walk on wings, tread in air: BFF <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>





SEARCH

CONTACT ME

Diana Ishak @ Green Apple
aveo757@yahoo.com
See my complete profile

TRAFFIC
Visitor Counter
TESTIMONI GREENAARD


BFF
2019-08-22

Semalam kawan aku Ina datang tido kat rumah.
Dia laki bini kerja kat Kota Kinabalu, jarang dapat balik Semenanjung.
Tapi selalunya aku and the gang cubalah untuk jumpa, tapi biasalah kan, masing-masing pun ada commitment lain, jadi nak jumpa sekaligus tu agak payah kalau tak betul-betul plan.
Mujur aku kerja sendiri, jadi senang aku nak plan schedule aku.

Bila Ina kata dia nak balik raya, aku cepat-cepat fixkan date untuk jumpa.
Rupanya sepanjang 10 hari dia balik, 20 Aug je dia free sebab masa tu dah ada di KL standby nak balik.
Ok fine, aku hasut dia jangan tido hotel, tido je kat rumah aku.
Nasib baik laki dia tak kisah, so dapat la aku membawang seround-dua dengan Ina.

Ina ni boleh dikatakan, mana ada dia, kat situ ada akulah.

Matrik first year, satu rumah tapi lain-lain bilik.

Matrik year 2, satu rumah, satu bilik.

First year, 1 bilik.

2nd year aku sorang je antara geng-geng aku yang dapat stay dalam campus, yang lain menyewa kat luar.
Walau macamanapun, aku wakafkan bilik aku tu untuk dorang melepak kot-kot malas nak balik rumah masing-masing.
Asal aku balik dari kelas je, mesti ada 2-3 orang tengah tergolek atas katil atas lantai bantai membuta.
Bilik aku memang tak pernah berkunci waktu siang, aku cuma kunci time aku nak tido je.
Itupun kadang-kadang ada yang tak dapat masuk ikut pintu gigih cungkil tingkap bilik panjat masuk nak tumpang tido.

3rd year semua kembali ke campus dan aku kembali duduk satu rumah, satu bilik dengan Ina.

Ina ada waktu aku single, waktu aku bercouple dengan exbf, waktu aku ada kes dengan exbf, waktu aku kenal En Wan, waktu aku bertunang and nikah.
Dia antara watak utama dalam life chapter aku.

Kalau orang tanya apa benda yang bila aku nampak, aku akan ingat Ina.
Jawapannya : Zamani SLAM.

Ya ampunnn, dia punya minat Zamani, sampai aku terpaksa hafal lah lagu SLAM.
Manjang kaset SLAM je dia dok putar.
Kalau muntah aku ni sejenis huruf, dah melambak-lambak huruf S, L, A dengan M keluar.
Pasang sekuat-kuat ada pulak tu.
Daripada aku menyampah terus jadi minat.
Kalau aku balik kelas, dari jauh dah dengar lagu SLAM, ha tu maknanya Ina dah balik kelas la tu.
Kalau senyap sepi, dia belum balik.

Ok, tu masa zaman matrik.

Masa final year, penyakit Hindustan pulak.
Jangankan lagu Hindustan, poster Kuch Kuch Hota Hai tu tak cukup kat belakang pintu bilik, kat kepala katil dia pun dia tampal.
Tiap-tiap kali aku bangun tido nampak Shah Rukh Khan dulu.

Minggu exam, orang lain sibuk pi library hafalkan formula kimia, aku dengan Ina buat teh O, bentang biskut Hup Seng kat balkoni sambil hafal lirik lagu Chaiyya Chaiyya.
Pegi mampus dengan formula. Hahaha.

Dulu bilik aku dengan Ina ada password.
Memandangkan kitorang suka memekak, jadi kita lebih suka masuk bilik tutup pintu so that tak menganggu best-best student di luar nak blaja.
Yang tau password je boleh masuk bilik.

"Knock! Knock!"

Ina : Siapa?

Aku : Aku lah.

Ina : Password? [padahal dia kenal dah suara aku tapi sengaja]

Aku : PANTAT!

Tak, aku bukan maki dia.
Memang itu password bilik kitorang.

Kalau kau sebut "Pantatttttttttt", tak boleh masuk.
Kau sebut "Pantek", lagi tak leh masuk.
Kau kena sebut "PANTAT!" macam tengah marah gitu, ha baru kitorang bukak pintu. Kahkahkah.



Selasa petang Ina sampai.

Muka aku berlengas tengah masak, I don't care, janji ambik gamba dulu.
Bukan senang nak bergamba dah sekarang.
Dulu time duduk serumah, belum ada duit nak beli kamera.
Now dah ada kamera, tak payah tunggu bersiap cantik lah, snap je banyak-banyak.

Antara perkara yang aku takleh lupa dengan dia, masa awal-awal masuk matrik.
That week, kitorang nak pi outing for the first time.
So masing-masing plan nak cari seafood lah konon.
Entah sape la cerita seafood kat Sarawak [Kuching] murah sebab Sarawak adalah pulau [kalau aku jumpa sape cakap ni, aku bunuh!].
Kitorang jadi excited la nak bercadang nak keluar cari seafood, pastu Ina sorang gelakkan kitorang.

"Ntah hape-hape nak makan seafood. Aku muak hari-hari makan seafood".

Aku macam "Berlagak siot pompuan ni hari-hari makan seafood".

Pastu dia sambung "...cariklah KFC ke apa ke.."

Aku bertambah pelik.
Apa keheynya nak cari KFC kat Kuching?
Carilah yang rare sikit.

Lepas tu dia bagitau "Bapak aku nelayan, hari-hari aku makan seafood. Muak dah. Aku duduk Pangkor. Kalau nak merasa makan ayam tunggu kenduri kawen. Takde kenduri kawen takde merasa makan ayam daging".

Aku bantai gelak sampai tepuk-tepuk lantai.
Bukan apa, sebab cara dia bercerita tu sardin nau rasanya.
Oh by the way, kalau ada yang rasa macam kenal je dia ni, maybe dia ni kawan korang masa kat MRSM Balik Pulau dulu.



Malam tu aku masakkan ini untuk dorang.
Alhamdulillah, takde sesape yang mati keracunan, bermakna aku lulus.

Malam tu aku layan bersembang sampai pukul 10pm je, pastu aku biarkan dia anak-beranak kat bawah.

Aku pesan "Ina, kau nak buat air untuk Kamal, teh, gula, kopi ada kat atas kabinet.
Kerepek and jajan ada dalam kabinet. Coklat dalam esbok. Pandai-pandai kau, aku nak tido"

Ini kalau Mak Aji tau aku layan tetamu gini mampus kena sembur jam-jam tu jugak.
Tapi takpe, Ina is fine.

Sebenarnya tak berapa puas bersembang depan laki and anak-anak.
Tak feel.
Tak dapat menjadi diri sendiri kata orang.

Tu aku cakap ngan En Wan, aku dengan Ina plan, someday kita gi holiday sama-sama, tapi izinkan kitorang satu hari tu kitorang keluar tanpa suami and anak-anak.
Suami jaga lah anak-anak kejap, takkan tak boleh kan.
Bagi kitorang the ladies keluar tengok wayang, main bowling, shopping, mentekedarah.
Nampak gayanya En Wan and Kamal dah bagi greenlite.
Sekarang kena cari date yang sesuai je lagi.
Ini kalau jadi ni memang panjang langkah aku ni.
Lama dah tak terlepas gini.

Eh tapi kan, ini adalah terapi tau.
After all these years balik keje mengadap muka anak-anak and suami, apa salahnya for ONE DAY, lepaskanlah kitorang untuk mengenang kembali zaman rebel 25 tahun yang lampau.
Sure balik dari bercuti, masuk keje dengan motivasi dan semangat yang berapi-api!



Pagi semalam punya breakfast.
Ina belum pernah rasa masakan Aisyah [kawan kitorang masa blaja dulu].
Dia selalu tengok aku update pasal makanan aku order kat Aisyah, so aku orderkan mee goreng and roti jala untuk Ina rasa.
Aisyah pulak bagi cheese cake for free sebab dia tau Ina ada.

Aku belum rasa lagi cheese cake tu macamana rasa dia.
Nanti dah rasa aku review kat IG.

Macam biasalah Aisyah, kalau aku tak tanya harga dia takkan bagitau punya.
Ni pun aku belum bayar lagi ni.



Semalam lunch aku bawak dorang pi IOI Mall Puchong, sebelum hantar dorang ke airport.



Thank you so much to this man of mine.
Dia yang kemaskan guest room, susunkan bantal and tilam tambahan, pasangkan cooler [manalah tau kalau taknak guna aircond], pastu dia adjustkan sejadah siap-siap, susun towel.
Terharu bila suami kita tahu BFF kita nak datang, dia sama naik kemas-kemaskan bilik.
Pastu siap offer "Tanya Ina, nak beli apa-apa ke, kita boleh keluar pi mall malam ni".

Aku macam, wahhh best ni.
Boleh aku paw Stabak.
Tapi tak jadi keluar sebab masing-masing pun macam letih.
Ina penat perjalanan dari Manjung dari pagi, then esoknya nak balik KK pulak.



Kau tengok anak Ina yang pompuan bukan main bersilat lagi.
Gitu la perangai emaknya zaman muda dulu.
Sebab aku pun menggelinjang gitu gak, tu pasal boleh ngam.

Tiba-tiba aku teringat Rayyan.
Rayyan pun sepesen gitu gak menggeletisnya.
So now aku dah tau kegedikkan Mia dan Rayyan datang dari mana. Hahaha.



Tahun 2001, Ina jadi pengapit aku.
Tahun 2009, aku jadi pengapit Ina.

Masa aku kawen, Ina datang 2 hari lebih awal.
Dia yang pakaikan inai kat jari aku.
Dia yang temankan aku buat facial and mandi bunga.

Masa aku kawen dulu banyak pantang-larang aku kena ikut.
Tak boleh turun bawah makan.
Bakal pengantin kena duduk dalam bilik jangan keluar-keluar, nanti hilang seri sebab kat bawah ni ramai jiran-jiran tengah sibuk menolong.
Jadi, Ina lah yang turun naik bawakkan makanan untuk aku.

Yang best tu bila Ina disuruh tido dengan aku.
Memang tak tido la jawabnya kan.
Siap buat projek cabut bulu ketiak masing-masing bagai.
Padahal esok nak kawen ni, tapi malam tu mengekek-ngegek bersembang cerita hantu lah apa lah.
Maklumlah esok lusa tido dah ada teman, kemain kerek aku ajak Ina bukak cerita hantu.
Sampai Mak Aji gendang pintu bilik "Tido! Tido! Apa benda yang korang buat tak tido tido lagi ni?"

Masa Ina kawen, mak dia baru meninggal less than 3 months kalau tak salah aku.
Disebabkan tu, kitorang semua satu group ramai-ramai naik Pangkor untuk memeriahkan suasana.
Maklumlah kan, majlis kalau takde mak, meriahnya kurang.

Memang meriah betul jadinya bila kitorang masuk campur.
Sampai kakak and arwah ayah Ina back off lah kasi space kitorang handle the majlis.
Aku cakap "Pakcik takyah risau hal pengantin atas pelamin ni. Taulah kitorang handle".
Dari urusan nikah, sanding, menyambut rombongan pengantin lelaki, memang kitorang handle.

Kitorang tu ramai mana?

5 orang je. Hahaha.
Tapi dia pun kecoh macam 15 orang.
Rombongan si Kamal ingatkan kitorang ni keluarga Ina, padahalllll.
So boleh imagine tak kitorang punya melebih-lebih kat majlis orang tu macamana?
Tu baru mengalu-alukan majlis, kalau nak suruh kitorang huru-harakan majlis pun bolehhhhh.

Masa kitorang nak balik tu arwah ayah dia nangis say thank you sebab kitorang tolong handle majlis.
That was the last aku jumpa ayah Ina.
Ayah Ina baru je meninggal tahun ni sebelum raya puasa hari tu.



Bila umur dah cecah 40an ni rasa macam dah tak banyak lagi masa yang ada untuk create more memories.
Masing-masing dah ada keluarga, duduk jauh, ada komitment.
Kalau nak tunggu free time, memang payah nak jumpa free time.
Yang kena buat adalah MAKE TIME.

Macam Ina, aku tahu dia lebih prefer stay kat hotel tapi dia make time untuk tido satu malam kat rumah aku.
Memang asal plannya dia akan stay hotel kat KL satu malam sebelum ke KLIA.
Sampaikan anak-anak dia tanya "Apesal kita tido sini [rumah aku] tak tido hotel?"

Dulu, umur-umur aku skolah rendah, kalau ikut Pak Aji pi outstation, ada kalanya Pak Aji tido rumah member-member dia masa kat maktab perguruan.
Padahal dia pergi atas urusan kerja, dah tentu-tentu boleh claim hotel.
Tapi masa kat Penang tido rumah kawan dia, kat Kedah pun tido rumah kawan dia.

Aku ingat lagi time nak balik, Uncle Nordin [now Prof Nordin rasanya], kawan Pak Aji masa di maktab, peluk Pak Aji nangis "Terima kasih sudi tido rumah aku. Entah bila boleh jumpa lagi".

Masa tu aku macam ... kenapa syahdu sangat eh?
Rupanya sejak habis blaja, sampai aku dah darjah 5, barulah dorang berjumpa balik.

Semalam bila dengar anak Ina tanya apesal taknak tido hotel, aku realized inilah soalan yang sama aku pernah tanya bapak aku dulu "Apesal kita kena tido rumah orang? Kenapa tak tido hotel?"

Rupanya itulah.
Akan sampai satu masanya, kita rindu nak bersama kawan-kawan kita semula because kita tahu masa kita dah tak banyak.
Pejam celik pejam celik, dah habis blaja.
Pejam celik pejam celik, dah umur 40.
Entah bila agaknya jumpa lagi.

Teringat satu cerita.

One day, all of us will get separated from each other. 
We will miss our conversations, of everything and the dreams we had. 
Days, months and years will pass until this contact becomes rare. 
One day our children will see our pictures and ask "Who are these people?" 
And we will smile with invisible tears because a heart is touched with a strong word. 
And you will say "It was them that I had the best days of my life with".

So mana yang ada kawan-kawan, make time, berjumpalah.
Spend time, snap lots of photos, jadikan kenangan.




Ok, ini trial pack mask GreenAard.
Salah satunya adalah formula penuh dari aku, dan yang satu lagi gabungan aku and kawan aku.
Aku taknak reveal mana which is which.
Aku nak korang try dulu and please bagi feedback.
Bukan nak surh vote mana satu lagi best tapi nak feedback dari segi pengalaman menggunakannya.

Yang ini adalah trial pack, jadi design dia simple saja.
Nak bagi orang try dulu. FREE.
Once dah ready semua baru kita launch betul-betul actual product.
Kita bagi free untuk setiap pembelian mana-mana produk GreenAard bermula HARI INI.

WHATSAPP SINI


Labels:

posted by Diana Ishak @ 10:43 AM  
Newer›  ‹Older

ADVERTISING



FOLLOW ME



MY BRAND




LABELS



MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
TEMPLATE by


BLOGGER