walk on wings, tread in air: Bully <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>




CONTACT ME

aveo757@yahoo.com

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


TESTIMONI GREENAARD


Bully
2019-02-20

Sejak minggu lepas our media sosial dibanjiri dengan isu-isu yang mengundang komen yang panas-panas.
Bermula dengan isu flat earth (aku tak faham macamana orang boleh terfikirkan ni), lepas tu isu vaksin and 2 hari lepas isu graviti pulak.
Akal jahat aku terpikir gak apake benak sangat bentuk muka bumi and graviti ni aku dah blaja tahun 1987 subjek Alam Dan Manusia.
Takkan lah sekolah-sekolah kat Malaysia ni silibus berbeza-beza, melainkan tak pi skolah lah. Eh.

Tapi on the positif side bagus jugak bila ada isu-isu ilmiah berbangkit macam ni.
Terbuka sikit minda dari tak tau menjadi tahu.
Itupun kalau niat nak menambah ilmulah.
Ada juga orang yang read to reply, bukan read to understand.
Hat ni memang takleh buat apa. Kita boleh buat dek je.

Bila benda ni dah jadi satu isu di media sosial, siaplah.
Memang mengundang kritikan.
Actually, kritikan, dikritik atau mengkritik adalah perkara biasa.
Kita semua dah didedahkan dengan kritikan, paling tak pun masa membentangkan proposal tesis and hasil tesis, kaw-kaw punya kena basuh.
Tapi kritikan yang membina jauh beza dengan kritikan kat media sosial.
Dia punya jauh beza tu umpama flat earth dengan sphere earth jugaklah.
Kat media sosial kritikan lebih kepada bully.

On a surface level, it seems pretty simple.
Kalau komen tu bersifat memberi pencerahan, atau to provide information or to help someone improve something, kita boleh nampak (dan rasa) melalui cara penyampaiannya.
Negative criticism, on the other hand lebih kepada merendah-rendahkan, memalukan, atau merosakkan reputasi seseorang.
That's why aku lebih suka berblogging.
Kat blog, aku boleh tulis pandangan aku sepanjang-panjangnya.
Orang yang berkenaan tak baca pun takpe, I write because I want to write.
Berbeza dengan kebanyakkan orang yang menulis kritikan negatif (yang menghina dan mengejek) di ruangan komen, they write because they want to be heard.
Itulah punca kenapa komen-komen tersebut jadi kesat dan kurang ajar kerana objektif asal tu dah lari when the intentions turn from feedback to a personal attack.

Zaman aku kecik dulu aku ingatkan bully ni akan berakhir bila aku dah besar.
Setiap kali aku dibuli, aku akan ingatkan diri aku, this are all temporary.
Once dah kerja, dah berjaya, ejek-mengejek ni semua takkan berlaku dah sebab masing-masing dah besar.
Rupanya aku silap.
Orang dewasa lagi teruk membuli, cuma dorang tak seberani budak-budak kutuk orang depan-depan.
Segalanya dibuat 'di balik tabir'.
Yang berani sikit tu pakai original account, yang takut-takut-berani tu gigih buat fake account.

Banyak juga kes aku kena buli time kecik dulu.
Tak semua, tapi kebanyakkannya aku masih ingat.


Buli 1 : Baju raya buruk

Masa aku form 3, umur 15 tahun, aku ingatkan kita semua dah cukup matang dari mengutuk penampilan orang.
Sadly, ada some people tak boleh move on lagi, dia masih lagi perlu kutuk penampilan orang sebab maybe itu aset paling hebat dia ada.
Nak lawan tang IQ agaknya tak boleh pergi.
Aku dah sedaya-upaya tolak ajakan kawan-kawan se-tusyen untuk tak pegi open house sorang budak ni sebab aku tau dia ni jenis have-have punya orang.
Lagipun aku tak rapat dengan dia sebab dia golongan have-have kan, tapi memandangkan dia dah invite all kat tempat tusyen (yang tak sampai 10 orang tu) untuk datang open house, dah tentu semua pun nak datang.
Lagipun dia have-have, siapalah yang tak excited nak tengok rumah dia.
Dalam group tusyen tu aku lah yang paling 'miskin', jadi aku segan nak ke rumah dia.
Bukan segan apa pun, segan sebab aku takde baju yang cantik.
Baju raya tu ada lah, tapi tak cantik mana.
Aku risau baju raya aku tu buruk sangat untuk ke majlis rumah dia, karang dia malu pulak.
Tapi sebab kawan-kawan lain dah ajak nak pegi sama-sama lepas tusyen, aku takde alasan dah.

Masa kat tempat tusyen dia tanya siapa yang nak ikut dia terus lepas balik and siapa yang nak datang sendiri.
Kitorang semua cakap ikut sekali.
Depan-depan muka aku dia cakap "Ni apa ni pakai baju buruk?"
Omigod, aku tak tau nak reply apa sebab dia tanya depan-depan semua orang.
Nasib baiklah itu bukan kali pertama penampilan aku kena kutuk, jadi aku dah boleh buat muka seposen.
Aku lupa apa aku reply, tapi aku pergi la jugak sebab aku taknak burukkan keadaan.
Kalau aku tak pergi nanti dah jadi satu scene lain pulak.
Dah akward pulak nanti nak pergi next class.

Memang betul, kat rumah dia aku rasa baju aku paling buruk.
Tapi itulah baju raya aku - blouse hitam bunga oren with long skirt oren.
Pada pandangan mata aku cantik dah walaupun beli kat tempat longgok-longgok tapi still dalam Metrojaya (kahkahkah, nak jugak mention).

Masa kat rumah dia, member-member aku menayang baju raya.
Lawa-lawa baju dorang.
Ada sorang kawan aku tu baju dia aku ingat lagi warna shocking pink.
Macam ofis suite, lawa sangat.
Aku tanya berapa harga ni, kot-kot lah boleh cadang ke Mak Aji.
Sekali dia jawab "RM100 tepat-tepat".
Fuhhh, macam angin lintang lalu kat telinga bila dia sebut harga tu.
Ni kalau aku cadang ke Mak Aji ni, bukan takat angin lintang je, pemukul lalat konfem singgah sekali.
Jangan haraplah weh nak dapat baju RM100.
Tahun 1992 baju RM100 kira mahal tau.

Tengah-tengah orang dok main games, aku mintak diri nak balik.
Aku cakap mak aku pesan balik sebelum 6pm, walhal aku yang nak keluar dari majlis tu.
Yang pertamanya, aku kecik hati.
Second, aku tak rasa itu tempat aku.

Kalau tengok aku dulu, orang mesti tak jangka yang aku (and adik-beradik) hanya beli baju baru 2 kali je setahun.
Pertama, awal tahun masa nak masuk skolah beli baju baru.
Kedua, masa nak raya, itupun sepasang kurung and sepasang baju jalan.
Tahun 1989 aku dapat extra baju jalan 2 pasang sebab tahun tu aku wakil ke Jepun, so dapatlah extra baju cantik.
Baju tido aku just 3-4 helai je, itulah yang aku rotate everday selagi tak ketat.
Maknanya aku pakai baju tido yang sama untuk tempoh lebih dari 2 tahun.
Dari kain tu tebal sampai menipis dek kerana basuh-kering-pakai-basuh-kering-pakai.
Masa aku nak ke Jepun, mak aku tempahkan baju tido 2 helai dari kain pasang.
Merasa ada baju tido baru yang senonoh sikit.


Buli 2 : Jual kuih tart

Arwah nenek aku pandai buat kuih.
Masa dia kat Singapore dulu, memang dia buat kuih untuk jual.
Jadi bila raya, mak aku suggest kat nenek buat tart, dia tolong jualkan.
Agaknya kawan-kawan opis dia penah rasa kuih tart nenek aku so dorang mintak jual.
Zaman 80-90an, mana wujud lagi trend jual kuih raya.
Belum ramai lagi buat bisnes kuih raya.
Semua pun buat sendiri, paling hebat pun beli kat kedai.

Disebabkan dari kecik aku dah biasa nampak mak aku collect kuih tart dari nenek untuk jual kat opis berplastik-plastik, aku tak rasa itu satu benda yang patut aku malu.
Rupanya ada orang malu kalau kena jual kuih atau mak dia jual kuih.
Masa aku Form 1, ada kawan yang maknya sama-sama kerja kat UKM tau mak aku jual kuih tart.
Dia ejek aku kat skolah "Dah la mak jual kuih!"
Mula-mula tu aku tak dapat tangkap lagi maksud dia.
Aku macam...dah kenapa kalau mak aku jual kuih?
Sebab kita dah terbiasa nampak mak kita jual kuih so tak faham bila orang ejek gitu.

Pastu benda tu tersebar.
Bila aku lalu tepi kelas, ada budak ejek pastu gelak ramai-ramai "Mak awak keje apa ya?"

"Nak order kuih boleh?"

"Hari ni ada jual kuih apa?"

Barulah aku tau orang pandang lekeh kalau parents kita berniaga.
Zaman 80-90an dulu kan kerja-kerja profesional lebih dipandang tinggi.
Mak bapak kita kalau nasihatkan kita pun mesti "Blaja rajin-rajin, esok besar jadi dokter".
Mana ada dorang nasihat "Blaja rajin-rajin, besar esok jadi bisnesman". Takde.
Jadi bila mak aku jual kuih, secara otomatik orang anggap aku ni keluarga bodoh sebab tak blaja tinggi, takde keje profesional, patut la baju buruk.
Jual kuih katakan. Gitulah lebih kurang.


Buli 3 : Warna kulit

Apa ajelah yang aku tak pernah kena dulu.
Dari baju, kerja mak aku, and fizikal aku - semua aku dah tapau.
Korang ada sehebat ini dari kecik orang dah bagi attention? Mbahaha.

Warna kulit ni memang isu yang tak berakhir.
Kulit aku memang sangat gelap pun dulu tapiiiiiii aku tak mintak dilahirkan itam.
Kau ejek lah aku sampai penat pun, takkan boleh ubah apa-apa.
Warna kulit is something yang aku tak mampu ubah dulu, dan aku takkan ubah sekarang pun.
I am happy with my color oready.
Cuma sekarang kalau orang yang dah lama tak jumpa aku akan cakap "Putihnya you sekarang!".
Aku macam...deyyy, kau ni kenal tak kaler putih?
Kalau makin cerah yes, tapi tak putih pun, masih lagi kelam.

Aku kena ejek kulit itam ni dari aku Darjah 1.
Just imagine dari darjah 1 dah kena ejek.
Yang ejek pun budak-budak jugak.
Aku tak faham macamana budak umur 7 tahun boleh pandai klasifikasikan hitam itu buruk, putih itu cantik.
Mesti yang mengajar orang tua kan.

Aku  sanggup balik rumah ikut jalan jauh sebab menyampah lalu kat sekelompok budak-budak senior yang asal aku lalu je ejek kulit aku.
Ada satu brader senior tu panggil aku "Milo".
Sekarang bila aku ingat-ingat balik memang kelakar lah.
Padahal dulu nak nangis pun ada.
Dah la kena pusing ikut jauh nak mengelak kena ejek, bila sampai rumah lambat kena sound pulak dengan Mak Aji, kena tuduh menyimpang singgah kedai.
Adehhh.
Tapi aku tak bagitau pun mak aku yang aku kena buli kat skolah.
Nak mampus? Kena tambah lagi ada karang.

Bila orang kata those yang suka bagi personal attack macam ni sebenarnya takde modal lain dah nak menang dengan kita, memang ada betulnya.
Mungkin jugak dorang nak alihkan kekurangan dorang kat orang lain.
Brader yang ejek aku tu lagi lah, nak kata putih memang tak, gemuk pulak tu tapi tak sedar diri nak ejek orang, padahal aku tak kenal dia pun.

Tu belum lagi "Diana mana? Tak nampak pun. Ohhh ada situ ha, terlindung dengan bayang, tu pasal tak perasan". Pastu gelak-gelak. Alahaiii jenakalah sangat.


Buli 4 : Basikal.

Arwah atuk aku ada basikal.
Bukan basikal tua tapi basikal biasa yang tak bergaya pun.
Alah, basikal untuk guna kat kampung, takkan atuk aku nak pakai basikal racing pulak pi kedai. Kahkahkah.

So this basikal dah tersadai lama kat kampung.
Form 1, lepas quit dari boarding school, aku ambik basikal ni dari kampung sebab skolah menengah aku jauh gak dari rumah.
Orang yang takde basikal bila dapat basikal, kita cuma pikir untuk mudahkan urusan kita je.
Tapi orang yang kepala otaknya pikir nak bergaya je, memang tak nampak pun basikal ni sesuatu yang memudahkan urusan, bagi dia basikal adalah satu lambang kemewahan.

Kisahnya, aku pi skolah bawak basikal buruk ni (memang buruk pun).
Ada kawan aku, sanggup jalan jauh dari aku semata-mata taknak orang lain nampak dia berkawan dengan makhluk berbasikal buruk ni.
Ya ampunnn, sabar je lah perangai.
Aku ni tahanlah membodohkan diri tak naik basikal, sorong je basikal tu semata-mata nak teman dia berjalan sebab dia jalan kaki pi skolah.
Basikal tu tempat letak buku kitorang je.
Lagi beberapa langkah nak sampai sekolah, dia ambik barang-barang dia and menonong jalan ke depan tinggalkan aku.
Dia cakap dia malu orang nampak basikal aku buruk.
Yang punya basikalnya aku, dah kenapa kau pulak yang nak malu?
Tak boleh brain aku.

Tapi bukan nak katalah, sepanjang pengalaman aku kena ejek kena hina ni, those yang mengejek aku ni semua yang bab memikir memang tak boleh pegi jauh.
Bukan nak perlekeh dorang, tapi kat situ kita boleh tengok betapa akal dan fikiran saling bergandingan.
Ada akal tapi kemampuan berfikir takde, memang kau payah nak educate this kind of people.
Payah set-set ni nak diajak berbincang pasal lojik.
Bincang pasal benda lojik pun payah lagikan benda berfakta.
Belum tentu boleh hadam.
Jangan ceritalah benda-benda tersirat, terus blank dia karang.
Aku sampai sekarang tak faham kenapa basikal aku tapi dia yang malu?
Tapi benda-benda macam ni jangan dibawak pikir sangat karang tak pasal-pasal jadi bangang.

Apa-apa pun semua kutukan, hinaan and ejekan ni memang aku tak layan.
Dari yang ejek baju aku, kulit aku, pekerjaan parents aku, basikal aku - semua aku tak layan.
Orang kata people can insult you only when you let them do that, tapi aku memang pilih untuk tak nak layan bukan sebab pasrah, tapi kita boleh tahu samada sesuatu perkara tu worth dilayan atau tak.
Some people memang perlukan memang mudah macam tu untuk dia rasa diri dia ada nilai, so bagi je lah dia menang.
Takat tu je pun dia mampu pergi.



posted by aveo757 @ 12:17 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER