Pages

2018-01-30

Schmooze Penang Tour


Ok hari ni baru nak cerita pasal program aku last week kat utara.
Hari ni baru ada mood sebab esok cuti kan. Lagipun hari ni Redza balik (lagi), so mood gembira lah sangat. Harap Redza tak lupa la aku punya cokelat. Buat masa ni kita kirim cekelat je, esok lusa kita upgrade bawak balik kuali pulak.

Last week, Isnin.
Lepas hantar Mak Aji and the geng ke airport, lepas dalam 2 jam gitu, pastu aku and En Wan balik.
Tak tunggu dorang depart pun. Mak Aji kata takyah tunggu sebab aku nak ke Penang tengahari tu jugak.
Kitorang sampai rumah, terus siap-siapkan Rayyan nak ke sekolah. Hantar dia gi skolah, pastu zassssss ke Penang.
Jalan tak jem pun tapi cecah je Perak terus hujan selebat-lebatnya, sampai tak berani nak stop kat Tapah. Takpelah, kita ke depan je lah kot-kot hujan berenti. Rupanya harammmm tak benti pun hujan. Last-last terpaksa stop jugak kat RnR Sungai Perak (kot) sebab aku nak terkencing.



Sedap gila mee sup ni wei.
Apa ntah nama gerai dia, tapi dia sorang je jual pelbagai mee. Hujan-hujan, makan mee sup panas pedas-pedas. Pastu sebelum masuk kereta tapau buah jambu. Beria-ia laki bini makan jambu sambil terpekik-pekik nyanyi lagu Bon Jovi dalam kereta. Macam buat konsert bergerak masing-masing. Tak padan dengan pakai jubah hitam. Kahkahkah.

Kitorang sampai jambatan Penang pukul 5pm. Just nice lah sebab program petang tu start pukul 6.30pm. Tapi videografer nak datang 6pm. Sejam je lagi ada untuk solat, mandi and bersiap.
Kitorang duduk kat Eastin Hotel. Memanggil-manggil je Queensbay kat sebelah tapi mampu pandang je sebab padat sangat jadual tak sompek nak menyinggah Queensbay.




Kitorang pilih executive suite sebab nak guna living hall depan ni untuk shooting.
Not bad jugak bilik dia, very spacious. Sama besar macam executive suite Thistle JB.
Cuma bilik mandi Eastin ni lebih cantik and selesa.
Macam biasa mini bar exec suite memang free. Tapi kat Eastin best sikit sebab mini bar dia makanan and air best-best. Tapi sebab tak bawak Rayyan, jadi tak bersentuh jugak la mini bar tu. Takpe, kita tapau bawak balik.

Aku tengah bersiap dalam bilik, videografer sampai. Dia setting apa semua kat depan tu, aku tak campur. Biar En Wan uruskan. Macam yang dijanjikan, pukul before 6.30pm, sorang-sorang dah sampai. Punctual betul budak-budak ni.

Actually tahun ni kitorang plan nak meet the customers kat setiap negeri (kalau sempat cover semua lah). So, this year start dengan Penang. Macam yang aku pernah cakap dulu, selain dari KL, Selangor and Putrajaya (yang dekat-dekat ni), Penang paling ramai customer GreenAard. In fact, antara negeri-negeri lain dalam Malaysia (selain Selangor/KL), yang beli buku blog aku pun ramai dari Penang. Patut la dulu aku macam terasa-rasa ada connection je dengan Penang. Macam seronok je everytime outstation ke Penang. Patutlah pasemboq mamak menari terasa dekat di hati. Hahahaha.

Tapi customer ni kita tak pilih ramai. Sebab kalau ramai sangat nanti tak cukup masa nak bersembang. Kalau boleh aku nak ada interaksi one-to-one dengan those yang dijemput datang tu. Jadi kita tetapkan setiap state ambik 5 orang saja. Hari tu yang datang 4 orang sebab yang sorang tu tak dapat hadir sebab ada anak kecik kalau tak salah.

Aku tak tau siapa yang terpilih untuk datang hari tu. Petang tu time tengah siap-siap aku tanya En Wan, yang datang ni siapa? Blog reader ke or memang beli GreenAard dari website? En Wan kata dia pun tak tau. Rupanya yang datang tu semua pengguna GreenAard yang also blog reader. Dorang masuk-masuk je bilik nampak aku "Kak Di....". The moment orang panggil 'Kak Di' aku dah tau ini memang blog reader. Sebab aku rasa macam aku je paling tua sekali yang tinggal dalam dunia blogging ni. Hahahah. Mana tak, blogger lain muda-muda je. Yang makcik-makcik pun panggil aku Kak Di.



Aku ni memang sejenis belasah je panggil nama orang.
Budak ni nama Hairi. Aku konfiden je panggil Hanif. Menyahut pulak tu. 
Mesti dia malas nak betulkan. 

Program petang tu lebih kepada meet the customers. Nak makan-makan and get together.
Tapi kita selitkan program sebelum makan untuk sesi testimoni GreenAard (video).
Pilih pun random - ada yang guna GC Plus, ada yang guna Nutrijuice and Cleansing Gel.

Boleh dikatakan ini benda rare yang aku buat sebab aku memang tak berapa suka sangat join gathering-gathering or jadi titik tumpuan dalam majlis. That's why walaupun pi booth aku jarang ada. Biar orang tak kenal aku pun takpelah. Tapi untuk tour ni nak tak nak aku kena ke depan juga sebab ini je masanya untuk aku kenal pengguna GreenAard.



This lady, a Sabahan tapi kerja di Penang loss 10kg. 
From 92kg-82kg and still continue dengan GC Plus. 



L-R : Ms Zarina, Ms Azwa, Ms Shikin and Ms Rutika



Ms yang belah kiri ni tukang tanya soalan untuk customer jawab sambil pandang kamera :)



Kejap je sesi ni sebab program utamanya adalah sembang-sembang dan makan-makan.
Sementara dorang semua solat dalam bilik, aku ngan En Wan turun bawah jap tengok setup for dinner.



Yang bestnya, semua benda hari tu dari hotel, dari food, dari siapa videografer dan siapa customer yang datang semua aku tak tau. Yang aku tau, aku pesan nak suite room sebab nak buat program dalam tu. Apa benda yang aku nak mencekik malam tu pun aku tak tau. 



Small gift from GreenAard untuk yang datang.



4 course dinner rupanya.
Elok lah ambik course by course, at least takde la tak tentu arah kejap-kejap nak bangun ambik makanan kan. Boleh la lepak-lepak duduk makan sambil borak bertenang-tenang.



Muka keletihan nau-nau pakwe aku ni.
Maunya tak, dari awal bulan lagi masing-masing bersengkang mata siapkan material untuk buku blog, pastu design untuk raya, then report nak submit GST, pastu siapkan proposal projek Perlis. Kita anggap je la kita ke utara ni merehatkan minda sekejap. 



1st plate.
Smoked salmon tartar on top of fruit citrus served with baby lettuce and peach dressing nama diberi.
Yang benornya, ikan salmon cincang lumur dengan sayur.
Boleh tahan sedap.



2nd plate.
Creamy African sweet peas soup.
Cicah dengan roti.
Yang ni sedap, memang kena dengan tekak aku.



Untuk main course, ada 4 pilihan.
Tapi hanya grilled lamb rack and chicken cordon bleu je yang orang minat.
Aku ambik kambing of cos.
Oh memang sedap gila kambing niiiiiii. Selalunya lemak-lemak aku tak makan. Tapi kali ni semua aku balun sebab sedap sangat.



Ada yang ambik Chicken Cordon Bleu.



Last one, raspberry mousse cake with ice-cream.
Ingatkan 4 course tak kenyang. By the time dessert ni sampai, aku dah mengah.
Kek ni sedap sangat tapi aku dah kenyang gila, half pun tak jalan.
Ais krim je aku perabiskan.



Tengah enjoy dinner, banquet manager tu bagitau aku dorang nak panggil band yang tengah nyanyi kat lounge datang nyanyi untuk kitorang. Ohhh boleh sangattttt.
Best sangat suara dorang ni. Ni group dari Jakarta. 
Dia nyanyi 3 lagu - Dasyat (Mojo), and 2 lagu Broery (Widuri & Biarlah Bulan Berbicara).
Tiga-tiga ni ada dalam playlist aku, memang sing along la aku malam tu.



Entah apa je la yang aku tengah cakap tu, tadah je budak-budak ni dengar.



Ni kalau gambaq tak sharp ni sejenis henfon laki aku la ni.
Insyallah, next month kita pi negeri lain pulak.
Dengar kata macam Melaka atau Kedah. 
Kalau Kedah dapat la aku satu round lagi lajak ke Perlis makan nasik daging. Hahaha. Makan je keje.

Program malam tu habis before 10pm, aku pun taknak drag lama-lama sebab ni semua pompuan ni yang nak balik malam. Kitorang naik bilik, mandi-mandi pastu aku tido tak sedar apa dah. En Wan kata dia tido pukul 1am. 



Pagi esok dari Subuh terjaga tapi masing-masing dok tergolek-golek atas katil sampai la pukul 8 pagi baru ada kekuatan nak bersiap. Malas nak turun bawah, kita breakfast kat exec lounge je. Takde orang pun, kitorang je. Orang lain tak bangun lagi gamaknya. Sambil breakfast sambil prektis present proposal. Hari Selasa tu kitorang ada pembentangan proposal under Fleur by Mrs Him kat Perlis.
So hari tu kiranya schedule banyak atas jalan lah. Dari Penang ke Perlis, pastu present then dari Perlis patah balik KL terus on the same day.



First round.
Aku la punya, takkan En Wan kot.
Beef, turkey, potato and chicken sosej.



Nampak En Wan makan nasik lemak bungkus, aku pun sambar sebungkus.



3rd round.
Telur gulung ni wajib makan kalau singgah mana-mana hotel pun.
Dia sejenis kewajipan selain dari Club Sandwich.
Cuma kali ni tak sempat nak merasa club sandwich Eastin sebab padat nau jadualnya.



Comel sangat cawan macam ni. First time jumpa cawan colourful kat hotel. Selalunya putih je.
Cawan kuning, piring hitam. Tak cukup set ke? Hahahaha.



Siapa tau mana ada jual jem macam ni sekali dengan rak dia?
Rasa macam nak satu letak kat rumah. Time orang ramai datang ke rumah, macam cantik je nak hidang macam ni.



Lepas breakfast, buat 2 round lagi prektis presentation untuk pakcik aku ni.
Dia dah lama tinggalkan dunia presentation, rasanya paling last time bentang tesis kot. 
Jadi kita layankan ajelah dia nak prektis. Bagus bos, ambik tanggungjawab sikit! Gagagaga.
Sebenarnya boleh je aku yang present all sebab dah alang-alang memang aku present tapi saje je nak bagi dia bercakap sikit.
Aku mintak bab baju lelaki biar dia yang explain.



Tetiba ada gambar nasik daging kan.
Ni tandanya dah sampai Perlis.
Presentation kitorang pukul 3pm. Perjalanan lebih kurang 2 jam. Sampai Perlis around 1.30pm.
Terus pi ambik laksa dulu okeh.
Laksa Kak Su tak bukak hari Selasa. Tapi aku nak makan jugak.
Sebelum gerak ke utara lagi aku dah terbayang satu nama je yang boleh selesaikan masalah laksa ni.

Sampai je Perlis, gi opis Rahimi dulu ambik laksa.
Tapi nama FB dia bukan Rahimi. Dia lah penyelamat aku punya ketagihan terhadap laksa kak su.
Pastu ajak dia pi lunch nasi daging sekali.




Anak buah KJ namanya ni.
Tak dapat jumpa KJ, jumpa dia pun boleh. Sama je tu.

Nampak tak beza cara dia bergambar dengan En Wan and aku?
Dengan aku dia bagi thumbs up tau. Maksudnya aku lagi best dari En Wan. Mbhahahah.
After so many years follow blog aku, barulah kita jumpa. Pastu duit laksa aku pun dia taknak ambik. Nasik daging pun dia belanja. Thank you so much. Pasni aku nak saja-saja je melintas depan opis dia, berani tak dia nak belanja aku lagi. Hahahahah.



Meeting di PKENPs Perlis went well.
Ni bergamba dengan pegawai-pegawai di sana. Seronok pulak ramai-ramai bergambar pakai baju kurung. Rasa macam nak tempah baju kurung banyak-banyak lepas ni.
Lepas meeting sambung makan lagi roti jala! Ya ampunnn makan aje la keje aku ni.

Walaupun trip kali ni penat sikit sebab tak sempat nak makan pasemboq sotong, cendol aiskrim Padang Kota dan tak sempat nak pi Padang Besaq, tapi puas hati sebab kerja settle.
Insyallah, ada rezeki naik lagi utara bulan-bulan akan datang.
Kali ni naik wajib cari pasemboq Padang Brown aku tak kira!



Ni gambau besoknya.
Sekali hadap 2 mangkuk. Takde ulam pun jalannnnn.




Insyallah bulan depan kita jumpa customer GreenAard yang lain pulak.

2018-01-29

Judgemental



Bulan lepas, aku ada dapat satu email jugak dari reader. Dia kata suami dia macam pompuan suka bergossip dan suka bercakap pasal hal orang lain. Tapi sejak dua menjak ni makin menjadi-jadi. The wife beli magazine kulit depan ada muka ****** (artis yang suami tak suka) pun boleh jadi bergaduh laki bini. Punca dia hantar email kat aku sebab tak tahan bila suami koyakkan buku tulisan sorang ustaz yang dia beli. The wife follow sorang ustaz ni punya ceramah kat FB, dan suami tak suka juga. Dia tak faham apa 'penyakit' suami dia.

Aku pun tak pasti apa masalah suami dia.
Boleh jadi suami tak suka isteri 'menyanjungi' orang lain selain dia.
Atau si suami tak suka ada orang lebih bagus dari dia.
Ataupun si suami ada masalah hati, dengan sesiapa pun dia jadi judgemental.
Entah, I don't know.

Memberi pandangan dan menjadi judgemental are two actions with very thin difference of concept.
Memberi pendapat selalunya datang dalam bentuk nasihat, motivasi dan tak menjatuhkan hukum.
Kalau judgemental person, dia takde balance kat situ. Sentiasa no je jawapan dia.
Dan selalunya, kalau ada satu-satu issue atau person yang dia tak suka, dia akan mark NO walau apa pun explanation kau bagi, walaupun berfakta, tetap dia kata NO.
Tapi, kalau being judgemental sampai ke tahap nak koyakkan buku, marah bila isteri follow public figure yang dia tak suka - yang ni bukan judgemental. Ini namanya mental.

Setiap orang memang ada pandangan dan visi yang berbeza.
Tapi being judgemental adalah sangat tak rasional.
Kita boleh kritik dan bagi pandangan tapi jangan sampai jadi judgemental hingga mengganggu sikap dan emosi.
Selalunya orang yang judgemental tak fight dengan fakta dan lojik tapi always kaitkan dengan benda yang takde sangkut-paut dengan isu yang dibincangkan.
Kadang-kadang dia takde strong point pun untuk fight the case tapi dia bash jugak.
Paling mudah nak paham gini lah - orang yang tidak judgmental segala sudut pandangnya terarah kepada positif walaupun isunya negatif. Tetapi orang yang judgemental, pandangannya sentiasa terarah ke negatif walaupun isunya positif.

Jadi, kalau apa yang kita buat, kita kata dan kita fikir lebih banyak positif dari negatif, mungkin kita ni orang yang baik.
Tapi kalau kata-kata, fikiran dan perbuatan setiap hari lebih banyak negatif dari positif, maka kita berhak cerminkan diri, adakah kita orang yang baik?

Orang yang judgemental selalunya akan menilai orang lain dari perspektif negatif.
Selalunya dia akan bercakap buruk/negatif tentang orang lain, atau fikir yang buruk-buruk tentang orang lain tanpa memberikan orang lain peluang untuk mempertahankan diri atau menjelaskan sesuatu.
Judgemental ni akan bertukar menjadi mental bila mana dia menolak untuk dengar penjelasan pihak yang dia dok kata-kata tadi.

Sebab apa dia menolak untuk dengar penjelasan?

Yang pertama sebab dia nak terus kekalkan kepercayaan negatif yang dia dah develop terhadap that person.

Keduanya, dia taknak sebarang penjelasan yang boleh mengubah keyakinan dia bahawa that person rupanya tak seperti yang dia sangka.

Ketiga, dia nak terus percaya bahawa that person buruk/jahat/bodoh.

This is why judgemental people are dangerous because they will spread poison on you.
Of cos mustahil untuk kita elakkan terus dari menilai orang lain.
Tapi jangan sampai kita jadi emosional.
Kerana orang judgemental akan memberi pendapat bercampur emosi sedangkan orang yang memberi pandangan dengan ikhlas akan komen berdasarkan observation.

Aku tak pelik kalau orang judgemental akan bertukar jadi saiko.
Cntohnya macam kes that reader yang suaminya sampai ke tahap koyakkan buku.
Aku tak kata si suami seorang saiko, tapi aku ada pengalaman dengan orang macam ni. Hawa-hawa perangai saiko tu macam ada.

Menilai orang lain biasanya bermula dari minda.
Fikiran hasilkan pandangan dan persepsi.
Persepsi pulak akan ditransfer melalui kata-kata dan perbuatan.
So kalau seseorang tu sangat judgemental, dah tentu tindakannya always negatif.
Tak terkejut kalau one day dia akan jadi ganas.
Koyak buku tu hawa-hawa awal keganasan ya. Sebab kes aku dulu macam tu lah jugak. Antaranya mengoyakkan and menconteng diari aku. Nampak macam "hek elehh, koyak diari pun nak gelabah".
Ya, aku pun macam tu la jugak. Tak gelabah sangat mula-mula. Rasa macam "alahai childish-nya kau dah berbulu atas bawah still nak main koyak-koyak diari", until one day aku kena hempuk baru aku tau koyak-koyak diari bukan childish ya. Scary.

So camana nak buat kalau ada orang terdekat sangat judgemental?

Buat tak reti saja.
Orang macam ni they just want to be heard je.
Tak payah menjauh pun tak apa. Yang sebetulnya kita sendiri kena tau mana yang betul mana yang tak. Kalau kita tau apa kita buat betul, datang 10 orang judgemental pung pang pung pang tepi kita pun tak apa-apa. Tapi tu kalau kau tahanlah dengan dia punya negative vibes. Kalau rasa-rasa tak tahan, kau jauhkan diri je. Walaupun dalam ramai-ramai tu kau sorang je yang berani walk away, tak apalah kalau dorang nampak kau jahat dan tak sebulu. Lagipun dorang kan memang judgemental, they will somehow judge you. So kenapa nak kisah apa dorang kata? Hahahaha.





Ramai yang beli Nutrijuice with Buku Blog kali ni.
Sebab kebanyakkannya guna kod diskaun Nutrijuice YES yang lepas.
Berbaloi kan? Orang lain beli dengan harga normal. Korang masih beli dengan harga YES.
Terima kasih sebab guna kod.

Yang nak beli BUKU KLIK SINI.


2018-01-28

Mendoakan ayah jadi kedana katanya!


"Issuenya mula bila anak saya ke pejabat suami dan memanggil suami "Papa". Ada ustaz di sana nasihatkan  jangan ajar anak panggil kita papa, sebab anak tu dah macam mendoakan bapak dia jadi papa kedana"

Ini petikan email reader.

Aku dok ulang ulang ulang ulang baca perenggan tu.
Bukan memikirkan perkataan "papa", tapi dok mikir celah mana ustaz ni kata kalau panggil bapak kita PAPA maknanya kita mendoakan bapak kita jadi papa kedana?
Abis anak aku panggil aku mama tu apadia? Nak doakan aku jadi mama kotai?
Oklah fine. Kalau macam tu, marilah kita semua ajar anak-anak kita panggil kita Millionaire. Untung-untung kita semua jadi jutawan. Kahkahkah.

Karang kalau aku cakap orang kata aku bajet lagi pandai dari ustaz pulak.
Memanglah kata-kata tu suatu doa, tapi ada ke anak-anak yang nak doakan mak bapak dia jadi papa kedana?

Takde maknanya panggil papa nanti bapak tu jadi papa kedana. Ini semua efek dari interaksi sosial dalam masyarakat. Zaman berubah, jadi masyarakat pun berubah. Dulu panggilan mak-bapak, ibu-ayah. Now dah macam-macam - mama-papa, daddy-mummy, ummi-abi. Padahal panggilan ni dah wujud lama dah cuma baru sampai ke kat negara kita 40-50 tahun lepas. Siapa tahu lagi 5-6 tahun akan datang ada anak panggil mak dia Omma. Kelassss.

Sikit masa dulu, ada viral pasal nama panggilan suami-isteri.
Katanya suami tak boleh panggil isteri dengan panggilan "Mama". Itu dikira zhihar sebab macam menyamakan isteri seperti ibu sendiri. Boleh jatuh talak. Tapi lepas dah viral, barulah ulamak kata tak apa nak panggil suami-isteri dengan panggilan - papa, mama, ibu, ayah, etc. Tapi sebaik-baiknya ikutlah seperti Rasulullah saw yang panggil isterinya nama-nama khas like Humaira.
Laki aku takde maknanya nak panggil aku 'sayang'. Aku pun geli. Bukan apa, kalau dia sebut mesti jadi sayam. Mbhahahaha.

Suami kita panggil kita 'mama' hanyalah tabiat saja. Obvious kot panggilan tu bukan zhihar tapi panggilan biasa, bahkan panggilan yang menunjukkan kasih sayang. Terasa lebih dekat gitu kalau panggil 'mama'. Kalau suami sendiri pun dibolehkan panggil isteri dengan panggilan 'mama', apetah lagi anak. Takde maknanya kalau suami panggil kita 'mama' maka jatuh talak sebab kita dah disamakan macam maknya. Abis tu kalau kau pi Indonesia panggil driver taxi tu "Bapak", otomatik jadi bapak kau lah?

Dulu pernah ada sorang blogger tanya aku, panggilan mummy-daddy ni memang untuk orang yang pandai cakap omputih je ke? Sebab bila dah ada anak, sedara-mara sok-sek-sok-sek bila dia ajar anak panggil mummy. Maklumlah dia cuma ada sijil je, diploma pun takde. Alih-alih nak bahasakan diri mummy.

Meh aku ajar kau jadi jahat kejap.
Len kali kalau jumpa orang macam ni, kau cakap kat dia "Memang la aku tak pandai tapi aku pandai sikit dari kau that's why panggilan anak-anak kita tak boleh sama".

Macam kes this reader pulak, dia stress dengan orang sekeliling yang perli-perli ajar anak panggil mama-papa.
Ye lah kan, mama-papa tu bunyiknya macam kebaratan. Asal kebaratan je semua nampak jahat.
Alah, yang sebenarnya bukan apa. Memang ada orang yang mudah terjebak dengan bahasa dakwah.
Ni namanya fenomena terjebak dengan kata-kata islamik.
Dorang beranggapan yang gunakan bunyi-bunyi Arab macam ni barulah Islam.
Sedangkan orang Arab sendiri yang lahir dalam bahasa Arab, tak panggil mak bapak dorang 'abi-ummi'. Dorang panggil baba. Abi panggilan dalam buku je.
Ce tanya orang islam Jepun, Korea, China, even orang putih sendiri, dorang panggil mak bapak dorang apa? Ummi-Abi ke?

Yang sebetulnya, panggilan mama-papa tu ramai prefer sebab lagi mudah baby nak menyebut. Tu je pun.




Hari ni banyak email masuk tanya tracking number.
Ok aku dah konfemkan dengan staff aku.
Memang kali ni yang order buku sahaja dia tak dapat hantar tracking number sebab nak utamakan yang order GreenAard. Kalau korang nak tracking number, please email Shima kat health[at]xzizbiotech[dot]com. Tapi kalau korang order GreenAard DAN buku but still tak dapat tracking number, please inform her as well ya sebab takut terlepas pandang.

Yang nak beli buku aku, offer RM18 masih on sehingga 9 Feb.


2018-01-27

Rakan sekerja yang tak boleh buat kerja.



Ni someone DM aku kat IG. Aku dah respond pada dia tapi aku nak tulis panjang-panjang kat blog dari sudut pandang aku sebagai majikan dan juga pernah makan gaji.

In any private organisation, time is money.
Bukan mementingkan wang tapi itulah hakikat yang kena telan.
Agensi swasta ni stand alone agency tau. Nak-nak lagi small and growing company yang selalunya dibina dengan modal sendiri. Dah tentu kelansungan syarikat bergantung pada kerjasama staff. Kita bukannya ada grant atau duit ihsan dari mana-mana yang boleh cover kos operasi. Kalau ada pekerja yang tak perform, straight away buang.

Bunyiknya macam kejam, kan. Tapi we are not doing charity here.
After all, semua pekerja akan dibagi probation period. Kalau 3 bulan tak perform, selalunya majikan akan tambah another 3 months untuk tengok kot-kot ada perubahan pada performance staff. Majikan pun bukannya kejam sangat. Kalau boleh kita nak serapkan jugak sebab malas la nak start all over again dengan new stuff, nak buat interview lagi, nak bagi training lagi, semua ni buang masa tau. Kalau dah 6 bulan masih juga tak perform, baik buang je lah. Takde masa nak kesian-kesian. Daripada buang duit 'bela' staff yang 6 bulan pun tak perform, baik duit tu buat tambahkan gaji staff yang sedia ada.

Masa aku makan gaji dulu, aku ada colleague yang macam ni.
Bos aku tak sampai hati nak buang dia. Nak pulak bila sebangsa. Lagi la tak sampai hati. Sebab niat nak tolong anak bangsa sendiri. Tapi dah kalau kerja sambil lewa, 10 kali dok ulang pesan benda yang sama pun tak masuk-masuk gak kat kepala, nak buat apa simpan? Sampai bila nak bela atas dasar kesian? Baiklah kesiankan staff yang sedia ada yang bertungkus-lumus siapkan kerja and ada effort nak majukan diri. Kalau kerja dia pun balik-balik kita kena cover, ntah apa fungsinya ambik dia keje tak tau lah.

Memang ada certain people yang datang keje semata-mata hadir ke tempat kerja je.
Hadir ke tempat kerja dan hadir berkerja adalah 2 benda yang berbeza ya.
Hadir ke tempat kerja ni sejenis yang kehadiran memang tip top, punch card tak pernah merah, datang on time, balik pun on time. Tapi kerja belum tentu jalan.
Hadir bekerja pulak memang datang untuk berkerja, minimum supervision pun keje tetap jalan.

Yang hadir ke tempat kerja ni jenis yang dia datang untuk buat kerja je. Buat je tau. Belum tentu tip top. Salah ke, betul ke, dia tak ambik port. Yang dia tau setiap kali bos bagi task, dia buat. Dia takde effort nak check balik kerja tu sebelum submit pada bos. Bagi dia, "kalau ada salah kau cakaplah nanti aku betulkan". Masalahnya tetiap hari pun kejenya salah. Kadang-kadang dah betulkan pun masih ada yang salah. Salah yang sama dok repeat sepanjang 3 bulan. Jenis ni memang mengharapkan diketuk je. Nak kena sekali ketuk baru sekali jalan. Dua kali ketuk pun, satu kali je jalan. Eloknya libas je terus biar dengan dia-dia sekali jalan.

Aku pun dulu macam reader ni juga. Bila hari-hari bersembang dengan orang yang sama, keluar makan dengan orang yang sama, kerja dengan orang yang sama, kita anggap orang tu macam adik-beradik. Susah dia, susah kita juga. Bila jadi kes-kes macam ni, sebolehnya kita nak kawan tu kekal dalam company. Dan kita pun mula bermain dengan emosi.

"Kesian, dia ada anak-anak.."

"Kesian, dia menanggung mak bapak..."

"Kesian, isteri dia tak bekerja, he's the breadwinner..."

Ok, let's be fair.
Kalau kita kesiankan collague kita, then kena be fair juga dengan majikan.
Majikan pun ada family yang nak dibagi makan. At the same time majikan ada pekerja yang perlu dibayar gaji supaya pekerja boleh bagi family masing-masing makan juga.
Dah kalau majikan kena menanggung pekerja yang mengabihkan boreh, kan ke tak fair pulak pada dia? So kalau kita nak cakap pasal fair, then be fair to all.
Adil pada diri sendiri, rakan sekerja, majikan dan syarikat.

Aku faham bila kita berkawan-kawan ni, kita punya 'sisterhood' bond jadi strong.
Tapi jangan sampai kita tak letakkan keadilan tu sesuai pada tempatnya.
Sebenarnya majikan yang nak buang that pekerja tu pun sedang berlaku adil pada staff-staff yang lain. Kalau dia tak berlaku adil, dibiarkan je staff yang tak perform tu stay pastu staff lain kena tanggung kerja tambahan. Sanggup?

Ada tempatnya bila kita boleh gunakan semangat sisterhood tadi.
Kalau collague kita seorang yang perform tapi tetiba performance merosot, kat sini kita boleh gunakan budi bicara. Kalau nak mintak boss punya consideration time ni lah.
Tapi kalau dari awal sampai ke sudah gitu jugak gaya kerjanya, takyahlah. Kalau dia sayangkan diri dia dah tentu dia improve.





Yang tanya kat mana nak pesan untuk sign buku?
Tu aku tandakan tu kat ruangan NOTA TAMBAHAN.
Tapi takyah pesan pun takpe, aku sign semua je.




2018-01-26

Kalau taknak disalahertikan, maka silakan pendam rasa.


Ok ada ada cerita best. Sebelum aku terlupa, baik aku stop keje aku kejap nak cerita pasal ni.
Wahhhh gitu kau aku punya kepoh!

Semalam ada reader email aku susulan dari entry aku tentang kakak yang pecahkan barang adik time pi umrah. Ingat tak? Kalau tak ingat, pi cari balik entry minggu lepas.
Ok kali ni ceritanya lain. Aku bagi ringkasan je lah ya sebab dia tak bagi tepek email kat blog.

Kisahnya this lady duduk rumah mertua sejak beberapa tahun yang lepas.
Hubungan dengan semua baik-baik je.
2 tahun lepas, mak mertua meninggal dunia. Tapi sebelum meninggal tu memang mak dah letakkan nama tanah (rumah) atas nama suami this reader. Jadi semua pun tau itu dah jadi rumah suami.
Tapi sejak mak meninggal, adik-beradik suami masih lagi anggap itu rumah mak dorang. Datang bila-bila masa suka. Everytime ada adik-beradik datang, kalau kebetulan rumah berkunci takde orang, suami kena marah dengan adik-beradik apesal kunci rumah. Apesal tak letak kunci kat tempat rahsia macam biasa buat selama ni katanya. Dan yang paling dia tak tahan bila bilik-bilik dalam rumah tu sesuka-hati adik-beradik keluar masuk.

Dia kata memang selama ni (masa mak masih ada), bilik-bilik tu akan jadi bilik kakak and abang setiap kali balik. Dia suami isteri pun ada satu bilik juga. Yang cucu-cucu lain tido kat hall. Tapi bila mak dah meninggal, dan rumah tu pun dah jadi milik suami sepenuhnya, dorang laki bini buatkan bilik khas untuk anak-anak. Jadi now, bilik yang free hanya satu je. Yang lain dah jadi bilik anak-anak. Tapi setiap kali adik-beradik suami datang, dorang menonong je masuk bilik yang biasa duduk selama ni. Anak-anak tuan rumah pulak yang kena tido luar.

Same goes to isi rumah. Everytime adik-beradik balik, peti sejuk dah jadi barang wakaf. Semua barang dalam tu main ambik je. Dia memendam rasa sebab tak berani nak cakap. Suami pun tak selesa tapi tak berani nak tegur juga. Suami kata tak berbaloi gaduh adik-beradik atas sebab-sebab macam ni.

Ni aku dah habis ringkaskan dah ni. Kalau ikut email dia, mau 6 screenshot kena letak sini. Panjang gila.

Macam yang aku pernah tulis sebelum-sebelum ni.
Benda-benda macam ni adalah masalah individu yang kurang common sense. Jenis otak ada, akal takde.

In fact, perkataan "balik" dan "datang" pun tak tau beza.

Kalau dulu, masa mak kita ada di rumah tu dan rumah tu masih milik orang tua, setiap kali kita ke sana, namanya BALIK.

Tapi, bila rumah tu dah jadi hak milik orang lain, everytime kita ke rumah itu dah bukan BALIK ya. Dah jadi DATANG.

"Balik rumah mak" dan "datang rumah adik" adalah 2 benda berbeza.
But still ada orang yang payah nak hadam benda-benda macam ni. Sebab dia masih lagi rasa dia ada share dalam rumah tu.

Kalau kita datang rumah adik-adik kita pun, kita tak suruh anak-anak sedara kita tido kat hall.
Aku tak tau la orang lain macamana. Tapi, kalau adik-adik aku datang rumah aku, takde de dia nak memandai-mandai masuk dalam bilik selagi aku tak pelawa padahal terang-terang bilik tu guest room. Apetah lagi nak suruh anak-anak aku tido luar. Tapi macam yang aku cakap tadilah, maybe adik-beradik ipar reader ni terlupa kot yang rumah tu dah bukan rumah mak dorang lagi.

Aku agree dengan cakap suami tu, tak berbaloi nak bergaduh dengan benda yang remeh-remeh sebab adik-beradik pun bukan "balik" selalu. Tapi sebagai tuan rumah dan ketua keluarga, suami kena mainkan peranan untuk jaga kepentingan keluarga juga.

Ok lah fine. Kalau nak tegur semua sekaligus nanti ada yang putus sedara pulak. Why not tegur benda yang basic dulu.

Kalau aku, aku akan tegur bab tinggalkan kunci.
Dah kenapa nak marah-marah tak tinggalkan kunci kat tempat rahsia?
Ini kan rumah orang, bukan rumah mak lagi.
Itu dah jadi rumah adik. Kita boleh ke tinggalkan kunci rumah kita dalam pasu untuk adik-adik yang lain masuk sesuka hati? Tak kan?
Jadi, tak salah kot kalau nak tegur bab ni dulu.

Benda-benda macam ni sebenarnya bukan apa. Sebab dah jadi kebiasaan.
Bila kita sebagai tuan rumah dah membiasakan and allow things like this happen, dah tak boleh nak marah dah. Sebab kita yang tak bertindak. Boleh jadi kalau kita tegur cara baik, insyallah orang akan faham. Atau dari awal-awal dulu lagi dah clear cut "Ini dah jadi rumah saya, jadi kalau adik-beradik lain nak datang sekali-sekala tengok kebun, makan durian, datanglah. Cuma kalau nak datang bagitau lah dulu 1-2 hari sebelum sampai sebab kami bekerja".
Kiranya kita mengingatkan dorang tapi tiada unsur kekerasan dalam tu.

Bab bilik tido tu, hmmm entah lah.
Bagus juga kalau kita nak ajar anak-anak kita hormat orang lebih tua.
Ajar anak-anak untuk share ruang bilik kat sedara-mara yang datang bermalam.
TAPIIII, itu urusan tuan rumah dan anak-anaknya.
Kita sebagai tetamu tak boleh memandai-mandai arahkan anak orang (walau anak sedara) tido luar okeh. Itu gila namanya.

Bab peti sejuk tu banyak kali dah kot aku sentuh. Naik lebam blog aku ni dok cerita pasal peti sejuk.

Life is a risk. Semua benda yang kita pilih untuk lakukan has a margin of risk.
Kalau kita tegur, ada risiko yang perlu kita hadapi.
Kalau kita tak tegur pun, ada jugak risikonya. Risikonya, hadap je lah makan ati sampai bila-bila.

Kita sentiasa ada pilihan. We take some, we avoid some.
Aku faham dilema reader ni.
Dia ni ipar, jadi dia taknak bila isu ni dibangkitkan, dia akan dibenci.
Bukan semua orang sanggup kata adik-beradik sendiri jahat. Dan tentu akan tuding jari kat ipar-duai dulu kan.

Tapi, kalau nak pikirkan apa orang lain akan kata tentang kita, payahlah.
Everyone always judges. Kau tak cari pasal dengan orang pun, orang akan tetap judge.
Jadi kalau kita takut disalahertikan, maka kita kena berpuas-hati dengan situasi sekarang walau memendam rasa. Bersabar sajalah selagi mampu, asalkan tak bergaduh laki-bini.
Tapi kalau rasa tindakan yang kita bakal buat tu berbaloi, maka bersiap-sedia dengan impak yang akan diterima.




Terima kasih yang sudi dapatkan buku ni.
Am so sorry, kebanyakkan yang hantar form mesti kat bahagian 'note' tu tulis panjang lebar. Ada yang mendoakan aku, ada yang mintak aku doakan dia, ada yang mintak aku tuliskan kata-kata semangat kat buku, ada yang cerita macamana lama dia follow blog.
Terima kasih sangat.
Aku tak dapat nak reply panjang-panjang tau. Sebab aku nak kejarkan respond semua form and sign buku. Insyallah aku tulis panjang sikit dalam ruangan autograph tu.

Yang nak buku ni KLIK SINI.

2018-01-25

Buku Blog



Semalam aku naikkan gambaq ni kat both FB and Ig tapi aku tak respond pun pada komen. Bukan sengaja tau, kebetulan memang dari pagi lagi aku tak berapa sihat. Lemau sangat badan sebab kepenatan travel 2 hari dengan program yang pack. Tapi nak taknak memang kena masuk opis sebab nak siapkan keje. Lepas aku up gamba ni, aku terus balik rumah dan tido.

Bangun-bangun baca beratus mesej and email tanya pasal buku ni.
Ok ni aku explain panjang lebar.

Ada yang ingat aku buat novel omputih.
Yang ni aku rasa new reader kot. Kalau blog reader dari zaman tok kaduk mesti tau apesal tajuk buku ni "walk on wings, tread in air".
Tajuk buku ini adalah tajuk blog aku dulu. Zaman aku start blogging, tajuk blog bukanlah "www.dianaishak.com" macam sekarang. Dulu tajuknya adalah macam kulit buku ni. Ini bukan buku omputih :)

Ada juga yang tanya kenapa pink, bukan green?
Green Apple tu nickname je. Tapi favourite color aku adalah pink.

Ok now nak cerita camana boleh terhasil buku ni.

Buku ni sebenarnya idea asal dari salah sorang publisher.
This publisher asalnya bukanlah pembaca blog. Dia follow FB aku bila kejap-kejap nampak orang share status FB aku katanya. Lepas tu dia follow FB. Dari situ dia kata dia suka dengan status-status FB dan terjebak membaca blog.

So one day dia jumpa aku and cadangkan nak buat buku aku. Buku tu adalah petikan kata-kata dari FB status and blog. Kiranya quote book saja. Tapi memandangkan tulisan aku santai dan bahasa pasar, dia suggest untuk fine tune ayat-ayat aku supaya sedap sikit dibaca oleh pembaca awam. Tapi, aku tak berapa setuju. Aku cakap kalau nak extract quote dari blog, aku prefer to keep it as original sebab itulah yang membezakan aku from other writers. Apa yang ditulis di blog adalah Diana Ishak. Kalau nak extract petikan dari blog, pastikan ia adalah original macam dalam blog.

Tapi dia kata dia nak buku ini keluar dari kelompok followers and readers because dia rasa isu yang aku tulis di blog adalah isu-isu yang dekat di hati pembaca. Aku appreciate sangat support dari dia. Aku tau dia nak tulisan aku pergi lebih meluas tapi aku tak rasa penulisan aku kat blog tu sesuai di baca untuk orang yang belum kenal aku. Yang dah kenal aku, dah boleh hadam gaya penulisan yang aku kasar. Kalau nak aku tulis new artikel boleh. Jadi, aku bagi cadangan kat dia, apa kata untuk buku pertama ni, aku ambil idea dia dulu. Maknanya, yang pertama ni aku ambil petikan dari blog and FB saja, taknak ubah apa-apa. Ini khas untuk followers and blog readers www.dianaishak.com saja. Kalau respond ok, baru aku start write artikel khas untuk buku (tak ditulis di blog) yang guna tabahasa yang lebih sopan (gitewww).

Aku sangat berterima kasih and terhutang budi dengan that publisher yang nampak bakat dan potensi penulisan aku. Aku tak pernah terfikir yang blog ni one day akan jadi medium untuk bisnes, dijadikan inspirasi (katanya) apetah lagi nak dijadikan buku. Aku buat blog sebab aku suka bercerita. Sebab tu lah aku sangat upfront dalam menulis. Orang kata “laser” gitu. Tak sangka pula ada yang bagi cadangan untuk bukukan penulisan. Still, aku segan sebenarnya nak bukukan penulisan aku sebab aku bukan profesional writer. Jadi aku buat keputusan biarlah yang pertama ni aku test market di kalangan followers dulu. Bukan apa, taknak merugikan publisher je. Hahaha.

Buku pink ni, ada extraction dari blog and FB and some new quote yang belum lagi aku tulis di mana-mana. Kalau nak tepek semua dari blog, rasanya tebal sangat, karang jenuh pulak nak habiskan. Jadi aku mulakan dengan 86 petikan dulu.

Ada yang tanya nak beli kat kedai mana.
Amboinya tingginya imaginasi masing-masing. Tak beranilah aku nak letak kat mana-mana kedai buku kalau petikan dari blog ni. Buku-buku petikan dari blog macam ni sesuai untuk followers saja, belum boleh dihadam oleh non-followers. Karang kena kecam. Hahaha. Boleh beli kat blog sini je, sebab memang khas untuk pembaca blog pun.

Readers yang berminat nak simpan satu buku ni, boleh order melalui form di bawah.

Buku ni berharga RM28 (tak termasuk pos). Tapi kos pos RM6 je sebab tak berat mana pun.
Tapi dari hari ini 25 Jan sehingga 9 Feb, ada diskaun RM10. Untuk tempoh ini saja, buku ni berharga RM18 (tak termasuk pos). Tapi ada special harga lagi untuk reader yang beli GreenAard.

1. Beli buku sahaja RM18 + pos.

2. Beli produk GreenAard berjumlah kurang dari RM100, boleh beli buku dengan harga RM13 sahaja. Buku free delivery.

3. Beli produk GreenAard berjumlah lebih RM100, buku kita bagi FREE.

4. Untuk yang ada diskaun kod dapat masa YES hari tu, valid untuk guna kalau nak free buku. Tapi syarat masih kekal sama seperti summary kod diskaun masing-masing. Nyatakan kod diskaun dalam ruangan "nota tambahan" di bawah.




Nama
Email
Saya mahu : Buku sahaja, RM18
Buku dan GreenAard
Produk pilihan : 1 x GC Plus, RM90
2 x GC Plus, RM170
1 x Nutrijuice, RM59
2 x Nutrijuice, RM110
1 x Cleansing Gel, RM59
2 x Cleansing Gel, RM110
1 x Makeup Remover 50ml, RM39
1 x Makeup Remover 125ml, RM65
2 x Makeup Remover 125ml, RM120
Combo Deal : 1xGC Plus + 2xNutrijuice, R180
Combo Deal : 1xCleansing Gel + 1xMakeup Remover 125ml, RM115
Basic Value Pack, RM149
Alamat penuh beserta poskod
No Tel
Nota tambahan (jika ada)

2018-01-24

Henfon hilang


Lega dah masuk opis semula.
Isnin and Selasa (semalam) aku takde sini. Pagi Isnin tu hantaq Mak Aji, Pak Aji, Ibal and Siti pi umrah (yang ada dalam list IG aku tau kot ni sebab aku malas nak tepek gambar). Around pukul 12.45pm, aku and En Wan dah zassss ke Penang untuk program yang start pukul 6.30pm. Memang pecut gila-gila. Patutnya boleh sampai awal lagi tapi sepanjang perjalanan kat Perak hujan selebat-lebatnya jadi semua kereta pun slow. Cecah Penang baru cerah. Then, the next day dah ke Perlis pulak for meeting. Habis meeting terus balik KL on the same day. Tapi berbaloi jugaklah balik hari sebab dapat makan nasik daging and tapau laksa kak su 2 kilo. Thank you Rahimi, blog reader yang baik gila belanja semua. Pagi ni masuk opis dengan badan yang masih lagi lemau but no choice, ada banyak keje nak buat.

Ok done. Tu je cerita aku kenapa 3 hari tak update blog.

Tapi cerita yang paling best sekali untuk minggu ni adalah, henfon aku hilang!

Sabtu lepas, kitorang keje. Pulun nak siapkan material untuk ke utara.
Si Redza pun sama naik menolong kat opis. Pastu, esoknya dia nak balik ke Langkawi, dia ajak pi Popular nak beli barang sikit. Jadi, kitorang pun pi Popular IOI Puchong. Plannya, lepas beli-belah, nak terus balik Bangi sebab ada kenduri doa selamat dorang nak pi umrah.

Kat Popular tu, aku, mak and Rayyan duduk setempat. En Wan and Redza bertebaran cari barang. Rayyan kan mana boleh duduk melepak lama-lama ni. Dia boring, dia mintak henfon aku nak tengok YouTube. Sambil-sambil tu aku sembang dengan mak. Pastu En Wan sampai, kitorang 3 beranak ni keluar ke depan lepas depan Popular sementara nak tunggu En Wan bayar kat kaunter. Masa ni aku dah terlupa lansung nak check henfon sebab dok imagine henfon tu ada pada Rayyan. Rupanya Rayyan tertinggal henfon kat dalam Popular. Entah mana dia letak aku tak tau lah. Agaknya masa kitorang sibuk-sibuk check apa yang Redza beli dalam bakul tu, dia pun sama naik menge-check juga. Henfon letak kat tepi, pastu tertinggal.

Aku tersedar henfon takde masa masuk dalam kereta. Aku punya tebiat, masuk je kereta terus keluarkan henfon. Sekali check takde. Tanya Rayyan, mana henfon? Dia buat muka terpisat-pisat "Adik tak tau...". Ah, sudah. En Wan try call, masih lagi ringing.

Kat situlah silapnya kitorang. Sebab try call dulu.

Waktu tu aku yakin henfon tu masih ada kat Popular. Dan aku rasa aku tau kat mana Rayyan tertinggalkan henfon sebab kawasan yang kitorang duduk tu bukannya kerusi atau open area. Dia kat tepi-tepi meja tempat orang susun file. Takde tempat duduk pun kat situ cuma aku tolakka sikit file-file so that mak mertua aku boleh duduk sikit.

Aku berlari masuk Popular. Masuk-masuk je dalam Popular, terus aku call. Masih ringing. Tapi kat tempat tu dah takde henfon. Aku cari keliling-keliling takde. Tapi still ringing cuma aku rasa orang yang nampak phone tu dah silentkan phone. Tapi dia masih dalam Popular. Aku rasa masa aku on the way nak masuk Popular tu En Wan dok call henfon aku dari dalam kereta. So the penyamun dah ternampak phone aku lantas merembat. Pastu dia silentkan phone. Bila aku try call lagi sekali, dah off. Gone lah tu.

Terus call Celcom, mintak block sim.
Dalam kepala aku, terbayang nama Azuddin je. Ni blog reader yang dah become friends. Terus PM dia, mintak dia find my iPhone kejap. Tapi offline dah. Ok fine, takpe. Dia lock-kan phone aku. Walaupun aku berharap sangat phone tu dikembalikan, tapi boleh jadi yang merembat phone aku tu tak pernah guna iPhone so dia tak tau yang kalau once iPhone dah di-lock, sampai kiamat kau takleh guna phone tu. Takde sape nak beli pun kalau kau jual. Kalau kau pulangkan at least boleh aku bagi RM100 kat kau. Tapi sebab kau nak peram, peramlah sampai mati.

Jadi, 24 jam aku tanpa henfon.
Boleh tahan 'aman' juga takde phone rupanya. Takde la kejap-kejap nak check mesej.
Tapi, walaupun henfon hilang, makan tetap berselara. Lepas phone tak jumpa, aku cakap takpelah, malas pikir. Jom lah balik Bangi je meneruskan kehidupan. Aku tak marah Rayyan, aku cuma cakap len kali adik tak boleh pegang lagi henfon mama, ok? Dia angguk perlahan je.
Pastu petang tu masa mandikan dia aku tanya "Adik, kenapa adik letak henfon mama merata-rata?"
Dia jawab "Ma, mama tak boleh tanya lagi adik macam tu sebab adik kan dah mintak maaf".
Oh gitu. Aku pulak yang kena tazkirah.

Sampai rumah Mak Aji, Mak Aji dah siapkan teh tarik and macaroni bakar.
Aku balun tak pelawa sesape pun. Ibal tengok aku makan "Henfon hilang pun boleh selera nak makan lagi. Tak paham betul aku kau ni kak".

Eh, henfon dah hilang tu, hilanglah kan. Abis nak buat camana. Takkan sebab henfon hilang kau nak menung pandang macaroni ni. Baik kau mencekik, ada gak pekdah dari termenung.
Yang En Wan pulak, dia yang over sentap henfon aku hilang. Dia yang takde mood nak makan. Aku tuan punya henfon ni rilek je membalun nasik arab. Ntah hape-hape. Mencekik goes on gitu.

En Wan tak kasik aku beli iPhone. Dia kata aku ni kalau beli benda mahal mesti hilang. Beg Chanel hilang, jam Swarovski hilang, yang ni iPhone hilang. Tak sampai 2 tahun aku pakai 6 Plus tu dah hilang. En Wan suruh aku pakai samsung biasa je. Tapi aku cakap aku nak iPhone jugak sebab data semua simpan kat iCloud, so takde masalah, boleh retrieve balik.

Esoknya tu (Ahad), gi beli baru.
Isnin malam, aku kelebet buku gratitude (list syukur).
Terpandangkan goal yang aku tulis bulan July tahun lepas.



Oh rupanya tahun lepas aku masukkan iPhone 8 dalam goal list. Padahal aku tak tau pun apa beza iPhone 8 dengan 6 sebab aku not a gadjet person. Saja la tulis sebab kebetulan nampak orang dok sembang pasal ni.
Tapi aku tulis buta-buta macam tu je. Patut la henfon hilang.
Moralnya kat sini, berdoa biar spesifik. Sebab Tuhan makbulkan doa sesuai dengan cara kita mengharapkannya. Kalau tak tulis spesifik, maka jadiklah macam aku ni ha. Sebab nak iPhone 8, maka iPhone 6 kena dihilangkan dulu. Tapi Allah Maha Baik, Dia upgrade jadi 8 Plus.
Alhamdulillah, dapat balik data-data yang aku simpan kat henfon lama. Legaaaaa.

Masa kelebet-kelebet henfon, aku terasa yang mahal gila iPhone. Tapi bila dapat balik semua data-data aku terasa berbaloi pulak beli. Kalau tak kerana aku nak balik data-data aku, aku pakai je henfon Samsung Redza. Redza pi skolah bawak phone cokia je. Smartphone tinggal kat rumah. Smartphone Redza tu pun nenek dia hadiahkan.

Hari tu cuti sekolah Redza ada buat 30 days bucket challenge. Homework ni kena guna application Instagram. Kitorang memang tak belikan Redza smartphone. Kalau perlu guna phone untuk urusan kerja atau nak whatsapp member, tukar je simkad tu pakai henfon aku or En Wan. Nama aku nak belikan new phone semata-mata untuk kau siapkan homework memang tak lah. Aku tanya En Wan "Zaman sekarang homework kena guna smartphone. Maksudnya kat sini smartphone tu dah jadi satu keperluan. Macamana kalau parents tu takde smartphone."

Pastu En Wan kata "Maybe masih ada lagi yang takde smartphone. Tapi macam kes Redza ni cikgu pun tau mak bapak ada buat whatsapp group, so maknanya semua pun ada smartphone"

Hmm. Betul juga.
Maybe cikgu-cikgu dah study background pelajar.

Aku terkenangkan zaman aku blaja dulu. Sepanjang aku di U, aku tak ada henfon dan takde komputer. Kawan-kawan rumah aku semua ada komputer. Aku takde. Dan aku sorang je yang takde henfon dalam rumah tu. Nak buat tesis, aku tumpang PC kawan. Tunggu dorang habis buat keje, baru aku guna. Kadang tu dah tengah malam, baru aku boleh guna. Nak tunggu En Wan call, aku tanya dulu dorang pukul berapa dorang tak guna henfon so that En Wan boleh call.

Kenapa aku tak beli komputer or henfon?

First, mak bapak aku takde duit sebanyak tu untuk bagi kat aku.
Bukanlah takde duit lansung, tapi nak mengeluarkan duit yang banyak hanya untuk aku sorang sedangkan adik-adik aku yang lain pun tengah blaja sama, itu bukan pilihan terbaik.

Kedua, Mak Aji kerja di kawasan universiti (UKM). Aku tak boleh kelentong dia.
Some of kawan yang aku tau yang sama-sama blaja di sana, dorang dapat 'kelentong' mak bapak masa mintak duit nak beli komputer. Mak bapak tak semuanya tau komputer bukannya satu kemestian. Macam aku, mak aku kerja di universiti. So dia tau kat mana-mana library universiti mesti ada komputer lab. Apesal kau nak beli komputer lagi?

Kalau aku nak mintak beli henfon, dia akan cakap kat mana-mana universiti ada public phone. Tak pun, boleh pinjam henfon kat pejabat, apesal kau nak beli henfon lagi? Kalau aku still argue lagi, dia akan contact orang-orang di sana untuk check samada apa yang aku adu tu betul ke tak. Scary gila ok. Universiti dengan universiti kan ada good connection, so network mak aku boleh tahan besar.

Yang lagi best, sepupu dia HR Manager kat tempat aku. Husband kepada sepupu dia tu pulak lecturer yang mengajar aku. Oh lagi la tak boleh nak kelentong. Jadi sebab tu la aku takde henfon dan takde komputer time blaja. Kalau lah waktu tu ada kerja yang mesti disiapkan guna smartphone, terpaksa aku menggoda lecturer untuk lulus. Eh.






10 days 1.6kg loss tanpa kawal makan. 
Seluar dah tak ketat.
Buasir dah makin ok sebab tak sembelit lagi.
A good start.
10 hari mesti turun at least 580g ya. 



2018-01-20

Depression is real


Semalam aku dapat email dari sorang reader. Dia cerita tentang masalah depression yang ahli keluarga dia hidapi. Ahli keluarga mati disebabkan masalah depression. Actually aku ada dapat DM juga dari sorang follower. Dia mintak aku cerita pasal depression gak. Aku tak sure if ini dari orang yang sama atau tak. Kalau boleh aku nak tepek email dia kat sini tapi dia dah request supaya aku jangan letak.

Actually 2-3 tahun lepas aku balik kampung Muar ikut Pak Aji beraya. Gi beraya rumah makcik Pak Aji. Nenek ni yang aku kenal dia memang peramah. Orang Jawa katakan. Tapi hari tu dia macam 'menyombong' je dengan kitorang. Padahal Pak Aji tu anak sedara dia. Tetiap tahun tak pernah lupa ziarah makcik dia ni. Mak Aji pun pelik apesal macam nak taknak je. 5 minit pertama, Pak Aji ajak bersembang, dia senyum pun tak, angguk pun tak. Aku dah mula rasa pelik. Apehal nenek ni orang datang beraya dia buat muka gitu. Pastu dia tanya Pak Aji "Mak kau tak cakap apa-apa?". Muka masih kejung. Pak Aji jawab "Takde. Apa ceritanya ni. Cerita kat saya". Gitu dia gaya-gaya kaunselor nak korek rahsia.

Belum dia jawab, anak dia pun turun. Tadi anak dia mandi kot. Terus Mak Aji bisik "Bila kena ni?".

Anak dia jawab "Bulan puasa hari tu kena balik".

Rupanya semenjak arwah suami dia meninggal, dia on-off kena macam tu. Dokter kata depression. Tapi arwah atuk tu dah meninggal lama dah. Nenek tu kata "Aku dah malas nak buat apa-apa. Solat malas. Puasa malas. Mandi malas".

Pastu Pak Aji cakap kat nenek tu pelan-pelan "Ini setan semua ni. Tak boleh macam ni. Kena lawan. Bla bla bla bla bla....".

Rupanya depression ni memang teruk. Kalau ikut saintifik, ada kaitan dengan chemical brain. Tapi kalau ikut perubatan Islam (Pak Aji geng perubatan Islam), ini ada kaitan dengan gangguan jin juga. Seelok-eloknya berubatlah dua-dua cara. Macam kes nenek ni, boleh jadi seiring dengan umur, ada potensi dapat gangguan kat otak. At the same time, boleh jadi juga dia terkena badi.

Yang pasti, salah satu punca depression is thyroid problem. Yang ni aku tau sebab aku blaja. Certain people yang ada thyroid issues akan dapat depression (hypothyroid). Sebab kelenjar thyroid ni tak release hormon yang secukupnya. Hormon ni kerjanya rembeskan serotonin dalam badan. Serotonin ni akan bantu kita rasa tenang, at the same time kurangkan rasa lapar. Bila serotonin rendah dalam badan, itu puncanya datang tekanan perasaan. That's why those yang nak ambik GC Plus, aku tanya dulu ada apa-apa sakit tak. Kalau ada thyroid problem aku tak galakkan ambik sebab dia ada gangguan hormon. Hormon tu akan menyebabkan dia always stress, bila always stress akan rasa sentiasa nak makan. Jadi, no point ambik GC Plus.

Yang tu dari sudut sains. Kalau dari sudut Islam pulak, ada kaitan dengan gangguan jin.
Macam yang aku tulis dalam previous entry, ini ada kaitan dengan masalah hati (rohani) juga ni. Ada kecelaruan hati, nafsu dan akal. Bila hati lemah, hubungan dengan Allah jadi rapuh. Bila hubungan rapuh, kehidupan jadi sempit. Segala masalah seakan-akan takde jalan keluar.

Walaupun aku blaja kaitannya dengan sains, tapi dalam masa yang sama aku percaya yang gangguan jin memang ada kaitan dengan depression. Contohnya Pak Aji. Pak Aji takde masalah depression, alhamdulillah. Tapi beberapa tahun lepas Pak Aji selalu rasa pening, sakit kepala, terasa yang lantai berpusing. Kalau dia kena attack, memang sampai muntah belahak terberak-berak. Aku pernah teman Pak Aji gi klinik. Mak Aji suruh aku temankan sebab dia kata kalau dokter tu cakap aku paham sikit dari bapak aku. Aku tanya dokter kot-kot Pak Aji dapat vertigo. Ataupun mata problem menyebabkan pening-pening. Dokter check habis semua. Darah tinggi takde, jantung ok, urin ok, darah ok, mata telinga semua ok. Kitorang buat thorough check, takde apa.

Masa open house rumah aku, Pak Aji kena attack. Dia pening sampai takleh berjalan. Kitorang papah dia ajak duduk kat tepi tiang (dalam rumah). Tetiba dia muntah-belahak. Berlari Mak Aji ke dapur ambik besen nak tadah muntah. Seriously, Pak Aji muntah dengan banyak gila, half of the besen. Pastu keluar sekali warna merah macam darah. Kejap pastu dia kata nak terberak. Mak Aji teman dia buang air, masuk sekali berdua dalam toilet. Mak Aji kata, Pak Aji berak banyak gila sampai kena flush 3 kali. Aku terpikir ini penyakit apa ni? Ko just imagine, dia muntah setengah besen, pastu berak dengan banyak. Celah mana dalam badan dia tersimpan benda-benda yang keluar ni? Banyak gila tau tak.

Dah berubat cara sains tak jumpa jalan keluar, Pak Aji try cara perubatan Islam.
Ustaz yang ubatkan Pak Aji tu jiran dalam komuniti Pak Aji tinggal. Dia kata ada 18 ekor jin kat badan Pak Aji. Meremang bulu roma aku dengar. Yang pelik tu bapak aku ni 5 waktu solat kat masjid. Siang malam baca Quran. Masih boleh lagi jin melekat?
Rupanya, jin ni kalau nak suka kat kita, tak payah jadi jahat. Jadi baik pun dia suka juga. Ustaz kata kemungkinan sebab bapak aku ni suka jalan sorang-sorang waktu malam. Dulu Pak Aji gi surau malam-malam, walaupun tengah malam (qiamulail) berjalan kaki. Gamaknya jin ni dok perati je bapak aku pulang balik sorang, jadi dia nak geng. Lepas berubat, alhamdulillah hilang penyakit tu.

Badi mayat pun boleh jadi punca terkena depression. Orang yang terkena badi mayat selalunya akan selalu bermimpi arwah dan kadang-kadang terbayang-bayang muka arwah. Bila asyik mimpi buruk tiap malam, dah tentu stress. Nak tido pun naik takut. Bila takut nak tido, dah tentu kurang tido jadinya. Ini akan menambahkan lagi stress. Bila stress sangat, mulalah semua benda jadi malas nak buat - malas nak mandi, malas nak bangun, malas nak makan, malas nak solat. Memang ada certain kes badi mayat yang susah nak ubati sampai membawa ke mati. Tapi boleh jadi ajalnya dah sampai. Badi mayat tu penyebab saja.

Aku tak jumpa hadis atau dalil tentang "balik dari ziarah jenazah kena mandi dulu". Kalau ada sesape jumpa, boleh bagitau aku. Tapi yang aku tau (ni diajar oleh ustaz), balik dari ziarah jenazah sebelum masuk rumah kita, baca Alfatihah, ayat Qursi and 3 Qul. Kalau bacaan smooth maknanya ok. Kalau bacaan tersangkut-sangkut eloklah jangan masuk rumah dulu.

Tapi memang sedihlah kalau mati akibat depression. Kes bunuh diri semuanya akibat tekanan perasaan. Macam Leslie aku tu, depression dalam diam. Entah apa la masalahnya sorang pun tak tau, jumpa-jumpa je dah mati bunuh diri. Aku takde idea nak bagi pandangan cara nak atasi masalah ni sebab depression ni boleh dikatakan sejenis gangguan mental juga. Orang yang ada gangguan mental tindakannya beyond logic. Kalau tak perati betul-betul, kita tak perasan dia ada tekanan perasaan. Maybe orang-orang terdekat boleh nampak perubahan ni. Agak-agak perangai lain macam je, cepat-cepatlah bawak jumpa dokter. Especially bila dia dah nampak tanda-tanda nak cederakan diri sendiri atau kejap-kejap sebut pasal nak mati - eloklah pegi hospital cepat. At the same time ikhtiar cara lain juga.

Kalau ada ahli keluarga yang bunuh diri sebab depression, harap-harap tak ada lah ahli keluarga lain yang jadi tertekan sebab ini pulak. Karang, tak berkesudahan masalah yang sama. Semua orang pernah rasa sedih. Perkara normal je tu kalau sesekali hadapi masalah/ujian. Tapi depression is a real illness. Dia bukan sedih biasa-biasa. Once dia datang, kau punya rutin harian semua tunggang-langgang. Semua fungsi out. Tapi good thing is ia treatable. Bunuh diri memang devastating news lebih-lebih lagi kalau terjadi kat keluarga sendiri. Kesannya pada keluarga yang ditinggalkan can be severe and far-reaching. Bukan senang nak teruskan hidup nak pulak kalau ada mulut-mulut longkang yang berbisik-bisik bila kita melintas depan dia "Abang dia ni la yang bunuh diri tu..". Eh, karang kau pulak yang aku bunuh.

Alangkan ahli keluarga mati natural pun kita sedih, inikan pulak mati bunuh diri. Efeknya dah tentu traumatic. Yang mati tu dah tentulah mati. Yang masih hidup ni jauh lebih tertekan sebab merasa loser-nya bila tak mampu nak prevent someone dari bunuh diri. At the same time rasa marah pada si mati sebab buat keputusan bodoh yang memalukan ahli keluarga lain sepanjang hayat. Orang luar pulak dah tentu buat assumption yang keluarga ini bermasalah dan tak mesra sampaikan ada yang bunuh diri. Penyakit yang melibatkan emosi like takut, risau, sedih, marah, yang keterlaluan membuka peluang untuk setan kuasai diri. Faktor gangguan jin ni kita tak boleh tolak mentah-mentah sebab memang ada sangkut-paut dengan masalah jiwa. Jadi, kalau notice diri ada tanda-tanda depression, please do the necessary.

To this reader, maybe apa yang aku nak cakap ni tak membantu banyak. Tapi yang dah takde kita tak boleh buat apa. Urusan dia dah habis. Takyah kenang-kenang sangat. Tapi urusan kita masih berjalan lagi. Kalau panjang umur, banyak lagi benda yang kita nak tempuh. Toksah habiskan masa dengan termenung mikir apa orang lain kata. Mulut orang ni takkan berhenti kalau kita melayan. Jadi diamkan buat tak reti, lama-lama dia senyap sendiri. Jangan malu nak jumpa psikitiari, kaunselor atau ustaz. Mana tau mungkin asbab kejadian ni ada seribu hikmah lain yang Tuhan nak bagi kat kita.





Yang tanya apa beza Basic Value Pack dengan Combo Pack, ok bezanya ini :

Basic Value Pack :
1 x GC Plus (RM90) - cukup sebulan
1x Nutrijuice (RM59) - cukup 2 minggu
1 x Cleansing Gel sample (free)
Jumlahnya RM149

Combo Pack
1 x GC Plus (RM80) - cukup sebulan
2 x Nutrijuice (RM50 setiap satu) - cukup sebulan
Jumlahnya RM180

Boleh nampak beza kat mana, kan?
Sesuai dengan keperluan korang, pilihlah pakej yang lebih tepat.

Whatsapp sini kalau nak beli

2018-01-19

Otak dan akal adalah 2 benda yang berbeza



Dari email seorang reader, aku extract isinya saja and tepek kat FB semalam untuk tanya pendapat awam pulak. Kalau rasa nak tengok apa komen-komen yang aku dapat boleh baca kat FB aku, aku public-kan post. KLIK SINI.

Actually masalah reader ni tak sesusah mana SEKIRANYA yang request tu pangkatnya adik-adik atau anak-anak. Yang ni senang, sebab selalunya bila kita kata tak boleh, dorang akan akur. Yang jadi masalah bila pen-request datang dari kalangan pangkat orang-orang tua, kakak and abang. Hat ni yang payah. Nak terima, tak boleh (ada alasan-alasan kukuh). Tapi nak tolak lagi la tak boleh. Bukan apa, selalunya pangkat-pangkat yang lagi tua ni, bila request ditolak oleh kita-kita yang lagi muda dari dia, kita dianggap tak hormat pada dia. Jadi aku faham kenapa reader ni susah hati.

Point nombor 1 tu, kalau request datang dari kalangan adik-beradik, no hal.
Rumah aku pernah jadi rumah untuk urusan pinang-meminang-bertunang adik perempuan En Wan.
Nasib baik lah aku ni blogger, ada bukti nak bagi tunjuk kat korang. KLIK SINI.

Kalau adik-beradik aku and En Wan nak buat majlis nikah kat rumah kitorang takpe, aku memang on je. Tapi kena bersyarat lah. Bukan apa, sebab aku ni tetiap tahun buat open house. Jadi aku faham sangat "side effect" selepas majlis. Bukan semua orang sanggup tunggu sampai habis majlis nak tolong kemas-kemas. Karang tuan rumah jugak tertonggeng-tonggeng berkemas sorang-sorang.

Mak mertua aku is a living proof. Rumah dia kat kampung tu pernah jadi rumah buatkan majlis kawen orang. Mak kata elok je habis majlis, semua pun meruyup hilang ntah mana. Rumah jadi tunggang-terbalik. Yang berserak dalam rumah satu hal. Yang kat luar rumah satu hal lagi. Dah satu keje pulak mak kena jirus porch, kutip sampah dalam longkang, kutip pinggan-pinggan yang orang bawak keluar untuk makan kat buaian. Kan dah jadi menyusahkan namanya tu? Elok-elok kita ni nak buat baik, dah jadi jahat sebab menyumpah-nyumpah dia. Dia punya request kena tolak dia kata kita berkira, tak hormat tetamu. Yang dia menyusahkan tuan rumah dia tak pikir pulak.

Memanglah tuan punya majlis boleh cakap dia uruskan caterer. Semua kos majlis dia keluarkan.
Ya, betul. Secara mata kasar memanglah nampak macam tu.

Tapi kena ingat, yang masuk dalam rumah ni, bukan semuanya makan kat khemah depan rumah.
Ada yang makan dalam rumah. Tu belum lagi yang ramai-ramai dalam rumah ni keluarkan pinggan, mangkuk, cawan, jug dan segala tok nenek perkakas nak buat makan-makan sesama sedara-mara kat dapur. Belum lagi dengan makanan berkecah, dengan susun-atur perabot rumah yang berubah tempat, belum lagi dengan bilik tido, dengan bilik air punya cerita. Karang korang semua balik, yang menonggeng angkat perabot aku. Yang menyapu mengemop aku. Yang nak mengelap menyusun balik pinggan-mangkuk berlambak-lambak tu aku.

Tu baru cerita kat hall je tau. Belum aku check lagi bilik-bilik tido, bilik-bilik air. Karang kau sedap je pi honeymoon, aku lakibini demam seminggu penat mengemas rumah. Ini bukan open house tau. Ini nak buat keje kawen. Hoiiii, memang kalau request ni sampai kat telinga aku di kalangan bukan adik-beradik, aku right away say NO. Kalau adik-beradik, boleh. Tapi aku punya syarat memang panjanglah. Jangan pulak kata aku berlagak. Aku dah bagi tumpang rumah buat majlis kau dah besar rahmat tau. Jadi, kena sama-sama kerah tenaga. Jangan ingat buat kat rumah orang maka kurang sikit rumah kau berkecah. Amboiiii, cantek muka? Kalau taknak rumah sepah, len kali buat kat hotel.

Yang 'tanggung kos majlis' tu selalunya majlis saja. Habis takkan ko datang betul-betul hari majlis. Kurang-kurang 2-3 hari sebelum dah start berkampung dalam rumah kita. Dah tu makan minum 2-3 hari tu sape pulak punya kos? Ni majlis nikah tau. Bukan sikit-sikit orang datang berkampung. Kadang-kadang dorang ni tak pikir semua tu. Dia tau dia punya nak jimat kos je. Karang bila kita suarakan pasal ni dijawabnya "Makan je lah apa yang ada. kami tak kisah". Ya ampunnnnn. Susah nau nak read between the lines ke?

Kita ni yang benornya tak berkira pasal makan. Tapi cubalah consider sikit tuan rumah. Tuan rumah berkerja. Mana nak penat hal keje, balik rumah tengok rumah bersampuk-haruk dengan orang and barang yang penuh. Kalau tuan rumah mewah, bolehlah tetamu makan mewah. Kalau tuan rumah tak berapa nak mewah, takkan nak dibagi mencekik telur mata siang malam? Tuan rumah pun tau malu jugak. That's why tumpang rumah orang untuk buat majlis nikah sebenarnya should not even be thought.

Point nombor dua.
Siapa yang follow blog, FB atau IG aku mesti tau rumah aku memang always jadi tempat menerima tetamu di kalangan adik-beradik, saudara-mara dan anak-anak sedara. Aku memang tak kisah nak terima tetamu. Tapi syaratnya, rumah aku mesti ada orang baru boleh datang tido. Kalau takde orang, silakan pi tido tempat lain. No such thing aku nak tinggalkan kunci kat rumah jiran ke, kat dalam kasut ke, kat dalam mailbox ke, untuk allow kau masuk dalam rumah tumpang tido. Tak boleh!

Rumah aku memang takde duit or barang kemas.
Aku jenis tak simpan duit dalam rumah. Dalam purse aku pun habis kuat RM50-100 je. Selalunya kurang dari tu. Lebih-lebih, aku bayar pakai debit atau credit card. Emas memang aku tak pakai. Jadi, bukanlah sebab emas atau duit yang aku pikirkan. Tapi aku taknak membuka peluang kepada perkara-perkara yang akan melemaskan jiwa raga aku.

Bukan apa, katakanlah ada barang dalam rumah hilang. Mungkin barang tu dah lama hilang tapi aku tak sedar. Bila teringat nak cari, dah tak jumpa. Tak ke orang pertama yang aku tuduh adalah kau? Kalau betul kau ambik, memang aku marah. Kalau bukan kau yang ambik, aku dapat dosa kering. Dan pulak, dah tentu ada benda-benda dalam rumah kita yang kita tak suka orang sentuh. Dengan anak-anak sendiri pun kita sound "Jangan berani-berani sentuh barang ni!". Bila orang nak tumpang dalam rumah, kita jadi susah hati mikir kot ada yang memandai-mandai alihkan barang itu ini, kot ada yang memandai keluarkan pinggan-mangkuk yang kita sendiri jarang pakai. Tu belum lagi memikirkan cara dorang menjaga rumah. Ada beza tau kalau kita berkemas dengan orang lain berkemas. Bagi dia, dah cukup kemas dah. Tapi mata kita sakittttt menengok. Jadi, sebelum aku naik hantu balik rumah tengok rumah aku tak seperti yang aku tinggalkan, lebih baik aku say NO.

Ini bukan soal sayangkan harta ya. Ya, aku cukup maklum harta dunia ni tak bawak masuk kubur. Tapi, dosa pahala bawak masuk tau. Jadi, selagi aku boleh elakkan sebarang pertambahan dosa kering, aku cuba elakkan. Aku takkan say NO macam tu je. Kasar sangat bunyiknya tu. When I say no means aku akan cakap baik-baik "Minta maaflah. Tak berapa selesa nak bagi orang masuk rumah masa saya takde. Tapi kat Putra Heights dah ada hotel. Cuba call hotel check ada bilik kosong ke tak".

Cukup berhemah tak ayat aku?

Tapi jangan terkejutlah kalau ada yang masih juga tak boleh terima bila kita menolak dengan cara baik. Sebab bagi dia, bila dia mintak, kita kena bagi jugak. Memang ada jenis manusia macam ni ya. Jenis ni bak kata P Ramlee "Kecik-kecik tak mau mampos, dah besar menyusahkan orang".

Point nombor tiga.
Bab makan, insyallah setakat ni aku tak berapa kisah sangat.
Sebab tu kat rumah aku kena ada stok :

1. karipap
2. popia (dua-dua ni mak buatkan)
3. keropok lekor
4. keropok keping
5. sardin
6. telor
7. ikan bilis
8. fishball (ready-made)
9. mushroom (dalam tin)
10. spageti.

Ini sepuluh benda aku always top-up. Jangan dibiarkan 'kering' lama-lama sebab rumah aku almost every week ada orang datang sebab mak duduk sekali. Jadi anak-anak sedara En Wan rajin datang. Kalau kebetulan aku masak special, dapatlah makan special. Kalau nak datang tak cakap, memang antara 10 barang ni je la yang jadi rezeki kau hari tu.

The thing is, my concern bukanlah pasal makan. Makan insyallah takde masalah. Kalau penat sangat nak masak, aku call Pizza Hut je. Yang jadi masalah tu bila ko datang tengah-tengah waktu orang nak tido. Pastu tanya pulak apa makanan ada sebab lapar. Haaaaa....yang ni memang nak kena lah dengan aku. Kau datang dah la malam-malam buta. Lagi mau tanya pasal makan. Kalau sesape buat macam ni kat aku, aku hantar location Mamak Ali Maju je. Mamak bukak 24 jam. Gi makan sana dulu, lepas mencekik karang baru kau datang rumah. Kalau takde adab dengan aku, aku bagi balik benda yang sama. Tengok kau hangin ke tak.

Lagi satu, aku sendiri tak berapa selesa orang datang rumah time selepas 10 malam.
Selepas 10 malam adalah waktu berehat. Kalau macam En Wan, waktu ni la baru dia nak start baca paper, waktu ni la aku baru nak start tengok apa-apa cerita best kat TV. Kadang time ni la aku tengah tengok-tengokkan Rayyan blaja. Yang kau pulak nak datang time-time macam ni. Menjamu orang makan takde hal. Yang jadi hal tu bila aku kena layan kau bersembang. Dah nama tetamu datang kan, mestilah nak kena layan. Ni esok ni aku nak keje ni. Kadang tu dia dah nampak aku terabak-rabak menguap, masihhhhhh lagi nak bukak dari satu topik ke satu topik. Karang kalau tak dilayan kata kita takde adab dengan tetamu. Yang dia tu sopan sangat lah dengan adab sampai tak nampak bijik mata aku dah merah tahan ngantuk ni.

Tetamu datang malam-malam buta like this selalunya jadi time raya. Kalau kat kampung, kadang-kadang kita dah bentang tilam kat hall nak tido. Tau-tau ada orang bagi salam. Boleh pulak dia cakap "Eh dah nak tido? Raya-raya takkan nak tido awal".
Raya memang sehari ke camne ceritanya ni? Macamkan takde besok nak datang beraya. Dah pukul 10.30 malam kottt.

Sometimes aku pelik. Takkan lah tak boleh pikir, ni dah malam. Orang dah nak tido. Orang ada anak kecik. Orang penat balik keje. Esok orang ni nak bangun awal nak uruskan anak-anak ke sekolah. Jangan pikir mata kau je. Kau lainlah spesis burung hantu kuat berjaga malam.

Entahlah. Kalau nak cakap pasal adab datang rumah orang rasanya sampai bila-bila takkan habis. Manusia memang ada otak. Tapi tak semua ada akal.




Ni kalau sesape nak check dari mana datang point korang, korang boleh klik kat MY REWARDS.
Situ boleh nampak breakdown setiap point :)
Jangan risau, kami tak tipu point anda.