walk on wings, tread in air: Takut nak keluarkan duit <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>





SEARCH

CONTACT ME

Diana Ishak @ Green Apple
aveo757@yahoo.com
See my complete profile

TRAFFIC
Visitor Counter
TESTIMONI GREENAARD


Takut nak keluarkan duit
2019-10-16

Post semalam pasal Rich Paper Studio, buatkan ramai yang email aku tanya tentang cara nak promote business kat blog.
Staff aku respond to all inquiries, ada yang nak proceed tapi ramai yang 'terkejut' bila ada charge.
Kebanyakkannya ingat aku promote for free.

Ya, aku tahu orang ingat aku baik hati sangat suka tolong orang.
Memang aku suka nak tolong orang, dan cara aku tolong adalah dengan letak charge yang rendah.
On top of that aku akan bagi more coverage, not only kat blog tapi juga kat FB and IG aku.
Some influencer yang lain letakkan charge berbeza-beza - blog kira lain, IG kira lain, FB kira lain.
So that is my way of tolong orang.

Bila kita ada niat nak berniaga, kita tak boleh ada mentaliti "aku nak untung saja, aku tak nak rugi".
Sesiapa yang bisnes pun tak nak rugi, bukan kita sorang je tak nak rugi.
Jangan takut nak spend duit untuk advertising.
Kalau kita tahu advertising tu boleh buatkan perniagaan kita semakin meluas, kita kena ambil that peluang.

Kebanyakkan orang yang mahu berniaga, ada banyak ketakutan.
Sedangkan berniaga tak boleh takut-takut, tak boleh terlalu berhati-hati, tak boleh terlalu pikir consequences itu dan ini.
Bila semakin banyak kau fikir, semakin kau tak bergerak.
Bila kau tak bergerak, kau takde pengalaman buat bisnes.
Ramai aku tengok macam ni - banyak sangat pergi talk, banyak sangat ambil info itu dan ini - tapi tak implement.
Bisnes serupa macam life - kau hanya perlu tahu sikit-sikit, selebihnya kau kena buat.
Nanti along the way kau blaja dari pengalaman.

Many start-ups takut nak spend duit kat marketing, especially advertising.
Yang pelik tu, they have no problem spending money on product development tapi bila sampai bab marketing dia takut nak spend.
Hakikatnya, tak kira kau buat bisnes from home, part-timer atau full-time, memang kena ketepikan budget untuk marketing.
Rugi beli stok banyak-banyak tapi nak jual 10 sehari pun payah. Letih tau.
Letih tengok stok melambak-lambak.
Setiap kali kita beli/buat product, WAJIB allocate duit untuk marketing.



Ini zaman-zaman aku buat FB ads dulu.
Aku dah 2 tahun stop buat FB ads.
Now aku concentrate kat marketing cara lain pulak.
Cuma aku nak tunjuk, aku juga buat marketing.
Bulan-bulan memang ketepikan duit untuk advertising.
Ini pun tak banyak ni, ada orang spend jauh lebih banyak dari ni.
Aku pernah start advertise dengan harga RM10 sehari kat FB ni.
Tapi RM10 jauh mana perginya pun kan, jual kat blog aku lagi laju.
Tapi aku tetap run advert di FB sebab tujuannya bukan untuk dapat banyak sale tapi nak create awareness.

Dulu aku pernah masuk Lazada tapi tetap blog aku jugak paling laju sale-nya.
Tapi aku teruskan dengan Lazada setahun sebab aku nak create awareness.

Aku sangat faham, kebanyakkan kita nak result cepat.
Kalau boleh, nak advertise pagi ni, petang karang dah mencanak-canak masuk purchase.
Kalau takde purchase, terus stop advertise.

Dalam bisnes, sekurang-kurangnya 2-3 tahun pertama, belum boleh untung selesa lagi.
Tahun-tahun terawal memang banyak pakai duit untuk meluaskan business.
Belum boleh berhoya-hoya tukar henbeg, tukar kereta, tukar sana sini.
Tahun-tahun awal ni adalah tahun kita expand the business - create more product, venture new business, buat investment, buka lebih banyak peluang kerja untuk graduates, tambah ilmu.
Itu semua adalah sebahagian dari marketing tetapi cabang terbesar marketing adalah advertising.

Pernah tak baca tentang chinese bamboo?

Chinese bamboo ni 4 tahun pertama kau tanam, dia tak tumbuh apa pun.
Tapi masuk tahun ke-5, dia tumbuh terus sampai 80 kaki tinggi, all in one year!
Rupanya dalam tempoh 4 tahun awal tu, dia punya akar berselirat kat bawah tanah untuk bina foundation supaya boleh support ketinggian pokok.
Begitulah juga dengan bisnes.
Jangan aim nak cepat untung sangat.
Yang penting adalah kukuhkan business dulu.

To many start-ups, mereka letakkan priority kat product development and sales.
Dia aim nak buat produk and cari sales saja.
Sales memang boleh cari, memang boleh buat, tapi sampai bila kita nak buat?
Perlu satu tahap nanti kita 'lepaskan' kerja kita untuk orang lain run supaya kita boleh fokus untuk venture new business.
Tapi in order untuk buat tu, bisnes yang sekarang ni mesti dibesarkan dulu and one of the fastest way is melalui marketing.
In many cases, keperluan untuk buat marketing hanya muncul bila dah 'sakit', atau bila rivals dapat perhatian lebih melalui media/blog coverage, atau bila potential customers tak faham manfaat produk.

Masa aku mula-mula start XZIZ Biotech, aku start dari rumah.
Lebih selesa work from home.
Itu keyword aku dulu - SELESA.
Aku nak selesa awal.

Bahaya sebenarnya word 'selesa' ni.
Bila kita terlalu selesa dengan apa yang ada, that is when kita tak grow.
Kena cari jalan supaya kita 'gabra' dengan mission kita.
Jadi, aku pun menggabrakan diri dengan cari ofis.
Bila dah cari ofis, mesti kena cari perabot ofis sekali, betul tak?
Tiba-tiba je dari work from home, aku dah work from office yang ada 2 meja, 2 kerusi, mesn fotostet yang disewa beli RM80/bulan, and meja panjang untuk buat kerja-kerja sebutharga/tender.
Nak tak nak kena kerja keras sebab nak bayar duit sewa ofis, sewa fotostet, bil-bil segala.

Gelabah.

Memang aku gelabah sebab tak tau boleh sustain ke tak.
Tapi, gelabah is good.
Bila gelabah, kita ada drive untuk push the limit.

Bak kata omputih "If your dreams do not scare you, they are not big enough"

Advertising memang guna banyak duit.
Tapi tak semestinya orang bayar RM3K, kau pun kena bayar RM3K.
Carilah yang sesuai dengan budget, tapi jangan sampai takde budget lansung.
Ini tak, ada yang RM200 pun takde untuk marketing, tapi stok up product sampai RM1K ada pulak duit.

Kalau platform kita kurang crowd, carilah platform yang ramai crowd untuk marketkan product kita.
Kalau boleh hire influencer yang can endorse and speak on behalf of your brand/product, lagi bagus.
Tetapi dah tentu cost-nya pun tinggi, tapi kalau dia boleh buat kerja why not?

Bagi aku, lebih berbaloi spend kat blogger sebab hubungan bloggers dengan their followers lebih rapat.
Celebrity endorsement lebih kepada bentuk mempromosikan product dan sales-y.
Bloggers pula lebih genuine and less promotional.
Bloggers tak push sales tetapi lebih banyak bercerita.
Bila kau collaborate dengan blogger, it helps you reach their fan community.
Maknanya product kau lebih meluas dikenali.

Nak pilih blogger pun kena ada skill.

Kita boleh pilih blogger yang crowd-nya besar.
Yang ini belum tentu ramai yang beli, tetapi since platform-nya besar, jadi lebih cepat brand kita dikenali.

Kita juga boleh pilih blogger yang ada kena-mengena dengan produk kita.
Contoh, kau nak jual tudung tapi kau bagi kat blogger yang tak pakai tudung.
Walaupun crowd-nya besar, tapi tak ada kesambungan kat situ.
Produk yang nak di promote dengan orang yang mempromote tak selari.

Nak promote kosmetik, carilah blogger yang diketahui suka bergaya.

Nak promote produk kesihatan, carilah blogger yang boleh explain produk dari sudut saintifik.

Nak promote produk bayi, carilah blogger yang terkenal dengan parenting blog.

Bukan apa, selalunya 80% yang yang membaca blog that blogger adalah mereka yang minatnya, cara berfikirnya dan gaya hidupnya tak lari jauh dari blogger tu.
Blogger yang buat parenting blog, pasti yang membaca tu adalah mak-mak yang sukakan hal-hal parenting juga.

"Dorang beli ke nanti?"

Tujuan utama advertising, be it kat blog atau kat magazine, atau kat suratkhabar, atau kat TV sekalipun, bukan untuk generate more sales jam-jam tu jugak tetapi untuk create awareness supaya lebih ramai tahu kewujudan bisnes kau.
Bila ramai yang tahu, barulah nanti pelan-pelan sales masuk.

Sebenarnya ada banyak peluang untuk marketkan bisnes.
Salah satunya macam yang aku dok menceceh dari tadi, iaitu upah blogger promote produk.

Yang keduanya, collaborate dengan blogger atau business owners yang lain.
Tanya blogger atau business owners samada dorang ada apa-apa program nak buat untuk their readers atau customers.
You provide them free gift/sponsor.
Masalahnya, ramai yang tak nak buat.
Dah la taknak keluar budget untuk advertising, sponsor barang pun taknak.
Asyik nak free servis je tapi nak untung besar, mana boleh macam tu.



Yang ketiga hah ni, aku nak promote new business aku pulak.
Selain dari menyediakan platform untuk promote business orang, aku dah start with design services.

Ini idea cetusan dari request-request FB follower yang berkenan sangat dengan videoinfographic GreenAard.
Pernah that day ada sorang tu tanya if aku boleh buatkan videoinfographic untuk produk dia.
From there aku rasa ok why not aku provide this service memandangkan aku ada in-house graphic team yang hari-hari kerjanya buat media sosial marketing material.

Ini pun salah satu cara aku nak tolong business start-ups and solopreneurs.
Aku faham sangat keinginan untuk ada logo cantik, design packaging yang cantik dan marketing materials yang outstanding.
Kecil macamana pun bisnes kita, tetap kita nak bisnes nampak senonoh.
Aku pernah lalui zaman-zaman tu, walaupun bisnes baru berjalan, tapi aku nak potray something big to customer barulah customer yakin nak berurusan dengan aku.
Jadi, aku buka peluang ni untuk korang dapatkan graphic design services sesuai dengan budget.

Boleh ke FB Creative Studios atau IG Creative Studios.
Jemput like beramai-ramai ya.
Belum banyak lagi post-post kat situ, but we will keep updating everyday.
Nak khidmat videoinfographic, media sosial marketing material, logo, brochures, product packaging, etc with very good price that fit your budget, please email aku direct.
Aku sendiri yang akan handle all inquiries - creativestudio@xzizbiotech.com



Haa, ni lagi satu.
Ini pun salah satu cabang marketing - iaitu 'menjual diri'.

Coaching ni aku organized tapi bukan aku speaker-nya.
Hari tu ada yang berminat nak lepak-lepak together dengan aku bincang-bincang pasal bisnes kan, so aku buat close discussion group untuk business coaching.
Dah alang-alang nak sembang bisnes, meh duduk dengan orang yang memang otai dalam line ni.
Bukan apa, supaya discussion tu tak meleret merepek-repek.
Masa itu emas tau, jangan merepek. Merepek kat blog takpe.

Apa yang aku explain dalam blog selama ni bagi aku too general.
Kalau betul serius nak bisnes, kita duduklah dengan orang yang boleh lead the discussion.
Sesiapa yang nak berbisnes atau sudah ada bisnes, aku encourage join this talk.
Topic ini pun aku yang pilih because aku sendiri masih nak blaja tentang Personal Branding.
Ini pun salah satu cabang marketing.
Bila kita develop our personal brand, insyallah bisnes kita lebih senang berjalan kerana dalam zaman media sosial dan perniagaan online, people buy because they trust you.

Boleh tengok instafamous and celebrities.
Sometimes kita wonder, padahal kita tahu produk dia OEM tapi kenapa ramai yang beli?
Sebab PERSONAL BRANDING.
Orang beli kerana percaya pada mereka.

Lagi satu, kosmetik Duck.
Masa they announced kosmetik Duck masuk Watson, ada juga yang merempan.
Marah sebab Duck downgrade themselves katanya.
Padahal kalau produk tu bagus, jual kat mana tetap bagus, tak kisah la jual kat drug store atau Pavi.
Tapi kenapa ada yang tak suka Duck masuk Watson?
It is because personal branding.
Kebanyakkan beli Duck sebab Vivy. They trust her. They like her appearance and lifestyle.
Kalau Duck tu carry by Che Ta atau Neelofa atau Mawar Fareeda pakai, impaknya mesti berbeza.

So in this coaching session, kita akan belajar tentang Personal Branding.
Sesiapa berminat, harganya RM275/per head.

Mahal?

Tak.

Sebab ini bukan seminar. Ini coaching.
Speaker is within your reach je.
Kau nak pegang dia suruh dia explain depan-depan muka kau pun boleh.
Aku pernah ambik coaching session dengan sorang international coach, RM600/hour dia charge.
Aku ambik 2 jam je la cukup, suruh dia review business plan aku je pun.
Yang speaker untuk Personal Branding 2 Nov ni 4 hours, banyak benda kau boleh discuss dengan dia.

Please email aku tu untuk book tempat, by 23 Oct kena buat payment.
Sesi ni 4 hours je.
Lepas habis program ni, boleh la lepas tu aku bukak sesi ngumpat-ngumpat pulak. Eh.


posted by Diana Ishak @ 9:59 AM  
Newer›  ‹Older

ADVERTISING



FOLLOW ME



MY BRAND




LABELS



MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
TEMPLATE by


BLOGGER