2021-11-02

Cara nak mantapkan PR

Selain dari reader ni, sebenarnya ada a few more yang tanya macamana aku boleh bercakap dengan orang yang aku tak kenal as if aku dah kenal lama dengan orang tu (soalan ni selalunya datang dari budak-budak sales).
Dia cakap segan nak jumpa customer.
Sebenarnya, korang bukan segan tau.
Tapi korang tak tau apa nak cakap.

1. Mahu Bercakap

Yang ni point utama untuk ada PR yang bagus, iaitu mahu bercakap.
Aku bukan kategori peramah.
Hanya banyak cakap bila aku tahu apa nak dicakapkan.
Kalau kebetulan bersembang dengan orang yang bercerita pasal fashion, pasal artis - masa ni aku diam sikit.
Lebih suka mendengar, kerana tak follow sangat artis.
Sebut nama artis pun manjang salah.
Dan aku tak berapa suka small talk - macam bersembang hal orang lain.
Nak lagi orang tu aku tak kenal in person, contohnya artis, blogger lain atau instafamous.
Memang tak minat.
Bukan tak minat orangnya tapi tak minat nak bersembang topik-topik macam ni sebab sejenis tak menfollow orang sangat.

Most of the time akulah manusia yang paling tertinggal keretapi kalau cerita melibatkan manusia lain.
Senang cakap, aku ni boring kalau ajak bersembang pasal orang lain.
Selalunya aku lah terpaling tak tau cerita pasal orang lain sebab malas nak ambik tahu hal orang.
Kau konfem akan dengar respon aku “Hah ye ke?”, “Apa bendanya?”, “Entah, aku tak tau”.
Kawan-kawan aku memang paham dah.
Selalunya dorang akan bagi rumusan je 😆.
Walaupun kau mengumpan aku “Kau tau tak, dia ada cerita buruk pasal kau”.
Tak payah nak bagitau sebab aku malas nak dengar.
Tapi kalau bersembang hal yang aku minat dan aku tahu, insyallah lama kita sembang nanti.


2. Tahu apa nak cakap

Nak PR bagus, syaratnya kena tau apa yang kita nak cakap. Itu syarat kedua.
Nak cakap pasal bisnes, kena ada dalam bisnes (kalau ada lebih baik), ada pengalaman and ada ilmu.
Nak cakap pasal agama, cakap apa yang kita tahu, ada sumber sahih dan ada guru yang bimbing tentang agama.
Journalistic, regular blogging, story telling, rajin membaca - ini semua backbones PR skill.
Nak excellent PR, banyakkan menulis, membaca dan latih bercakap depan orang.

Kalaulah depan aku sekarang ada version diri aku semasa sekolah menengah dulu, aku nak peluk dia and berterima kasih kerana berani ‘redah dan belasah’.
Masa skolah rendah aku tak banyak join program-program ko-ku.
Di sekolah menengah baru aku aktif in debate, syarahan, pantun, syair, melukis, menyanyi, etc.
Aku jadi berani kerana persekitaran aku berubah.
Kawan-kawan disekeliling aku masa tu jenis yang berani untuk cuba benda-benda ni dan bijak-bijak belaka.
Jenis yang kalau cikgu kata nak buat debate, tak payah tunggu orang lain, sendiri angkat tangan.
Dan akhirnya balik-balik muka kitorang lah yang join 😆.
Jadi kesimpulannya, nak PR bagus, bukan saja perlu membaca dan menulis tapi sokongan persekitaran.
That’s why persekitaran kita sangat membentuk siapa kita. Ada pengaruh yang kuat kat situ.


3. Bercakap depan strangers

Nak good PR tak boleh lari dari mesti berani bercakap depan orang yang kita tak kenal.
Bukan sembang dengan kawan-kawan, ya. Apetah lagi sembang kosong.
Menjadi seorang sales banyak develop skill ni dalam diri.
Week 2 dah kena keluar cari customer and promote barang.
Nak tak nak, redah.
Yang nak dijumpa ni pula bukan sembarang-sembarang orang, mostly lecturers and researcher.
Mereka ada knowledge, maka aku perlu bersedia.
Jangan sampai hangus kena tembak dek customer.
Nak taknak, kena banyak membaca jurnal, technical magazines dan fahamkan produk.

Dulu, kalau majikan tanya ada sesiapa nak volunteer pergi seminar atau jaga booth on weekend? 
Aku angkat tangan.
Ini peluang nak berjumpa ramai orang dalam market aku ketika tu.
Masa ni nak jumpa competitor dan himpit-himpit dorang untuk tengok skill dorang buat presentation, skill dorang buat demonstrasi instrument, skill dorang bercakap dengan customer, dan kenal siapa customer-customer dorang juga.
Masa nilah nak lawat booth competitor dan tanya sedetail-detailnya tentang produk dorang supaya aku boleh study and compare dengan product yang aku carry pula.
That’s the easiest way to learn. Learn from competitor.
Jangan buat musuh dengan competitor. Rugi.
Cuma takde life sikitlah waktu tu sebab selalunya benda-benda ni berlaku on weekends.
Umpama berkerja on weekends, unpaid.
But berbaloi. Itu investment untuk diri sendiri.

Bila kita ada knowledge, insyallah lebih yakin dan berani nak bercakap depan strangers.
Strangers (customer) pun seronok dengar explanation kita. Lebih convincing.
Tahun 2003-2005, sales aku atas sikit je dari target.
Kalau target RM80k sebulan, sales aku around RM100k saja.
Tapi sejak hujung 2005 sampailah aku resign 2008, aku berjaya main kat juta-juta pula.
Kerana ketika ni knowledge dan experience dah semakin strong.
Sepatutnya begitulah kan, seharusnya bila kerja dah lama, knowledge and skill tak boleh berada di tahap yang sama saja.
Orang nampak seolah-olah achievement aku waktu tu an overnight success.
Tapi orang tak nampak weekend kita kerja, baca jurnal sampai 1pagi, buat demo every other day, etc.
Itu semua buat untuk diri sendiri.
Of course lah for money (komisyen), tapi tak rugi bila berkorban masa untuk invest dalam ilmu.
Pulangannya akan dapat dalam bentuk yang kita tak jangka, kepada kita juga.

Sebab itu, jangan malu hidup berkuli.
Jangan tak sabar-sabar nak jadi boss, nak jadi kaya, nak jadi jutawan.
Belajar berkuli dulu.
Jadi kuli ni bagus sebab kita berpeluang buat banyak kerja.
Sebelum kita jadi majikan yang mengeluarkan arahan, belajarlah menerima arahan.
Maksudnya belajar jadi kuli.
Tapi jadilah kuli yang absorb ilmu dan tak berkira untuk invest pada diri sendiri.

Orang yang berkuli selalunya akan jadi LEADER yang lebih baik berbanding menjadi BOSS kerana seorang leader menunjukkan jalan.
Seorang leader tak dapat tunjukkan jalan jika dia tak pernah melalui zaman berkuli.
Itu beza leader dengan boss.
Leader boleh buat apa yang staff dia buat.
Kalau staff MC, leader boleh take over kerja staff.
Tapi seorang boss belum tentu boleh take over kerja staff.
Jadi, berkulilah. Belajar dan absorb ilmu ketika berkuli.

Orang luar nampak macam kita kerja umpama takde life, padahal kita bukannya buat untuk majikan semata tetapi untuk diri sendiri.
Investment untuk diri sendiri. 
Kalau ada masa, ambil apa-apa course yang boleh tambah nilai diri. Insyallah tak rugi.


4. Diverse experience

I feel fortunate sebab aku involve dalam offline sale.
Buat offline sale skill kena mantap sebab kita buat one-to-one business.
Expression customer on the spot. Respondnya tak dibuat-buat.
Boleh nampak depan-depan kalau dia puas hati, atau boring, atau excited, atau upset.
Apetah lagi kalau buat presentation depan a group of customer.
Ini bukan presentation sesama kita, ya.
Nak pulak dulu crowd aku semua di kalangan technical people.
Kalau nak goreng biar berilmu. Silap goreng kat situ jugak hangus.
Nak-nak lagi dengan Dekan, atau Pengarah.
Ini semua no-nonsense people. Masa mereka emas.
Pastikan jangan buang masa mereka dengan PR yang tak up to their standard.
Kirim salam dorang nak layan kita lagi.

Nak diverse experience, syaratnya jangan berkira dalam buat kerja.
Aku sangat percaya kalau buat kerja lebih dari sepatutnya, benefitnya akan dapat lambat laun.
Tak dapat sekarang, dapat akan datang.
Tak dapat dalam bentuk duit, dapat dalam bentuk network.
Bila majikan minta buat kerja di luar scope kita, jangan terlampau berkira dengan gaji tapi anggap itu peluang tambah pengalaman dan investment untuk future.
Masa aku kerja company B, marketing flyers aku buat sendiri sebab staff grafik tak seramai company A.
Staff grafik buat internal training pada sesiapa yang berminat nak buat basic design.
Aku join, walaupun orang kata buat apa nak pergi, itu kerja dia, dialah kena buatkan design untuk kita.

The thing is, nak tunggu design budak grafik kena queue.
Aku ni kalau idea dah sampai, jam-jam tu juga aku nak siap.
Jadi, aku attend training tu supaya boleh buat sendiri.
Biarlah orang kata “Kau ni menyusahkan diri sendiri dan menyenangkan hidup dia”.
Masalahnya bukan aku buat untuk menyenangkan kerja dia tapi nak menyenangkan hidup aku.
Biar kerja aku lebih cepat perginya.

Kerjaya sales aku dulu banyak menambahkan network dari kalangan top-top management.
15 tahun dulu mereka semua jawatan biasa-biasa saja.
Now semua dah jadi Dekan, VC, COO, CEO.
Just like them yang dah naik pangkat, aku pun dah bukan Sales Exec lagi.
Bila cabang kerjaya aku beralih-arah, mereka ni semua jadi satu peluang dan kelebihan untuk aku sebab kami saling-mengenali dan saling ada good record.
Peluang untuk berkerjasama lagi akhirnya dapat wujud.


5. Keyakinan

Selalunya kita jadi gementar dan takde idea nak bercakap bila kita belum menguasai ilmu.
Bayangkan kena buat presentation dengan tak tau apa nak dipresentkan. Konfem gelabah teruk.
Tapi kalau kita tahu apa kita buat, kita tahu apa nak dicakapkan, insyallah kurang gelabah dan datang keyakinan.
Takde ilmu lebih mengurangkan keyakinan daripada takde pengalaman.
Dari pengalaman aku sendiri, ilmu lebih penting untuk dikuasai kalau nak PR bagus.

Aku buat sales pada minggu kedua join company biotech.
Pengalaman belum ada. Yang ada hanya buat-buat macam ada pengalaman 😆.
Tetapi berbekalkan knowledge, aku redah.
Terbukti, walau takde pengalaman tapi kalau we speak the same language dengan customer, insyallah boleh buat.
Ada orang pengalaman bercakap je ada tapi suruh buat, hampeh.
Bek bek bek bek bercakap berdegar-degar pasal marketkan produk, dia sendiri takde produk.
Lepas tu bila orang tak yakin, dia marah. Contohhhhhhh.


6. Jangan berhenti belajar

Ini yang selalu kita terlepas pandang. 
Habis belajar, kita rasa kita dah tahu banyak benda.
Bertahun-tahun kerja, sijil ijazah Uni/Kolej adalah sijil terakhir kita ada. 
Itulah silapnya.

Learning does not end once you graduate from school kerana pembelajaran adalah proses sepanjang hayat. 
Teruskan belajar melalui online courses, atau subscribe informative resources, langgan online magazine atau jurnal yang berkaitan dengan bidang kita, etc.
Pastikan sentiasa ada kemahiran baru untuk dipelajari dan strategi untuk dipakai.
Jangan berhenti belajar sebab itu salah satu faktor we can generate new ideas bila bercakap.

Ingat tak punca kita boleh menulis karangan dengan baik di sekolah dulu adalah kerana banyak membaca?
Kalau tak banyak membaca, nak cukupkan 360 patah perkataan tu seksa!
Maka, salah satu point penting untuk PR yang bagus adalah jangan berhenti belajar.
Learning is a brain exercise, kunci untuk berjaya.
Get out there and increase your knowledge. Invest pada diri sendiri.

Sebut pasal investment kat diri sendiri, aku nak share video tentang gaji engineer.
Kan 2-3 hari ni sibuk pasal artikel "Engineer miskin".
Ini bos Mega Jati Academy, company yang aku attach untuk Program Halal and Food Biotech.
Adjunct Prof Ir Dr Arkam is not only a professional engineer, he is also a lecturer and business owner.
Secara ringkasnya Dr Arkam bercakap tentang perlunya kita invest diri kita dalam program-program yang boleh menambah nilai diri, sebelum kita argue bab gaji.



Secara ringkasnya, kalau nak gaji besar, investlah kepada diri.
Kerja 5 tahun, skill dan ilmu tak bertambah sebab always buat kerja rutin setiap hari,
Bila hanya buat yang rutin, macamana skill nak berkembang.
Lepas tu question "Aku dah kerja 5 tahun tapi gaji aku naik tak sampai RM1k". Hmmmm.

Jangan lokek enroll dalam short courses, atau profesional cert.
Bila ilmu and skill bertambah, peluang yang tak disangka-sangka datang depan mata.
Kena buat presentation adhoc pun boleh.
Percakapan jadi lancar kerana kita tahu apa nak dicakapkan.
Don't stop learning because when you stop learning, you stop living.