Pages
▼
2008-09-02
Bodoh piang
Bos aku cilaka.
Tak kasik aku balik awal, tetap 5.30pm.
Blah lah kau.
Ko tension sebenarnya kan aku dah resign takde pencacai nak buatkan keje ko.
Ingat aku takut sangat la tu.
Hari ni kol 1.15pm aku dah blah dari opis.
Ambik!
Ntah hapa hapa pompuan ni.
Masa memula aku hantar resignation letter takde pulak buat perangai.
Bila aku letak syarat untuk keje se-group dengan dia, dia buat muka taik ngan aku.
Tak bercakap-cakap.
Aku hantar email ke apa ke lansung dia tak respond.
Ko kalau taknak tengok muka aku cakap la siang-siang, leh aku letak notis sejam.
Bos aku sebenarnya counter offer, tapi sebab aku cakap memang aku dah decided nak start bisnes sendiri, ok la. Takde hal.
Pastu dia offer untuk aku work together ngan company dia. Sebab dia kata ada synergy. Ok, aku pun tak kisah. Lagi senang, at least company dia dah ada nama. Kalau aku letak nama company dia kat company profile aku, gah la sikit bunyiknya.
Tapi sorry la aku nak terima cadangan ko bulat-bulat.
Company aku nama je baru setahun, tapi yang run the bisnes bukan setahun jagung.
Former bos aku dah 12 tahun dalam biotech line.
Aku lak dah 5 tahun. Kira lama gak kan.
So aku ngan partner letak syarat.
Takde la beria-ia sangat syarat dia pun.
Cuma aku cakap we can work together BUT bukan work for you.
Salah ke statement aku tu?
Kalau dia still nak aku ikut telunjuk dia silap besar la.
Apa ke-fucking-haram jadah??
Baik aku terus keje ngan ko.
Takyah susah-susah pikir strategy, dah tentu-tentu gaji tetiap bulan konfem masuk. Fix.
Pastu aku email kat dia website company aku.
Maybe dia tengok dari website tu aku cam lawan tokeh je, tu yang dia lancarkan mogok kat aku.
La, kata bisnes, of course la ada saingan.
Itu benda biasa la.
Aku pun takut saingan, tapi takde la keji cam ko sampai lancarkan tunjuk perasaan kat aku.
Kalau nak fight pun biar la aku brambos dari company ko dulu.
Fair play la sket makcik.
Tak kisah la kalau ko taknak bercakap kan.
Tapi email aku tu ko balas la.
Tu semua email pasal keje.
Apa ko ingat aku nak sangat hantar email kat ko bertanya khabar segala?
Aku pulak yang rasa tak sedap hati nak masuk opis.
Kalau ikut tebiat aku yang memang pemalas ni, takde de aku nak masuk opis dah.
Baik aku lepak kat rumah start buat keje company sendiri.
Kol 4pm aku leh benti masak pulak.
Ni dah la ko taknak bercakap ngan aku.
Taknak pandang muka aku.
Tapi ko tahan aku sampai 5.30pm.
Pebenda dowhhhhhhhhh.
Aku tampa kang berlumba-lumba gigi ko masuk perut.
Ni esok kena masuk opis satu seksaan okkk.
Tapi mamposla kau.
Dah dapat mengumpat orang ni rasa lega pulak.
Tadi aku buka puasa dengan Nasi Tomato Kuah Banjir Ber-acarkan Timun Benyek Masam.
Bukan calang-calang resepi.
Time puasa je ko bleh dapat resepi pelik-pelik camni.
Sumpah aku taknak beli kat gerai tu dah.
Ni laki aku punya pasal, aku suruh gi pasar Ahad lepas, taknakkkkkk.
Pastu nak berbuka tak tau nak makan apa.
Tak percaya sangat aku ngan warung-warung bulan puasa ni.
Kang baik-baik markah puasa aku 100, lepas berbuka tinggal 1 je. Tu pun sebab baca Bismillah.
Esok harapan nak dapat makanan yang pelik-pelik lagi adelah sangat tinggi, sebab laki aku penat nak gi Giant malam ni. Aku nak drive tak kasik. Kalau tak, buleh beli apa-apa yang patut, leh aku tunjuk skill masak esok.
Tangan kena balut ngan kain siap-siap sampai siku kot-kot minyak terpelanting jauh kang.
Standby tudung pengukus buat perisai nak tutup muka, kang terkena minyak cacat muka hambe.
Muka kalau lawa takpe bang, parut chicken pox 20 tahun dulu pun tak hilang lagi ni.
Kang bertambah lak peta jajahan Majapahit kat muka aku.
Oh yes.
Ada makhluk Allah tanya naper aku tak letak apa-apa advertisement Nuffnang walaupun hit aku agak memberangsangkan.
Cenggini..
Nuffnang bagitau aku, blog aku sangat istimewa.
Kerana blog aku terpilih untuk menjadi bahan praktikal anak-anak bawah umur mengaktifkan kuasa baligh paksa.
Blog aku adelah blog porno okkk.
Ada orang register blog aku kat porn site.
Memang sialan al-gampang sesaper yang boh link aku kat situ.
Kan aku dah start dah.
Aku dah pasang niat taknak maki orang puasa-puasa ni. Tapi ko paksa-paksa gak aku carut.
Tapi aku tau orang yang dok menge-linkkan blog aku tu rajin singgah sini.
Kira aku tak mengumpat ko kan, aku berterus-terang.