Pages

2022-03-31

Isu panas


Panas kan isu B40 semalam? Hahahaha.
Aku senyum je la baca FB newsfeed aku.
Bukan main ramai yang respond pasal isu tu.
Aku memilih untuk bebaskan wall FB aku dari isu tu.
Update cerita Tamil lagi best.
Nasib baik aku hanya follow 17 orang kat IG.
Helok pulak semuanya tak update apa-apa pasal isu ni.

Like I said, aku tak berminat nak share my view.
Better I keep it to my self je lah.
Benda tengah panas macam ni, apa yang kita tulis kadang-kadang senang nak disalah faham.
Sometimes, di-spin pulak.
Bak kata omputih, not everyone and everything is your assignment.
Tak semua benda kita perlu ulas.

Benda macam ni bukan tak pernah jadi. Pernah.
Baru-baru ni aku up kat IGS post tentang streaming class.
Aku banyak terima DM yang bagi feedback positive.
Maybe sebab isu ni dah reda.
Orang baca pun dalam kedaan tenang dan boleh pikir rasional.

Tambahan pula sejak 2 tahun PKP, ramai orang dah mula nampak kesan pemansuhan streaming class bila anak-anak dah mula tertinggal pelajaran.
Cikgu pulak hadapi masalah untuk sesuaikan pace antara budak yang laju dan slow.
Baru-baru ni ada cikgu yang post tentang keluhannya mengajar budak tahun 1 yang 10 orang landung tak mengenal huruf, 10 orang masih belum boleh mengeja, dan 10 orang lagi dah membaca.

Aku senyum je baca post cikgu tu.
Tak, bukan aku nak perli ke apa.
Cuma teringat macamana dulu aku pernah write about that.
Aku publicly tak sokong pemansuhan streaming class.
That same post yang aku tulis di IGS baru-baru ni adalah ekstrak dari post aku di FB 3 tahun lepas.
Ketika tu, that post was shared more than 10K.
Boleh tahan ramai yang kecam.
Masa tu, siap ada yang PM "Ohh Director rupanya. Patutlah. Orang tak pernah susah".

Tu lah dia. 
Bila orang tak kenal kita tapi berlagak macam kenal dan tahu semua pasal kita, gitulah jadinya.
Main hembus je.   

Masa tu ramai cakap aku berlagak, cakap aku takde empati kat budak-budak yang tak laju, cakap aku nak membudayakan sistem kasta murid (wow! jauh betul dia berpikir), dan macam-macam lagi.
Entah macamana dia boleh tahu Redza ada kat MRSM pun aku tak tahulah.

"Patutlah bangkang. Anak pandai. Taknak campur anak dengan budak kelas belakang".

Power betul netizen buat kerja.
Rajin dia kelebet cari tahu pasal family aku.
Tapi aku pilih untuk baca komen dan diam. Gasak kau situ.
Aku ada banyak benda nak buat.
Lagipun isu tengah panas.
Orang belum dapat terima unpopular opinion.

Now, after 3 years, ramai dah nampak kesan pemansuhan streaming class.
Hari tu bila aku naikkan balik post tu kat IG, dah jadi luahan hati para guru yang berdepan dengan masalah yang sama.
Ada juga mothers yang mengadu anak-anak jauh tertinggal bila cikgu terpaksa laju sebab nak habiskan syllabus.
Kesian anak-anak ni.
Tapi nak buat macamana, keputusan dah pun dibuat.
Kalau anak tak boleh follow, cikgu boleh jadi punching bag, apa susah.
Tugas cikgu mengajar sampai pandai katanya.
Kalau cikgu mengeluh toksah jadi cikgu katanya.

Ada sekali aku cakap pasal isu vaksin.
That also menviral bagai nak rak.
Aku menulis dari sudut sains, yang menghencap aku habis sampai ke neraka semua dia sentuh.
Konfius kejap aku.

Oh ada lagi satu, pasal fakta sains tentang babi.
Yang ni aku tulis kat Page FB (bukan personal account).
Ya ampunn ini lagi kelakar. Sampai ke negara seberang (Indonesia) viralnya.
Internasional terus peginya aku.
Netizen cakap aku (page aku) menghina kepercayaan dan makanan kaum lain.
Terus aku jadi bingung kejap.
Padahal terang-terang kat situ statementnya "Fakta Sains", siap dengan jurnal sains lagi aku tepek.

"Tak baik tau menghina kepercayaan kaum lain".

"Jangan jadi racist!"


Kadang betul orang kata, kalau kau layan otak yang macam ni, dengan kau-kau boleh jadi benak.
Last-last aku delete post tu.
Boleh pulak dia kata aku takut sebab tu aku delete.
Kesian betul aku dengan fikiran-fikiran dangkal macam tu.
Padahal aku delete sebab tak kuasa tengok banyak komen yang 'singkat akal fikirannya'.
Jenis yang tak paham text, tapi nak komen juga.
Agak-agak kalau aku cakap "Eiiii, aku memang takleh hidup dengan orang bodoh macam ni", kena kecam tak? #doneitoscene.

Isu-isu panas senang nak disalaherti dan dimanupulasikan oleh pihak-pihak tertentu.
People tend to salah faham apa yang kita sampaikan, dan yang paling teruk bila dia menyimpang dari apa yang kita sampaikan.
Kita cakap pasal lain, dia kona hat lain.
Kita cakap A, dia kona lipat jadi B supaya statement kita kelihatan salah.
Padahal dia yang interpret lain.
 
Ya, aku tahu dalam mana-mana isu yang viral, masing-masing tengah hot dan membuak-buak nak mengulas serta memberi pandangan.
Tapi jangan sampai lari dari text.
Sebelum nak disagree atau nak hencap, ulang baca apa yang aku tulis. 
Adakah tulisan aku berbentuk general, fakta atau auta.
Tapi kadang-kadang these people bukan tak faham statement kita but they want their opinion to be seen. Jadi dia menggunakan platform kita untuk sampaikan pandangan walaupun pandangan dia menyimpang dari text yang aku tulis.


2022-03-30

Whether namanya hydrolyzed collagen atau collagen peptides, it is the same.



Last week ada follower tanya aku di IG (DM) tentang satu produk yang katanya menggunakan teknologi baru iaitu Kolagen TRIPeptide.
Dia tanya if suplemen berkolagen yang ini lebih baik atau sebaliknya.

Sebenarnya, kolagen tripeptide ni SAMA je dengan hydrolyzed collagen di pasaran.
There is no difference.
Kedua-dua istilah kolagen tripeptide dan hydrolyzed collagen silih berganti orang guna untuk produk yang sama.

"Kolagen tripeptide" merujuk kepada end product, iaitu peptida yang berasal daripada kolagen.

"Hydrolyzed collagen" pula adalah proses hidrolisis, iaitu kaedah di mana peptida kolagen dibuat.

So basically we are talking the same thing.
Bendanya sama je, cuma istilah ditukar-tukar supaya nampaklah macam teknologi baru.

Contohnya, tepung gandum.
Kita boleh panggil "wheat flour" iaitu keadaan tepung tu selepas proses mengisar.
Atau kita boleh sebut "tepung gandum" iaitu end productnya. Faham, kan?

10 tahun lepas, zaman kolagen Ephyra and Aura White, dorang gunakan istilah hydrolyzed collagen.
Tapi in recent years, dah semacam satu trend guna istilah collagen peptides.
Padahal collagen peptides ni komponen bioaktif utama dalam kolagen.
Mana-mana kolagen pun memang ada collagen peptides.

Dia punya flow macam ni.

Collagen peptides ni berbentuk rantaian pendek yang terdiri dari asid amino yang diekstrak daripada kolagen asli.

Mula-mula, kolagen asli (contohnya kulit ikan) kena lalu proses pelembutan (softening process) supaya collagen peptides dilepaskan daripada ikatan.

Kolagen kemudiannya lalu proses enzymatic hydrolysis pulak.
Kat sinilah collagen peptides diekstrak.

Itu saja. Bendanya sama.

Bila produk tu kata "Produk ini menggunakan kolagen peptide yang boleh diserap ke dalam kulit", betul dah tu.
Sebab kolagen tak boleh diserap oleh badan dalam bentuknya yang asli.
Memang kena pecahkan jadi peptides sebelum ia boleh diserap.
So basically mana-mana suplemen berkolagen di luar sana whether namanya hydrolyzed collagen atau collagen peptides, it is the same.

Kalau produk GLOEI (GreenAard), berbeza.
Kita ambil konsep plant-based product. Sebab itulah Gloei tidak ada kolagen di dalamnya.
Gloei hanya ada bahan aktif yang stimulate hyaluronic acid dalam badan.
Hyaluronic acid ini nanti yang stimulate collagen production.
Kalau nak try, silakan. Now tengah Ramadan Sale. Jimat sikit.

2022-03-29

DPT 2022


Ahad lepas, sekali lagi sidang mesyuarat Dusty Pink Tits.
Kali ni best sebab port dekat dengan rumah.
Plannya nak ke Jibby. Tapi Jibby takleh book on Sunday, kena walk in.
Memang berasap la kan kalau nak walk in.
Aku sampai Jibby terus letak nama.
Itu pun baru 11.30am nama aku dah nombor 8. Waiting time 30-45 minits. Jenuh.
Nasib baik dapat port kat Serai.
Maybe Serai lagi convinient kot untuk kitorang yang memekak ni.
Sedang elok pulak dapat meja belakang.
Memang tepat pemilihan posisi tu untuk suara-suara macam petir.

Kitorang seboleh-bolehnya mahu at least 2 kali berjumpa setahun.
Suami serta anak-anak mohon tinggal dan pandai-pandailah bawak diri, ya.
Mak-mak nak mesyuarat agung ni.
Alhamdulillah, suami masing-masing sangat terbuka bagi permission isteri-isteri ber-get-together.
Helok pulak sepanjang kitorang 'bermesyuarat' tu suami-suami tak cari pun.
Memang bagi ruang sepenuhnya kat kitorang.
Syukur, dapat suami macam ni.
Bini gojes, laki pulak understanding.
Win-win situatian la kan. Gitu.

Seketeri sampai dulu. Dah nama pun seketeri, takkan nak sampai lambat, khen.
Lainlah aku, Presiden. Kau tak nampak tu aku duduk kat kepala meja?
Nasib baik memang tersedia kerusi kat hujung.
Kalau tak, atas meja aku bersila.

Serai memang sedap makanan-makanannya.
Cuma, selalu kalau ke Serai aku order nasi-nasi. Tapi kali ni order salmon grill.
Masing-masing order benda yang berlainan sebab boleh share-share rasa sorang sikit.
Sebenarnya kalau berjumpa, bukannya nak makan sangat.
Tapi nak jugaklah mengunyah dan minum-minum. 
Menceceh kalau tak sambil makan, mesej tak berapa sampai nanti. 

Friendship yang started 27 tahun lepas, since matriculation days.
Our matriculation centre bukan macam dorm tapi rumah sebiji-sebiji ala-ala resort.
Rumah kayu ala resort.
MARA buat pusat matrikulasi lain dari yang lain di Kota Samarahan waktu tu.
Dan kitorang adalah pioneer di sana. 
Walaupun segalanya tak cukup kemudahan, tapi rumah-rumah masih cantik. 
Punyalah 'kosong' pusat matrikulasi tu, sampaikan tiang telefon pun belum pasang.
Nak call mak bapak, kena pakai handphone Pengetua, namanya En Ismail.

Masa surat tawaran USM sampai, En Ismail mencari aku dari rumah ke rumah. 
Punyalah nak bagi aku handphone dia sebab kejap lagi bapak aku nak call.
Bapak aku nak bagitau surat USM sampai, nak tukar universiti ke tak.

Kalaulah aku pada waktu itu adalah sepertimana aku semasa di TKC, mau meloncat aku nak balik.
Tapi agaknya dah tertulis rezeki aku di UNIMAS.
Mula-mula tu nak balik juga, tapi bila bapak aku cakap kena setahun matrik di Labuan baru patah balik ke USM, terus aku macam hmmm...takyahlah, baik aku stay je.
Kalau masa tu belum ada kawan yang click, rasanya aku pejam mata je ke Labuan.
Nak dijadikan cerita masa tu dah click dah dengan Rozie and Ina walaupun baru seminggu.
Tu yang aku rasa takpelah, stay.

Cheq, Enon and Hele pula satu rumah. Aisyah satu rumah lain.
Aisyah ni sebenarnya budak baik tau. Soft spoken.
Dulu, kitorang berenam ni yang rapat. Aisyah geng budak baik.
Tapi tu la, kebetulan Aisyah duduk Putra Heights.
Kepala setan duduk tempat yang sama pulak, khennn.
Terpengaruh dek Aisyah dengan aku. Terus join masuk Dusty Pink Tits. Hahahaha.

Ada 4 orang lagi DPT yang tak dapat join hari tu. Kalau tak, penuh meja hari tu.

Dulu sebelum Covid, at least setahun sekali berjumpa di open house rumah aku.
Tapi menjak kita tak beraya 2 tahun, open house tak dapat buat.

Ini aktiviti bertukar-tukar hadiah.
Sesekali jumpa katakan. 
Aku bagi kau, kau bagi dia, dia bagi aku.
Cabut undi siapa bagi siapa.
Buat seronok-seronok.

Hari tu kebetulan aku dapat bagi Hele, Hele bagi aku.
Tahun lepas pun undian aku bagi dia, dia bagi aku.
Kimia kuat agaknya kitorang ni.

Yang ni dorang punya turn. Siapa bagi siapa aku tak taulah.
Yang pasti, semua balik bawak hadiah masing-masing.

Ecah jugak yang bagus. Datang bawak sampel kuih raya!
Ecah ni lah Aisyah yang selalu aku order makanan tu.
Kadang-kadang aku kat rumah takde idea nak masak apa, aku whatsapp je dia "Kau masak apa hari ni? Hantar rumah aku sikit". Lagi 2 hari baru bayar 😆. Makanan dah masuk jamban dah pun.

Kebetulan esoknya birthday Enon.
Terusssss celebrate sekali kat situ. Girls will always be girls.
Dah 45 tahun pun tetap seronok kalau ada orang buat birthday party.
Ni lagi sebulan nak sampai ke birthday aku esok kena ingatkan budak-budak DPT ni.
Sempat kot dorang nak book Ritz Carlton. Eh.

Ni namanya makcik-macik berpeleseran dalam mall 😆.
Dulu kalau outing macam ni la jugak rupanya berpeleseran keluar masuk kedai tengok-tengok barang.
Tengok je, belinya tak. 

Dah penat round mall, stop kat port seterusnya, Starbucks.
Kat sini minum-minum pulak.
Sedang helok juga port hujung takde orang.
Maka berlonggoklah pulak kat situ 2 jam.



Demi nak memasukkan semua muka ni dalam frame....

...sikit punya menyenget badan aku. 
Sebelah tangan pegang palang takut jatuh terkangkang ke belakang.

Nasib baik ada maskot durian tengah buat promo kat depan kedai ni.
Terus kena panggil tolong ambikkan gambar. Cun pulak tu dia ambik.

Aku cakap dengan Redza, create memories with frens.
Zaman aku dulu kamera tak bersepah macam sekarang.
Banyak kenangan tak dapat disimpan dalam bentuk gambar.
Zaman Uni pun henfon mana ada kamera lagi masa ni.
Aku henfon lagi takde. Henfon pertama aku umur 27 tahun, dah kerja dah pun.
Rajin-rajinlah ambik gambar, create memories with frens.
Masa tak banyak dah. Yang tinggal esok gambar-gambar ni je la untuk dikenang.




2022-03-26

Trip Alor Setar


Cukup sebulan.
Marilah kita update pasal trip ke Alor Setar bulan lepas 😆.

Last month, pada tarikh 25 Feb, kitorang gerak ke Alor Setar sebab Rayyan ada game hoki di sana.
Aku tak pasti apa yang seronok sangat aku ke sana.
Samada sebab dah lama tak ke utara, atau seronok nak pegi Padang Besar and makan Laksa Kak Su.
Atau sebab Mak Aji and Pak Aji ikut sekali.
I don't know. Tapi seronok.

Perjalanan pagi Jumaat smooth.
Sengaja bertolak pagi sebab nak santai-santai. Game esoknya.
First pit stop adalah RnR Tapah.
Ini RnR favourite aku.
Dulu zaman selalu kerja di utara, walau tak lapar atau dahaga, tetap stop di sini.
Paling tak pun lepas minum teh tarik.
Lone range hirup teh tarik dengan pakai skirt pendek belah tepi sambil usha orang lalu-lalang.

Kebetulan Ibal and CT balik Kelantan masa ni, jadi aku ajak Mak Aji and Pak Aji join sekali.
Dulu setiap kali aku ada kerja di utara, wajib bawa sekali dorang.
Buat teman tido. Maklumlah penakut tido sorang.

Padahal sebelum gerak dah breakfast tau.
Tapi tetap aku nak stop RnR sini pekena nasi lemak paru and teh tarik.
For so many years aku tak ke sana dengan kereta (selalu naik flight je ke Langkawi), rupanya nasi lemak paru tu masih wujud.
Parunya pun dah tak kejung macam dulu.
Dulu, kemain keras pelantung tapi tetap aku kekah.

Masa kat situ nampak group player hoki MBPJ stop makan.
Dorang datang dengan 2 bas. Semua player.
Kelab Rayyan pergi asing-asing sebab semua parents nak ikut sekali tengok anak main.
Beria, kan?

Keluar je dari Tapah, hujan sampailah Alor Setar, non stop hujan. Tapi tak lebat.
Walaupun hujan kitorang tetap masuk Penang hari yang sama.
Takde dalam plan pun.
Rupanya En Wan plan senyap-senyap nak bawa aku makan pasemboq sotong.
Dah lama bini dia berzikir nak pasemboq sotong agaknya. Alhamdulillah dapat gak.
Suka Pak Aji dapat masuk Penang makan cendol kat Padang Kota.

Sebenarnya nak ke Padang Brown tapi dia bukak lewat.
Kitorang taknak lewat sangat sampai ke Alor Setar.
Nak keluar dari jambatan sebelum 5pm.
Takpe, Padang Kota pun ok.

Dulu kalau aku ke sini, aku makan kat gerai lain, tapi sebab hujan jadi tempat duduk limited.
Makan je lah kat gerai mana-mana pun, janji ada sotong. Not bad juga kedai ni. Pilihan banyak.
Tapi kan, yang palingggggg best adalah mamak menari kat Gurney Drive.
Tak tahulah wujud lagi tak mamak tu.
Yang tu selection of food dia lagi best. Sotong besar, ketam besar.

Alhamdulillah, dalam pada nak cepat tu siap pak incik aku order kerang bakar siap.
Kalau boleh macam-macam lagi nak order sebab bukan selalu-selalu nak sampai sini, tapi kekenyangan. Puas hati dapat makan pasemboq sotong, kerang bakar and cendol.
Terasa lengkap dah 'percutian' ke Penang. Dulu pun kalau aku datang Penang, 3 benda ni yang aku cari dulu. Selagi tak dapat, aku tak keluar dari Penang.

Sebenarnya kan, aku tak reti makan pasemboq dulu.
Yang pandai makan hanya Mak Aji.
It all started in year 2010, masa aku kerja di USM, aku met sorang blog reader lelaki yang sedang belajar di USM.
Dia bawak aku ke Padang Kota ajak makan pasemboq.
Dia yang ajar aku makan benda ni.
Terus tersangkut sampai sekarang.
Setiap kali aku ke USM, memang akan makan dengan dia di sini.
Tapi tulah, dah berkali-kali makan pun, tetap tak pandai makan kuah.
Jangan sesekali tuang kuahnya ada sotong aku. Kuah kena asing.

Ni baru betul "walau hujan kuredah jua".
Biarlah berpayung-payung pun, janji dapat makan pasemboq.
Satisfied. Marilah gerak ke Alor Setar.

Hari tu kitorang stay kat mana ntah aku dah lupa.
Apartment.
Apartment dia boleh nampak dari tepi hiway cuma aku lupa namanya.
Cantik, and new.

Sebenarnya kitorang tak plan nak tido sampai 3 malam di Alor Setar.
Game hanya 2 hari - Sabtu dan Ahad.
Kitorang booked 2 malam di Raia Hotel.
Ingatkan game Rayyan start lambat, sempatla kot gerak dari PH lepas Subuh Sabtu.
Rupanya team dia main 9 pagi.
Tak dapat nak tambah 1 malam lagi di Raia, tu yang kena book tempat lain.
Tapi selesa apartment tu, bersih dan tak hassle nak parking.
Cuma, the apartment terlalu baru sampaikan the owner tak provide banyak benda lagi.
Tapi takpelah, basic keperluan semua cukup.
Slowly dia improvelah nanti.

Malam tu kepenatan, malas nak keluar makan.
Lagipun masih hujan dan malam. Tak kenal jalan lagi. Maka, kita order Grab saja.

Pagi esoknya Rayyan kena datang stadium awal, pukul 7am dah kena kumpul kat sana.
Ramai gila wakil-wakil dari negeri lain. Masa ni En Wan je hantar Rayyan sebab tak tahu lagi keadaan kat sana macamana, jadi dia tak bagi semua ikut. Awal-awal coach dah minta players bawak tikar sebab dorang semua akan lepak bawah khemah. Kalau ada tikar dapatlah duduk and baring-baring sementara tunggu turn.

Ko nampak tak kelibat seorang ayah yang sibuk nak pakai jersi yang sama?
Semua jersi Rayyan, dia akan tempah satu untuk diri dia sendiri.
Setiap kali Rayyan training, dia akan pakai jersi yang sama.
Dari jauh orang ingat dia coach.
Padahallll, menyibuk-nyibuk saja 😆.

Rupanya audience tak dibenarkan masuk stadium. SOP ketat.
2 hari sebelum dah kena buat RTK.
Hanya players and coach saja boleh masuk.
Mak bapak yang ramai-ramai ikut tu pandai-pandai la pasang khemah kat luar stadium kalau nak tengok anak main.
Dah la sepanjang hari hujan (renyai), berderet mak bapak tepi stadium berpayung tengok anak-anak main.
Aku mintak mahap la nak tunggu.
Kau yang nak main kan, kau mainlah.
Dia tak bagi aku masuk padang, aku pi Padang Besar. Apa susah 😆.

Ini ehsan gambar profesional photgrapher yang snap gambar Rayyan tengah main.
Masa ni mak bapaknya tengah bersoseh shopping kat Padang Besar.

Rupanya bahagian pasar kat Padang Besar tu tengah renovate.
Diorang robohkan semua dan buat lot kedai.
Nanti dah siap agaknya pasar akan bertumpu di situ.
Yang open cuma main building (the Arked).
Tapi nasib baik kitorang nak cari barang dalam Arked, takdelah terkilan sangat tak dapat ke pasar tu.

Sebenarnya takde apa sangat aku nak cari kat sini. Nak cari gajus je.
Tapi tak tahulah kenapa kalau datang Perlis mesti nak masuk sini.
Suka tengok-tengok barang-barang kat sini.

Pak Aji yang beria nak ke Padang Besar.
Tau tak dia nak cari apa?
Nak cari tali pinggang.
Dia kata tali pinggang yang dia pakai sekarang adalah dari kulit gajah yang dia beli di Padang Besar tahun 2011 lepas. Masih tahan.
Tu yang dia nak cari lagi tu.
Malangnya dah takde dah tali pinggang kulit gajah.
Seller kat sana semua kata dorang tak bawak masuk dah. Tak tau kenapa.

Yang ini team menantu dan mak mertua mencari jersi.
Yang Mak Aji nak belikan untuk dak itam kat rumah tu.
Yang En Wan belikan untuk anak lelaki dia pulak.

Yang lebih best adalah, lepas Padang Besaq kita zasss ke Laksa Kak Su.
Ya Allah, inilah tempat yang boleh dikatakan setiap kali naik utara akan kugagahkan juga sampai ke Laksa Kak Su.
Dulu, sesekali kerja aku hanya sampai USM saja, tak lajak hingga ke UniMAP.
Walaupun begitu, tetap aku pi Kuala Perlis semata-mata nak makan laksa.
Lone ranger makan laksa.
Dua pinggan ya, bukan sepinggan tau.
Takut meja sebelah nak kacau.
Tengok aku makan pun dia pikir 3 kali 😆.

Bila ingat-ingat balik kan, macamana la dulu aku boleh tergamak drive sorang-sorang jauh-jauh semata-mata nak makan?
Siap take own sweet time hirup kuah laksa yag dah habis sebelum order sepinggan lagi.
Itu baru makan, ya. Belum kira yang aku tapau lagi.
Everytime aku tapau laksa Kak Su mesti laksa 1kg, kuah extra.
Kuah extra maksudnya kuah 2 plastik.
Kalau tak, dia bagi 1 plastik je.
Aku beli lebih kuah. Bayar extra.
Kenapa extra?
Sebab boleh bekukan. Kalau laksa Kak Su dah habis, kuah masih ada.
Boleh beli je laksa kat sini kukus.

Tapi hari tu tak dapat tapau sebab kitorang masih perlu stay lagi di Alor Setar.
Mana nak sumbat kuah sampai 2 plastik dalam bilik hotel?
Terpaksa la aku berpuas hati dengan sepinggan laksa saja.
Takpe, akan aku cari alasan untuk datang utara.

Orang lain semua laksa standard.
Aku sorang je laksa special.
Laksa special ni ada telur sebiji. Tu je yang specialnya.
Bayangkan dulu aku bedal 2 pinggan laksa special sorang-sorang kat sini?
Memang spesis "Hati kau keras, Roy".

Yang ni pulak spesis "di mana ada kuih, di situ kita beli".
Kat Padang Besar dah shopping segala macam kuih. Sambunggggg pulak kat sini.
Nasib aku tak jumpa pasar malam kat sana.
Kalau tak, entah apa dia tapau.
Kat sini Mak Aji beli kuih gunting.
Ya ampunnn sedap gila!
Dulu aku selalu order kuih gunting kat satu seller ni, dari Kedah juga.
Lepas tu dia dah sambung blaja dah tak buat lagi.
Sedap gila kuih guntingnya.
Yang Mak Aji beli kat Laksa Kak Su pun not bad juga.

Tengah-tengah makan, around 2.30pm coach bagitau game habis around 3.30pm.
Just nicelah kitorang pun dah habis makan, terus patah balik Alor Setar untuk ambil Rayyan and check in Raia Hotel pulak.

Bagus juga cuaca kat sana hujang-mendung. Takdelah berselipat sangat anak aku.
Cuma kasut and stokin macam belacanlah. Sebelum masuk kereta, kat tepi kereta tu juga aku suruh dia tanggalkan baju seluar [cover dengan kain], lapkan badan dia dengan wet wipes, baru boleh masuk kereta. Sorry ya, aku tak tahan berkuap bau bacin nanti. Jadi, kena wangi-wangi dulu baru masuk kereta.

Hadiah kejayaan. Se-venti Starbucks.

Check in hari tu lama.
Disebabkan itu pihak hotel sediakan makanan.
Alhamdulillah, makan lagi kerja aku.

Ini Raia kedua aku stay. Raia pertama di Kuala Tganu.
Tapi KT tak sebesar Alor Setar.
Aku suka stay sini.
Kawasan cantik, hotel pun ok, parking best sebab kat luar, tak perlu nak masuk basement.
Pagi-pagi boleh jogging keliling hotel sebab kawasan luas.
Kalau esok lusa kena datang Alor Setar, nak duduk sini lagi.

Kebetulan kitorang pulak yang tukang rasmi makanan.
Memang tak sempat nak lapar trip kali ni. Asyik makan je.

Dulu masa kita kecik inilah orang harapan untuk bawa kitorang adik-beradik berjalan.
Now, kitalah pulak jadi orang harapan.
Pak Aji boleh lagi bawa kereta.
Hari-hari dia yang hantar cucu ke sekolah.
Cuma kalau long journey dah tak berapa kuat.
Lagipun kalau bukan follow anak berjalan, siapa lagi nak bawa dorang berjalan, kan.
Takkan nak saja-saja start enjin pergi utara berdua takde arah tujuan.
Kesian bawa kereta jauh-jauh.
Umur-umur macam ni selayaknya jadi boss duduk belakang ikut anak-anak berjalan je.

Malam tu kitorang dinner kat sini - Asiatic Thai Cuisine.
Mula-mula ingat nak pi Medina Thai.
Pernah pergi sana dulu, somewhere in year 2018.
Makanan sedap dan deco cantik. Ingat nak bawak Mak Aji datang sini, sekali tutup.
Aku tak tau la tutup ke, melingkup.
Sebab whatsapp tak berbalas, call tak berangkat, FB pun macam tak aktif.
Tapi kitorang tetap cari Medina malam tu, kot la bukak. Rupanya memang tutup.

Terus ke Plan B, iaitu ke Asiatic.
Tanya juga kat IG mana tempat makan best untuk dinner.
Takde sorang yang sebut Asiatic.
Tapi En Wan kata try je lah sini sebab tempat nampak convenient.
Jarang restoran besar-besar gini tak sedap.

Alhamdulillah sedap gila!! Puas hati.
Dia punya tempat lebih kurang macam Japanese restoran yang aku pegi makan wagyu dulu (somewhere in PJ).
Selesa makan sini, ruang makan besar, lauk sedap. Harga-wise aku lupa, tapi standard lauk Siam.
Dia punya selection of lauk-pauk sangat banyak.
Tapi aku order 6 jenis je.
Itu pun Mak Aji menjeling-jeling "Kau ni apa order banyak sangat, siapa nak habiskan?"

Eh macam tak kenal pulak perut anak dia.
Bukan selalu datang sini. Takkan nak makan ala kadar.
Biarlah makan sampai puas.
Ini pun aku nak order dessert tak dapat, dia cakap "Takyah, takyah. Nanti bapak kau takleh tido malam kekenyangan".
Bapak aku jugakkkk yang dia salahkan.

Korang kalau belum try Asiatic, bolehlah masuk sini. Sedap masakan dia.

Inilah yang kadang aku berbulu je dengan En Wan. Dia kalau ambik gamba, dia main ambik je.
Dia bukan nampak gambar aku nampak boyak kat situ.Aku dah kata tak payah guna wide screen sebab gambar akan kembang kat tepi. Badan aku akan tertarik sekali. Takkkkk. Dia nak pakai wide screen jugak. Nah! dah macam berat 100kg aku.

Eh, apa susah. Kita balas balik.
Aku ambik wide screen juga biar kepala dia nampak lonjong. Settle.

Gambar kekenyangan.
Masa ni dah sampai hotel semula.
Snap la satu buat kenangan depan lobi ni ha.
Rayyan ambik gambar lagi cantik dari apak dia.

The nexy day, Ahad. Rayyan masuk game round 2.
Masa ni dua team terkeluar dari game sebab salah seorang positive Covid.
The thing is, dorang datang dengan bas.
Takleh buat apa la, kena balik.
Tak salah aku team Melaka.
Kesian pulak. Datang jauh-jauh dari Melaka ke Kedah sekali takleh main.
Satu team lagi aku tak sure dari mana, tapi datang dengan bas jugak.

Terjumpa salah seorang parents dari team MBPJ.
Dia blog reader dan juga schoolmate adik aku masa kat SMSAH (Jenan).

Seronok tengok ramai juga parents yang datang support anak.
Jauh-jauh pun sanggup datang.
Yang dari KL, Perak, Johor.
Mak bapak sekarang lain macam supportive dia.
Kalau mak aku dulu, pegilah kau sorang.
Tak kuasa aku nak berpanas dia kata 😆.

Team Rayyan kalah.
Jadi, tak perlulah kita tunggu sampai petang, ya.
Meh lah kita terus sambung game kat Pekan Rabu.

Mula-mula nak makan kat food court Pekan Rabu.
Rupanya kat situ takde breakfast. Dorang bukak untuk terus lunch.
Pukul 10.30am tak ready apa pun lagi.
Semua gerai yang kitorang pegi semua kata tak siap lagi.
So, kitorang seberang jalan, berdepan dengan Pekan Rabu ada satu food court tepi sungai.
Ada lauk-pauk dengan nasi putih, and ada juga gerai jual ala carte. Not bad, sedap juga.

Pak Aji tengok dah ada gerai jual lauk-pauk, terus dia makan nasi putih.
Aku and En Wan pagi takleh masuk sangat nasi putih, mesti mau nasi lemak atau nasi goreng.
Mak Aji makan kuey teow. Rayyan, hanya makan ayam goreng kunyit.
Picky eater sikit Rayyan ni. Tapi nasib baik dia tak pernah jemu dengan ayam goreng. Senang nak cari.

Ini adalah kali pertama untuk En Wan masuk Pekan Rabu.
Kalau aku, ini 3rd time.
Dua yang terawal aku masuk masa Ima sekolah di SMSAH.
Dua kali datang tengok dia, dua kali aku masuk Pekan Rabu.
Tapi masa tu bangunan lama lagi.
Kalau bangunan baru, ini pertama kali.

Bangunan baru ni lebih selesa, dan kemas. Tapi, agak lengang.
Tak macam Pasar Payang.
Pasar Payang, walaupun dah berubah ke bangunan baru, masih ramai orang.
Aku tertanya-tanya juga, adakah sebab ini hari Ahad, kat sana orang kerja maka Pekan Rabu tak ramai orang?

Bila aku naik tingkat atas (level yang jual makanan), barulah nampak orang.
Dah jadi sempit pulak ruangan atas tu. Patutnya ruangan makan ni yang letak kat ground sebab lebih besar supaya orang ramai bebas bergerak sikit. Tapi maybe juga kalau dia letak ruang makanan kat bawah, orang takkan naik tengok kedai-kedai kat atas. Maybe.

Cantik-cantik tudung instant kat sini.
Tapi aku tak pakai, hanya melayan Mak Aji shopping je.
Yang tudung kanan sekali tu cantik sangat!
Ada macam-macam warna. Material dia sedap, warna-warna dia menarik.
Aku lupa nama kedai, jangan tanya.
Yang kanan tu aku belikan Mak Aji, dia terus pakai guysssss.

Pak Aji masih lagi mencari tali pinggang kulit gajah kat sini 😆. Tak jumpa pun.
Korang kalau tau mana jual tali pinggang kulit gajah bagitau aku la ya, kesian pulak tengok bapak aku tak jumpa apa dia cari.

Lepas keluar Pekan Rabu, kitorang masuk Aman Central.
Saja je nak tengok apa ada kat dalam.
Macam-macam ada rupanya.
Sempatlah aku dengan Mak Aji shopping kat dalam tu.
Sempat juga pekena Baskin.

Keluar dari Aman Central, En Wan bawak ke Sotong Buncit.
Aku lupa apa nama kedai ni, tapi ada perkataan Sotong Buncit.
Sotong dia memang besar.
Yang menambahkan besar bila dia sumbat susu sotong dalam tu.

Ramai juga orang datang makan sini.
Boleh juga kitorang sampai waktu lunch hour.
Tapi memang ramai queue makan sotong buncit.
Rezeki kitorang dapat sotong awal.
Sebab, sotong yang tengah dibakar waktu tu adalah batch yang last.
Batch last selalunya kecik sikit dari lain sebab yang besar-besar orang dah sambar dulu.
Yang ramai-ramai queue tu nak tunggu batch baru masuk (masih di dapur).
Eh tak kuasa aku nak menunggu, ambik je la yang tengah bakar tu. Settle.

Kebetulan masa aku nak jalan ke meja bawak sotong, akak yang goreng bawal tengah nak angkat ikan dari kuali. Terus aku hulur piring. Ngam dpat makan semua yang panas-panas dan tak payah tunggu lama.

Ni lah rupa sotongnya. Ambik 1 je, itupun tak habis, sebab liat.
Frust tengok dalam sotong banyak susu sotong je. Telur sotongnya sikitttt je.
Selalunya gitulah, seller sendiri tak tau beza mana satu telur sotong mana satu susu sotong.
Kalau kat Tganu, yang jual sotong celup tepung tu beria letak sign "Telur sotong". Hampeh!
Bukannya telur, tapi susu.

Ini beza antara susu and telur, ya.
Telur sotong tak banyak mana.
Yang banyak selalunya susu sotong.
Susu tak sedap, yang sedap telur.

Pak Aji kata "Jalan dengan kau ni, papa tak sempat lapar" 😆.
Nak buat macamana, anak-anaknya semua jenis yang enjoy food [read: kuat makan].

Hari tu dapat berehat panjang sikit sebab lepas lunch terus balik hotel.
Dapatlah aku and En Wan berjemaah membuta sampai lewat petang.

Ini depan Raia. Besar, kan? Besar dan luas compoundnya.

Sebenarnya aku dah malas nak keluar malam tu.
Kesian pulak Mak Aji and Pak Aji asik nak kena bersiap je untuk makan.
Ingat nak order Grab Food je.
Tapi En Wan kata dia taknak berbau bilik dengan makanan.

Malam tu makan kat Makcik Cafe, dekat je dengan hotel, dalam 1km je.
Not bad juga cafe ni. Tapi foodnya tak banyak, tapi masih boleh kenyang.
Malam tu kitorang makan western, kecuali Pak Aji tetap nak nasi.

Bersyukur aku cafe ni ada chicken chop.
Kalau tak, bingung aku nak bagi dia makan apa.

Esoknya, around 9.45am dah check out sebab petang tu aku ada meeting.
Memang sengaja tak ambik breakfast kat hotel sebab nak merasa makan pagi tempat lain.
Tapi hari check out malas nak merayap dah.
Makan je buffet breakfast kat hotel, lepas tu boleh terus gerak balik.

Jangankan tidak laki aku nak jugak merayap.
Tiba-tiba je dia masuk exit Kuala Kangsar.
Dia cakap "Jom tengok apa ada kat dalam tu". Boleh?

Masuk Kuala Kangsar semata-mata nak cari makan je.
Maka jumpalah this cafe yang terletak di dalam ladang getah. Unik, kan?
Ramai pulak orang makan situ. Popular rupanya tempat ni.
Tempat dia unik, cuma tak berapa kemas. Tapi bolehlah nak makan.

Nasib baik takde nyamuk kat sini.
Risau gak dalam ladang getak kot ada nyamuk ke.
Ada pak panjang tetiba merayap bawah meja ke.
Tak berapa tenang sangat aku nak makan sebab imaginasi aku agak melampau time tu.

Walau tak berapa tenang, mee bandung ni tetap habis aku bedal.
Well, Diana kan.

Siap ada sesi pembelajaran ya, kat sini.
Apak beliau tunjuk macamana rupa biji getah, macamana rupa pokok getah yang dah ditoreh, macamana rupa mangkuk takung getah.
Kesian budak-budak sekarang, 2 tahun belajar di rumah, tak pernah masuk lab, tak ada lawatan sambil belajar.
Nak belajar sains pun susah nak faham sebab tak nampak bendanya.
Aku dulu kecik-kecik dah tahu cara proses getah bagai.
Maklumlah, atok ada bangsal proses getah.
Takpe, esok cucu aku, aku angkut masuk ladang getah terus.
Maklumlah nenek dorang ada ladang getah sendiri. Gitewww.

Selesaikan trip ke Alor Setar 4 hari 3 malam yang dipenuhi dengan aktiviti makan.
Kalau ikut plan kitorang, minggu ni the whole family dah ada kat Langkawi untuk ambik Redza balik.
Redza kan dah habis skolah.
Rancangnya semua nak kumpul kat Langkawi.
Tapi macam-macam pulak jadinya hujung bulan ni.
Yang kena Covid. Yang kena kuarantin sebab close contact. Nenek meninggal.
Takpe, lepas raya kita start.