walk on wings, tread in air: Tick what you have done <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>





SEARCH

CONTACT ME

Diana Ishak @ Green Apple
aveo757@yahoo.com
See my complete profile

TRAFFIC
Visitor Counter
TESTIMONI GREENAARD


Tick what you have done
2019-08-21


Aku dapat ni semalam kat IG, so now aku nak buat.


1. Dye your hair

Nampak nau menipunya kalau aku cakap tak pernah.
Melainkan yang baca blog aku ni semua new reader, memang boleh sangat aku tipu-tipukan.
Aku start colour rambut tahun 2004, setiap tahun without failed, sehinggalah tahun 2011.
Hujung tahun 2011 aku dah bertudung, dah tak kuasa nak colourkan rambut lagi.
Rambut asli aku warnanya hitam pekat.
Sangat-sangat hitam.
Aku guna warna RED, so that bila dah jadi, dia akan jadi warna mahogany.
Kalau aku guna warna brown, tak jadi apa sebab rambut asli aku sangat black.

Setiap tahun aku allocate RM800 untuk rambut.
Memandangkan setahun sekali je aku kelebet rambut, jadi kosnya cuma RM2.19/day.
Takdelah mahal sangat, kan.
Now aku tak color dah, tapi tahun ni aku dah start masuk balik salon untuk treatment rambut.
Setahun sekali cukup. Cadangnya gitu lah.


2. Faked being sick

Skill ni wajib ada masa kat boarding school.
Dulu masa aku kat asrama, aku antara yang wajib lepak sickbay setiap minggu.
Ada sorang lagi budak yang also ada je kat sickbay everytime aku check in.
Entah apa la penyakit dia.

Mula-mula tu aku purak-purak je sakit like pening kepala and sakit perut.
Biasala kan kalau dah taknak duduk asrama, macam-macam benda aku protes.
Lama-lama badan aku prone to sakit.
Every week macam-macam sakit aku dapat.
Ni namanya law of attraction.
Apa yang kita attract, itulah yang kita dapat.
Lepas tu kejap-kejap aku dapat selsema, kejap-kejap pening, kejap-kejap muntah, kejap-kejap diarrhea.
Nak sangat katanya, terus mendapat.
Tapi best la lepak sickbay, takyah gi skolah.
Selain dari tu, aku just nak keluar dari skolah, menyampah tengok pemandangan situ.
Walaupun hanya boleh keluar ke Hospital Seremban, takpelah, janji keluar.

Percaya atau tak, setiap kali aku ke Hospital Seremban, setiap kali itulah juga kepala aku mencari-cari idea untuk larikan diri.
Mata aku melilau je hafalkan jalan dalam hospital tu.
Aku memang macam ni, sejenis kegigihan kalau betul-betul nakkan sesuatu.
Aku akan susun plan baekkkk punya.
Sampai satu tahap, aku rasa aku memang dah boleh sangat nak lari.
Tapi bila aku pikir balik, kalau lari, aku nak lari ke mana?
Balik Bangi lari ke Mak Aji?
Mampus berbirat pantat aku kena belasah.


3. Cut my own hair

Sejak bertudung, aku potong rambut sendiri.
Rambut sebenar aku beralun-alun, tak lurus macam yang korang pernah nampak.
Kalau pendek, dia akan mengerbang-ngerbang.
Kalau panjang, dia jadi macam Hantu Kak Limah.
Jadi, nak tak nak, aku kena rebonding bagi straight.
Bila straight, baru dia beradab sikit rambut aku ni.

Since bertudung, aku rasa macam dah takde keperluan aku nak take care sangat rambut aku selain dari basuh 2 hari sekali.
That's why aku potong pun sendiri, ikut suka aku, senget pun senget lah.
Until tahun ni En Wan suruh aku pi salon semula.
Buat straightening semula.
Maybe aku akan continue straightening lepas ni.
Dah 40an ni, rambut biar terjaga sikit, kurang sikit nampak tuanya.


4. Saw a ghost

Nampak hantu depan mata dalam keadaan yang mengerikan, tak pernah.
Kalau setakat bayang-bayang tu ada lah.
Antara yang aku masih ingat :

- pernah nampak lembaga hitam berbulu berdiri belakang aku masa aku tengah mengadap cermin waktu senja. Kejadian berlaku dalam bilik aku [now bilik Ibal].

- pernah nampak benda bulat melekat kat ceiling, dalam bilik hotel. Masa tu aku dah bukak contact lens so aku tak dapat pastikan apa benda yang bergantung tu. Esoknya, bos aku cakap dia nampak lembaga takde kepala at the other side of the room. Jadi aku pressume benda bergantung yang aku nampak tu was kepala dia. Nasib baik mata aku rabun, dapat gak aku tido malam tu. Mesti hantu tu pelik apesal budak ni tak seram tengok aku. Kahkahkah.

- yang lain-lain tu just benda putih melayang, bunyi-bunyian and kes rasuk.


5. Blind Date

Pernah rasanya, satu kali. Masa Form 4.
Kejadian ni berlaku kat Kem Terendak, Melaka masa kursus BTN.
Aku ke sana dengan partner in crime aku, Nurul.
Nurul ni cantik, selalunya mana-mana tempat dia pergi konfem ada yang minat nak kenal.
Last day kitorang kat sana, dia rupanya dah plan nak date dengan sorang mamat dari skolah mana ntah, aku lupa.
Ntah bila dia main mata berdua pun aku tak perasan, tau-tau dia kata mamat tu ajak jumpa kejap.

Boleh la pulak masa tu dia suruh aku ikut sekali sebab katanya dia dah plan nak kenalkan aku dengan sorang budak laki, kawan kepada mamat yang dia nak jumpa tu.
Masa dorang berdua dating kejap, aku ngan mamat tu berdiri je berdua kat tepi macam Tugu Negara.
Aku akward, dia pun akward.
Ada la jugak sembang lebih kurang.
Tapi tu lah, budak skolah sembang apa je la yang reti.
Balik-balik sembang pasal subjek kat skolah, awak join kelab apa, rumah sukan apa, pegi skolah naik apa..alahai innocent gila.
Sampai aku nak termuntah dengar suara aku sendiri dek kerana kontrol innocent.


6. Broken a bone

Patah tak pernah, kalau retak pernah.
Kejadian masa praktikal kat SIRIM, Shah Alam.
Pratikal sepatutnya 3 bulan, aku hanya buat 1 bulan je.
Kisahnya, aku tergelincir masa turun bukit, terus retak pergelangan kaki kiri.
Betapa longgarnya komposisi tulang aku dulu, tergelincir pun boleh retak.

Memandangkan aku praktikal dalam lab, mustahil sangat nak buat kerja lab sambil bertongkat.
Jadi, aku dapat pelepasan praktikal, tapi masih lulus.
2 bulan tersadai kat rumah dengan kaki berbalut.
Aku pakai simen sebulan je, lepas tu aku minta bukak.
Lepas bukak simen, aku jumpa tukang urut patah.
Dia suggest rendam kaki dalam baldi berisi 5kg garam kasar.
Rendam hari-hari, setiap hari 1-2 jam.

Alhamdulillah, dalam masa sebulan aku dah boleh jalan, tapi kena pakai tongkat sebelah untuk support.
Takkan nak naik flight pakai tongkat, tak gojes la kan.
Jadi seminggi sebelum balik Sarawak, aku prektis jalan pakai payung.
Payung tu gantikan tongkat, nampaklah stylo sikit.
Dalam masa 2 minggu di sana aku pakai bandage kat pergelangan kaki, then dah boleh jalan.
Surprised jugaklah dalam masa 3 bulan dah boleh berjalan semula.
Kalau nak ikutkan asal, dokter kata paling kejap pun 5-6 bulan sebab retak aku kat pergelangan kaki.
Disebabkan situ area pergerakan jadi nak sembuh lambat sikit katanya.


7. Had a crush on a teacher

Pernah!!!!
Tapi bukan cikgu skolah.
Aku crush dengan lecturer masa first year, nama dia Dr Hasnain. Hahaha.
Sekarang dah tua la kot, tapi masa dulu sebelom kawen he is soooooooooo available walaupun katanya masa tu dah bertunang.
Alah, bukan aku nak ngorat pun, time tu aku pun ada bf, cuma bersemangatlah sikit nak belajar bila lecturer kemain helok. Kahkahkah.

Setiap kali kelas dia, aku duduk baris nombor 2 dari depan [takde sape yang duduk baris depan sekali].
Masa tu aku rasa dia pun noticed ramai bijik-bijik muda dok menggeletis usha dia dalam hall tu.
Setiap kali dia bagi lecture, jarang dia pandang kitorang.
Kejap-kejap dia tunduk pandang slide. Alahai cutenya.
Aku risau gak kot-kot dia tak selesa dengan panahan mata aku lansung dia drop subjek tu.
Karang student tak drop subjek, lecturer pulak yang drop. Mbhahaha.


8. Lied in a job interview

Pernah!
Masa mintak kerja kat Prudential HQ, masa first stage interview, dia dah bagitau dorang prefer someone yang belum ada family commitment sebab sebagai medical underwriter, most of the time kena stay back untuk luluskan proposal.
Raya pun tak boleh cuti panjang-panjang.
Digalakkan datang on public holiday untuk clearkan backlogs.

Jadi, aku tipu kata aku belum kawen.
Aku cabut semua cincin tunang and kawen aku.
Masa tu badan pun slim lagi belum ada anak, so tak susah untuk aku tipu aku masih belum kawen.
Aku rasa one of the reason aku berjaya ke second stage interview adalah kerana aku belum kawen.
Maybe itu antara syarat utama dorang that's why first stage lagi dia dah bagitau taknak ada family commitment.

Memang kat department aku tu, tak ramai yang kawen.
Rasnya ada 2-3 orang je.
Itupun dah tahap senior.
Yang lain semua belum kawen, jenis celik mata gi keje, balik rumah untuk tido je.
Eh tak kuasa aku, lama-lama ku benti.


9. Crashed a car

Aku bawak kereta langgar kereta orang, tak pernah.
Tapi berada dalam kereta yang drivernya langgar kereta orang, pernah.
2 kali masa skolah, 1 kali lepas kawen.

Kali pertama, berjahit 6 jahitan kat kepala sebab kepala aku tertusuk kat bucu kaset.

Kali kedua, tak luka tapi kereta berpusing 180 darjah.
Kereta total lost.

Kali ketiga on the way nak balik Tganu, tak cedera.
Proton yang kitorang langgar tu tak apa-apa pun.
Kereta laki aku macam tin milo dia punya kemek.
En Wan kata sebab Prelude kereta rendah, so kalau sodok belakang kereta orang, mudah terjongkit.

Sejak accident, aku tak boleh tido dalam kereta.
Aku jadi takut sebab first acident tu aku tengah tido.
Nak-nak lagi kalau En Wan yang bawak, ya ampunnnn.
Kalau dia bawak kereta, tak cecah 140km/hr bukan dia lah.
Kalau aku terleka sikit, 160km/hr peginya.
Jenis kalau pantat kau tak melambung-lambung, tak sah.


10. Smoking & Get Tattooed

Smoking pernah.
Hisap rokok daun arwah atuk aku.
Nampak macam best je dia gulung-gulung pastu bakor, aku pun try la gulung sekali.
Tak letak tembakau, just nak dapatkan the feel menggulung dan menghisap.
Tak sedap pun, macam sedut asap sampah.
Tapi rokok yang real tak pernah try, tak hingin pun.

Tattoo pernah jugak, tapi bukan yang permanent.
Jenis yang macam sticker tu.
Kemain lagi aku dulu letak tattoo sticker tu kat dada and atas buku lali.
Sexy lah konon. Bitch sangat perangai, hoih!


posted by Diana Ishak @ 11:42 AM  
Newer›  ‹Older

ADVERTISING



FOLLOW ME



MY BRAND




LABELS



MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
TEMPLATE by


BLOGGER