walk on wings, tread in air: Cakap biar jelas <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>





SEARCH

CONTACT ME

Diana Ishak @ Green Apple
aveo757@yahoo.com
See my complete profile

TRAFFIC
Visitor Counter
TESTIMONI GREENAARD


Cakap biar jelas
2019-09-24



Aku baca artikel ni last week.
Kisah benar dari seorang pakar psikologi yang handle kes depression.

Depression adalah penyakit.
Bak kata seorang ustaz, penyakit depression ni kena banyakkan hubungan dengan Allah tetapi mesti ada bimbingan.
Tujuan utama mendekatkan diri tu adalah kerana kita mesti faham apa pun penyakit, pada Allah ada ubatnya.
Bimbingan pula bermaksud rawatan alternatif, support dari keluarga dan bantuan-bantuan lain dari sudut memulihkan emosi.
Umpama kita demam, tak boleh dengan doa saja, mesti ada ikhtiar pi jumpa dokter untuk beli ubat.
Ikhtiar adalah urusan kita, memberi kesembuhan adalah urusan Allah.

Aku tak nak sentuh part kesembuhan, itu bukan kepakaran aku.
Tapi aku tertarik dengan jalan cerita artikel ni.

Teringat dulu ada satu email dari blog reader yang bagitau dia too stress dengan keadaan rumahtangga sampai ke tahap berhalusinasi.
Dia dah mula terdengar macam ada suara-suara halus.
Tak sure lah literally terdengar suara atau imaginasi but somehow ada suara-suara yang 'berkomunikasi' dengan dia.
Aku harap reader tu dah sembuh.

Stress boleh berakhir dengan depression.
Tapi, feeling depressed TAK SAMA dengan clinical depression.
Clinical depression selalunya berpunca dari stress yang kronik - contohnya trauma yang berpanjangan [misalnya penderaan].
Tapi kalau suami tak kerja kau stress, bila suami ada kerja stress kau hilang - this is not depression.
However, stress yang berlanjutan bertahun-tahun maybe boleh berakhir dengan depression.

Kebanyakkan punca stress dalam rumahtangga bukanlah kerana duit tapi tiada/kurang komunikasi 2 hala.

Kalau difikirkan balik, kebanyakkan kita masa mula-mula bercinta, segalanya serba kekurangan.

Boifren takde kereta - biasa.
Boifren hanya ada motor kapcai - biasa.
Keluar outing sama-sama naik public transport - biasa.
Awal-awal kawen duduk menyewa - biasa.
Awal-awal berumahtangga beli kereta second hand - itu pun biasa.

Maksudnya, hubungan masih boleh diteruskan walau dalam keadaan serba kekurangan.
So, isu duit bukanlah punca.

Tapi bila dah berkahwin 3-4 tahun, duit mula jadi punca kebanyakkan pergaduhan dalam rumahtangga.
Padahal waktu ni, masing-masing dah berada dalam fasa selesa, I mean jauh lebih selesa dari zaman belum kawen dulu.

Dulu naik public transport, now dah ada kereta sendiri.
Dulu tumpang rumah mak, now dah ada rumah sendiri.
Dulu nak enjoy harap duit loan MARA, now dah ada duit dari gaji sendiri.
Kalaupun belum mewah, masih lagi better than before, betul tak?

Tapi yang peliknya, dulu  masa serba kurang takde pun bergaduh.
Kalau bergaduh pun cuma pasal stupid things like jealousy, but never about money.
Masing-masing memahami kesempitan each other.

Isu duit dan keselesaan hidup bukan saja masalah untuk golongan yang sederhana, even yang dah financially secure masih lagi bergaduh dengan the same issue.

Apa yang kita tak tahu, all relationships go through power struggle.
Yang sebenarnya, bukan masalah duit, bukan juga masalah nafkah tak cukup, bukan masalah materialistik tapi masalah lack of communication.
Inilah major cause laki bini bertekak.

Lojik ke dah kawen 10-15 tahun, bila ditanya apa punca nak bercerai?

"Suami tak bagi nafkah".

Eh? Dah 15 tahun kawen baru nak ungkit pasal nafkah?
Patutnya dari tahun pertama kawen lagi kau dah bangkitkan isu ni.
Why tunggu sampai berbelas tahun?

Mana-mana hubungan, tak kiralah masa bercinta atau dah berkahwin, kalau komunikasi tak ada [atau kurang], bersiap-sedialah dengan macam-macam masalah akan timbul.

Dalam rumahtangga, komunikasi sangat penting.
Bila ada komunikasi bermakna half of the problem dah selesai.
Biarlah bertekak sekalipun janji ada komunikasi, itu lebih baik dari memendam rasa.

Contoh, let say suami and isteri both are financially secure.
They make the same income.
Suami lebih suka menyimpan untuk masa depan.
Isteri lebih suka spend on things they can enjoy today - beli kereta yang dia suka, beli seterika baru [even though the existing ones boleh pakai lagi], makan kan fancy restaurant, etc.
Tanpa komunikasi, suami akan rasa bengang bila isteri tak join menyimpan and hanya pentingkan seronok sendiri.
Yang isteri pulak anggap suami kedekut and tak interested nak enjoy life together.
Masing-masing dok assume and memendam perasaan dan sakit hati dalam diam.

Isteri [especially suri rumah] selalu takut nak voice out apa yang dia rasa.
To be fair, aku pernah jadi surirumah for setahun lebih [masa awal-awal kawen dulu].
Memandangkan tak banyak yang aku boleh contribute, aku pilih untuk banyak diam everytime ada rasa tak puas hati sebab waktu tu aku takde duit jadi aku rasa aku tak ada kuasa untuk menyuarakan pendapat apetah lagi nak membantah.
Nak ajak balik Bangi pun tak berani.

Stress.

Memang aku stress masa tu, tapi takde la stress teruk.
Bukan stress apa pun, tapi stress sebab aku penat nak kena sabar.
Sabar untuk berdiam.
Sabar untuk mengalah.

Bila aku dah bekerja, dah ada duit sendiri, dah boleh sama-sama contribute, barulah aku berani nak suarakan pandangan sebab aku rasa aku juga ada hak because I also put money on the table.
Tapiiiii, bila masing-masing ada duit, pun jadi masalah juga sebab masing-masing rasa power.
Jadi, kalau nak salahkan duit punca masalah rumahtangga pun tak boleh juga sebab ada duit pun boleh jadi bergaduh.

So bila aku fikir-fikir balik, punca sebenar adalah komunikasi.

Isteri-isteri yang stay at home, selalu anggap dia tak berhak bersuara sebab dia "menumpang" duit suami.
Nak merempan takut kena marah, karang kena tinggal pulak.

Takde istilah isteri tumpang duit suami.
Kau bini dia kot, memang tanggungjawab dia untuk sedia makan minum tempat tinggal.
Kalau kau bekerja sekalipun, basic needs memang tanggungjawab suami, tak pernah berubah.

Bila aku tanya kenapa tak bagitau suami awak nak balik rumah mak awak?

"Saya tak nak susahkan dia. Dia penat cari duit. Tapi saya nak dah lama sangat tak balik. Mak pun dah bertanya"

Hah, sebijik perangai aku dulu!
Gini lah aku dulu.
Padahal aku cuma assume je.
Kalau aku ajak balik agaknya laki aku on.

Mulia seorang isteri kesiankan suami tapi tak bermakna sampai takde hak nak suarakan permintaan lansung.
Suami nak bagi atau tak itu cerita kedua, yang penting kita tanya dulu.
Bincang, cari jalan untuk win-win.
Kalau ada komunikasi insyallah mesti ada kesepakatan akhirnya.

Ini tak, bagitau suami pun tak, lepas tu nak stress.
Kan tak kena caranya tu?
Belum apa-apa dah stress dulu.

Yang kes kat atas tu aku sakit hati pulak bila baca.
Si isteri bagi kiasan-kiasan macam tu je.

"Saya serabutlah. Saya lost lah. Saya tak tau lah nak cakap macamana"

Deep down aku dapat rasa isteri sebenarnya tahu apa dia nak, tapi dia tak tahu nak luah macamana.
Salah satu sebabnya yang tadilah - kesian kat suami.
Serba salah nak bagitau, serba salah nak mintak.

NO.

Kena identify apa yang kau nak.

"Bang, saya stress duduk rumah buat kerja non-stop, penat satu hari suntuk buat kerja macam-macam"

"Bang, saya boring duduk rumah mengadap benda yang sama sepanjang minggu. Saya nak abang bawak saya tengok movie malam ni"

"Bang, saya dah lama tak ada baju baru"

Identify the source of stress.
Berkomunikasilah dengan jelas.
Jangan expect suami faham maksud sebenar kita.
Jarang lelaki faham body languange, dorang susah nak faham bahasa kiasan.
Ni kan perkahwinan suka sama suka, apesal time duka kau nak tanggung sorang?
Let suami tahu apa yang kita rasa.
Kita nak hidup sama-sama jadi suka dan duka mesti tanggung sama-sama.

"Kalau saya bagitau, nanti jadi bergaduh, saya juga yang sakit hati"

Biar bergaduh!
Biar dia tahu rumahtangga sedang ada masalah.
Jangan kau sorang menanggung beban.
Kalau dia naik tangan, anggap itu petunjuk Allah supaya kau angkat kaki, jalan.

Tak kira lah kau suri rumah, atau bekerja.
Ada duit atau takde duit bukan alasan untuk merasa rendah diri dengan suami.
Ini rumahtangga kita.
Kita bina sama-sama, kita jaga sama-sama.
Kita suri rumah, bukan hamba tebusan.
Duduk rumah, jaga makan pakai suami dan anak-anak itu kerja mulia.
Be proud of yourself.
Kalau kau sendiri rendah diri dengan suami, what do you expect from orang luar?
Lepas tu nak terasa hati pulak bila ipar duai and sedara mara tanya pasal life kau as surirumah.
Jangan banyak sangat layan drama syahdu-syahdu dik, lama-lama kau terikut-ikut feeling drama tu ke real life.

Satu cara kau boleh buat, everyday spend some time tulis semua kerja-kerja kau pada hari tu.
Luahkan atas kertas.
Dari situ nanti kau tengok balik list tu and check mana satu kerja yang buatkan kau rasa sangat stress.
Aku jamin takde satu pun kerja yang jadi punca stress.
Yang jadi punca adalah kau takde komunikasi 2 hala dengan suami.


posted by Diana Ishak @ 10:15 AM  
Newer›  ‹Older

ADVERTISING



FOLLOW ME



MY BRAND




LABELS



MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
TEMPLATE by


BLOGGER