Pages

2007-04-27

Thank you Mar BCN






Mar BCN,
Hoihhhh!!!!!
Aku ingat nak memain je. Ko hantar betul-betul ke? HUAHUAHUAHUAH...best best best!!!
Poskad ko ni sampai Rabu lepas. Dengan muka masam je laki aku bagi kad ni kat aku.

'Siapa tu?'
'Boiprenggggg' aku jawab.

'Benti blogging!!'
Hihihi..kan aku dah cakap. Laki aku ni senang je nak jeleskan dia. Purak-purak macam tu pun dia boleh pecaya gak. Sangat-sangat perasan bini dia ramai yang nak tekel. Kosser akuuuuu.

Apa-apa pun (pinjam line Azizi AF1), mekaseh le kat ko sebab hantar kad ni. Apa kata di kemudian hari ko hantar baju ke, teddy bear ke, cokelat (walaupun aku tak makan, tapi feeling mendapat coklat dari obersea itu sangat dasyat sekali).

Thanks beb...:D

Semalam best gila gi opis okkk. Dah la masuk half day PM, weather pun mendung je, hampir-jampir tak nak datang keje dah. Tapi sebab laki aku pun sibuk sangat nak gi opis, so buat apa aku nak lepak kat umah kan? Dan semalam apa kena ntah, semangat gila nak siapkan keje. Hampir semua keje aku berjaya disettlekan tanpa sebarang dugaan di pertengahan. Hari ni pun semangat gak, tapi aku nak update blog dulu.

Macamana aku boleh lupa yang senin ni cuti? Dengan riaknya aku perli laki aku, 'Ntah hapa-hapa la kilang abang. Ada ke cuti Selasa Rabu, orang lain semua cuti Isnin Selasa'.
Pastu 2 hari lepas staff aku cakap, 'you sorang je yang keje dalam unit kita tau. Sebab orang lain semua dah apply cuti. KM pun apply dah'.

'Apasal semua cuti Isnin? Bukan Isnin memang cuti dah ke?', adapun soklan bangang dari aku.

'Mana ada Isnin cuti, Selasa ngan Rabu la baru public holiday. That's why ramai ambik cuti Isnin'.

PANGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG!!!

Bagai ditampar dengan selipar Tat Seng.
Aku ni memang dari zaman skool lagi payah betul nak ingat cuti. Memang tak penah ambik tau lansung bila cuti semester ni semua. Exam week pun aku tak penah ingat. Apa nak jadik ko nih?

Malam semalam, aku mimpi ex-bf aku.
Padahal aku tak ingat lansung kat dia, tapi tetiba dia muncul lam mimpi. Ko pesal kepoh dalam mimpi aku? Apa benda ko nak bagitau lagi? Tu la, banyak buat salah kat aku, taknak admit, pastu meroyan tengah-tengah malam bangun carik aku lam mimpi. Ko tau tak aku dah sumpah ko takkkan bahagia seumur hidop? Aku kan dah kata kalau aku sayang, aku sayangggggggggggg. Kalau aku benci, aku benci sampai mati, paham?

Tapi kan, kalau dalam mimpi, aku tanya khabar dia (benci, tapi nak tanya khabar. Ceh!), anak bini dia, mesti dia tak jawab soklan aku tu. Dia jawab lain yang takde kena-mengena lansung ngan soklan aku. Aku rasa dah banyak kali gak aku mimpi dia ni, asal aku tanya khabar anak bini dia je, mesti dia tak jawab. Macam la aku nak kat ko balik pun kalau ko kata 'saya adelah seorang yang single'. Ptuihhhhhhhhhhhhhh!

Last week aku chat ngan member lama kat U yang sejak grad aku tak dengar berita, alih-alih dia YM aku. Dia ni housemate exbf aku dulu.

nazri (4/19/2007 5:54:49 PM): Si F.... apa agama dia sekarang.... tertanya2 jugak aku

nazri (4/19/2007 5:54:53 PM): apa jadik kat dia?

nazri (4/19/2007 5:55:14 PM): Dulu kan aku roomate dia

green apple (4/19/2007 5:55:18 PM): ko ingat dia betul-betul convert ke? org sakit jiwa mmg macam tu...merapu-rapu..ko jgn layan la...dia islam la

nazri (4/19/2007 5:55:47 PM): Yerlah... walaupun merapu... bab-bab agama nie bukan boleh main2

nazri (4/19/2007 5:56:00 PM): anyway... senang hati aku bila dia main-main

Nampak tu???
Kan aku dah kata exbf aku dulu psiko. Siap ugut nak convert kalau aku tinggalkan dia. Ko ingat aku kisah kalau ko nak convert ke, ko nak terjun jambatan ke, ko punya pasal la. Aku letih la deal ngan orang yang insecure ni. Asal 'kalau ko tinggalkan aku, aku nak convert', 'kalau ko pergi kat dia, aku bunuh diri'.

Boleh terima dek akal pikiran tak? Kalau dah orang tu tak suka, yang ko pulak nak menyeksa diri nak mati, nak kerat lengan ni semua apa kes? Move on la. Kalau taknak kena tinggal lain kali otak kasik letak betul-betul atas kepala wokehh? Pegi bukak balik buku fardu ain, kasik hafal Rukun Iman.

Ni, aku dah tinggalkan ko, takde pun ko mampos terjun bangunan? Takde jugak ko convert kan? Sori la, dengan aku toksah nak acah-acah. Hanya orang yang psiko saje boleh berkapel ngan psiko ni, sebab masing-masing tak akan jujur to each other.