pakai songkok bawah article pasal sekolah anak yatim ke apa ntah sambil bawak calendar gulung. Dia kata kalendar tu RM10. Sorry la aku nak beli calendar sampai RM10. Bukan berkira okk. Tapi benda yang dia jual tu tak lojik sangat dengan harga RM10. Lagipun aku takyah beli calendar, tiap-tiap tahun Giant bagi free.

So, aku hulurlah RM5 tanda sedekah. Kesian pulak kat budak-budak kan.

Agaknya cikgu dia dah pesan jangan ambik sedekah kot, so dia kata



Budak : Takpelah, kak. Saya tak ambik sedekah. Saya jual kalendar.

Aku : Rumah akak dah banyak kalendar. Akak taknak beli dah. Ni akak bagi je duit ni.

Budak : Takpela, saya tak ambik sedekah.


Dah tak ambik tu silalah blah la kan. Ini tak. Dia berdiri lagi kat situ terkebil-kebil. Kalau kau, kau buat apa?

So, aku cakap lagi sekali 'Dik, akak taknak beli calendar. Kalau adik nak, ambik duit ni'. Gila santun okk cara aku cakap. Ingat senang aku nak buat tone suara macam tu.

'Takpela, saya tak ambik sedekah'.

Balik-balik itu yang dia cakap.
Budak ni pakai bateri ke apa? Aku tengking kangggg.

Last-last aku buat dek. Ada la dalam 5 minit dia berdiri tepi meja aku. Orang keliling dok pandang-pandang. Dah la nampak aku ni macam keji gila taknak bagi sedekah.

Jenis macam ni pun aku tak pasti perlu dibantu ke tak.
Tak dibantu, kesian.
Kang dibantu kang, makin berleluasa lak. Mana la tau kot-ko ni agen yang jadikan budak peminta sedelah.

Tapi kalau fikir lojik, mana ada cikgu/ustazah yang ajar anak murid dia tolak sedekah dari orang? Sedekah tu kan rezeki. Ustazah aku tak ajar pun tolak rezeki. Lainlah kalau rezeki tu dari sumber yang haram. Tapi tak tau la kot budak tu rasa tak patut ambik sedelah dari aku sebab aku pakai skirt time tu. Tapi ni mesti 'cikgu' dia dah ajar jangan ambik kalau kurang dari RM10.

Wallahualam.