Pages

2007-04-12

Sila lupakan hari ini, kerana esok masih ada


Tak mo citer pasal outcome intebiu, sebab kepala aku tengah bengkak dengan benda nak kena buat.

1. tender aquaculture
2. tender biodiversity
3. sebutharga microbiology
4. proposal halal-haram lab
5. proposal PCR aquaculture lab
6. proposal protein lab
6. molecular promotion
7. life science training and workshop
8. trip to Kuching + Bintulu
9. trip from Perak up to Bukit Kayu Hitam
10. appointment at Fisheries
11. sales report and analysis

Semua sakaratulmaut di atas harus dibereskan by next Friday. Berapa harikah lagi tinggal? Aku malas nak kira.

Hari ni memang hari yang sangat bizi, sangat suwey, sangat macam cilaka.

Pagi dah la ada intebiu. Pastu aku rush balik opis sebab nak siapkan proposal untuk lab kat Bintulu. Tengah-tengah elok aku wat keje, customer aku panggil nak discuss on microbiology lab setup. So, aku pun drive le ke Nilai. By the time aku masuk opis balik, dah kol 4pm. Sampai je kat meja, berderet mesej. Antara yang haramjadah ialah mesej dari customer aku yang gila babi punya fussy tahap goblok, komplen apesal deep freezer tu bising walaupun dah 6 kali engineer aku pi godek-godek mesin tu.

Benda ni memang bukan tanggungjawab aku sebab engineer punya keje. Tapi disebabkan nasib aku sangat malang dapat customer yang jenis tak paham bahasa inggeris mahupun melayu asli. Setiap benda yang ada compressor memangla akan bunyik bising sket. Takde la bising mana pun. Biasa la, kalau fridge kat rumah tu pun kadang-kadang dia ada bunyik jugak kan? Tapi jarang sangat-sangat and kalau bunyik pun takde la macam siren keretapi.

Tapi sebab MD dia macam baguss ingat dia sorang je beli machine harga 35K, so belagak la ngan aku. Balik-balik ungkit 'you think we are talking about RM50 ke?'. Balik-balik ayat ni je dia rewind kat telinga aku. Deyyyyy macha! Kalau RM50, skang jugak aku bayar balik kat ko la. Takyah aku susah-susah sedekah telinga aku untuk dengar maki hamun ko. Dah la compressor tu kat bahagian atas freezer, pastu compressor tu takde cover, of course la akan berbunyik sket tapi takde la sampai boleh pecahkan tulang osikel, buduhhhhhh.

Pastu satu lagi customer yang hamattttt buduh call.
'Apesal engineer you datang sini tapi tak buat testing and commisioning?'

Aku pun call la engineer aku.
'Awat hang tak buat TnC?'

Engineer aku cakap, ade ke patut, kita nak commision freezer yang ada CO2 backup, tapi customer tak sediakan CO2 tank and liquid nitrogen, alih-alih nak suruh commision. Nak test apa kejadahnya? Nak cucuk je cable pastu sila buat-buat macam benda ni berfungsi dengan baik. Ko ingat ni main masak-masak aper?

Itu takpe lagi, time engineer aku nak sumbat plug, carik punya carik, power point plug takde. Engineer aku pun tanya la mana suis? Selamba tapir je cakap 'Eh, itu bukan tanggunjawab awak ke nak sediakan power point plug?'.
Paler otakkkkkkk ko!
Ade ke pi buat lab, tapi sebijik power point plug pun takde?
Lojik tak, ko beli rumah, pastu time nak pasang lampu ngan kipas, tukang pasang tu yang akan tebukkan dinding ko pasang wiring? Ade??
Ko ingat kompeni aku jual plug?????
Ni la dia kalau deal ngan orang yang ada double degree. Payah kalau bercakap ngan orang yang blaja tinggi-tinggi, tapi bodohnya bertingkat-tingkat.
Nama je lecturer, tapi TUUTTTTTTT *sila isi nama binatang yang sesuai*

Selesai betekak ngan kumpulan orang-orang bodoh sombong, aku pun nak sambung buat keje. Pastu lagi satu customer aku call tanya boleh tak readykan HCl and nitric acid dia esok. Baru aku teringat barang-barang tu ada 15 botol yang setiap satunya 2.5L. So, macamana aku nak hantar? Keta aku mana muat. Kalau muat pun, cehhhh, apa pulak aku yang hantar? Gilo apo? Melendut spring keta aku kang. So, aku tanya operation, esok hantarkan bendalah ni ke Sepang, urgent. Operation kata, kalau Sepang diorang takleh hantar.

Sebab?

Sebab tak boleh.

Habis lori 3 bijik kat depan tu buat apa? Statue of Liberty? Memang pantang nenek moyang aku, kalau aku tanya KENAPA, orang bagi jawapan yang tak kukuh. Disebabkan aku dah malas nak terpekik kat orang petang-petang, aku mengadu kat COO aku. So COO aku sambung pekik bagi pihak aku. Ade ke barang ke Sepang operation suruh hantar guna courier? Taikkkk.

Hari ni memang satu hari aku bengang sampai skang migrain aku tak hilang lagi. Aku nak wat keje pun takde mood. Nak pi keje esok pun malas. (hari-hari pun malas sebenarnya). Dah la appointment petang esok satu keping proposal pun aku tak buat lagi. Busy busy busy. Apesal aku keje macam hanjing tahun ni ha? Tahun ni tahun hanjing ke?

Esok ejen bibik aku datang. Hmmmm....aku dah siap listkan apa benda aku nak basuh ejen dia esok. Siap guna Excel format, ada ruangan 'description' and 'remarks' lagi. Mungkin esok masa aku basuh ejen tu aku siap bawak laptop letak depan so, segala komen akan direkodkan. Macam buat minit mesyuarat kan? Tapi betul apa, kira meeting la jugak ni kan.

Wokeh, saya dan suami sangat bersedia untuk perbahasan malam esok. Doakan saya menjadi pembahas terbaik.