Pages

2008-07-01

Entry ini sangat serius. Read at your own risk


Masa drive gi keje tadi aku terpikir something.

Kenapa lelaki yang sekepala ngan aku, taste sama, minat sama, tak jadi soul partner tapi lelaki yang totally berbeza cam langit ngan bumi boeh jadi husband aku and alhamdulillah kekal sampai hari ni?

Dulu aku ada kawan laki yang sangattttt baik.
Close sampai kitorang leh lepak-lepak kat tepi padang sambil dia baring atas riba aku siap boleh lena sebab letih main bola. Aku lak akan sentiasa ada kat padang everytime dia ada game walaupun aku benci bola. Aku akan duduk kat port yang sama. Tengah-tengah main kang dia toleh kat port, kalau nampak aku ada, boleh la pulak member gelecek bola sambil tangan lambai-lambai kat aku. Kengkadang siap buat signal (buat camni : dua-dua belah tapak tangan letak depan muka, dihadapkan antara satu sama lain, buat huruf C letak betul-betul depan mulut ko) makan burger, maksudnya aku tunggu dia main, habis kang dia belanja aku makan burger sempena aku jadik macai angkut beg dia hari tu.

Penah satu time kitorang naik bas lompat-lompat. Penuh. Ada satu seat je. Dia duduk atas seat tu sebab sebelah tu jantan, so aku duduk atas riba dia. Time tu makcik-makcik lam bas pandang kitorang ngan muka paling bangsat. Kira memang jahil la kitorang time tu.

Tu belum kat tengah-tengah town aku ber'peggy back' ngan dia. Memang meluat warga tua kalau tengok. Macam menggelenyar pun ada. Dulu aku rasa macam kitorang adik-beradik. Apa yang kitorang buat takde kaitan lansung ngan lust atau perasaan dalaman. Sangat-sangat close. Kalau dia datang rumah parents aku pun, selamba je terus masuk dapur bancuh air sendiri.

Apa yang aku pikir sama ngan dia pikir.
Sama-sama suka nyanyi.
Sama-sama suka Vanilla Shake McD.
Sama-sama suka teh ais.
Sama-sama suka nasik ayam.
Sama-sama tak makan coklat.
Sama-sama suka ponteng class.
Sama-sama menjejak mimpi....sama-sama turun ke lembah sepi...suka duka bersama dirasai...(sila nyanyi ngan style FREEDOM, bukak langkah ke kiri ke kanan sambil pegang gitar).

En Wan.
Laki aku ni satu-satunya kes misteri yang tak terungkai sampai sekarang. Dia pun selalu tanya soklan yang sama 'Kenapa Di ngan Abang jauh sangat beza?'

Aku suka minuman bersusu, dia tak minum susu lansung.

Aku suka menyanyi, dia harammmmm. Kalau nyanyi pun tak sedap.

Aku tak suka baca sokabar or tengok berita, dia tak boleh takde dua benda ni dalam hidup. Tak cukup Berita Harian, dia beli Utusan ngan STAR sekali. Kalau buleh Tamil Nesan pun dia nak baca.

Aku suka oldies, dia suka lagu-lagu yang memecahkan tingkap bujur dan tulang osikel.

Aku sangat peramah dah girang sepanjang hari, dia pendiam.

Aku penyabar (ecehhhh), dia pemarah.

Aku berkulit american latin, dia putih-putih kusam yang tak menarik dipandang (ngehehehe).

Aku tak brand conscious, dia bertaste posh.

Aku so and so part study dulu, dia sangat-sangat bijak

Aku suka menambah network (hari-hari ada kawan baru), dia balik-balik kawan kat kilang or budak Jepun. Boringgggggg.

Yang paling ketara perbezaan dia TAK KACAK tapi aku ..........uhuk..uhuk.. (sila pilih kata lawan yang sesuai di bawah) :

1. bagaikan puteri
2. chantik
3. si gadis ayu
4. semua jawapan di atas.

Tapi kan dalam pada aku sekepala ngan best fren aku tu, masing-masing tau kenapa we both tak boleh nak ada feeling antara satu sama lain.

Alasan dia : Dia mati-mati takkan suka kat pompuan kulit gelap.
Alasan aku : Aku mampos hidup balik takkan suka kat laki yang ada bulu dada.


Sorry la, aku takleh bayangkan hari-hari aku kena mengadap laki dada berbulu menjalar sampai ke kote. Let alone nak bayangkan aku beromen dengan dia siap bulu-bulu dada dia masuk lam mulut aku semua. Aku lagi rela kunyah feather duster dari imagine bulu dada dia bergesel ngan tetek aku. Selisihhhhhhhh!

Dada En Wan bersihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.
Sampai boleh nampak tulang rangka


Ngan En Wan, terlampau banyak benda yang tak sama, kalau nak ikut memang tak serasi.
Tapi dalam banyak-banyak benda yang tak serasi tu, ada sesuatu yang maybe buatkan marriage ni still bertahan.

Kerana saiz anakondanya.

Eh.

Takde la, bukan tu.
Rahsia.
Apa-apa pun, Tuhan lebih tahu kenapa kita dijodohkan dengan orang yang kita tak suka and kenapa kita tak dijodohkan dengan orang yang kita suka. Realiti itu sangat pedih, tapi percayalah ada hikmah yang kita tak tau.

Guys, doakan aku bahagia ngan En Wan ye. Thanx.


My hubby. MINE.