walk on wings, tread in air: Weekend panjang <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>





SEARCH

CONTACT ME

Diana Ishak @ Green Apple
aveo757@yahoo.com
See my complete profile

TRAFFIC
Visitor Counter
TESTIMONI GREENAARD


Weekend panjang
2019-09-18


Dah bujang sangat Budazah ni.
Suara pun dah macam Ramli Sarip.

Khamis lepas Redza balik, cuti sampai Isnin.
Selalunya kalau Redza balik schedule aku akan jadi padat lebih dari biasa sebab segalanya nak kena squeeze dalam tempoh dia balik bercuti.
Kalau takde program lain takpe.
Selalunya setiap kali dia balik cuti En Wan masukkan dia ke macam-macam program.
Baru-baru ni, Sabtu and Ahad full dari 8am sampai 6pm ada seminar.
Jadinya, Jumaat je yang betul-betul free untuk settlekan keperluan dia and melepak bersama-sama.
Isnin dah tentu takleh buat apa dah sebab dia nak fly balik.

Bulan 11 karang dah cuti skolah pun bapak dia dah register Redza siap-siap kat seminar pembangunan diri.
Asal ada seminar atau workshop semua disumbatnya anak dia.
Si Rayyan ni pun dek kerana banyak mulut sangat kat rumah, tak pasal-pasal bapak dia dah carikan kelas Public Speaking.
Hah, pegi kau menceceh kat situ.

Jumaat pagi agenda pertama buatkan spek baru Redza kat tempat biasa SEVEN EIGHT OPTICAL.
Tokeynya adalah blog reader juga.
First time dulu pegi, terus serasi, jadi memang akan ke sana je everytime nak buat new spek.
Kedai ni kat Seksyen 7 Shah Alam.

Lepas solat Jumaat, En Wan kutip aku kat ofis untuk makan sama-sama and sekali harung nak cari barang-barang sukan Redza kat Decathlon USJ.
Menjak si Redza ni blaja kat sana, dah macam-macam jenis kasut aku belikan.
Kasut running lain, kasut tennis lain, kasut bola lain.
Tu belum lagi dengan raket tennis, raket badmintoon, bola tampar, bola sepak.
Dulu aku ada satu kasut je.
Itulah kasut running, itulah kasut PJ.
Dan semua tu kasut Pak Aji aku lenjan.
Aku takde kasut sport.
Kasut sport pertama aku beli masa aku kat matrik, tu pun beli bukan untuk bersukan, untuk bergaya-gaya je.
Zaman-zaman tu kasut sport mampu milik adalah brand Power.

Seriously, korang yang anak-anak tahun ni UPSR, bersedialah kalau anak dapat masuk boarding school.
Dia punya belanja sepanjang tahun dah boleh angkut kau tiket pegi balik ke Gold Coast.
Tu belum kalau dapat Langkawi.
Redza punya tiket flight setahun je dah boleh cover aku anak-beranak punya tiket ke Korea.
Aku cakap kat En Wan kita anggap je lah kita dah sampai Korea. Takyah nak pegi dah.
Kahkahkah.



Tengahari tu kitorang lunch kat food court Decathlon je.
Cendol ni takde kat food court tu tau.
Disebabkan aku teringin nak makan cendol, En Wan pegi order kat kedai sebelah area food court.
Dia bawaknya mangkuk cendol ni ke food court untuk aku makan.

Redza cakap "Seriouslah papa macam ni, Ma?"

Aku cakap "Gentleman memang macam tu. Apa wife nak, dia sanggup usahakan" [cewahh, saje je up-kan bapak dia depan anak].

Redza senyum.

Pastu aku sambung "...kat wife je buat macam ni. Bukan awek. Awek jangan nak mengada-ngada bersusah-payah macam ni. Kalau break esok, tak balik modal".



Ini adalah lunch.
Sejenis menu breakfast for KIDS.

Nak kata mengandung, tak.
Ntah hape hal tetiba teringin pulak nak makan menu breakfast for lunch.
Tapi taknak sumbat banyak-banyak, jadi pilih kids meal.
Dengan Redza sekali terpengaruh dengan penyakit mak dia.
Dia punn order ni.

Dah start makan sosej baru terperasankan si telur cair kat sebelah.
Memang potong betul!
Aku memang tak boleh telan telur tak berapa nak masak macam ni.
Kalau goreng, biar garing betul, kalau tak, baik toksah goreng. Haa, gitu konsepnya.
Maka, telur berpindah tangan ke En Wan.



Sizzling yee mee memang favourit aku and En Wan kalau ke food court.
Tapi hari tu aku takde selera nak makan banyak-banyak.
En Wan je lah sorang pekena yee mee.
Kalau order yee mee, aku punya always without telur.
Telur yee mee lagi kembang tekak aku.
Dorang kan main pecahkan je telur dalam pot tu then done.
Belum pun telur nak masak, dia dah panggil kita ambik.
Berlendir je aku tengok telor tu. Eiiii.

Lepas makan, layankan kejap Redza nak cari barang sukan.
Sambil-sambil tu aku pun try la treadmill.
Everytime nampak threadmill memang nak beli, tapi setiap kali semangat nak membeli tu datang, masa tu jugaklah En Wan perli aku "Ajak pi pasar malam pun malas nak jalan, ada hati nak beli threadmill konon"

Fine!



Kat Decathlon ada orang tegur.
Kalau orang tegur dengan panggilan "Ni Kak Di, kan?", memang takde lain lah, wajib reader ni.
Reader je yang panggil aku Di.
Kawan-kawan aku panggil aku Diana. Kadang-kadang setan.

Ini cikgu from Johor, every week turun KL beli kelengkapan sukan untuk student-student yang berminat main hoki.
Kat sana peralatan sukan mahal katanya.
Kat Decathlon USJ ni murah-murah, jadi student mampu beli.



Sabtu pagi-pagi dah gerak ke Bangi hantar Redza ke Malaysia Genome Institute [MGI].
Merasa aku masuk balik tempat ni.
Tapi ini new premis.
MGI yang asal dulu berdepan dengan UKM.
MGI lama tu port aku 'lepak' setiap minggu sebab itu key customer.

Everytime nampak MGI aku tak boleh lupa satu insiden tahun 2008.
Aku ke sana sebab nak discuss pasal reagents yang dorang nak guna pakai dalam tempoh setahun.
Memandangkan dorang guna instruments kitorang, jadi reagents pun kena ambil dari kitorang juga.

Yang jual instrument adalah kawan aku.
Aku ni bahagian reagent.
Aku tak tau cerita rupanya instrument yang kawan aku handle tu ada masalah.
Entah apa masalahnya aku pun dah lupa tapi menyebabkan kerja-kerja makmal tergendala.
So that customer dah hangin satu badan.
Nasib tak baik, pagi tu aku pulak terpacul kat sana.
Bila dia tau aku represent the same company, dia keluar terus pung pang pung pang pung pang...."Go back and ask your boss to come see me!"

Terkebil-kebil aku kat depan tu kena bambu kaw-kaw depan staff-staff dia.
Semua pakat tengok PC tak kalih-kalih, sure masing-masing cuak.
Aku lagi terpinga-pinga, apa kes ni?
Dah la aku bukan main vogue the vass dengan skirt belah depan, kasut 3 inci, rambut merah, dengan cardigan yang sengaja tak dibutang depan [hahaha], catwalk bagai masuk opis sekali kena tengking?

Aku masuk je dalam kereta terus call ofis "Siapa jaga akaun instrument MGI? You owe me KFC snack plate!"

Apa kau ingat free-free aku tadah muka bagi pihak kau?
Penat aku tebalkan muka kena bambu tau tak.
Ahh, takde. Kena belanja aku KFC snek plate original.

Sabtu lepas, depan pintu dewan masuk aku nampak that bunting [yang aku tunjuk tu].
Atas sekali ada tulis DNA sequencer yang aku jual maybe 11-12 tahun lepas kalau tak silap.
Memang mengundang memori betul lah.
Diari seorang penjual barangan makmal.
Komisyen dapat, maki pun dapat.



Lepas hantar Redza, kitorang balik Bangi.
Plannya, tido situ satu malam sebab the next day Redza masih kena pi MGI.
Disebabkan awal pagi sangat tak tau nak buat apa, aku ajak En Wan gi IOI City Mall.
Lama dah tak shopping baju.
Ajak Mak Aji and Pak Aji sekali.

Masuk Dorothy Perkins, tempat favourite aku beli baju.
Blouse-blouse aku boleh dikatakan 95% dari Dorothy Perkins.
Blouse brand ni sesuai untuk orang bertudung sebab cutting dia semua loose.
In fact blouse yang aku pakai dalam gambar ni pun from Dorothy Perkins.
Aku ada member card so dapat 10% off.
Mak Aji pun join sekaki membeli blouse.



Pak Aji dan Mak Aji tak melepaskan peluang bergambar dengan Jennifer Aniston.

Lengang kan?
Itu bukti kitorang sampai awal kat mall ni.



Nenek Redza nak belikan jersey untuk birthday cucu dia.
Bukan main....aku cakap beli je jersi tak ori tu, bukannya dia nak pakai selalu.
Kat skolah mana boleh pakai round neck.
Nak tunggu dia pakai time balik bercuti, berapa kali sangat pakai.
Oh tak boleh! Cucu dia kena pakai barang ori.
Hah, gasak RM300 kat sehelai jersey.
Selamat bukan duit aku.



Lepas merayap, masuk Black Canyon for lunch.
Ini tempat favourite sefamili.
Dari atuk, nenek, pakcik, makcik, bapak, mak, and anak - memang suka Black Canyon.



Pagi tu aku dah breakfast nasi goreng kat warung area MGI.
Cadangnya nak makan light-light je kat Black Canyon, aku order la menatang ni.
Selalunya sedap, tapi hari tu ya ampun dia punya masin takleh bawak bincang!
Aku syak mayonis dia tertumpah garam.
Dah la mayo masin, tambah pulak ada cheese.
Ya Allah, menggeliat aku nak habiskan satu piece.
Fries terus aku ngeri nak sentuh sebab sah-sah bergaram.
Pakej darah tinggi agaknya ni.

Aku mintak Pak Aji, Mak Aji and En Wan rasa, tapi dorang semua dah kenyang sangat sampai rasa sikit pun takleh.
Aku tapau the rest.
Balik rumah suruh Ibal makan.
Ibal ni tolak batu dengan kayu je.
Dia gigit sekali pastu terbeliak-beliak mata dia "Apehal masin gila babi ni? Aku nak habiskan satu pun hazab"

Tu dia!
Sah, deria rasa aku takde masalah.
Memang betul sandwich tu masin.



Lepas lunch tapau Aunty Annes pulakkk.
Yang kata kenyang sangat tu kan.
Lainlah aku, aku memang tak pernah kenyang.



Lepas beli Aunty Annes, kitorang pun gerak balik.
On the way nak turun basement aku stop jap kat kiosk Naelofar, saja nak tengok apa ada.
Aku rasa aku stop kejap je, bila toleh dua-dua aji dah takde.
Mana peginya?

Jalan ke depan sikit hah kau.....dia masuk kedai pi beli cendol pulakkkk.
Ini dah lawan tokey ni.
Mengalahkan perut aku pulak.
Terpaksa aku join sekaki. Kahkahkah.

Boleh tahan sedap cendol kedai ni, lupa pulak apa tajuk kedainya.
Bukan Nyonya Cendol. Tapi sedap jugak macam Nyonya Cendol.

Malam tu lepak rumah pesta perut dengan nasi Arab, pizza and ikan bakar.
Biasala kan kalau dah balik Bangi tu. kalau tak menternak babat tak sah.
Tapi nasib baik aku sedar diri baru lepas shopping seluar, aku sengaja beli seluar one size smaller.
Motivasi diri kekdahnya.
Bila beli seluar/baju one size smaller, perasaan menggeletis nak pakai tu bergelojak.
Jadi, nak taknak, terpaksa juga menguruskan diri supaya can fit.
Terpaksalah aku kontrol portion makan aku hari tu.
Mudah-mudahan esok lusa dah boleh pakai that seluar. 
Kalau sampai minggu depan tak boleh masuk gak, kita hantar je tailor suruh besarkan pinggang. Kahkahkah.



Ahad, masih di Bangi sampai 6pm sebab Redza ada seminar lagi.
Petang tu around 3pm kitorang anak-beranak ada kat Nilai attend birthday party anak kepada junior En Wan masa kat Nagaoka [perempuan yang pakai jubah pink tu].
Aku pernah jumpa sekali je masa baru lepas kawen, dia datang ke rumah Mak Aji.
Berbelas tahun lah maknanya En Wan tak jumpa junior dia ni.

Yang best tu dia buat birthday party untuk anak bongsu umur 5 tahun and anak sulung umur 15 tahun.
Anak sulung dia lelaki.
Sporting betul anak lelaki dia masih nak melayan permintaan mak untuk celebrate birthday.
Cool je dia duduk kat tepi potong kek dengan budak-budak kecik.
Ni kalau Redza aku suruh buat gini, mau seminggu moncong ni.

Alangkan balik Bangi hari tu pun dia dah pesan jangan buat surprise party untuk dia.
Dia macam dah boleh bau perancangan mak dia nak buatkan party.
Terus tak jadi aku nak buat.
Takpelah, buatlah untuk Rayyan esok.
Rayyan bukan kata setuju lagi, siap bilang hari dah ni.
Hari-hari tanya aku apesal aku lahirkan dia November. Kenapa tak September je. Penat mengira hari dah gamaknya.



Aku tanya dia "Adik nak tak birthday party adik mama bawak clown datang?"

"Nak, Ma. Tapi adik nak satu lagi. Adik nak magician"

Alahai..gugur bulu apak kau nak bayar magician bagai.
Dah la siap nak pinata segala.
Kek nak gambar iPhone u ollsss!
Siap cakap hari tu nanti dia nak pakai theme Apple [iPhone].

Budak lain umur 9 tahun kek nak gambar Roblox, Minecraft, Marvel.
Kau nak kek iPhone, dik? 



Demi seluar baru.....aku datang jadi tukang suap makanan je.
Bukan main istiqomah lagi taknak makan.
Kalau tak berjaya juga muat seluar tu tak tau la nak cakap aku harus berkorban apa lagi.



Dapat bawak balik seketul pump gun ala-ala The Mask.
Pandai la clown ni buat belon.
Macam-macam and cantik-cantik.
Setiap sorang budak-budak dapat belon berbeza bentuk, so boleh bajet la betapa creativenya dia.

Lepas Asar, balik Bangi semula.
Lepak kejap, around 6.30pm gerak balik Putra Heights.
Sampai rumah, En Wan solat then terus ajak aku keluar makan berdua.
Aku kebetulan takleh solat, memang aku standby je la tak bukak pun tudung.
Dengan muka berlekit-lekit dari petang tak mandi tu aku follow gi makan.
Dah macam puasa aku hari tu.



Hah, kau!
'Buka puasa' sepinggan terak.
Lapar teruk ni, sampai senyum pun tak larat.
Go to hell with muka melekit. I dun care. Aku tau aku nak makan.



Esoknya, Isnin, hantar Redza ke airport.
Ada satu kali balik bermalam, Deepavali nanti.
Tapi sebelum tu, aku and En Wan akan ke Langkawi untuk solat hajat budak-budak nak exam.
Dah lama aku tak jejak Langkawi ni, dah bersusun dalam kepala apa aku nak rembat.
Doakanlah perembatan kali ini berjaya.


Labels:

posted by Diana Ishak @ 9:20 AM  
Newer›  ‹Older

ADVERTISING



FOLLOW ME



MY BRAND




LABELS



MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
TEMPLATE by


BLOGGER