Pages

2010-02-07

Biar tak berapa putih tapi jangan berkeladak sangat


Friday nite, as ussual. Tenet time.
Kali ni aku dah baca-bacakan kat telinga En Wan dari hari Selasa yang this week aku tak kira nak tengok Adnan Sempit gak. Aku dah tak tahan dengar komen-komen orang pasal movie ni. Lagipun Shaheizy Sam itu sangatlah masak mengkal okkkk.

Overall cerita ni boleh layan.
Actually cerita ni biasa-biasa je tapi cara dia kupas isu mat rempit tu melalui perspektif yang berbeza buatkan cerita ni best. Tapi, walaupun dia cuba alihkan pandangan buruk masyarakat terhadap mat rempit, still kat situ jelas lagi nyata mat rempit tu tetap dengan elemen suka melepak, memekak and carik pasal. (padahal aku dulu pun melepak dan memekak jugak tapi kat McD. Bezanya time tu aku takde moto, aku ada BMX)

Well, memang lah watak Shaheizy Sam tu lain dari mat rempit yang lain. Of course la, what do you expect. Dia hero okkkk. Hero haruslah lelaki yang best.
Walaupun dia mat rempit tapi dia tak hisap dadah.
Walaupun dia mat rempit tapi dia tak kebas beg tangan wanita-wanita yang dah tau berjalan kat tepi jalan lagi nak bawak beg melenggang-kangkung.
Walaupun dia mat rempit tapi dia tak rogol gadis dan janda.
Walaupun dia mat rempit tapi dia tak join lumba haram.
Walaupun dia mat rempit tapi dia tak join 'kenduri aqiqah'. (tapi part akikah ni macam real je. Pompuan tu betul-betul strip ke??)

Time akikah ni, aku tanya En Wan 'Bang, kalau abang la, stim tak tengok pompuan macam ni strip?'

'Ishh, takde lah. Hitam'.

Aku pandanggggg je muka dia.

Tapi betul la apa yang Shaheizy Sam ni cakap, tak semua mat rempit jahat. Tapi filem ni berjaya menampakkan yang mat rempit tu walaupun dia tak jahat, but still ada potensi nak membawa kepada isu-isu yang menjurus ke lokap. Walaupun sesaper pun ada potensi masuk lokap kalau tak berjaga-jaga, tapi kalau sebut mat rempit je memang takde de orang nak pikir yang baik-baik. Tak pencopet, perogol.
Padahal laki aku dulu pun merempit gak. Merempit pakai baju skolah lagi.

Apa-apa pun cerita ni memang best.
Aku ketawa sampai terkencing. Nasib pakai pantyliner.
En Wan yang dalam pada tak suka tengok cerita melayu tu, dia lak over terbahak-bahak sampai berselepet air liur dia kat muka aku.



Today Redza ada colouring contest.
Sibuk dia nak join. Hari-hari dia nyanyi kat telinga aku pasal nak masuk contest nak masuk contest nak masuk contest. Bingit.
Kitorang layankan aje la.

Lepas dropkan dia kat skolah, terus aku balik. Takde keje aku nak tunggu. Lagipun parents are not allowed untuk ada kat tepi anak-anak. Kang anak tak apa-apa, mak bapak yang sibuk pegang pensil kaler.


Masa ni contest dah abis, so mak bapak semua tengah tunggu majlis penyampaian hadiah.
Aku malas nak ambik port. Aku pun busy ambik gamba persekitaran.
En Wan beria-ia nak dengar kot-kot nama anak dia naik.
Sekali betul kauuuuu. Dia dapat nombor dua.
Aku yang pegang kamera last-last aku lupa nak snap gamba anak aku.
Tapiiiiiiiii Redza buat hal.
Dia ni kalau masuk part-part kena ambik hadiah, memang dia konfem bentan. Boleh dia taknak ambik hadiah tu! Alasan, hadiah tu kaler pink. Pink for girls. Macamana aku tak geram. Aku pulak yang kena ambik.



Takde la pink mana punnnnnn.
Sikit je.
Tu pun nak malu.
Ke ko ni ada girlfren kat situ???
Jangan Ijaaaaaaaaa, aku kepit buah ko ngan penyepit baju kang.

Walaupun just colouring contest, but En Wan nampak proud gila bila Redza menang.
Memang jelas sangat nampak dia happy.
Agaknya macam ni la bapak-bapak kita dulu proud kat kita, tapi taknak cakap, but nampak dari airmuka.

Kira berbaloi la tetiap bulan En Wan kena belikan pencil color baru.

Ok, now masa untuk berpoya-poyaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

Nak shopping pakai duit sendiri pun bersyarat okkk.

Aku : Bang, nak beli baju boleh?
En Wan : Baju apa?
Aku : Baju nak jalan-jalan, nak dok rumah.
En Wan : Satu syarat.

Tang satu syarat ni yang aku letih ni.

Aku : Alaaaaaaaaa. Di dah mandi niiiiiii. Taknak mandi lagi.
En Wan : Kali ni syarat yang tak payah mandi.

Ni mesti suruh aku main gosok-gosok ni.

En Wan : Masak dulu, pastu baru gi shopping.

Yesssssssss!!
Bak kata mak metua aku 'Berehhhhhhh'.
Dalam hati aku 'Selamattttttt'.
Apa ingat keje menggosok ni keje mudahkah?
Perlukan konsentrasi dan daya tahan terhadap kelenguhan okk.

Oh baru teringat.
Pagi tadi time nak mandi, aku nampak ada lebam kat celah peha En Wan.

Aku : Bang, seingat Di, kelmarin Di buat love bite kat dada kan? Ni apehal kat celah kangkang pulak ni?

En Wan : Ni bukan love bite la. Ni gigit hantu.

Ok takpe.
Nasib baik alasan dia lojik.
Jap lagi aku nak gigit kat celah peha yang sebelah lagi, aku nak compare sama ke tak.
Kalau tak sama, ok fine. Memang kena gigit hantu.
Kalau samaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa siap pompuan tu, aku hantar hantu malam ni jugak!

Tektik bershopping dengan suami :

Pastikan hanya satu beg shopping saje di tangan.
Kat dalam tu ko nak peruk sampai sembilan puluh empat jenis baju pun takpe, janji ko kuar dari mall, paper bag ko satu. Insyallah, minggu depan dia izinkan ko shopping lagi.

Actually tujuan sebenar shopping adelah kerana ini :


En Wan : Apa ni Di?
Aku : Compact powder. Nape?
En Wan : Tolonglah beli baru, Di. Dah berterabur macam ni pun nak guna lagi?

Eh tolonggggggg sket ye.
Apa ingat menatang tu murah ke?
Menggigil duit-duit aku dalam beg time nak bayar hari tu ok.
Haruslah kena guna sampai ke titisan serdak yang terakhir.
Aku pedulik apa dia terabur ke tak. Selagi ada, akan aku kikisssssssssss sampai lichinnnnn.

Tapi sebab dia dah sound tu kan, maknanya dia la yang kena belikan. Betul tak? Sape suruh bagi idea.



Hari tu ada saper eh tanya aku pakai bedak apa tapi aku lupa nama bedak ni.
Ni lah bedak dia.
Whitening effect jangan dilupa.
Biar tak berapa putih tapi jangan berkeladak sangat. Pepatah yang aku buat sendiri. (tu pasal la tak putih-putih)