walk on wings, tread in air: Belajar cakap NO <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>





SEARCH

CONTACT ME

Diana Ishak @ Green Apple
aveo757@yahoo.com
See my complete profile

TRAFFIC
Visitor Counter
TESTIMONI GREENAARD


Belajar cakap NO
2019-09-11

Aku tak aktif dalam aktiviti charity atau volunteer program di universiti [zaman belajar dulu], skolah anak-anak atau apa-apa program yang memerlukan sukarelawan.
Bukan sebab aku takde masa, bukan juga sebab jadual aku packed.
Jadual aku memang packed tapi masih in control. I could make time.
Cuma, aku tak berapa minat terlibat secara lansung dengan kebanyakkan program sukarelawan.
Kalau terlibat secara tak lansung macam chip in money tu boleh, insyallah.

Ya aku tau confession aku ni bakal mengundang macam-macam komen, but aku kena be honest.
Aku memang tak minat. Senang cakap aku ni malas.
Maksudnya kalau nak tengok aku angkat tangan volunteer pasangkan langsir kelas, basuh kelas, hias dinding bilik darjah anak - tak kot.
I mean I will do if it needs to be done [kalau dah takde orang lain] tapi kalau nak nampak aku berebut volunteer memang taklah.
Because aku tau, kalau ada orang yang pemalas macam aku, mesti ada orang yang rajin.
Dan selalunya yang rajin-rajin ni lebih bersemangat, buat kerja pun tak berkira dan lebih teliti.
Kalau perasan, orang-orang yang memang into charity work ni adalah muka-muka yang sama.
Itu maknanya passion dorang memang ke arah tu.
Jadi, orang-orang begini lebih layak buat.

Ni mesti ada yang baca ni sambil geleng-geleng kepala.

"Mak apa lah dia ni?" 
"Dia sorang je sibuk, abis orang lain tak?"
"Takde rasa tanggungjawab lansung pada masyarakat!"

Wahh gitu.

The thing is, tak volunteer kat skolah anak tak bermakna kau mak yang teruk.
Since when volunteering equal to parental success?

Aku biasakan diri aku buat sesuatu hanya kalau perkara tu aku boleh buat dengan sepenuh hati.
Kalau tak, aku tak buat lansung.
Maksudnya kalau hati aku berbelah bagi, aku takkan buat sebab nanti aku buat sambil lewa, buat pun dengan rasa tak seronok dan yang paling teruk sekali aku buat sambil merungut dan mengungkit.
Join sukarelawan semata-mata nak melibatkan diri, bukan melibatkan tenaga.
Buat memenuhkan tempat.
Pegang baldi kejap pastu layan bersembang.
Pegang penyapu sapu set set set set pastu duduk membawang.
Lepas tu claim jadi volunteer.

Bukanlah maksudnya aku tak pernah terlibat lansung dalam kerja-kerja charity, ada, tapi tak banyak.
Aku pastikan masih ada peranan yang aku ambil, contohnya tolong provide makanan atau sumbang duit, bukan lepas tangan terus.
Things like bersorak tepi court time anak main hoki, melanguk tunggu anak habis kelas piano, angkut anak-anak sekali masa outstation - ini antara yang aku buat dengan sepenuh hati.

Seingat aku, aku tak pernah jadi sukarelawan untuk sebarang program di skolah anak-anak, dari dorang skolah tadika, rendah atau menengah.
Tapi kalau bab provide makanan, memang aku sanggup bangun awal pagi goreng aglio olio dua packet.

Tak kisahlah apa orang nak cakap.
I don't have the time and energy to live life to meet other people's expectations.
To me, setiap orang ada perkara yang diletakkan as priority dan ini terpulang pada pilihan masing-masing.

Ada orang letakkan anak-anak sebagai priority utama.
Ada yang letakkan family sebagai priority.
Ada yang letakkan kerjaya.
Ada yang letakkan charity work.
Ada yang memang look forward untuk volunteer apa-apa program.
Ini semua pilihan masing-masing.
Masing-masing ada kecenderungan yang berbeza.
Kita tak boleh nak jadikan semua benda priority.
If everything demand our attention, we will never have focus.

Untuk itu, aku bukan saja belajar untuk say NO kepada orang-orang yang hanya mahu ambil kesempatan kat aku [refer post minggu lepas], tapi aku juga blaja say NO untuk perkara yang aku tak mampu atau tak mahu buat.
Bila kau tak tau macamana nak say NO pada perkara yang kau tak suka atau tak nak buat, it will somehow effect your personal productivity.

Buat sesuatu supaya orang lain seronok itu bagus, malah sangat mulia.
However kalau kita selalu sangat buat dengan terpaksa, lama-kelamaan hidup dan fokus kita bercelaru sebab sibuk nak settlekan keperluan orang lain berbanding diri sendiri.
Kerja kita jadi makin banyak, tapi kebanyakkan kerja tu tak bagi real value untuk kita pun.
Lainlah cerita kalau kau buat dengan senang hati.

Bos aku dulu always cakap on Monday meeting "Only touch something once".
Maksudnya kalau kau bukak email, pastikan kau reply terus.
Jangan bukak, baca and simpan untuk dibalas kemudian. Never.
Bukak, baca and terus reply.

Kalau dalam meeting pun macam tu.
Masuk meeting, make sure plan of action settle dalam tu sebelum bersurai.
That's why meeting kitorang selalu lajak sampai malam.
Meeting untuk unit Life Science start pukul 2pm, kadang-kadang lajak sampai 9-10 malam.

Akibat dari tu kitorang semua jadi sangat produktif.
Semua kerja disiapkan dengan cepat supaya tak melarat masuk dalam meeting.
Selagi boleh settle kat luar bilik meeting, kitorang sama-sama tolong settlekan.
Masing-masing kalau boleh tak nak bawak masalah ke meeting nanti melarat sampai malam.

"Only touch it once" aku aplikasikan dalam pelbagai aspek hidup aku selain dari kerja.

Maksudnya, buat keputusan jam-jam tu jugak.
Kalau aku rasa aku tak mampu buat atau tak mahu buat, terus-terang je.

"Diana, nak tak volunteer iring student kelas anak-anak ke Zoo Negara?"

Pernah dapat dah soalan ni.

Aku jawab "Tak kot. Tapi korang nak apa-apa sumbangan tak? Kalau nak saya preparekan sandwich indivually wrapped, saya buatkan untuk budak-budak. 80 cukup?"

Respond as soon as possible.
Itu lebih baik dari kau hold the decision until it's too late to cancel, akhirnya kau terpaksa buat something yang kau tak nak buat.
Pastu merempan stress sorang-sorang dan buat pun dalam keadaan tak seronok.
Aku tau either way pun tetap kau nampak bitter but at least kalau kau berterus-terang awal-awal orang pun tak sakit hati tengok hasil kerja kau macam taik.

Aku kerap dapat luahan hati pembaca yang ada masalah ni.
Yang terikat dengan something yang dorang tak mahu buat.
Bila aku nasihatkan supaya berterus-terang, taknak.
Tak sampai hati katanya.
Abis camno?

Aku cakap kau, aku dapat banyak sangat request setiap hari. Banyak.
Sometimes bila aku refuse untuk accept request, rasa bersalah ada, rasa kesian pun ada.
Kalau boleh aku nak elakkan ada apa-apa konflik, aku nak accept the requests sebab aku takut bila aku refuse, the friendship suffer.

Tapi tu lah, orang tak tahu the amount of emails yang masuk kat aku everyday.
Yang mintak aku jadi speaker, mentor, nasihat, promote product, yang mintak aku jadi exclusive agent pun ada.

Bertahun-tahun aku setuju to every request.
Aku anggap this blog adalah medium untuk bagi benefit kepada orang lain.
At the same time aku nak return the favor.
Aku tak tahu macamana nak say NO sebab aku rasa bertanggungjawab to give back and show up for others.

Then one day aku realized everytime aku berikan 1 jam masa aku untuk orang lain adalah 1 jam masa aku berkurangan untuk diri aku, suami aku, and anak-anak aku.
Every time I gave someone 2 jam [untuk prepare FREE product review], that was 2 jam energy aku berkurangan untuk kerja hakiki aku.
Every time aku say YES to someone else, it is a NO to my list of priorities.

So sejak 2-3 tahun lepas, aku start being honest.
Kalau aku refuse to do something, aku cuba sampaikan in the most polite way possible.

Bukan semua request aku refuse however tak semua request aku accept.
Yang aku reject, aku bagitau baik-baik aku tak boleh commit.
Ada yang terima, ada juga yang argue.
Yang argue, aku tak boleh buat apa.
Mungkin aku pun tak berada di tempat dia tapi to be fair dia juga tak berada di tempat aku.

Oh by the way, "only touch something once" juga terpakai untuk call dari bank, insurans dan hotel yang tawarkan pakej percutian percuma.
Kasik settle jam-jam tu jugak.
Jangan sesekali "Can you call me back at 6pm because I'm in a middle of discussion".
Aku tau kau nak jaga hati dia but this is not effective at all sebab caller tu akan kejar kau lagi which is buang masa korang berdua je.
Just be firm, don't leave it open-ended unless memang kau berminat.

The point is, it is not about saying NO to everything, tapi mesti jelas tentang komitmen kita.
Mesti tahu apa yang lebih utama dan kemudian letakkan keutamaan tu above anything else.
Kalau tak berminat, tak mampu buat, just say NO.
Jangan kau say NO like "No! Taknak buat!".
Gini caranya memang sengaja nak cari musuh.
Biar ada budi bahasalah sikit.
Explain baik-baik kenapa kita refuse to do and provide alternative help.
Kalau kita tunjuk kat orang kita value our work, our time, our priorities, insyallah they will respect us for it.


Labels:

posted by Diana Ishak @ 9:53 AM  
Newer›  ‹Older

ADVERTISING



FOLLOW ME



MY BRAND




LABELS



MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
TEMPLATE by


BLOGGER