walk on wings, tread in air: Wedding Farhan & Rita <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>





SEARCH

CONTACT ME

Diana Ishak @ Green Apple
aveo757@yahoo.com
See my complete profile

TRAFFIC
Visitor Counter
TESTIMONI GREENAARD


Wedding Farhan & Rita
2019-10-19

Biasa la kan, aku.
Dah seminggu balik dari JB baru nak up cerita.
Mujurlah banyak ambik gamba, kalau tak, aku pun lupa dah apa aku nak cerita.

Ceritanya Jumaat lepas, aku gerak ke JB untuk attend wedding cousin kat Singapore the next day.
Aku 3 orang je gerak dari rumah - mak taknak ikut, Redza pun tak cuti lagi.
Stop kat Bangi ambil Mak Aji and Pak Aji.
Ibal anak beranak gerak lepas solat Jumaat, satu kereta lain.
Ikut plan asal nak sumbat satu kereta aku je tapi terlupa pulak masuk Singapore wajib baby duduk car seat, tak boleh pangku-pangku - jadi kau bawaklah kereta kau sendiri.

Kitorang duduk AirBNB kat KSL Residence.
Ini kali kedua aku duduk KSL.
Dulu duduk sana untuk attend kawen anak sedara En Wan, tapi masa tu kitorang duduk hotel.
Now residence sebab rakyat ramai.

Dah masuk ke apartment, baru Ima sampai.
Bahagia sangat Rayyan dapat memonteng demi nak jumpa Jannah.
Nak menyampaikan ke hari Jumaat tu, sampai berbuih mulut aku menjawab soalan dia,

"Ma, bila kita pegi jumpa Kak Jannah?"
"Ma, kita jumpa Kak Jannah October ke November?"
"Ma, October tu ada berapa hari lagi?"

Dah hujung-hujung fedap agaknya lama sangat nak tunggu October, dia tanya aku "Ma, kenapa Allah letakkan October jauh sangat?"

Speechless aku.



Bilik ok, hall ok, dining ok, pantry ok, bathroom ok - semua ok.
Puas hati.

Masterbedroom boleh muat 2 lagi tilam.
Asalnya Ibal, CT, Pak Aji and Mak Aji tido satu bilik.
Tapi Pak Aji and Mak Aji nak tido luar, kalau tido sebilik nanti Widad asik nak pegi kat atoknya je.

Aku anak beranak ambil bilik paling kecil, tapi masih selesa.
Ima anak beranak ambil bilik tengah, ada 2 katil.




Dining area and dapur.
Boleh masak kalau nak masak, tapi aku malas.
Kitorang reheat-reheat je.



Bilik Pak Aji and Mak Aji.
Muat sangat kalau nak bentang 2 tilam kat bawah.
Tilam extra pun dia provide.
Bantal extra pun banyak dia provide.



Bilik aku



Bilik Ima



Bilik air with toilet ada 2.
Toilet sahaja ada 1 kat dapur.
Jadi, takde masalah berebut jamban.



Salah satu toilet ada di sini, kat area laundry.



Aku syak owner dia peminat movie, especially movie Hong Kong.
Dalam bilik Ima and Mak Aji bersepah-sepah poster movie Leslie.

Wallpaper dining area dia sebijik wall paper kat living hall aku.
En Wan bukan main bangga "Orang ni ada taste, sama macam abang".
Whatever.

Lepas Ima semua dah sampai, solat, then gerak ke mall bawah sebab seriously semua dah lapar.
Mak Aji belanja sebab nak celebrate sekali birthday En Wan.
Then beli barang-barang sikit kat Tesco sebab malam tu nak buat birthday party Widad.
Birthday Widad hujung bulan Oct tapi dah alang-alang berkumpul semua, so sekali harung la buat makan-makan kat sana.
Lagipun makcik and pakcik semua lepak JB malam tu jadi semua pun datang berkumpul makan-makan kat apartment kitorang. 
Dia punya riuh jangan cakap la, mujur tak duduk hotel, kalau tak konfem kena halau.



Nama kedai ni Share-Dine-Smile.

Patut la dia kata SHARE, dia punya portion sampai hah kau segabak-gabak.
Tapi kitorang mana reti share, siap balun orang sebelah punya lagi ada. Kahkahkah.



Akhirnya mereka bersatu.
Hilang sakit kepala aku menjawab soalan.
Ima cakap si Jannah pun sama, kejap-kejap tanya soalan bila Rayyan nak datang.
Aku boleh bayangkanlah Jannah kena pekik dek Ima.



Ini pun tak habis!
Kalau dah berjumpa tu kan, asiklah menceceh tak abis-abis sambil main Roblox sampai makanan pun mak-mak kena habiskan.
Yela aku tau, aku and Ima kalau berjumpa pun menceceh tak abis-abis tapiiiii kitorang makan tak pernah tak habis. Siap tambah lagi.



Spageti aglio olio dia meriah gini oii!
Aku, Ima and Mak Aji sorang satu.



Ni Azrul punya mee, dia bagi makan dalam kuali terus.



En Wan punya spageti marinara.

Pak Aji punya makanan je aku tak sempat snap sebab dia punya sampai lambat, kitorang dah start makan dulu. Kebulur katakan.



Nice and cozy place sini.
Tempat ni Ima yang suggest, dia selalu lepak sini makan anak-beranak.
Kat sini ada jual variety of cake and buns juga.
Hari tu kononnya nak buat surprise order ice-cream cake perisa durian untuk En Wan, tapi cake tu dah habis.
Maka kitorang order la kek lain untuk aku and Ima mencekik berdua.



Kecik je kek ni, tapi tinggi and padat [sebab ice-cream], aku and Ima nak habiskan pun jenuh.
Tapi tetap habis.
Sedap ni - Belgium Choc Cake.



Aku kalau dah jumpa Ima, memang lupa kejap aku ada laki.
Terpaksa En Wan membawa diri dudu sebelah mak mertua, berdepan pula dengan bapak mertua.
Alhamdulillah, makanan beliau tetap habis licin.
Tu petanda beliau makan dengan tenang-tenang saja walaupun depan pak mertua and sebelah warden.

Lepas makan, masuk Tesco jap beli barang-barang nak buat parti liar malam tu.
Then, naik bilik untuk sambung aktiviti mengumpat sementara anak-anak dan bapak-bapak mandi swimming pool.



Malam tu celebrate sikit birthday Widad.
Bukan nak celebrate sangat pun, tapi dah alang-alang semua pun ada, apa kata buat je la.
Nak makan sorang rasa tak best pulak, makan ramai-ramai baru seronok.
Boleh ngumpat-ngumpat sekali.



Itu anak-anak kepada cousin aku.
Comel je kan pakai baju tido?
Yang sebenarnya malam tu memang temanya "baju tido".
Konsepnya, lepas makan, balik dah boleh terus tido.
Kalau tido masa makan pun takpe, nanti apak boleh angkat terus masuk dapat kereta dan sampai hotel tinggal letak atas katil je.



Rilek je pakcik aku turun dari hotel dia nak ke apartment aku dengan berkain pelekat, kan?
Habis tu dah katanya tema baju tido, gini je la pakai.



Ni semua set-set pakai baju kaftan.
Yang hujung nun t shirt and seluar tido.
Aku rasa boleh diteruskanlah tema sebegini.
Senang, tak payah nak solek-solek pi majlis.
Kalau perlu, bawak selimut sekali.





Food semua ditempah di JB.
Aku tak ambil order, jadi aku tak tau siapa orangnya.
Tapi alhamdulillah, mintak untuk 20 pax tapi dia bagi lebih.
Alhamdulillah, murahkanlah rezeki caterer ni.

Mujur jugaklah kitorang duduk AirBNB, kalau duduk hotel tak ke satu hal nak buat majlis macam ni.
Actually ada je pinggan mangkuk dia sediakan tapi aku malas nak membasuh, jadi pakai je yang plastik.



Rupanya Widad takut pada bunyi-bunyian yang kuat.
Dengar je kitorang nyanyi Happy Birthday, terus bersilat dia atas badan mak dia.
Menggelupur takleh bawak bincang!
Aku rasa aku dah train dia tetiap minggu dengar suara aku yang bak petir ni, masih lagi belum adapt nampaknya.
Takpelah, lepas ni aku tinggikan sikit lagi pitching aku everytime balik Bangi.
Biar dia terbiasa dengan bunyi-bunyi halilintar.







Tak teringat nak ambil gamba makanan lain.
Maklumlah dah jumpa ramai-ramai tu kan, mana nak ingat ambik gamba makanan.





Malam tu gila kecoh kat whatsapp COUSINS.
Semuanya kes nak beli roti.

Kitorang memang macam ni.
Orang lain datang Singapore sibuk shopping and jalan sana sini, kitorang cuma akan cari 2 benda je - roti Gardenia and metabak Singapore.
Yang lain tak dapat takde hal, tapi ini dua benda mesti mau ada.

Kisahnya kitorang dah kumpul-kumpul order nak beli roti Gardenia sampai almost 80 buku.
Mana nak cari oiii sampai 80 buku berlainan perisa.
Kecohlah kejap cousin aku kat sana redah kedai nak cukupkan order.
Si Dill yang baru turun dari Qatar pun sama naik mencarikan roti.

Penyudahnya aku punya corn bread tak dapat.
Corn bread tu sedap sangat, kalau bakar laaaaaaaaaaaaaagi sedap!
Aku rasa imegresen mesti pelik ni dah kenapa bawak balik roti, kau meniaga ke hape?
Mesti dia tertanya-tanya apa tak cukup ke roti kat Malaysia sampai nak kena beli kat Singapore.

Memang roti-roti ni takde kat Malaysia.
Roti ni hanya dijual kat Singapore je, walaupun kilangnya di Malaysia.
Sebab kebanyakkan orang Malaysia takkan nak beli roti sampai harga SGD3-7.
Memang mahal tapi roti dia tebal, padat and sedap!
Aku kalau makan corn tu sebuku hadap sorang, memang sorry la aku nak pelawa orang.
Kau ingat senang nak dapat ni?



The next day, pukul 11am semua dah masuk Singapore.
Ibal and Ima satu kereta lain.
Kereta aku - Dill & Aiman masuk.
Semua akan stop kat rumah makcik aku di Sembawang.



Our side [groom] pilih untuk pakai tema batik.
Tak kisahlah batik negara mana pun, janji batik.
Tapi kebanyakkan kitorang pakai batik lepas and batik Indonesia.



Makcik aku buatkan epok-epok sayur signature dish.
Ini resepi turun-temurun dari arwah nenek.
Arwah nenek kalau buat epok-epok besar tapak tangan perginya.
Makan 2 bijik dah tersandar.



Dill & Aiman.

Hari tu ada yang tanya if GC PLUS MINI ada tak Dill bawa balik ke Qatar.
Aku memang tak bawa masuk apa-apa stok untuk Dill sebab tau dia balik tak lama, takut nanti beg dia tak muat so insyallah December nanti kita akan replenish stok kat Dill.
Buat masa ni siapa nak GC PLUS MINI boleh beli kat Shopee.
Hanya kat Shopee je kita jual mini pack, even kat website GreenAard pun kita tak letak.



Rayyan and Carl, pakcik beliau tapi sebab beza umur 2 tahun je, kira macam cousin kau jugaklah ni.



Ya, inilah yang kita cari!
Metabak Zam Zam.

Makcik aku macam tau-tau je piranha dari Malaysia nak masuk, jadi dia belikan berpek-pek metabak Zam Zam untuk kitorang.
Ya Allah, aku makan punyalah banyak, padahal metabak Singapore ni ada je kat USJ Taipan, tapi the feeling of makan the original metabak Singapore di Singapore, adalah berbeza perasaannya ok?



Begitulah ya, masing-masing nak tunjuk kain batik masing-masing.



...dan yang paling over tak lain tak bukan.........kahkahkah



Alhamdulillah sekali je lafaz.
Majlis nikah petang lepas Asar, then majlis resepsi di tempat yang sama lepas Maghrib.
So aunty aku cakap tak payah nak salin-salin baju, pakai je baju batik tu sekali harung.
Tu pasal tak nampak sorang laki pun pakai baju melayu dalam ni kecuali pengantin.
Masing-masing sarung kemeja siap-siap dah.




Makcik-makcik aku dah standby meja depan sekali nak dengar lafaz.
Kitorang cousin-cousin lepak belakang-belakang je la sudah.
Makcik-makcik aku memang gini, biar saksi tu tak dengar asalkan dorang dengar lafaz pengantin.
Kadang-kadang dorang punya "SAH!" tu lagi kuat dari saksi.



Tapi memang nasib baik la kitorang dah ambik gambar awal-awal lepas nikah, sebab lepas resepsi semua pun dah berdedai-dedai ke mana-mana ntah.
Aku ada je depan pelamin tu tapi malas nak bergamba sebab aku tengah ngumpat-ngumpat.
Time ngumpat mana boleh stop, karang nak sambung dah lupa tadi cakap apa.

Tak ramai cousin yang datang kali ni sebab kebanyakkan ada anak kecik, susah nak bergerak jauh-jauh.
Lagipun budak-budak mana appreaciate wedding caremony ni semua, dorang tak reti duduk diam.

Penyudahnya Ima  and Ibal tak datang.
Tiba-tiba siang tu Ibal demam sampai kena pi mall beli sweater.
Padahal pagi tu yang paling awal gosok baju adalah Ima and Siti.
Dah, lepas ni December wedding masing-masing bawak kereta masuk Singapore sendiri.
Biar takde kejadian-kejadian termiss wedding lagi.



Pengantin bersama makcik and pakcik




Tapi aku puas hati makanan wedding ni.
Maunya tak, cousin aku spent SGD71/pax, kalau tak makan memang rugi.
Aunty aku dah pesan no diet-diet, kena makan betul-betul.
Aku memang tak penah lagi makan main-main.
Hari tu sup kambing je 2 mangkuk aku bedal, lepas tu nasi aku sepinggan, nasi Rayyan tak habis sepinggan lagi aku tarah, then pulut hitam and kuih muih bagai.
Dia punya air saja sampai 8 jenis.
Memang siapa diet malam tu, rugi!

Dari awal sampai habis majlis, makanan dorang keep on replenish.
Udang dia besar-besar tapak tangan.
Tapi aku sangat suka dia punya ayam masak merah and pulut hitam, gila bapak punya sedap!



Farhan park-kan moto dia depan pintu masuk sebagai prop.
Memang bersilih gantilah orang naik bergambar.



This....baju batik Indonesia.
Sehari sebelum ke JB baru mencari.
En Wan mulanya plan nak pakai je batik Tganu tapi dia cakap nampak too formal pulak, karang kena duduk semeja dengan orang tua. Hahaha.
Maka, kitorang cari ni kat Wisma PKNS Shah Alam.
Just nice pulak ini je satu-satunya corak yang ada sekali dengan size budak, terus ambik ini je lah.
Tapi tu lah, baju ni "too batik", kalau nak pakai untuk keluar berjalan saja-saya memang nampak tak sesuai, maka simpan je lah dalam almari, satu kali pakai je.



Tahniah Theseira Moe Farhan & Rita.
Semoga Rita serasi dengan keluarga yang bersuara high pitch ini.



Esoknya, sebelum balik kita bergambar dulu.
Biasalahkan, selagi tak pecah skrin henfon tu, selagi itulah kita bergamba.
Mula-mula gambanya begini je, maklumlah baru nak panaskan enjin.



Lepas tu dah start naikkan kaki ke dinding, acah-acah Black Pink.
Masalahnya mak aku pun nak join sekali tu.



Haa....pastu syeh dia sampai dah.
Tak kisahlah mak dia tengah bersimpuh kat tepi, bila saka dah masuk badan, dia jadi macam ni.



Terima kasih la kepada lelaki-lelaki hebat dalam keluarga ini yang memberikan sokongan padu bila yang perempuan-perempuan nak bergambar.



Satu kali last sebelum check out.
Semoga Disember dapat repeat macam ni lagi, kali ni sumabat Dill and Aiman sekali bagi cukupkan korum.

posted by Diana Ishak @ 7:50 AM  
Newer›  ‹Older

ADVERTISING



FOLLOW ME



MY BRAND




LABELS



MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
TEMPLATE by


BLOGGER