walk on wings, tread in air: Ijad Bakes Lebaran 2019 <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>




CONTACT ME

aveo757@yahoo.com

See my complete profile
TRAFFIC
Visitor Counter
MY VIDEO


TESTIMONI GREENAARD


Ijad Bakes Lebaran 2019
2019-05-22


Hari Isnin baru-baru ni, aku dapat selambak kukis and kek dari Ijad Bakes.
Alhamdulillah rezeki.
Bertenang-tenang aku tunggu sampai waktu berbuka nak rasa kukis.
Kek tu takpe sebab aku dah biasa makan kek Ijad Bakes so dah tau memang konfem sedap punya.
But kukis, tahun ni Ijad Bakes buat kuih raya.

Dah lambat sangat nak order..?

Jangan risau, kukis ni semua dah ready made, tinggal tunggu order masuk and hantar.
Dia akan hantar by hand.
Kalau korang kat Kedah atau Perlis boleh self collect kat cafe Ijad Bakes.
Penang pun maybe dia boleh hantar kot sebab yang sama untuk ke KL.
Tempat-tempat lain akan deliver pada :

26 May di Ipoh
26-27 May di Kuala lumpur
28 May di Johor Baru

So kat bawah ni adalah jenis-jenis kukis Ijad Bakes Lebaran 2019 :



Aku tau Almond London ni antara must-have kuih untuk raya.
Masa zaman skolah dulu, aku buat kuih ni setiap kali raya, tapi aku sendiri tak makan.
Tak tau la kenapa, memang sejenis tak berapa layan Almond London.
Masa belum curah coklat pun aku tak makan, lepas dah curah coklat lagi aku tak makan.

Ramai gila orang jual Almond London, sampaikan orang ingat rasanya mesti sama.
Padahal tak.
Kuih yang banyak competition macam ni selalunya yang membezakan adalah butter and choc yang diguna.
Kalau butter sedap dan coklat jenis coklat mahal yang tak muak bila makan, insyallah customer akan tetap beli walau mahal.
Zaman 90s aku guna Van Houten cooking choc untuk buat Almond London.
Zaman tu cooking choc belum banyak lagi.
Van Houten kira mahal dah tapi disebabkan aku buat untuk makan-makan sendiri jadi takpelah kalau pakai choc mahal sikit.
Tapi disebabkan choc tu mahal jadi biskut jadi sangat sedap sampaikan tak sempat jumpa pagi Syawal, habis kat adik-beradik aku je.

Tak semua orang suka beli benda murah, ada yang sanggup bayar mahal asalkan sedap.
Jadi, kalau kau yakin ingredients yang kau guna akan menjadikan kuih ni lebih sedap dari orang lain, buatlah.
Jangan compete harga, tapi compete kualiti dan rasa.



Mula-mula aku ingatkan ini kuih kacang tumbuk sebab aku pernah buat kuih pesen-pesen gini dulu.
Bila dah rasa baru tau bukan, hat ini adalah gajus.
Aku tak sure dalam tepung tu ada digaul sekali dengan gajus tumbuk atau tak sebab tak rasa gajus sangat however lemak-lemak tu ada terasa.
Maybe rasa lemak-lemak tu dari cheese. 



Aku paling suka makan choc chip orang sebab aku kan jual choc chip kukis dulu [via Mak Aji].
Jadi, setiap kali jumpa choc chip orang lain, aku akan cuba.
Well, this one not bad, tak manis sangat.
Choc chip aku dulu manis, so kalau tak suka choc chip yang sweet, maybe boleh try Ijad Bakes punya.
Some part of it macam rasa pahit-pahit sikit, maybe ada letak dark choc chip jugak kot.



Tau tak aku paling benci Cornflakes jenis ni? Hahaha.

Aku memang tak suka cornflakes main tabur madu gini.
Macam pemalas nak buat kuih tapi sibuk nak buat kuih raya jugak [matilanak review apekah ini??]

Aku dah biasa dari kecil makan cornflakes biscuit yang diadun dengan tepung and buah-buah kering.
Makcik aku punya cornflakes biscuit memang legend. 
Kalau dia buat, aku pegang terus balang kuih tu hadap sorang-sorang macamkan aku ada share.

Semalam aku try Cornflakes Madu Ijad Bakes ni.
Not bad juga rasa dia.
Aku rasa ada sangkut-paut dengan jenis madu yang diguna kot.
Maybe cornflakes madu yang aku pernah rasa sebelum ni guna madu version yang kurang best and takde letak kacang-kacang and buah-buah.

Eh, jangan ingat semua madu sama tau.
Madu ada taste yang berbeza.
Madu yang diambil di lokasi dan bahagian yang berbeza ada rasa yang berlainan, that's why ada madu yang mahal, ada yang murah.
Aku tak sure Ijad Bakes pakai madu jenis apa, tapi tekak aku boleh terima cornflakes madu dia ni.
Madu dia tak pening bila makan [ada certain madu aku makan jadi pening-pening sikit].
Dan dia ada letak buah-buah kering and hirisan badam sekali.



Siapa pernah makan Danish Butter Cookies yang dalam tin biru?
Dulu biskut ni dalam tin biru yang kemudian tin tu mak kita buat tempat isi barang-barang jahitan.

Ok, Ijad Bakes punya Dabish Butter ni ala-ala rasa Danish Butter Cookies tin biru tu.
Bezanya, dia punya bentuk sejenis je.
Kalau dalam tin biru tu macam-macam bentuk ada.
Cuma Ijad Bakes ada campur 2 version : satu yang takde coklat, satu yang ada coklat.
Ini boleh dikatakan biskut klasik.



THIS!!!

Memang sedap!

Aku try semalam, wahhhh memang kena dengan tekak aku.
Terasa masam-masam lemon.
Aku tak sure perisa lemon tu duduknya kat mana, samada dalam biskut atau pada gula atas biskut.
Apa-apa pun, biskut ni tak muak bila makan, sebab ada rasa masam.



Aku tak makan Oreo sebab sejenis coklat yang tekak aku tak boleh terima.
Jadi aku tak dapat nak cerita apa rasanya biskut ni.
By right mestilah ada rasa Oreo kat dalam tu, kan?



Ok yang ni rare.

Jarang nak jumpa biskut Pistachio.
Boleh tahan sedap biskut ni.
Kepada peminat Pistachio macam aku, aku suggest try ni.
Tapi aku tak nampak pulak bentuk pistachio dalam biskut ni, maybe dia tak guna hirisan pistachio.
Maybe kacang pistachio tu dia blend sekali harung dalam tepung.



Sarang Semut is another common biskut on Hari Raya.
Kebanykkan rumah mesti ada biskut ni.

Aku bukan peminat biskut Sarang Semut.
Tak tau kenapa, macam takde rasa nak makan.
Maybe sebab bentuk dia pun tak menarik.
Yang buatkan dia nampak lain dari yang lain sebab bentuk dia macam coklat rice, pendek-pendek.
It's a simple biskut, but again, yang membezakan adalah butter yang digunakan.
Kalau korang biasa makan biskut Sarang Semut, maybe boleh try Ijad Bakes untuk tengok ada beza tak dengan Sarang Semut yang lain.



Sejujurnya tart ni dah tinggal separuh bekas En Wan makan sorang.
Jadi, aku anggap tart ni sedap.


Selain dari kukis yang dia hantar kat aku ni, Ijad Bakes also ada kukis lain yang dibuat dalam kuantiti terhad iaitu :

1. Triple C cookies
2. Red Velvet Cookies
3. Dark Chocolate Caramel cookies
4. Onde-onde cookies
5. Classic Samperit
6. Makmur
7. Mazola

Setiap kukis harga RM30/pack.
Tapi kalau beli 4, harganya RM100.
Boleh campur-campur.

Kek raya pun ada :

1. Bar of Gold (Premium butter cake) - RM50
2. Royal Steam Fruit Cake - RM50
3. Citrus loaf - RM25
4. Marble Load - RM25

Semua cookies menggunakan premium butter seperti Le Gall, Golden Churn, El et Vire, La Belle dan SCS.
Kek Bar of Gold tu dia bagi aku rasa, alhamdulillah sedap.
Maunya tak, guna 3 jenis butter dalam tu, rasa lemak-lemak je.

Sempat lagi nak order sebab semuanya ready made [except kek].
WHATSAPP IJAD BAKES terus ok?





Hat ni kalau nak, refresh blog and klik pada pop out window


posted by Diana Ishak @ 9:51 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER