Pages

2026-02-28

GreenAard: Maltodextrin is SELAMAT diambil. Dia bukan bahan toksik.

Maltodextrin ni sebenarnya bahan yang sangat biasa dalam makanan. Bukan bahan pelik pun. Itu cuma karbohidrat yang dihasilkan daripada kanji (usually jagung, kentang, beras atau gandum). Memandangkan maltodextrin adalah dari sumber karbohidrat, bermakna ia hasilkan glukosa. Jadi, glisemik indeksnya tinggi. Tak sesuai untuk diabetic.

Dalam industri makanan dan suplemen, maltodextrin digunakan as carrier (bahan pembawa) dan juga filler. Sometimes diletak untuk bagi tekstur serbuk nampak lebih stabil dan mudah larut. Contohnya dalam suplemen berserbuk, probiotik, atau vitamin. Sometimes bahan-bahan aktif ni sikit sangat, jadi kita guna maltodextrin so that dia boleh carry bahan aktif supaya mudah diformulasi dan dosnya konsisten.

Dari sudut food safety, maltodextrin is SELAMAT diambil. Dia bukan bahan toksik. Jadi kalau soalannya "Bahaya ke tak in general?", jawapannya TAK BAHAYA. Dalam suplemen, jumlah maltodextrin ni kecil je, jadi tak bahaya pun. But there are some key details people usually miss.

Yang pertama, maltodextrin ada indeks glisemik yang tinggi. Sometimes lagi tinggi daripada gula putih. Maksudnya boleh naikkan blood sugar. Maybe inilah yang orang kata bahaya. Tapi bahaya untuk siapa?

Untuk orang sihat, maltodextrin dalam suplemen biasanya tak bagi impak besar sebab kuantiti sikit sangat. Tapi untuk yang ada diabetes, yang insulin resistance, atau yang tengah "kat syurga", taking a lot, very often, may not be ideal.

Yang kedua, maltodextrin has almost no nutritional value. Dia bukan serat, dia bukan vitamin, basically empty carbs. Tapi kalori dia tinggi. Jadi kalau produk suplemen guna maltodextrin terlalu banyak sampai jadi bahan utama, that should be questioned in terms of formulation quality. Produk GreenAard tak guna maltodextrin.

In short, kalau dalam kuantiti kecil contohnya as carrier dalam suplemen, it is generally safe. Yang jadi isu bila digunakan berlebihan. Untuk diabetic, memang kena lebih berhati-hati sebab cara badan respon berbeza. 

Indeks glisemik maltodextrin is around 90-100, memang boleh spike blood sugar cepat. Tapi kalau maltodextrin cuma digunakan sebagai carrier, usually 1-2 gram per serving saja. Yang ni takpe, sebab tak spike blood sugar.

Kadang-kadang kat label dia tulis sugar free, tapi masih ada maltodextrin. Maltodextrin memang bukan sugar tapi dia spike blood sugar. Ini yang ramai diabetic terlepas pandang. Doktor usually tak larang ambil maltodextrin. What’s important is how much fast-absorbing carbs you take in overall. Maksudnya, doktor tengok maltodextrin sebagai sebahagian daripada karbohidrat, nothing uniquely risky about it.

Alang-alang ni aku nak cakap pasal Gloei sebab Gloei ada mannitol.

Mannitol ni sejenis gula. Kita guna mannitol dalam Gloei sebab dia stabilkan serbuk supaya serbuk tak berketul-ketul. 

Mannitol is sugar alcohol (polyol). Dia bagi rasa manis TANPA kalori tinggi. Tetapi, dia tak cepat naikkan gula dalam darah. Berbeza dengan gula biasa, mannitol tak diserap sepenuhnya oleh usus.

Macam ni aku explain.

Bila kita makan gula biasa, gula akan diserap HAMPIR SEPENUHNYA dalam usus kemudian masuk ke saluran darah. Paras gula dalam darah naik. Tapi mannitol, lain. Dia tak masuk sistem darah sebanyak gula biasa so kesan pada blood sugar lebih rendah. 

Badan kita takde enzim untuk serap mannitol sepenuhnya. So apa jadi?

Sebahagian kecil je mannitol diserap, sebahagian besarnya terus masuk usus besar. Dalam usus besar, bakteria akan ferment baki mannitol tadi. Sebab tu siapa perasan kalau ambil Gloei, proses membuang tu lawas. Bukan cirit, but just nice. 

Tapi kalau kau ambik banyak sangat Gloei in a day, kau akan cirit. Tu pasal kita tetapkan dos 1 HARI 1 SACHET. Paling derhaka kau boleh ambil 2 sachet je sehari. Jangan memandai-mandai ambil lebih dari suggestion. Kita dah calculate semua tu.

In general, Gloei selamat untuk pengidap diabetes, tapi monitor dulu bacaan blood sugar lepas 2 jam ambil Gloei. Because we don't know your level of insuline sensitiviti.

Ramadan Sale ada pakej Gloei. Boleh whatsapp admin.

Untuk pertanyaan tentang produk GreenAard, WHATSAPP SINI.
Atau boleh ke website GreenAard.

2026-02-27

SEDALAM-DALAM PENDALAMAN

Semalam aku nampak orang share screenshot ni kat Thread. Baca sekali lalu je. Pagi ni tengok orang share kat Facebook. Berjujuk komen. Ramai jugaklah bitter dengan Dr SM. Biasa la kan, Facebook. Nak pulak baru-baru ni anak Dr SM dapat TKC. With all his sharing macamana dia membentuk anak-anak dia, maka bertambahlah bitter netizen membaca. Dapat peluang membash gini, memang sedapla dorang mengutuk Dr SM.

Korang baca post Dr SM tu macamana?

Aku baca his post ni, my fokus adalah pada ACHIEVEMENT anak dia, takde lansung pada perkataan "SEDALAM-DALAM PENDALAMAN". Sebab main post tu pasal anak dia, jadi itu saja yang aku nampak. Until orang kecohkan pada word SEDALAM-DALAM PENDALAMAN barulah aku perasan words tu.

Ramai betul yang melenting bila baca. 

Honestly, pada aku kemarahan tu a bit over the top. More like a misunderstanding of perspective than anything else. Padahal kalau tengok dari sudut logik dan pengalaman hidup, apa yang Dr SM cakap tu sebenarnya sangat normal. Sebab apa yang biasa bagi orang kampung boleh terasa sangat jauh bagi orang bandar. This is not about who’s right or who’s wrong. This is about frame of reference. Cara fikir daripada pengalaman hidup.

Dalam filem PUTERI lakonan Amy Mastura, masa bekas tunang Hairie Othman datang and bertanya kenapa Hairie pilih perempuan biasa. Then Hairie cakap because she terlampau kayangan. Sedangkan dia suka perempuan yang low profile, something like that. Then his ex cakap "Saya dilahirkan sebagai puteri raja, saya tak pandai jadi orang lain"

Aku suka ayat tu. Sampai sekarang aku ingat. 

Statement puteri raja sangat valid. Dia bukan pertahankan ego. Dia cuma jelaskan realiti diri dia. Dia dibesarkan dengan cara hidup tertentu dan standard tertentu. Itulah dunia yang dia kenal. Jadi bila orang mintak dia berubah jadi versi lain semata-mata untuk diterima, dia tak tahu nak buat macam mana. Menunjukkan bahawa perspektif kita dibentuk oleh pengalaman hidup.

Orang yang dibesarkan susah akan lihat duit sebagai survival. Orang yang dibesarkan dalam privilege akan lihat itu sebagai normal. Orang yang dah biasa berdikari selalunya nampak bergantung pada orang lain tu macam satu kelemahan. Orang yang dah biasa dilindungi akan nampak itu tanda sayang.

Dr SM membesar dalam persekitaran bandar, duduk kat KL, kampung dia pun KL. Semua benda dekat, akses jalan besar, kemudahan lengkap. In his everyday city life, nak cari hospital dekat, mall dekat, airport dekat. Jadi bila someone yang biasa hidup dalam ekosistem macam ni kena drive berjam-jam masuk kawasan yang makin lama makin kecik jalannya, makin lama makin sunyi, makin lama makin kurang lampu jalan, naturally otak dia akan label pengalaman tu sebagai “masuk pedalaman”.

Itu bukan menghina. Itu psikologi persepsi manusia.

We usually judge distance based on how long it takes to get there, jenis jalan, how packed the area is dan tahap kemudahan. 2 jam drive atas highway PLUS dengan dua jam drive masuk jalan kampung, lain. Tak sama langsung. Terasa dalam betul, walaupun jarak kat map maybe taklah sejauh mana. 

Aku dulu first time balik Manir pun berasa gitu juga. Dari hiway, masuk jalan negeri. Dari negeri masuk jalan kampung. Dari jalan kampung tu masuk lagi laluan jalan kecik yang muat satu kereta je. Kau tak seram?

Kita kena tengok konteks. Journey dari KL ke Palong untuk orang local, akan anggap biasa. Ramai orang Negeri Sembilan sendiri maybe gelak kata, “Ini bukan pedalaman pun”

Betul, itu dari perspektif kau. Masalahnya netizen lupa yang perspektif tu berbeza ikut pengalaman hidup. 

Imagine someone yang lahir dan membesar kat bandar, yang rutin hidupnya berkisarkan kawasan urban, tiba-tiba masuk kawasan Felda yang kurang kemudahan, kurang hotel, perjalanan lebih dua jam dari KL. Of course dia rasa itu jauh. Aku yang jarang masuk Kelantan konfem rasa Kelantan tu jauh gila. 

Sebab?

Yang pertama, sebab tak biasa. 

Yang kedua, jalan ke sana tak macam hiway PLUS ke Perlis. Aku gi Perlis balik hari pun pernah. Tak rasa jauh pun, malah enjoy sebab RnR Gurun best. RnR Juru best. RnR Tapah best. Jalan rayanya pun best. Know-know arrive. Tapi kalau tanya Ibal, dia dah enjoy dah balik Kelantan. Jem tu perkara biasa dia kata. Jem 12 jam pun dia kata ok lagi. Hahaha. 

So, banyak faktor yang menjadikan sesuatu journey tu terasa jauh atau dekat.

Dalam post Dr SM tu, his tone was more about sharing his experience as a father yang meneman anak ke merentas desa. Ada nada proud, ada rasa risau sebab jauh, ada unsur logistik (dia sebut kena cari homestay). 

Kalau baca balik his post, sebenarnya vibe dia sangat personal. Lansung tak merendahkan mana-mana tempat pun. Sometimes we get so defensive sampai terlupa konteks si penulis.

Lagi satu, dari sudut fakta geografi, Palong memang kategori luar bandar. Kawasan Felda secara sejarah, lokasinya memang jauh dari bandar utama sebab kawasan tu diteroka untuk pertanian. Jadi bila orang luar describe perjalanan ke sana sebagai “masuk dalam”, that’s totally normal. 

Pak Ngah (abang Pak Aji) pun duduk Felda kat Kota Tinggi. Felda Simpang Waha namanya. Dari hiway entah berapa kali masuk jalan, dari jalan besar sampai jalan kecik, tak nampak-nampak lagi rumah Pak Ngah aku. From exit tol Kulai around 60 kilometer, that's sekitar 50-60 minit. Melekat pantat aku dalam kereta. Ingatkan lepas masuk hiway tu dah boleh sampai, rupanya, ke dalam, ke dalam, ke dalam.

Rumah aku, exit je Tol Putra Heights, 3 minit dah sampai rumah. 

Rumah Mak Aji, exit je Tol Bandar Baru Bangi tu dah nampak Jakel, nampak Prima Valet, nampak UKM, nampak hotel. 

Cuba kau try dari Tol Telemong nak mencari rumah En Wan kat Kampung Pulau Bahagia. Jauh, ya. Walaupun katanya, "Exit je tol Telemong dah masuk Manir". Ya, Manir tu besar. Kampung laki aku ke depan lagi. 

Gitulah konsepnya. Tak pelik pun. Yang jadi pelik adalah bila kita expect semua orang guna perspektif yang sama dengan kita.

Kalau Dr SM tulis dengan tone mengejek, tu cerita lain. Tapi dalam post tu, dia cuma berkongsi perjalanan dan cabaran perjalanan tu. In fact, ayat dia “Never been here before” shows it was a new experience for him. It’s natural for someone to describe a new place based on their first impressions.

Kita pun jangan lupa, Dr SM is someone yang schedule-nya banyak di KL/bandar. Jadi baseline “normal travel” for him is really different from someone who usually only travels within Negeri Sembilan. 

Hari tu ada sorang follower tanya macamana nak pergi pasar Manir sebab dia selalu dengar aku gi pasar Manir everytime balik kampung. Dia stay kat hotel di town (KT). Aku pun ajarlah caranya. Dia punya feedback kau tau apa?

"Jauhnya Manir, Kak Di" 

Sebab dia tak biasa. Bagi yang dah biasa macam kitorang, dulu zaman melepak rumah mok, sehari 2-3 kali keluar untuk makan kat town.Takde hal sebab dah biasa, dan tahu jalan-jalan tikus nak mengelak jem.

Aku rasa netizens sometimes get triggered too quickly bila nampak perkataan tertentu without reading the full context. Perkataan “pedalaman” terus dikatanya berlagak, mengada-ngada, padahal tu cuma description geografi je. Peliklah benda-benda macam ni pun nak triggered.

Yang benaunya bukan apa. Dah lama menyimpan sakit hati kat Dr SM, kan? Dapat peluang gini, apa lagiiii. Basuhlah. Betul, tak? 

Kalau benda sekecik ni pun cepat nak marah, nak membina masyarakat matang dalam berdiskusi is still a long way off. Kadang-kadang yang perlu kita betulkan bukan ayat orang, tapi cara kita membaca.


2026-02-26

Kau baru pertama kali dapat gaji ke yang sampai kena tanya pendapat orang apa yang nak dibeli?



Menjak rajin lepak kat Thread, aku jadi tertanya-tanya, sejak bila budaya tayang gaji, baki akaun, KWSP, slip nafkah ni jadi simbol kejayaan hidup? Dulu berlawan gambar stereng kereta je. Now menjadi-jadi masing-masing "Normal ke nafjah RM5K sebulan?" Halah halahhh.

Aku punya hati berkata, orang menayang nafkah konon banyak sangat ni, yang tayang gaji perasan besar sangat ni, macam ada benda yang tak settle dalam hidup dorang. Especially yang kata "Gaji baru masuk, nak beli apa ya?" (screeshot sms duit masuk 5 angka). Kau baru pertama kali dapat gaji ke yang sampai kena tanya pendapat orang apa yang nak dibeli?

Orang yang dah selalu dapat gaji, dia dah ada komitmen bulanan, dia tahu apa yang nak dibeli, kat mana nak diguna. Yang konon gaji masuk 5 angka ni, selalunya berangan lebih. Dia tak pernah dapat banyak tu, jadi dia berangan konon macam apa yang dia dapat tu banyak sangat sampai tak tahu nak beli apa. 

Sumpah aku cakap, orang yang bergaji RM10K, bila dapat gaji dia tau apa nak buat dengan gaji tu. Yang gaji RM40K, dapat je gaji dia dah tahu ke mana nak salurkan duit tu. Sebab dorang ni dah ada komitmen. Yang bertanya public apa nak buat dengan gaji ni selalunya delusional lebih. Takyah nak kencing aku yang dah nak masuk 50 tahun hidup. Boleh baca dah sorang-sorang punya kelaku.

Since when did people start feeling comfortable share hal paling sensitif dalam hidup with complete strangers?

Kalau kau perasan, this whole trend of flexing salaries, tayang nafkah tak datang dari orang yang dah lama dalam dunia duit. Dia selalunya datang daripada orang yang baru masuk fasa baru rasa nak naik atau baru rasa hidup tengah up sikit. Dan bila rasa tu datang dari dalaman yang belum biasa, dia jadi tak puas dan nak cari validation orang lain. Dia berasa kalau tak dipertontonkan, kejayaan tu rasa tak sah. Tak cukup valid.

Dan percayalah cakap aku, bila semua "kejayaan" tu nak diumum dan ditayang, selalunya kejayaan tu belum stabil. Sebab benda yang betul-betul kukuh tak perlukan spotlight everyday. Dia jalan je. Yang bising-bising ni usually just looking for validation.

Apa sebenarnya dorang ni fikir bila tayang screenshot gaji? Nak orang jealous? Nak orang kagum? Atau nak yakinkan diri?

Sebab orang yang betul-betul secure dengan hidup, takde urge nak membuktikan berapa dia buat or berapa suami bagi setiap bulan. Dia tahu apa dia ada, apa dia mampu, dan apa yang penting untuk dia guna. 

Aku rasa macam agak bodoh bila kau kata kau banyak duit tapi kau bertanya public apa nak dibuat dengan duit tu. En Wan ada ramai client suri rumah, yang buat hibah dan bayar sendiri. Nak buat hibah kena bagi semua detail. So En Wan tahulah client tu bekerja atau tak. Bila ditanya siapa akan bayar, dorang cakap "saya bayar".

Sebab tu aku cakap, orang yang real ada duit takkan tanya pendapat public apa nak dibuat dengan duit dia. Dia tahu dah apa nak buat. Yang bertanya kat public ni acah-acah berduit je.

Toksah cakaplah kau nak bagi inspirasi. Inspirasi tengkorak. Inspirasi apa bendanya kalau yang kau tunjuk cuma hasil tapi takde konteks. Orang kalau nak bagi inspirasi tak tunjuk screeshot duit, itu scammer namanya.

Orang yang betul-betul berduit dan biasa dengan duit faham bahawa exposure ialah risiko. Lagi ramai tahu, lagi banyak mata memerhati. Lagi banyak doa yang bukan-bukan. Lagi banyak peluang untuk diri sendiri terjelepuk. 

Tapi kat Thread, semua benda dijadikan content. Duit jadi content. Nafkah jadi content. KWSP jadi content. Apa yang nak dibuktikan tak tahulah. Maybe dia rasa dia sorang je kot dapat nafkah RM5K sebulan. Dia sorang je gaji 5 angka. Dia sorang je KWSP 1 juta.

Aku pernah tengok satu post Hamba Allah ni post katanya RM40K. 

Dik, mesti adik tak pernah tengok orang dapat bonus RM240K, kan? Yang dapat bonus 6 angka pun tak cerita kat public. Sebab apa? Sebab dah biasa dapat. Gaji sebulan pun RM80K, dik. Gaji bulan April masuk, bulan Januari punya gaji ada belen RM10K lagi tak habis. Apa adehal dengan bonus RM240K? Entah-entah bonus dah masuk pun tak perasan.

The saddest part is duit nafkah dijadikan bahan berlumba suami siapa lagi provider.

Dik, ini bukan women empowerment. Ini namanya merendahkan institusi perkahwinan.

Nafkah is tanggungjawab, bukan medal. Bila kau tayang nafkah untuk tunjuk kononnya laki kau terpaling provider and kau terpaling dijaga suami, kau sebenarnya sedang bukak ruang orang lain mempertikaikan marriage kau. Orang tak puji, dik. Orang akan persoalkan.

“Betul ke?”
“Consistent ke?”
“Kalau konsisten dapat banyak tu, kenapa kena tunjuk?”


RM10K, RM15K, RM20K today bukan kayangan. Kalau 90-an dulu, yes. Now 2026, jumlah tu jumlah hidup selesa saja. Bukan tahap luar biasa. Jangan buat as if kau dah capai puncak kejayaan manusia. 

Standard hidup orang lain berbeza. Ada orang RM30K tu baru lepas bayar semua komitmen, masih kira duit hujung bulan. So kalau kau rasa RM15K tu besar dalam lingkungan kau, tak salah. Bangga tu manusiawi. Tapi bangga tak perlu tayang satu dunia. Rasa syukur tak sama dengan rasa perlu tayang. Bersyukur tu lain, beria nak orang nampak tu lain.

Aku rasa trend ni menjadi-jadi sebab ramai sebenarnya sunyi. Kawan takde agaknya. Aku kalau duit banyak, takde de mintak pandangan public nak buat apa dengan duit. Tau-tau je dah sampai Bangkok dengan DPT. Tapi sebab kau sunyi, jadi kau berangan. 

Kerja ada, duit ada, tapi makna tak ada. Jadi terpaksalah cari makna melalui reaksi orang lain. Lepas satu post, satu post lagi. Lepas satu screenshot, satu screenshot lagi. Mengharap pujian, yang dapatnya kena kecam.


2026-02-25

GreenAard: Dalam masa 10 hari, ukuran pinggang berkurang daripada 34.5 inci kepada 32 inci.


Recently ada sorang customer GC Plus share result weight loss. Dia bagitahu dalam masa 10 hari, ukuran pinggang berkurang daripada 34.5 inci kepada 32 inci.

Yang ini penurunan yang logik and expected. Sebab melihatkan pada ukuran pinggang sebelum ambil GC Plus pun boleh tahu dia overweight. By the way, untuk perempuan, pinggang TAK BOLEH lebih dari 31 inci. Lebih dari tu dah menambahkan risiko untuk dapat darah tinggi and kencing manis. Kenapa?

Sebab lemak kat perut (visceral fat) tak sama macam lemak kat tangan atau peha. Lemak visceral ni duduk dekat organ dalaman, contohnya hati, pankreas, dan usus, dan dia boleh ganggu hormon, insulin, dan sistem metabolisme. Bila lemak ni terlampau banyak, badan jadi kurang sensitif pada insulin, gula dalam darah naik, tekanan darah naik, dan risiko penyakit kronik pun naik.

Untuk lelaki pulak, pinggang tak boleh lebih dari 37 inci. Kalau lebih, kau dapat risiko yang sama. Sama macam perempuan, lemak visceral sekitar perut lelaki juga bahaya. Tu pasal lebih baik ukur pinggang dari timbang berat. Kadang badan kita ni nampak macam tak besar mana, tapi pinggang/perut besar. Orang yang berat badannya borderline overweight, tapi pinggang masih below 31 inci, risiko penyakit rendah. So, ukuran pinggang adalah indikator yang lebih tepat daripada timbang berat badan.

Bila someone yang pinggangnya 34 inci ambil GC Plus, in 10 days ukuran pinggang berkurangan 2 inci, ini adalah LOGIK. Why?

Sebab orang yang overweight atau gemuk memang lebih senang hilang lemak pada minggu-minggu awal ambil GC Plus. Badan dorang banyak simpanan lemak, jadi bila start GC Plus, badan akan pecahkan lemak lebih cepat berbanding orang yang berat badan normal atau slim. That’s why losing 2 inches off the waist in just 10 days is totally normal and makes perfect sense.

Ok bab ni done.

Tapi selepas seminggu, dia gi buat blood test untuk check kolesterol. Terkejut tengok kolesterol naik berbanding test 6 bulan lepas. Padahal sekarang dah lose weight, kenapa pulak kolesterol menaik? [by the way, kolesterol yang dulu bukan bacaan normal, masih tinggi cuma selepas losing weight kenapa makin menaik, that's her concern]

This is a classic and totally normal scenario bagi orang yang tengah losing weight. Jangan panik!

Even though badan dah start losing weight, kolesterol kadang-kadang boleh naik SEMENTARA in the early stages of weight loss. Generally, orang yang overweight tend to have higher cholesterol. Bila badan mula pecahkan lemak, kolesterol yang ada dalam simpanan lemak terbebas sama. Jadi walaupun berat badan turun, bacaan kolesterol boleh menaik buat SEMENTARA WAKTU.

Badan perlukan masa untuk adapt dengan new metabolisme. And your body needs time to restore its blood lipid balance. Biasanya ambik masa around 3-6 bulan untuk kolesterol stabil semula. Kenaikan kolesterol bukan bermaksud GC Plus puncanya. This is actually a normal part of the weight loss process. Jangan risau. Bacaan kolesterol akan berubah-ubah sepanjang tempoh ni sebab badan tengah pindahkan kolesterol daripada simpanan tisu lemak ke dalam darah.

This customer agak panik and nak beli Nutrijuice pula. Dia tanya aku cara nak ambil Nutrijuice and GC Plus serentak.

Untuk customer ni, aku allow dia ambil Nutrijuice sebab bacaan kolesterol dah memang tinggi sebelum ambil GC Plus. Tapi, untuk orang yang bacaan kolesterol dah stabil, tiba-tiba selepas losing weight kolesterol menaik, aku harap bawak bertenang dulu. Jangan beli Nutrijuice dulu. Kasi complete GC Plus 2 botol, then check semula kolesterol. Kalau masih tinggi, baru ambil Nutrijuce. Kalau dah start menurun, takyah.

Sebab bukan semua kolesterol jahat. Badan kita perlukan kolesterol untuk buat hormon, buat dinding sel dan banyak proses biologi lain. A slight temporary rise in cholesterol while losing weight, tak apa, selagi bacaan itu tak terlalu ekstrem. Tapi itu terpakai untuk orang yang bacaan kolesterol SEBELUM ambil GC Plus dah normal. Kalau sebelum ambil GC Plus kolesterol dah tinggi, dipersilakan ambil Nutrijuice. And please jangan makan sebotol kemudian stop. Kolesterol takkan turun dengan sebotol.

Untuk pertanyaan tentang produk GreenAard, WHATSAPP SINI.
Atau boleh ke website GreenAard.


2026-02-24

Permulaan 2026, indah dan tenang je untuk semua fans Johnny.


Tak tahulah kenapa aku rasa 2026 ni, macam indah dan tenang je untuk semua fans Johnny. Walaupun tahun lepas seketul projek Johnny dorang tak release, peram buat apa ntah. Sampai Johnny sendiri terpaksa production house on stage sampai bila nak peram drama and movie dia, barulah hujung tahun keluar seketul - The Punishment 2. Itupun takde teaser takde marketing, takde trailer, tau-tau lagi 20 minit nak tayang baru buat announcement. Nakharom.

Tapi kerana kekuatan Johnny tu sendiri, Punishment kekal Ranking 1 dalam SEMUA platform more than 30 days! Sepanjang Punishment 2 di Top 1, drama di Top 2 and 3 bersilih ganti, tapi Punishment 2 kekal, malah percentage makin tinggi. Not to mention drama masih berbaki 20 hari tayangan, dah hit maksimum heat index 10,000.

Sekali umum pulak Johnny satu-satunya celebriti yang dipilih untuk ke space pada tahun 2028. News ni sangat huge kat China. Sebab dalam barisan academician, technologist, industrialist, scientist yang terpilih, ada seketul Johnny Huang dari entertainment industry. Sampai sekarang kat Weibo orang masih bercakap pasal ni. Sejak dari hari tu, takde bad news about Johnny. Tenang-tenang saja.

Buat masa ni Johnny masih di lokasi WINNER di Ningbo. Minggu depan sempena CNY, 2 projek Johnny bakal release. Yang pertama on 17 Feb, filem Pegasus 3. Yang kedua on 18 Feb, drama Our Dazzling Days tayang kat iQIYI.

Our Dazzling Days patut tayang May tahun lepas. Entah kenapa iQIYI peram. Tadi keluar news yang Our Dazzling Days akan tayang SERENTAK di iQIYI and CCTV8.

Do you know what it means when a drama gets aired on CCTV8?

Bila sesebuah drama tu ditayangkan kat CCTV8, maknanya that drama ada kredibiliti and prestige. Drama yang keluar kat sini biasanya skrip mantap dan ada high approval from authorities. Punishment 2 pun hari tu tayang serentak kat CCTV8.

Kat sana pelakon yang dramanya berjaya masuk mainstream and commercial at the same time (CCTV8 + iQIYI), bakal naik status (bukan sekadar idol) dan lagi senang dapat big projek and lebih senang nak score premium brand. Audience CCTV8 tak sama dengan audience iQIYI. CCTV8 penontonnya dari kalangan orang berkerluarga range age 35-60 tahun. Lebih besar dari audience iQIYI. iQIYI audiencenya ramai Gen Z, Millennials and mobile users.

Lagi satu, bila CCTV8 tarik satu drama masuk slot prime time, bermakna that drama berpotensi tarik big brands. Bersedialah untuk Our Dazzling Days and Johnny mendominasi Hot Search Weibo lagi sebab confirm view tinggi, search volume naik, and social discussion (Weibo, Douyin, Xiaohongshu) naik. Jadi hari raya cin aaku next week akan dimulakan dengan melayan Our Dazzling Days.

Oh hari tu ada la jugak keluar sikit gossip-gossip yang mencuba nak panaskan balik Weibo. Gossip gay between Johnny and Wang Ziqi. Yang menaikkan semula topik ni was CP-fans Wang Ziqi sendiri. Maklumlah nama Johnny tengah baik sekarang kan, dia sibuk nak kaitkan balik dengan Ziqi. 

Kebetulan Ziqi visit temple kat Dandong (hometown Johnny). Jauh tu 3 hari perjalanan kalau naik train from Shanghai. So dorang terfikir kenapa Ziqi ke temple di Dandong? Padahal takde apa pun. Johnny selalu gi tenmple kat sana everytime balik kampung. Agaknya Johnny bagitau Ziqi pasal ni, tu yang Ziqi pun pergi. Masa Ziqi pergi, bukannya Johnny ada sekali. Johnny masih di Ningbo filming.

Pastu 2 hari lepas Johnny tukar profile picture pakai suit hitam, gambar masa dia attend iQIYI Nights. Tak lama lepas tu Ziqi pun tukar profile pic ke black suit juga.

Then orang nampak Ziqi drive kereta Johnny. Dorang suspect something special sedang berlaku between both of them. Padahal plat kereta Ziqi is Beijing. Johnny pulak Shanghai. Kat sana kalau nak masuk Shanghai kena pakai plat Shanghai. Jadi everytime Ziqi datang Shanghai, dia akan pakai kereta Johnny.

Benda-benda macam tu pun jadi highlight. Aku rasa kat sana isu gay dah jadi kronik. Orang lelaki lansung tak boleh ada kawan rapat, terus kena cop gay.

Masalahnya Johnny selalu sangat kena cop gay. Dulu dengan Timmy Xu. Pastu dengan Jackson Wang. Now dengan Wang Ziqi.

 
Hari tu keluar video klip line-up pelakon-pelakon Pegasus 3. Dalam video tu memang Johnny sorang saja yang always dihug oleh actor lain. So netizen tanya kenapa dengan Johnny je lelaki suka peluk and pegang-pegang? Kenapa lelaki suka peluk and pegang Johnny? Hahaha. Pastu keluarlah balik klip-klip zaman tok kaduk Jackson Wang pegang tangan Johnny.

Masalahnya dalam semua klip-klip tu that lelaki yang pegang and datang peluk Johnny, bukannya Johnny yang datang peluk and pegang dorang.

Entahlah, pening aku benda macam ni pun nak jadikan issue. Maybe agak pelik lelaki sama lelaki selesa dipeluk dan dipegang, tapi aku rasa Johnny ni jenis warm and easy to get along, jadi orang sangat selesa dengan dia. Whatever, isu gay ni aku malas nak kupas dah. Letih. Enjoy the video je lah.


2026-02-23

GreenAard: Cara ambil produk GreenAard semasa berpuasa

Ya, sebaik-baiknya ambil GC Plus SEBELUM bersahur. Sebab GC Plus ada bila ada HCA (Hydroxycitric Acid), timing sangat penting. Secara teori dan kajian sains, HCA paling efektif bila diambil sebelum makan, biasanya 30-60 minit sebelum meal.

Sebelum bersahur adalah window makan terakhir sebelum kita berpuasa panjang. Bila ambil sebelum bersahur, firstly HCA boleh mula bekerja sebelum makanan masuk. Dari sudut mekanisme, HCA boleh kawal appetite dan portion semasa bersahur. Sahur tak jadi overeat.

Kedua, HCA perlukan air yang cukup untuk keselesaan perut. Kalau kita ambil GC Plus selepas bersahur, dah terlalu hampir dengan imsak. Kadang minum air pun tak sempat banyak. Ada risiko rasa tak selesa pada sesetengah orang yang sensitif. Jadi ambil awal, lepas tu minum air banyak-banyak.

Untuk orang yang ada gastrik, kau kena kenal badan sendiri. Kalau perut tak selesa, ambil je GC Plus selepas makan, atau maybe makan light-light sikit, baru ambil GC Plus, then selepas 30 minit boleh continue dengan bersahur nasi. Jangan bagi perut betul-betul kosong.

Ada yang tak sanggup menunggu lama 30 minit gap antara makan GC Plus dengan makan sahur, jadi boleh ke makan GC Plus sebelum tido? Nanti bangun pukul 5 pagi terus sahur je.

Ok, dengar sini. 

Macam yang aku cakap tadi, GC Plus ada HCA. HCA paling efektif bila diambil 30-60 minit SEBELUM makan, sebab fungsinya kawal selera makan dan halang karbohidrat menjadi lemak. Kalau kau ambil sebelum tidur, contohnya pukul 12 malam pastu sahur pukul 5 pagi terus makan nasi, secara fisiologi dia dah tak optimum.

Kenapa?

HCA biasanya berada pada tahap aktif dalam badan beberapa jam je selepas diambil. Kalau jarak 4-5 jam baru makan sahur, kesan dia untuk suppress appetite and regulate carb metabolism waktu sahur nanti dah berkurang. Maknanya kau tak guna timing advantage dia.

Ceritanya sekarang, kalau nak kejar timing advantage HCA, nak tak nak kena bangkit awal sikitlah. Bangun 5 pagi, terus makan GC Plus dulu. Pastu prepare sahur gedebak gedebuk until 5.30, dah boleh makan nasi/karbohidrat. Ini lebih aligned dengan mekanisme dia.

Ambil sebelum tidur tak salah, cuma bukan timing yang paling strategik. Tapi kalau kau memang jenis payah bangun sahur, makan ajelah GC Plus sebelum tido.

Yang ni dia respond kepada IGS aku. Aku tulis "GC Plus ambil sebelum sahur. Nutrijuice, Maaltyd and Gloei boleh ambil selepas berbuka"

Then dia kata tanya ambil semua tu sebelum makan, ok ke tak?

Takde masalah. Sebab Nutrijuice, Maaltyd dan Gloei bukan ubat (bukan kategori farmaseutikal). Ini semua kategori makanan tambahan/nutrisi. Generally, it’s fine to take it before eating, as long as your perut can handle it.

Actually kalau produk tu kategori makanan (bukan ubatan) macam Nutrijuice, Maaltyd and Gloei, selamat je ambil sebelum makan. Cuma ada orang yang perutnya sensitif. Boleh rasa pedih, loya atau kembung kalau ambil masa perut kosong. Sebab tu aku suggest ambil selepas berbuka. Lepas berbuka, perut dah ada makanan sikit, jadi penyerapan lebih stabil. Lagipun for some nutrient especially yang ada fat-soluble components, penyerapan lebih baik bila perut tak kosong.

Isu sebenar bukan samada selamat atau tak, tapi lebih kepada keselesaan perut. Kalau ambil semua sebelum makan dan badan kau ok, tak loya, tak pedih, tak cirit, teruskan saja.

Ok, ni aku explain secara logik fisiologi, ya. Bukan boleh ke tak boleh.

5.00 am ambil GC Plus.
Timing ni bagus sebab boleh makan sahur 30 minit selepas tu. HCA memang sangat sesuai diambil 30 minit sebelum makan. So dari sudut fungsi appetite and metabolic support, 5-5.30 makan GC Plus memang ngam. Cuma pastikan minum air cukup waktu sahur. Jangan telan dan biar kering sebab HCA perlukan enough hidration supaya perut selesa sepanjang tempoh berpuasa.

5.30 am ambil Maaltyd
Maaltyd ada flaxseed dan psyllium husk. Ini semua soluble fiber. Psyllium husk sifatnya serap air dan slow down penyerapan nutrien lain. Dia boleh ganggu penyerapan sesetengah suplemen kalau ambil terlalu rapat. Tapi kalau susunannya pukul 5 am GC Plus, then pukul 5.30 am ambil Maaltyd, ini sebenarnya masih ok. Sebab kau dah bagi GC Plus 30 minit head start sebelum fiber masuk. HCA dah mula diserap sebelum fiber datang.

Yang tak sesuai ialah kalau ambil Maaltyd dulu, lepas tu baru ambil GC Plus atau suplemen lain. Sebab flaxseed dan psyllium husk boleh slowkan absorption suplemen lain.

Minyak zaitun tu kena gap sikit lagi, maybe 15 minit selepas Maaltyd. Kasi Maaltyd settle down dulu. Kalau gap dekat sangat nanti dia kacau penyerapan olive oil.

"What if ambil olive oil dulu sebelum Maaltyd?"

Technically boleh, tapi itu bukan susunan paling optimum. 

Sebab olive oil ialah lemak. Lemak akan buat perut rasa penuh. Bila olive oil masuk dulu, perut akan slow down. Bila Maaltyd (fiber) masuk selepas tu, fiber pula akan serap air dan jadi gel. Maknanya kau double-slow sistem pencernaan dalam tempoh yang singkat. Lemak slow, fiber pun slow. Tak merbahaya, tapi pencernaan tu jadi berat. Untuk orang yang sensitif, kombinasi lemak pekat and fiber dalam masa yang rapat macam ni, perut senang kembung.

Actually olive oil lebih bagus diambil DENGAN makanan sebab dia memang fat source. Aku pun ambil olive oil tapi bukan ambil satu sudu terus masuk mulut. Aku goreng dengan telur atau sayur. Olive oil better dimasak terus dengan makanan. Atau kalau tak nak jadikan minyak masak, lepas lauk kau masak, kau tuang je satu sudu dalam makanan. Sebab olive oil is lemak yang bantu penyerapan vitamin larut lemak.

Tu aku ajar ikut ilmu yang aku belajar saja. Kalau nak makan satu sudu terus masuk mulut juga, silakan.

Jangan lupa, Ramadan Special dah bermula. Boleh whatsapp admin untuk tengok harga.

Untuk pertanyaan tentang produk GreenAard, WHATSAPP SINI.
Atau boleh ke website GreenAard.

2026-02-22

We are not really like a typical husband and wife, tapi lebih kepada housemate.


Kagum aku dengan dak-dak Gen Z yang baru kawen or yang bakal berkawen. Kat Thread boleh tahanlah pertanyaan dorang.

"Saya bakal berkahwin lepas raya, nak tanya pendapat kakak-kakak yang dah kawen lebih 10 tahun, macamana nak jadi isteri taat?"

"Saya nak jadi isteri yang taatkan suami, apa yang patut saya buat supaya tak derhaka?"

Terkesima aku. Bukan apa, dorang muda-muda dah terfikir nak jadi taat, dah buat persiapan jadi isteri taat. Masalahnya, aku TAK PERNAH terfikirkan hal ni dulu. Bila baca post-post macam ni, baru terfikir, eh ye lah aku tak pernah terlintas nak jadi isteri taat. Dalam kepala aku, just nak kawen and nak membina keluarga dan life sendiri. Itu je.

Basically, taat tak pernah ada dalam plan, but mutual respect? Absolutely, yes. Sebab aku pikir macam ni. I’ve always believed that respect lasts longer. Bukan kata taat tu tak betul, cuma mutual respect creates partnership. 

Bila ada mutual respect, tak perlu siapa lebih berkuasa atau siapa yang kena patuh all the time. Segala keputusan dibuat dengan berbincang, jadi dua-dua rasa dihormati, bukan dikontrol. So when both choose to honor each other, there’s no need for "taat" because consideration and understanding come naturally. Itu pandangan aku lah. 

Lagi satu, bila aim aku fokus untuk create kehidupan dan masa depan berkeluarga, secara tak sedar dengan sendirinya aku contribute duit dan tenaga ke arah tu. Takde lansung terfikir suami provide 100% dan tak terfikir nak jadi submissive wife. Aku dengan sendirinya merasa perlu share expenses rumahtangga untuk sama-sama hidup selesa dan cari bahagia.

Maybe sebab aku bekerja. Jadi aku expect kita sama-sama faham masing-masing penat, masing-masing ada tanggungjawab and the fact that we both contribute financially. In many ways, we are equals. En Wan pun tak pernah expect aku ke mana-mana mintak izin, atau dia balik dari kerja aku hidangkan air, atau sendukkan lauk untuk dia, atau uruskan segala hal rumahtangga alone. 

We are not really like a typical husband and wife, tapi lebih kepada housemate. We coexist, we share the space, and handle our own things. Less romance, more practical living. Dulu ada bibik semua bibik buatkan. Now, dia basuhkan baju and sidai, aku lipat and gosok. Dia kemaskan katil, aku mengemop. Dia buang sampah, aku basuh pinggan. Tak payah disuruh, macam tau-tau dah kena help each other sebab takde hamba abdi nak selesaikan semua ni. 

Until now, bila nampak aku hidang lauk, dia akan ambil pinggan dari kabinet and sendukkan nasi untuk aku and dia. Kalau sudu lauk takde, dia bangun ambil sendiri dalam laci. Air memang aku tak pernah hidang atas meja, sendiri tahu ambil dari fridge, tuang sendiri dalam gelas masing-masing. Kat sini aku bersyukur bila En Wan tak masuk dapur terus duduk kat meja harap segalanya disuakan ke muka. 

Sebab ada relatives aku di kampung, dah biasa dengan semua hal rumah isteri uruskan. Lelaki betul-betul macam bos. Nak makan baru masuk dapur. Air basuh tangan kena hidang, padahal terang-terang makan kat dapur. Pergi je lah basuh kat sink patutnya. Takkkk, nak juga mintak mangkuk basuh tangan.

Yang paling aku tak suka, orang lelaki makan dulu. Pastu set-set lelaki makan tak ingat belakang. Yang perempuan makan belen-belen apa yang ada. Kalau belen tu tinggal sikit, kita sama kita pulak kena bercatu sorang sikit. Yang dorang dah kenyang terus ke depan sambung bersembang. Panassss je aku.

Paling aku menyampah asal masuk dapur je tanya "Ada apa yang boleh dimakan?"

Nasib baik yang tanya tu bukan bapak aku. Kalau tak, konfem Mak Aji bertempik.

Tadi aku cuba ingat-ingat balik pernah ke aku and En Wan berbincang pasal benda ni awal-awal dulu? Macam takde. Everything just happens with an unspoken understanding between us. Macam sendiri-sendiri tahu masing-masing kerja, masing-masing penat, masing-masing chip in duit, jadi saling meringankan beban. Mana yang boleh buat sendiri, buat. Setakat nak minum air, senduk lauk, cedok nasi tu semua takyah harap aku buat. Dia boleh buat sendiri.

Masa menulis ni aku tanya En Wan "Bang, apesal dulu abang tak pernah request balik kerja hidang air untuk abang?"

Dia tanya balik "Hidang air apa?"

"Hidang air la untuk suami penat balik kerja"

Pastu dia jawab "Bukan abang ke yang sampai rumah dulu dari awak. Awak kan balik malam"

Kahkahkah. Lupa pulak aku yang balik lambat dari dia. Patutlah tak pernah terfikir nak hidang air.

Until now, kalau aku ada di rumah, En Wan on the way balik dari kerja akan whatsapp "Masak ke?"

Kalau aku masak, dia balik makan. Kalau aku cakap tak masak, dia terus gi makan kedai and tapaukan untuk aku. Tak pernah lagilah dia "Masaklah, orang balik nak makan ni". 

Kadang aku rasa En Wan ni banyak mengurangkan potensi aku nak jadi derhaka. Ada masak? Makan. Takde masak, tapau. Tapi, kalau masak, syaratnya kena 3 lauklah. 


2026-02-21

Macamana Kak Di sanggup reject crush?


“Macamana Kak Di sanggup reject crush?”

Sebab BOLEH, dik 😆.

Tak. Bukan macam tu. 

Dia gini. Memanglah aku crush dengan dia bertahun-tahun. Sampai ke matrik masih lagi crush dengan dia. Padahal kat matrik aku dah couple dengan si anu. Maybe inilah yang dikatakan nostalgia hit hard. Everytime balik cuti, kitorang akan jumpa ramai-ramai kat port biasa. Bukan buat apa pun, sembang-sembang je.

Setiap kali balik cuti, sampai je rumah dia akan call rumah Mak Aji ajak lepak port. Ada satu kali tu aku dah ada kat port, dia call Mak Aji angkat.

“** dah start cuti ke?” Mak Aji tanya.

“Baru sampai ni, makcik. Stokin pun tak bukak lagi”

Kau rasa??? Mak aku lagilah pelik. Stokin tak bukak lagi dah cari aku. Mak Aji pernah tanya if si anon tu boifren aku? Aku cakap mana ada. Aku kan dah couple dengan si anu. Disebabkan semenjak sekolah lagi si anon always datang melepak sama-sama, Mak Aji takde lah syak lebih-lebih.

Tapi tu lah dia. Aku rasa bila kitorang dah left school baru dia realized he needs someone like me. Yang boleh jadi best friend at the same time lover. Dia kata letih hari-hari jadi protector, jadi hero (sebab awek dia junior). Setiap kali dating dia kena jadi protector. Kalau dengan aku dia boleh jadi diri sendiri.

Memanglahhhh. Sebab kita bermula dengan BERKAWAN. Kau dengan awek kau bermula terus jadi couple. Kita ni kena denda diri luar kelas pun sama-sama, menganjing pun sama-sama, aktiviti kat skolah buat sama-sama and aku jadi posmen kau hantar surat kat gf.

Kalau datang rumah Mak Aji,dia melepak kat dapur siap tolong gorengkan keropok and kopekkan ikan bilis. Kitorang punya close, sampai melepak dalam bilik baca buku sambil dengar kaset cina. That’s how close we were in those days. So janganlah bandinglah kita dengan awek kau tu, konfemlah takkan sama punya. Kita ni kenal dari zaman selekeh.

So macamana aku boleh tergamak reject?

Tidaklah reject buta-buta gitu. Masing-masing dah matang. Masa dia confess tu pun cara matang.

Kalau pikirkan memori, dia menang. 
Kalau pikirkan hati budi, dia menang. 
Kalau pikir persahabatan, dia jauh lagi menang dari En Wan.

Tapi aku pikir satu je  Aku and dia berkawan punyalah lama. Sepanjang bertahun-tahun tu dia tak nampak aku as someone yang dia boleh jadikan gf. En Wan on the other hand, accept dalam keadaan aku belum dapat offer apa-apa. Aku kenal En Wan jarak jauh. Bersembang pun dalam surat. Jumpa baru satu kali. Selebihnya surat and chatting. Belum sempat berdating macam couple lain, tapi dia ajak bertunang bila tahu aku dalam kesusahan. En Wan accepted me before we even had the chance to be truly close.

So En Wan menang kat situ. Itu je point yang buat aku kata kat si crush “Takpelah, rezeki kita cuma jadi kawan”.

Tapi dalam hati memang sedih gila kot! Menangis jugaklah aku masa tu. Tapi nangis sorang-sorang dalam bilik je lah. 

Bukan sedih sebab terpaksa memilih. Aku tak rasa berat nak pilih pun. Kepala aku otomatik pilih En Wan. Cuma sedih because of the memory, like we were close for years and totally missed it, only now we realize the connection was always there.

Kalau dengan si crush yang tak pernah sukakan aku pun aku boleh stay suka bertahun-tahun, apetah lagi dengan En Wan yang awal-awal dah sayangkan aku. Mesti aku boleh develop rasa sayang. Aku pikir tu je. And I did. Lama-lama rasa sayang tu muncul jugak.

Lagipun keadaan kita dah tak sama macam umur belasan tahun. Masa sekolah kita takde komitmen. Jadi kita pilih crush pun yang hensem, yang famous, yang sportsman, yang berjawatan. Umur 20-an kita start pilih teman hidup. Dan cara kita memandang bakal suami pun dah lain kriterianya. Datang pulak kriteria macam Ultrameng menyelamatkan mangsa. Memang aku terima je lah 😆. Janji Ultrameng sayang aku lebih. Penatlah syok kat orang bertahun-tahun tapi jadi posmen je. Kahkahkah.

Crush tu baik ke?

Yes, sangat baik. Sangat caring. Reliable. Tapi maybe all that sesuai untuk zaman tu saja.

Kawen aku dia tak datang. Kawan-kawan tanya dia tak dijemput ke? Takde sorang tau kisah kitorang. Aku tutup rapat. Aku je tahu kenapa dia tak datang. 

Kitorang berjumpa balik selepas kawen. Masa tu one of our friend buat open house raya. Aku tak tahu dia ada sekali. Dia pun tak tahu aku datang. Masa aku tengah ambil makanan, dia datang sebelah and ambil makanan juga. Dia cakap “Establish dah Diana sekarang, kan?”

Sedih aku. Maybe dia ingat aku reject dia sebab En Wan orang kaya. En Wan kebetulan datang bawa sport car masa tu. 

Kawan aku yang buat open house tu pernah bagitau yang si crush tu suka kat aku dari dulu tapi sebab we both terlampau rapat macam-macam benda mengarut buat sama-sama time skolah, dia macam segan nak confess. Rasa macam tak best bila from close fren tetiba nak romantik-romantik. Jadi dia tak confess sampailah kat Uni baru dia realized.

Tapi tu la, aku dah ada En Wan. Leaving En Wan is a big NO. Sebab effort En Wan aku sangat hargai. Bukan sebab terhutang budi, tapi nak jumpa lelaki yang sayang aku lebih tu, payah. Selama ni aku yang sayang orang lebih. Letih.
 
Orang yang close dengan kita zaman sekolah, yang nampak macam “match made in heaven” belum tentu itu yang kita perlukan untuk masa depan. Sebab terlampau sekepala. Maybe not good for growth. Untuk growth sesuai ambil yang annoying, yang kaki kondem dan yang menaikkan darah.


2026-02-20

Weibo Night penuh kontroversi.

Di saat kat Weibo panas hangat dengan isu-isu malam Weibo Night baru-baru ni, hari ni Johnny jadi trending di Weibo. Tiba-tiba nama dia naik hot search. Bukan isu panas pun, cuma dia menarik perhatian.

By the way kat Weibo sejak beberapa hari ni vibe tak best. Weibo Night baru berlansung, banyaklah cerita ketidakpuasan hati dari fandom masing-masing. Weibo Night is malam anugerah popular macam Anugerah ABPH. Beberapa bulan sebelum Weibo Night, Weibo dah keluarkan voting sistem untuk vote kategori artis masing-masing. Seperti biasa kalau anugerah populariti, traffic actorlah yang mendominasi. Johnny memang takkan masuk list.

Lagipun last year mana ada sebiji drama/movie Johnny release. Semuanya dorang peram. Punishment 2 je sebiji keluar itupun sambung ke 2026, jadi tak layak masuk pencalonan. Alah tak kisah pun. Dah biasa dah Johnny tak masuk Weibo Night. Dia pun masih sibuk kat lokasi WINNER tak habis-habis lagi.

Kisahnya, dalam pada dorang bertekak sesama sendiri kat Weibo, hari ni Guan Xiao Tong (female lead drama Our Dazzling Days) naikkan video bawah ni:



Drama Our Dazzling Days bulan ni keluar. iQIYI ambil peluang nak release drama ni bersekali dengan hype filem Pegasus 3 yang akan release 17 Mac (raya cina dorang release). Cuma Our Dazzling Days belum ada fixed date. So Guan Xiao Tong share this video of her with Johnny kat lokasi. 

Dia kata ini adalah video candid. Kisahnya, dia teringin nak berdiri dalam buih belon. Johnny try to fulfill impian dia. Johnny try macam-macam tapi buih tu tetap meletup. Johnny kata diri dia tak cukup tinggi nak pegang belon tu. Then dia terfikir untuk cari kerusi. Bila Johnny diri atas kerusi barulah belon tu kekal.

Seronoklah Guan Xiao Tong. Dia tulis:

"Honestly, how can anyone not like Huang Jingyu? Everyone who knows him ends up liking him. He always finds a way to make people smile, to turn small wishes into something warm and memorable. That’s just who he is". 

Terus trending. Imagine di tengah-tengah topik panas kat Weibo tetiba ada satu hot search yang menyejukkan hati. Sampai malam ni masih trending. Padahal orangnya tak masuk-masuk Weibo sibuk kat lokasi, but Weibo trending nama dia. Well...that's Johnny. Dia selalu tak semena-mena nama naik Hot Search.



Atas ni antara topik hot kat Weibo. Malam award nite, one of the top person Weibo naik pentas untuk bagi award. Kampung tak kampungnya si top person ni, dia boleh tendang kain si Yang Mi. So unenthical dan unprofesional punya cina bukit. Jenis ni mesti cina yang datang Malaysia berebut ambik makanan buffet. 

Nasib baik Xiao Zhan very gentleman try ajak si top person bukit ni diri ke tengah so that dia tak tendang-tendang kain Yang Mi. Macam beruk perangai. Tapi last-last kat tepi Yang Mi jugak dia berdiri. Jenis tak paham bahasa. 

Tu pasal ramai malas join Weibo Night sebab anugerah dia tak berprestige satu hal, top person sampai ke management semua gila.



Atas ni lagi satu kontroversi. Ada ke lepas Mr Vikram ambil award MC suruh dia kembali ke seat padahal Hamba Allah tu prepare speech dah.  Alasannya Mr Vikram tak tahu cakap Mandarin. Orang tu prepare dah kotttt. Sebenarnya bukan apa, takut si Vikram tu bagi speech in English, dorang yang tak faham. 

Wang Yibo terkejut Mr Vikram tak dibagi peluang berucap, jadi dia yang persilakan Mr Vikram bagi ucapan. Wang Yibo ni aku syak kalau fanclub tak calonkan nama dia, konfem dia tak datang Weibo Night ni. Malam tu dia lansung tak duduk kat seat. Dia tunggu backstage. Nama kena panggil baru dia ambil award pastu pergi belakang and terus balik. Kahkahkah. Mengamuk fans dia. Orang datang nak tengok dia sekali dia balik bodo gitu. Dia ni lagi kering hati.

Weibo Night ni anugerah syok sendiri je benaunya. Dah boleh bajet dah siapa banyak menang award sebab based on audience voting. So takyah nak surprise sangatlah bila retis masing-masing menang. Yang pasti, setiap kali habis Weibo Night mesti ada macam-macam kontroversi. 

Last Johnny attend tahun 2024. Masa tu memang betul-betul terkejut bila dapat tahu Johnny setuju untuk datang. Rupanya dia dah dikatakan menang Most Popular Actor 2024. Dia menang sebab tahun tu drama Bright Eyes in the Dark meledak bila watak Lin Luxiao mati. Memang kiamat China sekejapan dek kerana drama tu. Tu yang trending berminggu-minggu sampai menang Popular Actor terus. Itulah last dia join. Pastu bayang dia tak nampak dah. Eloklah tak join, hauk betul management Weibo Night.

Macam-macam kontroversi jadi malam tu. Al-kisah seating arrangement pun jadi bertekak antara fandom. Fans Xiao Zhan tuduh Yang Mi koyakkan nama Xiao Zhan pada kerusi sebab nak duduk dengan Yang Zi. Seat Xiao Zhan akhirnya kat tersorok. Fans tak nampak. 

Mengamuklah Yang Mi, siap nak jadi kes saman-menyaman sebab tuduh dia koyakkan tanda nama Xiao Zhan. Last-last management Weibo kata salah staff dorang silap letak tag nama. Pundeklah. Bukan tahun ni Weibo Night, takkan tiap-tiap tahun salah letak tag. Apa ke bongok sangat repeat the same mistake every year? 

Benaunya, Weibo memang suka create controversy. Dari online sampai ke offline, semua hauk. 


2026-02-19

GreenAard: Nutrijuice bukan ubat yang menyebabkan rebound effect. Bila berhenti, kolesterol takkan naik.

Dari 6.87 ke 4.53 bukan small number. Itu perubahan yang signifikan. Tapi yang lebih penting is KENA FAHAM KENAPA BOLEH TURUN.

Apa yang sebenarnya berlaku dalam badan selepas ambil Nutrijuice?

Nutrijuice BUKAN ubat kolesterol. Bukan statin. Nutrijuice tak sekat enzim yang produce kolesterol. Apa yang Nutrijuice buat ialah bantu badan kembali kepada keadaan metabolik yang lebih seimbang, especially fungsi hati, pengurusan lemak, dan kawalan keradangan.

Kolesterol sebenarnya bukan benda asing dalam badan. Badan kita sendiri produce kolesterol, terutamanya kat hati. Nak buat hormon, guna kolesterol. Nak buat dinding sel, pakai kolesterol. Nak buat vitamin tertentu, kena ada kolesterol. Kolesterol kalau rendah, dia jadi baik. Masalahnya bila dia dah berlebih, masa tu dia jadi jahat. Especially kolesterol LDL.

Bila LDL tinggi, dia mudah melekat kat dinding salur darah, membentuk plak, menyempitkan saluran darah, eventually meningkatkan risiko heart attack and strok. Proses ini tak berlaku dalam seminggu atau sebulan, tapi slowly dan without simptom. Sebab tu every 6 months kena check kolesterol. Sebab kalau dah tinggi pun tak keluar simptom, tau-tau dapat strok je.

Kolesterol bukan semata-mata berpunca daripada makan berlemak saja. Dia sangat berkait dengan fungsi hati, sensitiviti insulin dan cara badan memproses gula and lemak. Sebab tu ada orang makan biasa-biasa je, tak banyak pun tapi kolesterol tinggi. Ada juga badan kurus tapi bacaan kolesterolnya bermasalah.

Kat sinilah aku nak korang perlu faham macamana Nutrijuice bekerja. Macamana dengan pengambilan KONSISTEN, boleh turunkan kolesterol.

Nutrijuice ni cara dia berkerja bukan terus tuju kat kolesterol. Mula-mula dia tuju ke HATI dulu. Dia buatkan hati bekerja dengan lebih efisien. Sebab hati is pusat pemprosesan lemak dan kolesterol. Bila hati tertekan dengan diet yan tinggi gula, makanan proses and kurang fiber, hati akan produce lebih banyak LDL.

Bila start ambil Nutrijuice, tekanan oksidatif pada hati dapat dikurangkan. Sebab dalam Nutrijuice ada fitonutrien. Bila hati kurang stress, penghasilan kolesterol jadi lebih terkawal.

Nutrijuice juga detoks badan. Detoks kat sini bukan bermaksud buang toksin tapi support detoks hati. Detoks hati ni everyday pun berlaku. Cuma kita nak lancarkan lagi. Bila proses detoks ni lebih lancar, excess kolesterol lebih mudah diconvert ke asid hempedu pastu boleh dikeluarkan dari badan. This is why dalam tempoh 3-4 bulan ambil Nutrijuice bacaan kolesterol nampak menurun.

Satu lagi, sensitiviti insulin. Insulin ni bukan berkait dengan blood sugar saja tapi kolesterol juga. Bila insulin tak function dengan baik, hati kita tend to produce lebih banyak lemak dan kolesterol. Sebab itu dalam Nutrijuice kita tak pakai gula. Kandungan gula semulajadi pun cuma 0.7 gram. Bila takde sugar yang tinggi, blood sugar takkan naik. Bila blood sugar tak naik, insulin tak spike. Bila insulin tak spike, lemak and kolesterol tak diproduce dengan banyak.

Some people ambil Nutrujuice 3-4 bulan dah nampak perubahan ketara. Some tunggu setahun baru nampak penurunan yang jelas. Maksudnya, badan kita sebenarnya responsive, cuma sebelum ni tak dibagi nutrition support yang mencukupi. Bila sistem metabolik di-reset, slowly nampak kolesterol turun.

“Kalau dah turun, boleh stop ke?”

Jawapannya, YES. Tapi bukan kalau tak turun, but kalau dah normal. Boleh stop. Turun memang turun tapi kalau belum bacaan normal kenalan teruskan, jangan stop. 

Nutrijuice bukan ubat yang menyebabkan rebound effect. Bila berhenti, kolesterol takkan naik mendadak hanya kerana stop ambil Nutrijuice. Yang mengekalkan bacaan cantik tu bukan Nutrijuice, tetapi apa yang berlaku selepas itu. Kalau lepas berhenti ambik, kau tak jaga lifestyle, tak jaga makan, ambil high sugar, ambik process food, stress, tido tak jaga - kolesterol boleh naik balik.

Sebab itu kau boleh berhenti, no problem, asalkan pemakanan dijaga. Bila kolesterol dah normal, fokus seterusnya adalah MAINTAIN bacaan tu. Kalau nak teruskan dengan Nutrijuice untuk maintain, takde masalah dan tak salah.


2026-02-18

Sometimes love doesn’t end because it fades. It ends because life evolves.


Happy New Year, Lunar Year 2026!

Neves betul hari ni fans Johnny di Weibo sebab hari ni tayangan pertama filem Pegasus 3. Pegasus 1 and 2 dah masuk box-office. Mampukah Pegasus 3 ulang kejayaan?

YES, MAMPU!!

1 jam lepas fresh from Weibo, hari pertama tayangan, belum sampai 24 jam sudah break box office record a total of 5 billion!!! Don't play play with Johnny Huang. Nak pulak Pegasus ni orang follow dari Pegasus 1 lagi, konfemlah crowd yang sama akan datang tengok.

The Punishment 2 - sapu bersih Top Ranking sepanjang tayangan.
Pegasus 3 - break record box-office on hari pertama tayangan.

Dan 20 Feb nanti drama Our Dazzling Days akan mula tayang serentak di iQIYI and CCTV8.Dengan rekod kejayaan The Punishment 2 and Pegasus 3, aku jamin Our Dazzling Days akan dapat success yang sama.

Malam tadi bermesyuarat kawan-kawan Whale Guardian pasal novel Our Dazzling Days. Semua dah baca novel. Ni menjelang tayangan, masing-masing excited nak mengupas what can we expect from the acting. Hasilnya, sampai ke hari ni takde mood. 

Mood mandom macam nak hujan (memang hujan pun Putra Heights satu hari ni). Benci gila perasaan ni. Tu pasal aku kata tak nak tengok cerita tu sebab lepas habis baca novel hari tu, ginilah jadinya aku. Mendung je. Padahal hari ni raya, ya. Patutnya kita happy happy. Tiberrr.

Semua semalam bercakap pasal impak cerita ni dalam hidup Gen X. Hahahaha.

Bukan apa, cerita ni background tahun 90-an. Masa tu Xiaoman and friends dah pun kat secondary school, tahun 90-an. Maknanya baya-baya aku la si Xiaoman ni. Mesti penulis novel tu sebaya aku. 

Cerita Our Dazzling Days ni Gen X boleh relate. Cerita ni mengundang nostalgia. Jalan cerita tu sendiri pun banyak flash back zaman sekolah. Cerita ni jadi sayu disebabkan notalgia tu.

Contohnya, part Xiaodan (Guan Xiaotong) pulang ke kampung and revisit sekolah and places masa bersekolah dulu. Padahal masa tu dia dah bercouple dengan schoolmate, Xia Lei (Wang Tian Chen). Dorang bertiga Xiaoman, Xiaodan and Xia Lei berkawan baik. Tapi masa sekolah, Xiaoman and Xiaodan lebih close. Fall in love. Selepas sekolah masing-masing keluar dari kampung berhijrah - sambung belajar and kerja. 

Semua benda ni we Gen X can relate. Dulu masa sekolah, life kita berkisarkan tempat yang sama. Kawasan tempat tinggal and sekolah. Kawan-kawan mak bapak kita pun kita kenal. Life kita revolves orang dan tempat yang sama. Cinta monyet tu biasa. Ada crush kat sekolah tu biasa. Until we left school, kita jumpa passion yang baru, kawan baru dan banyak benda baru. But everytime kita balik ke kampung, the nostalgia tu tetap muncul.

Just like Xiaoman and Xiaodan. They were so close and fell in love. Situasi yang memisahkan. Akhirnya dorang belajar melepaskan, bukan sebab gaduh tapi keadaan. But both of them tak pernah melupakan. Bila balik semula ke kampung, semua kenangan ni muncul balik. Rindu? Yes. Tapi nak start all over again, maybe no.

Aku menangis baca novel tu because that nostagia hit me hard. Teringat crush zaman sekolah. Hahaha.

Bagai nak gila aku crush si anon dari Form 2. Disebabkan aku perangai macam jantan sikit, jadi takde orang tahu aku suka kat siapa, termasuklah si crush tu. Sampailah habis sekolah, masing-masing terpisah masuk uni berlainan. Tapi masih contact, menulis surat, asal balik cuti je jumpa balik melepak kat port biasa beramai-ramai. Kawan macam biasa, menganjing each other macam selalu. Masing-masing pun dah ada orang lain masa tu. 

Tiba-tiba one day, bolehlah pulak dia confess suka kat aku. Bladihel betul. Tak, masalahnya WHY NOW?? Time aku single bertahun-tahun tu kau jadikan member bergasak kau je. Now bila masing-masing dah ada orang lain, barulah nak confess. Barulah kau terasa hilang aku. Katanya nak partner yang boleh jadi best friend and teman bergasak. Letih jadi "hero" hari-hari kataya. Teringin sesekali nak jadi childish.

Kalau pikirkan nostalgia zaman sekolah, rasanya mau aku tinggalkan apa yang ada and accept dia. Tapi just like Xiaoman and Xiodan, akal tu berkata "Dahlah..". Yang lepas tu lepas. Maybe rezeki kita hanya berkawan. Apa yang ada now, kita teruskan saja. 

Sedih benaunya sebab nostalgia tu. Dari umur 14 aku crush kat dia, sampailah habis sekolah! Naik moto sesama. Kena denda sama-sama. Sama-sama kejar budak lari dari sekolah. Jaga detention class sama-sama. Meniru homework each other. Teman aku naik bas ke Kajang. Sanggup dia menapak jalan kaki jauh-jauh untuk nak naik bas dari bus stop rumah aku sebab aku takut naik bas sorang. Pastu balik tu dia sanggup turun kat bus stop rumah aku pastu jalan kaki jauh-jauh balik ke rumah dia. Sampai je rumah terus call nak make sure aku dah sampai rumah. 

Only after dah berjauhan barulah missed each other. Tapi tu lah, masa tu masing-masing dah ada perspektof berbeza, dah jumpa orang yang baru. Sedih tu bukan sedih sebab tak dapat memiliki tapi sebab nostalgia tu. Now sesekali berjumpa lepak dengan member-member, masing-masing senyum menahan gelak. Macam you know I know what happened. between us. Tapi kita dendiam je jangan bagitau sesiapa and terus berkawan macam biasa.

That nostalgia lah yang kau akan rasa bila tengok drama Our Dazzling Days. Sedih bila Xiaoman and Xiodan tak get back together bila berjumpa balik. Masing-masing ada orang lain dah. Xiaodan masih teringat kenangan dia dengan Xiaoman. Xiaoman pun sama. Yet they both accept it. 

They acknowledge that what they had belongs to a different time. Akan ada satu fasa dalam hidup kita kenal orang baru, kita develop passion yang baru, dan kita pilih sesuatu yang baru bukan sebab tak suka lagi yang lama tapi keperluan dah tak sama macam dulu.

Sometimes love doesn’t end because it fades. It ends because life evolves. And growing up is realizing that not every love story is meant to be continued. Some are meant to shape you, then stay behind as a beautiful memory. It’s painful. But it’s honest.

Ending drama tu, masing-masing terus berkawan baik. Dari 3 sekawan menjadi 4 sekawan.
 


2026-02-17

Our Dazzling Days : My initial review


Ramai fans Johnny dalam frenlist aku di IG tanya drama Our Dazzling Days tu sedih sangat ke yang sampai aku tak nak tengok? 

Penat, dik. Sebab penat. Drama Johnny skripnya heavy-heavy. Dia suka ambil heavy character yang menanggung beban emosi. Tu pasal pedihhhhh nak menghabiskan cerita dia. Tengok je la drama Punishment 2. Aku tengok pause pause banyak kali sebab heartbreaking sangat.

Oh baideway, semalam tamatlah Punishment 2 kat CCTV8 dan iQIYI (bagi yang bukan VIP pass). Hari ni official Punishment 2 tapau record bersih Top 1 kat semua platform sejak Episod 1 ditayang tahun lepas sampailah 14 Feb 2026. Dalam tempoh tu banyak new drama muncul, tapi ranking Top 1 tetap untouchable walau TANPA PROMOSI. Johnny is benar-benar another level. Tak perlu famous international macam nak rak, asalkan semua drama hit maksimum heat index. 

Dari awal tayang Punishment 2 sampai dah habis, Johnny masih kat Ningbo tak settle-settle lagi shooting drama WINNER. Kali ni dia hanya ikut promosi Punishment 2 SATU hari je. Betul-betul takde marketing. Tapi fans memang promote macam nak rak. Semua tahu assignment masing-masing. 

Hari ni dah raya, tapi semalam Johnny masih kat Ningbo. Ni kalau kat kampung kita dah menggelupur masing-masing ambik half day balik raya. Mengamuk kalau tak cuti panjang. While Johnny and crew, esok raya cina kedua dah masuk set balik.

iQIYI tengah rancak keluarkan teaser demi teaser untuk drama Our Dazzling Days yang akan tayang 20 Feb serentak di iQIYI and CCTV8. Berlawan-lawan teaser dengan filem Pegasus 3. Pegasus tayang today. 

IQIYI kali ni dah belajar dari kesilapan. Hari tu dah kena hencap macam nak rak sebab tak promosi Punishment 2, now drama Our Dazzling Days nak keluar kemain banyak dia release teaser. Now baru dia tahu dia telah membuat kerja bodoh bagi marketing kat drama lain tapi takde satu pun boleh beat Top 1 ranking. Baiklah spend duit kat drama Johnny.

So berbalik kepada plan aku untuk tak nak tengok Our Dazzling Days, ya, aku tak plan nak tengok tapi sepanjang drama ni tayang aku akan promote and talk about it.

Pertamanya, sebab aku dah baca novel Our Dazzling Days. Team Whale Guardian Brazil beli novel web berbayar and share password dengan aku. So aku dah khatam lama novel tu.

Tak pasti drama ni follow sebijik-sebijik novel or not. Kalau follow sebijik, I can tell you, cerita ni sedih. Tu pasal aku cakap tengok drama Johnny ni penat. Dia punya main emosi bukan tahap light-light punya. Kau boleh menangis sekali. Pakej dengan 3-4 hari hilang mood.

Tapi tak salahkan Johnny bila dia asyik dapat skrip heavy. Dah kalau yang lain berlakon pun macam kayu reput, mau tak balik-balik Johnny yang dapat heavy skrip?

Novel Our Dazzling Days best seller kat China. Dah banyak production house nak jadikan drama tapi penulis buku tak bagi. Dia kata masa menulis novel ni dia gambarkan watak Xioaman tu spesifik. Jadi pemilihan pelakon takleh sebarang-sebarang sebab nanti lari dari watak yang dia potray dalam novel.

Akhirnya penulis buku sendiri sebut watak Xiaoman sesuai HANYA untuk Huang Jingyu. Tapi jadual Johnny sangat padat waktu tu. Director terpaksa tunggu schedule Johnny clear untuk start filming this drama. That’s why drama ni diambil oleh CCTV8 sekali. Drama yang masuk CCTV8 adalah indicator drama tu bagus. Best-seller novel katakan, haruslah bagus.

Our Dazzling Days adalah cerita nostalgia. Berkisarkan era tahun 90-an. Baca watak Xiaoman tu pun aku dah rasa pedih, apetah lagi membayangkan Johnny yang carry watak Xiaoman, I is kenot 😭. Sebab Johnny kalau bawak watak sedih, rasa tersiat tu memang sampai betul.

Kisah Xiaoman ni sangat grounded. Dia bukan karakter hero yang dramatik. Dia cuma budak kampung biasa yang membesar dalam komuniti kilang. Kampung yang dia duduk tu ada satu kilang besar yang mana penduduk kampung kerja kat kilang tu. Jadi the komuniti semua rapat and warm.

Zaman tu semua benda berpusing sekitar tempat yang sama. Sekolah, hospital, kilang, kawan-kawan, first love - semuanya dalam radius yang sama. Komuniti kat situ bukan sekadar jiran, tapi macam famili. Dah jadi sebahagian daripada hidup masing-masing. That kind of closeness rare dah sekarang.

Seiring dengan masa, berlaku perubahan ekonomi. Kilang tu terkesan sama. Xiaoman bukan je hilang kampung secara tiba-tiba, in fact dia tengok sendiri tempat tu berubah sikit demi sikit, sampailah one day dia tersedar yang kampung tempat dia membesar dah tak sama macam dulu. That’s what makes this story hurt.

Part first love Xioman bagi aku sangat touching. Xiaoman is innocent, simple, pure. Orang kampung semua suka dia. Bila berlaku pemberhentian kerja besar-besaran kat kilang, penduduk kampung ramai berhijrah cari peluang kerja tempat lain, keadaan kampung jadi makin berat. Masa ni lah Xiaoman dipaksa jadi matang awal. Dia buat macam-macam kerja untuk teruskan hidup. Dia kalau boleh tak nak keluar dari kampung tu sebab kampung tu bawa banyak nostalgia untuk dia.

His gf nak sambung study overseas. Sedih, tapi Xioaman rasa tak patut halang her gf sambung belajar dan maju dalam hidup. Lagipun dia belum memiliki gf tu lagi. Jadi, dia lepaskan. 

Ada satu line bila Xioman kata “Yang paling menakutkan bukan bila kita mula merindui sesuatu, tapi bila kita dah takde tempat untuk dirindui”. That hits differently.💔💔💔

Masa dorang terpisah, Xioman berkenalan dengan Chun Chun (Ruonan). Bercinta and bercouple. Kalau nak ikutkan, Xioman masih kenangkan exgf tapi because dia realize this girl ada masa dia alone. Dia macam masih sayang his ex-gf tapi dia tak nak balik dah pada ex. Macam biarlah exgf tu cari someone yang sepadan. Tak macam dia yang belajar tak tinggi, jalan hidup pun harsh. Dia lepaskan exgf kerana terlalu sayang.  

Aku and Whale Guardian Team pernah bersembang review novel ni. Kitorang semua sepakat, this is somehow macam Johnny punya jalan cerita. 

Contohnya, dalam novel, lepas habis sekolah, Xiaoman apply kerja untuk jadi steward sebab dia tinggi. Tapi kena reject sebab terlalu tinggi. Had jadi steward is185 cm sedangkan Xiaoman 187 cm. THIS IS ACTUALLY JALAN HIDUP JOHNNY!

Johnny in real life pernah masuk academy untuk jadi steward. Tapi 1 tahun je dia kat dalam tu pastu kena tendang keluar sebab dalam masa setahun tinggi dia dah lebih 185 cm. Tinggi Johnny sama macam Xiaoman, 187 cm.

Then ada part Xioman tak habis sekolah sebab terlibat dengan satu kes gaduh. Kena buang sekolah. Lepas tu dia buat macam-macam kerja untuk survive. Tapi luck selaulu tak menyebelahi dia. Ini pun macam kisah Johnny. 

Johnny in real life berhenti sekolah umur 16 tahun sebab hilang minat belajar. Dia berhijrah ke Shanghai and buat macam-macam kerja from jadi waiter, tukang bakar BBQ, kerja kilang elektronik, model and atlet jiu-jitsu sebelum akhirnya jadi pelakon.

Part love story between Xioman and Chun Chun, kitorang suspect Johnny sedang menceritakan kisah dia. Chun Chun is a girl yang ada series of bad things happen to her. Kiranya nasib dia macam Xioman. Disebabkan itu Xiaoman jadi rapat sebab they both share banyak persamaan  iaitu the pain and sorrow. Jadi dorang saling memahami.

Johnny in real life pernah bercinta dengan WYX. Masa ni dia masih di dunia modelling. Then dia berhenti sebab dapat tawaran berlakon. Tapi waktu tu dia kena banned sebab drama yang dia lakonkan tu BL genre. Bila kena banned, takdelah job. Struggle sana sini mencari job. Waktu ni la WYX minta break. Kawen dengan orang lain. 

Dari segi luaran nampak macam Johnny single and lead his busy life as actor. Tapi who knows kan sebenarnya dia dah ada pengganti WYX yang memahami dia? Just like watak Xioman? We will never know...

Dalam drama ni, Xioman ni always berdepan dengan musibah. Apa yang dia nak mesti tak dapat. Kena buang kerja, kerna manipulate, kena diskriminasi. Sampai tertekan dan pernah masuk hospital mental. Tapi dia ni baik. Semua orang sayang dia. Cuma life dia harsh.

Kalau drama ni berjaya deliver emosi macam dalam novel, memang class-lah! Our Dazzling Days bukan drama biasa-biasa. Novel tu banyak bring back nostalgia kita yang Gen X and Y ni. Banyak benda can relate.

Honestly, aku nak sangat tengok macam mana Johnny carry watak Xiaoman sebab penulis skrip sendiri pilih dia untuk bawak watak ni. Mesti penulis tahu watak ni perlukan pelakon yang boleh bawa emosi. Drama ni jenis yang slow burn tapi berbekas lama dalam hati. Trust me.

Kalau ikut novel, Xiaodan nanti akhirnya couple dengan Xia Lei (both of them kawan baik Xiaoman juga). Xiaodan masih suka kat Xiaoman tapi masing-masing macam pilih orang lain kerana situasi dan keadaan, but dorang stay jadi kawan.


2026-02-16

Menulis perspektif pasal jadual waktu anak-anak Dr Syeikh Muzzafar


Hari ni barulah ada masa nak menulis perspektif aku pasal jadual waktu anak-anak Dr Syeikh Muzzafar (SM). 

Baru-baru ni kat Thread this someone mintak stop mengidolakan Dr SM. 

Aku macam dah kenapa kau?? Orang nak idolakan dia, biarlah. Parents yang nak idolakan cara Dr SM didik anak-anak adalah parents yang ada aim yang sama dengan Dr SM. Kau takde aim macam Dr SM, kau ikut je lah lane kau. Takde siapa kisah anak kau nak belajar ke tak. Dr SM pun tak paksa parents ikut cara dia. Dia cuma seronok berkongsi rutin harian anak-anak, so ada masalah?

Ada sorang ni cakap "Saya tak suka paksa anak-anak. Anak-anak pun ada passion masing-masing"

PASSION??
You wanna talk about passion?

Listen here. Anak-anak selagi masih di bawah umur dorang HAVE NO IDEA apa itu passion, apa itu hobi, apa itu ambition. Waktu ni lah guidance parents sangat memainkan peranan. 

Umur belasan tahun ni dorang masih terkial-kial nak kenal diri sendiri. Minat yang dorang nampak sekarang, contoh macam suka main bola, suka melukis, suka coding - ini bukan semestinya passion yang bertahan sampai besar esok. Ini baru exposure. Baru rasa seronok. Suka sebab fun. Suka sebab orang lain pun buat.

Anak-anak bawah umur belum ada bandwidth mental and life experience. Dorang tak tahu apa sebenarnya yang bagus untuk masa depan. Sebab tu mak bapak kena guide. Dorang sendiri tak tahu apa yang dorang nak.

Redza dulu minat melukis. Hari-hari melukis. Minat dengan anime. Until Form 3, "cita-cita" dia masih nak menjadi kartunis. Terdiam kejap bapak dia bila anak dia sebut nak jadi kartunis.

Bukannya kata kerjaya kartunis tu tak bagus. Aku cakap kat Redza, kita bukan kaya 7 keturunan makan harta moyang tak habis. Orang yang kaya keturunan saja boleh jadikan PASSION as kerjaya, but not us. Kita yang marhaen ni kena pilih kerjaya yang ada demand, yang ada good pay, yang nampak future.

Pernah tak terfikir apesal anak-anak bangsawan, anak-anak old money most of them belajar something yang takde demand? Contohnya belajar pasal tenunan songket, ukiran arca, muzik klasik, etc. 

Don't get me wrong. Aku bukan merendahkan kerjaya sesiapa. Maksud aku kat sini, most of them yang belajar course-course macam tu, dorang ada privilege untuk buat apa yang dorang suka without tekanan survival. Dorang tak payah kisah whether or not kerjaya tu bagi pulangan yang konsisten, yang penting kepuasan diri. Kalau projek dorang fail pun, lifestyle dorang tetap selesa. 

Untuk kita, privilege tu tak ada. Kita kena pilih yang boleh support life, barulah kita ada ruang untuk explore passion pulak. People like us belajar sebab kita kena survive dalam dunia sebenar. Sebab tanggungjawab dan masa depan anak-anak kita nanti bergantung kepada keputusan kita sekarang. 

Itu yang aku tanamkan kat Redza. Bukan nak crush dream dia jadi kartunis, tapi nak bagi dia faham REALITI. Realitinya kita tak kaya, nak. Mak bapak kau tak inherit harta Ismet Ulam Raja. Minat boleh wujud bila-bila, tapi career mesti practical. Kalau kerjaya tu ada demand, ada gaji yang konsisten, ada prospek masa depan, baru kita boleh build life dengan stabil. Passion boleh ikut kendian. Kita boleh masukkan dalam hobi, side income, atau additional skill.

Alhamdulillah, Redza realized benda tu sekarang. Dia masih menjadi pengumpul patung dan komik anime tegar. Sometimes bapaknya yang belikan. Hari tu kat Tokyo, En Wan belikan barang-barang anime. Kita tahu dia minat, jadi kita support. Tapi please jadikan itu minat saja. Kita takde privillege nak jadikan minat anime tu as kerjaya. Bapak kau tak kaya. So, belajarlah pandai-pandai. 

Netizen komplen jadual anak-anak Dr SM sangat padat. Pukul 5 pagi dah swimming katanya. Dia pulekkkk yang kisah anak orang tu kena swimming pagi-pagi.

Dik, kau pernah masuk asrama tak? Tak pernah, kan? Sebab tu tak tahu life kat boarding school macam mana.

Dr SM tu aim anak-anaknya masuk boarding school, sebab tu dia equipped anak-anak dengan jadual yang padat because kat asrama nanti jadualnya lebih padat! Tanyalah anak-anak di SBP/MRSM pukul berapa dorang bangun? 

Rayyan dulu 4.30 pagi dah ada dalam shower. Pastu sebelum Subuh dah standby kat surau untuk mengaji. Lepas Subuh boleh tido balik ke? Tak. Sambung tazkirah Subuh pulak. Habis tazkirah terus ke dining hall makan. Then terus ke sekolah.

Balik dari sekolah? Makan, rehat kejap pastu ke surau berjemaah zuhur. 

Then rehat ke? Tak. Sambung prep sampai 4.30 petang. Habis prep wajib beriadah. Tak boleh duduk dalam dorm. Kalau tak nak beriadah, tetap kena duduk tepi padang. 

Malam? Sambung lagi prep sampai 10.30 malam. Gedebak gedebuk, 12 malam jugak tido. Tu cara-cara hari biasa. Kau tengok masa orientasi. Lagi hazab jadualnya. Tapi anak-anak ok tak? Dorang ok. 

Jangan samakan energy dorang dengan kita. Energy and drive dorang another level. Takde rasa penat.

"Anak saya, tido pukul 9.30 pm dah kira lambat dah tu"

Ye lah, sebab kau tak kisah anak kau jadi mediocre. Dr SM tu aim anak high achiever. Nak jadi high achiever, preparationnya bukan calang-calang. Nak pulak Dr SM tu T20. Kuota T20 cuma 10% saja. Dia kena compete dengan ramai anak-anak T20 lain yang sama-sama hebat macam anak dia. Kau lainlah, kuota B40 60%. So, diam.

Ada gak yang kata Dr SM tu buat anak-anaknya his success story. Gelak aku baca.

Dey, Dr SM tu dah SANGAT SUCCESS!

Dia top student masa sekolah.
Dia seorang doktor.
Dia ada business sendiri.
Dia seorang astronaut.
Dia dapat isteri yang juga success academically macam dia.

Dia dah cukup success! Tak perlu tumpang kejayaan anak untuk menjadikan diri dia lebih success. Yang menumpang kejayaan anak tu, kau. Anak exam tadika dapat nombor 1 pun canang kat FB seminggu tak habis. Heh!

Idolizing Dr SM atau ikut cara dia tak bermakna every step dia buat mesti diikut. Those parents yang idolizing him cuma nak recognize mindset dan structure yang membina anak-anak jadi capable, resilient, dan aware saja. Kalau kau punya aim lain, maka tak payahlah kisah apa yang Dr SM buat. Kau ikut je lah lane sendiri. 

Yang benaunya, kau takut cara kau salah. Kau tak sure if anak-anak kau menjadi dengan cara kau. Dr SM tu dah terbukti cara dia menjadi. Kau punya cara belum terbukti lagi, tu pasal kau menggelabah tak tentu arah kondem Hamba Allah tu. 

Jangan dismiss sistem yang terbukti berkesan hanya kerana nampak sistem tu macam intense. High achievement memang perlukan preparation yang kebanyakan orang tak sanggup buat. 

Anak-anak bawah umur perlu guidance lebih daripada freedom. Belum masanya kita bagi kebebasan dorang to figure out sendiri. Esok dah matang, ada pengalaman hidup, baru nanti dorang faham passion sebenar.

Takyahlah memandai cakap anak-anak Dr SM tak menikmati zaman childhood. Childhood yang macamana maksud kau? Aku ni agak-agak ada zaman childhood ke? Umur 9 tahun dah buat kerja rumah sampai ke besar. Jadi mental ke aku now? Tak pun. Jadi lebih resilient lagi ada. So tak payah la kata cara Dr SM tu salah. Dia tau apa dia buat.

Jangan samakan environment dia dengan kita. Dorang tu berada dalam environment makcik-pakcik, cousin, atok nenek semua high achiever. Dorang bersembang pun bukan sebarang topik. Benda tu dah biasa dalam family dorang. Orang-orang macam ni, tengok movie pun yang ada moral sahaja. Dorang sangat menjaga environment. Bukan macam kita jenis masuk cinema berangkut anak-beranak tengok cerita gengster.

Paling mudah contoh hari raya. Aku dulu terpikir ada ke orang nak pakai baju raya merelip pagi raya? Until aku realized environment dia dan aku tak sama. Aku punya environment hari raya tu seharian kat dapur memasak membasuh. Dia hari raya jadi patung cendana sambut tetamu. Makan pun ada orang basuhkan pinggan. So yes, dunia kita dan dia tak sama.

Aku sangat percaya Dr SM tak paksa anak-anaknya ikut sesuatu tanpa sebab atau tanpa dorang faham. Anak-anaknya mesti dah dibagi explanation tentang structure, exposure and disiplin. Aku tak rasa dia halang anaknya memilih. Aku yakin anaknya masih ada peluang bersuara. Cuma orang luar nampak macam anaknya takde pilihan. 

Kena faham anak-anak yang dibesarkan dalam sistem macam ni dari kecil dah biasa dengan time management, biasa dengan tanggungjawab, biasa dengan komitmen. Skill ni kita takkan dapat kalau semuanya serba santai.

"Anak-anak Dr SM nanti besar jadi rebel sebab tertekan dengan jadual yang ketat"

Dik, rebel is natural, tapi tak semestinya buruk. Anak-anak yang dididik dengan disiplin tinggi, bila dibagi space untuk faham sebab-musabab di sebalik peraturan dan schedule yang ketat, biasanya akan belajar untuk manage ketidakpuasan hati secara matang. Dorang ada habit untuk fikir dengan logik. Ada kemampuan menilai risiko. Jadi their rebel tak jadi something yang destructive, tapi lebih kepada skill untuk negotiate dengan mak bapak.

Teringat Redza masa sekolah dulu stress gamaknya dengan kerja sekolah yang banyak, pastu balik bercuti apaknya dah booked macam-macam extra class. Dia bagitau "Kalau Redza dapat straight As IGCSE, boleh tak stop belikan Redza buku and no extra class for SPM at all"

Ok, setuju. Tapi syaratnya straight As la sebab syarat tu kau yang letak. Aku tak letak. Buktikan straights As, mama papa takkan kacau dah. Betul pun. Dia dapat straight As IGCSE, maka kitorang tak belikan lansung buku untuk SPM. Extra class pun takde. Jimattttt.

Ceritanya, we parents are always open for negotiation and discussion. Syaratnya, kau kena buktikanlah dulu. Bila dah terbukti, we respect your request. Kalau tak terbukti kau kena hadap jadual yang aku susun. Bukan torture, but we care for your future. 

Dalam jadual Dr SM, aku jamin semua anaknya faham kenapa rutin tu wujud. Bangun pagi untuk swimming bukan sengaja nak bagi anaknya susah, tapi anaknya pun suka. Rayyan dulu pun gitu juga. Dengan hoki class, dengan Kumon, dengan Public Speaking, dengan science class, dengan drawing class, dengan keyboard class. Kau rasa kelas-kelas ni memenatkan ke? Tak pun. He had fun. Sebab budak-budak fitrahnya suka bermain. Jadi kita bagi dia main dengan cara ni.

Kalau tengok jadual anak Dr SM tu pun lepas tusyen, tusyen lagi ke? Tak pun. Dia balancekan dengan swimming class, mandarin class, etc. Dia bagi anak-anaknya exposure ke skill yang relevan, bukan rutin yang takde tujuan.

Bonding dengan parents penting. Anak-anak Dr SM bukannya dibiar gitu je. Bukannya dia letak anak dia kat kelas, hah pandai-pandai kau nak settle sendiri. Tak. Anak-anak dia walaupun ada jadual padat, bapaknya sentiasa ada. Sentiasa guide. Sentiasa bagi perhatian. Jadi anak-anak rasa dihargai dan difahami, bukan dikawal. 

Anak-anak kita yang kat boarding school tu pun secara teori kurang bondingnya dengan parents. Tapi kalau kita bagi perhatian, bagi guidance, give help, walaupun jauh tetap rapat. Bonding ni bukan kau dengan anak duduk serumah 24/7. Bonding ni be present walaupun berjauhan. Kalau duduk serumah tapi kau sejenis absent parents, tak guna jugak.
  


2026-02-15

KuYun’s performance ni adalah REPORT, bukan anugerah.


Someone bagi aku gambar ni (bersekali copywritingnya). Dia tanya kenapa Johnny takde dalam poster ni?

Aku tak tepek copywritingnya. Basically copywriting-nya tulis ada 10 artis yang tersenarai dalam KuYun performance. Takpe, takde apa pun poster ni. Aku boleh explain.

Ok, camni. KuYun’s performance ni adalah REPORT, bukan anugerah. Not really a judgment of quality either. Ini cuma laporan data komersial. KuYun menilai how much value pelakon can bring to the drama market dari segi viewers, trafik, online discussion, value kepada platform, dan potensi untuk tarik iklan. Ni bukan award best actor/actress, tapi lebih kepada siapa punya persona paling kuat untuk tarik pasaran.

Semua yang Top 10 ni adalah kategori traffic actors. Dorang ni semua ada strong fandom, ada fanclub, ada bloggers sendiri, rajin beli hot search untuk buat trending, ada paid press dan menjadi ambassador kepada 20-30 brand. Maka logiklah kalau tersenarai dalam KuYun. Kau kalau jadi traffic actor tapi tak tersenarai, maknanya kau memang out lah. Menghabihkan boreh orang kata.

Traffic actor ni agency banyak keluar modal. Agency berhabis-habisan "jual" muka kau kat semua plaform, kat press, kat bloggers, kat media sosial, kat brand, kat production house untuk meyakinkan semua kau boleh tarik market. Agency akan buat macam-macam isu untuk jadikan kau trending. Agency akan create fake relationship atau shipping supaya kau diperkatakan netizen. So, kalau dengan semua effort ni kau tak tersenarai jugak dalam KuYun, dah boleh slow-slow jual taufufa lah.

Bukan apa, I tell you fakta, ya. KESEMUA 10 orang yang tersenarai dalam poster ni TAK PERNAH dapat award dari mana-mana anugerah berprestige (juey-based award). Dorang ni banyak menang anugerah dari voting-based by audience saja. Muka-muka ni banyak dapat anugerah Weibo sebab Weibo tu anugerah populariti.

Lakonan dorang pun bukannya mantap sangat, banyak berlakon genre idol and romance je sebab nak maintain cantik. Kewujudan dorang ni selalunya lebih diperkatakan sebab dorang ramai fans. Tapi kalau acting-wise dorang ni tak berada dalam level yang sama macam Wang Kai, Hu Ge, Johnny Huang...jauhhhhh.

10 orang ni, jenis yang bila nama dorang di-announce je, drama tu automatik dapat perhatian walaupun jalan cerita belum tentu strong. Nama dorang sendiri dah cukup kuat untuk guarantee open doors to any platform, penaja dan penonton. Tapi dalam 10 orang ni SORANG pun belum ada sejarah terima prestige award. Because prestige award usually menilai aspek seni. Macam acting skill, skrip and long term impact. Yang dapat prestige award selalunya tak mesra pasaran besar. Macam Jackson Yee menang best actor last year. Ada berita kata mana-mana? Takde. Sebab dia bukan traffic actor.

Data KuYun lebih kepada menilai realiti sebenar industri. Yang mana industri kat sana lebih fokuskan pada trafik, trending, fandom and engagement. Rasanya Malaysia pun pakai konsep ni, kan? Siapa ramai follower dia lebih dapat job.

An actor can be really strong in the market, but just average in terms of acting.
And an actor can be amazing at acting, but not necessarily a traffic magnet.
These two don’t always go hand in hand.

Johnny lebih strong dalam genre yang heavy. Dramanya fokus kat karakter, yang lebih dekat dengan penilaian juri dan penonton yang MATANG. Tapi genre macam ni tak selalu produce high traffic kecuali pelakonnya memang power. Sebab genre heavy takleh generate fandom and CP-fans.

Top 10 KuYun lagi aktif dalam komersial berbanding acting. Lagi banyak buat iklan dari drama. Lagi banyak dapat job duta produk berbanding job lakonan. Tu pasal dorang selalu buat job genre light-light. Ni untuk buat syarat kekal dalam industri je ni, supaya nampaklah function dalam dunia seni padahal job dorang lebih banyak kepada celebriti work berbanding acting.

Pernah terfikir kenapa dalam ramai-ramai traffic actor, sorang pun tak dipilih untuk ke space? 
Kenapa Johnny yang bukan traffic actor, yang takde fanclub, yang tak sampai 10 brand carry…tup-tup dipilih? 

Sampai hari ni kat Weibo tak abis mengupas news ni tau. Tapi takde sorang argue news Johnny terpilih ke space, because walaupun Johnny bukan traffic actor, dorang admit (dalam diam) Johnny is on another level. Sampai sekarang tak berdecit lansung pasal pemilihan Johnny. Nak berdecit apanya, ini projek kerajaan. Berani kau nak argue pemilihan parti komunis?

Tu pasal walaupun kualiti drama hauk, lakonan pun mediocre, nama top tier traffic actor still menjamin exposure. Dan dalam entertainment industry sekarang, kau takyah pandai sangat berlakon sebab orang sekarang banyak menilai exposure. Dorang anggap lagi banyak kau dapat exposure bermakna prestasi kau menaik. Lagi banyak kau buat live video atau posting, lagi banyak exposure maka lagi banyak kau dapat job buat iklan,walaupun lakonan hauk.

Maka, jangan pelik pelakon-pelakon baru ramai kayu sebab production tak kisah jalan cerita janji untung. Kayu pun kayulah.


2026-02-14

Medical Card: Cerita client En Wan

Aku baru balik dari hospital. Teman En Wan jumpa client. Client yang also my blog reader. Dia kena kanser.

Aku ni sejak Aireen meninggal, sebut kanser je terus teringat Aireen. Mulalah sebak nak nangis. Tadi aku teman sampai surau je. Cakap kat En Wan naiklah sorang jumpa client tu. Takyah bagitau aku ikut. Biar aku lepak surau. Kebetulan dah Maghrib.

Settle kerja En Wan turun fetch aku kat surau and kitorang jalan ke parking sama-sama. On the way ke parking En Wan menangis cerita keadaan client. Kanser mulut. Pipi dah berlubang. Dah tak boleh bercakap sangat. Tak berapa clear. En Wan banyak bercakap and berurusan dengan husbandnya.

Yang En Wan sebak tu bila dia kata “Dah lewat petang En Wan masih datang uruskan saya”.

Sebenarnya pagi tadi lepas check out dari hotel, dia terus uruskan paper work untuk medical card client ni. Banyak kena print requirement dari medical underwriter. Tebal. Tujuannya nak pi hantar ke client untuk dia dapatkan maklumat dari hospital yang dia pernah dapatkan rawatan.

This client En Wan dah pernah approach tahun 2024. Masa tu dia masih sihat. Tapi agaknya masa tu dia tak rasa ada keperluan buat medical card sebab company boleh tanggung bil medical. Tahun lepas, dia contact En Wan untuk buat medical card. Ok, polisi lulus.

Tapi 2 minggu selepas polisi lulus, dia di-diagnosed dengan kanser. Masa tu dia kata dia boleh claim medical card company. So takpelah, sebab dia pun aware yang medical card dengan En Wan ni belum boleh guna sebab masih dalam tempoh waiting period. However company ada limit. Bila dah sampai limit, selebihnya dia kena pakai duit sendiri.

Dia contact En Wan bertanya kalau-kalau medical card tu boleh digunakan. Tapi memang tak boleh sebab baru sangat. So En Wan tanya ada dia apa-apa polisi lain tak. Dia kata ada satu polisi lagi tapi dia sendiri tak sure itu polisi apa. En Wan tolong check-kan, rupanya itu polisi hibah. Dalam hibah tu ada CI (critical illness). Boleh claim.

Tapi, agennya dah tak wujud. En Wan kata takpelah, dia uruskan. Alhamdulillah proses claim CI lulus, dapat RM100K. Bolehlah buat untuk treatment.

However, bila keluarkan CI, the system trigger polisi medical card yang baru ni. Maka terjadilah issue. Underwriter hold the medical card and start investigate kot-kot ada possibility dia apply buat medical card selepas dapat tahu ada kanser. 

Dari sudut underwriting, kanser takkan keluar simptom dalam masa 2 minggu. Dari size sel kanser boleh tahu dah berapa tahun ia wujud sebelum simptom keluar. Selalunya 2 tahun sebelum dah ada. Jadi, dorang perlu siasat. 

Banyak requirement underwriter mintak client fill up. Kena uruskan dengan hospital-hospital yang dia pernah buat treatment. Tu yang En Wan jumpa untuk serahkan requirement yang tebal tu. Tapi bila tengok keadaan client yang dah tak boleh bercakap dengan baik, suami pulak tak boleh nak tinggalkan isteri sebab isteri perlu bantuan, macamanalah nak panjat satu hospital ke satu hospital uruskan requirement.

En Wan cakap kat aku “Takpelah, abang ingat biar abang buatkan. Kesian pulak macamana dia nak tinggalkan wife dalam keadaan macam tu".

Kalau dari sudut underwriting, kes ni berat nak lulus. Silap-silap medical card kena decline. Tapi takpe, kita usaha dulu. Esok En Wan akan start panjat hospital-hospital terlibat untuk gather report. Kalau perlu appeal, aku akan masuk pulak. Tolonglah doakan urusan ni lancar.

En Wan sangat terkilan sebenarnya. Dia tunjuk kat aku whatsapp history. 

“Abang terkilan dia buat lambat sebab abang dah approach tahun 2024 lagi”

Aku cakap takpelah, buat je mana yang kita mampu. Mana tahu ada miracle.

Korang, company memang boleh cover. Tapi selagi kita bekerja saja. Once kita dah tak mampu berkhidmat, terpaksa berhenti kerja, masa tu bil kita takkan ditanggung lagi. Medical card memang TAKKAN menyembuhkan tapi dia bagi kita access untuk treatment yang terbaik, selesa dan cepat. Dalam keadaan tak berdaya, benda paling last kita nak pikir adalah KOS.

En Wan sedih bila husband kata isterinya mintak untuk stop treatment. Maybe dah tak larat. Maybe juga fikirkan kos. Please jangan tanya why tak pegi gomen, kenapa nak pergi private. Dalam keadaan sakit, kita nak segalanya berjalan dengan laju, selesa dan mudah. Sebab itu ada yang sanggup bergadai untuk bil hospital private.

Ini bukan nak menunggang kes, ya. Kalau korang nak buat medical card dengan agen lain, buatlah. My intention here is to bagi awareness sebab aku traumatized dengar sakit-sakit ni. Sedih hilang Aireen pun tak hilang lagi, dengar pulak blog reader kena kanser, aku jadi lemah. Nak melawat pun tak sampai hati. En Wan bercerita pun boleh sampai menagis, aku agaknya berjurai depan client tu nanti.

Please guys, usahakanlah prepare medical card.

Aku tak dapat tolong banyak buat masa ni sebab kes masih under investigation. Aku plan nak raise fund untuk dia. Dia TAK MEMINTA-MINTA, ini inisiatif aku sendiri. Sekiranya tak membebankan korang, sudilah kiranya sumbang seiklas hati ke:

1510 4300 6361
Yusleenda Yusof
Maybank

Letaklah apa-apa remark. DIA TAK MINTA. Aku yang nak buat. Aku dahulukan dengan ucapan terima kasih. Sama-sama doakan kemudahan urusan dan kesembuhan untuk dia.