Pages

2007-04-09

Apa hadiah aku nak beli untuk hubby aku?


Monday.
Monday blues.
Monday syndrome.
Monday morning, and I was thinking to take a sickie...again.

Padahal keje aku melambak tau tak. Tapi aku memang malasssssssss nak gi office. Tapi sebab aku takde alasan nak menipu, so gi jugak la opis, sluggishly.

Sejak meeting Jumaat lepas aku memang dah hilang selera nak masuk opis. Aku rasa macam dah takde future dah kat sini walaupun sebenarnya tempat ni la yang buatkan aku dapat apa yang aku ada skang. Lately, management macam syiallllllllllllllll. Sistem macam pukimakkkk.

Hari ni kol 3.30pm aku dah cabut. Dah la opis panas. Aku pun heran nagn opis aku ni, building sket punya gempak, siap public listed lagi. Tapi...hmmm malas la nak mengumpat. Tunggu aku blah dari sini, aku buat 50 dalil mengapa kompeni ini harus dibangkrupkan.

Bulan depan genap 6 tahun aku kawen. Yihaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!
So, now ni laki aku tengah dok survey tempat nak berhoneymoon buat kali keenam. Aku dah bagitau laki aku, dalam setahun, 2 kali pi melancong, satu dalam negara, satu luar negara, TETAPI honeymoon adelah tak termasuk dalam 2 kali melancong ni. Honeymoon pakej lain. So aku tak tau lagi nak pi mana, maybe yang terhampir sekali sebab aku takleh nak bazir-bazir cuti tahun ni. Dijangkakan tahun ini aku akan kembali aktif gi intebiu setelah 4 tahun berehat dari aktiviti tu. So, kena simpan cuti. Melancong tu aku tak kisah, yang aku kisah, apekah menatangnya aku akan dapat from laki aku tahun ini.

1. Adekah perfume lagi?
*REJECT*
2. Adekah kasut lagi?
*REJECT*

3. Adekah jam?
Sorry, aku tak suka pakai jam, aku cuma penah pakai 3 jam seumur hidup, Rolex, Guess ngan Swatch. Ketiga-tiganya bukan aku yang beli. Dan ketiga-tiganya dah mampus takde bateri. Rolex tu sebenarnya nenek aku yang punya. Tak caya nenek aku pakai Rolex????? Aku pun tak percaya sebenarnya. Bila nenek aku pakai jam tu, aku kenen kat dia, aku cakap 'jam ni jam orang muda la nek, nenek tinggal sorang kat rumah, kalau orang kerat tangan baru tau'. Dan-dan tu jugak, servis bertukar tangan.
Aku memang takkan beli jam dan sangat benci memakainya.
*SANGAT-SANGAT REJECT*

4. Adekah handbang lagi?
Ini aku suka, tapi mustahil untuk mendapatkannya sebab beg CR tu blom 6 bulan aku pakai. Rasa cam nak koyakkan zip beg tu so ada chance beli yang baru. Tapi cara itu sungguh dajal sekali
*REJECT*

Aku sebenarnya nak flowers..:D

Last aku dapat bunga from him tahun lepas, bulan berapa dah lupa. Tapi masa tu 23 haribulan. Kan dulu aku penah cakap every 23 haribulan tiap bulan kitorang akan celebrate our first date. So masa tu dia siap hantar bunga lily (aku suka lily) dalam bakul, hantar kat opis. Pastu call aku suruh balik awal, rest. Sebab dia dah book movie tiket nak tengok midnite. Aku pun tersenyum simpul dah bayangkan sure citer romatik romen-romen ni. Hahahahahha gatalllllll. Masa dalam keta on the way nak pi cinema, aku tanya 'Abang book citer apa?'.
'Citer King Kong'.
Romantikkah menonton seekor beruk sempena anniversarry?????
Apekah beruk itu telah menjadi lambang tugu sebuah cinta?
Macamana aku boleh terpikat dengan dia ni???

Hmm..tapi takpela, sekurang-kurangnya ingatan tu ada. King Kong pun King Kong la. Aku jugak yang terlebih-lebih pekik dalam cinema tu. Dulu aku selalu kuar dating berdua sebab bibik yang dulu superb, aku tak kisah tinggalkan Redza malam-malam pun. Bibik skang jangannnnnn. Aku pulak yang macam King Kong kat dalam rumah tu asik terpekik kat dia.

Camne nak hint kat laki aku yang aku nak lily lagi?
Sebenarnya membazir je kan kalau dapat bunga. Tapi tak tau pesal, macam best je. Masa aku keje kat MOSTE dulu, ada satu time tu aku dapat sekali 2 bouquet bunga from him. Dia order from Japan. Zana, ko ingat tak Zanaaaaaaaaaaaaaaaaaaa??????

Satu bouquet tu ada 44 roses. Dan aku kena usung bunga-bunga tu balik umah naik komuter okkkkkkk? Malu aku. Semorang dalam komuter tu dok pandang-pandang.
Ala, aku tau dalam hati sure jaki sambil berkata 'Elehhh, pompuan ni, muka dah selenga, mesti bunga tu dia beli sendiri pastu belagak tunjuk kat orang'.
PTUUUIHHHHHHHH!