Pages

2023-02-28

Berlebih kurang dalam pejabat.


Semalam aku post kat video di IGS and Tik Tok, aku bercakap pasal isu "berlebih kurang dalam pejabat".
Saja je nak tengok respond orang ramai.
Sebab apa yang aku cakap tu adalah unpopular opinion.
Biasalah kan, pandangan dari seorang majikan selalunya ramai pekerja tak sokong. 

Jangan risau.
Aku bukan nak mencari siapa betul atau siapa salah.
Ia adalah lebih kepada berkongsi perspektif seorang majikan.
Aku juga pernah jadi pekerja yang makan gaji, jadi aku faham sangat bila certain-certain rules yang syarikat buat, pekerja tak suka.
Yelah, masa tu kita bekerja, jadi kita mahu majikan bertimbang-rasa dengan kita.
Selalunya gitulah. Aku pun tak terkecuali dulu.

Aku realized tentang perkara ni masa di Prudential.
That was in year 2003.
Supervisor aku duduk belakang cubicle aku.
Dia tanya aku mana colleague aku pergi.
Aku cakap maybe dia ke surau.
Dalam pukul 2.45 pm aku dengar supervisor aku tanya colleage aku tu "You pegi mana?"

"Saya pergi solat"

"Pukul 1 hingga 2 you buat apa?"

"Itu waktu rehat saya. Saya pergi makan"

"No. Pukul 1 sampai 2 adalah waktu rehat you untuk makan dan solat. Habis pukul 2, terus masuk kerja semula"


Masa tu aku macam "Wow! Berkiranya bos ni".
Padahal supervisor aku melayu tau, lelaki.
Kalau manager kami masa tu memang cina.
Terpikir gak aku, kau takde tolak-ansur ke?
Bukannya member tu pergi melepak, dia pergi solat kot.

Itu dari sudut pandang seorang pekerja.
Kita selalu mahu timbang-rasa dari majikan.
Padahal, kalau majikan tu takde timbang-rasa, dia lansung tak bagi kita waktu rehat.
But sekarang ni, waktu rehat dah diberi.
Sepatutnya waktu 1 jam itulah kita guna untuk makan dan bersolat.
Tapi tu lah, bila culture solat selepas pukul 2 pm dah menjadi kebiasaan, tu pasal dah tak boleh buat apa dah.

Sebelum aku di Prudential, aku bekerja di agensi kerajaan.
That was year 2000, sebagai pekerja kontrak.
Ada 5-6 Research Assistant di bawah UKM yang dipinjamkan ke agensi tersebut, aku salah seorang darinya.
Bila kami-kami RA masuk ke sana, kami melihat culture yang mana selepas pukul 2 pm, akak-akak baru nak start solat.
Pukul 1-2 pm, mereka makan dan taking nap dalam bilik file.
Yang kami ni ikutlah culture tu.
Dah kalau senior buat, maknanya benda tu tak salahlah, kan?
Tu belum cerita pukul 4 pm pegawai turun minum.
Ada akak-akak yang turun gi beli kuih bagai.

Alih-alih, aku dan some RA lain kena panggil dengan pegawai sebab masalah attitude.
Pukul 2 pm masih takde di cubicle katanya.
Padahal kitorang ada dalam ofis tu, cuma ada dalam bilik file tengah solat.
Aku jawablah, "Kami solat" (ya, aku selalu menjawab bagi pihak semua jadi selalunya akulah yang kelihatan perangai teruk sekali).

Pegawai tu kata, kenapa tak solat waktu rehat?

Aku jawab, "Akak-akak tu pun ada sekali dalam tu solat".

Pegawai tu cakap "Awak kena faham. Dorang tu anak kandung. Awak anak angkat"

Sampai sekarang aku ingat lagi ayat tu.

Kau nampak tak, bila orang lama dah biasa buat benda tak betul, maka takde alasan kukuh untuk menafikan kebiasaan yang sama dilakukan oleh budak baru.
Maka, gunalah ayat "Dorang tu pekerja tetap, kau tu kontrak" untuk menjustify perbuatan mereka tak salah.
Macam alasan budak-budak tadika berebut mainan, kan?

Jadi, apa yang supervisor aku di Prudential tu buat sebenarnya adalah betul.
Aku sebagai pekerja waktu tu rasa teruknya kerja kat sini, takde timbang-rasa lansung, padahal apa yang kawan aku buat memang salah.
Supervisor tu buat perkara yang betul.
Sometimes kita ni tak faham apa sebenarnya maksud timbang-rasa.
Staff aku pernah minta izin bawa anak masuk ofis sebab pengasuh sakit. Aku izinkan.
Itu adalah timbang-rasa.
No, aku bukan cakap pasal aku ada sifat timbang-rasa, cuma nak bagi contoh apa itu timbang-rasa.

Majikan izinkan staff bawa anak ke opis sebab pengasuh sakit - ini adalah timbang-rasa.

Staff mesej majikan bagitau lewat masuk sebab jalan jem - ini adalah timbang- rasa.

Staff ambil half day pagi, patut masuk pukul 1 pm. Tapi dia mesej bagitau akan lambat sikit sampai around 1.30 sampai. Majikan izinkan - ini adalah timbang-rasa.

Pukul 11 pagi staff mintak keluar sekejap dalam 1 jam sebab anak demam, pengasuh suruh ambil. Majikan benarkan - ini adalah timbang-rasa.

Tetapi, kalau TIAP-TIAP hari solat selepas waktu rehat, bila kena tegur dek bos kita sentap dan cakap bos takde timbang-rasa -- rasanya kita yang tak faham konsep "timbang-rasa" ni.
Dalam bahasa mudahnya, kita yang SELFISH.
Asyik nak orang faham kita je, tapi kita tak mahu faham keadaan orang.

Masa aku di company Devil Wears Prada, masa tu bulan puasa.
Tapi kami tengah meeting.
Bos tengah amukan budak-budak sales tak buat kerja.
Waktu buka puasa dah nak dekat.
Aku takut nak minta izin sebab dia tengah berapi-api tu.
Tapi elok je masuk waktu azan, dia bagi aku 10 minits untuk berbuka.
Sekali dengar macam "Huh? 10 minit je?".
Sebab kita dah biasa berbuka santai-santai, lepas makan ini, makan itu, sambung sembang lagi - mana cukup 10 minit, betul tak?
Tapi 10 minit itu adalah bukti dia ada timbang-rasa.
Kalau dia takde timbang-rasa, dia peduli apa aku nak makan nak solat, janji habiskan meeting dulu.

Masa kerja di sana, aku sorang je muslim.
Disebabkan sebelum ni tiada pekerja melayu, tidak ada ruang solat disediakan.
Bila aku masuk, aku solat di store.
Store dia bukan store berabuk.
Store simpan kit-kits biotech, siap ada aircond.
Siap boleh nap kejap aku kat dalam tu.
Kalau tengahari aku ada di ofis, di storelah aku bersolat ketika waktu rehat 1-2 pm.
Dia allow aku bersolat di store adalah bukti dia ada timbang-rasa.
Takkan dia semata-mata aku sorang je islam dia nak sediakan bilik khas pulak, kan.
Maka, bila dia allow aku bersolat di store, itu adalah bukti dia ada timbang-rasa.
Dan sebagai menghargai, aku kenalah solat pada waktu rehat.
Bila dia tengok orang Islam ni rupanya solat tak menganggu waktu kerja, tak mustahil lepas tu ramai pekerja melayu dia bawa masuk.

Dalam sebuah company, kita bukan sahaja ada pekerja tetap, malah kita ada pekerja yang under probation dan interns.
Lainlah kita sorang je pekerja dalam company tu, takde masalah.
Tapi bila ramai, majikan takde pilihan terpaksa jadi strict dalam sesetengah perkara.
Kalau bos buat tak kisah bila seorang pekerja ambil masa yang lama untuk lunch, apa kata staff yang lain?
Kalau sorang asyiklah masuk ofis lambat, lama-lama jadi kebiasaan.
Kalau sorang dah start bersolat selepas waktu rehat, yang lain pasti ikut.
Benda kalau dah jadi kebiasaan, memang payahlah nak ubah.
Bila one day new manager take over, dan manager tu pula strict, mulalah pekerja membawang bos.
Padahal culture yang dulu tu salah.
Tapi ye lah, tak semua orang suka dengan perubahan macam ni.
Takde timbang-rasa katanya.
Maybe kita semua perlu diberi peluang untuk run own business, ada pekerja, masa tu mungkin baru kita nampak perspektif seorang majikan.

Bawah ni video semalam. My unpopular opinion.



2023-02-27

Gala Dinner Alumni Look East Policy (ALEPS) sempena 40 tahun anniversary.


Sabtu lepas, mengekor En Wan je Gala Dinner Alumni Look East Policy (ALEPS) sempena 40 tahun anniversary, di MBSA Convention Centre Shah Alam.
Company En Wan bekerja (Khalifah Group) adalah good sponsor untuk majlis ni.
Bos En Wan adalah ALEPS. His wife also ALEPS.
Ada beberapa lagi pekerjanya juga sama-sama belajar di Jepun, termasuklah pakwe I.
En Wan kata bos dia bayarkan seat aku supaya aku join sekali.
I je yang bukan ALEPS malam tu tapiiiii I jumpa 2 blog reader budak ALEPS tau.
Nasib baik I tak announce I datang malam tu, kalau tak budak-budak ALEPS ramai turun nak ambik otograf I.
En Wan pasti hanya memandang I dari tepi je. Gituuuu.

Tema malam tu sama ada lounge suit, batik atau baju kebangsaan.
En Wan pilih pakai batik, maka aku pun batiklah juga.
Takkan aku nak pakai lounge suit pulak. Over pulak kau, kan.
Dah la hari tu naik pentas kemain laju lagi dari yang menerima award. Kahkahkah.

Aku letak gambar ni kat FB ramai yang notice kain baju aku labuh.
Lupa nak lipat balik. Baru keluar surau masa ni.
Baju ni hujung tangannya bergetah, kain pulak labuh gila, jadi aku malas bawa telekung. Solat terus je.
Baju bila ready made ginilah, kain menyapu lantai.

Tumpang seronok tengok En Wan happy jumpa kawan-kawan lama.
Ada yang dah 28 tahun tak berjumpa.
Kali ni aku nampak wajah-wajah yang berbeza.
Selalunya yang datang open house kawan-kawan sama-sama belajar di Ariake and Nagaoka.
Tapi kali ni nampak muka-muka tak biasa nampak, especially yang kawan perempuan.
Seronok betul nampak En Wan malam tu.
Dibiorkan je aku duduk kat meja sorang-sorang.
Tapi takpe, aku dapat menikmati makanan dengan aman.
Kasi chan la member nak berhuha-huha.

Majlis malam tu patutnya PM yang datang.
Tak pastilah kenapa di saat akhir orang lain pulak yang datang.
Aku tak ingat apa nama menteri tu.
Dengar cerita, event kali ni cepat terjual meja sebab PM baru yang datang.
Alih-alih tak datang pulak beliau.

Cuma satu je la yang aku kureng berkenan sikit malam tu - agak BISING.
Masa VIP tengah berucap pun dewan masih agak bising.
Masing-masing bersembang sesama sendiri, termasuklah laki aku sampai aku menjeling kat dia baru dia reti diam. Hahahahha.
Takdelah, bukan nak control tapi kan orang tengah berucap tu. Dengarlah dulu.
Aku pulak yang beria dengar padahal aku takde kena-mengena pun.
Memang aku ni sejenis over agaknya, kan.
Buat majlis orang macam majlis sendiri.
Dah lah hari tu naik pentas laju.
Aku memang takleh move on tengok diri sendiri naik pentas lagi laju dari En Wan 😆.



Masa En Wan sembang kat luar dewan dengan kawan-kawan, sensei dia lalu kat tepi.
En Wan tegur. Sensei nampak muka dia terus, "Ridzuan!"
En Wan kata tak sangka sensei ingat nama dia lagi.
Aku lagi konfius, memang tak berubah ke muka laki aku ni?

"Bang, sensei tu ingat nama abang? Rare ni"

Dengan eksyennya beliau jawab "Biasalah, budak paling jambu. Jarang cikgu nak lupa"

🙄🙄🙄🙄🙄🙄🙄🙄🙄🙄



Ni video tahun 1995, masa dorang di UTM Semarak, persediaan ke Jepun.
Comel nau muka beliau. Dah macam Rayyan pulak aku nampak.
Mungkin sensei ni masih ingat muka beliau sebab comel mukanya. 
Macam muka budak takut kena buli 🤣.
Tapi betul kan, muka dia macam muka budak baik nau lah. Padahallll.

Aku tanya apesal muka macam takut-takut?

"Abang segan, sebab ramai kawan-kawan dari sekolah asrama. Abang je dari sekolah kampung".

Aku masa daftar kat U, ramai kawan-kawan dari sekolah asrama.
Tapi aku konfiden, walaupun sekolah biasa.
Last-last aku berjaya jadi Presiden Kelab Tetek Pink. Gitu ya achievement aku.

One thing yang best masa Majlis ALPES hari tu, aku tersentuh tengok meja depan kitorang.
Meja depan tu groupnya lebih berusia.
Entah batch LEP keberapa agaknya. Dah sembang pasal cucu dah.
Aku pernah cakap dulu, one day kita akan jadi tua, pada ketika itu zaman berubah.
Mungkin anak-anak muda pada waktu itu anggap kita ni orang tua yang tidak moden, tanpa dorang tahu orang tua itu juga pernah muda.
Pernah berkerjaya, pernah berjawatan, pernah bergaji besar.



Tengok pakcik-pakcik ni.
Kalau jumpa kat luar ni, entah-entah ada yang mandang tak mandang je.
Padahal zaman mudanya ni dah belajar luar negara, dan pulang menjadi engineer.
Entah-entah dorang jauh lebih sukses dari kita.
Tahun 80an dah ditaja belajar ke luar negara, memang bukan calang-calang, ya.
Jangan pandang lekeh dengan orang tua-tua.
Fizikal je tua, ilmu dan pengalamannya tak tua.


2023-02-25

Jangan tertipu dengan produk yang kata boleh bakar lemak bahagian peha atau perut saja. Membongak sangat.


Aku noticed kebanyakkan yang interested nak try GC Plus bukannya gemuk pun, but they are very concern dengan berat badan.
Good. Memang bagus bila kita concern dengan berat badan tapi jangan keliru between GEMUK dan BERISI.
Selagi berat badan masih dalam range ideal weight, itu dah ok. Ok sangat dah.
Tak payahlah nak ambil GC Plus.
Nak kurus-kurus kedengking sangat buat apa?
Lagipun, kalau badan dah ideal weight, makan GC Plus takkan mengubah berat tu dengan ketara sebab GC Plus manage weight loss dengan cara berbeza.

Cara GC Plus bekerja, ia increase muscle mass.
Bila otot bertambah, lemak dibakar lebih laju.
Jadi, kalau body fat kita dalam range normal, dah takde apa sangat yang nak dikurangkan lagi.
Sebab itulah those yang sudah ideal weight tapi nak ambil GC Plus, aku tak bagi.
Melainkan nak maintain weight.
Sebab GC Plus ni boleh kurangkan rasa lapar.
Maybe some of them nak teruskan dengan GC Plus sebab nak kawal makan dengan cara kurangkan rasa lapar.
Kalau untuk tujuan ini, takpe.
Tapi kelompok ini kena fahamlah, kalau berat korang tak turun sangat jangan pula nanti tanya "Apesal tak turun-turun?".
Padahal berat memang dah ideal.

Suatu masa dulu aku dulu pernah obses dengan kurus.
Zaman matrik aku 54 kg. Masih ideal, tapi berisilah.
Time tu masih anak dara. Anak-anak dara lain semua besar-besar tiang lampu je, aku sorang berisi.
Dah tentulah nampak aku gemuk, padahal belum jatuh kategori gemuk lagi time ni.
Masa tu aku tak sedar pun aku paling gemuk antara lain.
Bila ambil gambar ramai-ramai barulah nampak mak aiiii gebunya kau.
Tamat je semester pertama, balik cuti, aku bedal biskut Hup Seng dengan teh O je. EVERYDAY!
Nasi tak makan. Sumber nutrien memang buta-buta dari air teh dan biskut.
Terus kurus keding jadinya. Dari 54kg ke 41kg dalam tempoh bercuti.

Naik semester baru, ramai budak-budak pompuan sok sek sok sek "Tak sangka Diana kurus".
Tak sangka katanya!
Betapa gemuknya aku antara yang lain sampai orang tak sangka seorang Diana mampu kurus.
Walaupun berat aku dah 41kg, aku tak cukup puas.
Aku usaha nak kuruskan lagi.
Punca terbesar aku masih nak kurus adalah kerana bentuk badan aku.
Tapi masa tu aku belum realized yang body shape aku adalah INVERTED TRIANGLE.

Sesiapa yang ada bentuk badan INVERTED TRIANGLE:

1. measurement pinggul dengan dadanya tak jauh beza
2. sedikit atau takde lansung pinggang (straight)

Memang dari zaman menengah lagi aku dah perasan badan aku ni straight. Takde pinggang.
Bukanlah straight sangat, tapi memang sikittttt sangat lekukan pinggang.
Walaupun dah 41kg, masih nampak tak slim sebab lekuk pinggang tu tak obvious.
Tu pasal aku masih nak kuruskan lagi.
Masa tu tak tahu lagi pasal inverted triangle body shape ni.
Tapi kawan-kawan aku always cakap aku takde bontot.
Masa tu aku macam apabenda lah yang takde bontot ni?
Rupanya bontot aku kecil, macam takde beza dengan pinggang.

41 kg tu dah underweight.
Tapi dek kerana pinggang takde, aku sedapkan hati dengan membuat piawaian sendiri.
Benchmark aku waktu tu ada 2:

1. Tulang depan bahu
Kalau tulang ni dua-dua timbul, maknanya kurus. Kalau tulang ni tenggelam, maknanya aku kena start diet. Everyday, aku pastikan tulang bahu ni makin lama makin timbul. Petanda kurus. Gitu.

2. Pepek lebih tinggi dari perut
Hari-hari baring depan cermin. Katil aku mengadap cermin supaya aku boleh baring sambil tengok cermin. Kalau perut aku lagi tinggi dari pepek, itu tanda aku gemuk. Macamana pun, pepek mesti lagi tinggi. Barulah slim u olss. Gitu.

Kalau tengok gambar atas ni maybe korang boleh faham.
Measurement atas lebih besar dari bawah. Bontot and pinggang tak jauh beza.
Sebab tu aku tak suka ambil gambar dalam keadaan duduk, nampak aku besar sangat.
Kena berdiri baru nampak bentuk badan sebenar.
Measurement aku 36-28-32. 4 inci je beza dengan pinggang.
4 inci tu bersamaan 10 cm, bermakna 5 cm je lebih dari setiap sisi.

Kekurangan bentuk badan INVERTED TRIANGLE ni adalah kau pakai baju ketat tak nampak cantik.
Nampak badan kau sado sebab takde pinggang.
Tapi, kelebihannya adalah kalau berat badan bertambah, pertambahannya sekata.
Kalau nampak besar pun hanya di bahagian lengan.
Pinggul and bontot masih maintain kecil.
Aku pakai jeans 28, dari tahun 2012 sampai sekarang.
Padahal dari 2012 sampai sekarang berat aku pernah 50 kg, pernah 58 kg.
Seluar maintain. Yang berubah hanyalah size coli 😆.

Aku tak berapa suka guna penimbang berat badan dari dulu.
Maybe sebab fedap laman sangat kat 41 kg tak turun-turun.
Aku pun tak suggest korang guna penimbang berat sebab itu bukan indicator berat sebenar.
Memang la best tengok angka menurun tapi belum tentu body fat menurun.
Kalau banyak berak pun angak menurun juga.
Tapi yang hilang hanya air dan najis, bukan lemak.
That's why hingga sekarang aku guna perut.
Baring and tengok kat cermin, apa yang lagi tinggi - perut ke pepek.

Perut adalah indicator terbaik untuk ukur lemak.
Sebab lemak lebih senang berkumpul kat perut berbanding tempat lain.
Kau banyak makan, lemak tumbuh kat perut dulu.
Kau stress, lemak kumpul kat perut.
Kau tak cukup tidur pun akan trigger lemak kat perut.
That's why aku bagi free measuring tape kalau beli GC Plus, supaya korang rajin ukur pinggang.

Aku masih simpan jeans tahun 2009 yang aku beli di Hong Kong.
Masa tu berat aku 45kg, size jeans tu 25.
Itu size paling kecil aku ada dalam simpanan. Sampai sekarang aku simpan.
Now pinggang aku size 28, berat 53 kg.
Tak muat dah jeans 25 tu tapi aku simpan jugak buat kenangan sebagai bukti aku pernah pakai jeans size 25. Hahaha.
Nak suruh aku muat balik dalam seluar tu memang tak lah sebab 45 kg tu underweight.
Berat badan aku now ideal [walaupun lagi 2kg nak cecah borderline].

Aku faham keinginan untuk jadi skinny sebab aku pernah obses dengan kurus.
It has to do with power and influence. And sexual attractiveness.
Walaupun ramai yang kata "Tak kisahlah kalau tak cantik, asalkan hati baik", hakikatnya semua orang suka kurus.
It indicates better health.
Manusia sentiasa bersaing antara satu sama lain untuk dapat pasangan yang terbaik.
Yang perempuan bersaing dengan perempuan lain by enhancing their appearance, making themselves more attractive - ini termasuklah berlawan siapa lebih slim.
This is normal. Masing-masing nak jadi cantik supaya dapat pasangan yang cantik juga.

Lagi satu tekanan sosial.
Ramai yang dah mula sedar keburukan overweight/obese dan kaitannya dengan pelbagai jenis penyakit.
That's why ramai yang takut bila badan naik, walaupun cuma naik 2 kg.
Nak kurus tak salah, tapi jangan sampai underweight.
Ideal weight is just nice.
Asalkan jangan overweight.

Badan kita ni kalau gemuk [excess fat], banyak benda payah nak buat.
Nak berdiri lama mengah, tekanan dari berat badan buatkan kaki jadi sakit.
Berjalan banyak pun semput.
Perut kena jaga, jangan sampai menggelebeh because bila perut menggelebeh, bahagian lipatan bawah perut cepat berpeluh menyebabkan senang bacteria membiak.
Itu yang selalu gatal-gatal, dan lama-lama bahagian lipatan jadi hitam.
Same goes tu bahagian paha.
Bila paha sama paha berlaga [excess weight], senang nak berpeluh and bacteria berkumpul.
That's why mudah melecet and kulit jadi lebam.

Kalau badan setakat berisi, tak payahlah guna GC Plus.
Korang boleh puasa 14 hari straight je, insyallah turun 1-2 kg.
Bukan apa, kalau ambil GC Plus pun, korang masih kena diet kaw-kaw untuk buang 1-2 kg kerana berat yang dah ideal memang liat sikit nak turun melainkan extreme diet.
That's why aku tak suggest ambil GC Plus kalau berat dah ideal.
Look. Misi lose weight bukan untuk jadi kurus kering, tetapi to hit ideal weight.
Ideal weight bermaksud = sedap-sedap badan.
Tak kurus, tak gemuk. Just nice.

TAK ADA PRODUK WEIGHT LOSS DI DUNIA YANG BOLEH BURN LEMAK DI CERTAINS AREAS OF YOU BODY.
Jangan tertipu dengan produk yang kata boleh bakar lemak bahagian peha atau perut saja. Membongak sangat.
Sebab apa aku kata membongak?
Sebab, lemak dalam badan adalah dalam bentuk trigliserida.
Trigliserida ni salah satu komponen kolesterol.
Sebelum lemak dibakar untuk sumber tenaga, trigliserida mesti dipecahkan menjadi bahagian yang lebih kecil yang dipanggil asid lemak dan gliserol.
Asid lemak and gliserol ni boleh datang dari mana-mana bahagian badan.
Tak semestinya bahagian perut atau bahagian paha.
Jadi, kalau ada produk kata dia boleh burn fat di bahagian perut, jangan percaya.
Because badan tak pilih-pilih lemak untuk dibakar sebagai sumber tenaga.
Asalkan namanya trigliserida, kat bahagian badan mana pun, badan akan pecahkan dia sebagai tenaga.
That's why orang yang susah turun berat, mohon check cholesterol sama.
Boleh jadi cholesterol tinggi [sebab trigliserida tinggi].

Sebab itu GreenAard ada Combo Deal Nutrijuice & GC Plus.
Ini kita panggil weight lose booster - untuk reduce weight and cholesterol sekaligus.
Tapi kau pun agak-agaklah, takkan baru makan 2 botol Nutrijuice terus cholesterol jadi normal.
Kalau cholesterol kau 7.0, takde maknanya sekelip mata turun jadi 5.0.
Dia akan turun slowly. Yang pasti, turun.

Hari ni postage 2.50 untuk semua produk GreenAard dan Fleur by Mrs Him.
Esok postage RM2.60.
Kita offer caj pos ikut tarikh pembelian.
Kalau kau beli lusa, RM2.70.
Promosi ni tamat 28 Feb, maknanya postage paling tinggi adalah RM2.80.
Tapi sekitar Semenanjung tau. Whatsapp 013-7557424.


2023-02-24

Mendahulukan diri sendiri bukan bermakna mementingkan diri sendiri.



Pagi tadi aku dapat video ni dari group whatsapp.
Mulalah lepas sorang, sorang share moment-moment di hari raya.
Aku tak terkecuali membawang pagi-pagi.
Rasanya orang perempuan paling faham keadaan ni. Especially time raya.
Selalunya pagi raya, mak-maklah yang paling sibuk sekali.
Padahal kita bangun paling awal dari yang lain, tapi kita yang paling lambat bersiap.
Kadang-kadang tu orang lelaki dah nak ke masjid, kita mandi pun belum.
Apa taknya, celik bijik mata dah bersilat kat dapur.
Lepas tu nak menguruskan suami and anak-anak.
Yang si laki pulak dah 40 tahun sambut raya, kain samping masih lagi bini kena tolong pakaikan.
Nak cun-cun kepala songket tu betul-betul tengah bontot katanya.
Ewahhh, tang dia je nak smart. Yang aku ni mandi pun belum.
Tapi takpelah, janji laki kita smart di pagi raya.

Tapi kejadian tu semua berlaku kalau beraya rumah mak-mak kitalah.
Kalau beraya rumah aku, memang melenggang kangkung pagi raya.
Tak tahulah kenapa, kalau beraya kat rumah sendiri, macam tenang-tenang je situasinya.
Maybe sebab aku order je makanan, tak pernah masak. Hahahah.
Eh aku pernah masak juga untuk raya, tapi kuantiti sikit untuk makan anak-beranak, jadi tak berapa kecoh sangat.
Kalau kat rumah Mak Aji, jangan harap aku nak bersantai pagi raya.
Walaupun dia tak ketuk pintu bilik kejutkan aku dari tido, bunyi periuk kuali berlentang-lentung kat dapur buatkan mata aku terus terbuntang.
Selagi kau tak keluar bilik, selagi tu macam-macam bunyi dengar kat dapur. Neves I.

Dari zaman aku belum kawen lagi, culture ni dah biasa.
Dari zaman beraya kat rumah nenek, inilah culturenya.
Orang perempuan bangun, menyiapkan segala hidangan.
Biar orang lelaki mandi dulu.
Dah siap makanan nanti, biar orang lelaki makan dulu.
Tak tahulah kenapa culture macam ni jadi kebiasaan.
Bukan mengeluh, tapi terfikir gak kadang-kadang kenapa kita perempuan always kena dahulukan orang lain.
Perasan tak time raya, kalau artis ke, public figure post gambar raya bersiap cantik, mesti ada netizen yang cakap:

"Dia bolehlah, ada bibik 4 orang tolong siapkan makanan"

"Untunglah dapat mekap 2 jam, anak-anak ada orang lain uruskan. Kita ni pakai tudung tak senget pun mujur"

"Baju raya dah macam baju nak pi gala night. Maklumlah, tak payah ke dapur"


Gitu kata netizen.
Kau tak percaya kau tengok raya tahun ni mesti ada komen-komen gini.

Yang sebenarnya dorang bukan bitter dengan life public figure tu.
Hakikatnya dorang sedang meluahkan frustration yang dorang rasai.
Mau tak frust? Pagi raya sepatutnya rilek-rilek, santai, cantik-cantik bersiap, snap gambar banyak-banyak untuk memori -- tapi pagi-pagi dah berlengas menguruskan segalanya.
By the time semua dah ready nak bergambar, kau dah bau bacin.

Ada juga yang sampai takde gambar raya sekeluarga dek kerana sibuk sangat seharian kat dapur.
Ramai sangat orang katanya.
Bila ramai, masak pun kena awallah.
Pukul 11 pagi dah masuk dapur balik nak siapkan makan tengahari pulak.
Tu cerita makanan untuk orang dalam rumah.
Belum lagi cerita masak untuk tetamu yang tiba-tiba muncul tengahari.
Anak-beranak makan ketupat pagi tu je dah 60 biji habis.
Datang tetamu, terpaksa readykan lauk lain buat tambah-tambah.
Abis camana nak pakai baju ala-ala gala night?

Aku yakin, culture ni dah jadi kebiasaan kita semua, dan kita pun tak kisah sebab bukan kita sorang yang laluinya.
Kebanyakan orang pun lalu benda yang sama, tapi tipulah kalau tak pernah terdetik dalam kepala kenapa orang lain elok je santai-santai beraya tapi aku raya pertama kena kerahan tenaga?
Flat sungguh tido malam tu.
Tu pasal ramai yang bitter bila tengok gambar raya orang lain.
Orang tu cantik gambar rayanya.
Orang tu cantik baju rayanya.
Orang tu cantik mekapnya.
Orang tu rumahnya berkemas je.
Betul tak?

Bak kata JLo, culture kita dah setting by default begitu.
Tak mudah untuk keluar dari kebiasaan ni.
Nak keluar dari kebiasaan kena ada kerja sama orang tua.
Pelan-pelan buat perubahan, jadikan kebiasaan.

Macam keluarga aku, sejak aku and Ima kawen, Mak Aji dah tak masak rendang kat rumah.
Semuanya order. Kuih lagilah out terus, order saja.
Ketupat tak pernah buat, melainkan beli siap.
Air pun beli siap-siap air kotak atau soft drinks.
Tugas aku hanya buat sambal goreng malam raya dan sambal sotong di pagi raya.
Lodeh selalunya Ima dan CT siapkan.
Kuranglah sikit kekecohannya berbanding dulu.
Dulu semua benda nak buat.
Rendang nak masak 3 macam. Letih!

Orang kata sepatutnya bila mak bapak dah tua, anak-anak lah yang menyambung legasi memasak pagi raya.
Ya, sebaiknya gitulah.
Tapi aku pilih untuk order.
Sebelum raya dah hantar duit kat Mak Aji, silakanlah order apa yang patut.
Sesungguhnya aku nak pelan-pelan ubah culture pecah peluh demi menyambut raya ni.
Selagi boleh order, aku order.
Bila kita tak penat, maka kita lebih tenang.
Bila tenang, banyak perkara berjalan dengan lebih baik.

Dalam apa juga keadaan sepatutnya gitulah.
Kena consider untuk dahulukan diri sendiri.
Mendahulukan diri sendiri bukan bermakna mementingkan diri sendiri.
Bila kita seronok dengan diri sendiri, pasti kita dapat menjaga dan menguruskan orang-orang di bawah jagaan kita dengan lebih sempurna.
Seriously, itulah yang betul sebenarnya.
Cuba kau tengok orang yang 24 jam bitter dengan life orang lain.
Ada yang tak settle dengan hidup dia sebenarnya tu, tu pasal semua benda kat orang dia tak puas hati.
Ada je benda yang dia nak komplen dan kondem, betul tak? 
Sampaikan kita rasa pelik kau ni dah kenapa ayik tak puas hati dengan orang je kerjanya.
Tapi tu lah, mungkin kat rumah, dia sorang menguruskan segalanya.
Cari duit pun dia, uruskan anak-anak pun dia, uruskan rumah pun dia, bayar bil pun dia.
Duit gaji tak dapat enjoy sebab banyak contribute pada orang lain.
Nak mengamuk tak berani, maka sakit hati je lah dengan hidup orang lain demi nak lepaskan kecewa.

Walaupun ada ketikanya bila mendahulukan orang lain, kita merasa bahagia, tetapi jangan overlimit.
Because people will treat you how you treat yourself.
Kalau kau letakkan diri kau last, they will do the same thing.
Sikit-sikit dorang nak kau dulukan dia. Sikit-sikit dia.
Be kind but not a pushover, ok?


2023-02-23

Anak kita nak bersilat berkuntau, biar dalam rumah sendiri.


Post aku semalam memang salah langkah betullah.
Hujung post aku tulis pasal "anak memekak kat kedai" dah satu hal aku kena buat post pasal ni.
Ramai yang minta aku ulas. Kahkahkah.
Korang ni sebenarnya bukan nak baca sangat pasal ulasan tapi lebih kepada nak baca aku merempan, kan?
Sebab masing-masing tahu aku paling "memperjuangkan" isu anak-anak menggelinjang kat tempat orang ni. Betul tak?

Siapa yang follow blog post aku tahulah, isu ni aku "perjuangkan" setiap tahun, especially time raya.
Cuma 2 tahun yang lepas senyap sikit sebab tak buat open house.
Bukan serik, tapi masih tak konfiden dengan Covid.
Karang wujud pulak kluster open house rumah Diana.

Tentang anak si anu yang mengganggu ketenteraman orang awam nak makan tu, itu adalah perkara common sense yang patutnya semua orang boleh pikir.
Ada ke patut anak kita yang tak reti duduk diam dan bising, orang lain yang kena balik? Akai mana akai?

Aku menyampah bila orang tua yang dah sempurna akal masih lagi menggunakan alasan "Alah, biasalah budak-budak".
Budak mana?? Budak mana??
Anak kau je yang macam tu. Anak aku tak pun.
Tak payahlah nak pukul rata semua budak suka buat bising.
Yang benarnya, budak tak salah. Yang salah adalah mak bapak budak.
Pesen gitu lah. Yang bangsa "Budak-budak biasalah..".
Budak, kalau tak ditegur dorang takkan tahu apa yang dia buat adalah salah.
Kita yang dah dewasa ni yang patutnya boleh pikir sama ada anak kita buat benda betul ke tak.
Dah kalau orang keliling gelisah dan start buat muka annoying dengan kelaku anak kita, sebagai mak bapak tak rasa segan ke?

Selalunya mak bapak yang kata "Budak-budak biasalah..." adalah mak bapak yang sama claim "Anak-anak yang aktif adalah anak yang sihat".

PANGGGGG! *bagi pelempang*

Kau diam. Dengar sini aku cakap.

Aktif dan Buas adalah dua benda berbeza, ya.
Aktif tak semestinya berlari sana sini, masuk bawah meja, menjerit-jerit atas kerusi, ketuk-ketuk meja.
Ini bukan aktif, ini namanya BUAS.
Aktif tu tak semestinya bergerak banyak.

Budak yang duduk setempat main lego pun namanya aktif. Otaknya aktif membaca manual.
Tangannya pula aktif bergerak-gerak menyambung Lego.

Budak yang duduk dendiam mewarna, melukis -- ini pun namanya aktif.
Tangan bergerak-gerak mewarna, otak aktif mencari dan menyesuaikan warna.

Budak yang duduk kat meja makan diam-diam main online game pun namanya aktif.

Aktif tak semestinya berlari ke sana sini, terjerit-jerit, meloncat-loncat macam kena sampuk.
Yang aku pelik tu mak bapaknya helokkk bersembang macamkan yang tengah memekak ni bukan anak dia.
Dari pengalaman yang lepas-lepas, aku nampak satu pattern, iaitu hampir kesemua anak yang menggelinjang dalam rumah aku, yang keluar masuk bilik, yang siap gegar-gegarkan display kabinet -- mak bapaknya kuat bersembang.
Jenis bersembang tak ingat dunia.
Lantaklah anak tu nak keluar masuk rumah orang sampai ke dapur pun, bagi dia anak tu ada dalam rumah. Selamat.
Dia pikir selamat anak dia je.
Dia tak pikir barang-barang dalam rumah orang tu selamat ke tak.

Bila aku cakap macam ni karang adalah yang kata "Barang-barang tu tak bawa ke mati".
Ya, barang-barang memang tak bawa ke mati.
Tapi, menyakitkan hati tuan rumah, dosanya bawa ke mati tau.

Jenis mak bapak macam ni, dia pikir senang dia je.
Susah orang lain dia tak pikir.
Patutnya bila datang rumah orang, ajar anak jangan sentuh-sentuh barang orang, jangan bukak tutup almari orang, jangan naik ke atas masuk bilik orang, jangan masuk ke dapur orang.
Ini tak, dia pulak yang bukakkan fridge kita "Nak tengok apa. Hah tengok ni. Nak apa. Adik nak apa?"
Ewahhh, dia buat fridge kita macam fridge 7-11 pulak sesuka hati dia nak bukak tutup.

Yang dah nampak anak dia dok hentak-hentak keyboard Rayyan, bukannya dia marah anak dia.
Dia berdiri kat tepi keyboard tu je.
Jaga katanya. Kau tahu jaga apa?
Jaga supaya anak dia tak jatuh dari kerusi keyboard tu.
Dia pikir selamat anak dia je.
Padahal dia dah nampak ni anak dia menghentak-hentak keyboard anak aku.
Dia boleh berdiri je kat tepi macam topekong Siam tak buat apa.
Nak je aku sepak kaki kerusi tu biar anak dia tersembam.

Jenis ni kalau barang kau rosak dibuat dek anak dia, dialah yang terpaling laju menviralkan cerita konon tuan rumah marah anak dia, tuan rumah takde hati perut minta ganti rugi, tuan rumah zalim, bla bla bla.
Tak payahlah nak minta ganti rugi kat orang macam ni, memang takkan dapat punya.
Tapi kalau share hadis tuan rumah kena buat baik dengan tetamu, dialah paling laju share.
Bab dia salah dia simpan.

Kita ni kalau pergi rumah orang, sangguplah tak duduk lama.
Kejap-kejap menjeling cari anak.
Kalau nak sembang lama, mintak laki bawa anak main luar. Makan pun tak serentak.
Eh yang dia datang rumah kita, kemain sweet time lagi makan lepas satu, satu makanan dia ambil.
Aman betullah hidup dia.
Yang anak dia ni nak turun naik tangga masuk bilik aku.
Lepas tu tanya aku "Nampak anak I tak?"
Eh, anak kau kan. Kaulah patut cari.
Dah la aku jemput kau datang makan, anak kau pun aku kena tengokkan? Ewahhh.

Aku percaya, jenis yang tak kisah anak menggelinjang dalam rumah orang, inilah juga orangnya yang tak kisah anak memekak dalam restoran.
Selfish mak bapak jenis ni.
Dia hanya pikir orang kena faham dan consider dia sekeluarga.
Anak dia buas, orang kena faham. Biasalah, budak-budak.
Anak dia makan bersepah dalam rumah orang, orang kena faham. Biasalah, budak-budak.
Anak dia kesat tangan kat sofa, orang kena faham. Biasalah, budak-budak.
Tak, budak mana ni?? Cakap, budak mana?
Dia ingat anak aku keluar-keluar terus umur 17 tahun ke?
Anak aku pun pernah jadi budak. Tapi tak pun ghope perangai anak dia.

Anak kita nak bersilat berkuntau, biar dalam rumah sendiri.
Rumah kau nak terbalik tongkang pecah, silakan.
Tapi bila berada di luar, tak kira di rumah orang atau pun restoran, tolong ajar adab masuk tempat orang.
Jangan sombong bila barang pecah "Aku boleh gantilah!".
Ini bukan soal ganti, bingai.
Kau tak tau apa kenangan yang datang dengan barang yang pecah tu.
Entahkan pasu peninggalan arwah mak dia ke, entahkan hadiah dari kawan baik ke.
Ada kau pikir pasal ni? Tak, kan? Sebab kau selfish.
Tak peliklah kalau anak-anak dia esok membesar dengan mindset macam tu, sebab mak bapaknya pun takde otak.


2023-02-22

Kepada parents yang anak-anaknya baru nak masuk tadika atau Darjah 1 bulan depan, ini aku nak bagi sedikit nasihat.


Selamat bercuti anak-anak sekalian.
Rayyan pun dah start bercuti secara rasminya.
Yang tak rasmi, dah start cuti dari 7 Disember tahun lepas.
MC masih bersambung-sambung sampai ke hari ni.
Orang lain patah boleh pergi sekolah, tapi Rayyan special kes.
Disebabkan tulang di kawasan patah tu beronggan (kosong), jadi penyembuhan lebih lambat dan perlu benar-benar dalam keadaan yang selamat.

Nampak tak x-ray tulang tu?
Tulang femur yang normal, bahagian kepala tu solid warna putih.
Tapi Rayyan, tulangnya ada bulat-bulat hitam. Hitam tu tanda kosong (berongga).
Tapi semalam Dr sangat puas hati progress tulang berongga tu dah ada isi. Dah tak hitam macam dulu.
Petanda sel-sel tulang yang sihat dah mula tumbuh kat dalam.
Masa awal-awal patah dulu memang hitam betul bahagian tu. Kosong betul.
Now boleh nampak serat-serat putih, kan?

Syukurlah. Walaupun progressnya lambat berbanding kes patah kaki yang lain, kita kena tengok dari mana dia bermula.
Patah Rayyan bukan patah biasa.
Doctor risau bahagian patah tu tak bersambung dek kerana tulang yang berongga.
Kalau rongga tu tak terisi, makin susah kaki dia nak heal.
Tapi now bahagian rongga dah nampak ada tulang baru maka bahagian patah dah mula bersambung.
Alhamdulillah syukur sangat.

Untuk itu, kitorang pasrah bila dia perlu hadkan pergerakan, tak dapat ke sekolah.
Selagi boleh duduk je kat rumah, kau duduk je.
Ini pun dah dapat MC untuk bukak sekolah esok, sebab next appointment 21 Mac.
Jadi, doktor dah bagi MC siap-siap untuk serah kat sekolah bukak semester nanti.
  
Hari tu datang sekolah pun untuk ambil exam saja. 
Kelas tak masuk. Belajar kat rumah je.
Hari Apresiasi, nak dijadikan cerita dia exam PKSK.
Maka, murid-murid lain dapat tengok slide muka Rayyan saja bila nama dia diumumkan.
Orangnya datang lepas habis exam PKSK.
Datang untuk bergambar pegang piala saja. Jadiklah.

Orang lain Hari Kecemerlangan bergambar atas pentas, kau bergambar atas sofa kat rumah sambil pegang hamper, bukti telahpun menerima hadiah 😆.
Kesian juga di penghujung sekolah rendah, gambar-gambar dia semua ada wheel chair.
Dia tak kisah, cuma kesianlah kenangan dia terima anugerah-anugerah ni semuanya di-documented-kan dalam keadaan dia patah kaki.
Takpelah dik, janji ada kenangan.

Tamat sudah Rayyan 6 tahun di sekolah rendah.
Kejap je dah nak masuk sekolah menengah.
Esok pejam celik tau-tau nak ambik SPM pulak.
Kepada parents yang anak-anaknya baru nak masuk tadika atau Darjah 1 bulan depan, ini aku nak bagi sedikit nasihat.
Kalau boleh pakai, pakai. Kalau tak boleh pakai, letak tepi.

Anak masuk sekolah ni kekecohannya sama macam anak baru lahir.
Semua benda mak bapak nak buat.
Nak bagi anak bawak bekal. 
Nak bagi anak bawak duit belanja.
Nak bagi home tusyen.
Nak pandai itu. Nak pandai ini.
Nak masuk kelas muzik. Nak masuk kelas melukis.
Nak masuk kelas agama.
Dan dalam ramai-ramai tu akan ada satu dua yang bitter dengan kau.

Kau masukkan anak kat tadika omputih, dia kata kau tak pentingkan agama.
Dialah yang terpaling mithali sebab masukkan anak kat tadika islamik.

Kau masukkan anak kau ke kelas muzik, dia bagi tazkirah "Ibu bapa bertanggungjawab mencorakkan anak dari awal".
Konon kau mendedahkan anak kepada kemaksiatan.

Kau tak hantar anak ke KAFA, dia kata kau tak pentingkan subjek agama.
Terlalu pentingkan subjek untuk lulus exam di sekolah semata katanya.

Kau masukkan anak ke kelas coding, dia kata anak jadi mangsa gadjet.

Please ya, mak bapak.
Kalau kau berhadapan dengan situasi ini -- JALAN TERUS.
Kau kena yakin dengan apa plan kau.
Plan dorang lain. Plan kau lain.
Satu perkara kena ingat, TAK ADA mak bapak yang tak mahu anaknya jadi terbaik.
Dan menjadi terbaik itu tidak semestinya pada satu area saja.
Dia yakin plannya terbaik, biarkan. 
Kau follow plan kau dan yakin plan kau adalah yang terbaik untuk anak kau.

Dari sejak Redza masuk sekolah tadika banyak cakap-cakap orang yang aku dengar yang tuduh cara aku tak betul.
Aku masukkan Redza ke sekolah yang agama bukan core subjects pun dikatanya "Kesian Redza dapat mak jahil".
Padahal ada je subjek agama kat sekolah tu, cuma ia adalah subjek pilihan.
Kena tambah duit yuran kalau nakkan subjek tu.
Aku ambil subjek tambahan tu for Redza, tapi orang tak tahu.

Redza khatam Quran Darjah 5.

"Eh? Baru khatam?"

Anak dia khatam lagi awal katanya.
Entah apa yang dia nak buktikan pun aku tak tahu.
Tapi bila aku share video Redza mengimamkan solat terawikh di rumah baca surah As-Sajdah, dia bitter pulak.
Eh bukan kau ke yang suka budak-budak pandai mengaji, boleh hafal surah ni semua?
Oh ye lah...sebab bukan anak dia.

Some people memang menjadikan anaknya satu pertandingan.
Anak siapa pandai kenal huruf.
Anak siapa pandai membaca dulu.
Anak siapa pandai baca Al-Fatihah dulu.
Anak siapa hafal 10 jenis doa. Anak siapa khatam awal.
Kalau kau nanti berdepan dengan situasi ini, again -- JALAN TERUS.
Takde apa yang nak dilumbakan pun.
Misi kita, anak boleh membaca.
Misi kita, anak boleh mengaji.
Misi kita, anak kenal huruf.
Misi kita, anak tahu solat.
Tumpukan pada yang basic dulu.
Jangan berlumba dengan orang, nanti kau akan pandang rendah pada kemampuan anak kau.
Lepas tu kau stress sorang-sorang. Bila stress, kau jadi bitter dengan anak orang lain.

Kau akan jumpa perangai parents yang too competitive dalam setiap stage hidup kau.
Suka sangat berlumba.
Suka sangat membandingkan pencapaian anak orang lain dengan anak dia.
Anak dia yang terpaling best.
Walaupun anak dia tak best mana, dia akan spin bagi nampak your choices are bad.

Esok time hujung tahun mak bapak share anak-anak ambil hadiah atas pentas, nanti kau nampaklah 1-2 orang cakap "Biarlah tak cemerlang akademik asalkan cemerlang Quran".

Esok anak kau excel in SPM, nanti dengar pulak "Takpelah dapat A satu je, yang penting anak ibu dah boleh jadi imam di surau dan setiap waktu melaungkan azan".

Nanti anak kau offer belajar luar negara  dia cakap "Takpelah anak ibu belajar kat dalam negara saja, semoga ini asbab terlindung dari maksiat".

Ni semua jenis yang perasan apa yang dia pilih sahaja yang terbaik.
Pilihan orang lain semua bawa mudarat.

Korang belum pernah lalui situasi macam ni, kan?
Percayalah cakap aku, at some point in your life kau akan jumpa spesis ni, especially bila anak kau achieve something.
Padahal awal-awal dulu masa anak dia kecil, dia yang terpaling bangga sekali anak dia dah pandai membaca dulu, anak dia baca laju, anak dia dah pandai mengira, bla bla bla bla.
Kita ingatkan bila anak kita berjaya dia seronoklah sebab itu yang dia perjuangkan.
Rupanya tak. Hidup nak bertanding semata-mata.

Mak bapak yang anaknya baru masuk sekolah pasti akan jumpa 'kejutan budaya' ni.
Antara terkesan dengan tak je.
Budaya 'nak anak jadi terpaling".
Terpaling laju membaca. 
Terpaling laju mengira.
Terpaling cepat khatam Quran. 
Terpaling banyak dapat anugerah.
Terpaling semualah!
Dia yang nak jadi terpaling, tapi dia yang stress.  
Again, JALAN TERUS.
Jangan terpengaruh dengan "kejutan budaya" ni.  
Yakin dengan pilihan kita. Yakin dengan perancangan kita untuk anak-anak.

Sebagai mak bapak mesti tahu kecenderungan anak pada area mana.
Kalau anak minatnya dari awal pada mengaji, menghafal Quran - masukkan ke aliran agama. Yakin dengan pilihan itu.
Kalau tak, masukkan ke aliran perdana. Yakin pada pilihan ini.
Mana-mana bidang pun bagus.
Tak ada siapa kata satu bidang lebih baik dari bidang yang lain.
Yang penting anak enjoy dengan aliran yang dia ambil.
Kalau dia enjoy, proses pembelajaran akan jadi lebih mudah untuk dia.

Dan untuk mak bapak pula, jangan merasa korang tak cukup bagus sebagai ibu bapa.
Awal-awal tahun esok, kau tengoklah ramai yang share pagi-pagi bekal anak-anak.
Especially yang anaknya baru masuk Darjah 1.
Jangan pernah merasa kau bukan ibu yang baik kalau tak mampu sediakan bekal.
Misinya -- jangan sampai anak berlapar. Cukup.
Tak sempat buatkan bekal, bagi dia duit.
Atau belikan siap-siap stok air kotak Milo, letak kat rumah.
Belikan siap-siap fun pack Oreo di rumah.
Pagi sebelum pegi sekolah, ambil satu kotak Milo and Orea masukkan dalam beg sekolah. Nah, tu bekal.
Apa yang nak kalut sangat tak dapat bawakan anak bekal?
Your worth bukan terletak pada boleh sediakan anak bekal atau tak.
Yang nak buatkan bekal tu, buatlah. Yang tak sempat buat, buat cara lain.
Tapi kalau anak memekak kat kedai makan, kau yang kena balik, bukan orang lain *tiberrr*


2023-02-20

Typical Malay?


Semalam aku tanya En Wan, malam event hari tu ada sorang agen Chinese dapat award 100% Persistency.
Aku tanyalah, apa benda tu.
En Wan cakap sebab agen tu SEMUA clientnya bayar premium setiap bulan, on time. Takde yang skip bayar.
Pastu En Wan tanya agen tu, namanya Alvin kalau tak silap.
En Wan tanyalah apa cara dia buat, dia jawab -- client dia ramai chinese, malay dalam 10 orang saja.
Yang client chinese semua rekod payment tip top.
Yang client malay, walaupun hanya 10 orang, susah gila nak dapat payment. Kena sentiasa follow up rapat.

Bila Alvin cakap macam tu, aku teringat bos aku cakap kat aku "You are not like a typical Malay".
Melayu ni sinomim agaknya dengan malas, kerja buat sambil lewa, hutang malas bayar - kan?
Not all, aku tahu.
Tapi bila bos aku cakap "not a typical Malay" lepas tu si Alvin tu cakap yang liat nak bayar premium adalah dari kalangan client melayu, walau pedih mendengarnya, rasanya terpaksa akui hakikat ini.
Takyah yang complicated sangatlah, kita tengok bab hutang je sudah.
Be it sewa rumah, hutang bank, hutang pelajaran -- kebanyakan yang payah nak bayar adalah melayu.
Kalau hutang sesama manusia lagilah, mintak halal saja kerjanya.

Aku baru je jadi satu kes ni.
Hutang lama tak bayar, dah minta lagi.
Mukadimah cantik -- "kau dah senang sekarang, dalam rezeki kau ada hak orang lain".
Eh?? Dia pulak lebih.
Kalaupun dalam rezeki aku ada hak orang lain, belum tentu lagi ada hak kau dalam tu.
Panas betul hati aku melayan jenis manusia gini.
Jenis yang menunggang agama cukup pandai, untuk kepentingan sendiri.
Hutang lama tak bayar, nak top up hutang baru.
Dare pulak tazkirahkan aku pasal rezeki.
Kalau aku tazkirahkan kau pasal hutang karang, tak cukup air mata nak nangis.

Bila dah semakin berusia ni kan, aku dah malas nak layan bullshits.
Nak lagi dengan orang yang ada bad record suka meminjam tak bayar.
Aku dah tak segan nak menolak dah.
Dulu segan juga aku nak menolak, sebab terasa macam sombong dan jahatnya aku tak nak tolong orang tengah susah.
Now, sama ada aku semakin bijak buat keputusan yang bijak, atau aku simply malas nak semakkan kepala dengan masalah.
Aku kadang cuba jugak untuk meletakkan diri aku dalam kasut dia.
Tapi entahlah, macam tak kena. Nak pinjam duit, tapi hutang lama tak berbayar.
Malah, takde pun dia sebut tentang hutang lepas time nak meminjam baru tu.
Siap tazkirahkan rezeki kita pulak.

Kadang nak je buat syarat perjanjian ala-ala bank bagi pinjam duit.
Tapi nampak macam mengada sangat, pinjam RM500 nak buat surat perjanjian bagai.
Tapi, kalau tengok dalam Quran, aku lupa surah apa - dalam tu dah cakap, jual beli mesti direkodkan.
Maknanya kalau hutang, lagi perlu buat rekod.
Dalam kes ni hutang, bank betul.
Kalau tengok bank nak bagi pinjam duit, macam-macam requirement dia minta.
Peminjam pula gigih completekan semua requirement.
Itu semua untuk bank nilaikan sama ada peminjam layak meminjam atau tak.

Selalunya ketidakpatuhan peminjam membayar balik pinjaman kepada bank takde kaitan dengan their ability to manage money, tetapi lebih kepada sikap.
Aku pernah baca satu artikel from someone yang now a businessman.
Dia cerita dia pernah kena buang kerja (VSS).
Lama-kelamaan tak mampu nak bayar duit rumah and kereta.
Dia pergi bank untuk bincang pelan pembayaran dalam keadaan sesak.
Alhamdulillah bank come out with a plan supaya dia tetap boleh bayar loan.
Dia kata, bank pasti nak duit mereka balik.
Jadi, kalau sesak, pergilah ke bank berbincang.
They will come out with a new plan for you.

Dari kisah ni, boleh nampak bahawa SIKAP adalah faktor utama yang menentukan sama ada seseorang tu boleh bayar balik hutang atau tidak.
Not always kerana tidak mampu bayar, tetapi lebih kepada tidak mahu bayar.
Orang kalau nak bayar, dia akan usaha cari jalan untuk bayar.
Tapi kalau sikap dah out, memang semuanya out.
Sama macam investment atau savings.
Kalau duit tu kita kena keluarkan manually dari bank untuk transfer ke bank orang lain, memang liat.
Ada je alasan nak bertangguh.
Cuba kalau awal-awal set autodebit mesti tak rasa apa.

Macam KWSP. KWSP tu mujur autodeduct, kalau tak, konfem ramai tak carum.
Sebab? Sebab bila ada duit kat tangan, terasa macam banyak benda nak dibuat dengan duit tu daripada mencarum.
Begitu juga dengan savings, atau loan pelajaran, loan bank, takaful.
Kalau tak autodeduct sampai ke sudah bertangguh.
Patutnya kan, yang berhutang dengan manusia ni, boleh je buat auto deduct dari bank.
Sebulan RM20 pun takpe. Janji bayar.
Ni tak, malu katanya nak bayar sikit-sikit. Nak banyak selepuk.
Kau kalau jenis tak boleh nampak duit selepuk banyak, toksahlah angan-angan tinggi sangat nak bayar hutang tunggu duit selepuk.
Memang sampai ke sudah tak nampak bayang duit.
Buat plan dengan akaun bank. Auto deduct RM20 sebulan. 2 tahun settle hutang RM500.

Kita semua pernah berhutang.
Kenapa hutang rumah boleh bayar hutang kereta boleh bayar, tapi hutang dengan kawan 5 tahun tak bayar-bayar?
Sebab typical melayu, asal hutang dengan manusia je ujung-ujung mintak halal.
Toksah aniaya oranglah. 
Sengaja tak mahu bayar hutang orang adalah satu bentuk penganiayan, ok?
Lepas tu kau meratib apesal hidup kau susah sedangkan kau dah tutup aurat, kau jaga solat, kau tak buat jahat.
Lepas tu kau menuduh orang yang kaya-raya tapi tak pakai tudung tu semua kaya yang takde keberkatan.
Hello? Orang tu buat jahat, dosa dia dengan Allah.
Kau buat jahat dengan orang, aniaya berhutang dengan orang tak bayar-bayar. 
Ada hati pulak cakap diri sendiri baik, ya. Eh aku karanggg.


2023-02-19

Kalau kau sakit pagi, tengahari dah mati, senang cerita. Petang terus tanam. What about sakit yang berpanjangan?



Nampak orang share video ni. Rasanya kejadian ni berlaku last week.
Katanya anak tu mengamuk dengan hospital sebab bapaknya yang dah tua terpaksa menunggu dari awal pagi sampai ke lewat petang, masih tak dipanggil-panggil giliran lagi.
Benda macam ni, hanya kalau kita berada dalam situasi itu saja kita boleh tahu sama ada kita mampu bersabar atau tak.
Selagi kita tak ada dalam keadaan tu, kita takkan tahu rasanya.
Sebab tu aku pernah cakap dulu, dalam keadaan sakit, emosi memainkan peranan.
Dahlah tengah sakit, nak menunggu giliran lagi, penat menunggu lagi, penat menahan sakit lagi.

En Wan always advice client dia, bila sakit, terusssss ke private hospital.
Kalau private tak boleh buat, dia akan tulis referral letter ke government.
Bila ada referral letter, proses kita di government hospital selalunya lebih cepat.
Yang ni aku dah lalui masa mengandungkan Rayyan dulu.
Aku buat rutin check up di private hospital.
Tup-tup ada komplikasi, dorang refer aku ke Hospital Serdang.
1 jam aku tunggu, terus di bawa untuk treatment dan transfer ke wad. Sebab apa?
Sebab dah ada referral letter dan rekod perubatan yang jelas, maka proses lebih cepat tak perlu bersidai lama.

Sama macam kes Rayyan hari tu. Kami ke Avisena dulu.
Bila dia refer ke PPUM, dalam 1 jam dan masuk wad.
Padahal nak masuk PPUM tu kena queue.
Even kau nak buat surgery pun kena queue.
Kes Rayyan hari tu sebab ada referral letter, masuk Isnin, Rabu dah masuk OT.
Slot surgery dipercepatkan dek kerana referral letter.
Tapi tu lah, nak masuk private tu yang orang mikir 3-4 kali sebab kalau takde medical card, tak semua orang mampu ke private terlebih dahulu.
Tu yang ramai-ramai ke goverment hospital untuk screening, penyudahnya, kena sidai dari siang ke malam.

Tak boleh salahkan staff hospital sebab patient terlampau ramai.
Aku dah tengok contoh kat PPUM hari tu.
Kat emergency je dah bersimpang-siur katil.
Itu yang terbaring, belum lagi yang atas wheel chair.
Berderet menunggu giliran nak di-screen.
Yang best bila ada referral letter, team yang akan handle Rayyan dah dimaklumlah sebelum Rayyan datang lagi.
The moment Rayyan masuk emergency, the team dah ready tunggu nak buat macam-macam procedure sebab result blood test, CT Scan, X-Ray semua dah siap dari Avisena.
Cuma kena sidai 1 jam menunggu bilik. Itupun bilik takde.
Sampai ke sudah duduk bilik RTK (bilik nak buat test PCR).
So boleh imagine betapa sibuk dan ramainya patient sampai bilik pun tak ada!

Bulan yang sama aku tunggang-terbalik menguruskan Rayyan, pada masa yang sama Pak Aji operation perut.
Orang kata penjawat kerajaan senang, tak payah medical card sebab kerajaan tanggung.
Bak kata Mak Aji, "Memanglah ditanggung, tapi menunggu tetap kena menunggu".
Kita yang muda pun mengeluh kena sidai berjam-jam, lagikan orang tua.
Bapak aku dah 73 tahun, dah bukan umur dia nak kena sidai berjam-jam ni. Kesian.
Sebab itu we opt for private - ke UKMSC (private wing).
Duduk 3 hari, dengan operation total RM13K lebih kurang.
Selesa, tak perlu menunggu lama, dijaga dengan baik.
Anak-anak kalau sibuk bekerja pun tak susah hati mikir siapa jaga bapak aku, atau bapak aku ni makan apa.
Aku whatsapp video call je dari Avisena tanya khabar bapak aku hari tu. Bila dah lega sikit baru aku datang jenguk.

Bila tengok video mengamuk tadi, Ya Allah boleh rasa kepenatannya menunggu.
Ingat duduk terconggok seharian tak penat ke? Letih okeh.
Tu belum lagi dengan vibe yang tak berapa positif.
Duduk dikelilingi orang-orang sakit, vibe positif hapenya. Makinlah rasa tertekan.
Yang meneman pun elok-elok tak sakit boleh jadi sakit kalau kena sidai gini.

Korang, please please please, yang belum ada medical card, buatlah.
Tengah sihat ni memang rasa tak penting.
Kalau dah tak sihat esok, takaful tak pandang application kita dah.
Ada orang bila kita sebut pasal medical card dia kata "Kalau nak mati tu mati jugak".
Memang lahhhhh. 
Kalau kau sakit pagi, tengahari dah mati, senang cerita. Petang terus tanam.
What about sakit yang berpanjangan?
Sakit yang perlukan treatment di hospital dengan kelengkapan perubatan yang complete?
Sakit yang perlukan surgery? Sakit yang perlukan homecare?

Brader ni kena RM23K. Rayyan hari tu RM35K.
Padahal Rayyan baru bayar RM19K premium bulanan sejak umur 2 tahun, tapi Prudential tanggung RM35K.
Alhamdulillah, syukur sangat. At least savings aku tak berusik.

Ya, aku faham some people concern dengan "What if saya tak sakit?".
Sebab kalau boleh dorang nak duit balik. Jenis yang tak nak rugi.
The thing is, ini bukan simpanan yang boleh dibawa keluar duit tu.
Ini adalah sejenis "pelaburan" sekiranya one day sakit, ketika itulah kita menggunakannya.
Dalam takaful pun ada sedikit pelaburan yang kalau one day kita nak stop bayar, akan ada sedikit duit kita dapat.

Kalau aku, tak sakit adalah lebih baik dari sakit.
Premium yang aku bayar tetiap bulan umpama menyediakan payung sebelum hujan sebab aku tak tahu apa yang bakal jadi in future.
Makin lama makin tua.
Makin tua makin tinggi risiko penyakit.
Macam Rayyan hari tu, sihat walafiat, tup-tup patah kaki.
Kaki pula ada masalah tulang berongga. Padahal takde simptom apa-apa pun.
Siap boleh berlari main hoki bagai.
Benda yang tak disangka, tetapi terjadi.
Alhamdulillah "payung" dah ada.
After 10 tahun bayar premium, baru diguna.
Kalau boleh, biarlah tak payah guna. Biar sihat sepanjang hayat. Itu lebih bagus.
Tapi kalau dah ditakdirkan sakit, at least bab kewangan tu dah takyah pikir.
Boleh fokus kat menguruskan kencing berak pesakit saja.

Dah alang-alang ni aku nak selit padal Hibah Lestari (hibah untuk orang sakit).
En Wan kata some yang approach dia always tanya "Kalau tak mati, dapat tak duit tu balik?"

😆😆😆😆

Ada juga orang yang terlupa mati itu pasti, ya.
Tapi ye lah, aku faham maksud dia.
Aku rasa dia memaksudkan, kalaulah selepas 10 tahun bayar, dia masih sihat, dan tak nak teruskan bayaran (nak stop hibah), boleh ke dapat duit balik?

Gini, ya.
Awal-awal sebelum ambil hibah kena faham yang hibah tu TAK AKAN dapat kat kita.
Kona ikut mana pun, takkan dapat kat kita.
Hibah tujuannya untuk bagi kepada waris.
Jadi, sebelum ambil hibah kena ada tekad, nak bagi ke tak.
Kalau nak bagi, ambil hibah dan bayar hingga mati.
Kalau berbelah bagi nak bagi kat waris, tak perlu ambil. Senang.
So that you pun tak rasa terbeban nak bayar tiap-tiap bulan dan tak perlu pikir untung rugi buat hibah.

Tetapi, bila you dah decide untuk buat hibah, pastikan bertekad untuk bayar premium setiap bulan.
Jangan pikir bab untung ke, rugi ke, berbaloi ke, apa ke.
Benda you nak sedekah, buat apa nak pikir untung rugi, kan.
Niatkan setiap kali bayar premium tu as sedekah, sebab duit tu nanti akan menjadi hadiah untuk waris.
Yang dapat pun waris yang you pilih, bukannya orang lain.

Terutamanya untuk orang yang didiagnose dengan sakit.
Syarat mati memang tak perlu ada sakit, tetapi bila sakit, risiko kematian lebih tinggi.
Sepatutnya tidak persoalkan "Kalau tak mati macamana?".
Sekarang you dah ada risiko kematian kerana berpenyakit tau, patutnya you fikir untuk apa nak ditinggalkan pada waris, bukan masih mengharapkan duit tu da[at kat you balik.

Malam semalam aku dengar En Wan bercakap dengan potential client dia.
Aku suka ayat dia "Encik tak perlu ambil hibah yang tinggi kalau membebankan. Ambil paling rendah pun tak apa (RM50K), asalkan ada sesuatu untuk waris. Itu lebih penting dari tak tinggalkan apa-apa".

Aku terpaksa akui En Wan bagus bab ni.
Aku bukan nak puji laki sendiri, tapi masa kitorang nak ambil hibah dulu, pernah jumpa beberapa agen.
Some of them pujuk kitorang ambil semaksimum yang boleh.
Jenis agen yang pikir nak komisyen tinggi.
Semalam dengar En Wan suggest ambil hibah paling rendah pada potential client dia, sejuk hati aku.
Biarlah kita buat kerana benar-benar nak bantu orang, bukan nak gemukkan poket kita semata.

Aku teringat awal-awal dia join Prudential, kebetulan bulan tu adalah bulan promosi Hibah Lestari.
Prudential buka hibah untuk orang sakit buat pertama kalinya.
Jadi En Wan fokus kat jual polisi hibah je.
Ramai yang ambil minimum 50K sahaja.
Masa tu dia belum dapat offer jadi Pruventure Manager (PVM) lagi.
Bila yang beli hibah semua ambil minimum, maknanya komisyen dia rendah sajalah.
Tapi masa tu dia tak kisah. Dia kata dia nak orang-orang sakit ni ada hibah walaupun yang paling rendah sebab kesian nanti waris tak dapat apa.
Lagipun bukan hari-hari Prudential offer hibah untuk orang sakit. Inilah peluangnya.

Allah tunjukkan kasih-sayangnya pada aku, melalui En Wan.
Walaupun kesnya awal-awal dulu kecil-kecil je, tapi rezeki dia, dia dapat PVM dengan gaji maksimum. Now, bila ada gaji, lagilah dia tak berapa kisah pada komisyen, dia lebih fokus nak bantu orang ada hibah and polisi.
Kecik ke, besar ke amount orang yang sign up bukan keutamaan.
Dia nak bantu seramai orang yang boleh untuk ada polisi.
Semalam sampai pukul 1.30 pagi dia bekerja buat calculation untuk customizedkan premium supaya client tak terbeban nak bayar bulan-bulan.

Sikit je lah aku explain pasal hibah, ya.
Nak panjang-panjang, boleh whatsapp En Wan.
Cuma aku personally tekankan kat sini, ambillah medical card.
Bincang dengan En Wan supaya dia boleh customize-kan plan polisi yang tak membebankan you untuk bayar.

Nak contact En Wan boleh whatsapp dia KAT SINI.



2023-02-16

Welcome to my world.


Terima kasih kepada yang bagi ucapan tahniah untuk En Wan (referring to my previous blog post).
Memandangkan post tu aku tulis, jadi DM akulah yang banyak dapat ucapan tahniah untuk En Wan.
Ya, dah sampaikan pada dia. Dia ucapkan terima kasih.
Member busy hari ni.
Dengan meeting Town Hall Prudential Asia, dengan kena bagi speech kat Anugerah Kecemerlangan Sekolah, dengan appointment client, dengan malam nanti sambung meeting kat ofis dia.
Aku suruh dia tido dalam kereta je hari ni, takyah balik rumah.

Tujuan post ni apa, ya?
Untuk menjawab soalan.

Post semalam aku banyak share video En Wan ambil award.
Ada beberapa orang tanya ok ke jadi agent? Susah tak nak close deal? Susah tak nak capai target? Client banyak karenah tak?

Agent ni sama je macam salesperson. Cuma nama berbeza.
Kalau buat biotech supplies, kitorang dipanggil Distributor, atau Sales. Tak dipanggil Agent.
Padahal bendanya sama je.
Yang pasti, semua pun kena buat sales, menjual produk.
Dah tentu ada sales target masing-masing.
Susah atau senang, kalau dah jump dalam bidang ni, nak tak nak kena jalan terus.

Tapi tang karenah client/customer tu adalah benda yang paling confirm kau kena hadap.
Tak kisah kau jual takaful ke, jual high-end machine ke, jual tudung, atau jual nasi lemak tepi jalan -- karenah customer tu ada.
Aku tak pernah cerita karenah client En Wan, kan? Sebab itu kerja dia, aku tak masuk campur.
Tapi dia pun ada perangai-perangai client yang kena hadap. Bukan takde. Adaaaaaa.
Yang pasti, client yang banyak karenah ni selalunya tak close deal.
Zaman aku buat biotek dulu gitu lah juga.
Yang banyak karenah mintak quation berkali-kali, mintak adjust kuantitilah, adjust harga lah, mintak sample bukan main rajin, ujung-ujung tak beli pun.
Tapi legalah juga tak close deal. At least takdelah menghadap perangai banyak karenah tu bertahun-tahun nanti.

Kadang-kadang dia share juga cerita dengan aku.
Aku just cakap "Welcome to my world".
Lumrah menjadi orang sales ginilah.
Orang yang kenal kita, takkan pandang kita lekeh.
Tapi yang tak kenal kita, anggap kita ni tak berpelajaran tinggi. Maklumlah kerja sale.
Dalam kes En Wan, yang pandang lekeh kat dia adalah those yang tak kenal dia.
Maksudnya bukan blog reader aku, atau bukan follower aku.
Tapi ada je yang isterinya blog reader aku.
Isteri ok je dengan En Wan sebab kenal En Wan.
Bila pass ke husband, dah jadi cerita lain.
Husband tak kenal En Wan, dia anggap En Wan ni budak kelulusan SRP yang takde kerja lain lalu jual takaful.

Sedih kadang aku baca whatsapp client-client kerek ni.
Bukan main lagi berlagaknya.
Macam budak suruhan je dia buat En Wan.
Ada yang cakap "You ni desperate sangat ke nak komisyen?".
Padahal En Wan nak follow up je.
Karang dah tutup offer melalak pulak tanya apesal tak follow up.

Aku cakap kat En Wan, itulah lumrah bila jadi sales.
Some people ingat semua yang buat sales ni makan komisyen semata agaknya.
Jangan gitu ya, some of them ada solid basic salary.
Ni dah tahun 2023 dah, zaman berubah.
Toksahlah ingat semua yang jadi sales tu belajar tak tinggi, takde keje, atau makan komisyen bulat-bulat.

Dulu zaman aku kerja sales, ada je customer yang perangai gini.
Dia ingat aku ni penghantar barang tak reti kerja-kerja lab ni semua.
Silap aku satu je - tak letak kelulusan kat namecard.
Itu memang benda yang paling aku tak suka buat.
Sebab aku menyampah bila orang tu tengok namecard kau, dan-dan karakter dia berubah.
Pernah jadi depan mata berkali-kali. Tapi bos akulah, bukan aku.
Mula-mula tu kerek tak nak melayan kitorang.
Bila bos aku tunjuk kad, dan-dan "Ohh, grad Manchester. I pernah visiting scholar kat sana 3 bulan dulu". Dalam hati aku "Hmmm baru kau tahu. Kau ingat bos aku jual minyak urat ke".

Baru-baru ni je lah dalam 2 tahun lepas sejak join projek dengan Mega Jati Academy, the CEO insist aku letakkan kelulusan sebab dia kata projek ni melibatkan program akademik.
Sebaiknya aku as program consultant letakkan kelulusan.
Ok, aku letaklah sebab arahan CEO.

3 namecard untuk 3 occasion berbeza. Nama jawatan pun berbeza.
Kalau aku berurusan dengan projek XZIZ, aku pakai namecard XZIZ, jawatan executive saja.
Reason? Sebab dengan XZIZ selalunya projek melibatkan academician and researcher yang berjawatan tinggi.
Jadi biarlah aku 'merendahkan diri'. Senang sikit bersembang.
Tapi tu la, some of them dah kenal aku sebab dorang pun pernah baca blog aku rupanya 😂.

Kalau namecard GreenAard aku letak Manager, senang sikit nak berurusan dengan decision maker.
Kalau MJA tu takde pilihan, kena letak jawatan yang diberi sebab bukan company aku.
Tak boleh nak memandai tukar jawatan.

Apa yang aku boleh cakap, kerja sales ni orang tak pandang.
Orang muda pun tak nak jadi sales, orang yang nak berurusan dengan sales people pula pandang kita rendah.
Tapi aku dah biasa.
Sejak tahun 2003 involve dalam sales, 20 tahun dah.
Dah faham sangat persepsi orang tentang sales people.
Tapi En Wan kan baru lagi. Baru join Prudential Oct lepas.
Dia baru berjinak-jinak dengan pandangan rendah dari orang.
Aku cakap kat dia, sometimes Allah letakkan kita di position ini supaya kita tidak jadi seperti orang yang perlekehkan kita.

Tak semua orang duduk di persekitaran role model yang bagus.
Aku banyak belajar dari "role model" yang tak bagus.
Pengasuh treat aku double standard sebab mak bapak aku bukan orang senang.
Budak lain makan kat meja makan, aku makan kat tepi meja tu, atas lantai bentang suratkhabar.
Budak lain tido dalam bilik, aku tido kat hall bentang alas kain batik.
Kat sekolah rendah orang ejek aku hitam, ejek basikal aku buruk, ejek beg sekolah aku buruk, ejek simis aku macam roti kirai.
That is the kind of environment yang aku jumpa ketika membesar.
Dan disebabkan itu aku berazam tak jadi macam dorang.

Itulah yang aku cakap kat En Wan, sometimes Allah letakkan kita di posisi orang perlekeh bukan sekadar untuk kita bersabar tapi belajar untuk tak jadi macam dorang.
And to me that is a blessing.
Orang yang pandang En Wan rendah tu, yang ingat En Wan tu jual takaful sebab tak belajar tinggi adalah orang yang paling kesian.
Sebab dia hanyut dengan perasaan bahawa dia dah best.

Korang kalau nak involve dalam sales - be it jual takaful, jual kuih, jual kereta - hati kena kental.
Some customer dia memang rasa duit dia yang bagi kita makan.
Dia rasa kalau dia tak beli, kita takde gaji. Sebab tu dia buat kita macam apa je.
Don't worry. Kalau rasa-rasa berat, cari customer lain.
Insyallah, ramai lagi yang boleh diapproach.

By the way, today another happy news dari Prudential.



Ini tadi webinar Town Hall PruVenture Prudential Asia Tenggara.
En Wan achieved highest cases in Malaysia bulan ni. Alhamdulillah.
Good start untuk 2023.
Seronok tengok team dia hantar video bersorak bila nama En Wan naik.
This is the kind of amazing support kita semua kena ada di tempat kerja, kan?

Ramai yang kata En Wan berjaya sebab blog reader aku ramai jadi client dia.
Ya, tak dinafikan memang ada, tetapi yang jumpa client bukan aku.
Yang buat customization takaful plan bukan aku.
Yang close deal bukan aku.
Yang uruskan medical check up customer bukan aku.
Yang berurusan dengan medical underwriter kalau ada dispute bukan aku.
Yang berjaga malam buat paper work pun bukan aku.
Aku buat apa? Aku hanya bercerita sambil-sambil saja.
Jadi, aku tidak ambil credit lansung.
Usaha dia, dia layak untuk dapat apa yang dia dah dapat.
Aku cukuplah sekadar se-venti Java Chip (client En Wan tolong sampaikan ini kat dia, pelis. Taknak whipped cream tau. Nama letak Awie. Hahahah).

Oh baideway, korang yang sakit tu dah pikir ke nak ambik hibah ke tak?
February is ending tak lama lagi. Tinggal 2 minggu lebih kurang.
Hibah Lestari ni hibah untuk orang sakit.
Orang sakit selama ni TAK BOLEH buat hibah.
But until end of Feb Prudential buka peluang ini untuk korang ambil.
Tak perlu medical checkup. Straight away lulus polisi.
Boleh whatsapp En Wan pasal ni. KLIK SINI.


2023-02-15

Khalifah Group PruBSN Appreciation Night


Yes. Baru ada masa nak menaip panjang untuk event En Wan Isnin baru ni.
Ok aku ada cerita sikit-sikit kat IG and FB, tapi ini one shot aku cerita dari awal sampai habis.

Kisahnya, En Wan dapat jemputan ke Appreciation Night.
Yang attend event ni adalah awardees.
En Wan ajak aku teman.
Lama dah dia cerita pasal ni, dari mid Jan lagi tapi aku tak terfikir yang ia akan menjadi satu proses yang menggelupurkan.
Seminggu sebelum majlis En Wan dah bawa aku pi fitting dress.
Oh yes, temanya GLITTER. So boleh imaginelah dress tahap merelip semuanya, kan.
He is so looking forward untuk ke majlis ni sampaikan dia yang menggoogle tempat untuk sewa dress bini dia, boleh?

Ada a few tempat kitorang pergi, dari seglam-glam tempat ke secokia-cokia kedai -- demi nak mencari dress yang selesa dipakai.
Dari pemerhatian aku ke beberapa kedai yang ownernya chinese, koleksi bajunya banyak dan sangat glamour.
Baju glitternya jenis rich. Kainnya sedap pakai. Seksi pun ya.
Tapi tu lah, sendat melekat. Terbonjol-bonjol tetek.
Tetek dahlah size presiden pulak tu.

Kalau kedai yang ownernya melayu, dressnya jenis glitter merelip satu badan.
Memang merelip dari jauh.
Dia bukan jenis glitter yang ditepek pada kain tau. Tapi the kain itself dah glitter.
Sorry to say, but most of it nampak macam entahlah.
Yang aku pelik tu, dress for muslimah, tapi ketat sendat.
Tang mana yang muslimahnya? Tang lengan panjang katanya. Ok.

Aku dah givap dah that day.
Aku cakap kat En Wan maybe this is a hint that aku tak perlu attend majlis tu.
Mencari baju yang sesuai pun dah satu masalah.
Kat kedai paling last, jumpa satu baju.
Aku tak berkenan tapi En Wan berkenan.
Style baju Cinderella -- kembang kain, dalam kena pakai can-can.
Dah try dahhhhh, dah bayar deposit dahhhhh, tapi since that day sampailah ke Jumaat, selama 6 hari aku masih dok mikir nak ke tak pakai baju tu.
Deposit dah bayar dah ni.
Kepala aku mencari alasan apa nak bagi kat En Wan supaya aku boleh skip that majlis.
Dulu masa kecik aku terer cari alasan. Tu yang sampai boleh quit TKC tu.
Dah tua-tua ni benak pulak mencari alasan 😆. Dah lama tak polish skill ni agaknya.

Ini adalah bukti Jumaat malam aku dah menggelupur dan nekad untuk tidak memakai that dress.
Mula-mula sebelum Maghrib aku whatsapp Zawiah.
Dia ni dulu ada bisnes baju-baju kawen.
Dah nak Maghrib padahal, tapi masih lagi kepala dok mikir pasal baju.
Nampak tak betapa besar masalah aku ni?
Masalahnya satu je -- takut kena marah dengan laki tak jadi sewa baju.
Jadi aku perlu dapatkan baju lain secepatnya supaya aku takde alasan tak sewa dress merelip tu.

Dah nak pukul 10 malam masih belum jumpa baju yang sesuai.
Aku whatsapp cousin aku pulak. Dia pandai jahit baju.
Tapi tu la, kerja gila nak jahit baju untuk pakai Isnin. Memang taklah.
Aku dah tahu dah jawapannya tapi tu la, bila kepala dah bengong aku main try je luck whatsapp dia. Rupanya takde luck 😆.

Malam tu aku banyak whatsapp online business yang jual glamour abaya, tapi ye lah, dah Jumaat kan.
Nak pakai Isnin, mana sempat nak pos.
Terjumpalah satu abaya ni. Tak glitter, dan tidaklah glam sangat, tapi dia ada macam cape.
Kalau pakai cape tu nampaklah lain dari yang lain.
Tak kena dengan tema glitter pun, but at least idok la nampak simple kosong sangat baju aku malam tu, kan.
Aku pun mesej online seller.
Ada a few agent. Sorang tu paling dekat, itupun kat Puncak Alam.
Yang harga Puncak Alam ni mahal sikit, RM169.
Ada agent lain jual RM139 je.
Takpelah, benda nak pakai sangat. Beli je lah.
Tapi dia kata dah malam, tak dapat masuk ofis check stok.
Aku minta dia update pagi-pagi esoknya.

Esoknya, around 11 pagi dia kata warna and size yang aku nak, ada.
Zassssss pegi ambik. 1 jam drive dari rumah aku.
Belasahlah, janji ada baju nak pakai.
Dengan tak acu kat badan, aku ambil, bayar and bawa balik.
Nasib baik just nice atas badan aku. Lega!
Terus whatsapp kedai yang aku dah bayar deposit tu, tak jadi ambil.
Deposit burn, takpelah.
Cewahh, aku pulak yang kata takpe. Bukan duit aku katakan. Kahkahkah.

Isnin, kitorang check in kat Concorde KL.
Majlisnya kat EQ Hotel, 3 minits drive je dari Concorde.
Memandangkan kita sedor diri baju tak glitter, aku pun booked MUA untuk mekapkan aku.
Baju tak berapa memancor, at least muka biorlah memancor.
Aku guna khidmat MUA Shae. Dia ni blog reader juga.
Pernah guna khidmat dia untuk mekap model-model Fleur by Mrs Him dulu, tapi belum pernah try Shae mekapkan aku. Apa kata kita try.

Makeup by Shae.
Dia tanya "Kak Di nak makeup macamana?"

"Sukati kaulah. Janji mekap"

Aku lupa nak ambik gambar hiasan kepala aku.
Baju aku kan tak glitter, jadi aku bagi Shae satu assignment untuk memikirkan hiasan kepala aku biar memancor mengikut tema.
Shae belikan semacam kerongsang yang cantik, and pinkan kat tudung (kepala). 
Terus masuk tema gitu.

Shae tanya nak pakai shawl cara lain, tak.
Cara yang glamour sikitlah.
Takyah, dik. Karang tegak je kepala aku tak biasa dengan style baru.
Biorlah aku pakai style lilitan acik-acik saja.

Cuma frust sikitlah baju ni.
Sebab baju ni menampakkan aku kembang kemain helokkkkk.
Jubah bahagian dalam tu ok. Nanti aku tunjuk kat kau aku pakai dalamnya saja.
Korang boleh compare dengan aku pakai complete macam ni.
The cape tu dari kain yang tak jatuh.
Kainnya cenderung untuk kembang dan mengembung.
Bila berjalan lagilah nampak mengerbang.
Tapi satu yang bagus kalau kau pakai shawl lilit tengkuk yang tidak menutup dada, masih ok.
Sebab cape-nya tak melekap di badan jadi tak nampak benjolan di dada.

Pukul 5.30 pm, aku and En Wan gerak ke EQ Hotel.
Majlis bermula 6.15 petang (faktor hujan, VVIP lambat sampai).
Aku tak ambil banyak gambar dalam majlis sebab itu bukan majlis aku.
Kontrollah sikit, kan. Karang aku pulak melebih-lebih mengalahkan fotografer.
Meja En Wan diletakkan di depan stage.
Cerah pandangan aku tengok laki naik stage.

Tak banyak gambar dalam henfon aku, sebab aku belum kenal rapat lagi dengan kawan-kawan En Wan.
Ini baru first event aku join.
Insyallah kalau dah banyak kali join dan kenal rapat dengan kawan-kawan dia, nanti kau tengoklah, tiba-tiba aku yang jadi MC kat atas stage. Kahkahkah. *tiberrr*

Aku banyak duduk dendiam kat meja menunggu makanan sampai.
Diana dan food berpisah tiada. Biasalah kan.
The food is good. Lupa nak snap course dia.
Tapi sedih szechuan soup takde (ya ampunnn Diana, soup takde pun sedih).

Majlis malam tu memang tumpu kat giving award saja.
CEO Takaful hadir. CEO Prudential hadir. Presiden ALEPS also hadir (Persatuan Alumni Dasar Pandang Ke Timur).
Kenapa ada Presiden ALEPS dalam majlis ni?
Sebab Bos En Wan also grad Jepun. Dah tentu Presiden Alumni dijemput sebagai VVIP.
Tapi yang best kan, nama aku naik sebagai pemenang Lucky Draw.
Tiba-tiba je ada nama aku.
Aku lucky, En Wan tak. Sebab nama dia tak naik pun. Hahahaha.

Aku nak ambik gamba makanan, tapi segan karang orang sebelah-menyebelah tengok aku pelik pulak.
Nak ambik gambar sendiri banyak-banyak pun kat dalam tu gelap, tak nampak muka aku.
Tapi ada la ni ha, seketul gambar.
Kebetulan cahaya menyuluh kat muka. Walaupun dah macam muka Avatar.
Beg merelip tu aku beli kat JB tahun 2018 kot masa wedding cousin aku. Ini baru kali kedua pakai.

Award pertama En Wan dapat adalah Prudential Wealth Planner (PWP).
Frankly speaking, aku tak tahu apa itu PWP dan apa kelayakan untuk mendapat PWP.
En Wan dapat PWP Dec last year.
From the way he wrote "Only in 68 days", I guess this PWP is hard to achieve.
Alhamdulillah for this achievement. Semuanya dengan izin Allah.
Takde daya upaya tanpa keizinannya.
Bak kata En Wan, habuan dunia ni kalau dapat, ambil. Tapi gunakan di jalan yang betul.



Masa ni tiba-tiba En Wan hilang dari meja.
Yang aku pulak tak bertanya apesal laki aku tiba-tiba keluar dari dewan.
Yang si dia pun tinggalkan aku bodo gitu je tahu-tahu hilang.
Tapi aku lagi bodohlah sebab tanya orang sebelah "Laki I keluar gi mana eh?" Hahahhaa.
Dah kenapa pulak orang tu nak ambil tahu mana laki kau pergi, Dianaaaaaa.
Rupanya those yang achieve PWP last year dah beratur kat luar untuk naik pentas.
Aku boleh dengan sardinnya membelasah makanan. Sedar-sedar nama En Wan disebut.
Meloncat aku cari henfon ambik video ni.

Yang paling best malam tu adalah special performance dari Dato' Awieeeeeeee.
Aura dia masuk dewa tu pehhhh! Sampai terlupalah aku ada laki kat sebelah.
Dah la meja depan stage. Puas dapat tenung Dato' Awie. Gituuuu.
Dato' Awie nyanyi 3 lagu.
Dia carry Di Penjara Janji malam tu, guyssss. Tarik live weiii. Mantap!
Ahkak terlupa akak sepatutnya berperwatakan muslimah.
Akak nyanyi full lagu tu tanpa sedar guys, sambil menghayun-hayunkan neon tube.

At age 55, masih boleh menyanyi, suara telan kaset!
Semoga Dato' Awie terus success.
Kau tak jumpa dah suara macam ni zaman sekarang. Hazama je la boleh tahan sikit.

Dato' Awie ni pandai handle crowd.
Betul kata Joe Wings, Awie pandai handle crowd.
Kejap aku nampak macam Awie kat atas tu, kejap dia bertukau jadi Husin.
Tak puas 3 lagu. Rasa nak bawak balik Awie kat rumah.
En Wan kata nak puas, layan konsertlah.
Baiklah, next konsert Awie kita pergi.

Lepas Dato' Awie perform, ada 2 kategori award (2 ke 3? Lupa).
Both award ni Dato' Awie sampaikan.
Sekali nama En Wan naik. Bukan 1 tapi 2 kali!
Yang best tu, masa Awie perform, En Wan bisik "Bestlah kalau dapat bergamba dengan Awie".
Kejap je lepas tu dia dapat bergambar atas pentas dengan Dato' Awie. Pakej bersalam lagi.
 


Kau tengok pengaruh Jepun masih menebal dalam diri En Wan.
Sikit punya bow dia depan Awie.
Masa ni mencicit-cicit aku berjalan follow belakang sambil pegang dua henfon kat tangan.
Satu video, satu ambil gambar serentak.
Kagum betul dengan skill aku yang tiba-tiba muncul malam tu.

Tapi kan, yang sweet tu bila nama En Wan diumumkan lagi sekali.
Aku lupa apa award dia dapat malam tu.
Yang aku tahu, mula-mula dia naik.
Dia turun kejap dari pentas, nama dia naik lagi.
Yang kali ni, dia tarik aku naik atas pentas sekali u ollssssss.
I is diri sebelah Awie u ollsss. 
Sporting gila laki guwe. Dulu bawak I jumpa ex boifren kat Hong Kong.
Ni bawak I naik pentas bergamba dengan legend pulekkk.
Halahhh, nak kena bagi apa sebagai membalas budi ni. Neves pulak I. 



Kau nampak tak kemain laju aku naik pentas macamkan aku pulak yang ambik award. Kahkahkah.
Sweet pulak rasanya laki aku ni.
Ni yang buat rasa bersalah nak pasang Lagu Leslie dalam kereta dia.
Takpela, pasang dalam kereta aku je 😆.

Majlis malam tu habis agak lewat, tapi takpe sebab kitorang check in Concorde.
Tak jauh pun dari EQ.
Tido memang nyenyak tak ingat apa sebab hari Isnin tu memang full dari pagi dah keluar dari ofis ke sana sini.
Esoknya pulak ingatkan bolehlah santai-santai lepak kat hotel, sekali En Wan kena pegi Pullman pagi-pagi.
Breakfast pun terpaksa laju-laju.
Aku pula balik terus siapkan slides untuk program today (dah up sikit video talk pasal Explaining Science to Public di FB aku).

So, itu saja cerita event Appreciation Night.
This year they need 400 more agents.
Kotlah sesiapa berminat boleh whatsapp En Wan di sini.
Yang nak jadikan En Wan agent takaful atau hibah korang, boleh whatsapp nombor sama.
Kalau nak pakai MUA Shae, contact 012-2141810.
 



2023-02-10

Rayyan ambil exam.


Patutlah kelmarin ramai orang share universiti masing-masing dengan gamba student ambil exam.
Dah macam sambut raya meriahnya newsfeed aku.
Rasanya hampir semua universiti update gambar-gambar yang lebih kurang sama.
Seronok rupanya minggu exam, ya.
Aku tak tahu pulak sebegitu keseronokannya. Hahaha.
Zaman aku dulu macam takde exam dalam hall besar.
Semuanya buat dalam dewan kuliah tu sendiri.
Kena duduk jarak-jarak satu kerusi je.
Itupunnnn ada yang dapat rembat kertas jawapan aku nak tiru punya pasal.

Dalam sejarah aku ambil exam, exam paling seram adalah UPSR.
Sebab itulah exam besar yang pertama.
Buat pun dalam dewan besar (kelas yang dibuka penghadangnya). Gerun betul tengok.
Lepas tu semua exam dah tak seram bagi aku sebab dah tau gambarannya.
Time nak ambil result je seram. Kahkahkah.

Rayyan pun tempuh pengalaman pertamanya ambil exam 'besar' kelmarin.
Rabu PKSK di sekolah menengah USJ23, dan esoknya di MRSM Alor Gajah.
Batch dia mana ada UPSR. Jadi, inilah exam besar untuk dia.
Itupun tak seram sangat sebab dia buat kat surau 😁.

Masa mendaftar untuk PKSK, barulah cikgu-cikgu tahu ada pelajar yang patah kaki.
Bilik komputer tingkat atas. Sekolah 4 tingkat pulak tu.
Lepas menjawab kat bilik komputer kena pi bilik lain pulak untuk exam karangan.
Jenuh juga nak memapah Rayyan.
Tapi kitorang ready je dengan tongkat and wheel chair.
Kat rumah pun dah biasa sebelah tangan pegang tongkat, sebelah tangan lagi paut pada bahu aku setiap kali turun naik tangga.
Jadi, takde hal lah kalau aku kena memapah dia naik tangga untuk exam.

Alhamdulillah, sekejap je cikgu-cikgu sediakan bilik khas untuk Rayyan ambil exam, iaitu di surau.
Dorang bawa turunkan meja and kerusi serta laptop.
Rayyan ambil exam sorang-sorang dalam surau - both exam di tempat yang sama tak perlu beralih.
Nak dijadikan cerita hari tu aku selsema teruk.
Aku ni kalau selsema wajib kena tumbang, baru lega.
Selagi tak tumbang, dia takkan lega dan akan attack kepala pulak.
Dahlah hari tu En Wan kena rasmikan Majlis Penyampaian Sijil Koko kat sekolah. YDP katakan.
Nak tak nak akulah kena gagahkan diri menguruskan Rayyan.

Mula-mula hantar Rayyan ambil exam di USJ23. Balik.
Baring kejap tak tahan.
Pukul 10 pagi cikgu call bagitau dah boleh ambil Rayyan.
Start kereta, terus ke sekolah.
Ambil Rayyan, salinkan baju dalam kereta sebab dia kena tukar baju koko.
Terus bawa dia ke sekolah SKPH2.
Rupanya dia dapat Anugerah Tokoh Pelajar Koko ke apa ntah.
Kesian Tokoh Koko, ambil sijil atas wheelchair.
Mesti orang tertanya-tanya camana dia atas wheelchair boleh dapat Tokoh Koko 😁.
Nasib baiklah patah kaki bulan December, semua penglibatan koko dah settle.
Kalau tak, frust jugalah dia agaknya.

Lepas balik dari majlis koko, lepak kejap kat rumah.
Pukul 12.45 pm kena hantar balik Rayyan ke sekolah sebab dia ada latihan keyboard.
Dorang ada performance kat mall nanti.
En Wan pulak dari sekolah terus ke program pejabatnya.
Pening kepala and selsema aku belum settle lagi ni dari pagi tadi.
Gagahkan juga bawa kereta dengan sakit sakit kepala tu hantarkan Rayyan.
Balik dari sekolah, aku dah flat.
Bagitau En Wan aku serius tak berdaya nak drive ambil Rayyan ni.
Tolonggggglah balik uruskan anak.
Nasib baik dia kata ok. Kalau tak, kering Rayyan kat sekolah tunggu aku ambil.

Aku dapat tido kejap dalam 1 setengah.
Sedar-sedar En Wan ada kat sebelah tengah baring.
Bangun solat. Elok je aku habis solat dia suruh bersiap nak gerak ke Alor Gajah petang tu juga.
Aku cakap yang nak rush tu dah kenapa. Examnya esok. Aku ni pening lagi.
Tak boleh. Member nak jumpa client-client dia kat Melaka katanya.
Dengan kepeningan tak settle, aku gagahkan bersiap sambil berdoa janganlah jalan jem, konfem terbelahak aku dalam kereta nanti.

Alhamdulillah, dari PH ke Homestay di Alor Gajah 52 minit sahaja.
52 minit ya dia bawak dari rumah ke sana.


Ini buktinya. Client dia cakap berdesup En Wan bawa kereta.
Sebab tu aku cakap dia ni terbangkan kereta.
Anak-anak muda sekalian kalau nampak pakcik tua ni janganlah kau bakor-bakor enjin kau tepi dia.
Nampak je tua ni. Aura racer zaman muda masih menebal.

Ok, the homestay.
Homestay ni dekat sangattttt dengan rumah nenek aku.
5 minit dah sampai rumah nenek aku.
Tapi disebabkan rumah nenek tu rumah tinggal dan tak berapa convinient untuk aku anak-beranak lepak, kitorang pilih homestay.
Alamatnya di Nombor 12, Jalan Prima 3, Residensi Pulau Sebang.
Sepelaung je dari A Famosa Resort.
Kau nak duduk sini untuk bercuti kat A Famosa pun boleh.
In fact, lebih selesa dan tak menyeramkan.

Nak pulak Tampin sekarang bukan Tampin 35 tahun dulu.
Dulu Tampin Store je ada. Asal aku balik Tampin je, situ je la yang aku tuju.
Now, Tea Live ada, FamilyMart ada, Kopitiam ada, KFC, McD, Pizza Hut -- serba ada.
Grab je sudah. Aku hari tu dinner pun Grab, breakfast esoknya pun Grab.

Alhamdulillah, senonoh betul rumahnya.
Lengkap basic keperluan untuk tinggal.
Aku syak tuan rumahnya beli rumah situ untuk duduk-duduk sesekali balik kampung.
Hari yang kitorang sampai tu, ada wakil yang menguruskan.
Gambar-gambar ni semua adalah gambar yang aku ambil sebelum aku CHECK OUT.
Bukti rumah ditinggalkan bersih dan kemas.
Menulis aku baru teringat tak bagitau En Wan lagi sampaikan mesej yang aku ada ambil 3 uncang teh lipton tuan rumah.
Terlupa bawa teh dari rumah.
Helok pulak nampak tuan rumah ada teh lipton, main hambik je.

Ada 3 bilik dan semua biliknya macam sama besar je.
Tak salah aku macam dia extend rumah ni sampai ke belakang.
Tiga-tiga bilik selesa agak spacious. Semua bilik beraircond.
Dua-dua bilik air lengkap dengan heater.
Hall boleh tahan besar, tapi takde aircond.
Aku tak sure TV ada astro ke tak sebab aku lansung tak tengok TV sebab tumbang awal lepas makan cetrizine.
Takde wifi. Tapi takpe, internet coverage strong di sana.
Bak kata Rayyan - ada teknologi.
Yang best, surau dekat. Residensi ni ada suraunya sendiri. Jalan kaki pun sampai.

Tempat makan, tak jauh.
Kau nak makan kat Tampin boleh, kalau nak keluar ke Alor Gajah pun boleh.
Paling senang Grab je lah.
Hari tu aku breakfast nasi lemak bungkus kampung pun pakai Grab.
Aku cakap Kat Mak Aji, lepas ni kalau ajak aku balik kampung, aku tido homestay ni je lah.
Rumah nenek aku tu memanglah bersih, cuma tak berapa lengkap barang-barangnya.
Belum sesuai untuk di-homestay-kan. Setakat anak-cucu nak duduk, boleh.

En Wan elok je turunkan bag, zasssss terus keluar jumpa client-client.
Dari petang, balik rumah untuk Maghrib.
Lepas tu keluar balik sampai 12 malam baru sampai.
Kisahnya aku meneman dia outstation la ni.
Malam tu pun aku tumbang awal.
Esok pagi aku tak fit untuk teman Rayyan ke MRSM Alor Gajah.
Dia dengan apak dia je pergi.

Kat maktab mak bapak takleh tunggu, jadi En Wan ambil peluang keluar jumpa client lagi.
Rayyan diuruskan oleh cikgu-cikgu di sana.
En Wan bolehlah terlupa nak tinggalkan tongkat, dah satu kerja cikgu-cikgu memikul Rayyan turun naik tangga 😆. Terima kasih cikgu.

Memang macam-macam ujian si Rayyan ni menjak patah kaki.
Berusung ke sana sini untuk ambil exam.
Hari tu exam kat sekolah pun sama gak. Berangkut tongkat and wheel chair.
Mujurlah mak bapak kerja sendiri, kalau tak jenuh juga nak menyusun jadual siapa kena take turn menguruskan dia.
Dalam kepayahan tu ada jugak kesenangannya, kan.