Pages

2020-08-31

Nak tunggu hidayah sampai bila.


Meninggalkan solat atau ibadah-ibadah yang lain dah menjadi hal yang biasa.
"Belum dapat hidayah" adalah jawapan yang biasa kita dengar dari mulut mereka-mereka ni, termasuklah aku, dulu.

Hidayah adalah petunjuk kepada manusia.
Hidayah mengajar manusia menjadi yang baik.
Lalu, adakah hidayah memang perlu ditunggu?

Kalau memang mesti ditunggu, adakah hidayah itu datang berkali-kali?

Atau adakah menunggu hidayah datang umpama menunggu hari jadi setiap tahun, atau perayaan lain yang hanya datang setahun sekali?

Sampai bila pula kita kena tunggu datangnya hidayah tu?

Kalau betul Allah hanya datangkan hidayah pada waktu tertentu [1 atau 2 kali saja], what if it turns out we missed that important moment?
Itu bermakna selama-lamanya kita akan kekal dalam kesesatan.
Kalaulah begini formulanya, selamanya kita tidak akan dapat bertaubat, dan jelas masuk neraka.

Adakah Allah sekejam itu memberikan hidayah hanya beberapa kali saja? 
Bukankah Allah bersifat Maha Menolong?
Kalau betul hidayah datang beberapa kali saja bermakna Penolong di sini bersifat selfish.
How can Allah be selfish, padahal Allah tak perlukan kita tetapi kita yang memerlukan Allah?

Allah juga Maha Pengasih, yang bermaksud selalu memberikan kasihNya setiap waktu.
"Maha Pengasih" adalah salah satu bukti kasih sayang Allah kepada manusia.
Mustahil dengan sifat Maha Pengasih itu Allah hanya memberikan hidayah 1-2 kali saja.

Pandangan peribadi aku, ketika seseorang kata "ketika datangnya hidayah" - ini adalah moment di mana keangkuhan dan kesombongannya yang selama ini menolak atau mengabaikan hidayah yang Allah telah benar-benar ditekan sampai level minimum.
Pada ketika ini, dah hilang keangkuhannya menolak perintah Allah dan merasa bersalah melakukan apa yang dilarang Allah.

Contoh mudah, ketika azan.
Azan adalah panggilan untuk segera menunaikan solat, tetapi bila hati ditutup dengan kesombongan, manusia akan mengabaikannya.
Azan dianggap seperti angin lalu saja.

It's not just about adzan, melihat orang lain solat, mendengar orang mengaji, melihat akhlak orang soleh juga adalah hidayah atau petunjuk dari Allah.
Semua itu adalah hidayah yang non-stop Allah berikan.
But like I said, kesombongan dan keangkuhan manusia yang menutup hati masing-masing sehingga menolak petunjuk atau hidayah yang setiap saat Allah berikan.

Nampak orang bersedekah, itu adalah hidayah untuk kita sama-sama bersedekah.
Tapi kita kata "Sedekah tak payahlah tunjuk-tunjuk. Itu riak namanya".

Nampak orang lain menjaga aurat dengan syari'i, itu adalah hidayah untuk kita sama-sama menjaga aurat.
Tapi kita kata "Sikit-sikit dah la. Extreme sangat kau ni".

Nampak orang lain ambil video tengah bagi gelandangan makan, itu juga hidayah.
Tapi kita kata "Nak buat baik tak payahlah rekod. Attention seeker je ni".

Niat dia nak raih Likes atau perhatian manusia, itu urusan dia dengan Allah.
Tetapi, Allah takdirkan kita nampak that video adalah petunjuk buat kita.

I'm not saying I am better than others, tetapi sekadar berkongsi pandangan tentang apa yang aku rasakan dan fikirkan.
Aku cuma rasa ada kekeliruan tentang persepsi "Masih belum dapat hidayah" yang perlu diperbetulkan. 
Phrase "masih belum dapat hidayah" ni buat manusia semakin sesat ke arah yang kurang baik.

Kalau phrase itu kita terus-terus tanam dalam fikiran, maka sampai bila kita nak menunggu hidayah? Untuk apa kita tunggu hidayah kalau hidayah itu boleh dihampiri?
What if it turns out kita menunggu hidayah yang tak datang-datang kerana kita menganggap hidayah mestilah petunjuk yang bila ia datang boleh buatkan kita terduduk terngaga barulah boleh dikatakan hidayah?

Cubalah dari sekarang belajar membuka hati dan merendahkan kesombongan supaya kita dapat lihat, dengar dan merasakan hidayah yang tak pernah berhenti hadir.
Tak pernah ada kata terlambat untuk sesuatu yang baik.
Yang ada hanyalah "lambat sedar" dan "cepat sedar".


2020-08-27

Nampak macam aku demand?

Fresh from the oven punya post, baru naikkan tak sampai 2 jam.
Aku rasa aku perlu buat post ni.
Aku harap mereka yang berkenaan, yang pernah mengharapkan aku bagi free service, bacalah dengan lapang dada dan nada yang lembut.

Sekali baca, maybe nampak macam aku demand.
Dah guna barang orang, lepas tu tak nak promote, kan?
Ok sebenarnya macam ni.
Aku faham expectation orang yang berniaga.
Kalau boleh kita nak orang review product kita dengan sungguh-sungguh dan bagi feedback yang positif.

Tapi, aku tak reti nak bagi feedback yang positif kalau benda tu aku tak berkenan.
Contohnya, nasi goreng.
Walaupun nasi goreng tu tak sedap kat tekak kau, asalkan sedap kat tekak aku, aku akan puji kaw-kaw sebab aku yang review.
Aku akan review free of charge. 
Tak perlu bayar untuk dapatkan pujian aku kalau benda tu memang aku berkenan.
Jadi, kalau ok dengan cara aku ni, silakan hantar produk untuk aku cuba.

But, kalau nak aku promote no matter what, aku buka ruang untuk marketkan your product.
Nak kata review pun tak, nak kata memberi testimoni pun tak.
Lebih kepada mengiklankan.
Cara ni lebih bagus sebenarnya untuk orang yang berniaga, sebab orang yang berniaga selalunya nak meluaskan nama produk/brand.
They don't care ada untung ke tak dari pengiklanan tu because they know benda ni takkan jadi semalaman.
Takde maknanya promote hari ni, esok beratur orang beli. Belum tentu lagi.

Untuk option yang ini, buat macam standard pengiklanan service je lah.
Aku iklankan di blog/IG/FB, aku cerita tentang what your product can do, aku buat demo kalau perlu.
Tapi service ni bukan free, dah tentu-tentu ada charge-nya.

But to some people, dia nak segalanya berlaku dengan senang, cepat dan kalau boleh FREE.
Kalau boleh tak nak rugi apa-apa.
Persepsi ni sebenarnya tak betul.
Memang ada je orang yang willing bagi free service asalkan dapat free product, tetapi bukan semua orang macam tu.
Jadi jangan anggap "Saya dah bagi free product, awak buatlah free marketing". Eh?

Nak berbisnes, modal bukan setakat pada kos produk tetapi modal marketing mesti ada.
That's why nak berbisnes kena ada ilmu.
Bila tak ada ilmu, inilah jadinya.
Berbisnes pun cara cincai. 
Aku bagi kau kek free, kau promotekan. Hello..? 

Jangan salah faham.
Bukan maksudnya everything mesti tip top dari segi sistemnya, databasenya, packagingnya - not necessary.
Yang penting konsep berbisnes tu mesti faham dulu, bahawa dalam bisnes mesti ada modal untuk marketing.
Kenapa ramai orang yang berbisnes tak put aside modal marketing eh?
Sales & Marketing tu datang sekali tau, bukan asing-asing.
Di mana ada sales, di situ ada marketing.

Yang paling penting kena faham, bukan semua benda yang kita iklan hari ni, esok dah berjujuk orang datang beli.
Sometimes, iklan itu convincing tapi takde keperluan untuk orang beli that product.
Iklan fungsinya untuk market the brand/product, not necessarily untuk tarik orang beli.
Iklan ni lebih kepada bagi awareness, biar orang tahu produk itu wujud.
Maybe ini yang some people tak boleh terima.
To them, kalau aku dah keluar duit untuk kau iklankan, modal tu kena patah balik. Segera!

Inilah hakikat berniaga yang maybe tak ramai tahu.
Sebab kita 'tertipu' dengan gambaran bahawa orang bisnes itu wajib kaya, hidup mewah, pakai branded, kereta besar, shopping everyday, etc.

Yang kau tengok tu setelah dia berjaya.
Time dia tengah susah-payah dulu mana ada dia tunjuk sebab dia pun tak yakin bisnes dia boleh berjaya.
Dah berjaya ni, barulah dia tunjuk macam-macam.
Yang kita dok pandang sekarang ni time dia dah berjaya.
Kalau kita tengok time dia tertonggeng tertiarap membina bisnes dulu, konfem kita tak selera nak berbisnes.

Business is neither too risky nor too rewarding.
Macam main chess, kita kena analyse, kena pilih, dan kena decide dengan teliti.
Bisnes akan jadi sangat berisiko kalau kita sendiri tak faham tentang bisnes yang kita buat.
Sebab itu, bisnes yang terbaik adalah bisnes yang kita tahu.
Jangan main belasah orang buat itu, aku pun buat.
Orang buat ini, aku pun buat.
Kalau kita pandai masak, buatlah food business.
Kalau kita pandai menjahit, buatlah bisnes pakaian.
Kalau kita pandai mengajar, buatlah bisnes coaching.
Buat apa yang kita tahu. Itu yang terbaik.
Tapi tak bermakna kita tak boleh buat bidang yang kita tak pakar.
Kalau kita ada resources dan kesungguhan apa salahnya.

Yang penting jangan jadi wannabe.
Orang berniaga, kita berniaga.
Orang jadi entrepreneur, kita pun nak.
Orang expand bisnes, kita pun sama buat.
Orang pasang billboard, kita pun nak pasang.
Orang keluar magazine, kita pun nak satu dunia recognise kita.
Tapi etika kerja takde, kesungguhan takde. 

Ada duit untung, selain memewahkan diri, mesti invest untuk self-development.
Jangan manjang reward diri sendiri dengan material.
Mesti invest dalam kelas - kelas marketing, kelas personal brand, kelas public speaking, etc.
Dunia perniagaan ni berubah dengan cepat sebab bila trend berubah, demand juga berubah.
Kalau kita tak persiapkan diri dengan skill, kita akan stuck.
Ikut pengalaman aku, at least 3 tahun membina bisnes baru boleh bernafas lega.
Dalam tempoh 3 tahun pertama, belum lagi masa nak bermewah.

Aku harap, orang faham apa yang aku sampaikan.
Kalau rasa-rasa faham dan masih mahu mencuba khidmat aku, silakan.
Kalau nak aku come out with marketing package pun, insyallah boleh.
Email staff aku : halina@xzizbiotech.com.
Nak DM aku pun boleh.

p/s : Jangan PM FB aku sebab En Wan boleh baca nanti dia dah baca pastu dia lupa nak bagitau aku siapa send mesej.


2020-08-25

Melaka - melegakan ketegangan kejap.


Ahad lepas aku kerja di UTHM Pagoh, buat kali keduanya ke sana.
Patut plan nak drive sorang, colleague aku akan gerak sekali, asing-asing, jumpa di sana.
Sekali En Wan nak ikut sebab dah alang-alang ke Pagoh dia nak jumpa kawan dia yang sama-sama blaja kat Jepun dulu, since kitorang kawen dia dah tak jumpa dah dengan kawan ni.
Tau je lah En Wan punya perangai, dia mesti ada plan lain punya.
Rupanya dia cadang malam tu stop kat Melaka, lepak 1 malam.
Dah alang-alang keluar jalan jauh, biar berbaloi katanya.
Kebetulan Isnin (semalam) tak skolah, jadi tak payah nak pikir siapa nak menghantar Rayyan.



Ni kat kedai roti canai. Breakfast.

Ahad 7am dah keluar sebab nak stop kat ofis jap ambik dokumen aku, pastu zassss terus ke Pagoh sebab meeting at 10am.
Best gila jalan pagi-pagi, smooth je jalan, cuaca pun mendung.
Sempat aku membuat 15 minit.
Sampai Pagoh around 9.15am, lambat sebab En Wan bawak slow and steady kali ni.
Lansung tak bertempik aku dalam kereta. Aman.
Benti makan jap kat kedai sebelah kedai Wak Adan.



Pitching aku agak tinggi, jadi aku bercakap tak perlukan mic (yang sebenornya aku tak reti punat mana nak ditekan, jadi aku tinggikan suara aku).

Yang pernah tanya "Kak Di dah tak buat GreenAard lagi ke?"

Ishh, mana boleh tak buat.
GreenAard adalah produk XZIZ Biotech.
GreenAard adalah brand, XZIZ adalah company.

XZIZ Biotech bukan ada GreenAard saja tapi ada Halal in Home kit yang digunakan oleh makmal and IPTA.
At the same time XZIZ Biotech juga run biotech custom project macam DNA detection and training/workshops.
Tapi memandangkan halal kit and biotech project ni bukannya produk untuk orang awam, jadi aku tak banyak bercerita pasal ni di media sosial. Yang selalu aku cerita cuma GreenAard je.
Maybe sebab itulah bila aku dah start cerita sikit-sikit pasal project aku yang lain, ada yang ingat aku drop GreenAard.

Dengan UTHM ni juga adalah collaboration di antara subject matter experts dengan academician.
Siapa yang follow IG aku mesti tahu aku tak pernah tinggalkan GreenAard.
Everyday aku akan educate followers aku the science behind GreenAard product.
Doakan je lah aku sihat boleh terus kerja, ok?



Ramai nau yang tanya seluar tu aku beli mana.
Aku beli kat ELLE. Ada banyak lagi tu, pergilah beli.
Aku terpaksa pakai heels semata-mata nak pakai seluar ni.
Bukan main lagi aku ber-catwalk hari tu sambil berdoa janganlah terpeleot.

Meeting sepatutnya nak dipanjangkan lagi after lunch tapi Ayda ada appointment halal project dengan bakery kat Muar.
Insyallah aku akan ke UTHM lagi bulan depan.
After lunch, masing-masing membawa diri.
Ayda ke Muar, aku ke Melaka.

Perjalanan ke Melaka masih mendung, alhamdulillah.
Jauh juga dari Simpang Ayer Keroh nak ke Double Tree Hilton.
Jenuh aku menahan kencing.
Nasib baik urusan check in smooth. Bilik pun selesa.



Yang gambar kanan tu kasik chan la nak beramas-mesra.
Aku suka bilik dia sebab tak malap.
Menyampah betul aku kalau bilik hotel jenis malap.
Hilangkan nak nampak aura romentik, terus nampak aura seram.

Masuk bilik untuk letak bag je, then terus keluar cari makan.
Padahal aku dah makan lepas mesyuarat, tapi sebab En Wan belum makan, aku temankan.



Ini cara-cara aku temankan orang makan tau.
Nasi ayam sepinggan.
Kalau aku yang memang nak makan, tak taulah besar mana lagi pinggannya.



Dah rupa orang bangun tido dah dengan rambut gitu.
Entah kenapa rambut dia tercokeng macam tu. 




Berdepan dengan restoran aku makan nasi ayam tu ada warung kuih ni.
Mula-mula tak terasa nak makan kuih pun tapi tengok punyalah ramai oranh beratur, terus teruja.
Tanya adik yang kerja kat restoran tu apa benda yang warung ni jual, dia kata macam-macam kuih melayu.

"Kuih keria ada tak?"

"Ada kak. Tapi kalau nak keria yang famous tu bukan sini. Itu kat Limbungan".

Tak kisahlah femes ke tak, janji keria.

Boleh tahan gak keria dia, not so sweet. Just nice kat tekak aku.
Tapi sebab takde geng nak lawan makan kuih dengan aku, jadi aku beli keria je.
Kalau Mak Aji or mak mertua aku ada sekali ni, mau dia ambik setiap satu kuih.
En Wan tak berapa makan kuih, dia takat goreng pisang atau kepok lekor bolehlah.



Malam, ke HRC.
Rasanya ini kali ke-ompek aku makan sini.
Dia punya Chicken Mac & Cheese kena sangatlah dengan tekak aku.
Cuma, portion dia boleh makan 3 orang. Memang tak habis.
Jangankan aku punya, kueytiaw En Wan pun banyak gila boleh makan 3 orang.

Sebelah HRC ni Jonker Street.
Aku cuak je nak masuk sebab takut padat dengan orang.
Padahal takde apa nak cari pun, tapi dah alang-alang sampai, nak gak masuk.
Nak masuk pun ketat, dia scan semua and umur 13 ke bawah takleh masuk.
Nasib baik tak bawak Rayyan, kalau tak memang En Wan je la masuk sorang.
Ramai yang bawak anak kecik frust takleh masuk.

Actually some yang datang ke Jonker bukan nak beli barang kat gerai-gerai tu tapi nak makan kat restoran dalam tu.
Contohnya restoran Nyonya Laksa yang best ada kat celah lorong dalam nun.
Aku betul-betul kenyang dah time ni, kalau tak, memang aku seret En Wan pi makan Nyonya Laksa pulak.
Pernah je dulu lepas makan kat HRC, aku sambung makan laksa pulak kat dalam tu.



Mac & Cheese aku.



Kueytiaw En Wan.
Laki aku ni kan nak order kueytiaw pun segan.
"Kalau abang order kueytiaw takpe ke?"

Dia segan nanti nampak macam kampung nau pulak perangai.
Kau rasa ada orang kisah kampung ke tak?
Dorang lagi suka kita masuk makan kueytiaw dalam tu.
Kalau ada nasi dagang pun bagus gak.



Melaka ni memamg colorful waktu malam, especially area ni.
Dengan beca lip lap, lampu-lampu kat river, bot, Jonker Street - memang hidup.
Pegi banyak kali pun masih tak bosan.
Bagus juga hari tu aku pergi senang dapat parking, banyak pulak tu.
Orang dah tak ramai keluar kot sekarang. Ataupun sebab baru lepas hujan, orang malas nak keluar.
Tapiiiiiiiiiiii, on the same night, nampak ada orang update kat FB Serkam orang queue nak makan ikan bakar.

Lepas round Jonker Street, beli air kelapa, balik.
Aku tido awal malam tu sebab letih. En Wan tido pukul berapa tak tau sebab dia tengok ulangan bola.



Esok paginya, aku ada video meeting at 9am.
Jadi dah alang-alang bersiap, lepas aku meeting, terus kitorang balik, tak tunggu pukul 12pm pun.
Lagipun budak-budak kat ofis kerja, on the same day jugak buat Merdeka Offer.
Jangan buat pasal la bercuti this week, karang delivery semua tergendala.
Inipun dah cuak Cleansing Gel dah tinggal 2 karton.

Breakfast kat hotel sangat best, dah lah sedap, variety pulak tu.
Dan dorang memang jaga betul SOP post Covid.
Nak masuk beratur, hanya family yang dah complete saja dibenarkan masuk.
Kau tak boleh, "Kami masuk dulu, jap lagi ada 2 orang lagi sampai, jadi kami nak meja 8 orang".
No way.
Kau tunggu depan sana sampai semua cukup baru boleh masuk.

Lagi satu, nak makan dalam ni, mask hanya boleh dibuka ketika nak makan saja.
Everytime nak ambil makanan, kalau tak pakai mask, kau tak boleh masuk ke dalam kawasan makanan.
Ada lorong in and out siap-siap dia buat.
Dan, semuanya staff dorang akan ambilkan.
Kau cakap je nak apa, nak roti bakor 2 keping, nak croissant 1 ketul, even nak air teh atau air sejuk pun dia yang ambikkkan.
No way guest ambil pinggan and cawan sendiri.
Memang dia betul-betul jaga.

Ok, dah penat membaca kan?
Apa kata mendengar pula.
Meh dengar akak bercakap pulak, tak lama. 7 minit je.




2020-08-21

Aku tak layak katanya

 


Awal minggu ni kecoh sekejapan pasal tweet ni, kan?
Isu ni dah selalu sangat Azizan Osman keluarkan.
Ini memang tektik dia nak trigger emosi orang, sebab dia tahu manusia lebih suka membincangkan hal negatif dari positif.
Selama ni pun, orang lebih suka bersembang hal buruk orang lain, jarang berhari-hari orang nak sembang benda yang baik-baik.
Tapi kalau benda buruk si anu buat 10 tahun lepas, now dia dah jadi baik, orang tetap akan korek hal 10 tahun lepas tu untuk dijadikan bahan bercerita.
Konsep inilah yang Azizan pakai.
Siapa yang pernah mendaftar dengan mana-mana kelas dia mesti perasan, right after tweet ni viral, ada masuk SMS pasal kelas terbaru dia, betul tak?
Sebab aku dapat, En Wan pun dapat.
Aku dah lama perasan tektik dia ni.
Apa-apa benda yang viral jadi pada dia, mesti SMS kelas terbaru akan masuk. 

Tak, bukan aku sebelahkan si Azizan, tapi memang aku dah faham sangat tektik dia ni.
Kebetulan pulak Azizan dah banyak kes yang buatkan orang tak berkenan dengan dia.
Especially kes 8 PhD dia tu.
Disebabkan itulah apa je yang dia buat akan jadi perhatian dan kecaman.
But I guess, dia pun tak kisah sebab dia tahu walaupun dia hanya "menjual air liur" tapi apa yang dia sampaikan adalah betul.

Macamana aku tahu apa dia ajar adalah betul?

Sebab aku banyak baca motivational books and marketing books.
Apa yang Azizan cakap pasal strategi marketing, semuanya aku dah baca.
Tapi bak kata Azizan, tahu belum tentu buat. Ramai orang bila diajar, kata tahu. Tapi tak buat pun.
Maka sebab itulah aku join kelas dia untuk dapatkan cara nak buat.
Walaupun kebanyakkannya aku dah apply tapi sesekali nak jugak tengok cara orang lain apply macamana, just to make sure I am in the right track.

Cuma satu je "silap" Azizan ni - dia takde physical product yang dijual.
Disebabkan inilah kredibiliti dia sebagai marketing guru diragui.
Orang always question kelayakan dia sebagai seorang yang power in marketing [katanya] sedangkan dia sendiri takde produk di pasaran.

To be fair, kebanyakkan lecturer yang mengajar bisnes and marketing pun takde physical product.
In fact some of them takde bisnes pun tapi tak ramai yang question tentang tu, kan? Why?
Because dorang ada kepakaran on paper. Dorang ada title.
Title inilah yang buatkan mereka layak untuk mengajar orang buat bisnes walaupun mereka takde pengalaman buat bisnes, betul tak?

Ok aku nak cerita sikit apa yang aku alami a few days ago.

Aku dijemput oleh satu IPTA untuk bagi talk tentang entrepreneurship.
The program tu makan masa berhari-hari, tetapi aku ditawarkan slot setengah hari untuk bercakap pasal keusahawanan.
That day aku berjumpa dengan academician terlibat untuk present module.

To my surprise, salah seorang "pakar" kata module aku tak sesuai untuk students.
Katanya students are not ready with this kind of module.
Aku tanya dia balik, jadi modul apa yang sesuai untuk students?
Dia cakap aku kena sediakan notes and cerita tentang sejarah keusahawanan, bagi contoh tentang usahawan-usahawan berjaya, etc.
Aku smile and cakap "Sebagai orang dalam industri, kami mahukan bakal pekerja datang interview dalam keadaan dah ready untuk masuk industri. Jadi modul yang saya sediakan ini adalah dari sudut pandang saya selama 17 tahun dalam industri. Bila masuk dalam industri, kami dah tak peduli mereka tahu ke tak pasal sejarah keusahawanan, berapa orang jutawan ada kat Malaysia, development of global marketing and all. Kami nak orang yang datang interview dah ready untuk bekerja".

The "pakar" diam.
In fact meeting room jadi senyap sepi.
Tak, bukan aku nak tunjuk terer, but some people sangat sombong dengan kelayakan on paper dia, sampaikan dia rasa hanya cara dia saja betul.

Learning ada banyak cara.
Kalau nak suruh spoon fed dengan nota-nota, I am so sorry, orang dalam industri tak provide nota yang banyak.
I will teach you through exchanging experience, non-formal activities including games, group discussions, group presentations, virtual visit ke kilang proses makanan untuk tengok flow of the business, later buat role play sorang jadi customer sorang jadi sales mempromosikan product, etc. 
This is what we orang insdustri do.
Maksud aku kat sini, sebagai academician, you jangan expect the same learning module kita akan ajar student.
Kalau we follow your module, then lebih baik you je yang ajar.



Ni aku share sikit modul teaching aku.
This is how we do it.
Kita nak students terbiasa dengan dunia industri, bukan depend pada nota-nota lagi dah.
Maybe kita provide nota 30% je, selebihnya praktikal terus supaya the moment you habis belajar you dah ready untuk masuk industri.
I tell you, sebagai orang dalam industri kita kalau boleh dah tak nak ajar selok-belok macamana cara nak buat sales, macamana cara nak tarik crowd, macamana nak communicate, macamana nak ice-breaking - LETIH!
Letih nak ajar semua benda from scratch.

Sometimes aku rasa terkilan bila sesetengah pakar memperlekehkan kredibiliti orang yang takde kepakaran on paper macam aku ni.
Walhal aku ada experience 17 tahun doing ACTUAL sales & marketing local and international sale.
Jadi product endorser pun pernah.
But to them pengalaman berbelas tahun doesn't count, unless ada tauliah on paper.
Jadi, perlukah aku dapatkan title Adjunct Prof baru suara aku sebagai orang industri didengari?

Berbalik pada kes Azizan Osman tadi, dia adalah salah satu contoh someone yang ada ilmu [marketing] tapi takde fizikal produk.
Produk dia adalah ilmu, tapi masyarakat tak iktiraf sebagai layak memberi ilmu kerana dia takde tauliah.

Aku pun gitulah agaknya.
Takde ilmu business secara formal, hanya ada experience.
Experience pun baru 17 tahun. Tak layak.
Maybe aku kena ambik MBA dulu pastu cukupkan berniaga sampai 30 tahun baru layak share ilmu.

2020-08-18

43rd Birthday


Menyambut birthday macamkan anak dara, padahal dah masuk 43 tahun.
Maybe inilah yang dikatakan beruntungnya jadi satu-satunya perempuan dalam family, dimanjakan sampai ke tua. Kahkahkah.

Celebration bermula Khamis malam, 13 Ogos.
Selalunya memang gitulah, samada celebrate sehari awal atau sehari selepas. Never on the same day. Why?
Sebab on 14th, bos I busy dengan Founder's Birthday Sale kat ofis.
Memang tak boleh kacau lansung dia on that day sebab selalunya on special event macam ni, Pos Laju sampai 3-4 trip datang collect barang kat ofis.
So, hari tu jangan aku nak mengacau En Wan and team dia, mampuih aku kena lahar.



Terharu tengok post En Wan yang ni.
Aku memang tak plan nak makan kat mana-mana, tak reti nak decide.
That night En Wan bawak aku ke AEON Shah Alam and suruh aku pilih nak masuk restoran mana.
Terasa tempting pulak nak try lobster, lalu ke Red Lobsterlah kita.

Ya, memang aku always tak minta yang mahal-mahal sebab aku tak tau nak minta apa.
Maybe mahal bagi aku, tak bagi dia. Maybe mahal bagi dia, tak bagi aku.
Jadi, jalan paling senang takyah mintak.
Kalau terasa nak beli, beli je sendiri, melainkan dia surprisekan hadiah, aku hambikkkkk.

Malam tu dia tanya aku nak henbeg tak.
Terus aku "Tak payah".
Bukan apa, aku ada a few handbags yang tak pakai-pakai pun.
Paling aku regret 2 tahun lepas gatal tangan pi beli LV, last-last tak sampai 5 kali aku pakai.
Last year aku pi wedding blog reader, ambik gambar tepek kat IG, followers tanya "Wahhhh, Kak Di pakai beg baru!"
Sampai aku naik segan nak menjawab "Tu beg lama", "Tu beg beli last year".
Nampak sangat beli jadi tukun.
Aku selesa je ke mana-mana pakai Hush Puppies yang tak sampai RM400 ni. 
Lagipun beg Hush Puppies ni tahan lasak and besar.

Dalam ertikata lain, seperti tahun-tahun sudah, memang takde hadiah hari jadi.
Yang pasti makan-makan, ada.



Red Lobster, AEON Shah Alam. Not bad.
Aku memang seafood person, jadi tempat ni sangat sesuai di tekak aku.
Salmon grill dia sedap.



Seperti biasa, Rayyan tak ikut.
Celebrate macam ni, kitorang suka berdua je sebab aku tau nanti akan ada next round celebrate dengan anak-anak and mak bapak pulak. Selalunya makan-makan juga.



Ni food dia. 
Aku ambil grill salmon and lobster. En Wan ambil fried lobster.
Jadi boleh tukar-tukar and rasa.
Rasanya aku punya lagi sedap sebab grill.
Salmon sangat juicy, on point sangat dia grill.
Yang En Wan punya lobster macam macam udang goreng biasa je. Sedap tu sedap tapi sebab bergoreng so kureng di tekak aku.

Malam tu, itu je lah agenda kitorang - makan and lepakking together.
Kalau nak ikutkan, aku and En Wan ni selalu sangat lepak bersama.
Maunya tak - kerja setempat, tinggal serumah, tido sebilik takde gangguan anak-anak, anak-anak pun dah besar - memang boleh sangat nak privacy berdua.
Tapi bila sesekali dapat makan berdua on special occasion, enjoying food, pastu jalan-jalan pusing mall keluar masuk kedai tak beli apa-apa [kahkahkah], membuang masa berdua - ini sangat terapi.
Itupun kan, lepas mentekedarah kat AEON, on the way balik En Wan tanya aku dalam kereta "Nak lepak mamak?"
Pakkal aku ada slides nak prepare malam tu, kalau tak, JOMMMMMMM!

Oh by the way, kat IG ramai nau yang DM aku tanya aku sambung blaja ke, aku buat program apa asyik prepare slides?
Aku sebenarnya produce satu program Master di IPTA.
Segala modul and kurikulum untuk that course adalah dari aku [with my team].
Dalam erti kata lain, we are the program owner.
Student intake dah tak lama dah ni, tu pasal kelam-kelibut prepare teaching slides.
Nanti tunggu IPTA tersebut keluarkan iklan tentang course ni, aku tepek la di sini.
Sesiapa nak sambung peringkat Master, bolehlah kita berjumpa nanti, ok?
Insyallah, cikgunya tak garang. Pitching je tinggi sikit.
Jangan risau certified ke tak course aku ni, dah lulus senat dah pun.

The next day, 14 Ogos, genap umur 43 tahun.
Alhamdulillah, jejak juga aku ke umur 43 tahun, ingatkan tak sampai.
Ye lah, dulu kan masa sebut pasal Wawasan 2020, rasa macam tua dah masa tu, ntah sempat ke tak.
Syukur, bukan saja sempat jumpa 2020, tapi di usia begini, aku masih ada mak mertua and mak bapak.
Inilah keramat-keramat hidup aku.
Aku berada di mana aku berada sekarang kerana doa dorang, bukan atas usaha aku.
Aku always cakap kat En Wan, kita ni cara-cara ada doa mak bapak pun kadang-kadang stress dengan ujian Allah.
Kalau esok dorang dah takde, dah takde doa dorang, macamana agaknya kita harung ujian hidup?

Pagi Jumaat tu, aku istiharkan diri aku cuti. Sendiri celebrate birthday sendiri.
Pagi tu ada discussion pasal Halal Training, pastu member aku balik, aku pun merayap kat IOI City Mall keluar masuk kedai.
Aku sebenarnya mencari kasut pengawas baru.
Asyik keluar masuk Bata sejak last week tak jumpa-jumpa kasut pengawas yang berkenan.
Rasa macam semua design kasut pengawas aku dah beli.
Dorang ni tak reti keluarkan new design ke.

Esoknya, Sabtu 15 Ogos.
En Wan bagitau dia dah book satu hotel-kondo kat KL nak spend time sama-sama with mok, Mak Aji and Pak Aji.
Nak pi jauh-jauh sangat macam tak seronok sebab Redza takde sekali.
Jadi, kita bercuti dalam KL je lah, buat syarat.



Tapi sebelum ke KL, makan dulu kat Main's Place USJ ni ha.
Hajat di hati tu nak pekena Absolute Thai tapi dorang takde meja yang besar untuk muatkan 6 persons [post Covid].
Kena duduk 2 meja asing, Taknak lah. Terus pi kedai lain, Thailand juga.



Kebetulan pulak masing-masing pakai warna nude.
Dalam banyak-banyak mask, mask mok paling ceria, kan?
Mask tu aku belikan dari sepupu aku, dia kerja menjahit.
So masa awal-awal tengah kelam-kelibut dengan Covid dulu, aku tempahkan siap-siap mask ni.
Aku beli a few pieces, tapi mok yang pilih sendiri warna ni.
Kesimpulannya, mok ambe berjiwa periang. Hahahaha.

Ya, aku tau ada yang nak tanya mask aku tu Jovian punya ke?
Haah, memang Jovian.
Ceritanya, kawan aku Ayda nak beli mask yang aku jual tu.
Kebetulan birthday dia nak dekat, jadi aku order mask Jovian hitam ni, aku satu, dia satu, sebab dah alang-alang order online jimat duit pos sekali harung order dua terus.
Takkan nak bagi hadiah birthday dia barang aku, kan.
Kita bagilah barang orang lain, brand lain.
Masa ni aku belum buat tie-on mask lagi. Tapi now kitorang dah ada tie-on mask, jadi aku pakai tie-on je.
Mudah. Gilir-gilir kadang pakai mask RM14 [aku punya], kadang pakai mask RM79 [Jovian].




Lunch di Main's Place.

Yang simple-simple je sebab petang tu around 6pm dah order delivery Mandy Rice.
Tapi aku kebulur time ni sebab dari 7 malam semalamnya aku tak makan sampailah ke pukul 2pm besoknya. 
Bukan buat IF, tapi buat kerja sampai terlupa nak makan, tau-tau En Wan dah tido.
Nak turun bawah buat maggi takut, maka aku tido dalam kelaparan. 
Besok paginya cepat-cepat siapkan kerja sebab nak pi bercuti, sampai tak sempat nak makan.
Tu pasal kebulur.

En Wan book suite kat ARTE PLUS.
Serviced condo macam ni memang payah sikit bab keluar masuk.
Segalanya nak menjaga privacy.
Awal-awal tu standardlah kena pening dulu sementara nak memahamkan dia punya flow keluar masuk, tapi lama-lama nanti ok.
Orang macam aku sesuai pi tempat gini sebab aku kalau pi bercuti suka duduk dalam bilik tak keluar-keluar.



Kiri bilik Mak Aji.
Kanan bilik mok and Rayyan.



Ini bilik aku with bathroom.
Kat luar ada satu lagi bathroom.
Ada pantry only, no cooking-cooking.
En Wan kata yang dia booked ni kategori hotel.
Ada juga kategori apartment yang boleh masak-masak sekali.



Oklah tempat ni, selesa.
TV clear habis. Puas tengok.
Selalu kalau pi hotel sekalipun, TV mesti tak berapa clear.

Aku memang tak expect lansung En Wan nak buat "party" untuk aku kat sini.
Memang ingatkan buta-buta nak melepak bersama family je.
Lagipun En Wan kata pukul 6pm nasi Arab sampai, kita makan sama-sama.
Pastu kalau lapar, kita keluar malam-malam makan kat KL sambil ronda-ronda.
Aku ok je, janji ada makan. 

Petang tu, lepas layan Baahuali kat TV3 [untuk ke 67548 kalinya], aku masuk bilik tido.
Apa nak jadi kat luar tu jadilah.
Rupanya masa aku membuta tu En Wan bekerja keras nak siapkan deco untuk celebrate birthday aku.
Entah bila masa dia buat planning.




Sejenis kegigihan. 
Mak Aji kata sambil-sambil tengok TV, dia meniup semua belon-belon ni, alone.
Memang takde siapa berani menawarkan diri nak tolong tiup sebab semua orang faham SOP En Wan macamana.
Karang belon tak sama besar dia stress.
Jadi sebelum dia stress dan semua orang pun stress, biarkan je dia settle semua sendiri.

Aku bangun tido tengok semua dah siap.
Kagum and terharu jugaklah dengan effort dia nak buat party untuk wife.
Orang lain buat benda-benda gini untuk anak pompuan je, yang aku, dah umur 43 masih ada party.
Masa aku keluar bilik dia takde.
Tanya mana dia pegi, Mak Aji jawab dia turun bawah ambil kek.

"Kek???"



Kejap lepas tu dia masuk bawak kek siap nyanyi lagu happy birthday sorang-sorang.
Seriously cantik sangat kek ni.
Kat mana dia order pun aku tak taulah, tapi memang cantik and sedap.

Ceritanya, dia kan di-warned awal-awal jangan bagi bunga.
Aku dah penat dapat bunga, sampai dah tak tau nak buat apa dengan bunga tu.
So aku pesan jangan bagi aku bunga.
Tapi En Wan kata, tak best kalau takde bunga, sebab dia nak bagi aku hadiah pun aku tak mintak apa-apa.
Macam tak best kalau on celebration day tak hulur apa-apa.
Jadi beliau mendapat idea tempah kek yang menyerupai flower bouquet.
Memang menjadiklah surprise beliau, cantik sangat kek ni.



Selain bakat menjadi party planner, beliau boleh offer pakej fotografi sekali.



Mandy Lamb and Mandy Chicken for dinner.
Tapi lepas Maghrib baru start makan-makan.
Ini kali ke-7 aku makan nasi Arab Saba. Sedap.
Tapi ada satu kedai nasi Arab kat Seksyen 7 Bangi tu lagi sedap.
Lupa nama kedai.
Ada satu lagi Nasi Arab kat TTDI Shah Alam pun sedap - Aroma Hijrah.



Excited nau muka birthday girl bukak kek, macamkan first time celebrate birthday. Padahallll.
Aku cakap kat En Wan, perancangan Allah tu hebat tiba pada masa yang tepat.
Dulu masa kecik tak berpeluang nak sambut birthday macam ni, pernah pun sekali je, itupun tumpang party tupperware Mak Aji.
Now dah tua-tua ni kemain galak pulak menyambut birthday.
Berganda seronoknya bila suami suka libatkan mak bapak mertua sekali untuk celebrate birthday bini dia.

Aku percaya Mak Aji and Pak Aji seronok tengok anak perempuan dia 'dijaga' begini di tangan orang lain.
Aku pun mak juga.
Kalau aku ada anak perempuan, aku pun seronok tengok ada orang nak tolong jaga anak kita.
Aku harap anak-anak lelaki aku paling tak pun, biarlah macam perangai apak dorang ni yang bersungguh-sungguh bab menyeprisekan wife.
Tapi perangai apak kau yang perfectionist a.k.a OCD tu kau takyah ikutlah. Stress pulak bini kau nanti.
Tak pun, carilah isteri yang penyabar macam mak korang ni [up diri sendiri gituuu].



Kelihatan mak-mak sedang menyusun meja makan sebab anak nak ambik gambo.
Kesian mok, berkelubung dengan towel sebab sejuk sangat.
Rumah tak besar mana tapi aircond 4 bijik, bukak satu pun dah sejuk amat.
Si Rayyan punya bilik dah macam North Pole sejuknya.
Yang En Wan pun satu, dah tau nak bawak mok duduk hotel pegi lah bagitau mok bawak sweater ke apa ke.
Ni tak, dia nak surprisekan aku, penyudahnya dengan mok sekali suprise kesejukan.
Selalunya kalau nak duduk hotel, mok akan prepare sweater and stokin sekali.
Hari tu berkelubung mok dengan towel seharian.



Inilah rupa kek tersebut.
12 cup cakes red velvet disatukan jadi jambangan bunga.



Tengah makan, Mak Aji datang tepi hulu beg Habib Jewel. Terpekik I kejap.
Tak expect lansung nak dapat emas lagi.
Last year, Mak Aji bagi aku gelang masa birthday ke-42.
Gelang tangan yang aku pakai tu Mak Aji yang hadiakan.
Tahun ni dia bagi rantai.

"Apesal rantai ni singkat sangat, tak labuh?"

"Kalau aku bagi yang labuh nanti kau kejap-kejap bukak pastu tak pakai lansung. Beli yang pendek biar kau tak pandai bukak".

Oh dia dah boleh syak apa yang bakal aku buat rupanya.

Aku ni kalau Mak Aji tak belikan emas, memang tak ber-emaslah badan aku.
Sejenis bukan peminat emas.
Tapi rezeki Allah nak bagi, aku terpaksa pakai emas juga akhirnya.
Mak Aji kata "Ni mama dah belikan rantai, jangan pulak kau biar togel je gitu tak berbuah. Pegilah buat buah dia".

Aku nak pegi kedai emas?? Memang tak lah.
Takpe, kita tunggu je birthday ke-44 nanti, insyallah dapat buah rantai pulak. Kahkahkah.



Steady je Pak Aji dengan T Shirt Surau Al-Sobah dia, kan?



Punca En Wan book Arte Plus ni sebab sini ada tempat bergambar yang cantik.
Ni atas ni antara yang kau boleh jumpa di sana.
Atas bangunan tu dah macam taman dah.
Cuma kecik je, takde lah besar macam dalam gambar ni.
But oklah untuk bergambar-gambar, kan.

Banyak gambar kitorang kat tempat ni, tapi malaslah pulak aku nak tepek sini.
Kalau korang plan nak lepak KL berehat, bolehlah gi sini.
Takdelah this is the best, tapi ada lah option selain dari hotel.

Lepas bergambar-gambar, kitorang berempat terus keluar jalan-jalan KL.
Saja je ronda dalam kereta mengharungi kesesakan lalu-lintas kat Kampung Baru and Chow Kit.
Ajak Pak Aji and Mak Aji mengimbau zaman muda duduk area situ.
En Wan pun turut sama mengimbau lokasi-lokasi dia selalu outing masa blaja kat UTMKL dulu.
Aku syak tempat-tempat yang di bawak aku ni tempat dia keluar tenet dengan ex-gf kot.
Aku pun ada gak nampak port-port aku melepak dengan ex-bf dulu, tapi dendiam je lah simpan dalam hati. Hahahha.

Malam tu kami sudahi dengan roti canai kuah kari ikan with teh tarik di Bistro depan KPJ Ampang.
Lega betul dapat pekena teh tarik.
Itulah saja celebration birthday ke-43.
Yang simple-simple saja, takyah nak rak sangat, kau bukannya celebriti pun.

2020-08-12

Dah dibagi cadangan, dia hamun.

 



Ini screen shot dari IGS aku.
Aku tulis ni dalam keadaan membara-bara masa aku di UniKL Alor Gajah, last week.
Baru hari ni teringat nak tulis pasal ni.

Tak, aku tak marah pun pada peng-email ni [blog reader]. Cuma aku kecewa sebab apa yang aku sangkakan benar-benar terjadi.
Bukan apa, dari awal aku kena sound dek husband [ex] dia tu aku dah terdetik "Kalau ginilah gayanya seoarang "business-partner", memang takkan ke mana la partnership ni".
Tapi ye lah kan, kalau aku cakap karang orang kata aku menghasut bini jadi derhaka pulak.
Takpelah, aku pun takde lagi follow-up apa-apa dengan dia sampailah dia email aku pagi tu.

To you, my blog reader yang berkenaan, sejujurnya aku memang kecewa because aku tak dapat nak meyakinkan dia bahawa apa yang aku cadangkan tu adalah benda yang wajib buat.
Ini bukan soal taat tak taat, tapi kalau masing-masing jujur mahu membina perniagaan bersama, cari rezeki sama-sama, maka apa yang susahnya nak buat black and white?
Benda yang melibatkan duit ni, jangan cakaplah tak akan jadi hal kemudian hari.
Alangkan darah-daging pun boleh berputus sedara dek kerana berebut harta, lagikan kita yang baru hidup bersama tak sampai 10 tahun.

Siapa kata suami isteri kalau berbisnes sama-sama tak payah buat surat perjanjian?
Alangkah time menikah pun ada sign surat tau.
Benda ni tak semudah yang disangka. 
Tak boleh main presume "Ok we already know each other and we know what we want out of this business" - it doesn't work this way, ok?
Selalunya yang buat bisnes dengan spouse adalah perniagaan enterprise. Why?
Sebab senang takyah declare profit and loss, gaji pun boleh suka-suka ambik.
Tu pasal some "business partners" begini taknak buat black and white. Payah nak buat kerja kelepet-mengkelepet.

Yang kes blog reader ni, dari awal dulu aku dah minta dia register company Sdn Bhd sebab senang segalanya company secretary uruskan - baik dari segi pembahagian share and auditing - jadi ada clear cut kat situ.
Takkan ada dakwa-dakwi lagi kendian hari, insyallah.
Tapi dia kata bisnes baru nak bermula, taknak buat Sdn Bhd dulu, nak start dengan Enterprise je.
Oklah takpe, tapi aku suggest buat black and white.
Buat pembahagian kerja, pembahagian gaji, pembahagian profit.
Kalau nak bertekak pun selalunya disebabkan oleh 3 benda ni je jadi hat 3 ni kena settle dulu.
Belum sempat apa-apa, ex-husband dah bambu aku awal-awal.
Takpelah, good luck je sudah.
Alih-alih setelah beberapa tahun, apa yang aku sangka, terjadi. Nak buat camana? Boleh tolong baca je lah luahan hati.

Some people pilih spouse untuk jadi bisnes partner katanya senang, sebab dah kenal.
The thing is, bila kita dah terlalu mengenali, kadang-kadang susah nak berkerjasama, let alone nak keluarkan arahan berkerja.
Tu pasal antara employer and employee baik macamana pun, mesti ada gap.
Bukan nak menyombong tapi untuk memudahkan urusan kerja.
Bisnes partner yang baik adalah someone yang berkongsi visi dan enthusiasm dan ada skill yang kita tak ada.
Not necessarily bisnes partner adalah someone yang sekepala dan yang kita rapat.

Pilih bisnes partner yang kita percayai dan dapat get along with memang penting.
Husband and wife memang boleh jadi rakan bisnes however partnering with spouse needs to be carefully weighed out. 
Masing-masing kena tahu ini bukan main masak-masak, ini adalah kerja. Kerjaya bersama. Jadi, tak salah kalau nak jalani secara profesional.
Some partners [husband & wife] taknak jadi profesional kat tempat kerja, takut terkurang ajar katanya. Takut jatuh derhaka tanpa sedar.
Ok fine, tapi janganlah sampai takde black and white lansung.
Kita boleh berlebih kurang semasa berkerja, tapi urusan duit jangan berlebih kurang, ya.
Sebab itu bukan duit korang, itu duit syarikat.
Tapi tu lah, ada orang anggap dia owns the company maka duit dalam tu semua duit dia, so buat apa nak sign-sign document?
Jenis manusia gini yang susah nak dibawa berbincang sebab asas membina perniagaan pun dia tak faham.

Suami isteri yang berniaga bersama-sama, silap-silap haribulan boleh membawak ke masalah rumahtangga.
Karang elok-elok rumahtangga tak apa-apa, tapi yang jadi punca bertekak adalah kerana urusan di tempat kerja.
Tu pasal aku cadangkan awal-awal hari tu register Sdn Bhd senang.
Enterprise ni elok kalau kau sorang je yang jalankan bisnes tu.
Suami selalunya payah nak menerima cadangan dari seorang isteri di tempat kerja.
Dorang masih anggap kita ni isteri, bukan bisnes partner.
Jadi, kalau nak bagi pendapat, bagi arahan, bagi cadangan - selalunya memang boleh jadi punca bergaduh.
Kalau kita ada black and white, kebarangkalian nak drag isu ni hingga ke tempat tido kuranglah sikit sebab masing-masing terikat dengan dokumen perjanjian yang sah. Dalam dokumen pun dah ada clear understanding regarding job scope so that kalau problems arises in the business, payah sikitlah nak tuding-menuding jari sebab role masing-masing jelas.
Insyallah dengan cara ni lama-lama masing-masing boleh jadi profesional at work.
Tapi kalau asas pun kau dah ketepikan, bila bertekak memang payah la nak pertahankan apa-apa yang perlu dipertahankan sebab role pun tak jelas.

Sepatutnya, berbisnes dengan spouse lebih banyak bawa benefit sebab dah tentu kita ada misi yang sama.
Sama-sama nak cari rezeki, sama-sama nak membayar hutang, sama-sama nak membesarkan anak, sama-sama nak membina keluarga - jadi apa yang dikerjakan dah pasti untuk manfaat bersama.
However, kalau kau gunakan peluang berbisnes ni kononnya untuk spend more time together, sorry to say, this may not be a good situation for the business.

Dulu aku cadangkan kat this blog reader, jawatan dalam syarikat mesti clear.
Kalau you yang initiate the business, lebih baik you lead the company.
Boleh jadi ex dia bengkek bila baca cadangan aku yang ni.
Maybe dia salah faham maksud aku. Maybe dia ingat aku nak suruh bini dia jadi bos dan jadikan suami kuli.
Padahal role each spouse dalam company memang kena jelas so that in future pekerja and clients have a clear understanding of what each spouse’s contributions are to the business and what part of the business they are responsible for.
Bukan semua orang ada bakat jadi leader.
Apa ingat kalau laki bini run bisnes, yang jadi bos memang wajib suami pegang?

Entahlah, benda pun dah jadi, kan.
Nak cakap lebih-lebih pun, ketentuan jodoh dah sampai situ je. Dispute dalam bisnes hanya asbab.
Walau macamanapun, jadikan ini pengajaran. Tak bolehlah kita nak berserah je. Kena ada ikhtiar di pihak kita juga.
Menjadi atau tak menjadi bisnet partnership itu adalah urusan lain, yang penting kita buat apa yang perlu dibuat sebelum bisnes berjalan.
Apa salahnya nak sign surat perjanjian pun walau kita suami isteri. Kan ke bagus bila kita treat our business profesionally?
Barulah tak ada rasa nak buat kerja cincai-bancai.





GreenAard di Shopee.



2020-08-10

Herba untuk tujuan perubatan bukan benda baru.


Herbal medicine.

Menggunakan herba dan natural resources untuk tujuan perubatan bukan benda baru.
Sejak zaman pra-sejarah lagi manusia dah guna bahan semula jadi - tumbuhan, binatang, even mikrob - as ubat untuk reduce and treat disease.
Of course di awal penggunaan bahan-bahan semula jadi sebagai ubat, ada risiko yang tinggi.
Zaman pra-sejarah dulu, kalau ada yang termakan tanaman yang beracun, ini boleh dikatakan biasa.
Tapi hanya dengan cara ni manusia dapat develop knowledge tentang apa yang boleh dimakan, apa yang tak, dan apa yang boleh dijadikan ubat.

Ubatan tradisional yang guna bahan semula jadi bukan baru-baru ni je timbul. Lama dah.
Especially perubatan tradisional Cina, Ayurveda, Kampo, and petua-petua orang Melayu turun-temurun dah lama dipraktikkan beratus-ratus tahun.
In fact, dah jadi sistem perubatan yang teratur.
Tak dinafikan they may have certain defects tetapi traditional medicine menyimpan banyak knowledge.

Contohnya masa aku pi Korea last year, dorang bawa ke tempat menjual ginseng.
Ada banyak research dari NCBI tentang ginseng yang dorang produce tu. Aku sempat belek and baca sikit-sikit.
Kat Korea and China, traditional medicine still plays an important role and it is constantly being developed.
They are very open about traditional medicine sebab mak bapak atuk nenek moyang dorang semua adalah testimoni.
The "clinical experiments” sangat banyak dan terbukti its effectiveness and efficacy.

Bezanya, the seller knows what they are selling.
They don't simply sell and before jual dorang bagitau siap-siap precautions, bukan main sebat "SEMUA BOLEH".
Maybe kat situlah point utama kenapa traditional medicine di sana tak diperkotak-katikkan oleh pengamal modern medicine.
Kalau kat Malaysia ni, ramai sangat seller yang overclaim dengan product masing-masing.
Purpose of selling tu dah bukan nak membantu menyelesaikan masalah orang tapi nak selesaikan stok sendiri. Kasik stok jalan adalah objektif utama.

Bulan lepas aku ke salah sebuah IPTA, berpeluang jumpa dengan sorang customer aku dulu, tapi kali ni ke sana untuk new project.
Dulu masa aku aktif buat biotech lab supplies, setiap bulan aku ke IPTA ni untuk deliver reagents and kits yang berkaitan dengan research dia.
Benda research bukannya boleh dibuat cincai-cincai.
Banyak technique yang dibuat untuk dapatkan result yang sesuai, tu belum lagi nak correct dosage, nak develop methods of preparing and processing materials, belum lagi kena collect various medicinal parts of plants.
Sangat memakan masa and stressful.
Alih-alih bila projek dah siap dan produk dah berjaya dikeluarkan, netizen yang "bertauliah" kecam produknya adalah produk sampah.
Tak cukup dengan tu, difitnah pula this researcher mengambil kesempatan role-nya sebagai penyelidik universiti untuk jual produk sampah.
Itu cara-cara ada title Dr tu, apetah lagi aku yang takde carry tittle. Memang sedap sangat dikecam.

Last week, aku ke another IPTA, untuk bincang collaboration for educational program.
Sembang punya sembang, terkeluar cerita aku ada Halal kit untuk test makanan yang ada sumber babi.
Immediately the lecturer interested nak tahu mekanisme yang aku guna for the kit.
Aku bagitau aku tak berani nak jual dah kat orang awam sejak Jakim keluarkan arahan untuk jangan beli kit macam ni.
Aku hanya fokus jual pada IPTA saja.
Tau apa lecturer tu cakap?
Dia kata "Betul, orang awam tak boleh didedahkan dengan kit macam ni because it will create chaos".

EXACTLY!
Orang awam bukan semuanya faham the purpose of the kit.
Ada yang beli sebab nak suka-suka test.
Bila dapat result positif [ada trace of babi], dia buat apa? Dia pi viralkan.
Padahal belum tentu lagi makanan tu memang PURPOSELY diletakkan babi.
Most of the time it is cross-contamination.
Ujung-ujung bila diujikaji berkali-kali, rupanya betul ada cross-contamination.
Malangnya isu tu dah viral satu Malaysia, dah kena kutuk kaw-kaw, dah kena boikot awal-awal.
Masa menviral semua took part, bila hasil ujikaji sahkan negative, yang memekak berjemaah tu semuanya sepi.

That day lega betul bila apa yang aku explain tentang Halal Kit difahami oleh academician and researcher.
Mereka tahu the kit hanya untuk screening.
Sekiranya band menunjukkan positif, the makanan masih perlu dibuat ujikaji DNA untuk mengesahkan memang ada DNA babi dalam tu.
Kemudian more steps kena buat sebelum disahkan bahawa produk memang sengaja dimasukkan sumber babi.
Samalah macam guna pregnancy test.
Lepas nampak two bands, masih kena pi jumpa Dr untuk scan bagi memastikan memang betul mengandung.
Tapi tu lah kan, benda-benda macam ni kalau dapat kat orang "bijaksana", cakap dia je yang kena dengar padahal basic sains pun melingkup.

Hari tu aku baca jurnal medicine omputih.
Dia kata turmeric jika selalu diambil akan menyebabkan kidney stone and reduce sperm count.
Orang melayu kalau baca ni mesti cakap NONSENSE!
Maunya tak. Turmeric tu dah jadi bahan makan kita sejak zaman Hang Tuah dulu, turun-temurun.
Helok je pun, bukan main ramai lagi zuriat masing-masing.

Yang sebenarnya semua makanan ada side effect, tinggal lagi how kita nak reduce the side effects.
Even protein yang katanya bagus untuk pertumbuhan otot and weight loss pun, kalau ambil terlampau banyak melebihi yang sepatutnya, akan buatkan badan dehydrate, sembelit, hilang kalsium, even boleh dapat kidney problem.
Anak sedara En Wan dokter, pernah nasihatkan mok aku [nenek dia] supaya stop makan ubat HBP after 2 years.
Dia kata apa-apa ubat pun kalau ambil dengan routine, lama-lama akan dapat penyakit lain.

Yang betulnya, ambil ubat and the same time BERPANTANG MAKAN.
Sambil-sambil ambil ubat HBP, stop makan daging, stop makan seafood.
Sambil-sambil ambil ubat kolesterol, stop ambil too much fatty and cholesterol food.
Sambil-sambil ambil ubat kencing manis, stop ambil refined carbs.
Ini baru kaedah yang betul, slowly pergantungan pada ubat akan berkurangan.
Ini tak, dapat ubat, terus plan nak makan bertahun-tahun. Sikit tak nak berpantang.
Alasannya, bila dah makan ubat, buat apa nak berpantang makan?
Tu pasal macam-macam side effect timbul kemudian hari.

Kalau nak kaji tentang sejarah modern medicine, actually morfin awal-awal dulu pun diesktrak dari pokok opium [candu]. Tumbuhan. Bahan semulajadi. Bukannya sintetik.
Bermula dari situ, dah semakin banyak bahan aktif dari tumbuhan diekstrak untuk dijadikan ubat.
Tak lama lepas tu barulah muncul teknik sintetik penghasilan ubat, dan bermula dari sinilah slowly bahan semula jadi dipinggirkan.
Lepas tu muncul pula kebimbangan kononnya penggunaan natural product untuk tujuan perubatan bahaya and might be completely banned.
Bukanlah nak kata modern medicine tu tak bagus tapi natural product pun ada kebaikannya.

Some medicines, macam ubat anticancer, antihypertensive, and antimigraine have benefited greatly from natural products.
Cuma yang kita kena agree, apa saja yang diambil untuk tujuan perubatan mesti berlandaskan syarat yang betul.
Jangan makan ubat macam makan nasi. Even nasi tu sendiri pun ada pantang larang.

Contohnya jamu.
Aku tengok orang jual jamu main belasah je suruh ambil hari-hari.
Jamu mana boleh ambil hari-hari!
Jamu tu herbanya bukan herba dapur tapi herba hutan, sifatnya panas, active ingredientnya strong.
Rajin-rajinlah kelebet jurnal medicine and biotech sebelum jual produk tu.

Now, development of ubat-ubatan baru yang bergantung sepenuhnya pada teknologi moden dah sampai limit.
Some large farmaseutikal company dah buntu nak keluarkan new drug.
Sintetik medicine kepelbagaian kimianya terhad. 
Berbeza dengan natural resources macam tumbuh-tumbuhan, kepelbagaian kimianya unik.
Chemical diversity ini yang hasilkan kepelbagaian dalam aktiviti biologi and drug-like properties.
That's why saintist yang buat kajian tumbuh-tumbuhan selalu ada penemuan baru because active ingredient natural resources sangat meluas.

Sejujurnya aku frust juga bila herbal medicine selalu dikecam.
Researchers yang hari-hari kerjanya mengkaji active compound mesti terkilan juga bila findings dorang diperkotak-katikkan.
Yang sebenarnya semua ubat-ubatan atau supplement tak kira dihasilkan oleh doktor perubatan atau saintist - semuanya mesti diambil dengan syarat.
Tak boleh sewenang-wenangnya dan sebagai pengguna kita juga tak boleh dependant terus pada ubat tu.
Jangan ambik terlampau banyak sangat ubat dalam satu-satu masa.
Nasi tu pun kalau ambik banyak dengan rutin pun boleh bawak penyakit.

Contohnya our GC Plus, aku always pesan, kalau kau takde masalah weight gain, tak payah ambik.
Kalau berat badan setakat excess 4-5kg dari borderline weight, tak payah ambik.
Kalau ada penyakit lain - diabetis, darah tinggi - tak payah ambik.
Kalau ada thyroid problem, ada PCOS, ada guna perancang, tak payah ambik.
Yang ada ambil ubat-ubatan hospital dengan rutin, tak payah ambik.
Hanya yang perlu ambil sahaja, boleh cuba. Yang tak perlu, tak payah.
Dan yang paling penting, dah capai apa yang kau nak, STOP. Tak perlu teruskan lagi.

Aku rasa some orang awam faham konsep ini tapi some seller/agents produk-produk herbal medicine yang tak faham [atau maybe tak nak ambik tahu].
Dorang lebih fokus pada mencari untung.
Aku harap sangat, educational program yang bakal bermula nanti jadi ruang untuk aku sampaikan tentang the science behind food.
Aku tahu lecturer yang mengajar food science and biotech pun ajar benda yang sama tapi kurikulum yang aku susun ni adalah berdasarkan kehendak industri dan dari experience aku sebagai orang dalam industri sendiri.
Aku harap melalui channel ni aku dapat bantu membuktikan ada elemen dalam natural resources and food yang beneficial to human health.
Can't wait to share with all, soon insyallah.


Nah, untuk yang merindukan suara ahkak :




2020-08-08

Hanya kerana sesuatu itu mahal, belum tentu ia bernilai untuk kita.


 

Gambar di atas adalah gambar tangan-tangan gebu kami yang berget-together tengahari tadi kat Dolly Dim Sum Avenue K, KL.
Bukanlah nak tunjuk sangat gelang-gelang tu.
Saje je seronok-seronok terperasankan gelang yang paling besor tu, lalu kitorang pun suka-suka nak ambik gambar.

Tadi aku terbaca FB post orang share tentang mentaliti some people bila nampak orang beli gelang besar-besar.
Katanya yang pakai gelang besar-besar ni "darat".
Orang yang elegent bergaya dan real kaya [katanya] tak akan beli gelang gabak-gabak daun ketum, biskut tawar, pulut dakap, ulat bulu, ular sawa, etc.
Orang kaya with style hanya akan beli gelang yang simple-simple tapi mahal. Katanyaaaaaaa.

Kalau begitulah cara menilai standard seseorang, agaknya aku ni kategori "ulu banat" lah kot kan sebab aku takde emas pun.
Yang aku pakai tu pun satu-satunya barang kemas yang aku ada, itupun Mak Aji hadiahkan tahun lepas sempena birthday.
Kalau Mak Aji tak beli, harammmmm seurat benang emas pun aku takde.

Hakikatnya minat orang tak sama.
Ada yang suka emas, ada yang tak suka.
Ada yang suka emas sedebuk besar ala-ala cincin Dato Vida, ada yang suka halus-halus.
Ada yang suka barang branded, ada yang tak kisah.
Ada yang suka kumpul kasut, ada yang suka kumpul shawl Duck, ada yang suka makeup kereta, ada yang suka go places, ada yang enjoy eating at good restaurant.
Setiap satunya tak melambangkan apa-apa, hanyalah minat semata-mata.
Asalkan tak menyusahkan hidup aku, I don't care kau nak pakai sauh kapal kat leher pun.

Minat kepada barang mahal dan mewah tak pernah salah.
But if you spend more than you can afford in order to purchase things, hat ni yang tak betul.
Apetah lagi mendahulukan kehendak dari keperluan. Contohnya keperluan membayar hutang member.
Kot ye pun teringin sangat, belilah tapi tak payah up kat media sosial, sia-sia kena sumpah dek member he hutang tak bayar tapi bershopping tak ingat dunia.

Aku memang tak minat barang kemas. Emas minat, barang kemas tak.
Jadi, tatkala gambar gelang coco, gelang biskut, gelang pulut, bersimpang-siur lalu kat newsfeed aku, aku enjoy looking at it.
Klik la jugak tengok-tengok, sekadar nak ambik tahu supaya tak bangang sangat bila orang bercerita pasal pesen gelang terkini.
Cuma tadi baru aku tahu wujudnya gelang Sajat [??].

Satu masa dulu aku suka kumpul shawl Ariani.
Zaman menggila dengan shawl Ariani, sekali bershopping tak pernah bawah RM1K.
Masuk kedai sauk sauk sauk, bayor.
Sales people kat Ariani Bangi tu sampai dah kenal muka aku.
Kalau aku datang, yang assist aku 2-3 orang sebab aku memang akan beli banyak.
Mak Aji kadang bising "Kau ni beli beli beli tapi tak pakai".
Bukannya tak pakai. Tapi tak sempat nak pakai.
Aku pulak kalau shopping, konsepnya beli dulu, pakai tak pakai kendian pikir.
At least time nak pakai nanti bendanya dah ada.

Sekali imbas orang nampak aku membazir.
Of course orang akan kata "Buat apa beli shawl mahal-mahal, baik beli emas". Betul tak?
The thing is, aku tak minat emas.
Orang macam aku yang tak minat emas, membeli emas adalah pembaziran sebab tak minat, buat apa beli?
Baik aku beli benda yang aku minat, walaupun shawl yang maybe takde nilai investment di mata orang lain.

Tak semua benda yang kita nak beli kena pikirkan tentang investment.
Kita ni orang yang tak banyak duit, beli apa pun memang nak kena pikir berbaloi atau tak.
Sedangkan orang tu duitnya banyak, tak perlu nak pikir pasal berbaloi ke tak. Main beli je, apa adehal.
Jadi biarlah dia nak beli rantai emas labuh sampai lutut ke, batu cincin besar lesung batu ke, itu minat dia.
Samalah macam orang yang suka kombinasi warna-warna terang [color block].
Dulu kan kalau ada orang pakai baju kurung pink with tudung oren, mesti kena cop "kampung", tak pun "Jawa!"
Tapi cuba kalau Neelofa yang pakai gitu, konfem esoknya berdedai netizen pakai warna yang sama.

People's interests are not the same.
Beli barang mahal dan mewah tak pernah salah.
There is nothing wrong with paying for quality if you are buying something that you will use, will wear, will take care of.
Aku ada kawan minat kumpul pisau. Pelik, kan?
Bagi aku dia peliklah sebab aku tak minat kumpul pisau.
Aku ada satu pisau je cukup dah - itulah potong buah, itulah potong daging, itulah cungkil serai kat laman, itulah umpil penutup botol kicap. McGyver katakan.
Bila aku tengok dia suka kumpul macam-macam jenis pisau dan warna pisau, aku jadi pelik.
Terpikir jugak "Apa ke membazirnya kau kumpul pisau banyak-banyak?"
But then, itulah minat dia, kita nak kata apa, kan.

Sukatilah nak minat apa pun, pakailah apa pun, belilah apa pun, asalkan jangan sampai menjerut diri.
Jangan beli kerana trend, jangan beli kerana nak people's approval, jangan beli semata-mata nak fit in.
Trend berubah, begitu juga dengan hati manusia berbolak-balik.
Kalau kita beli semata-mata kerana itu, kita akan letih dan takkan tenang sebab sentiasa nak mencari approval manusia.
Belilah sebab kita minat. Pakailah sebab kita nak pakai.