Pages

2022-12-31

Cuti bersalin 90 hari


Minggu lepas orang dok share pasal cuti bersalin 90 hari.
Ramai pandangan yang bersetuju dan tak bersetuju.
Aku berat sikit nak bagi pandangan, sebab aku majikan.
Karang orang kata aku bias.
Jadi marilah kita bercerita pengalaman jadi pekerja yang pernah mengandung 2 kali ketika makan gaji.

Kaki pertama aku mengandung tahun 2002. Masa ni kerja kat Prudential.
Masa awal-awal interview lagi dia tanya "Ada anak?"

"Takde"

"Ada perancangan untuk mengandung dalam masa terdekat?"

"Belum ada".


Pelik juga aku apesal dia tanya pasal family planning segala.
Bila ditakdirkan aku keguguran, barulah aku tahu company tak berapa suka kalau staff perempuan yang baru diambil bekerja, cuti bersalin.
Masa aku miscarriage, dapat MC 14 hari.
Doktor yang bagi ya, bukan aku yang minta.
Waktu tu aku tak tahupun kalau keguguran kena berpantang.
Aku bukan keguguran semula jadi, tapi terpaksa buat DnC sebab after beberapa jam sarung baby masih belum jatuh tapi dah bleeding dengan banyak sampai tak tahan sakit dah.
Maybe sebab itu aku dapat cuti panjang.

Masuk je ofis, tak dan habis waktu kerja lagi manager dah panggil.
Terus dia tanya "Kenapa tak bagitau you ada planning nak ada baby?"

Aku terdiam beberapa saat sebab tak tahu nak jawab apa.
Kitorang sebenarnya idok le bersungguh sangat plan nak ada baby.
Tapi dalam pada tak bersungguh tu, lekat pulak.
Tapi takde rezeki. Dek kerana terlampau aktif bergerak ke sana sini, lari kejar komuter, turun naik LRT, stress dengan kerja - akhirnya keguguran.

Manager kata dorang tak berapa suka new staff ambil cuti bersalin.
Kalau tahun kedua bersalin, lain cerita sebab at least dah nampak performance kita setahun.
Bila staff yang tak cukup setahun dah mengandung, company terpaksa hire staff kontrak untuk menanggung beban kerja kita.
Dah lah dia ambil kita bekerja belum balik modal, dah kena hire orang lain at the same time gaji kita jalan.

Aku pun offer balik ke dia.
Aku cakap "Takpelah, tak payah bagi saya bonus tahun ni pun tak apa. 2 minggu yang saya MC panjang tu, masa appraisal esok bagilah kredit pada yang menanggung kerja saya".
Dalam ertikata lain, bagilah orang tu dapat bonus lebih atau kenaikan pangkat sebab menganggung kerja aku.
Aku maintain jadi junior medical underwriter tak naik pangkat atau takde bonus, I am ok. 
Dia pun setuju.
Tapi, selepas 8 bulan, aku dapat kerja di company biotech yang dekat nau-nau dengan rumah.
Walaupun ppositionnya sebagai sales executive dan gaji lebih rendah dari Prudential, aku terima je sebab dah tak larat nak kejar komuter pagi-pagi Subuh.
Takde rezeki Prudential nak dapat medical underwriter power macam aku. Kahkahkah.
Tapi tulah, sekarang aku pulak yang jadi tukang tulis appeal letter untuk client En Wan.
Panjang juga jodoh aku dengan Prudential nampaknya.

Masa di company biotech, aku mengandung lagi.
Belum cukup setahun kerja juga.
Awal-awal lagi aku dah explain kat COO, tahun tu tak payah kira bonus dan takde kenaikan gaji pun takpelah.
Aku cuma nak terus bekerja di situ sebab dekat dengan rumah.

Tahun tu aku mengandungkan Redza.
Morning sickness tak berapa dapat, jadi takdelah isu banyak ambil MC.
Masa tu pakai kereta Kancil. Keras betul seat dia.
Demi nak elakkan keguguran lagi, aku beli kusyen extra untuk duduk atas supaya pantat aku tak terhentak-hentak bila driving sana sini buat sales.
Sales memang ligat aku buat sebab dah tahu nak bercuti panjang nanti.
At least kalau sales power, sejuk sikit hati majikan.
Aim aku cuma taknak diberhentikan saja.
Takde bonus dan takde kenaikan gaji tak apa, sebab aku faham aku belum cukup setahun dah mengandung.

Rezeki anak agaknya, selepas ada Redza, dia belum sampai umur 6 bulan, aku naik pangkat jadi Sales Manager.
Rupanya company tak nak aku cari kerja lain sebab aku bring sales every month hit target.
Maintainlah aku di situ sampai 4 tahun sebelum berpindah ke company lain.

Pada pandangan aku, kita as pekerja kena ada understanding dengan kepayahan majikan.
Kalau dah tahu tahun tu bakal bercuti panjang, bertolak-ansurlah.
Pulunlah sales sebanyak-banyak ada sebagai ganti kita bercuti.
Kalau tak mampu bring sales pada company, maybe boleh consider apa yang aku buat dulu, iaitu bagitau majikan taknak ambil bonus (cadangan sajaaaaa. Tak paksa pun).
Takde orang yang nak tolak bonus, aku tahu.
Lagipun "Cuti bersalinkan hak pekerja?" Gitu.
Ya, aku tahu. Sebab itu aku cakap takde paksaan. Terpulanglah.

Ya, kalau aku sedang mencari kerja, ini mungkin antara sebab yang aku perlu takut.
Majikan pasti lebih berhati-hati dan buat tapisan sebelum accept wanita yang dah berkahwin untuk diambil bekerja.
Tapi, memandangkan aku dah ada pengalaman lalui situasi ni, nasihat aku - JANGAN TAKUT.
Korang hanya perlu bertahan jap setahun untuk tak mengandung.
Sabar dulu. Tunjukkan performance dulu kat majikan.
Cukup setahun esok, boleh start cuba dapat baby.
Insyallah masa tu majikan ok dah.

Setakat ni aku ambil pekerja semua yang belum berkahwin.
Dah kerja 4-5 tahun baru kawen sorang.
Dalam masa 4-5 tahun tu dah nampak cara dia bekerja. Contribution tu jelas.
Jadi bila bersalin, silakan berpantang dengan selesa.

Aku pernah ambik staff yang dah berkahwin. Boleh tahan banyak "urusan" dia.
Suami tak kasi stayback, suami tak sihat, hari ni suami hantar lambat.
Suami ajak balik kampung Sabtu.
Asal balik kampung weekend, Isnin je emergency half day. Tak pun MC.
Itu cara-cara baru dia dan suami je. Belum ada anak lagi tau.

Benda-benda macam ni sebenarnya bergantung pada individu.
Masih ramai lagi yang tahu bezakan hal kerja dan peribadi.
Tetapi, bila majikan dapat pengalaman dengan individu yang salah, susah orang yang seterusnya nak dapat kepercayaan dan peluang bekerja di situ.
Maka jangan pelik kenapa ada majikan yang semacam racist, atau bitter dengan employee.
Pasti dia ada pengalaman yang tak best dengan pekerja terdahulu.

Masa aku kerja dengan company Devil Wears Prada dulu, hari last aku di sana, dia cakap kat aku "You are not a typical malay".
Entah berapa lama agaknya dia hidup dengan sangkaan macam tu.
Aku orang melayu pertama yang diambil bekerja.
Masa awal-awal aku kerja kat situ, aku tak dibagi pembantu, atau diajar untuk buat apa-apa.
Semuanya dia bagi aku buat sendiri.
Aku kena belajar produk knowledge sendiri. Kena bangunkan new department sendiri. Kena develop customer database sendiri.
Totally new department.

Pernah aku terfikir, dia ni beli aku sebab nak pekena aku ke (aku dibeli dari company lain, bukan aku apply kerja kat company dia).
Adakah dia biarkan aku buat kerja sorang-sorang untuk test aku, atau dia memang nak tengok sejauh mana skill aku develop new department?
Bila on last day dia cakap I am not a typical Malay, aku syak dia pernah ada bad experience dengan staff malay.
Itu buatkan dia kelihatan seperti racist. Agaknyalah.
Selepas aku left, aku masih attach dengan company dia sebab aku jadi their distributor.
Sesekali datang ke sana untuk collect stock, terperasan ada pertambahan staff melayu.
Dia dah mula percaya untuk terima malay employee.

"Be the change you wish to see", kata Mahatma Gandhi.
Whatever changes you would like to effect in our society has to begin with you.
Berbalik pada cuti bersalin 3 bulan tu, I have no problem with that.
Kalau itu yang dicadangkan dan ditetapkan, company aku akan obey. Takde masalah.
Tapi dah tentulah aku akan cari cara untuk dapatkan win-win situation.


2022-12-30

Payah betul nak minta influencers buat video remove mekap. Aku jelah buat sendiri. Senang.


"Alah...dah ramai orang buat".

Selalunya kita akan cakap macam tu everytime nak buat something, kan?
Kalau bukan kita yang cakap, mesti ada orang bagitau benda yang kita nak buat tu dah ramai orang buat, malah dah buat lebih awal lagi.
Contoh paling dekat pakwe aku tu lah.
Masa aku nak setup company, dia cakap "Awak nak bukak company biotech? Awak nak lawan majikan-majikan awak tu? Dorang lagi besar, Di".

Bila aku buat Fleur by Mrs Him start dengan jual shawl, dia cakap "Setakat tudung macam ni bersepah dah orang jual. Kat pasar malam pun banyak tudung".

Time aku start Green Aard, dia cakap "Ubat kurus? Banyak dah jual kat Giant Putra Heights tu. Awak baru nak start.."

Last year aku buat Bullet Journal Planner punnnnn ada yang kata "Benda macam tu pun nak beli ke? Boleh buat sendiri je".

Masalahnya, some people tak faham yang kita bukan nak lawan bisnes orang.
Takkanlah hanya kerana produk tu dah wujud, maka kita tak boleh produce the same function with different formula?
Aku punya produk tak sama macam orang lain, walau kelihatan konsepnya sama.
Contoh paling simple, bullet journal aku tahun lepas.
Memanglah boleh buat sendiri.
Kau boleh buat, kau buatlah.
Aku buat untuk orang yang mahukan kemudahan.
Benda dah ada, tinggal nak guna je.
So I offered my product kepada orang-orang ini.
 
Macam pes sambal.
Aku pun boleh kata "Boleh buat sendiri kat rumah".
Benda memang oleh buat sendiri, tinggal lagi malas nak buat.
Kalau ada yang ready-made, beli je lah.
Tapi tu lah kan, tak semua orang faham perkara ni.

Hal ni bukan berlaku pada produk jualan saja.
Kadang tu kita dah plan nak buat sesuatu, tiba-tiba nampak someone post benda yang sama kat FB, kita terus tak jadi nak teruskan plan kita tadi.
Kita stop sebab someone else has already done it, because kita takut orang lain kata kita meniru.
Come to think of it, semua benda pun orang lain dah pernah buat.
Bercouple - orang pernah buat. Bertenet - orang dah lama buat.
Berkahwin - lagilah ramai yang buat!
Beranak, pakai mekap, pakai seluar jeans, pakai sport shoes, main badminton - honestly, semua benda yang sound cool, semua orang dah buat.

Makeup remover GreenAard adalah hasil idea makeup remover Shu Uemura yang aku dah guna selama 3-4 tahun.
Aku suka makeup remover Shu Uemura tapi dia berminyak.
Lagipun tak tahan harganya mahal sangat beratus-ratus oiii.
Memang dia efisien tanggalkan solekan dengan sangat cepat, however selepas guna kau kena bilas dengan sabun sebab muka kau sangat berminyak.
Dia punya makeup remover jenis cleansing oil.

Setelah guna beberapa tahun, aku terfikir untuk produce sendiri punya.
Tapi aku taknak muka jadi berminyak sampai kena bilas dengan facial wash.
Jadi apa yang aku buat, aku ambil konsep cleansing oil Shu Uemura dan aku ubah.
Menggunakan idea yang sama tetatpi formula berbeza.
The only think yang berbeza adalah makeup remover aku TIDAK berminyak.
Ia dalam bentuk water-based yang berubah jadi foam ketika dipicit.
Bila dalam bentuk foam, maknanya dia removes makeup and and cleanse serentak, 2 dalam 1.

Selepas guna makeup remover GreenAard, kau tak payah apply toner.
Tujuan kita pakai toner adalah untuk buang lebihan minyak pada muka semasa mencuci muka.
Kalau kita pakai pencuci muka berasaskan krim memang ada sedikit kandungan minyak.
Tapi kalau pakai makeup remover GreenAard, minyak kat muka dah kena angkut dek buih, no need toner anymore.
Jadi triple penjimatan kat situ. 
Aku rasa makeup remover aku berjaya match dengan formula Shu Uemura sebab makeup remover GreenAard memang tanggalkan solekan less than 1 minit - clean and clear - just like Shu Uemura.
Cuma aku punya lagi praktikal and economical. *matilanakkk angkat diri sendiri*

Ada reader yang tanya boleh tak kalau jadikan Makeup Remover GreenAard sebagai pencuci muka sebab dia tak pakai mekap.

TAK PAYAH!
Makeup Remover GreenAard ni walaupun fungsinya 2 dalam 1 (boleh cleanse sekali), tetapi fungsi utamanya adalah untuk remove mekap.
Kalau setakat nak cuci-cuci muka, pakai sabun Lux pun boleh.
Yang dah pernah beli Makeup Remover GreenAard, aku yakin mesti rasa berbaloi dengan harganya.
Tapi kalau setakat nak guna untuk basuh-basuh muka, beli je lah face cleanser yang murah-murah sikit pun boleh.
Tapi kalau memang nak guna sekali untuk remove mekap, boleh beli produk GreenAard ni.

Tak ramai yang tahu GreenAard pernah keluarkan official video untuk promote Makeup Remover.
Rasanya setelah hampir setahun in the market, baru tergerak nak buat official video.
Sebab apa aku nak buat video? 
Sebab payah betul nak minta influencers buat video remove mekap.
Takut nau masing-masing netizen nampak muka mereka tanpa mekap.
Ada yang aku bayar sampai RM500 per video untuk 1 minit (sebab nak buktikan mekap remover ni hanya remove mekap in 1 minute), tapi hasilnya, dorang hanya basuh pipi and dahi je.
Mata and mulut masih ada kesan eyeliner and lipstik.
Bila aku tanya kenapa tak basuh the whole muka?
Dia jawab "Kan dah basuh pipi? Pipi ada foundation and blusher".
Termenung aku mendengar jawapan konfiden tu.

Ini produk remove mekap, dik. Haruslah nak tunjuk mekap hilang semua.
Yang pi tinggalkan lipstik and eyeliner tu dah kenapa.
Siapa je lah yang nampak foundation tu.
Hmm..takpelah. Nak buat camana kan, tahap tu je dia boleh buat.
Jalan paling mudah, aku je la yang buat video walau muka tak berapa nak model.

Masa buat official video, ada satu scene dalam bilik air.
Quite lama juga buat scene tu sebab bilik air kecil, jadi kena buat dengan berhati-hati.
Kejap tukar cahaya sini, kejap tukar ke sana.
Pastu basuh muka pun buat banyak kali take.
Satu angle sana, satu angle sini.
Setiap kali bertukar angle, setiap kali tu MUA akan touch up balik mekap.
Jenuh la tepek mekap, basuh. Tepek mekap, basuh.
Nasib baik Makeup Remover tu memang benar-benar melajukan proses shooting.
Model tu cakap "Memang bestlah mekap remover ni, saya pakai mekap waterproof kot".

Ya, dik. Sebab akak dah giveup dengan Makup Remover Shu Uemura yang mahal tu lah, maka akak keluarkan Makeup Remover ni.
Biar mudah and cepat hilangkan mekap. Tak payah bilas dengan facial wash lain.
Lepas tu PA dia tanya "Tapi kan, saya dah pernah nampak orang jual produk ni. Sebijik macam ni dengan kotak-kotaknya sekali".
Terpaksalah aku bagitau memang produk ni dah gerak pun kat market.
Tapi aku tak bagitau la produk tu terjual sebab video amateur muka aku.
Karang terancam pulak dengan model 40-an ni. *tiberrr*

Ada yang tanya Makeup Remover aku ni ada merkuri or bahan terlarang ke tak sebab cepat nau kesannya.

Takde. Janganlah risau.
Aku dah buat multiple lab test dah pun untuk sentiasa confirmkan setiap new batch bebas dari heavy metals.
Aku sendiri pakai produk ni of cos aku tak nak jahanamkan muka aku.
Kalau tengok pada lab report tu, no trace of mercury, arsenic, cadmium dan lead. ZERO.
"LOR" tu adalah benchmark untuk trace kehadiran metal.
Kalau the sistem tak dapat detect any metals sehingga ke nilai benchmark tersebut, maknanya sample diconsidered bebas dari heavy metal.
Untuk Makeup Remover GreenAard, memang zero trace of heavy metal.
Result yang dorang dapat untuk memang dah sampai ke benchmark "tidak ada trace of heavy metal" lansung.
So, takyah risau. Gunakanlah dengan tenang hati.

Lagi satu ada orang tanya Makeup Remover ni ada fungsi pelembap tak (mosturizer)?

TAK ADA MAKEUP REMOVER YANG BER-MOSTURIZER.
Kalau sesiapa kata makeup remover dia ada agen pelembap, itu temberang.
Nak pelembap, kena pakai mosturizer asing.
Melainkan toner. Kalau sesiapa kata makeup remover dia ada toner sekali dalam tu, yes, some makeup remover memang ada toner.
Maksudnya selepas remove makeup takyah pakai toner pun takpe kerana dah ada sekali dalam tu.
Tapiiiiiii, kena tau juga apa fungsi toner dan kenapa dia masukkan dalam tu.
Ada orang beli toner tapi tak tau apa fungsinya. Orang beli dia pun beli.

Toner berfungsi untuk buang lebihan minyak pada wajah selepas mencuci muka.
Sebab, ada pencuci muka oil-based atau mengandungi bahan berasaskan minyak.
Maka selepas cuci muka, kena pakai toner untuk buang lebihan minyak dari pencuci muka tadi.
Tetapi, kalau pencuci muka tu bukan berasaskan minyak, tak payahlah guna toner lagi.
Nak buat apa guna sebab muka memang dah bersih.
Makeup Remover GreenAard TIDAK ADA toner sebab kita buat dalam bentuk water, bukan minyak.
Lepas guna, terus apply mosturiser je. No need apply toner lagi. Jimat.

Ni kat bawah ni video aku tunjuk model amatur tunjuk cara-cara buat video remover mekap.

 



2022-12-29

Rupanya nikmat Allah tu tak pernah kecil!


Hari ni Day 22 aku berulang-alik rumah-hospital sejak Rayyan patah kaki.
Tak sangka dah 22 hari. Terima kasih yang tanya aku:

“Tak letih ke Kak Di?”
“Tak stress ke duduk hospital lama-lama?”
“Boleh fokus kat kerja ke?”


Kalau nak cerita bab letih, tidaklah letih macam letih baru lepas balik berjogging. Cuma letih kena berulang-alik.
The process pagi ambik mak-hantar ke hospital-patah balik PH untuk masuk ofis-jemput mak dari hospital-patah balik PH-patah balik ke hospital.
Proses ini yang meletihkan. Hospitalnya tak jauh pun.
Kalau tak jem, 12 minit dah sampai.
Tapi kalau sangkut kat jem, mau setengah jam.
Walaupun tak jauh, agak membuang masa jugalah sebab berulang-alik.

Rutin kitorang sejak masuk semula ke Avisena ni adalah, setiap malam aku and En Wan tido hospital.
Esoknya pagi-pagi aku keluar ambik mak.
Keluar pukul 7 pagi. Kadang keluar 6.40 pagi kalau bersiap awal.
En Wan selalunya tak ikut. Aku bagi dia tido lama sikit.
Dari hospital balik ke rumah ambik mok.
Mok yang nak teman adik. Dia kata selama ni kat rumah memang dia melayan Rayyan je.
Kalau duduk rumah sorang pun takde apa nak buat. Baik duduk hospital dia kata.
Lepas ambik mok, aku patah balik ke Avisena.
Selalunya bila patah balik ke sana dah start banyak kereta atas jalan.
Around 8am sampailah kat hospital semula.

Kalau aku and En Wan tak rushing, aku lapkan dulu badan Rayyan and tunggu dia gosok gigi.
Salinkan baju, kemudian baru ke ofis.
Setakat ni kami masih guna satu kereta lagi.
En Wan dropkan aku kat ofis pastu dia zasss ke ofis dia.
Aku lepak ofis sampai En Wan habis kerja nanti dia ambil aku balik rumah.
Kat rumah, kitorang mengemas apa yang patut.
Nak sental bilik air ke, mengelap-ngelap ke, menyapu laman ke, etc.
Macam petang semalam En Wan siap mesin rumput bagai.
Sejak jadi nomad berpindah-randah ni, rumput kat tepi rumah boleh buat jungle tracking 😆.

Penat?
Kalau itu soalannya, ya bolehlah dikatakan penat.
Tapi aku and En Wan cuba mencari sekecil-kecil perkara untuk dinikmati.

YANG PERTAMA, tido sekali.
Dalam keadaan sekarang, dapat tido bersama di satu bilik yang sama, dah cukup happy.
Walapun dia tido atas sofa bed, aku kat bawah atas lantai, tetapppp berpegangan tangan.
En Wan juntaikan tangan dia, aku pegang dari bawah.
Romeo and Juliet kalau nampak kitorang gini, patblas kali dorang bangun mati balik, bangun mati balik.
Seakan-akan tak percaya ada yang lebih lomentik dari dorang. Gitu.

YANG KEDUA, hospital dan bilik sangat selesa.
Setidak-tidaknya mengurangkan keserabutan.
Nak menjaga orang sakit ni banyak kena main emosi.
Kalau tempat tinggal selesa, yang sakit pun senang, yang menjaga pun seronok nak jaga.
Di sini, both parents boleh stay untuk teman tido.
Waktu siang, immediate family member boleh datang anytime.
Internet available, dalam bilik ada sofa bed yang selesa, ruang kerja yang selesa, dan bilik air yang luas dan tak payah berkongsi.
Bilik Rayyan duduk ni kalau bentangkan toto, aku sefamili campur Mak Aji and Pak Aji pun boleh tido dengan selesa. Memang luas.
Memang syukur sangat sebab aku and En Wan boleh lepak sama-sama.
Parking pun banyak! Cuma pejamkan sajalah duit parking RM10/day 😁.

YANG KETIGA, mok tolong temankan Rayyan.
Mok yang nak sangat tunggu Rayyan.
Aku and En Wan boleh ke ofis dengan tak payah risau pasal Rayyan.
Actually kalau mok tak teman pun takpe sebab nurse kat Avisena sehari 6-7 kali masuk check Rayyan.
Cleaner dia 3 kali masuk.
Pertama kali masuk menyapu, mengemop and basuh bilik air.
Kali kedua dan ketiga, masuk untuk collect sampah.
Tak sempat sampah nak penuh, dah berkutip.
Memandangkan mok yang minta untuk teman Rayyan, kitorang layankan.
Lagipun bilik Rayyan ni entitled untuk dapat 2 set makanan.
Senang sikit aku takyah pikir mok makan apa kat rumah.
Makanan kat sini everyday boleh pilih dari 7 menu. Siap ada tea time. Kemain suka mok.

YANG KEEMPAT, dekat. Tak jauh sangat dari rumah.
Terus masuk hiway, settle.
Sebenarnya kalau nak lebih dekat, Columbia Asia Puchong tu lebih dekat dengan rumah kitorang.
Tapi sebab dah biasa ke Avisena, biorlah ke sana je.
Semalam masa buat x-ray pun Rayyan tak payah ditolak ke bilik x-ray.
Dorang bawa masuk the instrument ke dalam bilik. Convenient. Memudahkan pesakit.
Tak perlulah pesakit nak beralih katil.
Dapat minimizekan pergerakan kaki Rayyan.

Semua tu sebenarnya biasa-biasa je.
Bila tengah sihat, semua ni kelihatan biasa-biasa.
Tunggu jadi kejadian macam ni, tidur dengan suami dah jadi agenda yang ditunggu-tunggu!
At least itulah hiburan nak tenangkan hati sendiri.
Takdelah aku tido dengan airmata just like masa En Wan jaga Rayyan kat PPUM hari tu.
Tido 12 am, bangkit 3 am. Tak lena tido. Tido pun mimpi PPUM 😭.
Bangun tido je menangis. Nak tido pun menangis.
Allah, aku taknak lalu lagi keadaan tu.
Now bila dapat tido bersama walaupun dia atas sofabed and aku atas lantai — tak apa! Asalkan nampak depan mata.

Sebut pasal stress, takde dah stress macam awal-awal dulu.
Dulu penuh dengan ketidakpastian. Tak tahu what’s next.
Now dah melepasi episod-episod mendebarkan, alhamdulillah.
Di sini semua pintu bilik tertutup. Tak nampak orang sakit.
Kuranglah sikit negatif vibe.
Masa kat PPUM hari tu kejap-kejap dengar orang terpekik.
Ada satu hari tu aku jaga siang, dengar lelaki menjerit “Woiiiii! Woiiii! Sakit oiiiiii”.
Lepas tu dengar yang lain “Tolongggg. Nak berak niiiii”.
Allah…kuat betul yang bekerja di situ hari-hari dengar suara orang menjerit.
Kalau aku, tak sakit pun jadi sakit.
Respek aku dengan orang yang kerja kat hospital, especially hospital kerajaan.

Maka, itu adalah satu perkara yang perlu aku syukurkan sangat-sangat.
Bak kata kawan aku, Nurul - ramai yang terpaksa hadap situasi tu sebab takde pilihan lain.
Bila aku dapat keluar dari keadaan tu, harus banyak bersyukur walaupun masih belum boleh balik ke rumah.
Sekurang-kurangnya hospital ni keadaannya macam di rumah juga.
Dah tentu tido atas katil di rumah lebih best.
Tapi di sini walaupun tido atas lantai, ruangnya selesa dan tidak ada pekikan suara orang mengerang kesakitan.

“Boleh fokus kat kerja?”


Ni meja kerja aku 👆🏻 di sini. Insyallah, boleh fokus.
Masih boleh communicate dengan budak-budak ofis, masih boleh check office database dari sini — takde masalah.
Bezanya, aku takde dalam ofis.
Disebabkan banyak point-point untuk disyukuri, maka aku pejamkan mata dulu bab berulang alik, duit parking, duit minyak, tol, penat, etc.
Tapi sungguh, nak mencari sekecil-kecil nikmat dalam ujian yang Dia bagi ni, hampir lembik aku.
Walau bagaimanpun, sangat membuka mata dan hati.
Rupanya nikmat Allah tu tak pernah kecil!
Hanya bila dah hilang sesuatu barulah sedar yang disangka kecil itulah nikmat yang besar. 


Ini pun sejenis nikmat.
Nikmat bila dah masuk Day 22, bil hospital semuanya ditanggung medical card.
Macam follower ni kata, masa tengah sihat memang terasa membazir bayar medical card every month.
Tapi bila jatuh sakit, kalau kena keluar savings RM25k, bertambah jatuh sakit dijadinya.

Rayyan ni pun siapa sangka boleh patah kaki?
Kena buat macam-macam prosedur, biopsi, x-ray, CT scan dan duduk hospital berhari-hari.
Aku cakap kat En Wan, kita ni kalau takde medical card agaknya kita nekad je bawa keluar Rayyan dari sini duduk je atas katil kat rumah.
Tapi sebab ada medical card, bertahan juga duduk hospital supaya dapat treatment yang lebih baik.

En Wan every week turun bawah tanya berapa bil terkini.
14 hari ni sini bil dah RM9k tidak termasuk doktor punya caj.
Kali ni tak tinggi sangat macam awal-awal masuk dulu.
Kali kedua di sini takde procedure apa-apa. Cuma lepak on bed je.
Tu pasal 14 hari duduk baru RM9k. Hari tu duduk 5 hari je RM12k.


Buang tonsil sahaja RM50k.
Bayar premium bulan-bulan hanya RM150. Anak baru 7 tahun.
Maknanya baru bayar RM12,600, tapi bil hospital cecah RM50k.
Untung ada medical card. Lega tak? Legalah dah tentu.

Sakit memang kita taknak.
Tapi jauh lebih tak nak bila dah sakit, pilihan rawatan pula terhad kerana kita tak mampu. 
Itu lagi buat tambah serabut.
Korang kalau ada anak, semasa dorang tengah sihat ni cepat-cepat buat medical card.
Budak-budak belum dapat critical illness. Polisi senang lulus.
Murah pun murah sebab umur muda lagi jadi premium tak tinggi.
Buatlah. Jangan delay.

 

Cleansing Gel juga akan beubah harganya bermula 8 Jan depan.
Masih sempat untuk penjimatan sedikit kalau beli sekarang. Harga YES 2022.


2022-12-28

Parents will be extra selective dalam hal masa depan anak, especially bab pilih pasangan.


PM ni buatkan aku teringat kisah sendiri, 20 tahun lepas.
Kali pertama aku jumpa En Wan, hari pertama lagi dah bawa jumpa Mak Aji and Pak Aji.
Terus bawak datang rumah.
Keadaan masa tu dingin je, sampai aku terasa asing duduk dalam rumah sendiri.
Dingin sebab masa ni semua ingatkan aku tinggalkan exbf sebab nak kat En Wan.
Aku kan tak bercerita sangat hal aku yang dah lama bermasalah dengan exbf tu.
Waktu En Wan datang rumah, semua pun ada kat hall, tapi takde orang pun nak mula bercakap dengan En Wan.
Mak aku lagi selamba, baca paper. Punyalah nak tunjuk dia tak suka. Agaknyalah.

Kalau aku jadi En Wan dah konfem itulah hari akhir perhubungan kita. Ahgiteww.
Sebab bila mak bapak orang tu macam layan tak layan dengan kita, that is a very loud message already.
Tu kalau aku lah. Tapi En Wan sangat-sangat matang dan memahami lebih dari yang aku sangkakan.
Dia semacam tahu yang family aku mesti susah nak terima dia.
Ye lah, takde angin takde ribut tau-tau dia ada dalam hidup aku.
Yang aku dok bawak ke sana sini, tau-tau tak jadi kawen.
Satu-satunya ahli keluarga yang setuju nau-nau dengan dengan En Wan adalah Ima sebab Ima paling tak suka exbf aku sejak dari mula.

Tapi aku hati kering.
Taknak sembang dengan boifren aku takpeeeee, aku boleh je cakap berdua je dengan En Wan as if kami je ada kat hall tu.
Aku kalau dah activate aku punya "buat bodo", memang kaw-kaw aku bagi.
Silap-silap bernanah karang dengar aku sembang berdua. Kahkahkah.

Masa tu pulak bulan puasa.
Kalau tak puasa boleh aku keluar berjalan dengan En Wan.
Tapi sebab puasa, aku prefer lepak kat rumah je.
Lagipun baru first time jumpa En Wan, lebih baik jumpa kat rumah.
Mana la tau kot-kot dah kenal aku depan-depan sekali dia tak berkenan, takde la kejadian aku kena tinggal kat tepi jalan balik sendiri. Mbahahahaha.

Lama juga tempoh Mak Aji nak accept En Wan.
Pernah satu malam tu, En Wan call dari Japan, kitorang bersembang sejam lebih.
Bincang whether to proceed or not dengan relation ni.
Aku ajak dia lari "Kita lari, jom?".
Pastu En Wan kata "Tak boleh, Di. Kita ada mak bapak. Tak boleh buat macam tu".
Statement En Wan buatkan aku yakin he's the one sebab dia nak halalkan aku secara baik, mengikut adat.
Tapi ketika tu aku tak tau macamana nak yakinkan mak bapak aku yang En Wan tak macam yang dorang bayangkan.

Aku rasa ketakutan Mak Aji ni sama macam ketakutan mak kepada follower kat atas.
Follower tu kata mak dia tak suka sebab calon suami kakaknya duda anak dua.
Mak aku pulak tak suka En Wan sebab En Wan ada point-point seorang lelaki liar. Gitu.
Study overseas, bawak kereta sport, gaya ranggi masa tu dengan gelang dan rantai taring rimau 😆.
Lagilah mak aku tak berkenan.
Dia anggap En Wan budak yang sosial, entah-entah main perempuan minum todi segala kat Jepun.
Biasalah, mak-mak. Imaginasi tak terjangkau.

Tapi takpe, kita redah dulu.
Masa ajak En Wan lari, time tu aku dah in a state of giving up.
Takde jalan lain.
Lagipun aku dalam keadaan terdesak sebab exbf aku masih mengacau.
Aku perlukan something yang strong untuk buatkan dia give up.
Jalan paling senang adalah mak bapak aku harus bersetuju yang En Wan adalah pilihan keluarga.
Bila ini tak dapat, aku punya last resort adalah JOM KITA KAWEN LARI.
Penangan banyak tengok cerita Hindustan ginilah 😆.

Tapi En Wan sangat gentle.
Dia ada history ahli keluarga kawen tanpa restu mak bapak, sebab itulah macamana sekalipun En Wan usahakan dapat restu mak bapak aku dulu.
Antara usahanya, dia rajin email Mak Aji.
Aku tak sure mak aku reply ke tak, tapi dia selalu email, bertanya khabar, bercerita apa dia buat kat Jepun sambil-sambil hint nak bertunang.
Pandai gak beliau kona lipat. Sekali jalan.

Kali pertama aku jumpa En Wan, mak bapak aku tak suka.
Lepas tu En Wan balik semula ke Jepun.
Kali kedua dia balik Malaysia, kitorang terus bertunang.
Maknanya, dalam tempoh 7 bulan, En Wan berjaya ambil hati Mak Aji hanya melalui emails and phone calls.
Aku tak taulah apa dia jampi mak aku, tapi second time dia balik, kitorang bertunang.
Masa aku balik nak bertunang tu dah bersusun barang hantaran sampai 13 dulang.
Semua Mak Aji prepare sendiri.
Beria dia menggentel bunga rampailah, gam kotak hantaranlah, tempah kek sampai 3 oi! Konfius aku.
Dulu punyalah tak suka. Sekali dah suka, 13 dulang dia siapkan.

So apa yang boleh aku cakap kat sini, kalau kita dah tau mak bapak tu tak suka, usahalah lebih.
Dapat tak dapat lain cerita, janji usaha dulu.
Selagi kau tak kena ludah dengan mak bapak orang tu, berusahalah terus.
Masih ada chance lagi tu.
Kalau dah sampai kena ludah, ok back off. Cari orang lain.
Kadang-kadang punca mak bapak tak suka bukan kerana tak suka kita as a person, tapi kerana masing-masing ada bad experience dengan orang lain.
Maybe kita resembles that person? Siapa tahu kan.
Maka kalau nak, kena sungguh-sungguh yakinkan mak bapak.

Perkahwinan adalah one of the most historic moments in everyone's life.
Oleh itu, penting juga menjadi selektif dalam memilih pasangan.
Bukan sekadar win his/her heart, tapi juga hati keluarga dan kawan-kawannya.
Selalunya, bab nak dapatkan restu orang tua ni yang payah sikit.
Perbezaan backgrounds, incompatibility sikap, kebiasaan yang tak terbiasakan, taraf pendidikan - semua ni mainkan peranan.
Sebab tu ada petatah "enggang sana enggang, pipit sama pipit".
Sekufu lebih senang. Kalau tak, kena extra effort sikitlah.

Kalau dah nampak mak bapak ada hawa-hawa tak suka pilihan kita, tenang-tenang je. Jangan melawan.
Bersikap tenang adalah senjata yang paling kuat untuk senyapkan kontroversi dan pertelingkahan.
Bagi dulu dorang lepaskan rasa kecewa dan marah, kendian nanti bila keadaan dah ok, slowly bagitau kenapa kita pilih dia sebagai pasangan.
Dalam keadaan tenang, sambil-sambil bagitau kelebihan pasangan, insyallah mak bapak akan nampak kita dah cukup dewasa dan rasional untuk berfikir dengan teliti.
Dorang boleh nampak yang kita memilih bukan kerana perasaan cinta semata-mata.
Tak mustahil sikap ini boleh buat hati mak bapak cair.
Waktu tu nanti mak bapak akan mula faham bahawa anak mereka adalah manusia yang matang yang keputusannya perlu dihormati. Insyallah.

Budak ni kata bila parents pakwenya suruh dia basuh pinggan, terus dia tawar hati.
To some people, disuruh basuh pinggan adalah suatu threat.
To some people yang lain, itu peluang untuk bermesra dan mengenal hati budi bakal mertua.
Boleh jadi "suruhan" membasuh pinggan adalah biasa saja dalam keluaga si lelaki.
Boleh jadi juga, parents lelaki nak tengok si perempuan boleh buat kerja dapur ke tak, atau sama ada berkira kederat tenaga, atau boleh bercampur orang ke tak.
Tetapi pada si perempuan yang mungkin tidak dibiasakan dengan kerja-kerja di dapur, disuruh membasuh pinggan adalah signal bahawa dia tidak diterima dalam keluarga tu. Boleh jadi, kan?
Maka jalan paling mudah, cabut awal sementara kasih masih belum mendalam.

[wow! puitisnya bahasa aku]

En Wan dulu pun terkibai-kibai nak buat kerja kat rumah Mak Aji.
Sebab dia lahir atas dulang berisi duit.
Maid rumah dia saja sampai 3.
En Wan ada maid khusus untuk jaga dia sorang.
Aku pernah jumpa ex-maid En Wan, namanya Kak Mek.
Kemain peluk-peluk kalau jumpa En Wan.
Takpe, aku izinkan mereka bermesra.

Ambil masa juga untuk En Wan sesuaikan diri dengan keluarga aku yang memang biasa kerahan tenaga.
Semua benda buat sendiri.
Potong rumput sendiri. Cat rumah sendiri. Cat pagar sendiri. Kemas rumah dah tentulah sendiri.
Dia pelik apesal family aku breakfast awal sangat pukul 7.30 pagi hari cuti.
Pukul 7 pagi dah macam-macam bunyi kat dapur menyiapkan sarapan.
Dia tak tahu bini dia takde chan nak bangun lewat zaman anak dara.
Boleh terangkat bumbung rumah tu dengan pekikan Mak Aji karang.
Aku belajar bangun lambat sejak kawen dengan En Wan.
Heaven rupanya bangun lambat golek-golek atas katil di hujung minggu. Hahahaha.

Tapi sekarang En Wan dah boleh diharap.
Kalau bab pendawaian letrik, mendeko dinding dan tingkap rumah mak aku tu, boleh sangat dah harap kat En Wan.
Yang paling mak bapak aku suka adalah berjalan dengan En Wan. Oiii menjadik tu!
Mak aku kalau aku ajak jalan-jalan ke utara ke, ke luar negara ke, dia seronok ikut bukan sebab ada aku tau tapi sebab ada En Wan.
Aku takleh diharap katanya.
Kalau En Wan dia yakin sikit sebab En Wan kuat berjalan.
Aku jenis memerap, buang masa.
Masa pi Ho Chi Minh dulu, dah balik dari berjalan dah kepenatan aku kat bilik.
Sekali nampak En Wan siap-siap.
Pastu dia call bilik mak aku "Ma, Wan nak gi Pasar Ben Thanh cari barang. Mama nak ikut?"
Mak aku join kau tau! Aku macam...tak penat-penat ke dorang ni?
Patutnya aku bagi dorang berdua je pi Ho Chi Minh, aku duduk rumah tenang-tenang.

Mana-mana parents will be extra selective dalam hal masa depan anak, especially bab pilih pasangan.
Malah, dorang tend to tetapkan kriteria menantu lebih hebat dari achievement dorang sendiri.
Contohnya, kalau boleh nak menantu yang berkerjaya stabil.
Walaupun katanya "Tak kisahlah kerja apa janji kerja", tapi di sudut hati biarlah menantu tu kerja yang gajinya sedap sikit.
Bukan apa, kalau kewangan stabil, kurang sikit masalah rumahtangga.
Lagi satu, kalau boleh calon menantu biarlah yang beragama katanya.
Tak jadi imam pun takpe, yang penting solat 5 waktu jangan tinggal.
Tapi kalau boleh lead bacaan doa selamat lagi bagus. Gituuuu.
Cuba kau try bawak pak imam umur 65 tahun jadi calon suami, mungkin mereka gembira. Kahkahkah.

Mak bapak cuma tak nak anaknya susah, nak anak menantu hidup bahagia.
Itulah reason yang buatkan parents risau kalau dapat pasangan yang salah.
Tugas kita explain to them that your calon is the one who is the most capable of making your dreams come true.
Tak perlu mengada-adakan cerita si boifren dah beli rumah, atau si girlfren ada bisnes yang simpanannya ratusan ribu.
Jangan cuba-cuba nak tipu mak bapak sebab dorang akan selalu ingat apa yang kita cerita tentang pasangan kita.
Nanti kalau mak bapak dapat tau bakal menantu belum ada rumah sendiri or tak ada simpanan sebanyak yang dikata, masa tu nanti mereka jadi anti pada pasangan kita dan menganggap pasangan kita tak boleh dipercayai.
Jadi, jangan nak create storyline yang merepek.
Your partner's good qualities are enough to impress your parents.

Tahun pertama aku kawen, kitorang beraya kat Tganu.
Selalunya raya pertama selepas kawen mesti rumah perempuan, kan?
Tapi sebab En Wan dah 2 tahun tak balik beraya kat Malaysia, kitorang setuju beraya kat Tganu.
Pagi raya aku bangun awal, 5 pagi dah bangun sebab memang dah biasa bangun awal pagi raya nak tolong masak macam-macam.
Tapi, pagi raya tu rumah mok masih sunyi. Gelap lagi. Aku dah siap mandi.
Terjenguk-jenguk aku dari tangga, apesal bawah (hall) ni gelap?
Sekali mok tegur.

"Eh? Diana nak gi mana? Bakpe awal sangat bangun?"

Aku tanya "Dah pukul 5 pagi, mok. Kita taknak masak apa-apa ke?"

Mok balas "Nok masok mende. Nasi dagang je. Kejap je masak"

Itulah raya pertama aku tanpa ketupat rendah dan lodeh serta sambal sotong.
Patutlah semua pun tido lagi, rupanya lauk raya nasi dagang je.
Tapi dorang ada order satey, order ketupat palas, order lauk-pauk lain.
Masa tu aku macam "Oh, gini rupanya dorang sambut raya. Semua order".
Kalau aku kat Bangi, pecah peluh pagi-pagi buta menumis, memasak, menggoreng, membakor.
Mujurlah CT tu jenis memang pandai kerja dapur.
Takdelah dia culture shock masuk keluarga kitorang.
Lagi terer dia memasak dari aku.
Eh, aku penah pandai masak ke? Kahkahkah.

By the way...stok ini menyusut. Tapi new stok akan sampai sebelum 6 Jan.
Memandangkan YES 2022 berakhir 7 Jan, sesiapa nak pre-order, silakan whatsapp SINI.






2022-12-27

Aku tak suka produce one-for-all product.


Video semalam yang aku share pasal production GC PLUS dan kenapa sometimes korang boleh nampak tinggal 1-2 biji kapsul bila dah habis.
Ada juga beberapa orang yang komplen GC PLUS tak bagi cukup 120 biji.
Sebenarnya yang tinggal 1-2 biji tu bukan KURANG, tetapi LEBIH.
Mana-mana production, mesin akan dibuat setting ikut kuantiti yang kita mahu.
Kalau GC PLUS perlu 120 kapsul dalam setiap botol, maka mesti akan set 120 kapsul.
Selepas itu, setiap botol akan ditimbang. SETIAP BOTOL, ya.
Ketika di timbang pula, production allow 1-2 g lebih.
Maka sebab itulah setiap botol GC PLUS kadang-kadang akan tinggal 1-2 kapsul. Itu namanya LEBIHAN.
Kita bukan produk timbang kilo, yang kira sebiji-sebiji kapsul masukkan dalam botol 😆.

GLOEI. Idea untuk hasilkan Gloei datang masa aku buat research Herba Rahsia Rimba.
Banyak jurnal yang aku baca time tu.
Tengah-tengah baca tu, aku terfikir apesal kita nak ambik kolagen dari luar sedangkan badan kita sendiri boleh produce kolagen?
Kolagen dalam badan menyusut seiring dengan usia.
That's why orang ambil suntikan Vitamin C.

Perasan tak muka orang yang cucuk vitamin C jadi glowing dan gebu sangat?
Yang menyebabkan kulit cantik bukan kerana Vitamin C tu, tetapi Vitamin C itu trigger penghasilan kolagen dalam badan.
Vitamin C yang dicucuk tu akan tambah hidrogen dan oksigen pada asid amino.
Asid amino perlukan hidrogen dan oksigen to do their part in collagen production.
Maka, secara ringkasnya, kalau badan tak dapat jumlah vitamin C yang optimum, pengeluaran kolagen akan jadi slow.
Bila kolagen rendah, kulit jadi kusam, dan lebih cepat proses penuaan berlaku. Faham, kan?
Ni kalau aku bercakap ni mahu senapas je aku bagi.

Ni karang ada yang kata "Maknanya ambil Gloei jadi muda ke?"

Bukan macam tu. Tua tu pasti, ya.
Kita bukan nak elakkan diri dari jadi tua. Umur tak boleh ditangguh-tangguh.
Yang kita nak tangguh ni adalah penuaan kulit.
Caranya adalah dengan hasilkan kolagen yang diperlukan oleh badan.
Bila aku pikir-pikir balik, why not extract je plant yang diakui kandungan vitamin C-nya tinggi, dan jadikan itu makanan yang boleh trigger kolagen dalam badan?
Aku rasa itu lebih baik sebab badan kita sendiri cukup arif tentang kolagen production, jadi badan akan mengawal penghasilan kolagen yang optimum yang diperlukan oleh kulit supaya tak ada isu "terlebih makan protein hingga menyebabkan kidney rosak". Betul, tak?

Ada yang tanya kalau Gloei tak ada kolagen haiwan, bermakna Gloei tidak ada protein.
Jadi macamana Gloei boleh tambahkan kolagen dalam badan?

Dalam Gloei bukan tak ada protein lansung.
Cuma proteinnya bukan dari kolagen haiwan, tetapi dari ekstrak bahan aktif from microalgae untuk tujuan UV-blocking properties.
Selain dari itu kita pilih ekstrak chamomile sebab aku peminat ancient herbs.
Ramai orang minum teh chamomile sebab antioxidantnya sangat tinggi.
Kalau perut cramp, minumlah teh chamomile, insyallah lega.
Aku masukkan extract chamomile dalam Gloei untuk helps reduce stomach cramp semasa period.
On top of that, chamomile itu sendiri memang untuk skin.
Dah banyak mask chamomile, teh chamomile, krim chamomile orang buat.
Jadi, chamomile dalam Gloei bukan bahan yang baru. Formulanya saja berbeza.

Gloei ni tak macam GC PLUS dan Herba Rahsia Rimba.
Tak ada yang too teknikal dari Gloei.
KKM pun klasifikasikannya sebagai makanan tambahan, bukan ubat-ubatan.
Jadi, Gloei boleh diambil oleh both lelaki and perempuan, ibu lepas bersalin, dan ibu menyusukan anak.
Budak-budak nak ambil pun tak apa. Ini food supplement, bukan ubat.
Tapiiiii, budak-budak nak ambil Gloei pun buat apa.
Kolagen dorang masih banyak, dan budak-budak jarang ada masalah kulit.
Maka, tak payahlah bagi anak tu Gloei. Tak perlu pun.

Ada yang tanya "Kak, Gloei boleh tak pulihkan senggugut, lancarkan haid, hilangkan lenguh, tambah tenaga, turunkan asma...."

Aku tak suka produce one-for-all product.
Aku suka specifickan fungsi setiap produk.
Setiap bahan yang dimasukkan dalam setiap produk 80% bertujuan untuk menjalankan fungsi yang khusus.
Lagi 20% adalah bonus yang korang bakal dapat.

Contohnya, Nutrijuice khas untuk kolesterol.
Tapi kenapa ada yang kata gout dan darah tinggi jadi lebih baik bila ambil Nutrijuice?
Kerana, apabila kolesterol menjadi stabil, pembuluh darah akan jadi lebih besar laluannya.
Darah tidak lagi tersumbat kerana penumpukkan kolesterol sudah berkurangan.
Pembuluh darah ke laluan kaki juga tak tersumbat dan segalanya menjadi lebih lancar.
Itulah yang dikatakan BONUS, kerana segalanya saling berkait.
Jangan pula sakit kaki makan Nutrijuice. Dah salah faham dah tu.
Fungsi utama tetap untuk turunkan kolesterol.

Same goes to Gloei. Ini produk khas untuk skin glowing dari dalam.
80% bahan-bahan yang digunakan tujuannya untuk stimulate kolagen.
Bila kolagen optimum, skin jadi lebih baik.
Tetapi, kolagen juga adalah sejenis protein yang tempatnya ada dalam otot, tulang, kulit, saluran darah, sistem pencernaan dan tendon.
Maka bila kolagen optimum dalam badan, secara tak lansung membantu menjadi "gam" yang memegang sendi dan tendon.
Sebagai bonus, lutut mungkin lebih kuat, tak sakit-sakit lagi.
Tapi, itu bonus tau.
Jangan pula beli Gloei untuk tujuan hilangkan sakit lutut. Salah faham dah tu.

Dulu aku pernah bagitau pasal gluthathione.
Aku tulis yang Gloei boleh stimulate gluthathione dari dalam, yang kesannya kulit akan jadi lebih cerah.
Pastu ada yang tanya "Kalau gluthathione semulajadi ada dalam badan manusia, kenapa ada orang yang kulit gelap?"

Ok, jangan konfius PUTIH dengan CERAH.
Dalam badan orang yang berkulit gelap, kandungan melaninnya tinggi.
Kalau orang ini ambil supplement gluthathione dengan banyak, at the same time melaninnya banyak, dia takkan jadi putih melepak, kulitnya hanya jadi brighter je.
'Brighter' tak semestinya putih. 'Brighter' boleh jadi cerah sikit dari asal.
And one more thing, bila gluthathione dikatakan sebagai agen pencerah semulajadi, tak bermaksud kerjanya fokus kat cerahkan kulit je.
Reduce pigmentation pun boleh jadi.
Bila pigmentation reduced, nampaklah cerah sikit muka tu.

Ini gambar masa aku jadi guinea pig masa nak releasekan Gloei.
Memandangkan selalunya orang bertanya "Berapa botol kena makan Gloei baru kulot nampak glowing?"

Hat ni lah soalan yang susah aku nak jawab sebab orang nakkan jawapan yang specific sedangkan cepat atau lambatnya proses pemulihan kulit bergantung pada badan kita juga.
Kalau tengok gambar aku yang before tu boleh nampak aku tak ada masalah jerawat.
Yang ada cuma masalah kulit tak berapa cerah je.
Ada la sikit beberapa titik sunspot.
Memandangkan kulit aku takde jerawat, jadi proses penyembuhan kulit lebih cepat berbanding orang yang ada parut jerawat.
Kulit aku ada masalah jeragat yang kecil-kecil, bukan besar-besar penumbuk, jadi proses penyembuhan juga lebih cepat.

Kulit aku tak putih, dan Gloei bukan untuk memutih.
Yang buatkan kulit aku nampak lebih cerah adalah BONUS akibat blood vessel dah diperkuatkan akibat pengambilan Gloei.
Kehilangan kolagen di bawah mata membuatkan kulit jadi nipis.
Bila saluran darah bawah mata jadi lemah dan sempit, dark circle muncul.
Bila kolagen dalam badan optimum, saluran darah bawah mata jadi luas dan kuat. Dark cricle slowly akan pudar.
Tapi, kalau tak support dengan tido yang cukup, mata tetap letih.

Yang penting perlu tahu bahawa Gloei bukan produk ajaib.
Kulit bertindakbalas berbeza-beza terhadap Gloei bergantung kepada genetik, jantina, umur dan severity of your current skin condition.
Kena konsisten dan bersabar.
Kalau everyday ambil kafein and sugar intake juga akan slowkan proses penghasilan kolagen.

"Kak, kenapa kecil sangat sachet Gloei ni?"

Ada sebab kenapa sachet Gloei kecil.
Kat dalam tu ada extract Roman Chamomile.
Roman Chamomile sangat powerful pada skin dan tak boleh melebihi dos yang tertentu.
Zaman-zaman Cleopatra dulu, dorang guna chamomile untuk treat skin problems yang severe macam bisul, dermatitis, insect bites, luka and dysmenorhea.

Gloei tak nak guna collagen haiwan bukan kerana collagen haiwan tak bagus, tapi badan manusia tak semuanya boleh menerima jumlah protein (kolagen) yang sama.
Lagipun bukan semua orang serasi dengan collagen haiwan.
Sebelum ambil supplemen ber-kolagen please buat research tentang product dan tindakbalas badan korang atau jumpa your medical professional untuk dapatkan nasihat terlebih dulu.
Ini kerana, serving size, kekerapan pengambilan collagen dan jenis collagen taken may vary from person to person.
Atas sebab itulah Gloei gunakan konsep to stimulate own collagen.
Bila kolagen dari badan sendiri yang diproduced, itu lebih baik sebab sah-sah badan sendiri yang punya kolagen.
Mustahil ada badan yang alergik dengan collagen sendiri, kan?

Aku pernah work on projek jellyfish kolagen dengan customer bioteck satu masa dulu.

Ini another collab dengan customer pada tahun 2012 (lebih awal dari projek jellyfish), also berkaitan kolagen. 
Tapi masa ni aku nak buat analisis DNA untuk pastikan DNA collagen tu bukan dari sumber babi.
Aku akhirnya come out with protokol untuk extract DNA dari minuman berkolagen.

Sesiapa yang ada pertanyaan tentang Gloei, bolehlah DM aku atau email diana@xzizbiotech.com.
Yang dah biasa dengan Gloei, teruskan whatsapp staff aku sementara YES 2022 masih berlansung ni.
Dalam tu Gloei ada 20 sachet. Tak perlu bancuh air. Just koyakkan sachet and tuang masuk mulut.


2022-12-24

Ada juga yang tanya tak boleh ke Nutrijuice ni dimurahkan lagi? *nangis*


Nutrijuice bukan produk sunnah.
Hanya kerana dalam ni ada kurma and habatussauda tak menjadikannya sebagai produk sunnah.
Aku sendiri tak penah promote Nutrijuice sebagai makanan sunah.
Habatussauda and kurma cuma bahan sampingan yang sengaja aku masukkan sebab khasiat dia.
Tapi bahan utama adalah lebih kepada buah and herba like safron, delima, and extract lemon and apple.

Apa kaitan Nutrijuice dengan asthma?
Bukan ke Nutrijuice ni untuk turunkan kolesterol?

Ya, betul.
Nutrijuice memang diformulasikan khusus untuk reduce high cholesterol. 
Tujuan utamanya itu.
Tapi meh aku explain macamana cholesterol and asthma berkait.
 
Sebagaimana yang kita tahu sejak dulu lagi, dan aku pun always mention this - kolesterol yang tinggi menyumbang kepada serangan jantung, strok dan diabetes.
Somehow penyakit 3 serangkai ni pun ada kaitan dengan asma.
Dah ada banyak jurnal pasal ni.
They found that orang yang ada asthma lebih berisiko develop kolesterol tinggi.
Jumlah serum kolesterol dalam kalangan pesakit asthma lebih tinggi berbanding serum kolesterol yang takde asthma.
Tahap kolesterol serum yang lebih tinggi ni takde kaitan dengan umur, jantina, atau berat badan.
Maksudnya as long as kau ada asthma, kolesterol kau pasti meninggi.
Poor ventilation and overcrowding at home akan jadi punca serangan asthma bertambah.

So that explains kenapa pengguna Nutrijuice tadi kata selepas ambil Nutrijuice serangan asthma berkurang.
Tapi jangan pula ingat Nutrijuice ni ubat asthma. Tak, bukan macam tu.
Tujuannya untuk reduce cholesterol.
Bila cholesterol menurun, insyallah asthma akan lebih reda. Bukan hilangkan asthma terus, ya.

Ini pula testimoni dari ibu mengandung yang ambil Nutrijuice.
Ni kes stress tak dapat makan GC Plus, dia ambil Nutrijuice pulak.
Actually untuk ibu mengandung insyallah takde masalah nak ambil Nutrijuice sebab Nutrijuice adalah kategori makanan tambahan.
Berbeza dengan GC Plus, kategori ubat-ubatan yang perlu ikut instruction yang betul untuk hasil yang optimum.
Mak buyung memang tak boleh ambil GC Plus lansung. Jangan memandai-mandai, ya.
Kalau mak-mak buyung nak ambi Nutrijuice, mulakan bila kandungan dah mencecah 5 bulan ke atas.
Sebab awal-awal trimester tu kandungan masih fragile and mak-mak pun masih alah dengan banyak benda.
Jadi aku taknak Nutrijuice ni menambahkan 'kacau-bilau' korang.

Kalau refer kepada apa yang pengguna Nutrijuice tadi cakap, blood sugar dia ok.
Ramai orang takut nak guna Nutrijuice sebab risau blood sugar spike.
For your information, kita tak guna gula (sucrose) dalam ni.
Kita replace dengan stevia.
Bermakna, rasa manis dalam tu adala dari pemanis bukan gula putih.
Maka, ia sesuai untuk diabetic patient.

Sesuai yang macamana?

Ok, macam ni. Orang yang menghidap diabetes perlu KAWAL dan MANAGE pengambilan karbohidrat dan gula.
This doesn’t mean they have to avoid sweets altogether.
Maknanya, kalau nak ambil karbo atau gula, perlu kira kandungan karbo itu sendiri.
In moderation, madu bukan sahaja selamat diambil oleh diabetic patient tetapi madu ada sifat anti-radang yang MUNGKIN juga mengurangkan komplikasi diabetes.

Sebab apa aku cakap kena kira karbo intake?
Kerana, walaupun madu adalah pemanis semulajadi, ia ada lebih banyak karbohidrat berbading gula putih (sucrose).
Jadi, sekiranya korang ambil Nutrijuice dan blood sugar meningkat, itu bukan kerana dalam Nutrijuice ada gula, tetapi kerana karbo intake secara keseluruhannya sudah berlebihan.
Dalam Nutrijuice ada sedikit madu.
Dan maybe korang makan benda-benda lain juag contohnya durian, atau makan nasi lebih dari biasa.
Even a piece of fruit pun boleh naikkan gula darah dengan cepat.
Oleh kerana madu adalah karbohidrat, secara semula jadi ia mempengaruhi gula darah in some way.
But when compared to table sugar, madu mempunyai kesan yang lebih kecil.

"Kalau Nutrijuice gunakan stevia, kenapa perlu tambahkan madu lagi?"

Ok, kan tadi aku cakap Nutrijuice guna stevia, bukan gula putih?
Salah satu sebab kita guna stevia sebab kita nak beri peluang diabetc patient ambilnya.
Sebab diabetic-kolesterol ada kaitan.
Reason kita tambah madu adalah kerana madu menyebabkan peningkatan insulin.
Bila insulin meningkat bermakna gula darah menurun.
Itu yang sepatutnya berlaku kalau ikut teori sains.
However macam aku cakap, madu adalah karbohidrat.
Karbohidrat juga adalah gula.
Maka, kalau nak ambil Nutrijuice, pastikan intake karbo dari makanan lain dikurangkan.

Aku ni bukan apa.
Kadang-kadang risau juga bila membenarkan diabetic patient ambil Nutrijuice sebab some people bila dia baca testimoni yang mengatakan blood sugar turun lepas ambil Nutrijuice, dia ingatkan Nutrijuice ni pendinding.
Maka, lepas makan Nutrijuice, dia pun makan macam-macam dan portion lebih dari biasa.
Bila blood sugar meningkat, dia salahkan Nutrijuice.
Padahal dia tak cerita yang dia dah makan macam-macam.
Sebab itu lebih mudah untuk aku tak bagi terus those yang ada diabetis ambil.
Kalau nak cuba juga, takde masalah.

Sebenarnya, mak mertua aku pun gout and dia ambil Nutrijuice.
Tapi aku malas nak up testimoni keluarga sendiri, itu semacam point yang tak dikira.
Bila dapat testimoni yang sama adri pengguna lain, baru best.

Salah satu sebab kenapa Nutrijuice melegakan gout adalah sebab kandungan Safron dalam tu.
Safron ni ada compound nama colchicine yang memang digunakan untuk treat athritis and gout.
Even dalam perubatan tradisional cina pun, dorang guna safron untuk rawat gout.
Aku rasa dalam ubat gout yang doktor bagi ada juga colchicine sebab ini adalah bahan active.
Tapi disebabkan dalam Nutrijuice kita ambil safron terus, jadi tak nampaklah celah mana Nutrijuice boleh legakan gout.
Padahal active compund ada dalam safron tu sendiri.

Sesiapa yaeng enjoy makan daging, pastikan ada Nutrijuice dalam rumah.
Daging ni kandungan uric acidnya moderately high.
Kalau kau balun berkilo-kilo insyallah besar harapan boleh dapat gout.
Lagi satu, sesiapa yang sakit gout, tolong minum banyak sikit air supaya buah pinggang boleh flush uric acid.
Kalau nak perah lemon dalam air kosong pun boleh sebab lemon pun bantu rawat gout.
Lemon ni nanti akan pecahkan crystal uric acid.
Nutrijuice pun ada ekstrak lemon.
Reason Nutrijuice melegakan gout adalah sebab dalam Nutrijuice ada both safron and lemon.

"Ada tak kaitan antara gout dengan kolesterol?"

Adaaaaa.

Paras asid urik yang tinggi boleh meningkatkan risiko penyakit jantung dan strok.
Ramai yang mungkin ada tahap asid urik yang tinggi dan dah develop gout, at the same time kolesterolnya tinggi.
Mungkin gout datang dulu atau kolesterol datang dulu.
Apa-apa pun kolesterol secara langsung berkait dengan asid urik yang tinggi dalam darah.

Kalau malas baca semua, baca je yang aku garis merah tu.
Maka secara ringkas, orang yang tinggi kolesterol lebih berpeluang untuk dapat gout in future.


Kolesterolnya dari 8.2 turun ke 5.8. Alhamdulillah.
Aku pun sebenarnya high cholesterol dulu. 8+ kolesterol aku.
Aku tau ada kolesterol tinggi pun sebab saja gatal-gatal check darah.
Sekali baru tau kolesterol aku tinggi.
Patut la aku kerap kebas kaki. Duduk kejap dah kebas.
Kadang-kadang kaki aku tetiba je krem tak tau hujung pangkal.
Bila orang hospital tu kata kena banyak minum air lemon, makan buah lemon, epal, kunyah bawang putih mentah 3 ulas everyday, makan itu, makan ini - eh tak kuasalah aku. Banyak lagi kerja aku nak buat.

Maka timbullah idea nak buat Nutrijuice gunakan semua bahan semulajadi yang ada kaitan untuk turunkan kolesterol.
Macam biasa, sendiri jadi guinea pig.
Alhamdulillah, 2 minggu je, kolesterol aku dah turun.
Tapi aku tak naikkan testimoni sendiri sebab aku tak sure apa sebenarnya yang buatkan kolesterol aku turun.
Adakah sebab Nutrijuice atau GC Plus.
Kerana, kalau berat badan turun pun boleh turunkan kolesterol sikit.
Being overweight akan increase chances untuk kolesterol LDL meningkat.
Ketika itu aku memang ambil GC Plus, aku tak sure kolesterol aku ni turun sebab Nutrijuice sahaja atau dibantu oleh berat badan yang berkurangan.
Bila dapat clear testimoni macam customer ni bagi, bagus juga.
At least aku tahu memang formula Nutrijuice ni menjadi.
Lagipun testimoni dari pengguna selalunya orang lebih percaya berbanding testimoni founder, betul tak?

Dia bagitau bacaan gula dalam darah menurun. Ubat diabetis dari 2 dah mula ambil 1 saja.

Sebenarnya sebelum aku produce Nutrijuice ni aku yakin formula ni boleh bantu turunkan bacaan gula.
Sebab asal usul idea Nutrijuice ni adalah bila aku follow customer buat projek tentang Saffron.
Dari projek dia tu, aku banyak dapat input tentang bahan-bahan aktof dalam makanan yang boleh turunkan gula dan kolesterol.
Tapi memandangkan aku lebih berminat dengan kolesterol, jadi aku fokus formulanya pada reducing cholesterol.
But dalam mana-mana produk pasti ada elemen BONUS di dalamnya.
Contohnya, Nutrijuice ni untuk turunkan kolesterol.
Memandangkan kolesterol ada kaitan dengan tekanan darah, dengan jantung, dengan gout, dengan diabetis -- maka elemen-elemen bonus ni kau dapat sekali.
Tetapi, janganlah pula ambil Nutrijuice kerana nakkan elemen BONUS tu. Itu sampingan saja. Yang utamanya adalah kolesterol.

Yang tanya "Boleh ke rawat diabetis?", straight away aku cakap NO.
Ini bukan ubat untuk rawat diabetis.
Cuma aku cakap, kalau diabetic patient nak ambil Nutrijuice tu reduce cholesterol, yes, boleh cuba.
Diabetis ni ada banyak stage. Setiap stage ada rawatannya.
Pergi tanya doktor dulu.
Kalau dia bagi ubat, makan ubat dulu. Lepas tu kalau nak ambil Nutrijuice boleh.

Another testimoni tentang diabetis and Nutrijuice.
Seriau sebenarnya nak benarkan diabetic ambil Nutrijuice especially yang dah start medication/insulin.
Bukan apa, aku tak nak mengganggu fungsi ubat.
Tapi kalau memang Nutrijuice bagi manfaat, alhamdulillah.
Seronok dengar ada yang dapat manfaat dari produk ni.

Ada juga yang tanya tak boleh ke Nutrijuice ni dimurahkan lagi?

*nangis*

Aku baru je announce perubahan harga Nutrijuice bermula 8 Jan 2023 depan.
Kesian I tau, 6 tahun GreenAard tak pernah naik harga walaupun kos naik setiap tahun.
Kita absorb semua selagi boleh selama ni.

Aku faham, botol Nutrijuice tu macam produk biasa-biasa je, kan?
Tu pasal orang ingat boleh kurangkan harga lagi.
The thing is, disebabkan botol tu biasa-biasalah maka harganya boleh harga sekarang.
Kalau aku pakai botol kaca atau fancy bottle, tak dapeklah harganya RM59.
Tapi at the same time, aku faham ramai yang dah nampak kesan positif Nutrijuice sebab tu korang nak minta murahkan lagi so that boleh ambil secara berterusan, kan?

Untuk pengetahuan, dalam Nutrijuice ada safron.
Safron paling murah RM25K untuk 1kg. Ini harga safron 6 tahun lepas tau.
Itu baru safron. Dalam Nutrijuice aku gunakan 24 bahan.
Kos 23 bahan lain pun nak diambil kira.
Nutrijuice ni aku buat sebab aku yang nak makan juga.
Jadi, aku akan pastikan hasilnya baik untuk aku terlebih dahulu.
Maka, pemilihan produk adalah kritikal.
Tak dapat nak murah-murah sangat.
Kalau korang nak beli Nutrijuice dengan harga murah, belilah dengan kuantiti agen.
Insyallah aku boleh bagi murah. That's the best aku boleh offer.

Atau, kalau nak penjimatan sedikit, sementara YES 2022 ni, belilah lebih sikit.
Nanti 8 Jan kita dah start dengan new harga iaitu RM65/botol.
At least dengan harga YES ni korang boleh dapat harga RM50/botol (kalau beli 2. Kalau beli 1, harganya RM55).
Silakan kalau ada sebarang pertanyaan, boleh whatsapp sini. Nak DM aku pun boleh.


2022-12-23

Tak ada perkara yang sama berlaku dua kali dengan magic yang serupa.


Pagi tadi CT bagitahu, Widad menangis rindu atok and nenek. Untuk pengetahuan, Pak Aji sedang 'berpantang' sebab baru lepas operate Isnin baru ni.
Doktor tak bagi angkat beban lebih dari 5kg sehingga 3 bulan.
Jadi, Pak Aji sekarang menyorok dalam bilik supaya cucu-cucu tak nampak.
Karang kalau nampak semua mintak dokong.
Cucu-cucu berat dah lebih 5 kg masing-masing.
So, cucu-cucu dah start rindu. Budak-budak kan, nak cakap tak pandai agaknya, jadi menangis je lah.
Maka atok dah berbelah bagi. Kesian kat cucu.
Yang benonya atok pun rindu nak pegang cucu.

Aku yang dah tua ni pun masih rindu arwah atok (Tampin) sebab aku rapat dengan atok ni dari kecil.
Gambar arwah atok sentiasa ada depan meja study at home.
Berpindah rumah 3 kali, tetap gambar arwah atok aku letak depan mata biar mudah nak nampak.
Bila ingat-ingat balik, when was the last time aku tengok atuk cukur janggut kat porch?
When was the last time aku ikut atuk gi Tampin?
When was the last time aku cabut uban atuk?
When was the last time aku kesat peluh kat belakang badan atuk everytime atuk balik dari bakar sampah?
Entah, dah lebih 30 tahun berlalu. Tak ingat bila. Hanya kenangan je yang ada.

Rupanya 3 Mac 1988 adalah last aku salam arwah atuk, sambil atuk hulur RM5 buat belanja gi skolah.
That morning, atuk gerak balik ke Tampin dari Bangi (atuk always ambik bas pagi).
And 7 Mac 1988, atuk meninggal.

There are too many first times and too many last times.
Seingat aku, aku stop main dengan jiran tahun 1987 sebab berpindah rumah.
Kat rumah baru, playground takde lagi dan kawasan tu completely new.
Jalan masuk pun bersemak lagi. Jadi, masing-masing tak berani main kat luar.
Lagipun, rumah baru ni 2 tingkat, lebih besar so aku and Ima selalu main dalam rumah je.
Rumah dah besar kan, banyaklah sikit port nak menyorokkan diri kalau main polis sentri.
Entah apa la yang aku pikir time tu agaknya, seronok nak pindah kot.
Tak pikir lansung petang tu will be the last time aku main and naik beskal sama-sama dengan jiran.
Dan yang paling utama sekali, lepas tu aku tak main sangat dah sebab kat rumah baru anak-anak jiran pun jenis yang dah besar-besar, takde geng nak main sama.

When was the last time aku dengan Ima main bos-bos-secretary?
When was the last time aku and Ima main mekap-mekap?
Entah, tak ingat.
Padahal itulah mainan wajib everyday.

Now every morning aku siapkan Rayyan, aku mesti teringat aku siapkan Ibal ke tadika dulu.
Dia akan mencangkung sebelah aku tunggu aku gosok baju dia.
When was the last time aku uruskan Ibal ke skolah?
When was the last time aku kena buatkan susu dia?
When was the last time aku pekik kat dia suruh mandi?

Kalau cerita-cerita pasal zaman kecik ni, Ibal pernah berlawak dengan aku "Kesian kau kak, asik kena mandikan adik-adik je. Takde sape mandikan kau".

Aku jawab "Tunggu aku mati esok, korang mandikan aku".

Kemudian bermula pula zaman megemas rumah menjadi rutin.
Everyday balik sekolah mesti mengemas rumah. Tau-tau je aku dah tak buat itu lagi.
Was it selepas aku sambung belajar?
Atau selepas berkahwin?
Aku selepas pindah rumah?
Entah, tak ingat.
Tapi macam pelik, bila masa aku stop buat semua tu?

Then zaman melayan drama pukul 4.30pm.
Isaura, Angelito, Chiaki, Moero Attack.
Terima kasih lah kat cerita ni semua.
Disebabkan cerita-cerita ni lah aku ada semangat nak melipat baju petang-petang sambil tengok TV.
Kalau tak, begitu jugak baju tu berlonggok dalam bakul tak berlipat.

Lepas tu bermula zaman cerita cina pukul 6 pm.
Masa ni, nak masak ke apa ke semua kena buat sebelum pukul 6 pm ya.
Lepas tu jangan kacau-kacau aku dah. Aku nak concentrate ni.

Then start skolah menengah. Zaman bermain dah takde lansung.
Muncul pula zaman hang out dengan kawan-kawan.
Singgah makan cendol dengan ABC kat Medan Selera Bangi tu je pun.
Zaman ni dah pandai melepak dengan kawan-kawan sekelas di luar waktu sekolah.
Selalunya waktu petang, kat padang bola.
Yang lelaki main bola, yang perempuan bergossip tepi padang sambil gelakkan pemain bola.
Asal petang je terconggok kat padang.
Bukannya aku beriadah pun, saja seronok sembang-sembang.
Nak kata aku tukang sorak pun tak, tapi kehadiran adalah wajib, ya.

When was the last time tido rumah Jeli study sama-sama sambil nangis-nangis layan video konsert Beyond?
When was the last time aku tido rumah Nurul sambil makan ais krim pukul 2 pagi?
When was the last time bergayut kat phone dengan Mon sampai 2 pagi?
When was the last time naik moto dengan Dery and Amir?
When was the last time jogging on weekend with Erwan?

Entah. Tau-tau je semua bersepah-sepah sambung belajar, then kawen.
Tiba-tiba kawan yang pernah sangta-sangat rapat menjadi sangat asing.
Ada la 3-4 orang yang masih lagi boleh bergurau-gurau macam dulu.
Tapi kebanyakkannya tak macam dulu dah.
Nampak muka masing-masing kat FB tapi 'mood' nak tegur sapa tu takde dah macam zaman blaja dulu.

Bila terbaca quote tu semalam, rasa tersentak kejap.
Betul juga kan, kita tak pernah tau when will be the last time kita buat something, atau bercakap dengan someone.
Dulu, kat henfon, lagi banyak nama customer dari nama kawan.
Aku ingat lagi last aku jumpa customer aku tahun 2015, around July, kat Biology USM. Hantar invoice.
That was the last jumpa customer Biotech di sana sebab lepas tu aku dah start GreenAard.
Tak sangka rupanya itu kali terakhir aku jumpa customer aku. Habis gitu je.

Sebenarnya setiap kali zaman berubah, aku always make a promise to be better about treasuring people and things.
Always make time. Always make time. Always make time.
Tapi tu lah. Aku kembali jadi sibuk and overworked, lama-lama lupa juga nak treasure friends and simple simple things.
Kita semua jadi too busy membina kehidupan and mengejar impian, that we sometimes forget how to simply just live one.
Kita didik diri untuk tunggu masa yang sesuai untuk buat something yang kita nak buat, when the reality is the right time is NOW!
Kita terlalu fokus untuk masa depan sampai kita terlepas pandang banyak benda.
Maybe bukan 'kita'. Maybe itu cuma aku.

Pagi tadi aku bangun tengok Rayyan ada kat tepi (sebab aku tido hospital).
Aku terfikir, dulu katil aku pernah tido berempat.
Redza tepi sekali, then En Wan then aku then Rayyan.
Now, masing-masing dah ada bilik sendiri.
Rumah tu pun, dulu riuh, tau-tau je dan senyap.
Masing-masing memerap dalm bilik.
Tau-tau je esok tinggal aku dengan En Wan je kat rumah.
Terus aku peluk Rayyan, selimutkan dia, dan peluk lagi kuat-kuat. Peluk sampai aku nangis. Pagi-pagi dah nangis.

Ada satu malam, tiba-tiba aku ketakutan.
Entah apa yang aku takut entah. Masa tu kat hospital.
Aku cari kawan aku.

Lepas tu aku menangis. Menangis sebab teringat zaman sekolah.
We went thru thick and thin sama-sama. Saling backup each other.
Kau cover aku, aku cover kau. Kau tido rumah aku, aku tido rumah kau.
Share clothes. Tau-tau je semuanya dah tak sama macam dulu.
I am moved because this same friend is still with me through my difficult times.
At this age, the support is still there, just like we were when we were teenagers.
Dan tiba-tiba aku takut.
Aku takut what if one day yang ini juga tau-tau habis gitu je?

My partner in crime. Tua bersama-sama.
Dari zaman lari dari sekolah asrama, kena denda pun sama-sama, kalau sorang kena menjawab dengan HEM, yang sorang pasti ada kat sebelah melibatkan diri walaupun takde kena-mengena dengan kes.
Inilah figure yang paling kuat aku pernah kenal.
Menguruskan anak-anak, dalam masa yang sama menguruskan mak yang sakit dan bapak yang kurang sihat, at the same time finishing her PhD, dan menguruskan bisnes, siap outstation round satu Malaysia.
Aku tak perlu tanya "Macamana kau buat semua ni, Nurul?"
Tak payah tanya, sebab itulah Nurul yang aku kenal. Karakter yang sangat strong.
Dalam keadaan sibuk dia masih sudi berkejar ke hospital walaupun dah malam sebab nak visit Rayyan.
Yang sebenarnya dia nak tengok aku dan pastikan aku ok and ada tempat untuk kongsi cerita.

Semalam dia sampai 8.45 pm. Wad dah tutup 8 malam.
Tup-tup nurse masuk bilik "Puan, ada orang nak jumpa".
Sekali Nurul masuk bawak bunga and cekelat.

"Macamana kau lepas masuk Nurul?"

Sebenarnya aku tak payah tanya pun soalan tu.
Sebab aku kenal Nurul. Dia always ada jalan untuk "melanggar" peraturan dengan cara paling clean sekali.
Kalau tak, takkanlah boleh berjaya quit asrama 2 kali, khennn. Hahahaha.

Semalam bila aku cakap aku terasa-rasa trauma dengan kejadian ni, Nurul cakap "No, bukan sebab Rayyan tapi it's the place (referring to PPUM). The environment yang chaotic dan keadaan tak selesa buatkan kau rasa stressful sangat".

Lepas tu aku potong "The feeling sama macam kita kat boarding school dulu, kan?"

Nurul balas "EXACTLY! You feel that "I don't belong here".

Yes! Itulah sebenarnya.
Kan aku cakap hari tu this feeling aku pernah rasa 35 tahun dulu, masa kat TKC.
The emotional torture kena duduk kat tempat yang aku tak suka, membuatkan emosi aku drained dan aku jadi traumatized.
This is exactly apa yang aku rasa selama 10 hari baru-baru ni.

Menggigil-gigil ketakutan sampai sesak nafas.
Alhamdulillah, dah 3 hari ni aku rasa lega sikit. Getting better.
Maybe sebab aku dapat tido sama-sama dengan En Wan and Rayyan, it feels like home walaupun masih kat hospital.

Nurul kata "Takpe, Diana. Kalau kau kena hidup macam nomad buat masa ni, do it. As long as kau tenang".

Ya, betul.
Walaupun setiap kali balik kerja akan ke hospital, dan patah balik ke rumah untuk hantar mak, dan kemudian aku patah balik ke hospital untuk tido sana.
Esok pagi patah balik rumah untuk ambil mak dan bawa ke hospital untuk tinggalkan mak tengokkan Rayyan kemudian aku patah balik ke ofis.
Duit minyak and tol and tenaga buat masa ni kita pejamkan mata dulu.
Kita uruskan yang penting dulu, iaitu my happiness and ketenangan.
Insyallah kalau tenang, semua benda akan jadi lebih baik.

I am happy kawan-kawan aku always ada dalam keadaan susah and senang.
My circle tak ramai, tapi insyallah mereka ada.
Tak tahu sampai bila blessing ini berterusan, semoga Allah bagi aku nikmati kehadiran support system yang kuat ni untuk lebih lama lagi.

Dia macam ni tau.
Pernah tak one day kau tengok sunset kat satu tempat, and after a year kau patah balik ke spot yang sama wishing that kau boleh experience the same sunset macam kau pernah tengok last year only to find that magic tu dah hilang sebab this time kau watching sunset alone, not with that someone anymore?

Tak ada perkara yang sama berlaku dua kali dengan magic yang serupa.
So kalau teringatkan someone, call them now.
Terasa nak holiday bawa famili, go book hotel now. 
Tak payah tunggu cuti panjang, weekend pun boleh check in.
Terasa nak main hujan dah tua-tua macam ni? Go ahead. Nak main tiup buih?
Balik karang godak Glo dalam besen, ambik dawai buat bulatan and tiup puas-puas. Buat.
And enjoy every moment. Follow your heart.
Buat semasa ada peluang untuk buat.
Trust me, akan sampai ketikanya kau akan sedar those ordinary things yang kita sangka ordinary rupanya not ordinary.
And things yang kita sangka small, is actually not small.
At age 45, suddenly aku realized semua tu mean a great deal to me.


2022-12-22

Ujiannya cuma kena kat aku, tapi hikmahnya ramai yang dapat.


Ada sorang follower cakap "Terima kasih Kak Di menulis tentang ni (referring to post 'Allah Lebih Tahu'). Bukan menyedarkan Kak Di je, tapi semua pembaca blog Kak Di".

Aku pernah tulis post tentang influencer beberapa tahun lepas.
Aku tulis tentang influencer sangat mainkan peranan menyebarkan maklumat.
Baik untuk tujuan bisnes, atau khidmat masyarakat, peranan influencer sangat besar.
Boleh nampak ramai cari influencer untuk hebahan maklumat.
Dan perasan tak dalam kebanyakkan ujian berbentuk musibah, akan diturunkan kepada influencer -- tak kira lah artis, instafamous, blogger, public figure. Perasan tak?
Yang kes cerai, kes kena pukul, kes rebut anak, kes tak bayar nafkah, kes kena kelepet, kes duit kena scam, etc.

Aku tak pasti if aku jatuh dala kategori influencer.
Berdasarkan bilangan blog post views yang more than 100K everyday, aku anggap aku begitu. Agaknya lah.
Boleh jadi Allah turunkan ujian pada influencer-influencer atau pada orang yang ramai pengaruh kerana itu salah satu asbab tersebarnya maklumat.
Be it ilmu baru, petunjuk atau hikmah.
Tahu je lah, zaman media sosial sekarang, pengaruh internet sangat tinggi.
Seorang ustaz cakap, zaman sekarang orang tak suka dengar tazkirah di masjid, jadi ustaz-ustaz kena pandai gunakan media sosial untuk mengajar ilmu.
Maka seorang public figure juga boleh menjadi asbab tersebarnya hikmah.

Malangnya, kita selalu mencari dosa orang yang ditimpa ujian.
Kita anggap ujian pada orang tu adalah kerana dosa-dosa dia semata-mata.
Padahal kalau digali hikmah dari musibah orang tu, rupanya bertepek-tepek kena kat muka sendiri.
Kita sepatutnya boleh jadikan musibah sebagai pengajaran, maka pandai-pandailah mengambil hikmah, kerana mungkin ini adalah sebahagian daripada cara mencari ilmu yang benar.

Dulu pernah ada satu kes sepasang suami isteri yang kerjanya doktor.
Akhirnya bercerai sebab suami kena tangkap ada skandal.
Dari sudut pandangan orang biasa, of course ini di luar akal.
Macamana pasangan suami isteri yang dah lama hidup bersama, yang bercinta sebelum berkahwin, yang kerja bagus, pendidikan tinggi, kedudukan ekonomi juga takde masalah sebab masing-masing kerja besar -- boleh terjebak dalam masalah rumahtangga seperti tu.
Walaupun macam-macam teori dibolak-balikkan, yang pasti kes itu membuka mata ramaiiiiii pasangan suami isteri untuk berhati-hati.
Masing-masing mula bagi macam-macam peringatan --
◽ Perempuan kena ada kerjaya, kena pegang duit sendiri, kalau kena tinggal dek laki, no problem.
◽ Isteri kena berani, jangan bagi suami pijak kepala boleh berskandal belakang kita.
◽ Bila isteri ada otak dan ada duit, dia takkan takut dedahkan kecurangan suami because dia boleh hidup tanpa suami.

Macam-macam peringatan dan ilmu kita dapat dari kejadian tu.
Maknanya musibah yang ditujukan bukan kepada pasangan yang bercerai tadi, tetapi hikmahnya ramai merasa, especially kepada pasangan yang sedang mengalami masalah yang sama dan menunggu jawapan terbaik untuk bertindak.

Ujian yang Allah bagi pada aku and En Wan bila Rayyan patah kaki, banyak menyedarkan aku tentang nikmat sihat, dan nikmat kasih sayang keluarga.
Dan mungkin pada orang lain, pengajaran yang mereka dapat berbeza, bergantung kepada apa kekeliruan yang mereka hadapi sekarang.
Contohnya, sejak aku cerita kronologi kes Rayyan, ramai betul yang minta nombor En Wan nak buat medical card, nak re-apply medical card dan tak kurang juga nak tukar agent kepada En Wan 😆.
Pendek kata, ujiannya cuma kena kat aku, tapi hikmahnya ramai yang dapat.
Ada juga yang sedang dalam proses menunggu result biopsi, bila baca tulisan aku, dia jadi tahu what to expect, what to do next.
Ramai juga yang kata "Betul apa Kak Di cakap, bahagia ni sebenarnya murah je. Kita je yang asyik mencari bahagia kat luar".

Semoga artikel ringkas ini bermanfaat dan mampu menyedarkan yang membacanya, khususnya mengingatkan diri sendiri agar banyak bersyukur kepada ALLAH, atas segala nikmat yang dikurniakanNya selama ini.
Tak payah dengki dengan rezeki atau status sosial orang lain, kerana setiap nikmat yang dia dapat datang satu set dengan ujian yang mungkin kau tak mahu tanggung.
Kalau kita dengki dengan rezeki orang lain, kita patut "dengki" dengan musibah mereka. Sanggup?