Pages

2017-11-30

"Kalau dah jodoh tak ke mana"


Entry aku tentang kawen 2 hari berturut-turut adalah entry mengundang namanya.
Mengundang banyak question tentang jodoh.

Semalam ada lagi yang bertanya "Bukan ke jodoh dah tetap kat Loh Mahfuz, usaha macamana pun takkan berubah?"

Certain orang anggap jodoh dan rezeki dah ditetapkan so apa pun terjadi, takkan mengubah situasi.
Dengan kata lain, macamana pun kita usaha cari rezeki, kalau Allah dah takdirkan kita miskin sebelum lahir maka miskin jugalah sampai ke mati. Kalau sejak lahir dah kaya, maka takyah keje dah sebab memang akan kaya sampai mati.

Ok, hidup kita ada qada', ada qadar, dan ada takdir.

Qadar adalah ketetapan oleh Allah sebelum kita lahir lagi dan takkan berubah sampai kita mati.
Kau nangis sampai keluar airmata darah, kau merepek-meraban kat status FB mengeluh macam-macam demi nak mengubah situasi, ia tetap takkan berubah.
Contohnya ajal dan jantina.
Kita tak boleh pilih untuk jadi lelaki atau pompuan. Allah yang tentukan siap-siap kita kena jadi apa.
Kalau kita tetap nak tukar jantina jugak, kita takkan boleh tukar the sistem (sifat, fitrah, nafsu).

Takdir pula adalah ketetapan Allah atas ikhtiar makhluk.
Maksudnya, perlu ada usaha dari kita dulu.
Di antaranya - rezeki, perbuatan kita dan jodoh.
Samada kita jadi baik atau buruk, bergantung pada ikhtiar kita.
Contohnya bunyi azan.
Manusia  boleh pilih nak berhenti buat keje dan terus solat atau tangguh sampai lagi 30 minit nak habis waktu baru buat, atau tinggal terus takyah solat.
Kalau dia terus solat, Allah tetapkan takdir untuknya. Dapat hidayah.
Kalau dia tinggalkan, Allah tetapkan takdir juga untuknya. Dapat musibah.
Maknanya kat sini, takdir itu Allah tetapkan berdasarkan perbuatan kita dan usaha kita.

Macam tu juga dengan rezeki.
Semua makhluk dah dijanjikan dengan rezeki.
Tapi tak jatuh depan mata. Kena cari.

Jodoh bukan qadar.
Jodoh adalah takdir. Mesti ada usaha dulu.
Walaupun orang kita famous dengan quote "Kalau dah jodoh tak ke mana".
Quote yang tak membantu lansung. Ntah sape la cipta quote ni.
Seolah-olah nak bagitau yang takyah nak usaha sangatlah, nanti jodoh tu datang sendiri.
Padahal bukan macam tu.

Orang yang tak berusaha mencari jodoh takkan jumpa dengan jodohnya.
Memang dah ditetapkan, tapi kena usaha cari.
Dan orang yang tak berusaha mencari jodoh yang baik maka akan bertemu dengan jodoh yang buruk.
Allah memang suruh kita untuk usaha termasuklah dalam mencari pasangan.

Rasulullah saw bersabda: "Wanita itu dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah wanita yang beragama, maka kamu akan beruntung." (Muslim 2661).

Kenapa disebut "dinikahi"?
Sebab, perempuan itu menunggu. Lelaki yang sepatutnya aktif mencari.
Tapi perempuan pun bukan kena duduk tak buat apa-apa.
Maksudnya menunggu dalam kebaikan di mana kalau perempuan tu nak lelaki yang baik, dia kena usaha jadi baik dulu. Kalau dia nak suaminya soleh, maka dia kena usaha jadi solehah dulu.
Sama-sama ada peranan untuk berusaha mencari jodoh yang baik untuk diri sendiri.

Kat sini jelas tunjuk yang jodoh itu datang dari usaha kita dulu, kendian baru menyusul takdir.
Jadi, jangan kata "Dah takdir Allah bagi jodoh dapat laki macam ni, redha je lah".
No.
Takdir itu bukan Allah kasi buta-buta macam tu je. Ia ada kaitan dengan perbuatan dan ikhtiar kita.

Kalau pasangan kita buatkan kita menjauhi Allah, jangan salahkan Allah yang menuliskan takdir.
Sebab semua tu sesuai dengan apa yang kita dah pilih.
Allah dah ingatkan dalam Quran dan Rasulullah saw pun dah bagi guideline dalam hadis.
Kita sendiri yang tentukan pilihan, walaupun hasil tetap ada di tangan Tuhan samada DIA satukan kita dengan orang pilihan kita walaupun salah jalan atau DIA gagalkan.

Kalau Allah satukan belum tentu Allah meredhai pilihan kita.
Dia satukan kerana kasihNya. Dia kabulkan apa yang kita usahakan. Dia izinkan semua tu terjadi, tapi disebalik kehendak kita, Allah kata "Inikah yang kau nak? Inilah yang buat kau bahagia? Inikah yang kau pilih? Maka Aku izinkan ia terjadi. Tapi kau harus mempertanggungjawabkan semua ini di akhirat nanti".

Jadi, jangan salahkan Allah semata-mata kalau dapat jodoh yang salah.
Allah tentukan kita ada pasangan, tapi pasangan yang macamana itu bergantung pada usaha kita.
In fact, yang meninggal bujang pun ada pasangan sebab kat syurga takde yang bujang. Semua ada pair.

Udah la, jangan banyak pikir kenapa itu kenapa ini.
Ada perkara yang tak boleh dipikir, malah kalau difikir tak jumpa lojik kat mana.
Itu keje Tuhan.
Kita buat mana yang DIA dah suruh je.



LAST DAY HARI NI.
SEBELUM 11.30 MALAM.
Basic Value Pack, RM149 free pos.
GC Plus + Nutrijuice + Cleansing Gel.



2017-11-29

Kalau jodoh itu takdir, kenapa ada yang bercerai?


Entry aku tentang jodoh semalam.
Ada reader tanya "Kalau jodoh tu takdir Allah, kenapa ada yang bercerai?"

Good question.
Sebab aku pernah tanya exactly the same question kat ustaz.

Cerai tu tak salah.
Tapi ia adalah perkara halal yang paling dibenci Allah.
Memang takde hadis tentang ni tapi ia berdasarkan ayat ini "Perceraian itu hanya diperintahkan oleh syaitan dan tukang sihir, sebagaimana firman Allah "Mereka belajar dari keduanya sihir yang boleh memisahkan antara seseorang dengan isterinya." (Al-Baqarah: 102).

Maksudnya apa?
Maksudnya, cerai bukanlah satu perkara yang digalakkan tapi alternatif terakhir untuk selesaikan masalah suami isteri.
Maknanya, cerai bukanlah satu-satunya jalan penyelesaian.
Kalau tak terpaksa sangat sangat sangat sangat sangat - janganlah bercerai.
So, mana mungkin Allah takdirkan penceraian tapi dalam masa yang sama Allah nyatakan cerai itu adalah perkara yang dibenciNya?

Cerai adalah pilihan.

Bila kau dah kawen 10 tahun tapi laki kau masih lagi kejenya goyang telor kat rumah, tak reti nak cari keje, makan hasil bini, mengangkang isap rokok, duit rokok pun paw bini, solat jauh sekali.
Kau dah bagi masa 10 tahun, tapi perangai masih tak berubah.
Kau beristiharah, solat hajat dan solat taubat setiap hari mintak pentunjuk dari Allah.
Lalu kau decide untuk teruskan atau bertahan.

Bilamana couple tu takde tolak ansur, asyik bertekak siang malam, lansung takde persefahaman lagi - maka akan berlaku perceraian.
Maknanya manusia itu sendiri yang jadi puncanya, bukan Allah.
Tapi, semua ni memang dah dalam pengetahuan Allah sebab Dia Maha Mengetahui.
Cuma ada beza antara pengetahuan dan ketentuan.

Bukan Allah saja yang menentukan setiap gerak laku manusia mahupun punca ke arah sesuatu kejadian yang dilakukan oleh manusia.
Allah menciptakan rasa kecenderungan dan kasih sayang sebagai fitrah manusia.
Tapi manusialah yang berperanan untuk menjadikan rumahtangganya sakinah, mawaddah dan warahmah.

Contoh seorang cikgu boleh bajet mana satu anak murid dia yang akan berjaya dalam exam berdasarkan penelitian dia.
Tapi bukan cikgu tu yang tentukan samada anak murid tu berjaya atau gagal.
Murid itu sendirilah yang akan tentukan kejayaannya.
Kalau dia usaha, doa, tawakkal, jika berlandaskan sistem Allah yang betul, maka dia boleh berjaya.

Cerai ada hukum jugak. Bukan asal terkehel je kau lafaz cerai.
Kalau suami isteri tu asal tinggal sebumbung je bertekak dan saling menyakiti, memang takde peluang nak berbaik lansung, maka lebih baiklah cerai.

Lafaz cerai pun jangan dibuat main-main ya.
Lafaz cerai ada 2 - yang sahih dan yang berbentuk sindiran.
Yang sahih tu kita tahu lah memang jelas dia sebut "Aku ceraikan kau".
Tak kira kau serius atau main-main, talak tetap jatuh.

Yang kedua, berbentuk sindiran atau kiasan.
"Pegi balik rumah mak bapak kaulah, menyampah aku tengok muka kau!"
Kalau semasa suami lafazkan ini niat dalam hati dia nak bercerai, maka jatuh talak.

So suami, jangan main-main dengan kias-kias macam ni ya.
Kalau dalam hati masih ada rasa sayang, jangan cuba-cuba nak berkias macam ni kat isteri.
Karang kau yang kering.
Yang pompuan pulak, jangan nak ugut-ugut suami kalau hati tu tak cekal. Kalau setakat nak test-test if suami berani ceraikan kau ke tak, janganlah guna perkataan "Ceraikan aku! Ceraikan aku!"
Sekali laki kau cakap "Ok, aku ceraikan kau!", hah mampus kau nangis kat situ.
Melainkan kau nekad, dah habis pikir, lain cerita.
Sebab dalam hadis ada cakap "Mana-mana perempuan yang mintak cerai tanpa alasan kukuh, maka haram baginya bau syurga" (Riwayat Abu Daud, 1899).

Tapi kita-kita orang awam ni jangan pulak asal dengar pompuan yang mintak cerai maka kita jatuh hukum memandai-mandai.
Perlu tahu dulu kenapa minta cerai.
Kerana minta cerai pun tak salah tapi perlu tau kenapa dia minta cerai. Itu yang kena tahu dulu. Puncanya. Jangan buta-buta jatuh hukum masuk neraka (refer balik hadis Abu Daud kat atas).

Aku kenal a few fren yang bercerai bukan sebab tak sayang, tapi sebab sakit hati hari-hari suami perli badan dah gemuk, and alasan-alsan yang tak lojik like tak pandai masak, bla bla bla.

Bagi aku, kawen itu bukan untuk mencari isteri yang pandai masak, tapi cari isteri yang mahu memasak.
Dan untuk isteri pulak, bernikah bukan untuk cari suami yang berpendapatan tinggi, tapi cari pendamping hidup yang nak berkongsi pendapatan untuk keluarga.
So, kalau rasa takde tolak ansur, maka silakan bercerai je.
Bukan tambah isteri lagi. Eh.
Kalau alasannya kesian atau nak tolong gadis atau janda, takyah nikah pun takpe. Bantu je lah.
Kalau nikah lagi tu namanya nafsu. Eh lagi.
Jangan cari pembenaran poligami dalam kajian agama dan Quran, sebab takkan habis.
Sebab nafsu manusia takde batas. Eh lagi lagi.

Dalam Quran sendiri ada cakap ketika kita bernikah, akan hadir ujian-ujian yang mematangkan rumahtangga.
Jadi, ujian Allah itu bukan untuk menjadikan rumahtangga bermasalah, tapi nak memantapkan kematangan suami dan isteri.
Aku lupa ayat ke berapa tapi semaklah balik dalam tafsir. Memang ada disebut di saat kita sah bernikah je, akan ada ujian dan akan ada setannya (nama setan pun ada disebut setan jenis apa).

Sedangkan rumahtangga Rasulullah saw pun ada masalah.
Rasulullah saw tu syurganya dah pasti, masih ada masalah rumahtangga.
Yang kita ni syurganya belum pasti tapi nak rumahtangga smooth sepanjang hayat?
Eh, lagi soleh kau pulak dari nabi.





ESOK LAST DAY! ESOK LAST DAY!
RM149 saja FREE POS.



2017-11-28

Cinta itu pilihan tapi jodoh itu takdir.


Follower FB aku tau kot aku always gunakan nama Fattah Amin kat status.
Hakikatnya aku bukanlah peminat dia pun, tapi takde masalah nak layan drama dia. Ok je.
Baru semalam aku tau rupanya Amin tu bukan nama dia tapi nama bapak dia. Aku ingatkan nama dia Fattah Amin. Bagus dak Fattah ni, letak nama bapak sekali as nama panggilan dalam industri.

Baca kisah dia laki bini rasa seronok pulak.
Macamana sweet Allah aturkan jodoh Fazura.
Kita yang orang awam ni dok kata Fazura tu anak dara tua, memilih sangat sebab tu tak kawen-kawen. Bila dia kawen dengan Fattah, orang kata pulak Fazura dah takde pilihan lain sebab dah tua jadi sambar je la Fattah.

Masalahnya, ada ke orang pompuan yang nak jadi anak dara tua?
Semua perempuan kalau boleh nak kawen awal, supaya dapat anak pun awal.
Yang sebetulnya Allah simpan jodoh Fazura sebab DIA dah tetapkan jodoh Fazura ni dengan orang yang 7 tahun lebih muda.
Kalau Fazura kawen umur 25, maknanya Fattah baru 18. Belum matang lagi. Masih budak-budak.
So, Allah simpan lama biar cukup umur 27 tahun, biar dah matang sikit, baru layak kawen dengan Fazura. Itu yang sebenarnya.

Lepas tu ada pulak yang cakap Fattah ni muda lagi, tak sematang Fazura. Tak layak bersama.
Kalau 27 masih lagi tak dikatakan matang, aku tak tau la En Wan tu apa agaknya orang akan panggil dulu.
Si Fattah tu at least umur 27 baru kawen. Laki aku umur 24 dah kawen.

Pernah tak korang teringat kat sorang laki atau pompuan yang kita minat, terus tak khusyuk solat?

Kalau aku, pernah.
Masa tengah angau dulu semua benda buat pun aku teringat dia.
Masa solat pun teringat jugak.
Itu baru minat.
Belum lagi bila dah declare bf-gf, lagi la tak khusyuk especially kalau bf tak call-call, gf tak reply mesej, lagi la tak khusyuk.
Kalau bersembang dengan kawan pun kesian Hamba Allah tu berbuih bercerita, yang kita kat depan ni dengar tak dengar je sebab kepala dok ingat kat bf/gf.
Kenapa semakin besar rasa sayang kita pada seseorang, kalau perhubungan tu terkehel sikit, buatkan kita tak khusyuk dalam solat?
In fact, semakin kuat sayang kita pada pasangan yang belum halal, semakin tak khusyuk dalam solat.

Sebab tu jangan question kenapa orang tu kawen awal, ataupun "eh, baru je bercinta dah nak kawen?".
Anggap saje la dia nak beribadah dengan tenang.

Aku tak percaya kalau ada orang kata "Sejak aku kenal dia, aku jadi makin khusyuk dalam solat. Aku jadi makin rajin baca Quran..".
Takde maknanya.
Itu namanya Talbis.

Talbis itu tipu daya iblis.
Kita rasa selepas jumpa dia, kita jadi semakin baik.
Padahal kita buat kerana cinta pada dia, bukan kerana Allah.
Talbis buatkan kita rasa cinta kita tu disulami dengan syariat.
Cinta yang disulami dengan nasihat untuk mengaji, nasihat untuk tahajud, nasihat untuk rajin solat.
Bila perhubungan tu berkecai, ibadah kita pun berkecai.
Yang ini yang dikatakan Talbis.
Kita berbuat kebaikan kerana cinta.

Aku pernah dapat email reader, isterinya cakap suami dia berubah lepas kawen.
Sebelum kawen selalu nasihatkan dia solat, mengaji, tapi lepas kawen suami dia tak buat pun semua tu sampaikan dia pun terikut tak buat.
Ini pun namanya talbis.
Buat kerana cinta pada manusia.
Tapi kalau kita masih istiqomah meneruskan ibadah walau selepas relation tu tak menjadi, alhamdulillah.

Apa beza tertarik kerana hati dengan tertarik kerana nafsu?

Kalau tertarik kerana nafsu, setiap kali pasangan buat baik, kelihatan menarik, kita akan puji dan rasa sayang menebal.
Dan setiap kali pasangan buat salah atau jadi semakin tak menarik, kita akan kutuk dia dan marah kaw-kaw siap maki hamun.
Itu akibat kalau tertarik dengan nafsu.

Tapi kalau tertarik kerana hati, tak kisahlah orang itu tua, ada kekurangan, buat salah, dia terima dan sentiasa berusaha untuk bantu atasi kekurangan pasangan. Pasangan tak jadi paling hebat pun tak apa, janji terbaik di mata dia.

Jadi, kalau isteri orang tu tua 10 tahun sekalipun, itukan isteri dia. Bukan isteri kau.
Dah dia suka and sayang yang lebih tua dari dia.
Kau jaga pasangan kau je dah la.
Peliknya manusia ni selalu membayangkan benda yang belum tentu jadi.
Kalau dah jadi lain cerita. Ni belum jadi.
Dia pulak over imagine "susah esok dah tua-tua baru nak beranak."
Umur 34 tua hapenya. Aku yang beranak umur 27 tahun pun susah weh.

Ada yang lagi teruk pi question "Apesal la mesti pilih Fattah?"

Eleh, cakap orang macamkan laki kau Tom Cruise.
Orang tengok laki kau pun agaknya orang tertanya apesal kau pilih itu jadi laki.

Perlu ada etika dalam menerima qada' dan qadar Allah.
Perlu faham yang cinta itu adalah pilihan tapi jodoh itu takdir.
Bercinta lah macam nak rak dengan siapa pun, tapi kalau bukan jodoh, tetap bukan.
Yang menulis ni dah alaminya ya.
Bercinta bagai nak rak siap ada album gambar khas berdua, taknak campur dengan gambar lain. Senang nak bubuh bawah bantal tengok gamba yang sama hari-hari. Kat kulit album gamba ada signature masing-masing punyalah nak membuktikan betapa cinta kitorang.
Segala benda nak letak initial bersama macamkan orang kesah sangat.
Tapi alih-alih yang jauh tak nampak di mata tu rupanya jodoh aku.

Hal jodoh ni memang hal yang rumit sikit.
Ada beberapa perkara yang kadang-kadang tak masuk akal dan payah nak dihadam oleh akal lojik manusia.

Ada orang yang buat macam-macam ikhtiar untuk melembutkan hati seseorang supaya cintakan dia.
Atau cuba buat macam-macam untuk ambil hati bakal mertua yang tak setuju dengan pilihan.
Atau buat solat hajat beramai-ramai untuk pastikan jodoh pastu bertemu (tetiba tajuk lagu Afghan).
Dari usaha paling ringan sampai ke usaha yang paling besar, semua dah dibuat.
Sampaikan ada yang buat usaha extreme misalnya ugut nak bunuh diri kalau cinta tak kesampaian.

Sesungguhnya campur tangan Allah dalam urusan jodoh sangat besar.
Kita tak boleh paksa orang untuk suka kat kita apetah lagi memaksa 2 orang untuk berkahwin atas alasan kita rasa dorang sesuai bersama.
Kenen-kenenkan boleh. Tapi kalau tak menjadi, kita harus terima sebab jodoh itu kuasa Allah.
Kalau dia bukan jodoh kita, maknanya Allah dah tentukan ada orang lain yang lebih tepat cuma masanya bukan sekarang.
Bukan bermakna yang kita kenenkan tu kurang baik tapi kurang tepat.

Tukang kenen kena jadi positif.
Kau kenenkan Hamba Allah dua orang tu sebab kau rasa dorang sesuai sangat.
Tapi bilamana bukan itu jodoh mereka, maka kau kena positif.
Alangkan yang kau nampak macam sesuai tu pun tak berjodoh akhirnya, maknanya pasti yang Tuhan simpankan tu jauh lebih sesuai. Be positif je sudah.
Bukannya bila jodoh tak kesampaian kau pi buat U-turn kutuk pulak orang tu balik.
Mula-mula kau yang kenenkan pastu bila tak jadi dan-dan segala buruk orang tu kau korek.

Kesimpulannya, kita harus yakin bahwa Allah dah ciptakan manusia dengan takdirnya.
Dan kita juga kena yakin bahawa manusia itu diberi pilihan untuk memilih takdir yang paling baik untuk dirinya.
Maka, keimanan pada qada' qadar harus mendorong kita untuk selalu berdoa dan berikhtiar sebaik mungkin, sementara hasilnya takdir Allah.



TINGGAL 3 HARI LAGI OFFER NI.
Basic Value Pack. Free pos sehingga 30 Nov.



2017-11-27

Star Cruise Superstar Libra - Part Last



Selasa 4.30 pagi.
Masa ni kapal dah patah balik ke Malaysia tapi waktu ni belum sampai perairan Malaysia lagi. Hujan tapi tak bergelora. Tenang je rasa.
Yang kaki terjulur tu Rayyan. Elok dah tido kat katil sebelah, malam-malam dia pindah jugak nak tido bergumpal dengan aku.

Duduk termenung atas sejadah pagi-pagi macam ni banyak ilham Tuhan bagi.
Antaranya aku realize yang dalam kebanyakkan masa, hidup kita ni terlalu selesa sampaikan banyak benda yang kita lekakan.
Bila sesekali ada peluang berlayar macam ni, pergantungan kat Allah tu jadi lagi tinggi dari biasa. Takut mati kat laut kekdahnya.
Solat pun awal waktu.
Nak bangun solat malam senang sebab hati tu ada azam kuat nak bangun sebab nak berdoa supaya selamat, zikir lebih banyak dari biasa maklumlah atas laut, berdoa pun sungguh-sungguh lain macam.
Untuk orang yang penakut macam aku, bila terpaksa keluar dari zon selesa, membuatkan diri tu ingat kat Allah lebih.
Agaknya sebab tu lah makin aku takut naik flight, makin kerap aku kena naik.
Takut naik bot, hah kau Dia bagi aku 4 hari atas laut yang terdedah dengan cuaca buruk.
Agaknya Dia pun tau, aku ni kena letak kat tempat macam ni baru aku ingat Dia lebih.
Benda ni buatkan aku sedar yang perancangan Allah sentiasa yang baik-baik. Dia bagi aku benda yang aku tak nak, yang aku takut, sebab Dia tau itu je caranya untuk buatkan aku ingat Dia lebih. Itu pun kalau nak berfikir dengan mata hati lah.



Bagus la pencahayaan kat Penang ni, aku nampak lebih cerah dari biasa. Kahkahkah.

Waktu ni kapal dah sampai Penang, around 4pm macam tu kitorang keluar jap.
Tekak ni ha terasa nak makan pasmboq sangat.
Plan asalnya nak naik grab sampai ke Feringgi tu, nak makan kat sana.
Pastu malam singgah Jalan Gurney nak makan pasemboq sotong mamak menari.
Tapi, pukul 8pm ada Magic Show pulak atas kapal jadi En Wan taknak balik lambat.
Kapal bagi kitorang merayap sehingga 9.30 malam tapi kitorang sebelum pukul 7pm dah balik ke kapal.

Jadi, aku makan kat Esplanade je. Jadiklah, situ pun ada pasemboq.
En Wan dengan Redza makan mee sotong.
Nasib baik situ ada ABC askrim, lepas gian aku kejap.
Tapi rasa macam tak puas la kalau tak dapat makan pasemboq sotong.
Kalau dulu aku keje sorang, senang je. Agak-agak nak makan, aku start enjin, jalan. Day trip. Lepas puas makan, balik.
Now dah keje ngan pakwe ni, kunci kereta pun dia tak bagi aku pegang.



Agaknya suara aku kuat sangat memekik-memekik panggil Rayyan, sampaikan Neena boleh tertoleh kat aku. Jumpa lagi dia ni. Baru 2 minggu lepas jumpa. Sampai ke Penang pun jumpa lagi.
Mujur gak dia ada, dia la yang tunjuk hala ke Esplanade sebab dia pun baru lepas mencekik kat sana.



Gitewwww. Jadiklah asal namanya pasemboq.
Aku kalau makan pasemboq memang ambik 4 benda je - tauhu, telor, timun, sotong.
Tapi yang ni sotong takde. Takpelah, pun bolehhhh.



Redza terkuis-kuis cari sotong.
Bukan sikit sangat tapi sebab sotong dengan mee sama merah.
 Tak tau mana satu sotong mana satu mee.

Lepas makan, balik kapal.
Malam tu dorang dua beranak layan magic show, aku dengan Rayyan lepak dalam bilik.
Malas nau rasanya nak tengok show-show ni.
Pukul 11 malam, naik Deck 9, makan supper.





Ni sebahagian gambar time supper yang sempat ambik.
Nampak tak betapa mewahnya dia punya supper.
Aku konfous ni makan tengahari ke malam. Sebab gempak sangat. Padahal supper je pun.



Aku ratah lauk malam tu.
Malas dah nak kunyah nasik and mee.
Ini pun dah kenyang ya amat.
Sebab aku ambik 2 round. Hahaha.
Dalam pada malas nak kunyah tapi 2 round.



Ni duty free shop kat dalam tu.
Hari tu SKII dia buat 50% diskaun. Berjujuk orang beratur masuk.
Pakkal aku tak pakai SKII, kalau tak aku sama naik bergasak dalam tu membeli.



Ni la magic show yang En Wan and Redza tengok malam tu.



Kat setiap deck ada advert board macam ni so that korang takkan miss show-show and activiti yang ada on that day. Melainkan kau macam aku asik nak tido je, memang semua pun tak pegi la jawabnya.



Kalau rasa-rasa nak dating, kau letak anak kau kat sini. Biar dorang main Uno, Monopoly, Scrabble, Lego atau baca buku cerita. Pastu kau boleh berdating ngan laki bini masing-masing tanpa gangguan.


Tu je la cerita aku 4 hari atas kapal.
Kalau korang jenis aktif, macam-macam korang boleh buat atas ni.
Tapi aku tak berapa aktif sangat. 
Aku memang suka lepak dalam bilik baca buku. Apa nak jadi kat luar, jadiklah.
Kiranya, kalau kau jenis yang suka jalan-jalan nak berehat, sesuai la naik kapal.
Sebab kau takkan pi mana-mana. Time makan keluar, habis makan masuk bilik baca buku.
At least itu la yang aku buat sepanjang 4 hari. Sesekali ada la keluar pi gym and join the kids.
Show-show ni aku tak berapa minat. Kalau sarkas minatlah.

Kat dalam tu siap ada adult show.
Aku tak tau la tarian tiang ke apa kan.
Insyallah, kalau dibagi peluang aku nak pegi lagi tapi kali ni kalau boleh aku nak pegi Pelayaran Islamik with DUKE kalau ada rezeki. Yang dulu dia buat year 2015 masa tu aku tak aware pun pasal pelayaran macam ni.
Rasa seronok pulak bila tengok dorang bersolat ramai-ramai kat deck atas - something yang aku nak buat sangat masa aku atas Libra tapi tak berani nak buat sorang tak pasal kena halau.

Pakej yang aku naik ni :

1. RM1500/sorang. Rayyan tak terkecuali padahal hari-hari makan chicken nugget je, tetap bayar RM1500/sorang.
2. Harga tu dah termasuk harga visa RM350/orang.
3. Port Klang-Phuket-Penang-Port Klang, 4 hari 3 malam.
4. Makan semua tanggung kat dalam tu melainkan pukul 1 pagi kau lapar, kena bayar lainlah.
5. Pakej ni En Wan beli kat Mata Fair. Kalau nak beli now, pegi ke https://www.starcruises.com.
6. Pakej aku ambik ni murah sikit sebab aku pegi masa skolah belum tutup. Sebab tu Rayyan ponteng. Kalau pegi time cuti skolah, harga pun harga cuti la jawabnya.
7. Jangan belayar bulan 12 kalau boleh sebab musim hujan. Laut bergelora tu satu hal. Satu hal lagi budak-budak nanti kesian tak puas main pool and korang pun tak dapat bersantai-santai atas Deck 10 tu.
8. Kapal yang bergerak di port Malaysia hanya SuperStar Libra. Kalau nak try Virgo atau Gemini, kena naik from Manila atau Singapore.




TINGGAL 4 HARI LAGI OFFER NI.

Ada 2 pilihan untuk order.
Samada WHATSAPP SINI.
Atau isi form kat bawah kalau nak.



Name
Email Address
Option : SM : Basic Value Pack, RM149 (free pos)
SS : Basic Value Pack, RM154
Quantity per set :
Address
Phone
Remarks (if any) :

2017-11-26

Star Cruise Superstar Libra - Part 2


Day 2 atas ship, pagi tu aku terjaga pukul 3.30 pagi.
Syahdunya solat malam atas laut. Hujan pulak tu. Tapi tak lebat. Aku dok imagine kalaulah aku boleh bersolat tengah malam macam ni atas Deck 10 tu kan best. Tapi taknak buat pasal. Karang kena halau pulak.

Lepas Subuh, kejut En Wan. Redza lepas solat nak tido balik. Ok bagus. Ko teman adik kau tido.
Mama and papa nak gi breakfast date.



So ini lah pemandangan laluan depan cabin kitorang pagi-pagi Subuh. Lengang. Semua pun membuta lagi. Kitorang naik ke Deck 10 untuk breakfast kat satu restoran lain pulak.



Lengang jugak. Kitorang orang pertama makan.
Breakfast kat restoran ni sedapppppp.
Ada nasik lemak sambal udang, ada mee goreng, omelette, sosej, bubur, roti-roti, salad, yogurt, buah, cereal - macam-macam. Sama macam breakfast kat hotel.

Pagi tu aku just makan bun and cheese je sebab aku plan nak gi gym, taknak makan nasik-nasik karang terbelahak pulak atas treadmill. En Wan makan nasik lemak. Dia kata "Sedapnya sambal udang dia. Sebijik macam sambal sotong awak".
Wah, sedap rupanya sambal aku. Boleh la berkira-kira nak jual nasik lemak pulak pasni.

Pagi tu aktiviti aku cuma ke gym 1 jam. Pegi sorang je sebab En Wan bawak anak-anak pi makan then main basketball katanya. Main pun berdua je sebab orang pun takde lagi.
Kat dalam kapal ni terlampau banyak aktiviti yang boleh korang buat jadi gym takkan sesak, basketball court tak sesak, pool pun tak sesak, lounge tak sesak. Semua pun ok. Sebab some join kids activities, some tengok cinema, some tengok show, some bershopping, some membuta.
Macam aku, lepas sejam kat gym, balik bilik untuk mandi then sambung membuta.



Ni view dalam gym. Aku yang tengah kayuh beskal tu, kat tepi Rayyan datang teman after breakfast.
Lengang je. Best.



Masa aku dalam gym, kat Deck 9 area pool, ada zumba.
Ramai gak join berzumba. Tapi half way je sebab lepas tu hujan.



Di lokasi yang lain, seorang anak sedang main basketball ditemani seorang appa.



Di bontot kapal.
Ingatkan nak buat scene Jack and Rose flying sekali ruangan depan tu ditutup. Kapten tak kasik sesape pi situ karang tak pasal berjujuk semua beratur nak buat scene yang sama.
Jadi, kita duduk kat bontot kapal je la sudey.



Ni antara aktiviti kat atas tu. Semua best-best. Tinggal kau nak join atau tak je.
Macam aku, aku pilih untuk membuta.

Bangun dari tido, makan lagi. Lunch pulak. Perut aku kenyang lagi padahal. Tapi pegi la jugak kunyah-kunyah buah je. Dah tak larat nak makan. Padahal aku bukan makan sangat time breakfast. Maybe letih kat gym tak settle lagi tu yang mengunyah pun malas.
Lepas lunch, budak-budak ni nak main indoor games. So kitorang pi naik Deck 6 untuk pinjam mainan kejap. 
En Wan nak ajak aku jalan-jalan around kapal tengok Duty Free Shop, so kitorang suruh Redza bawak adik balik bilik main sama-sama.



Masa kitorang nak balik bilik, nampak budak berdua ni main kat lounge Deck 3.
Elok je la pulak main berdua, kalau tak, bertempik je kejenya. So bapak dia snap gambar ni dari jauh. Rasa sweet pulak tengok. Sebab rare sangat nak tengok dorang main sama-sama. Kalau bertekak bersama, selalu.



Last-last bapak join sekali sebab adik asik kalah dengan abang so bapak mewakili team adik.
Tapi tetap kalah. Kahahkah.
Dah la bang, ni mainan budak zaman skarang. Kita man galah panjang je dah la.

Lepas settle main, semua pun masuk bilik melepak kat dalam bilik sampai kapal singgah Phuket.

20 jam atas laut akhirnya sampai ke Phuket.
Alhamdulillah, sepanjuang 20 jam semua ok. Tak mabuk, tak pening, tak muntah, tak sakit.
Air laut pun tenang je. Hujan on and off tapi tak mencemaskan.

Aku malas nak turun Phuket sebenarnya tapi sebab En Wan kata dia nak book Phuket Tour, nak tak nak kena turun jugak.
So ini kali kedua aku jejak Phuket.
The last time was 9 tahun lepas, masa Redza umur 4 tahun.
Tak pernah sangka akan jejak Phuket lagi.

Actually aku tak pernah plan nak ke Phuket lagi. Bukan sebab tak best, tapi aku tak suka percutian yang melengaskan.
Phuket ni dekat sangat dengan Malaysia. Cuaca lebih kurang, culture lebih kurang, pemandangan pun tak jauh beza. Pergi sekali dah cukup rasanya. 
Tapi dah alang-alang kapal ni jejak Phuket, so apa salahnya turun sekali buat kali kedua. Lagipun Rayyan belum pernah sampai Phuket.



Phuket takde port, jadi kena naik boat untuk bawak kita ke darat.
Ni atas boat. Aku duduk kat bawah, ruangan aircond, Dorang 3 orang ni lepak atas.
Kitorang diberi masa untuk ke darat dari 4.30pm sampai 11.30pm (waktu Malaysia).
Yang nak turun, turun. Yang taknak, just stay atas kapal.

Honestly, kalau korang belum sampai Phuket, boleh la ambik pakej tour macam aku.
Tapi kalau dah pernah jejak Phuket, takyah ambik pakej ni lagi.
Aku terasa rugi sangat-sangatnya ambik pakej tour ni.
Sebab, masa suntuk. Jadi, tour cuma dapat 3 tempat je. And semua tempat ni aku dah pergi dulu.
Takde yang specialnya pun.
Lagipun, Phuket ni yang bestnya adalah island hopping. Kalau setakat nak pi temple, pi gua, pi kilang gajus - takyah la. Buang masa.
Kalau nak ke Phuket, pergi Phuket yang ambik pakej island hopping.
Untuk dapatkan pakej tu, korang kena naik flight la, kalau naik kapal laut ni memang tak sempat nak island hop bagai.

Hari tu pakej tour naik bas.
Tempat yang dia pergi semua aku dah pegi dulu jadi 2 tempat yang pertama aku tak turun pun. En Wan and Redza je. Aku ngan Rayyan lepak atas bas.
Tempat ketiga aku turun sebab nak tengok sunset. Tapi tempat ketiga ni sebenarnya aku dah sampai pun dulu.




Gambar atas dah bawah adalah tempat yang sama. 
Cuma kali ni dia je la bergamba sorang.




Tempat yang sama. Tapi spot yang berbeza.


9 tahun lepas datang pakai topi tau.
Kali ni datang pakai tudung. Kahkahkah.
Yang penting pengajarannya, selagi boleh ambik gamba berdua, ambiklah. Jadikan kenangan.
Esok bila anak kau dah ramai, dah tak sempat nak bergambar duduk beriba-riba lagi dah.
Gambar berdiri je sekarang, tu pun takde kira 1,2,3, asal pandang kamera je dah.

Sticker hijau kat dada aku tu, semua orang dalam bus aku pakai warna yang sama.
Bus lain pakai sticker warna lain.
Sticker tu selalu tertanggal pastu Rayyan tolong tampalkan.
Masa tampalkan tu dia tanya "Apesal stiker mama asik terbukak? Gam dia dah habis ke?"

Aku cakap "Entah lah dik. Cuba adik tengokkan kenapa"

Pastu dia belek-belek sticker tu and pandang baju aku then dia jerit "Hah! Adik dah tau dah. Sebabbbb, tetek mama ni tinggi. Tetek adik tak tinggi. Sebab tu tak terbukak".

Lojik.
Tapi takyah lah menjerit.



Dapat la jugak satu bergambar berdua depan King. Jadiklah.
Beza betul gambar kitorang 9 tahun lepas dengan now. Tua dah.



Pit stop yang last adalah depan shopping mall.
Semua masuk mall sebab nak makan tapi kitorang balik sendiri. Jalan kaki je. Dalam 20 minit jalan kaki ke jeti semula. Nak masuk mall pun bukan ada tempat makan. Kalau Krabi lain la tempat makan halal bersepah. Masa nak balik ke jeti lalu Bangla Street. Aku tak tau bila munculnya Bangla Street ni sebab dulu kitorang datang sana takde pun tempat ni.

Tempat ni happening sebab banyak pub and tempat makan. Tapi takde tempat makanan halal.
Sampai aku tutupkan mata Rayyan lalu kat sini sebab ada a few pub yang ada tarian tiang kauuu.
Elok je bersenggayut terkangkang tersiat kat tiang tu. Tapi tetek tak tinggi. Size rambutan je. Eh.

Agak jenuh jugak sebenarnya berjalan kaki ke jeti ni. Bukan sebab jauh tapi sebab bawak Rayyan.
Padahal kiri kanan banyak kedai-kedai yang kalau 9 tahun lepas, konfem aku menyinggah.
Tapi kali ni semua aku pejamkan mata, jalan terusssssssssssssssssss biar cepat sampai jeti sebab Rayyan dah start letih. Budak-budak mana sesuai bawak pi Phuket. Takde apa yang seronok untuk dorang kat sana. Dia dah start merengek nak balik ship.

Kesian jugak En Wan tak dapat pi HR Phuket. Dia pun tak senang duduk tengok anak-anak dah penat berjalan. Takpelah, ada rezeki kita datang berdua je  Tempat-tempat macam ni takyah bawak anak. Dorang takkan appreaciate kedai-kedai souvenir ni semua. Kalau bawak pi theme park takpe.



Tapi dalam pada tak sempat tak sempat tu, sambar gak la sepiring nutella and banana pancake.
Tapi aku tak makan. Aku dok bercerita ngan Redza betapa wajibnya cari pancake ni kalau sampai sana nanti, tu yang dia beria nak merasa. Seb baik dia kata sedap.



Sementara tunggu apak ngan abang kau habiskan Nutella Pancake, kita bergambar dulu kat sini.
Yang bercahaya belakang Rayyan tu kapal kitorang.
Dia boleh benti takat situ je. Ini dah kawasan area jeti.

Alhamdulillah, just nice kitorang cecah jeti je, boat pun dah ready nak jalan. Takyah tunggu lama-lama.
Sampai je kapal, terus masuk bilik and mandi, solat and keluar gi supper.

Ini malam pertama aku try supper sebab malam semalamnya aku membuta awal.
Aku ingatkan supper dia takat roti-roti atau karipap pusing ke apa kan.
Rupanya nasik goreng seafood, pizza, chicken nugget, meehun sup, wantan soup, pastu dengan 5-6 macam jenis kek, kuih pau - eh, ni supper ke dinner?

Memang makanan 10 stars.
Macam makan hape je macamkan takde besok.




Ini yang aku makan supper malam tu. Cuma sup tu 2 mangkuk aku bedal. Sedap gila okeh!
En Wan yang tak makan sangat benda bersup pun boleh tambah 2 mangkuk gak.

Day 2 was great cuma regret sikit bila En Wan ambik pakej tour tu. Agak boring sebab aku dah pegi semua tempat and tempat-tempat tu semua sebenarnya takde apa sangat. Yang bestnya kena pi island hopping jugak. Nasib baik dah pegi, takde la regret sangat. Yang belum penah sampai Phuket aku rasa dorang mesti rasa Phuket ni boring sebab takde apa. Sebenarnya best tapi bestnya adalah kat island hopping bukan kat town.

Kalau sesape nak naik kapal pi Phuket, takyah ambik pakej tour. Ko free and easy je.
Boleh jalan-jalan kat area depan jeti tu melambak kedai souvenir.
Kalau yang dah penah pegi Phuket, better takyah turun lah, kau stay je dalam kapal.
Lagi best boleh rehat, boleh makan tepi pool, boleh riadah, boleh membuta.

.
.
.
.
.
.



TINGGAL 5 HARI LAGI OFFER NI.

Ada 2 pilihan untuk order.
Samada WHATSAPP SINI.
Atau isi form kat bawah kalau nak.



Name
Email Address
Option : SM : Basic Value Pack, RM149 (free pos)
SS : Basic Value Pack, RM154
Quantity per set :
Address
Phone
Remarks (if any) :

2017-11-24

Star Cruise Superstar Libra - Part 1



Entry cruise ship holiday dimulakan dengan gambar si jendul kat IOI Mall Ahad lepas.
Kitorang gerak ke Port Klang hari Ahad yang sama, tapi pagi tu lah baru aku nak cari seluar track, barulah nak tukar duit baht, masa tu la yang sorang nak beli ni yang sorang nak beli tu. Pagi tu pulak En Wan terasa nak makan nasik dagang bagai.

Ok, macamana aku boleh terjebak naik kapal ni?

Kisahnya bermula beberapa bulan lepas.
Aku rasa yang follow IG aku je tau kisah camana En Wan sentap taknak bercakap-cakap dengan aku 2 hari sebab aku taknak gi Mata Fair.
Aku dah kata aku taknak bercuti yang naik kapal terbang. Aku penat la nak berdebar-debar sampai 3-4 jam kat atas tu. Aku nak bercuti dengan tenang. Pegi Melaka pun boleh apa. Yang nak pi jauh-jauh kenapa?

Rupanya, hari yang dia sentap dengan aku tu, aku ingatkan dia masuk opis, rupanya dia pi Mata Fair.
Awal bulan ni baru dia bagitau dia dah book naik cruise. Masa tu aku bertempik sikit lagi nak jadi king kong. Sakit hati sangat-sangat. Aku cakap pegi la anak-beranak, aku taknak pegi. Tapi last-last kena paksa pegi jugak.
Hari yang kitorang nak gerak tu, pagi tu baru aku pack baju aku. Baju dorang semua dah pack 2 hari lebih awal. Masing-masing excited gamaknya.
Aku punya jahat nak tunjuk protes, baju anak-anak pun aku tak siapkan. Lantak. Dah aku taknak pegi kau paksa kan, jadi kau je lah yang pack baju anak.
Pulak tu dia tak kasik aku pakai jubah, jadi aku campak-campak je baju yang ada. Tak tau muat pakai lagi ke tak, aku sumbatkan je dalam beg.



Balik dari shopping dia buatkan aku teh halia "Ni minum ni. Buat kurangkan mabuk".
Rupanya lengkap barang-barang dia belikan untuk bini dia.
Perisai tahan mabuk la ceritanya ni.
Boleh tahan sedap pulak teh halia tu.



2 beg je, cukup.
Ok let's go!



En Wan kata kapal check in 2.30pm. Takyah rush sangat. Pukul 12.30 just nice gerak dari rumah.
Sekali kat sana tengok dah berjujuk orang beratur.
Rupanya pukul 12 orang dah masuk dalam kapal dah pun.
Umat punyalah ramai yang naik cruise hari tu. Tapi kebanyakkannya chinese.

Kitorang punya angka giliran 800+.
Masa kitorang sampai angka yang dah start masuk untuk check imegresen baru nombor 300.
Boleh imagine berapa panjang nak tunggu?
Tapi tak lama, dalam sejam je.
Nasib baik aku tergerak nak buat roti bakar siap-siap.
En Wan kata buat apa nak bawak bekal segala macam orang kampung padahal nak masuk kapal dalam tu makan 5 kali sehari.
Eh mujur la aku bawak tau. Anak-anak aku kebulur.
Mak-mak always macam ni kan? Apa yang dia siapkan mesti diperlekehkan tapi ujung-ujung yang mengondem tu capai seketul jugak. Nak je aku lepuk. Pakkal suami.



Engineer mode di mana-mana.
Dalam ruangan menunggu ni ada banyak kipas tapi takde satu pun yang on.
En Wan boleh gigih cari plug siap angkut kipas letak betul-betul depan muka aku pastu pasang.
Taknak kasik bini panas. Maklumlah bini dah mendidih luar dalam dari pagi jadi kena sejukkan sikit.



Kitorang antara 400 yang terakhir naik kapal.
Orang yang naik awal dah siap lunch bagai kat dalam tu. Kitorang tak sempat sebab waktu lunch habis pukul 2pm.
Tapi takpe, kenyang mencekik roti bakar dah.

Imegresen checking memang ketat, sama ketat macam naik flight.
Semua benda dia check.
Orang depan aku Indian (from India) boleh la pulak beli gunting kitchen simpan dalam henbeg. Agaknya baru beli pagi tu terlupa nak bawak masuk beg baju.
Sia-sia je, terpaksa kena rampas.

Dalam kapal ni dia dah highlite - cooked food macam mee goreng, kueytiaw, MekDi, KFC semua tu tak boleh bawak. 
Pastu 4 jenis buah - durian, rambutan, manggis and longan tak boleh bawak masuk.
Makanan yang kering macam jajan je boleh.
Bawak jajan beria, penyudahnya tak bersentuh pun sebab kat dalam tu makan tak benti-benti. Kejap-kejap waktu makan, kejap-kejap makan lagi. Kitorang sampai skip waktu makan sebab tak larat dah nak makan.



Yeayyyyy dah masuk dalam kapal.
Setting macam nak menyambut Krismas, maka tercapailah impian Rayyan nak jumpa Santa Claus.
Jadiklahhh. Nasib baik dia tak request snow bagai.
Lobby kapal luas dan cantik macam dalam hotel ada front office, ada lounge, ada bar.
Lepas bergambar kejap, kitorang turun ke Deck 3 untuk masuk bilik.
Beg-beg baju semua dah sampai depan pintu bilik by the time kitorang sampai.

Oh lupa nak bagitau. Inilah percutian pertama kitorang yang ditaja sepenuhnya oleh En Wan. Hahaha.
Dah dia yang memandai-mandai buat decision nak pegi kan, so memang dia la support semua.
Selama ni setiap percutian ada persetujuan bersama jadi duit pun tong-tong. Ni kali, guwe betul-betul macam Queen lah. Main tunjuk je, King bayor.

Tapiiiiiiiiiiiii, disebabkan dia yang bayar semua, ada kekurangannya jugak.
Biasa la kan, engineer.
Engineer ada perangai "as long as it works". As long as benda tu praktikal.
Sebab itulah aku duduk kat Deck 3.
Aku ni dok imagine bilik aku besar ada queen bed bagai.
Rupanya dia bagi aku duduk kat bilik yang ada katil double decker.
Aku cakap "Apesal tak book deck atas-atas sikit? Ni apa ni tido katil double decker".
Dia cakap "Eh, awak patut bangga tau. Ini lah deck Jack Dawson tinggal. Katil double decker".

Eh kau ni. Kau rasa kau klaka??



Sebenarnya bilik dia not bad.
Deck yang paling happening deck ni la sebab bilik paling banyak.
Deck bawah ni semuanya katil double decker. So kalau korang datang dalam family yang ramai, sesuai bilik macam ni. Melainkan kau honeymoon nak beromen lama sikit eloklah ambik bilik yang besar and cantik sikit sebab korang lagi banyak duduk dalam bilik dari luar bilik.

Bilik ni pun ada type jugak.
Kalau ada tingkap, harga lain.
Kalau tengah-tengah, takde tingkap, harga lain.
Walaupun duduk deck atas, tapi kalau tingkap kau dihadang oleh tiang kapal, harga pun lain. Bilik macam tu namanya obstructed view room.
Bilik aku ni harga RM1500/katil.
Dia tak kira orang. Dia kira harga katil.
Jadi, kiranya bila Jack Dawson aku ni harganya RM6000 untuk ompek orang selama ompek hari.

Bilik aku ni sebenarnya not bad pun. Yang penting tingkap tu besar and takde halang oleh apa pun.
Pastu aircond dia just nice je.
Aku masuk bilik terus check toilet dulu.
Takde hose kat jamban tapi sebab bilik air dia kecik jadi hose shower elok je sampai ke bontot aku. So kira lulus lah percutian ni. Janji ada hose, ada katil, settle.



Ni aku ambik gamba masa En Wan solat. Just nice ada ruang untuk bersolat.
Oh sejadah tu aku bawak sendiri. Korang kalau nak pergi sejadah bawak siap-siap ya. Dia takde provide table runner kat dalam ni untuk dijadikan sejadah.

Dalam bilik ni ada Astro Ceria and HBO.
Selebihnya channel sport, katun and TV kapal.
Takyah tengok TV la, baik lepak kat luar lagi best.



Lepas dah settle down, dorang announced untuk semua guest berkumpul kat assembly point.
Dorang nak ajar cara nak abandon ship kalau emergency berlaku.
Masa ni aku dah cuak gila.
Siap ada bunyi siren 7 kali bagai. 



Lepas berkumpul kat assembly point, dah pakai life jacket semua, dorang bawak kitorang naik ke Deck 6. Ini akan jadi tempat berkumpul untuk naik bot in case jadi apa-apa tengah laut.
Masa naik atas ni, the moment aku nampak bot-bot kecik bergantung terus teringat Titanic scene Rose Dawson tanya apa guna bot-bot ni semua. 

Dalam gambar ni aku tengah berdiri bawah bot kecik tu la.
Kejap-kejap aku menjeling ke atas. Ini karang kalau terhempas bot ni atas kepala aku, mati jugak aku tak sempat kapal jalan.
Kat sini dorang bagitau apa perlu buat kalau ship ada masalah.
Yang aku cuak tu bila dia kata "Each boat is equipped with food and drinks enough for 4 days. You'll be safe".
Aku dalam hati "Eh kimek, apesal la kau celupar nau ni. Aku dah la kontrol sawan nak naik kapal ni, kau boleh lak nak bikin konfiden akan selamat 4 hari terapung atas laut."
Ya ampunnnn aku nak imagine tak sanggup. Nangis dah aku masa ni.

Pastu bila orang tu bukak ruang untuk pertanyaan "Any questions?", si Rayyan ni goncang-goncang tangan aku suruh aku angkat tangan tanya question.
Kau nak mak kau tanya apa ni?

"Mama tanya la, ada tak life jacket for kids? Adik nak kaler green".

Astagaaa.
Aku ni naik rimas pakai life jacket, dia boleh pulak pikir nak kaler lain.
Karang dengan kau-kau sekali aku masukkan dalam bot tu.

Lepas habis latihan emergency, terus masuk bilik, dan aku bertapa kat dalam tu baca Quran u ollsss.
Beriman kan aku?
Makin aku takut, makin galak pulak aku dapat peluang naik flight and kapal.
Agaknya Tuhan suka tengok aku takut. Sebab bila takut, ketakwaan aku meningkat. Hahaha.

Masa ni kapal dah bergerak.
Tak rasa apa pun, aku sampai tak perasan kapal dah gerak. Tau-tau nampak apesal cahaya matahari kat sejadah ni gerak laju sangat? Rupanya kapal dah jalan.



Nampak tak bot kecik atas tu?
Bot tu la yang dia kata equipped dengan makanan and minuman untuk 4 hari tu.




Masa aku dalam bilik, En Wan wasap gambar ni. Rupanya dorang anak-beranak dah ada kat deck atas sekali. Dah ramai rupanya orang mandi kat pool. And chef-chef semua tengah setting untuk dinner.
Tak lama pastu dorang masuk bilik sebab budak-budak ni nak salin baju nak berendam.
Aku masih stay dalam bilik. Tak kuasa nak ikut.



Setengah jam pastu En Wan wasap jemput aku untuk naik makan.

Dalam kapal ni ada 5 restoran kalau tak salah aku. 2 antaranya certified halal.
Deck atas sekali ni apa ntah nama dia, lupa.
Petang Ahad tu kat tepi pool ada BBQ.
Cakap je la apa - sotong, ketam, udang, oyster, lala, kambing, ayam, corn, potato - semua benda-benda biasa orang buat BBQ semua ada.
Semua besar-besar and sedap gila weh! Makanan aku bagi 10 bintang.
Makanan punyalah melambak-lambak umpama kau toleh kiri, makanan. Toleh kanan, makanan.
Keliling kau semua benda makan. Dari nasi, mee, spageti, pasta, BBQ, sup sampai 4 macam, sushi berlambak-lambak, bak kata En Wan "Makan sampai menggila dah macam setan pulak".

Serious, mewahnya percutian cruise ni adalah makan.
Ada sudut untuk vegetarian.
'Sudut' bukan setakat 3-4 macam lauk je ya, tapi satu table panjang bersusun makanan untuk vegetarian.
Aku pun balun sekali.
Nasi macam-macam jenis - beriyani kambing, beriyani ikan, nasi goreng seafood, nasi putih.
Eh jenuh la aku nak cerita pasal makan ni.



Petang tu, bendalah ni je aku bedal sampai 7. Ni besar tapak tangan aku tau tak.
Dah dibakar dengan cheese, aku gi tabur lagi cheese atas. Pehhhh!!! Berlipat perut.



Dah kenyang kat dalam, En Wan ajak lepak tepi kolam tengok budak-budak ni mandi.
Sekali terpandang pulak sushi.
Aku bedal 8 bijik. Tak tau la celah mana aku sumbatkan makanan ni semua. Tapi alhamdulillah butang jeans masih utuh. Belum tercampak lagi. 



Ni kawan baru En Wan jumpa atas kapal.

One thing yang best kat kapal ni, semuanya perangai senonoh.
Aku imagine gak kalaulah ramai-ramai macam ni mesti jumpa set-set beruk terlepas kandang, jenis yang menggelupur jumpa makanan nak rebut-rebut.
Selalu set-set macam ni berlambak kat theme park resort macam A Famosa, Gold Coast Sepang and Melaka, Bayou Melaka pun ada perangai cenggini.
Kalau hotel gempak-gempak kau takkan jumpa spesis macam tu.
Kat kapal ni semua ambik makan dengan tertib, beratur, tak menggelupur. Dan orangnya semua jenis polite, berbahasa dan tertib.
Chinese and Malay and Indian can berkongsi satu meja, siap invite lagi duduk sama kalau nampak orang tu tercangak-bangak cari seat. Harmoni sangat.





Rayyan la paling happy sekali dapat berendam tanpa batasan.
Kolam ada 2, satu for kids - 1 meter je.
Yang lagi satu for adults - 2 meter. Tinggi gila. Boleh terbenam aku.



Lagu-lagu kat pool petang tu memang best-best. 
Mentang-mentang kat tengah laut tak dengar azan, kemain kuat dia melalak kat atas.
Tapi suara Filipino ni memang power! Dia bawak lagu Adele selamba.



Aku dah jadi jurugambar tetap dorang kat atas tu.




Pukul 9pm, ada show kat Star Dust Lounge.
Biasa la performance macam ni atas kapal. Joget-joget.
Aku tahan 15 minit je pastu aku keluar berdua ngan Rayyan. En Wan ngan Redza je yang tengok. Dorang kata best gak show dalam ni.



Aku lepak sini le apa lagi.
Lepak main lobby layan oldies okeh. Memang layan.



Lepas layan 4-5 lagu, Rayyan ajak balik bilik. 
Mengantuk la tu dah penat berketimpal dalam kolam petang tadi. 
Belakang Rayyan tu salon.
Pukul berapa En Wan balik aku tak sedar. Aku dah tido.
Depan Rayyan (tak nampak) ada kedai jual cokelat.
Kat dalam kapal ni kalau nak shopping takyah guna duit dulu. Kau pakai je access card bilik.
Nanti sebelum keluar dari kapal esok kau buat settlement.



Rupanya dia bawak anak dia makan kat another restaurant kat dalam tu.
Tak mahal sangat nasik goreng macam ni dalam RM16 En Wan kata. 
Standard harga kat hotel jugak la.
Takde la makna kata makan atas laut sampai RM40 sepiring.


Ini video aku ambik petang hari Ahad, lepas budak-budak settle mandi.
Redza kena buat bucketlist untuk projek skolah dia.
Antara list tu kena ambik gambar sunset. 
Sedang elok la kau atas kapal, memang cun la gamba sunset jadiknya.
Alhamdulillah, Day 1 dilalui tanpa mabuk :)
Ada 3 hari lagi, esok aku sambung.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Offer ni ada 6 hari lagi sebelum tamat 30 Nov.
BASIC VALUE PACK.
Whatsapp sini untuk beli.