Pages

2009-06-23

Congrats to [Hanie] dan cik abangnya


Jumaat lepas (dah nak masuk Jumaat ni, baru aku nak citer Jumaat lepas punya story) adelah hari berdating, like ussual layan movie. Tapi kali ni En Wan ajak tengok kat Sunway. Memang itu la last aku pegi tengok sana. Tak best lansung cinema dia. JJ Bukit Tinggi jugak yang best. Dah la layan Terminator. Aku kalau cerita-cerita tak lojik siap robot pejadah semua ni memang lembab sket la nak masuk otak. Tapi sebab dia dah booking, tengok je la. Boleh jalan-jalan.

Jangan tanya cerita dia camne, sebab kalau dah nama aku tak suka tu, memang takde de aku nak concentrate kat dalam. Aku siap layan tetris lagi.

Jap.
Camne nak download Mahjong kat HP? Anyone?



Macam muka E.T, eh?

Carik hadiah wedding [Hanie] kat JJ sementara nak tunggu movie time.

Kalau part mencarik hadiah memang sangat bukan keje aku. Itu semua keje En Wan walaupun yang kawen tu adik aku, memang dia jugak yang tukang pilih hadiah. In fact kalau ada member-member aku kawen dia yang ingatkan.

Dia memang suka tau buat-buat keje kebajikan macam ni.

Dia la engineer, dia la interior designer, dia la kontraktor rumah (sebab masa renovate rumah yang aku duduk sekarang punya la dia tak percaya kat kontraktor, dia sendiri pi kilang tiles angkut dengan kereta, dia sendiri pi angkut simen, dia sendiri yang pi carik plaster ceiling) and dia jugak la akauntan tolong double checkkan akaun syarikat aku. Dan juga budak suruhan sebab kena beratur kat bank hujung bulan bayarkan keta aku, credit card aku, hutang MARA aku dan segala-galanya yang menyusahkan hidup aku.

Pandai tak aku pilih laki?




Makanan pemusnah diet.

Tapi saper yang pilih???
Aku jugakkkkkk.

Masa makanan ni sampai aku macam 'Eh, saper order ni?? Saya tak makan benda-benda berlemak nih'.

Tapi sebab macaroni cheese tu begitu tempting dan bak kata pepatah alang-alang sudah berlemak, biar sampai berselulit.




Masa ni aku tengah tengok couple dua orang kat depan main suap-suap mushroom sup.

Muka agak jeles bukan??
Sebab manusia kat depan aku ni elok je sroooop sroooop sroooop makan sikit tak pandang aku.
Aku tuang oren juice lam pinggan ko kanggggg.

Tapi takpela, memang dari dulu pun tak penah main suap-suap.
So takyah la tetiba nak emo-emo dah lapan tahun kawen baru nak mintak bersuap segala.
Kang nak main suap-suap sangat, tersodok pulak garpu kat anak tekak.
Maklumla tak biasa.



Bukti yang menunjukkan memang sah aku berdating ngan En Wan, bukan ngan laki lain.

Dia ni memang pemalu sket (sikit aje).
Asal aku halakan kamera je, nanti dia buat-buat la pandang tempat lain.

Malu-malu konon...tapi main sms.
Depan aku lak tu.





Ye Puan [Hanie], akak telah datang makan nasik beriyani lauk ayam goreng rempah dan kuzi daging kat majlis ko dikkkkk. Akak sampai awal kot, ko baru je berarak. Kitorang kalau bab-bab lauk kenduri ni memang takleh lambat. Akak berdiri jauh je takkan la nak snap gamba betul-betul depan pelamin, ngalahkan profesional photographer lak aku.

You look so pretty in pink :)




Asal balik dari rumah orang kawen je memang kitorang yang lelebih horny. Dalam keta je dah terjadik macam-macam di luar dugaan.

Tapi memang macam tu la.
Asal balik dari kenduri kawen we all mesti cam loving gila babi. En Wan kejap-kejap kiss aku, pastu aku kejap-kejap terlanding-landing atas dia. Cam aku lak yang kawen jap tadi.

Atas dasar itu lah, maka tolong la jemput aku gi kenduri korang.