walk on wings, tread in air: Baldi kecil <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>





SEARCH

CONTACT ME

Diana Ishak @ Green Apple
aveo757@yahoo.com
See my complete profile

TRAFFIC
Visitor Counter
TESTIMONI GREENAARD


Baldi kecil
2019-09-13

"Aku adalah sebagaimana prasangka hambaKu"

Maksudnya, walaupun Allah ada perancangan yang hebat untuk masa depan kita, walaupun Allah nak limpahkan rezekiNya untuk kita, tetapi ia boleh terbatas oleh kemampuan kita untuk menerima.
Contohnya, kau ada 1 baldi kecil, sedangkan aku ada 1 tong drum nak bagi air kat kau.
The problem is not with the supply tapi baldi kau kecik sangat.
Kapasiti baldi kau too small untuk aku bagi semua air dalam tong aku ni.
Bila kau dapat sikit, kau marah.
Kau tanya apesal sikit sangat bagi padahal aku ada banyak.
Sedangkan kalau kau bawak datang bekas yang lebih besar atau lebih banyak, then aku boleh bagi lebih.

Begitulah caranya Allah perkenankan hajat kita.
Kalau kita rasa segala ikhtiar dah cecah limit, dah tak tau nak buat macamana dah due to masalah ekonomi, masalah kesihatan, tak mampu nak bayar duit rumah - hakikatnya Allah mampu untuk tolong kita tapi bekas kita kecil sangat untuk terima pertolongan Allah yang besar tu.

Caranya?

Attitude.

Instead of "Ekonomi memang tak bagus sekarang ni, tu pasal susah nak cari makan sekarang", 

why not "Ekonomi memang tak stabil sekarang tapi Ya Allah Engkau Maha Berkuasa dan aku tau Kau sedang menyiapkan sesuatu untuk aku. This year will be a great year".

Bila kita ubah pemikiran kita macam tu secara tak lansung kita dah membesarkan kapasiti untuk menerima.

Ya, aku tau memang susah.
Aku penah try dulu, awal-awalnya susah juga sebab walaupun mulut kita cakap macam tu somehow otak kita mesti akan bidas dengan "Come on lah, be realistik. Kot ye pun nak positif, biarlah masuk akal!"

Dulu aku macam tu lah perangai. Sebijik!
Kerana aku bersandarkan pada lojik.

However ustaz aku pernah cakap yang malaikat always report tentang kita kepada Allah.

"Ya Allah, HambaMu kecewa dengan hidupnya"
"Ya Rabb, HambaMu sedang merungut dengan rezekinya"
"Ya Allah, HambaMu putus asa dengan ikhtiarnya"

Apa Allah kata?

"Sabar....tunggu. Nanti dia akan berubah".

Tapi kita masih tak berubah, masih merungut, masih kecewa.

Sampailah satu masa kita ubah attitude, "Ya Allah, terima kasih kerana satu hari nanti aku akan keluar dari masalah hutang. Terima kasih Ya Allah kerana kau akan tunjukkan aku jalan keluar dari semua kesulitan ini dengan baik dan aku akan hidup jauh lebih selesa dari apa yang pernah aku bayangkan".

Masa tu Allah takkan cakap "Alahai...perasannya kau ni. Bila pulak aku janji nak keluarkan kau dari bebanan hutang?"

Tak.
Allah takkan cakap macam tu.
Dia akan panggil malaikatNya "Malaikat, meh sini tengok, itu hambaKu. Kau tengok, Aku belum bagi dia apa-apa pun lagi. Aku belum angkat masalah dia pun lagi tapi dia begitu yakin Aku akan tolong. Kerana keyakinannya pada Ku, sekarang, Aku akan bagi dia lebih dari apa yang dia minta!"

Itulah maksudnya dengan "Aku adalah sebagaimana prasangka hambaKu".

Kalau kita masih lagi dengan "I don't think I can make it", itu bermakna kita tak expect increase dan kita tak yakin Allah boleh tolong.

Kalau kita nganga mulut kita besar-besar, He will fill it.
Tapi semuanya bermula dengan kapasiti kita untuk menerima.
Kita tak boleh fikir tentang kekurangan at the same time berharap dapat lebih.
Tak boleh pikir mediocre tapi expect to excel.
Dua benda ni takleh jalan sama-sama.
Kena besarkan kapasiti - buang baldi kecik, tukarkan dengan bekas sebesar kolah air.

Kalau kita fikir "Zaman ekonomi tengah tak stabil ni, bisnes pun slow. Tak boleh nak expect lebih-lebih sangat, asalkan dapat bayar hutang and makan, jadiklah".

Allah pun kata "Oklah, Aku bagi kau something just cukup syarat je".

Tahun 2013, zaman-zaman aku jual candy color jeans.
Masa tu bukan aku sorang yang jual.
Seluar tu tengah trending, berlambak orang jual.
Disebabkan itu, aku tak konfiden nak bawak masuk banyak-banyak.
Aku bawak masuk, 200pcs, 200pcs, 200pcs.
200pcs tu campur-campur warna and size, maknanya takde lah banyak mana pun.
Maybe 1 color cuma 2-3 helai je.

Habis memang habis, tapi tu lah...habis takat tu je.
Bawak masuk sikit, dapat pun sikit la kan.
Yang nak beli ramai tapi memandangkan stok limited jadi banyak peluang terlepas macam tu je.
Orang nak beli borong pun aku terpaksa reject sebab stok limited.

Satu masa tu aku nekad, aku order terus 900pcs.
Nekad ni.
Berketimpal stok kat hall [dulu buat bisnes dari rumah je] sampai aku sendiri takut tengok stok melambak.

But I guess itulah aku.
Something that is routine, stagnant and mundane is not my type.
Aku perlukan sesuatu yang challenging, yang buatkan aku menggigil - ini trigger aku untuk bekerja.
So bila aku nekad bawak masuk 900pcs candy colored jeans, secara tak lansung otak aku akan ligat pikir how to sell.
Masa tu seronok menjual sebab bukan saja aku boleh offer sampai 20 jenis warna tetapi 6 jenis size and boleh jual borong juga.

Asal orang tanya "Warna ni ada lagi tak?"

Ada.

"Size ni ada lagi tak?"

Ada.

"Nak beli borong boleh?"

Boleh.

900pcs - habis tak sampai 2 weeks.

Itu menunjukkan bila besarkan kapasiti untuk menerima, bukan saja kena yakin tapi kena bersekali dengan tindakan, barulah nanti hasilnya datang dengan lebih banyak, insyallah.

Tahun 2016, lagi sekali aku nekad produce 3000pcs shawl Flair [nama shawl].
Ini first time aku produce sekali banyak macam ni sekali.
Ada 20 warna.
En Wan risau dah aku buat shawl banyak-banyak.
Aku pun cuak juga sebenarnya.
Masa produce tak nampak banyak, sekali dah siap alamak banyak sangat ni.

Shawl tu aku jual online, offline [booth], jual borong and jadikan free gift untuk jual GreenAard.
Dalam ertikata lain, shawl tu aku dapatkan jadikan modal untuk jual barang lain.
Dalam 3000pcs tu ada pintu rezeki dari produk lain yang turut sama masuk.

From there aku semakin faham bahawa bila kita make room untuk dapat lebih, Allah akan bagi lebih.
We just need to be ready, Allah will fill our container.
Masa mula-mula produce tu aku tak nampak how aku nak habiskan shawl tu but Allah selalu ada jalan.
Just jangan limitkan our vision.
We may not see how it could happen.
That's ok, that's not our job.
Our job is to believe.

Ada satu buku cerita zaman skolah dulu.
Tentang sorang fisherman yang asal dapat ikan besar je, dia buang balik dalam laut.
Yang ikan kecik-kecik je dia ambil.
So kawan dia tanya, apesal buang ikan besar?
Fisherman tu cakap "Sebab aku bawak baldi kecik, kalau ambil ikan besar, masuk 2 ekor je dah penuh baldi".

Ramai yang macam ni.
Instead of making room for increase, instead of believing for great things, they go around with baldi kecil.
Bila kita ajak dia untuk besarkan kapasiti, untuk think big, untuk expect increase, dia kata "Takpelah, dah biasa dah macam ni. Mak I pun guna baldi kecik. Atuk I pun guna baldi kecik. We are a baldi-kecik-people".

Memang susah kalau bercakap dengan orang yang ada fikiran macam ni.
Silap-silap dengan kita-kita jadi negative sekali.
Bukan suruh buat apa pun, kalau sayang sangat dengan baldi tu, peganglah.
Cuma ganti dengan baldi besar sikit untuk permulaan ni.
Because itu adalah syaratnya.
Rahmat Allah yang besar sedang menunggu.
Don't let your limited mind-set hold you back.
Kita memang tak nampak how it can happen.
Tapi tugas kita bukan figure out HOW.
HOW tu kerja Allah. Dia ada jalan.
Kita punya kerja hanya take off the limits and make room for Him to do something new.




Kalau tengok kat side bar belah kanan tu aku up-kan ini.
If your budget doesn't stretch to an advertising agency, you can contact Halina [staff aku].



Labels:

posted by Diana Ishak @ 10:28 AM  
Newer›  ‹Older

ADVERTISING



FOLLOW ME



MY BRAND




LABELS



MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
TEMPLATE by


BLOGGER