Pages

2007-05-21

Panas tak umah korang? Bil letrik aku RM200 bulan ni, manjang je bukak aircond


Malasnya nak update blog. Sebab takde benda aku nak maki untuk beberapa hari lepas..:D
Blog ni hanya untuk memaki je rasanya, sebab kat luar amat mustahil untuk aku memaki, kalau ada pun sebab orang tu amatla cilaka sampai tak mampu aku bendung nilai-nilai ketimuran yang ada dalam diri ini.

Cuma, Jumaat malam lepas, assistant CEO aku called. Dia tanya pendapat aku tentang grouping exercise yang kompeni aku tengah buat skang ni. Dia nak tau apa yang AKU TAK SUKA.

So, nak sangat aku cakap yang betul, aku cakap la yang aku TAK BOLEH KEJER BAWAH ******** (immediate supervisor aku yang baru). To my surprise, asst CEO aku ni cakap 'Ok, that is what I wanna hear'.

La, tu je? Aku ada banyak lagi nak tambah ni. Taknak tanya kenapa aku tak boleh keje under dia?

'Ok, tell me why.'

Dia ni dah la tak sepatah haram jargon pun dia tak tau, tapi jangan harap la ko nak dengar dia kata I TAK TAU. Mati idop balik pun dia takkan mengaku dia tak tau. Kalau dia dah tak tau sangat-sangat bendaalah tu, dia akan pass keje tu kat orang bawah dia. Kalau pass awal-awal takpela jugak, dah last minit, petang kang nak kena submit kat customer baru dia terhegeh-hegeh bagi. Time bagi task tu pulak, buat la muka cilaka tension, macam ko sorang je la banyak keje.

Buat customer macam orang bawahan. Konon nak tunjuk lagak bijak pandai sangat depan customer, apa customer kata kalau boleh dia nak bangkang semua, semua salah. Ko sorang je betul. Sebab ko betul segala segi la makanya menjunam-junam ko turun pangkat. Pun tak sedar-sedarrrrrrrrr.

Boleh pulak last week before balik, dia pi jumpa aku tanya siapa customer aku kat government line. Apa kes???

Aku cakapla agency A ni area aku, agency B tu area aku, bla bla bla.
Dia kata 'Eh! Mana bolehhhh, agency B tu area i'

Paler lutut ko!
Agency B tu area ko before kompeni ni buat restructuring, after restructuring SEMUA government agencies under aku. Paham ke tak bahalollllllllllllllllllllllll??

Ko yang kata hari tu nak pecahkan Life Science untuk Universities kepada empat bahagian : molecular, tissue culture, microbiology and analytical. Ko yang gatal puki pi pecah-pecahkan area, pastu skang ko taknak jaga Life Science, ko nak jaga government?? CEO dah bagi mandat aku yang jaga government, ko kepoh pehal?

Apesal ko nak jaga government line?
Sebab ko rasa ko bleh makan diorang?
Jangan underestimate orang kerajaan la. Tak semua orang yang keje kerajaan tu tak terror kat lab. Mungkin tak seteror Professor kat Uni, tapi at least diorang tau basic apa benda yang diorang buat. Ko ingat kalau ko jaga government line dengan harapan senang ko nak kencing diorang? Tak dapekkkkkkkkkkkkkkk. Setakat En Malek tu boleh la ko kencing. Meh aku bawak ko jumpa Dr Yeo ke, Dr Nilam ke, Dr Subha. Baru ko tau apekah itu KENCING. Diorang boleh kencing siap berak kan ko kat situ.

Aku ingat aku sorang je menyampah ngan pompuan ni. Rupanya yang takde kena-mengena lansung dengan dia pun tak suka pompuan ni. Budak lab aku bagitau budak-budak chinese yang kuar lunch ngan dia tanya 'Boleh ke Diana keje under ********?'.

Aku pun tak paham apesal big bos aku letak dia as Head of Consumables Team? Kalau nak ikutkan memang tak layak lansung, sampai asst CEO aku pun kata 'I takut ramai yang benti kalau dia lead the team'.

Try la buat, aku yang pertama sekali letak surat kang. (letak surat lagiiiiiii...)

Tapi, before letak tepon, asst CEO bagitau the directors ada buat pembaharuan, tengah tunggu appoval CEO, which the new structure akan buatkan semua orang happy. Pompuan tu akan diletakkan kat tempat lain. Jaga jamban kot.

Cuma aku bagitau asst CEO aku, kepada siapa aku nak report lepas ni aku tak kisah asalkan jangan pompuan ni. I tell you, pompuan ni GILA!

Lagi satu pompuan gila aku nak cerita is BIBIK aku.

Aku nak kuar beli barang-barang dapur. So, before kuar tu laki aku bagi dia RM50. Kitorang cakap ni duit gaji dia bulan ni, pastu bagitau dia duit dia skang ada RM750, kat bank. Kitorang dah bank in. So, RM50 ni pegang, kot-kot nak beli anything masa ikut kitorang pi jenjalan nanti, boleh guna duit tu.

Aku tak bawak dia semalam. Masa kat Giant, dia call cakap boleh tak semua duit tu dia nak pegang.

Apesal?

Dia kata biar dia pegang, kalau-kalau dia nak beli apa-apa takyah mintak kat aku.

Ko nak habiskan duit tu kat mana kalau aku tak bawak ko keluar berjalan?

'Macam ni la kak, boleh tak setiap duit gaji saya kakak masuk kat bank ejen saya?'

Nak buat apa bagi kat ejen kamu setiap bulan?

'Nanti kalau mak saya nak duit, boleh la ejen saya bagi terus'

Meh sini aku nak bagitau ko.
Gaji ko tu RM400 je. Kalau ko masukkan RM300 dalam bank ejen, bank kat sini deduct RM20. Bank sana deduct lagi. Forex lagi. Ntah nilai tu naik ke, turun ke. Silap-silap mak ko dapat RM200 je. (walaupun aku tau dia takkan paham apa aku explain ni, lantakla, janji aku dah cakap).

Dah sah-sah ejen ko masuk Mesia 2 bulan sekali, time dia datang tu aku bagi la kat tangan dia. Yang setiap bulan ko nak hantar duit kat laki ko buat apa? Laki ko bukannya tak keje. Sok, orang lain balik bawak buah tangan, ngko usung buah dada je pegi balik. Bagi la duit kat laki ko banyak-banyak, dapat roomate baru la ko jawabnya.

'Takde kak, saya pikir mau kasik duit itu sama suami saya, suruh dia beli henpon, nanti senang dia mau telipon saya di sini'

Kamu nak kasik dia telipon, abis uwang dia nak telipon kamu di sini dia nak carik kat mana?

'Apa guna henpon mesti pakei uwang?'

Sila pandangggggggggggggggg je muka dia. Buat muka takde efek.
Sebab aku nak gelak pun, mak aku cakap tak baik gelakkan orang.
Nak aku marah dia ni, aku rasa buang air liur je sebab al maklum IQ dia takat mana.
Habis aku nak wat apa?
Buat bodo.