Tag dari g33 :
1. Berapa pasang baju raya anda tahun nie...and kaler ape???
Baju raya tahun ni aku dah pakai dah, takyah tunggu raya.
Kaler green apple kusam, baby purple and grey.
Since tahun lepas tak balik raya kat Tampin and makcik-makcik aku lom tengok baju raya aku tahun lepas, so raya kali ni harapan adelah besar untuk aku angkut semua baju-baju last year sekali. Bila lagi nak buat fashion show kan.
Tahun ni tema aku adelah :
a. kurung Pahang.
b. see thru.
c. mengerlip
d. pakai selipar.
Tahun ni ikut Pak Aji balik Muar okkk. Banyak tanah gambut, kang pakai kasut mau terbenam heels aku. Dah la kat Kampung Sarang Buaya tu, satu kampung sedara dia. Semua rumah kalau boleh nak naik. Kuih sama je aku tengok, tempeyek manjang. Jawa katakan. Kang tak makan, orang kata berlagaknya orang KL masuk kampung, tak sudi rasa kuih. Padahal tempeyek tu ko beli dari nenek aku kan? Kang kalau terlebih makan, melecet lubang bontot aku jawabnya.
Dah la jamban nenek aku kat luar.
2. Apakah makanan raya tradisional kegemaran anda?
Ketupat + lontong + sambal goreng + rendang paru.
Semua ni disebatikan dalam satu mangkuk sambil dok bersila depan TV tengok drama raya.
Untuk kenikmatan maksima, sila tutup pintu dan langsir.
Apa? Ada orang bagi salam? Sori aku tak dengar.
Datang balik malam kang.
3.Apakah biskut raya kegemaran anda?
Apehal dah raya pun nak makan biskut lagi? Carik la benda lain.
Tahun ni aku dengan beraninya tak beli and tak buat satu pun kuih raya.
Tahun lepas at least ada gak beli sepaket dua.
Takpe, kalau balik Muar, sure nenek aku bekalkan tempe goreng, tempeyek ikan bilis, kerepek pisang, pisang salai, bla bla bla.
Jadi, tema kuih raya rumah aku tahun ni adelah JAWA RULES!! oh yeahhhh.
4.Bape banyak duit raya anda dapat and spend bagi kat budak?
Sedekah adelah rahsia.
5.Apakah aktiviti mlm raya?
Bergantung kat mana aku beraya. Tahun lepas beraya kampung En Wan, malam raya adelah sessi lawan mercun ngan kampung sebelah. Konfem la mercun aku lagi umpphhh. Apa guna ada chemical engineer kat rumah kan.
Wah, berlagak.
Takde de aku nak masuk dapur tolong mak metua ni. Mak metua aku memang dah siap-siap belikan bungapi suruh aku main
'Diana tok sok tolong mok le, semua siap belake, gi main bungapi ngan abang'
Tapi malam raya tahun ni aku kat Bangi.
Mak Aji dah bagi duty.
Siangnya tu aku kena teman dia gi pasar beli segala tok nenek bahan nak masak malam kang. Menu tahun ni of course nasik himpit, rendang paru + daging, sambal goreng, lontong and soto ayam.
Selalunya, malam raya dah berbuka ngan nasik himpit and rendang. Takde de aku nak masak berjenis-jenis hari ni lain esok lain. Kem salam.
Time kecik-kecik dulu time berbuka je makan sampai nak tersedak-sedak sebab nak main bungapi punya pasal. Tak sabar-sabar nak tunggu nasik kat pinggan habis. Kalau boleh lepas sahur pun aku nak main bungapi.