walk on wings, tread in air: JOKER <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://draft.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>





SEARCH

CONTACT ME

Diana Ishak @ Green Apple
aveo757@yahoo.com
See my complete profile

TRAFFIC
Visitor Counter
TESTIMONI GREENAARD


JOKER
2019-10-09

JOKER.

Satu-satunya watak Joker yang aku pernah tengok adalah Danny Devito [penguin].
That was lamaaaaaaaaaaaaaaa dulu, betul tak?
Even Heath Ledger punya version of Joker pun aku tak pernah tengok walaupun orang kata best sangat, sebabnya aku tak suka cerita Superheroes.
Marvel-marvel ni semua aku tak layan.
Kalau orang bercerita pasal Batman, Superman, Spiderman, Lord of the Rings, Hobbit, Thrones Thrones ke apa ntah nama cerita tu - no, aku tak tengok.
Superhero yang aku tengok cuma Rajinikanth je.

Sabtu lepas dek kerana rating IMDB 9.2/10, ku gagahkan jua kaki ini melangkah ke cinema sebab firasat aku mengatakan kalau movie rating 9 ke atas jangan dilepaskan peluang PROVIDED takde superheroes.
Mujurlah Joker kali ni takde elemen macam tu.

JOKER ni walaupun jahat tapi kejahatannya aku redha-kan.
At some point aku cakap "Memang patut pun kau kena bunuh!".

Kita semua tahu Joker always jahat tapi dalam filem JOKER, dia tunjukkan sisi lain tentang Arthur [Joker] yang mengundang simpati penonton.
Bila tengok jalan cerita ni kita jadi tahu kenapa Arthur jadi macam tu.
Cerita ni tunjuk kat kita bahawa orang yang kita tak pernah sangka pun boleh jadi sejahat-jahat manusia kalau dah hilang sabar.

Kesian juga kat Arthur sebab segala-galanya tak berpihak pada dia.
Dia baik, cuba menjadi society yang baik tapi dia berada persekitaran yang salah.
Dari kecil sampai besar dia menanggung akibat dari kesalahan orang lain - dari mak, dari kawan sekerja, dari society.

Tapi tu lah, bila tengok Joker, aku jadi kesian dengan Arthur.
Tertanya-tanya apesal orang kejam sangat kat dia.
Apesal orang nak kacau dia padahal dia tak kacau orang?
Tapi sejujurnya, kalaulah aku ada dalam lift berdua dengan Arthur, aku pun cuak.
Sebab dia kelihatan 'pelik'.
Walaupun dia tak mengganggu orang, tapi dia nampak pelik.
Sometimes orang-orang macam ni jadi bahan usikan sebab dia nampak pelik.
Dia nampak lurus, dia nampak bodoh, dia nampak lemah.
That's why society treat dia macam sampah.

Korang mesti masa skolah dulu ada kawan yang pelik dari orang lain.
Bukan nak kata pelik macamana pun - maybe jenis yang pakai seluar sampai ke dada, butang cekak sampai ke atas, etc.
Budak-budak macam ni tak kacau orang pun tapi sebab dia pelik, orang yang kacau dia.
Kita yang takde niat nak ganggu dia kadang-kadang terikut-ikut meragging dia atas pengaruh kawan.
Selalunya kita anggap itu gurau-gurau je, tapi dia yang kena torture tu entah macamana beban yang dia tanggung.
Benda-benda macam ni nampak macam takde apa sebab bukan kita yang kena.

In some ways society boleh mempengaruhi kelakuan kita.
That's why persekitaran dan lingkungan di mana kita berada sangat penting.
Bukan nak suruh pilih kawan tapi tak salah kalau selective sikit.

Jangan kata masyarakatlah, even pengaruh family pun boleh bagi pressure.

Ada anak terpaksa ambil course yang dia tak suka sebab pengaruh parents.

Ada orang buat kerja yang dia tak suka hanya kerana orang lain kata kerja itu bagus untuk masa depan.

Ada orang pakai pakaian yang tak selesa hanya kerana nak ikut trend semasa.

Dek takut di-judge, manusia terpaksa buat sesuatu yang bukan dirinya kerana society ada "rules".
Kalau kau nak fit in, kau kena follow rules tu.
In order to fit in, manusia terperangkap dalam tekanan perasaan.
Bila dah stress, macam-macam benda jadi.
Itu yang kadang-kadang bila dengar kes bunuh yang kejam and later pembunuh dibebaskan dari hukuman kerana dipercayai ada mental issues, kita jadi marah.
Rasa macam tak adil dah bunuh orang kejam alih-alih bebas sebab disahkan sakit jiwa.
Tapi kalau tengok JOKER, kita akan pandang segalanya dari perspektif yang berbeza.
Maybe sebab kita tahu cerita di sebalik kenapa dia bertindak ganas.

However, kita boleh ubah keadaan.

Behaviour kita kadang-kadang boleh ubah society.
Macam Arthur, tindakan beraninya bunuh 3 orang lelaki dalam train menjadikan the whole town berani keluar memprotes pada datuk banda.
Perbuatan membunuh memang salah, takde sape kata membunuh tu baik tapi punca membunuh tu yang kita akan rasa "Hah, padan muka kau! Patut sangatlah kau kena bunuh".

Macam Robin Hood lah - merompak untuk tolong orang.
Kerja merompak tetap salah tapi punca merompak tu yang buatkan sometimes perspektif kita boleh berubah.

However ada beberapa sisi yang aku suka tentang Joker [Arthur].
Salah satunya, dia penyabar.
Waktu dia kena belasah ramai-ramai dengan budak-budak jahat, dia tak nak buat report.
Bila ditanya kenapa, dia jawab "Those are kids...".
Alahaiiiii, tingginya sabar kau. Kalau aku, libaskan aje.

Yang kedua, dia always cuba happy-kan and buat baik dengan semua orang tapi keadaan dia yang 'weird' buatkan orang salah faham.

Yang ketiga, dia buat apa yang dia rasa nak buat [ok ni dah masuk bab jahat].
Dia rasa nak bunuh, dia bunuh.
Dia tak perlu explain kenapa dia membunuh, cukup dia tahu kenapa.
Masa 2 orang kawan dia datang jumpa di rumah dan dia bunuh salah satu darinya, kita boleh nampak sisi 'baik' Arthur.
Dia bunuh orang yang buat taik kat dia je. Yang lagi sorang dia spare.
Walaupun kalau ikut lojik patut boleh bunuh je another friend tu sekali untuk hapuskan bukti tapi dia lepaskan [siap bukakkan pintu lagi] sebab dia tahu kawan dia tu tak pernah salah apa-apa pada dia.

Yang keempat, Arthur tahu apa dia mahukan.
Dari awal lagi dia nak jadi comedian and he worked for it.
Dia banyak tengok show-show comedian and kutip idea melawak dari situ.
Dia very consistent dengan cita-cita ni dan berusaha buat sampai jadi.

Kita...?

Kebanyakkan kita are wannabes of a lot of things.
Masa kecik nak jadi askar.
Dah besar sikit nak jadi angkasawan.
Dah remaja nak jadi saintis.
Semua benda kita nak buat, betul tak?
....Aku la tu.

Point yang terakhir - behavior.
Behavior kita boleh mempengaruhi behavior orang lain dan behavior orang lain boleh mempengaruhi behavior kita.
Nak ubah orang lain susah, yang paling senang ubah diri sendiri.
Bila ubah sikap sendiri, kita akan attract kelompok yang sependapat dengan kita.
Walaupun persekitaran boleh mempengaruhi our behaviour, tapi our behavior juga boleh mempengaruhi persekitaran.
Kalau kau perangai macam Joker, yang datang kat kau pun pesen gitu juga.




Ok tentang program di atas, ok dah finalized dah siapa yang akan lead the session.
Speaker punya fee pun dah ada, cuma nak set date and venue.
Memandangkan konsep ni bukan classroom, tetapi santai-santai, aku terpikir nak buat kat showroom opis aku je, boleh cut cost sikit. Tapi nanti aku pikir camana.
Next week aku emailkan korang tentang detail-detail penting ni, ok?


posted by Diana Ishak @ 9:57 AM  
Newer›  ‹Older

ADVERTISING



FOLLOW ME



MY BRAND




LABELS



MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
TEMPLATE by


BLOGGER