walk on wings, tread in air: Hadiah birthday 1989 <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>





SEARCH

CONTACT ME

Diana Ishak @ Green Apple
aveo757@yahoo.com
See my complete profile

TRAFFIC
Visitor Counter
TESTIMONI GREENAARD


Hadiah birthday 1989
2019-11-12

Hari tu masa birthday Rayyan, ramai yang bagi hadiah and duit.
Walaupun jemputan ramai di kalangan sedara-mara je pun tetap dapat banyak hadiah.
Sebenarnya this is one of the reason kenapa aku tak nak jemput kawan-kawan.

Tahun 2010 aku buat majlis akikah Rayyan.
Yang datang, bukan saja bawa hadiah untuk Rayyan tapi Redza sekali.
Especially blog readers ramai yang bagi hadiah.

Tahun 2012 aku buat open house and sekali harung buat birthday Redza.
Yang datang semua tanya apesal tak bagitau ada buat birthday sekali sebab dorang datang melenggang tak bawak apa-apa.
Sebenarnya itulah tujuannya pun.
Aku taknak orang tolak jemputan aku sebab takde duit nak beli hadiah.

Bunyinya macam "Takkanlah sengkek sangat sampai hadiah murah-murah tak boleh beli?"
Yes, nampak macam gitulah tapi nanti aku cerita pengalaman aku.
Hakikatnya, yang duduk rumah teres 2 tingkat pun adakalanya sesak juga.
Ada tu, anak sendiri pun tak dibelikan hadiah birthday, tetiba nak belikan anak orang lain hadiah.
Dah tentu dia rasa tak sedap hati bila nak memenuhi jemputan.

Masa aku bersalinkan Rayyan, aku dapat banyak kiriman hadiah dari seluruh negara [wahh bunyinya macam retis je!].
Serioulsy, memang everyday courier service datang rumah hantar pakej.
Kebanyakkannya aku tak pernah jumpa lagi sampai sekarang.
Yang hantar set berpantang, baju untuk aku, baju untuk baby, kelengkapan baby - sangat banyak.
Pernah sekali aku up kat FB "Teringinnya tekak nak makan buah naga", lagi 2 hari sampai sekotak buah naga 10 biji.
Tengok dalam ada note, tu haaa blog reader from Penang.

Aku perasan kebanyakkan barangan baby yang Rayyan dapat adalah brand-brand yang mahal.
Kasut and baju Baby Gosh B Gosh, Mothercare, Kiko, Baby Guess, Pony, Ferrari.
Mula-mula aku surprised sangat, rasa macam wahhh reader aku ni semua taste tinggi.
Until aku dapat 2 helai kain bedung jahitan sendiri.
Dalam tu ada note dia tulis dia sangat sayangkan aku and that bedung dia pilih sendiri kain and jahit.
Dia kata nak belikan hadiah takut aku tak biasa guna brand murah-murah, that's why dia pilih kain yang paling sedap untuk buat bedung and jahit sendiri.

"Saya sayang Kak Di lillahitaala". 
Allah, menangis aku baca.
Aku cakap dengan En Wan, maybe ramai yang macam ni.
Yang nak contribute something tapi takut contribution dia tak memberi makna.

Aku pernah ada pengalaman datang birthday party kawan aku masa Darjah 6.
Dia ni kawan sekelas, budak pandai and anak orang kaya.
Tahun 1989 dah duduk banglo kat Bandar Baru Bangi, itu dah dikira kaya.
Pulak tu budak ni cantik dan semua tahu parents dia pun kerja profesional.
Senang cerita memang orang kayalah.

So one day dia buat birthday party, dia jemput kawan-kawan datang.
Aku tak rapat dengan dia, tapi kitorang sekelas and always makan sama-sama waktu rehat, jadi aku pun dijemput datang.
Sebenarnya ramai je kawan-kawan aku yang jemput aku ke birthday party cuma aku yang tak datang sebab aku takde duit nak beli hadiah.
Nak mintak duit beli hadiah kat mak bapak aku memang takkan dapat punyalah.
Aku tak pernah mintak pun sebab aku tau memang takkan dapat.
That's why aku faham sangat tak semua yang duduk rumah batu 2 tingkat tu berduit.
Keluarga aku adalah salah satu darinya.

Tapi birthday kawan aku hari tu aku datang sebab kebetulan rumah dia dekat dengan kelas tusyen aku.
Aku pun jarang pi birthday party jadi aku nak pegi.
Walaupun aku tak kaya tapi common sense aku tinggi.
Aku tau kalau pi birthday party, lebih manis kita bawa hadiah.
Jadi aku berpikir-pikir macamana aku nak bagi hadiah, apa cara aku nak bagi hadiah.
Banyak belanja ni. Nak beli kotak hadiah, nak beli pembalut hadiah lagi.
Last-last aku ambil 2 pencil yang masih belum pakai and eraser yang masih baru.
Entah macamana boleh pulak jumpa barang-barang ni dalam laci.

Ok now hadiah dah ada. Macamana nak balut? Macamana nak cari kotak isi hadiah ni?
Aku geledah bilik bawah.
Bilik bawah tu dulu selalu ada harta karun.
Bapak aku jenis sayang nak buang barang padahal dia bukan guna pun.
Aku punggah then terjumpa satu kotak kosong ada tulisan TAC kat depan.
Aku pun tak pasti apa benda TAC. Gamba depan macam tiub. Entah gam dinding ke apa ntah.
Belasahlah janji ada kotak.
Aku masukkan pensil and eraser dalam tu, fit. Lega!

Ok now tinggal satu lagi masalah. Mana nak cari pembalut?
Punggah punya punggah aku jumpa belen kertas mintak [yang warna brown tu].
Dulu kertas minyak ni kadang dibuat balut buku.
Bapak aku simpan belen kertas minyak tu, alhamdulillah.
Aku pun balut hadiah yang penuh bermakna tu dengan kertas minyak.

Ok siap dah ni.
So now pikir nak pakai baju apa pulak.
Part baju ni memang satu masalah sebenarnya sebab aku memang tak banyak baju.
Baju jalan and baju harian aku sama je. Itulah jugak pusing-pusing.
So baju jalan pun dah naik berlapuk sebab terpaksa jadikan baju basahan.
That day, aku pi tusyen extra ayu sebab aku pakai baju kurung.
Tu jelah baju yang nampak cantik sikit.
Berkayuhlah aku naik basikal pi tusyen.

Habis tusyen pi birthday kawan.
Uiii, masuk rumah banglo orang kaya, neves I.
Ramai juga yang datang tapi semua budak-budaklah. Ada la kot dalam 20 orang.
Rupanya kawan aku buat tema birthday. Temanya "Princess".
Dia turun dari bilik dia dengan pakai dress kembang macam Cinderella tu. Siap pakai crown.
Pastu mak dia ambil gamba and video. Aku terkesima tengok.
Pastu lepas potong kek ada buat games. Seronok sangatlah time tu. Ada menari-menari.
Aku ingat lagi time tu dia pasang lagu "Electric Youth" by Debbie Gibson.
Aku mana penah dengar lagu omputih.
Radio kat rumah aku pun waktu tu radio yang ada aerial panjang with handle tu je.
Orang lain dah ada mini compo tahun 1989, rumah aku masih pakai radio ada aerial nak cari line. 

Tibalah masanya birthday girl nak buka hadiah.
Allah seramnya aku waktu ni.
Aku ingatkan dia nak bukak lepas kitorang balik. Rupanya buka jam tu jugak.
Aku nak balik tak boleh, semua suruh tunggu sampai habis.

Lepas satu, satu hadiah dia buka.
Setiap hadiah yang dia buka mesti semua menjerit "Wowwwww".
Ada yang bagi doll, ada yang bagi handbag and yang paling aku ingat dia dapat musical box.
Musical box cantik sangat!

Bila dia start pegang kotak kertas minyak aku, aku start beralih ke belakang sikit. Menyorok.
Masa tu aku nampak dari celah-celah kepala kawan kat depan, dia belek-belek kotak tu sebab takde nama.
Aku rasa muka aku masa tu antara merah atau pucat. Pastu aku tak tengok dah.
Yang aku dengar suara dia cakap "TAC??" 
Agaknya dia pun pelik kejadah apa TAC ni. Kalau Tic-Tac tu pahamlah.
Then dengar suara dia "Siapa bagi ni?". Senyap. Aku pun senyapkan diri.
Agaknya ada orang bagitau aku yang bagi kot.
Dengar suara dia laung dari depan "Thank you, Diana!"

Tuhan je lah tahu apa perasaan aku masa tu.
Memang aku akward sangat.
Bukan malu sebab hadiah aku murah tapi malu sebab aku tak sepatutnya berada kat situ.
Jam-jam tu jugak aku realized I don't belong to that group.
Aku tak nak majlis orang nampak hambar sebab aku ada di situ. Rasa nak balik time tu jugak.
Memang aku yang paling awal balik.
Lepas sesi buka hadiah tu ada sambung games, tapi aku minta diri sebab rumah aku paling jauh [memang jauh pun].
Yang sebenarnya aku segan nak lama-lama kat situ, dah la aku pakai baju kurung buruk, kesian dia nanti.

Malu tu tak, tapi sedih ada.
Sedih juga sebab hadiah orang lain semua "Wowwww", bila hadiah aku semua senyap sepi.
Walaupun takde reaction yang noise but that silent reaction dah cukup 'noise' untuk menyedarkan aku ada di level mana.
Luckily Allah anugerahkan aku sifat SEDAR DIRI yang sangat tinggi.
That sifat sedar diri yang buatkan aku always rasa rendah diri tak payah nak menyombong.

I am proud to say aku ada satu quality iaitu susah nak dengki kat orang.
Maybe sifat sedar diri yang dah di-ingrained dari kecil buatkan aku selalu senang hati bila tengok ada orang yang lebih hebat dari aku.
Kerana orang-orang hebat inilah aku jadi termotivasi.
One of them adalah kawan aku tu.
Keluarganya baik-baik, berjaya, cantik, pandai.

Berbalik pada reader yang bagi aku kain bedung tu, aku faham apa yang dia fikirkan.
Dia pandang aku tinggi, membuatkan dia rasa segan kalau-kalau hadiah yang dia belikan nanti tak standard untuk aku pakaikan pada anak aku.
Macam tu lah aku rasa dulu dengan hadiah pensil yang dimasukkan dalam kotak TAC dibalut dengan kertas minyak.
Setakat pencil warna merah with eraser kat hujung, sape je lah yang takde?
Kat ko-op pun banyak jual.
Hadiah aku tu takde yang special pun. Aku sedar diri.

Masa nak buat birthday party Rayyan hari tu, perkara yang aku risau was takut orang tak nak datang bila kena bawa hadiah.
Aku risau je ada yang sengaja tak nak datang sebab segan kalau tak bawa hadiah.
Nak hantar invitation card pun hesitate - nak hantar ke tak, nak hantar ke tak.
Kalau tak bagitau ada birthday party karang dorang tak bawak pula anak-anak.
Padahal aku dah tempah clown with unlimited ballons. Sayang kalau budak-budak takde.
Memang plan nak bagi budak-budak seronok je ni.
Akhirnya aku hantar juga invitation, tawakkal biar hari tu nanti ramai budak-budak datang.
Alhamdulillah budak-budak had so much fun.
Dengan mak bapaknya sekali join with clown.

Habis majlis, malam tu kitorang balik rumah.
Dalam kereta aku cakap kat En Wan aku tak pernah ada birthday party.
The first and the last birthday party untuk aku was tahun 1984, masa aku Darjah 1.
Masa tu aku surprised bila Mak Aji suruh aku pakai gown paras lutut warna biru, depan baju ada patung bergayut naik buaian [aku ingat lagi baju ni sebab ini baju paling cantik waktu tu, yang dibeli tahun 1983].

Bukan apa, kalau pakai baju cantik maknanya ada something special.
Rupanya hari tu aku potong kek birthday!!
Tapi takde budak-budak dowhh. Semua mak orang.
Rupanya lepas potong kek tu ada parti tupperware kat rumah mak aku.
Betullah ada party tapi bukan birthday party. Party tupperware. Patutlah takde budak datang.
Agaknya dah alang-alang jemput orang datang, sekali harunglah potong kek.
Aku ingat lagi lepas potong kek, kawan mak aku berucap kat meja potong kek tu sambil susun-susun tupperware.
Aku?
Aku duduk kat depan tepi sampai ke sudah. No games, no friends, no ballons.

En Wan cakap "Kadang-kadang susah nak percaya cerita awak bila tengok keadaan papa mama sekarang macam ok je, tak percaya dulu awak takde birthday party, setahun sekali beli baju baru, tak pernah pergi bercuti, buku cerita nak baca pun takde...". 

Tu lah dia.
Memang takde siapa percaya aku duduk di rumah batu 2 tingkat tapi life tak sepadan dengan apa yang orang nampak.
En Wan tu lainlah, birthday party tetiap tahun, tu pasal dia take birthday and anniversary celebration seriously sebab dah jadi satu kebiasaan dari kecil.
Kalau tak buat, rasa tak lengkap.
Macam aku memang tak buat, infact hadiah pun takde kecuali masa aku Darjah 6, aku dapat hadiah Troll doll dari Mak Aji.
Masa aku dapat hadiah tu aku macam pelik "Apesal bagi hadiah?". Hahaha.
Punyalaha selama ni birthday takde hadiah, jadi bila dapat hadiah pun jadi masalah aku aku.


posted by Diana Ishak @ 9:05 AM  
Newer›  ‹Older

ADVERTISING



FOLLOW ME



MY BRAND




LABELS



MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
TEMPLATE by


BLOGGER