Pages

2008-09-05

Puasa ke-empat


Seb baik aku tak terbunuh malam tadi.
Hampir-hampir aku ter-tak-dapat terawikh ke-lima. Lepas makan roti jala kepala aku mabuk.
Aku tak pikir lain.
Mengandung ke?

Biasa la, dah terdesak kan.

Naik tangga pun huyung-hayang cam mabuk brandi. Solat Maghrib pun yang paling slowwwwwwww penah aku buat selama ni. Time nak rukuk ngan sujud tu macam ala-ala matrix je aku rasa.

Aku bajet kuah roti jala.
Bibik kata kuah tu kari mutton-cross-the-road.
Hamlau punya kambing.
Darah spe-sial macam aku ni haram makan kambing.
Kang raya spital.

Dan semalam jugak, aku gi keje pakai baju raya.

Tu yang aku tak suka kalau beli baju awal-awal, konfem aku pakai terus. Takde de nak tunggu raya ni semua. Bukan orang kampung tau pun kalau tu baju raya. Baik aku pakai skang.

Tapi takde ong.
Buleh la pulak petang semalam hujan selebat-lebatnya.
Dengan takde parkingnya, kena menapak dari parking ke satu building satu building lain. Mujur ada payung, kalau tak satu Bangi tau kaler bra aku.

Masa aku kecik-kecik dulu, takde la kecik sangat, time skolah rendah.
Kalau beli baju raya takde tempat lain, asik kat Bukit Bintang.
Naik menyampah aku masuk Metrojaya situ.
Tapi memang tu je pun tempat paling gempak.
Tak pun Jusco Dayabumi.

Tempat shopping taknak kalah. Masuk Metro aje.
Tapi beli baju yang longgok-longgok.

Skang ni soriiii.
Aku main baju yang gantung-gantung je!

Muahahahahahah.
PANGGGGGG sedas.


Tapi aku suka gi tempat baju longgok ni.
Masukkan tangan dalam-dalam pastu tarik dua tiga baju keluar.
Masuk balik tangan, tarik balik baju kuar.
Saje main punggah-punggah baju. Seronok okk. Kat rumah takde benda ni.
Yang tragisnya akak sales tu ada kat tepi. Sayu je aku tengok muka dia pikir nasib nak kena lipat balik baju-baju ni.
Nak marah kang, anak orang ye kak?
Macam retarded lak tu.

Mak aji beli Mark N Spenser dia kat Metro sini.
Tak cukup bra ngan panties, potpourri nyer perfume pun dia nak Mark N Spenser.
Tak paham aku.

Dulu mak aji letakkan syarat.
Sorang selai baju kurung, selai baju moden.
Baju kurung konfem boria ngan Ima, tak berapa nak ambik tau.
Aku fokuskan kat baju moden ni.
Tapi tetapppp beli yang longgok-longgok.

Tang baju moden tu carik yang ada ribbon besar-besar. Lagi sarat lagi bagus. Meriah.
Tak pun yang ada manik-manik. Nampak cam orang kaya sket.
Kalau beli skirt kena kembang-kembang.
Siap beli beret pastu tak tau nak pakai camne.
Cekak jenis yang ada sponge kat dalam. Tertonjol je atas kepala.
Stokin selagi tak dapat carik yang jenis boleh tarik sampai ke peha memang aku takkan balik.

Kalau beli kasut balik-balik Bata.
Takde la kedai lain.
Dia suruh aku pilih, tapi ada syarat.
Kasut hanya yang bertajuk Bubble Gummers je.

Pebenda dowhhhh.
Aku dah remaja. Nak pakai yang ada bunyik ketak ketuk ketak ketuk.

Dulu aku tak tau pun Bubble Gummers tu jenis yang berjenama.
Masa tu dah sibuk nak jadik wanita.
Nak pakai kasut yang ada heels, ada buckle sket, kalau dapat yang mengerlip-ngerlip tu dah habis lawa dah. Kalau berjalan saje je hentak-hentak kaki kasik bunyik-bunyik. Terasa diri cam model antarabangsa tengah wat runaway.

Lepas sesi carik baju raya, cari benda nak makan berbuka lak.
Takde tempat lain, konfem gi Campbell. Tak tau la aku eja ni betul ke tak.
Tapi tempat ni dah takde dah. Dia macam medan selera, gerai bersepah-sepah. Dan menu aku memang takde lain selain nasik ayam. Kalau gi KL time makan memang bapak aku macam tak reti nak masuk tempat lain selain Campbell ngan Rasa Utara. Rasa Utara ni pun takde dah.


Selain kemabukan, berita gembira untuk diri sendiri semalam adelah berat badan aku dah turun 45kg.
Sila jeles.

Berhasil aku berbuka ngan 6 suap nasik.
Pas ni aku berbuka ngan 3 suap nasik pulak.
Pastu sesuap.
Dah nak hujung-hujung puasa sok aku minum air beras je.

Rasa rugi pulak masak sedap-sedap (biar lah aku puji diri sendiri) tapi makan sikit.
Tapi sebab rasa kepoyoan berganda apabila diri ini boleh masuk balik ke saiz S, takpela. Sanggup berlapar demi nak kurus.
Ni namanya bodoh, bak kata laki aku.

Bodoh pun bodoh la.
Ape ada hallllllllll.
Tak suka sudah.
Tetek kau sebelah.