2021-02-12

Trauma sampai ke tua.


Tadi masuk bilik entah macamana aku terperanjat nampak sesuatu atas katil.
Katil aku letaknya berdepan almari. Almari aku bercermin.
Kalau aku masuk bilik, bukak je pintu akan nampak almari dulu.
Disebabkan almari tu bercermin, boleh nampak reflection katil.
Ok boleh faham kan sampai situ?
Sebab aku tak ambik gamba so payah juga nak menggambarkan ni.

Atas katil entah agaknya En Wan balik tadi dia baring kejap.
Dia sandarkan bolster pada bantal kepala.
Jadi kedudukan bolster tu macam separuh menegak, separuh lagi baring atas katil.
Bila aku tolak daun pintu, ekor mata aku ternampak macam ada orang lelaki duduk bersandar atas katil.
Menjerit kejap tadi. Lepas tu terduduk sebab baru tersedar itu bantal.

“Apesal teruk sangat imaginasi kau?”

Troma tak hilang namanya.
Aku sebenarnya ternampak macam exbf aku atas katil tu tadi.
Dulu pernah jadi satu kes hampir-hampir aku nak dikenakan tindakan tatatertib.
Kisahnya, masa second year.
Second year aku dapat duduk dalam kampus. Duduk bilik sorang.
Geng-geng Dusty Pink semua duduk luar, menyewa.

That day, aku tak sure apa puncanya, saka exbf aku tetiba mengganas.
Maybe petang tu dia macam dah givap pujuk aku untuk datang balik kat dia (masa ni dah break).
Stress kot nampak aku macam ok je life goes on lepas breakup, tak puas hati lettewwww.
Petang tu hujan. Aku balik dari kelas.
Hostel aku dulu macam rumah panjang style.
Naik tangga, nampak ramai orang bersidai kat depan. Kakak-kakak senior pun ada.
Bila aku sampai, semua diam. Berpandangan each other.
Aku buat tak tahu je, sebab aku anggap dorang tengah bersembang ramai-ramai sambil menikmati view hujan.
Aku melintas dorang, terus ke arah bilik.
Bukak-bukak pintu bilik hah kauuuu exbf aku dengan basah kuyup, pakai cap, tengah baring atas katil aku, macam bersandar kat kepala katil, sebijik macam bolster aku bersandar tadi.

Allahhhh. Terus berdebar jantung aku.
Tak tau macamana dia boleh terlepas masuk blok perempuan, siap boleh pecah masuk bilik aku padahal bilik aku berkunci.
Dia boleh tau pulak tu mana satu bilik aku.
Seama ni rajin gak la aku melambai-lambai dari tingkap bilik everytime dia hantar aku balik, so dari situ maybe dia boleh agak mana satu bilik aku.

Patutlah akak-akak tu semua bersidai kat depan.
Rupanya dorang tengah berbincang camne nak cekup aku kat dalam.
Dorang ingatkan aku tengah berdua dengan exbf.
Tu pasal bila aku muncul depan tangga semua terdiam.
Tapi dorang tahu exbf aku ada kat dalam sebab moto dia park selamba kat depan hostel. Pailang la konon.

Dah berdua dalam bilik tu aku naik seram.
Almari aku berselerak. Baju aku semua bertabur atas lantai.
Entah apa si babi ni cari ntah.
Aku syak dia nak cari bukti kenapa aku taknak terima dia.
Saitan sungguh perangai.
Masa tu aku belum couple lagi dengan En Wan.
Baru kenal-kenal kat chat je.
Dah habis modal nak dapat aku balik gamaknya, dia guna kekdah saiko pulak.

Aku pun terpaksa la bermain kata-kata dengan dia.
Kau gila aku nak tengking dia kat dalam tu?
Dah la masa bersandar kat katil tu dia main-main pisau lipat.
Saiko lah katakan. Nak bagi aku takutlah tu.
Tapi memang aku takut pun.
Tu pasal aku terpaksa bermain kata-kata.
Lama aku kat dalam bilik tu pujuk-pujuk dia.
Tiba-tiba pintu bilik berketuk.
Kawan sehostel nama dia Asha budak Perlis, aku ingat lagi dia cakap “Diana, sorrylah aku tak tahu apa jadi antara kau dengan **** tapi kalau dia tak keluar lagi 5 minit kitorang panggil warden”.

Aduiiii letih aku gini. Nak layan si gila satu hal.
Nak mengharapkan pengertian kawan-kawan satu hal.
Now nak mengadap warden.
Aduiii benda yang paling aku menyampah adalah kena buang U atau kena tindakan tatatertib kerana CINTA.
Gila bodoh la kalau kena buang U sebab cinta oiii. Tak berbaloi.
Aku cakap ok sat lagi dia balik.
Aku terpaksa terima si hamlau ni petang tu semata-mata nak suruh dia keluar dari bilik.
Aku takde pilihan masa tu. Aku nak selamatkan keadaan.

Huru-hara hidup aku lepas tu.
Ye lah, semata-mata tak nak bagi dia menggila menyusahkan semua orang, aku kena terima dia balik, kena layan makan dengan dia, sembang dengan dia - as if aku jadi awek dia balik.
At the same time aku tinggal sorang, takde henfon nak mengadu kat geng-geng tetek.
Sentiasa dalam ketakutan.
That semester was the worst semester aku kat sana.
Semester tu pointer aku menjunam ke 2.98. Memang stress gila. Bukan stress belajar tapi stress memikirkan masa depan aku dengan dia.
Asyik dok memikir jalan macamana aku nak lepaskan diri dari dia tanpa membuatkan keadaan huru-hara.
Masa tu aku terasa bodohnya pointer drop sebab CINTA.
Padahal aku tidaklah bercinta, aku stress!

Tadi masa aku terkejut tu masuk bilik, nangis la jugak.
Nangis sebab takut satu gak, nangis sebab aku masih terbayangkan dia satu hal lagi.
Memang disaster hidup aku kenal dia. Troma sampai tua.
Aku tahu mesti ada yang cakap "Yang kau tak menjerit masa nampak dia dalam bilik tu apesal?"
Ya, aku tahu kalau aku baca cerita orang pun mesti itu jugak yang aku tanya.
Just like kita tengok sinetron, tertanya-tanya apesal la heroin ni lembik sangat rela diri dibuli, betul tak?
Kalaulah semudah tu, memang aku menjerit dah.
Tapi entahlah, maybe masa tu aku masih ada perasaan kesian kat dia.
Kalaulah aku men jerit, keaadaan akan jadi kecoh.
Konfem naik court Uni, sia-sia je dah second year kena gantung pengajian, atau kena buang U. Tak ke naya.
Dah la mak bapak dia bukan orang senang.
Kalau dengan aku-aku sekali kena tindakan, lagi haru.
Tapi tu lah kan, mesti orang cakap "Yang kau kisah dengan mak bapak dia kenapa".
Entahlah, maybe aku belum kejam lagi kot masa tu.
Kalau sekarang, dah kejam.

Yang pasti, relationship yang tak healthy macam ni can cause its own trauma.
Jadi psychopath tak semestinya kena jadi pembunuh, ya.
Appearance dorang pun generally tak berbeza dari orang lain, jadi aku tak boleh dipersalahkan sepenuhnya kenapa boleh berada dalam relationship ni.
Kawan-kawan aku sendiri pun tak sangka dia macam tu.
Kawan sebilik dia sendiri pun tak sangka, lagikan aku.
Payah nak jangka orang macam ni.
Cuma dari pengalaman aku, hint paling besar adalah POSESIF.
Orang psiko sangat sangat sangat posesif.
Kalau dia jenis yang terlalu ambil tahu pasal kau, mana kau pergi dia kena tahu, siapa kau berkawan, apa kau beli, everything kena let him/her know - pesan aku, LARI!
Jangan stay lama, nanti kau jadi macam aku, tak boleh nak lari akhirnya merana diri.
Sampai ke tua diselubungi ketakutan.