Half an hour before bukak puasa, bos aku called.
Sessi berbuka puasa dengan bambu-an.
Cenggini kronologinya..
Sepatutnya bos aku and one of my collegue ke negara XXX dengan dua orang customer dari universiti YYY.
Memang jelas lagi nyata diorang berempat ni akan berangkat ke XXX. Masa meeting Isnin lepas pun bos aku dah bagitau yang dia and kawan aku takde kat ofis for 2 days sebab gi XXX. Dia tak mention yang 2 customer tu ikut tapi memandangkan aku yang call customer tu mintak full name as in passport so aku tau la dorang ikut sama.
So, hari yang dorang ada kat XXX, aku gi YYY.
Biasala, masuk lab sembang lebih kurang ngan customer.
So, aku tanya, dengar-dengar cerita ada new lab bukak, aku nak tau details of the lab, saper team member yang boleh aku jumpa.
So, this science officer cakap you can see this people (bagi a few names), pastu dia cakap "Prof FFF takde, dia MC".
Prof ni leader of the group.
Aku selamba reply "Eh, bukan Prof gi XXX dengan bos saya?"
Terpinga kejap science officer tu.
Aku reply, "Oh, maybe dia tak ikut kot".
Topic closed.
Sembang pasal lain pulak.
Tau-tau je petang tadi bos aku call tanya apesal aku pi bagitau that science officer yang dorang pi XXX bawak the Prof?
Now you tell me, how should I know that it was supposed to be a secret and not to disclose to anyone???
Ada ko bagitau benda ni rahsia?
Tak kan?
Bos aku cakap this Prof dah pissed off with my statement and ntah hapa hapa dia bebel yang buatkan bos aku melenting.
So, aku pun tengah puasa, malas nak carik gaduh.
Kang kalau aku layan bentan dia, mau kurus puasa aku.
Dah la puasa makrukh sebab aku gi rasa lauk hujung lidah.
Bos kata trip tu was cancelled sebab melanggar polisi universiti. Polisi apa aku taknak ambik tau.
Ok lah, kalau itu masalahnya, takpe.
Aku mintak maaf. Aku mintak phone number that Prof, aku nak explain.
Tapi seblom tu aku nak gak tau apesal tak jadik pegi.
Bos explained, the customers tak pegi sebab ia melanggar polisi.
Kawan aku lak tak jadi pegi sebab dia MC and teh next day kena gi Melaka.
Dia je yang gi XXX itupun sebab jenguk ofis kat sana.
Ok lah.
Aku call Prof.
Si Prof ni pulak cakap yang this is a big deal. Kemungkinan tittle Prof dia kena tarik balik just because aku cakap dia join bos aku gi XXX.
Apehal lak sampai kena tarik tittle?
Aku yang buat silap takkan tittle ko yang kena cabut?
Cabut la tittle Puan aku ni. Letak balik tittle Cik.
Aku sangat tak paham.
Aku cakap, aku akan explain dengan the science officer and kalau kena bawak jumpa big bos pun aku sanggup. Aku tak kisah, aku boleh mengaku salah, aku akan cakap yang aku buat cerita dia pegi XXX when sebenarnya dia tak pegi.
Pastu Prof ni kata, "Please see the science officer, talk about sumthing else, make it as if you bukan nak cover the kesalahan. Then slowly baru u explain about your mistake"
Halooooooooooooo.
Ni kesalahan apa pulak ni?
Dah memang aku salah, aku nak pi mengaku salah pun ko tak bagi?
Lepas tu dia kata, kalau u explain kat big bos pun things is unlikely to change, sebab big bos maybe akan mintak passport as a proof dia tak pegi XXX.
Nak passport, bagi je la.
Dah memang ko tak pegi kan?
So besides the science officer, aku contact one of the researcher kat YYY tanya kenapa Prof ni marah sangat aku bagitau science officer dia pi XXX? Kalau tak pegi dah la, nanti aku explain la aku saje reka-reka cerita nak carik publisiti.
Baikkkkkkkkk punya reply from the researcher.
Researcher : Dia kata dia MC hari tu, tapi kenapa saya contact dia tak dapat? he he he
Pencari publisiti : Memang dia MC kot, saya yang tak tau.
Researcher : Takkan Dr GGG pun MC kottttt (Dr GGG is the other customer)
Pencari publisiti : La, Dr GGG pun MC ke hari tu?
Pastu aku contact science officer lagi seploh minit nak berbuka. Tak pasal-pasal aku jadik scape goat.
Pencari publisiti : Sorry ye, saya tak tau pun trip tu sebenarnya tak jadi. I thot diorang semua pegi. Sorry banyak2. Prof marah ke?
Science Officer : Takpe, you explain je you salah cakap. Tapi kitorang semua tau dia cakap benda yang tak betul sebab dia gelabah.
Lepas Maghrib tadi aku email partner aku (ex-boss).
Aku cerita pasal kes ni.
Ex-bos aku reply :
----- Original Message ----
From: Bekas bos Diana
To: Diana Ishak
Sent: Wednesday, September 10, 2008 8:54:34 PM
Subject:
D,
Wah..ni marah betul ni… type right after berbuka ke?
Memang u tak salah pun….
Prof FFF memang dari dulu lagi kuat makan under table, most probably org atas dah tau lama dah and tgh cari evidence and peluang to frame him…
Kalau I, I sanggup to loose the deal kalau nak kena main this way…If customer jenis bersih, then kita pun selamat.
Tambah sekarang ni semua org dah “baik” ngan BPR.
Anyway, just follow your heart, you tak buat apa apa salah, so, takde apa yang nak dicover kan ….
Sale sikit takpe asalkan hati senang….Sale banyak tapi hati risau aja payah juga.
Now baru aku jelas kenapa this Prof gabra.
And aku lah jadik mangsa sekarang.
Semua letakkan salah kat aku.
Salah ke aku bagitau dia pegi XXX?
Aku tak tau pun benda tu rahsia.
Kenapa mesti nak rahsia???
And bos aku yang bijaksana sangat tu pulak, apesal ko tak sound team member yang 'I am going to XXX with these customers but please keep it to yourself".
Lagipun machine yang ko nak beli tu harga RM3M, takde kat Mesia, ada kat negara XXX. So untuk manusia yang tak berapa terer buat sales macam aku, pendapat aku benda ni lojik. Takkan ko nak beli barang harga juta-juta cukup dengan paper work je. Harusla kena tengok demo unit dulu. Betul tak? Lojik la pun kalau ko kena pi XXX.
Sebenarnya diorang tak boleh pegi pun kalau ikut undang-undang.
Macam berat sebelah.
Dalam bisnes kena la adil.
Kalau supplier lain boleh buat demo kat dalam Mesia, apesal ko kena consider supplier yang takde demo unit kat dalam Mesia? Kalau ikut prosedur company aku ni dah kena reject sebab tak mematuhi syarat.
Tak fair untuk supplier lain.
Bos aku pun secara jelasnya dah menipu aku jugak.
Mati-mati dia kata dia tak pegi padahal dia pegi.
Macam baldi!!! (baldi = babi. Bulan2 puasa ni semua kata-kata carutan diganti dengan perkakas rumah bagi menghormati bulan mulia)
Kalau hanya kerana terlepas cakap kenapa semua gabraaaaaaaaaaaaaaaaaaa????
Sepatutnya aku yang gabra.
Ok la, nak sgt aku mengaku salah.
Ok, saya amat bersalah dalam hal ini.
Aku tak kata aku tak mengaku.
Aku called semuorang and explained.
Tapi kalau big bos ko nak tengok passport, itu kesalahan ko dengan big bos ko.
Bukan salah aku.
So jangan nak jadikan aku kambing hitam.
Aku dah cukup hitam dah ni.
Betul janji Tuhan, bulan mulia macam ni cuba la buat pekerjaan yang mulia sikit.
Tak pasal dah kena.
Mungkin jugak ni dugaan untuk aku.
To see how strong aku nak face masalah ni.
Berani kerana benar.
I am ready.
Kalau betul aku salah, aku sedia terima hukuman.
Tapi kalau aku tak salah and orang ambik kesempatan atas aku, only God knows.
p/s : Bila jadik macam ni, teringat pesan arwah ayah En Wan 'Ayah tak suka anak-anak ayah masuk bisnes. Orang bisnes ni susah nak jadik jujur'. Aku harap aku boleh jujur bila berbisnes nanti.