Pages

2008-07-06

Hari Sukan Redza


En Wan sudah kembali ke pangkuan ku.
Sangat gumbira adinda di sini.

Jumaat malam parents aku tido sini, saje buat spotcheck kot-kot anak pompuan dia bawak masuk jantan kat rumah masa laki takde. Har Har Har. Baru I plan nak buat parti liar tauuu.

So malam tu aku haramkan diri ini dari membuat sebarang keje opis. Layan parents ngan adik laki aku sembang. Kol 11pm aku tengok mak bapak aku cam bateri cap X je, so aku suruh dorang tido, adik laki aku mulakan misi DVD marathon, aku pun masuk bilik on laptop cam biasa.

Esok pagi kol 6.30am aku dah bangun siapkan breakfast. Jangan harap la aku nak bangun buat breakfast pagi Sabtu. Memang tak penah dibuat. En Wan mana reti nak bfast selagi tak jejak 10am. Seblom kena tazkirah ngan Pak Aji pagi-pagi, baik aku buat nasik goreng.

Dalam kol 12.30pm aku ngan Ibal (adik) gi Stadium Putra Bukit Jalil sebab Redza ada sukan - R.E.A.L Olympiad. Kecik-kecik dah masuk olimpik sialll. Aku dulu sukaneka pun tak lepas. Ini kira sukan untuk semua branch R.E.A.L Child Enforcement Centre (skolah Redza) untuk negeri Selangor. Quite happening jugak la event dia untuk budak-budak kecik punya level. At least nampak la mana duit aku pegi..ngahahaha.



Standard prosedur, seblom gi stadium, ambik gamba dulu. PH means 'Putra Heights'



Takkan gamba dia je kan. Mesti la aku enterframe gak...

Tapi yang tak best En Wan takde, kol 2pm baru touch down kat KLIA. Event started at 2. Dah la aku tak jumpa mana bateri handycam, harap kat digicam je la. Hamlau betul la bapak dia ni. Aku dah kata put aside bendaklah ni, dia wat dekkk je. Nak harap kat henpon mahal aku ni memang haram la jawabnya.


Pebanda mak aku sikit-sikit nak ambik gambar. Dia lak tu yang posing lebih..

Nak carik parking memang berpeluh. Nak carik seat satu hal. Baru aku tau punya ramai mak bapak yang hantar anak kat CEC ni. Aku dok kat seating area untuk parents from Putra Heights, sorang pun aku tak kenal. Nampak nau kera sumbangnya. Betul kan peribahasa ni. Ke salah? Belasah.

Masa ni la baru nak 'Hai, you dok seksyen berapa?'.
'Hubby I tak datang, dia gi Bangkok', '
Eh, hubby I pun gi obersea, tapi jauh sket, Congo'.



Tengah carik sepanduk Putra Heights. Tukang pegang sepanduk pendek sangat, aku tak nampak. (nak jugak salahkan orang lain pendek)





Masa ni aku dah lepaskan Redza kat tangan cikgu, snap gamba tang jauh je. Elok pulak anak aku, sopan je ngan cikgu. Kat umah taknak pulak ko sopan camni.

Mula-mula parade.
Siap bawak sepanduk dari branch masing-masing. Brass band skolah mana ntah tapi skolah anak orang-orang kaya la yang iring cinonet-cinonet ni semua. Yang paling 'kasik gegar' bila group Ampang keluar. Maybe sebab CEC Ampang besar, so parents yang datang pun ramai. Mak bapak ni pulak yang over excited, nampak je anak-anak melintas, siap berdiri tepuk tangan hiruk-pikuk siap bawak banner. Sporting gila. Turn Putra Heights keluar, mak bapak berdiri tapi senyap je. Masing-masing kontrol. Skemaaaaaaaaaaaaaaa!!!!
Aku nak jerit pun segan.
Tau pulak segan.
Tapi sangat heran la, yang dok kat seating area aku semua mak bapak muda-muda. Pesal aku nampak orang tua je kat area rumah aku?







Wan wahhhhhhh. Baik punya pegang nampakkk.

Petang tu aku emo tak bertempat. Tetiba je masa nampak anak aku berarak, aku sebak terus nangis. Terasa kejapnya Redza besar. Baru tadi je aku tahan sakit 15 jam nak keluarkan dia. Now dah besar, dah skolah and aku skang tengah bagi support kat hari sukan dia.




Yang made us the parents from Putra Heights proud sebab children from CEC P.H. yang baca sport pledge. Berterabur pun terabur lah. Agaknya Pre-School 1 semua those yang age 3-4 so dia kasik jalan dulu. Takde la penat aku tunggu turn dia. Redza main game ambik pebenda ntah lari lari lari gi cucuk ke sponge. Yang best tu anak aku first runner. Seperti yang diduga, dia memang lari laju walaupun start lambat. Patut la teacher dia kata dia ni tak reti jalan, asik lari je. Kat rumah pun menggeletis, nak pi toilet pun lari, nak gi dapur pun lari. Kengkadang kalau brek tak makan, tu yang pasu aku pun dia redahnya.
Pastu raksaksa pun datangggggg.
Anak aku ni kuat melanguk cam mak dia jugak. Orang dah kata 'READYYYYY' dia leh meleseh-leseh lagi. Agaknya terkejut tengok ramai nau orang datang.

Dapat no. 2.
Jadikla.
Takat nak bagi dia expose kat sukan. Biar dia blaja usaha kalau nak dapat good result. Tapi anak aku paham ke objektif sukan ni?






Memandangkan saya pelari pertama yang semangnya harus terdiri dari mereka-mereka yang kuat lari, saya jugak adelah yang terpendek dalam kelas. Sebab itu saya kena dok depan. Sila salahkan makbapak saya.

Elok je Redza habis game, En Wan pun sampai. Sian laki aku. Sampai je from Bangkok terus ambik cab pi stadium dengan harapan dapat tengok anak jantan dia sukan. Tapi takpe kanda, adinda adelah isteri yang bijaksana. Adinda telah memaksa Ibal ambik video guna HP dia sambil sebelah tangan lagi pegang digicam.
Siapa suruh ikut, kan dah jadik macai aku. Itu pun satu, jenis tak tau undang-undang, nak ambik angle baik, VVIP seating area pun dia masuk. Alasan 'Takpe, muka aku muka anak orang kaya, guard tak halau'.

Cibai.

Branch Ampang ramai so diorang wat gimnastik, pastu lawan-lawan apa benda ntah tomoi kot, siap pakai tali kat kepala, glove bagai. But so cute. Ada aerobik lagi. Bagus, kecik-kecik dah jadi Jane Fonda.





CEC Ampang

Actually sebelum En Wan nampak aku, dia nampak Redza dulu.
Aku boleh tak dengar announcement suruh ambik anak-anak Pre School 1 kat lounge depan. Aku dok lagi kat dalam stadium tengok anak-anak orang main. Mujur En Wan masuk-masuk je lounge stadium nampak group budak-budak yang dah habis main, nampak anak dia.

Tak guna punya mak. Syok sendiri kat dalam.





Lagi sekali aku sebak and meleleh air mata bila Redza ambik medal. Ntah hapa-hapa emo tak pepasal. Ni baru sukan tadika, lom anak aku konvo lagi. Mau nangis tepuk-tepuk lantai sok.

Betul kata orang, lom jadik mak, tak tau apa rasanya bila hadir kat event-event macam ni. Rasa syahdu je. Terbayang-bayang kat kepala tetiap malam berjaga masa dia demam, dengan berulang-alik jaga dia kat hospital, how menggelabah aku laki bini bila Redza 2 kali berjahit kat kepala, berondoh-randah shopping kat Giant beli susu, pampers, pilih-pilih baju, huru-hara kejar dia kat SOGO nak beli baju raya and all. Bila dia dah makin besar, dah pandai dengar kata, benda-benda ni mungkin aku takkan rasa lagi. Kalau Tuhan tentukan rezeki aku cuma ada anak sorang sampai bila-bila aku takkan rasa moments macam tu lagi. Sedihnya rasa.

So aku cakap kat En Wan, aku akan pastikan aku takkan miss event-event macam ni. Biar pun bos cakap aku kena keje, boleh blahhhhh.





Aku suka gambar ni, sebab En Wan senyum. Boleh kira dengan jari berapa kali dia senyum kalau bergambar. Dan saya juga amat sukakan gamba ini sebab saya memakai baju yang kedut-kedut kat depan nampak aku gemuk macam dugong.


Yang aku tak paham apesal gamba budak-budak Korea ni ada lam digicam aku.
Ni adik laki aku punya keje la ni. Lain yang aku suruh ambik, lain yang dia snap. Macam la budak-budak ni dapat kat ko pun. Ni semua anak-anak orang kaya okkkk, kalau takde RM20K, main telo je la ko sampai tua.




On the way nak keluar stadium, gi habiskan kupon dulu. Sempena dapat no. 2, bapak dia belikan OTROMEN. Dan seperti biasa, belum sampai rumah kepala otromen dah tanggal. Tu namanya bakal engineer okkkkkkk. Apa dapat kat tangan semua dia pulas. Takde yang senonoh aku tengok toys dia. Semua jenis separuh nyawa.





Otromen dan botol jika dipisahkan pincanglah ia...


Sebelom sampai parking, beli ekskrim dulu. Lama tak makan eskrim kon yang dulu 30sen skang dah singgit. Makan la anak beranak kat tepi keta. Sampai rumah lepak jap seblom gerak balik Bangi. Dalam bilik En Wan keluarkan sumthing.

TADAAAAAAAAAAAAAA!!!


Sangat menaikkan nafsu syahwat okkkk baju yang coklat tu. Serupa tak pakai baju je aku rasa. Jarang nak mampus, net semata-mata. Tapi embroidery dia sangat sangat sangat cantik and halus. Pandai pulak tu pilih, terletak je kat badan aku.



Ni sape tadi yang chat ngan aku tanya aku masak apa???
Today's lunch - ikan siakap bakar, daging salai cecah kuah asam ngan buncis and carrot goreng. Ikan bapakkkkk besar, kena cut half. Masak yang senang-senang okk, report lom siap lagi. Aku nak cepat. Daun pisang sengaja tak dibuang bagi menambahkan kesan eksotik. Boleh?