walk on wings, tread in air: Sambungan terbakor semalam.. <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>




CONTACT ME

aveo757@yahoo.com

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Sambungan terbakor semalam..
2018-07-16

Hari ni nak sambung bagi panjang sikit untuk post FB semalam :





Nampaknya ramai yang berminat dengan post ni.
Bukan sikit-sikit yang PM and email tanya macam-macam pasal perangai suami.
Ada yang 'surprise' tak sangka aku pun bergaduh jugak rupanya dengan En Wan, ingatkan loving 24 jam.

Amboiii, ce tanya mak bapak korang yang dah kawen 40 tahun tu, 24 jam berasmaradana ke sepanjang kawen?

Sentap-menyentap tu wajib dalam mana-mana rumahtangga yang normal.
Kalau suami korang tak pernah sakitkan hati korang, tu jaga-jaga.
Boleh jadi suami korang ada pompuan lain kat blakang, sebab tu kat depan korang dia baik je supaya taknak korang cari pasal atau syak apa-apa.
Haa...seram tak?

Lepas aku bengang-bengang dengan En Wan, malam tu aku membebel lebih kurang.

Aku : Padahal masa abang sibuk cari kunci kereta Di tanya dah "Beg duit ke? Beg duit ke?", tapi tak jawab. Ingatkan beg duit dah ada.

En Wan : Masa bila awak tanya beg duit saya, saya tak dengar pun?

Aku : Tu yang malas nak cakap dengan abang ni. Padahal dia yang tak dengar. Berbuih mulut kita tanya pasal beg duit dia.

En Wan : Orang tengah serabut cari kunci kereta mana nak dengar.

Aku : Yang satu hal lagi, suka sangat buat perangai Touch N Go dah tinggal hujung-hujung baru nak isi. Minyak dah tinggal hujung-hujung baru nak cari stesen minyak. Dari awal taknak prepare. Zaman Di bawak kereta dulu, kalau abang lupa nak isi TnGo, Di isi terus RM200. Dah tentu-tentu memang akan lalu tol, apesal nak isi sikit-sikit? Minyak pun gitu gak, half je Di isi penuh. Half je isi penuh. Takde de dah nazak baru menggelupur nak cari stesen.

En Wan : Ala...abang dah tua.

Aku : Dah tau diri tu makin lama makin tua, cepat pelupa, lain kali tak payah kalut. Bukannya awak yang bertunang semalam. Yang nak cepat-cepat sangat tu dah kenapa. Patah je la balik ambik beg duit. Dah la semua harta (duit & card) kita dia pegang, pastu jadi hal macam semalam, menggagau.

En Wan : Nak buat camana, dah tua.

Aku : Di kan, kalau abang buat perangai lupa-lupa macam ni esok, Di hantar je abang kat rumah orang tua-tua. Tak kuasa nak jaga!

En Wan : (gelak). Ye lah, bila dah tua taknak jaga abang....

Aku : Bukan masalah tua. Tang tua tu takpe lagi. Tang DEGIL tu yang menyakitkan hati!

Lepas tu dia gelak.
Aku pun tergelak sekali.
Sakit hati sampai tak tau nak nangis ke nak gelak, aku pilih je la gelak.

Tapi memang gitu la dia laki aku. Laki korang aku tak tau.
Kalau pelupa tapi tak degil tak apa lagi.
Ni dah la lupa, degil pulak tu.
Ya ampunnnnnn tak tau la nak imagine camana aku dengan dia bila dah tua-tua nanti.

Hari tu keluar opis :

En Wan : Eh, mana keta kita?

Padahal dia yang parking, pastu tanya aku.

Aku : Cuba jangan menggelabah. Cari la pelan-pelan. Pikir tadi letak mana?

Kejap pastu "Oh, abang letak sana, jauh sikit".

Aku : Abang ni kan, makin pelupa la.

En Wan : Kepala ni banyak memikir.

Aku : Ni silap-silap esok keluar rumah pastu tak jumpa jalan balik. Di tak kuasa nak cari. Di nak biar je.

Pastu dia gelak.
Dia kata aku selalu ada cita-cita yang kejam.

Aku bukan kejam.
Aku tak kuasa nak menyusahkan diri aku.
Kalau jenis yang dah tau diri tu ada kekurangan (pelupa) tapi nak mendengar cakap takpe, ni cakap dia je kita nak dengar.
Pakkal suami, kalau anak, dah lama aku bagi makan back hand.

Macam yang aku pernah blog dulu, lelaki ni 'kaya' dengan ego.
Memang cakap dia je always betul.
Payah sikit nak dengar cakap isteri.
Masa dia tengah berangin tu kau diam je lah, kalau kau betul pun dia akan find ways nak cari salah kau.
So masa ni berapi macamana pun, diam je.

Bila dah malam-malam sikit, dia dah kenyang, dah solat, kau tabur cukup-cukup.
Kalau laki korang aku tak tau lah.
Tapi En Wan ni kalau dah malam-malam especially kalau dah nak tido tu, dia akan iya kan je apa aku cakap.
Maybe dia pun tak kuasa nak melayan.
Time ni la aku membebel sebab aku tau dia takkan bangkang punya.
Dapat aku membebel puas-puas!

Sebenarnya kita orang pompuan ni nak kan space untuk hamburkan segala kebengangan at one shot tanpa ada orang mencelah menjawab, betul tak?
Lantak lah dia dengar tak dengar, asalkan dia tak mencelah time aku membebel tu aku puas hati dah.
Terasa aku menang.
Lepas tu boleh tido dengan tenang.
Kalau time tido En Wan datang peluk aku dari belakang, aku dah ok, sebab panas dah keluar habis.

Orang perempuan ni simple je, kena kasi panas dia keluar bagi lega. Tu je.
Takyah belikan bunga hantar cokelat say sorry pun takpe.
Tapi kalau nak bagi boleh jugak.

Kita ni jadi isteri, bukan bermakna semua benda kita kena pasrah berserah.
Kalau kita tau caranya, kita juga boleh lepaskan marah kat suami tanpa buat suami marah kat kita.
Yang ni hanya isteri je yang tau bila masa boleh bergurau, bila masa boleh marah.
Ada waktu-waktunya bila kita membebel, suami diam je.
Ada waktunya juga bila kita membebel, suami hayun penampor.
Yang tu isteri kena kenal dan paham-paham sendiri.
Dah nama pun laki sendiri, kena lah kenal perangai laki masing-masing.




Ada yang tunggu new color bawal plain?
Esok, ok?

posted by aveo757 @ 2:22 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER