Pages

2007-10-04

'Baju awak bila dah siap saya call' - macam bunyik baju raya aku takkan siapkan?


Don't mention the past anymore.
There're already too many storms in life.
Memories couldn't be wiped away the love and hate are still in the heart
Really have to cut the past, and let tomorrow go on finely
So you should stop trying so hard to find out my whereabouts
Love is a difficult question, it makes one dizzy and mesmorized
Forgetting the pain is perhaps possible, but forgetting you - that's too hard
You haven't truly left, you have always been inside my heart
I still have loving feelings towards you,
I'm so helpless with myself
Because I still have dreams. I still place you inside my heart.
Always have to be so easily being moved by things in the past,
my heart always have to ache for you.
Don't wander around in the years of the past,
I unintentionally became all tenderly sentimental
Do not ask me if we are to meet again
do not question if I'm speaking my true feelings or not
Why don't you understand? Where there is love, there will be pain
Someday you'll realize that, life isn't so different without me after all
Life is already to rushy; I'm so afraid that it always has to be filled with tears
Forget me, then there will be no more pain
Leave the past in the wind.

~by Leslie Cheung in Farewell, My Concubine~



Best tak lirik lagu atas ni? Kawan aku tolong translatekan.
Ni belum dengar lagi bf aku nyanyi, leleh okkk.

Ok, tu iklan je sebenarnya.
Actually today aku nak allocate time aku dari pagi sampai petang untuk sign kad raya.
Ni just kotak yang aku larat nak bawak balik. Ada 2 kotak lagi kat opis lama. Sok-sok aku ambik.




Hari ni aku rasa cam nak demam balik. Bibir aku rasa panas, mata aku dah naik ketumbit, hidung aku biasala nasal problem yang tak penah putus sejak azali. Haruskah aku bebuka puasa demi untuk memakan ubat? Pastu boleh habiskan cheese raspberry cake yang aku beli semalam? Oh, keji okkk mempunyai niat sebegitu.

Semalam lepas berbuka kitorang gi IOI sebab nak carik frame stand and stand pinggang (sleng En Wan) mangkuk. En Wan kata kalau taknak pakai Noritake tu, biar lam display cabinet. Kalau taknak display, kena guna. Eiii..sayangnya aku nak guna. Bukan dapat hari-hari. Dah la aku ni rakus. Dibuatnya salah pegang, panggggggggg berkecai atas lantai. Time tu jugak aku kerah En Wan patah balik ke Jepun.






Aku carik dua benda ni la. Gi tanya kat sales. Hampeh. Belum carik dah bagitau 'Kita tak jual tu kat sini. Kita letak untuk display pinggan kita je'. Halo dik, ini JJ ok, apa benda yang takde kat JJ ni? Aku rasa setakat frame stand ni Kedai Kak Milah kat Bangi tu pun ada jual. Ko carik ngan hidung mana nak jumpa.

Lepas tu gi merayap carik birthday present En Wan. En Wan dah 31 Ahad ni, insyaallah. Punyala payah nak suruh orang tua ni pilih. Aku ni lagi la dah tak tau nak belikan apa. Setahun berapa banyak anniversarry, belum ngan birthday. Dah blur..last-last aku belikan perfume je. Alasan : Sebab ko busuk sangat. wakakakka. Derhaka..derhaka.




So, semalam aku tido lambat sebab nak lap cermin display cabinet yang En Wan belikan semata-mata nak letak pinggan mangkuk aku. Laki aku kan very the over kalau part hias rumah. Rumah ni kalau nama aku sorang je la yang tinggal, sorry la, aku beli yang yang murah-murah je, yang ala kadar (Ah Beng, macam siapa ek, cara aku cakap ni? Kejiiiiiii)

Ayat di atas adelah ayat memperli namanya.
Ayat yang betul adelah : Kalau aku dok sorang lam rumah ni, takde de aku nak terpikir beli barang ni semua. Kalau dah ada TV, takde aku nak beli TV lagi satu. Kalau dah ada meja makan, takde aku nak tambah lagi satu meja makan. Aa..camtu aa perangai aku.

Hidup biarlah bersederhana. Tapi kalau orang sebelah beli, marilah kita mengumpat dia. Sebab kita pun nak beli tapi takde duit. Eh.



Nampak sangat takde barang nak letak. Belah bawah tu kita saje biarkan kosong. Apabila En Wan lihat akan kekosongan di situ, maka mindanya akan mula berfikir apekah yang harus ditambah. Maka saksikanlah dan dan tu dia akan bukak majalah Anjung Seri and tengok kat kedai mana ada jual barang perhiasan. Over kan laki aku?