Pages

2017-10-31

Nak try perfume?



Ahad lepas aku up gambar ni kat IG.
Jadi hanya followers kat IG je yang dah standby aku punya review ni. Haha.
Ya, aku tau korang tengah tunggu aku review perfume ni semua.

Aku memang peminat perfume, cuma aku bukan pengguna perfume sangat. Aku cuma suka bau dia je. Tapi pakai kadang-kadang tak berapa suka. Selalunya aku sembur kat katil je.
Sebab tu lah perfume aku sebotol 3 tahun pun payah nak habis.

Terpandangkan someone jual mini perfume ni, terasa nak try pulak.
Katanya ori. Perfume ori yang di-pack dalam botol kecil 20ml.
Ok gak ni, at least ok lah untuk orang macam aku yang suka beli perfume tapi tak suka pakai.
Kalau beli yang kecik-kecik ni takde lah tertekan hidup aku nak habiskan semua. Murah pun murah je.

Jadi, untuk permulaan, aku beli terus 15 botol.
14 botol mini dan 1 botol actual size. Tapi yang dalam gambar ni hanya 13 botol je sebab 1 Kenzo Flower mini and 1 actual perfume Green Tea Elizabeth Arden belum sampai.

Mula-mula aku tak yakin yang ini ori. Tapi takpela, memandangkan seketul RM20 je, jadi no harm trying. Sebab aku pun jenis tak pakai perfume kat badan sangat. Paling-paling pun sembur kat bantal.

Hari pertama, Ahad, aku pakai EDT Angel Thierry Mugler.
EDT the most can stand 4 hours.
Tapi Ahad tu aku pakai from 12 noon sampai 7pm masih kuat lagi baju lekat kat baju, padahal aku siap masak bagai tengahari tu.

Semalam aku pakai EDP Signorina.
EDP paling lama tahan 6 hours. Alhamdulillah, setakat pukul 1pm tu bau masih lekat lagi kat baju.
Orang lain bau ke tak, yang tu aku tak pasti. Tapi baju aku masih lekat baju.
Aku rasa mana-mana perfume pun bergantung jugak pada badan kau.
Aku keje dalam opis je, bawah aircond, tak peluh, so tahan la kot.
Kalau kau keje site, 4 jam masih berbau wangi lagi pun dah cukup bagus.

Jadi, dengan review 2 botol ni aku tak sure if itu ori, tapi so far aku pakai ni bau untuk EDT and EDP tu tahan seperti actual perfume botol besar.
Yang kecik ni sebotol RM20 (tak masuk pos).



Ini seller dia @ayacottage. 
No phone 013-5306787
Silakan serang.



Ni lagi satu aku nak review - cloth pad.
Seller ni aku jumpa masa ada talk kat Ampang. Dia duduk belakang row seat aku rupanya.
Lepas habis talk, dia tegur kenalkan diri and bagi 1 set cloth pad untuk aku.
Kebetulan masa tu aku tak uzur jadi tak boleh cuba terus.
Now sedang boleh cuba barulah boleh bagitau apa rasanya pakai cloth pad ni.

Sebetulnya, aku tak pernah pakai pad camni. Aku pakai Kotex je.
Jadi bila dapat cloth pad ni aku blur tak tau camne nak pakai.

Cloth pad dari @bywiwin.
Kainnya bagus, material sedap. Bahagian dalam microfibre, bahagian luar kain kualiti.
Lembut je bahagian dalam tu. Ada butang bahagian luar supaya pad tak bergerak bila dipakai.

The thing is, aku tak pernah basuh pad. Even pakai Kotex pun aku tak basuh sebelum buang.
Jadi aku memang tak reti basuh pad.
So aku tanya bywiwin macamana cara basuh.
Dia kata basuh guna tangan sampai bersih, then sidai. Tu je.

Aku try guna satu. Aku guna yang hitam tu.
Memang lembut. Sedap nau rasa bila pakai. Tapi, dalam pada sedap tu aku cuak.
Cuak sebab takut dia bocor, at the same time aku cuak sebab pikir lepas ni kena basuh.
Tapi selepas 3 jam pakai, aku bukak and basuh.
Alhamdulillah, basuh pun senang. Dan itulah first time sejarah hidup aku basuh pad. Dah umur 40 tahun oi baru reti basuh pad.

Pendapat aku, untuk long term penjimatan, bagus pakai cloth pad ni.
Dia macam seluar dalam lah, lepas pakai basuh bersih-bersih and simpan. Bulan depan buila period cycle sampai, guna semula. Tak payah beli Kotex tetiap bulan lagi.
Tapi pastikan basuh bersih.

Dan kalau kau sejenis yang setiap kali nak kencing tukar pad (walaupun pad tu sikit nau stain dia), cloth pad ni kurang sesuai kot. Melainkan kau rajin membasuh.
Macam aku sejenis yang akan tukar pad setiap kali ke toilet.
Walaupun baru setengah jam lepas aku salin pad, tapi bila aku habis kencing aku akan tukar lagi. Setiap kali datang period, selalunya aku perlukan 2 pack maxi pad (40 keping). Bukan sebab heavy flow sangat, tapi sebab aku kerap ganti.
So kalau kau sejenis macam ni, boleh beli cloth pad banyak-banyak.

Cloth pad bywiwin ni ada 4 size kalau tak salah aku - small (boleh guna as pantyliner juga), med, large and extra large.

Kalau berminat boleh ke IG @bywiwin, 0179217240 , www.bywiwin.com.



Ni lagi satu, hamper yang aku dapat masa raya itu hari.
Terperanjat aku masuk-masuk opis nampak ada hamper atas meja. Staff aku cakap ada orang datang hantar. Cantik sangat packing hamper dia. Siap ada kad. Thank you so much.

Ini kuih kapit.
Memang crunchy sesuai namanya. Rupanya dah ada macam-macam pesen kuih kapit.
Yang hamper aku dapat ni, ada inti peanut butter, ada inti cekelat, and ada inti cekelat with badam.
Aku sempat makan yang inti peanut butter je. Yang lain Redza angkut ke sekolah dia.
Dia cakap sedap yang cokelat with badam.

Ini bukan projek hari raya tau, budak ni memang hari-hari pun jual ni. Ini everyday punya bisnes. So nak beli hari ni pun boleh takyah tunggu raya. Tapi kalau hari raya esok maybe boleh request hamper.

Kalau nak beli ni boleh ke FN : Kapit Crunchy Asli, no phone 0196502770.


Note : Sesungguhnya dorang ni semua tak bayar aku apa-apa untuk review. Tapi sebab aku dah cuba, and aku rasa berbaloi untuk korang beli jadi aku share kat sini.


2017-10-30

Macamana letak target


Thank you ramai yang email aku, respond kat entry semalam.
Ada yang share story, seronok baca. Tapi memang tak sempat nak reply sorang-sorang ya.

Ada yang tanya aku "Kak Di ajarkan macamana nak letak target untuk sedekah?"

Senyum je aku baca.
Comel betul la korang ni. Haha.

Ustaz ajar, yang terbaik bersedekah adalah guna target.
Bukan target berdasarkan gaji kita sekarang.
Katakan gaji sekarang RM5K. Kita target sedekah 5% dari nilai RM5K.
Itu bukan target ustaz kata.

Ustaz cakap, tanya diri kita, kita nak pendapatan berapa?
Kalau kita nak RM50K sebulan, kita sedekah berdasarkan target itu.
Kan Allah dah janji "Kau bagi 1, Aku tambah 10".
Jadi, kalau kita nak gaji RM50K, kita sedekah RM5K/bulan.
Sehari sedekah RM167.
Itu guideline ustaz bagi aku.
Insyallah, kalau Lillahi Taala, kita semua mampu sedekah sebanyak tu. Lebih pun boleh.

Tapi jangan pulak kita sedekah dengan berharap satu hari nanti kita dapat gaji selepuk RM50K.
Rezeki Allah tak turun macam tu.
Dia akan datang dalam bentuk lain.
Kalau bulan tu tak sakit lansung, dah jimat kurang-kurang RM100.
Kalau bulan tu kereta ok tak buat hal, dah jimat kurang-kurang RM500.
Kalau bulan tu ada orang hadiahkan tudung RM10. Walaupun RM10, dah jimat dah.
Contohnya macam bulan ni, aku dapat banyak hadiah dari reader, totalnya hampir RM6K.
Macam-macam - yang bagi pad, yang bagi coklat, yang bagi perfume, yang bagi beg mekap, yang bagi ayam mentah. Entah macam-macam lagi. Aku campur-campur harga semua cecah RM6K.
Maknanya aku dah jimat RM6K.
Dia tak datang dalam bentuk cash, tapi dia bantu aku kurang spend duit.

Sedekah tu ikut kita sendirilah nak banyak mana. Apa yang aku tulis tu hanya panduan saja.
Jangan sampai dek kerana nak sedekah, nanti anak bini kau semua kau catu perbelanjaan.
Sedekah paling bagus adalah kat keluarga sendiri.
Tapi, dalam kepala mesti ada azam supaya boleh sebarkan sedekah pada orang lain juga.
Bila ada azam, insyallah satu hari nanti kita boleh buat.
Sama macam bayar zakat. Jangan lega bila tak payah bayar zakat. Mesti ada azam satu hari nanti aku nak jadi pembayar zakat.

Selalunya, masa gaji kita kecik, kita akan cakap "Kalau gaji aku banyak esok, aku nak sedekah hari-hari". Kan?

Ye sangat lah.
Bila gaji dah cecah 2-3 kali lipat kadang belum tentu ringan nak keluar duit untuk orang lain. Terasa banyak benar yang belum dibeli untuk diri sendiri. Nak bayar zakat yang 2.5% tu pun mengeluh sesangatnya.

Belum tentu lagi time ada duit banyak kita teringat nak bersedekah.
Kalau tak betul-betul jaga, ujian banyak duit jauh lebih berat sebenarnya.

"Bila baca entry Kak Di, rasa insaf sangat. Tapi bila nak sedekah takut tak ikhlas, macam kena paksa buat je".

Memang selalunya word 'ikhlas' tu jadi penghalang untuk kita buat baik.
Sebab takut yang datang riak. Ikhlasnya takde.

Ok, dia macam ni tau.

Setiap kali kita solat mesti khusyuk.
So, kalau tak boleh khusyuk, tak payah solat ke?

Puasa itu supaya dapat kawal diri kita dari macam-macam nafsu.
So, kalau tak dapat kawal nafsu, takyah puasa ke?

Solat je dulu. Walau tak boleh khusyuk.
Puasa je dulu. Nanti lama-lama boleh kawal macam-macam nafsu.

Nak bersedekah pun tak payah tunggu ikhlas, buat aje sekerap yang mungkin.
Buat sampai jadi kebiasaan. Lama-lama hilanglah rasa riak, hilanglah rasa terpaksa.

Ada reader cakap now trend orang bagi free gift untuk kumpul lebih banyak follower.
Siapa follow dia dapat hadiah.
Yang tu dikira sedekah atau tak? Sebab macam ada agenda.

Pendapat aku, sekalipun sedekah kau tu semacam riak, atau ada agenda, buat ajelah.
Yang rugi pun kau, tapi yang menerima sedekah/hadiah masih ada manfaat. Tak rugi pun pada penerima.
Semua benda baik memang awalnya kena paksa dulu, ujung-ujung baru datang kesedaran.
Jangan question apa orang lain buat. Orang tu walaupun macam riak tapi dia memberi. Kita?

Ingat formula Allah "Kau bagi satu, Aku tambah 10"

'Memberi' merupakan senjata ampuh untuk kita lipatgandakan 'kekayaan' dalam waktu yang singkat.

Jadi, hati-hati.

Sebab, kalau kita bagi masalah pada orang lain pun Allah akan lipatgandakan masalah tu pada kita balik.




Siapa dapat towel warna purple? Angkat tangan!
Siapa belum dapat, boleh klik button bawah.



2017-10-29

Jasa orang tua


"Ingatlah jasa ibu bapa. Adakalanya ketika sudah bekerja, waktu ingin memberi sumbangan duit kepada ibu bapa dari gaji kita ada berfikir. Nanti dululah, gaji masih kecil. Tunggu gaji besar dahulu".

Tapi pernahkah kita tanya, sewaktu kita kecil, waktu ingin sekolahkan kita, pernahkah ibu bapa kita berkata "Nanti dululah, tidak perlu ke sekolah. Gaji masih kecil, tunggu bila gaji besar nanti."

Begitulah pengorbanan ibu bapa dalam membesarkan kita. Mereka sentiasa ingin majukan kita. Mencuri tidak pernah, meminjam mungkin ya, menggadai harta juga mungkin saja demi anak-anak dan pendidikan mereka.

Pro Canselor UPSI Tan Sri Abdul Rahman Arshad
Dewan Besar, UPSI
25 Oktober 2017


Sebak aku baca pesanan Tan Sri ni. Nak-nak lagi bab "meminjam" tu.
Sebab Pak Aji sendiri pernah bagitau aku "Ini duit papa pinjam kat pakcik ***** tau. Belajar betul-betul".
Masa tu aku dah kat U dah pun tapi masih lagi Pak Aji bersusah-payah nak carik duit habiskan aku belajar.

Aku tak rasa duit yang dia pinjam tu untuk aku sorang.
Mungkin perbelanjaan bulan tu tak cukup sampai dia terpaksa pinjam.
Masa tu adik-adik aku pun dah sekolah menengah, rasanya Ima pun dah kat UTM waktu ni.
Memang belanja besar. 
Memandangkan kebetulan masa aku masuk bilik bawah tu bapak aku tengah susun duit atas lantai, dia panggil aku duduk sekali and dia bagitau ini duit gaji campur duit yang dia terpaksa pinjam dari kawan.
Sedih aku masa tu. 
Masa tu aku rasa duduk bandar, rumah batu, ada kereta, mak bapak keje government - tak menjadikan kau senang. Masih kategori miskin. Miskin bandar. Ada waktu-waktunya perlu meminjam jugak.

Orang tua kata anak-anak tak perlu tau kesusahan yang mak bapak lalui.
Tapi aku bersyukur Pak Aji bagitau aku itu duit pinjam.
That thing motivate aku untuk pastikan aku blaja betul-betul supaya dapat convert loan kepada scholarship. At least takyah berhutang.
Kalau bapak aku masih perlu meminjam untuk hidupkan kitorang adik-beradik, maknanya aku bukan orang senang. Jadi kena blaja betul-betul.
Patutlah bapak aku masih lagi pakai Proton Saga yang sama dari zaman aku sekolah sampailah aku dah bertunang. Kereta tu beli second hand pulak tu. Rupanya memang dia takde duit.

Kalau korang ada duit, spend lah kat 3 benda ni. Insyallah, teratur hidup kita.

Yang pertama, spend kat ilmu.

Kalau kita miskin, otak adalah aset terbesar. Kena melabur kat otak.
Jangan hanya bersungguh-sungguh cari duit untuk memenuhi keperluan.
Kaya is kaya. Kalau tak jaga, habis juga. Tapi ilmu kalau ada, insyallah kalau tak kaya sangat pun, takde lah sampai perlu hidup melarat.
Ramai sekarang yang kaya raya tapi hanya tau buat duit semata-mata.
Seluruh kehidupan dibelanjakan dengan membuat duit untuk isi karung yang takkan penuh.
Kalaulah boleh toleh sekejap kat belakang, kita akan nampak yang kesusahan hidup dulu sebenarnya disebabkan ketidakupayaan kita untuk belajar dan mencari kejayaan untuk berkembang. Bukan sebab kita takde duit, tapi sebab kita takde ilmu yang cukup.
Itu puncanya dulu.

Maksudnya kat sini, untuk mengembangkan diri, mesti bersedia untuk spend duit, walaupun terpaksa meminjam. Kalau ilmu tu betul-betul dimanfaatkan, insyallah kita akan ada banyak cara untuk bayar balik pinjaman tadi.
Yang takde duit nak sambung blaja, pi pinjam PTPTN. Blaja, manfaatkan ilmu dan bayar balik.
Yang nak berbisnes, spend duit pi kelas, jangan semua kau nak bantai free talk je.

Yang kedua, spend duit kat mak bapak.

Duit untuk bagi mak bapak mesti ada. Keluarkan.
Ada yang kata untuk diri sendiri je tak cukup, banyak hutang nak kena settlekan, macamana nak hulur kat mak bapak.
Ada jugak yang kata mak bapak duit pencen makan tak habis, tak payah lah hulur lagi.

Sang Nila Utama pernah pesan kat kat aku, keluarkan duit untuk mak bapak bukannya kena banyak.
Kita bukan nak tunjuk kat mak bapak kita ada duit banyak.
Tapi kita bagui mak bapa duit sebab kita nak ambik keberkatan tu.

Tak semestinya banyak, tak semestinya bentuk cash.
Boleh kalau bulan ni nak bagi cash, bulan depan belikan barang dapur, bulan lagi satu bayarkan utilities.
Ikut kemampuan.
Tak kira apa keadaan ekonomi mak bapak, duit untuk dorang kena bagi secara rutin (ikut mana-mana yang mudah macam aku cakap tadi).

Aku pernah berada dalam keadaan tak dapat bagi duit kat mak bapak sebab duit gaji aku semua En Wan pegang. Aku tak berani mintak kat dia.
Apa yang En Wan bagi kat aku every week untuk belanja tu aku simpan, nanti ada lebih aku belanja mak bapak aku makan.
Until bila aku dah ada bisnes sendiri, pegang duit sendiri, baru aku berjaya bagi cash kat Mak Aji and Pak Aji. Rasa puas and lega!
Dulu, nak bagi rasa berkira-kira. Cukup ke tak cukup ke tak. Bila dah start bagi, eh rupanya ada lebih lagi.

Dulu aku sebijik macam Tan Sri tu cakap.
Masa gaji RM1400, rasa tak cukup kalau nak bagi mak bapak. Tunggu lah naik gaji esok.
Pastu naik gaji RM1600, masih tak cukup. Tunggu lah gaji naik nanti.
RM1800, tak bagi jugak.
RM2300, pun tak bagi.
Sampai gaji akhir aku tahun 2007 RM5K, punnnnnnnnnnn tak bagi.
Manjang je lah tak cukup.
Aku spend untuk belikan hadiah and belanja makan je sesekali. Cash tak pernah bagi lansung. Ada la duit raya aku bagi RM100 sorang. Perasan aku dah banyak sangat la tu.

Bila takde keberkatan macam tu lah.
Hati tu sentiasa cenderung nak macam-macam. Hati tu sentiasa rasa takut tak cukup.
Dah beli macam-macam pun tetap tak puas. Nak lagi, nak lagi, nak lagi.
Once dah start keluarkan duit untuk mak bapak secara rutin, rupanya perlahan-lahan Allah kurangkan keinginan untuk beli apa yang sebenarnya tak perlu.
Yang dulunya aku yang paling awal beli, sekarang, lalu depan kedai 10 kali pun takde rasa nak beli. Padahal duit ada.
Nampak tak, macamana Allah uji kita dengan harta dunia?

Sejak kerja sendiri, duit pun aku dah pegang sendiri, aku paksa diri bagi kat mak bapak, mak mertua. Bagi je lah. Kadang hati tu jahat jugak, dihasutnya kita macam-macam.
Tapi letakkan aje tawakkal yang kuat kat Allah.
Apa yang aku ada sekarang pun entah-entah bukan sebab usaha aku. Entah-entah sebab doa dorang. Jadi, jangan ferasan lebih senang atas usaha sendiri.

Sesesak mana pun kita, sebulan sekali cubalah ketepikan sikit duit untuk mak bapak. Samada nak bayarkan astro je ke, nak bagi cash ke, terpulang. Tapi setiap bulan cubalah cover mana yang boleh.
Macam Tan Sri tu kata, macamana miskin pun mak bapak kita dulu, dorang terus membesarkan kita, sampai sanggup meminjam.
Mungkin ada yang tak tau. Berbakti pada orang tua tu semacam restu alami tau. Berkat.
Hubungan baik dengan ibu bapa akan meningkatkan kuasa berkat.

Orang yang hidupnya takde berkat orang tua, seumur hidup apa yang dia buat takkan lancar.
Walaupun bisnes nampak macam lancar, tapi keuntungan stagnant. Itu pun namanya tak berkat.
Sentiasa sibuk dengan urusan bisnes, sales mencurah-curah katanya, tapi masa dengan Allah dan keluarga kurang, itu pun tanda-tanda tiada keberkatan.

Dah macam-macam kelas agama and ceramah aku join, semua cakap macam ni.
Takde restu orang tua, apa kau buat takkan lancar. Sentiasa semput.
Jadi, sebenarnya bila kita berbakti pada mak bapak tu sebenarnya kita sedang selamatkan diri sendiri.
Ustaz cakap, kalau kita ada masalah, carilah mak bapak dulu.
Doa orang tua ni tembus langit. Mintak dorang doakan kita.
Walaupun mak bapak dah nyanyuk, mintak dorang doakan.

Yang ketiga, spend kat sedekah.

Kat dunia ni, selagi ada orang yang berlebih duit, maknanya ada orang yang kurang duit.
Takde maknanya Allah bagi kau duit lebih sesaje untuk kau shopping 24 jam.
Amalkan sedekah everyday.
Macam yang aku pernah tulis dulu, sedekah kena pakai target.
Jangan saving je pakai target ya. Jangan saving je buat tabung holiday, tabung shopping, tabung baju raya.
Sedekah kena ada target jugak. Letak target sehari atau sebulan nak sedekah berapa.

Duit tu kena berputar-putar, jangan bagi dia duduk setempat. Paling penting jangan bagi duit kita stop dengan sendiri.
Ada duit lebih, sedekah dulu. Belanja orang makan. Beli hadiah.
Apa yang aku perasan, duit kita ni lagi banyak kita spend kat orang (sedekah), lagi banyak yang kau dapat balik.

Ajaib.



Medley shawl. Ada 5 warna. Tak beli rugi sebab corak RARE!




2017-10-28

Medley







Ok, ni secara officialnya aku launch shawl the latest - MEDLEY.
Aku malas nak cerita panjang kat sini, semuanya dah lengkap aku letak kat website.
So, marilah kita sama-sama klik button bawah ni dan terus order 6 helai sorang, ok?
Beli tau, jangan tak beli. Blom ada lagi orang buat design ni, korang akan jadi manusia paling rare sekali dalam dunia kalau pakai shawl ni. Cikgu muzik dialu-alukan beli.

Shawl-shawl lain pun masih ada, yang before ni Sparrow pun ada kat sana.
Pandai-pandai la pilih nak tengok shawl mana satu.




2017-10-27

Konfiden



Selain dari reader ni, sebenarnya ada a few more yang tanya macamana aku boleh bercakap dengan orang yang aku tak kenal as if aku dah kenal lama dengan orang tu (soalan ni selalunya datang dari budak-budak sales).
Dia cakap segan nak jumpa customer.

Sebenarnya, korang bukan segan tau.
Tapi korang tak tau apa nak cakap.

1. Ramah
Aku bukan kategori peramah sebenarnya. Aku jadi banyak cakap bila aku tau apa nak cakap. Kalau kebetulan sembang dengan orang yang bercerita pasal fashion, pasal artis - masa tu lah nak nampak aku diam sikit. Kalau bukak cerita artis Hong Kong takpe. Try sembang dengan benda yang aku tau, and see macamana aku takleh stop bercakap.

2. PR
Nak PR bagus, syaratnya kita kena tau apa yang kita nak cakap. Itu syarat utama. Nak cakap pasal bisnes, kita sendiri kena ada dalam bisnes, ada pengalaman and ada ilmu. Nak cakap pasal agama, pastikan kita ada guru yang bimbing kita tentang agama. Join kelas, cari guru. Kalau kita tau apa yang kita nak cakap, otomatik, kita jadi 'peramah' dan PR bagus.

3. Konfiden
Kalau kita ada point 1 & 2, secara otomatik akan jadi konfiden. Bayangkan kita kena buat presentation dengan tak tau apa benda nak cakap, kita jadi konfiden ke gelabah? Gelabah teruk.


Tahun 2006/2007 macam tu, aku kena pi Bangkok untuk training.
Aku pergi berdua ngan kawan aku, chinese guy. Hensem. *tetiba*
Kitorang berbeza department. Before ni, aku just angkat-angkat kening je dengan dia. Takde masa nak bersembang. The moment kitorang sampai airport je, terus aku boleh bersembang dengan dia macamkan dah kenal 10 tahun.

Dalam meeting room, seat dah disusun.
Walaupun kitorang sama-sama from Malaysia, tapi tempat duduk terpisah sebab aku sales, dia engineer.
Jadi masing-masing kena duduk sebelah orang lain.
Sebelah kiri budak muda, lelaki from Singapore.
Yang sebelah kanan aku a guy from Manila yang umur dia masa tu aku rasa dah 40 (masa ni aku baru 20an).
Eventho dia lebih tua, tapi dengan dia aku paling banyak bercakap. Kitorang bersembang tentang produk macamkan kitorang team dari negara yang sama.

Sebenarnya, bagaimana kita berfikir dan macamana emosi kita terhadap seseorang adalah rahsia kenapa kita boleh mesra dengan cepat.

Macam old guy from Manila tu.
Tanpa aku sedar, aku sebenarnya anggap dia macam bapak aku sebab dia lagi tua.
Pemikiran dan emosi aku waktu tu seolah-olah aku bercakap dengan bapak aku.
Bila aku anggap macam bapak, aku jaga adab and sopan bersembang dengan dia. Kalau dia bercakap tu aku bagi tumpuan sepenuhnya. Macam kita dengar bapak kita bercakap lah. Tekun kan?

Dengan laki Singapore tu aku bukan segan.
Tapi aku memikirkan dia muda, aku pun muda masa tu.
Dalam pikiran aku, kalau aku yang tegur nampak aku gedik pulak.

Nampak tak macamana cara kita berfikir akan mempengaruhi tindakan kita?
Aku takut dia kata aku gedik tegur dia dulu, that's why aku 'menyombong' dengan dia.
Tapi dengan old guy tu aku ramah sebab aku rasa dia lagi tua, aku yang muda kena belajar tegur dia dulu.

The same thing dengan kawan aku tadi.
Kat opis angkat-angkat kening je. Aku segan nak tegur dia sebab dia level engineer. Aku sales je.
Yang dia pulak segan nak tegur aku sebab aku senior kat situ.
Padahal bila dah kenal, takde la senyap mana pun budak tu. Elok je menganjing aku sepanjang kat Bangkok.

Maksudnya kat sini, tindakan kita berpunca dari sikap kita. Dan akibatnya...?
Pikir sendiri.

Kita kena ada friendly mindset. Bebaskan that energy so that others can see it.

Pernah dulu ada reader bagitau dia always rasa orang lain lagi best dari dia, sampaikan dia jadi terlalu rendah diri and tak reti nak buat banyak benda. Sebab dia tak rasa dia akan jadi better dari orang lain.
Tapi bila dia tengok orang lain buat, hasilnya hampeh je. Dia terasa nak buat sebab dia tau dia boleh buat lagi baik. But then dia tak buat jugak. Kali ni dia tak buat sebab dia takut orang kata dia peniru - orang dah buat baru kau sibuk nak buat kekdahnya.
Last-last apa pun dia tak buat.

Kat situ lah silapnya kita.
Sebab kita nak bertanding dengan orang, Kita nak lawan sape lagi best.
Siapa suruh compete dengan orang lain?
Nak jadikan diri kita lebih baik tak perlu menang dengan orang.
Mentaliti nak menang, nak nampak lagi power, lagi best dengan orang lain ni dah bersepah-sepah aku tengok.
Sampaikan anak siapa pandai jalan dulu pun nak dibawak bertanding.

Just stop comparing youself dengan orang lain.
Instead, try be better than yesterday.
Of cos mula-mula kita start, jarang kita terus jadi best.
Wajib kena lalu sessi kutukan secara berjemaah. Tapi itulah yang jadikan kita a better person.
Masalahnya kita yang takut kena komen. Kita takut orang kata "Hek eleh, takat macam ni aku pun boleh buat".
Kau cakap balik kat dia "Tapi kau buat ke? Kau tak buat pun kan?"
Pastu kau jalan je terus.

Selagi kita tak buat, macamana kita nak develop rasa konfiden?

Macam reader ni kata dia admire aku punya self confident.
Itu yang dia nampak sekarang.
Bila kita lihat kejayaan orang lain, kita cuma tengok hasilnya. Kita tak tengok apa yang orang tu dah lalui sebelum kau nampak hasil tu.
Yang kau nampak sekarang adalah hasil setelah 10-15 tahun punya training (termasuk training dimaki).

Macam pagi tadi aku up teaser shawl terbaru.
Pastu ada kawan blogger whatsapp "Proud sangat dengan kau Di. Tak sangka kau dah boleh keluarkan shawl printed sendiri. Teringin nak jadi macam kau".

Selalunya macam tu lah.
Kita hanya nak jadi macam orang tu bila kita dah nampak hasilnya.
Masa orang tu jual shawl dari China, kita taknak pun follow dia. Entah-entah kita kutuk dia.
Ok yang ni no offense pada that blogger. Yang ni aku umpamakan aje.
Aku nak bagitau yang kalau kita nak jadi apa yang kita nak jadi, kita kena start.
Yang buatkan kita tak boleh start bukanlah sebab orang lain dah start, tapi kita yang refuse to start.
For what reason pun aku tak tau.
Selalunya reasonnya segan.

Psstt....contohnya macam pakwe aku ni lah.
Time aku buat bisnes dulu dia mencebik-cebik je ngan aku.
Bila dia rasa konfiden bisnes aku ni boleh jalan, barulah nak join.
Terus jadi bos lak tu.
Takpe, aku jadi seketeri sekarang. Lepas ni kalau aku berjaya jadi seketeri yang disegani, entah-entah dia pun nak jadi seketeri.
Kita tengok je lah.



NEW GIFT GREENAARD.
Setiap pembelian RM100, dapat free face towel.
Face towel ni besar dan tebal. Bukan spesis tuala good morning ya.
Ada ompek kaler. Tapi takleh pilih kaler. Aku kasik tengok je kaler dia.
Boleh beli terus guna Buy Button kat bawah tu.
Atau boleh beli kat whatsapp http://www.wasap.my/60127728976






2017-10-26

Berkemas lah sikit.



Dari hari tu lagi aku tergerak nak blog pasal ni tapi lupa. Tadi nampak orang share isu ni lagi terus teringat nak tulis.

Ni lagi kisah rumah kotor gila.
Yang hari tu makcik tu duduk sorang. Ok lah, boleh diterima la dia duduk sorang, rumah takde sape nak tolong kemas. Fine.
Tapi yang ni bila aku baca satu rumah ada 11 orang yang muda-muda, but still rumah macam kapal karam, aku terpikir macamana dorang boleh hadap duduk dalam rumah macam ni punya semak?

Ini bukan miskin tau, ini namanya malas.
Sebab dia masih mampu tapau makanan (sebab takde ruang nak masak, dapur kotor sangat katanya).
Dan dia juga masih mampu pakaikan anak dia pampers (nampak tak longgokkan pampers kat dalam gambar?).
So, ini bukan cerita miskin. Ini cerita malas.

The lady umur 30 tahun, ada anak 5 orang, takde suami. Bekerja.
Dia kata dalam rumah tu adik-beradik takde kesepakatan, jadi rumah takde sape nak kemas.

No no no.
Ini bukan takde kesepakatan.
Ini namanya kau tunggu aku kemas, aku tunggu kau kemas, kau punya kau kemas, aku punya aku kemas.
Ujung-ujung semua pun sepakat untuk tak kemas apa-apa.
Rela duduk dalam rumah penuh sampah dengan bau busuk bagai.
Aku pulak yang malu dengan group khidmat masyarakat yang datang tolong kemas.
Sampai 70 orang kemaskan rumah dia.
Ini rumah ke memang tempat pembuangan sampah? Sampai 70 orang datang mengemas. Gila.

Kalau taknak menyapu tu aku tak kisah, tapi sampah tu buang la.
Yang kau pun anak guna pampers, takkan anak sendiri punya pampers kau nak suruh anak kau pi angkut buang kot. Kau sebagai mak la yang kena buang. Dah anak kau sorang guna pampers dalam rumah tu takkan nak harap orang lain buangkan.
Cuba ajar pantat masing-masing begerak sikit, bangun, buang sampah. At least sampah tu kasik clear dulu.
Aku tulis ni pun macam boleh terbau-bau pampers masam.

Sebab aku pernah pergi satu rumah yang dalam bilik airnya digantung plastik sampah besar.
Actually dari luar dah terbau-bau masam. Kembang-kempis hidung aku mencari kat mana punca bau. Ingatkan karpet dia masam bekas tertumpah air.
Masuk bilik air, Ya Rabbi, masam gila! Tapi aku masuk la jugak sebab tak tahan.
Lepas keluar, aku saja tanya plastik besar dalam tu isi apa?
Tuan rumah jawab dengan selamba "Isi pampers anak. Malas kejap-kejap nak gi buang. Dah penuh plastik tu nanti baru buang".

Dalam hati aku cakap apa jenis pemalasnya kau ni?
Buang sampah tu cuma kat luar gate je pun dah malas?
Kan memang hari-hari pun kau masak, ada sampah yang nak dibuang jugak. Apa lah salahnya kau buang sekali pampers tu. Yang mesti nak tunggu sampai plastik tu penuh dah kenapa.

Itu je la sekali aku pegi rumah dia. Taknak aku datang lagi.
Anak aku tu mulut dia bukan boleh ditahan-tahan, karang dia tanya "Ma, bau busuk apa ni?"
Tak pasal-pasal anak aku kena piat dengan aku karang. Padahal memang rumah kau busuk pun.

Ni bukan apa ni. Masing-masing tak diajar dari kecik mengemas rumah.
Semua harap kat mak-nya sorang je agaknya. Bila dah besar semua pun tak tau buat.
Benda ni memang berlaku ya. Kalau tak berlaku aku takkan cakap.
Jenis yang kalau dari kecik dah diajar hidup macam tuan besar, memang sampai ke tua la perangai ni dia bawak.

Ada family yang aku kenal, satu rumah tu baik bapak, baik anak laki, baik anak pompuan, semua tak reti buat keje. Yang buat keje memang maknya sorang. Mujurlah jugak mak suri rumah. Nak dia melayan kehendak sorang-sorang. Kalau dapat kat Mak Aji jenis ni, memang sorang-sorang dia libas dengan kuali.

Yang bapak bangun je dari tido terus pi dapur tanya "Makan apa ada hari ni?"
Lepas mencekik, pinggan makan sendiri pun tak reti nak angkut letak dalam sink. Dibiar je atas meja nanti ada hamba abdi dia kemaskan.

Yang anak lelaki baik sikit, angkat pinggan ke sinki tapi basuh tangan, blah. Amboi, dah tu pinggan makan kau ni hantu mana nak basuhkan?

Yang anak pompuan, bangun pagi sibuk ke sana ke sini ke sana ke sini siapkan diri sendiri berjam-jam. Lepas tu mencekik. Lepas mencekik blah. Pinggan tak basuh sebab nanti air terpercik kat baju.
Alahai comel sangat perangai. Aku simbah air teh ni karang baru kau tau nasib.

Jenis yang tak reti berkemas ni, kalau kau kaya takpe tau.
Masalahnya kau tak kaya. Kalau dari sekarang kau tak blaja mengemas, esok kat rumah kau sape nak kemas?
Jenis yang tak reti berkemas ni selalunya dia tak tau beza mana satu kemas, mana satu sepah.
Sebab bagi dia semua pun sama. Tu pasal spesis-spesis macam ni boleh hadap duduk dalam rumah macam loji.

Yang tak pandai berkemas ni, aku syorkan korang training ngan Mak Aji.
Haaaaa...baru kau tau nasib kena mop lantai guna kain buruk! Feeling Cinderella lah kau situ.
Mak Aji punya style, walau hari tu batang mop tiba-tiba patah, dia takkan tunda jadual mengemop dia ke hari lain ya. Tetappppp mengemop.....guna kain.
Maka, terbongkok-bongkok la kau lap lantai dari satu hujung ke satu hujung.
Sampai sekarang aku menyesal sorokkan batang mop tu. Ingatkan boleh skip mengemop. Rupanya tak. Merasa aku jadi Cinderella kejap.
Agaknya kalau Mak Aji nampak rumah this lady, dia simbah minyak. Bakor. Habis cerita.

Cara-cara penyewa rumah arwah nenek aku tu dulu pun aku dah lemas tengok, lagikan rumah akak ni.
Terpikir aku, macamana dorang bersolat eh dalam rumah ni?

Oh, maybe dorang solat kat surau.



Abaikan muka acik yang macam tak cukup tido tu.
Dalam video ni warna turquoise nampak macam biru. 
Tapi sebenarnya turquoise yang cantik macam warna shawl aku pakai semalam. 
Pembelian boleh start petang ni sebab kita akan pos esok. 
Setiap RM100 dapat 1 helai face towel. Bukan cikai punya towel ya, ini tebal. 




2017-10-25

Apa beza jodoh dan bodoh


Tersesat tu perkara biasa untuk orang yang sedang dalam perjalanan.
Tapi, kita akan sesat teruk kalau lansung takde tujuan jelas. Yang ni lagi bahaya.
Lebih-lebih lagi kalau sesat dalam hidup.

Mula-mula bercinta, semua pun ok.
Masuk tahun ketiga, keempat, dah mula nampak true colors masing-masing. Bertekak pun dah boleh tahan tinggi pitch dia.
Tapi selalunya, pada tahun-tahun ni, kita dah 'malas' nak break. Rasa penat nak mula semula dengan orang lain. Leceh. Nak pulak kalau waktu ni kita dah umur 26-27.
Kalau orang perempuan, umur-umur ni dah kira lewat dah ni.
Nak pulak kalau kau dah bercouple 2-3 tahun, mesti mak bapak pun dah start bertanya sampai bila nak macam tu. Takde kesudahan.

Pernah tak, dalam pada kau rasa kesal-tak-kesal dengan relationship sekarang (dengan gf/bf), kau terkenangkan balik kawan lama kau dulu?
Masa tu la baru nak tertanya-tanya apa khabar agaknya dia?
Waktu tu kau terasa macam "Kalau ambik dia jadi pasangan pun bagus jugak. At least aku dah kenal dia lama".

Pernah tak terasa macam tu?

Aku rasa maybe inilah yang crush aku buat kat aku dulu.
Tetiba je muncul mencurahkan perasaan.
Aku syak waktu tu dia tengah in a state kesal-tak-kesal dengan relationship dia, waktu tu lah wajah aku muncul dalam mimpi dia. Kahkahkah.

Selalunya macam tu lah kan.
Bila kita rasa tak yakin dengan relation kita, kita akan terkenang balik kat someone yang buatkan hati kita senang and tenang all the time.
Cuma selalunya orang tu tak cantik kat mata kita.
Tapi bila dalam keadaan keliru, kita akan terkenangkan dia.
Itu tandanya, sebenarnya ciri-ciri yang ada pada kawan kita tu adalah kriteria yang kita nak, tapi kita dikaburi oleh ego dan kehendak yang kita sebenarnya tak pasti.

Tapi lepas kau pikir-pikir balik last-last kau cakap "Alah, dah la. Takyah nak pikir sangat. Walaupun selalu bertekak, tapi kami bertahan jugak sampai 3-4 tahun. Ambik yang ni je lah".

Kan?

Betul tak?

Aku hampir-hampir nak teruskan je dulu dengan exbf aku dulu sebab alasan ni lah.
Sebab mengenangkan alahai penatnya bercinta, duit pun dah habis banyak, dah siap kenalkan kat sedara-mara bagai, kalau break, bukan je malu tapi malas dah nak start all over again.
Lagipun, ada ke lagi yang nak kat aku?

Tapi sisi aku yang lain nak sangat keluar dari relation tu. Confuse sangat rasanya nak buat keputusan.
Waktu ni, crush aku dah back-off.
Kalau tak, agaknya aku patah balik kat crush aku tu.
Mujurlah Ultraman datang menyelamat tepat pada waktunya.
Eh bukan Ultraman, tapi Ultrameng.

Bila dengan En Wan, kenal sekejap then terus bertunang and kawen.
Ternyata rupanya tempoh bercinta tu bukan jaminan. Malah, bukan satu benda yang penting sangat.
Sebenarnya, semakin lama kita bercinta, semakin payah kita nak lepaskan dia bila timbul masalah.
Macam kes aku dulu, disebabkan bercinta agak lama, aku dah susah nak buat keputusan everytime ada masalah. Kena hentak pun masih nak bercouple lagi. Bukan sebab sayangkan dia, tapi tempoh bercinta yang lama buatkan aku dah develop perasaan 'tak sampai hati nak tinggalkan'.

Selalunya bila kita dalam keadaan keliru macam ni, kita tend to terima apa-apa je lah yang datang, asalkan kau boleh keluar dari relation ni.
Masa tu baru kau tolak segala rupa, segala body cun, segala rambut bak mayang mengurai, segala muka macam Zul Aripin.
Yang kau aim cumalah orang yang boleh buatkan kau happy. Cukup.
That's why bukan sikit yang teringat balik kawan lama masa kat skolah dulu.
Masa tu lah baru terasa yang kau sebenarnya suka kat kawan kau cuma waktu tak tepat katanya.
Dulu masih budak-budak, tak perasan semua tu.
Dulu masih hingusan, macam adik-beradik rasanya.
Eleh, yang betulnya sebab kawan kau tu tak cun. Kalau tak, mesti kau gigih ngorat dia dari awal.

Lama mana kau bercouple bukan jaminan dia yang terbaik.
Gaduh tu perkara biasa. Tapi kalau sepanjang bercouple tu lagi banyak stress dari happy, apa perlunya kau tunggu?

Ada yang tak bercouple lansung tapi tetap ada jodoh.
Yang bercouple lama belum tentu ada jodoh.
Ada yang bercouple sekejap je tapi cepat pulak berjodoh.
Bercouple tapi menyakitkan hati tapi kau stay jugak dengan dia, yang ni namanya bodoh.

Kalau dah rasa memang tak sesuai, putus je.
Lebih baik sakit sekarang dari sakit lepas nikah.
Of course orang akan terkejut, especially mak bapak akan rasa frust and maybe malu sebab kau dah ke sana-sini dengan bf/gf alih-alih tak jadi.
Screw what people say. Do what you have to do for you!

Ok, sebelum ada reader yang email aku "Kak, macamana nak tau kalau pasangan kita tu sesuai untuk kita?", ni aku bagi guideline berdasarkan pengalaman. Pengalaman aku tak banyak, tapi insyallah boleh jadikan panduan kalau nak pakai.

1. Berbeza personaliti, takpe. Berbeza pendapat pun lumrah. Tapi kalau sentiasa bertekak sebab berbeza pendapat, boleh jadi ini petanda awal korang tak ditakdirkan bersama.

2. Chemistry. Tak perlu semua benda nak ada chemistry. Cukup 1-2 perkara. Chemistry ni wajib ada so that boleh jadi modal nak pujuk-memujuk bila bergaduh nanti. Macam aku dengan En Wan, chemistry-nya, makan. Kitorang jenis enjoy food. Never say so to food walaupun pegi pasar malam. Memang on aje. Nak pujuk aku pun senang, belikan burger, terus ok. Murah nau mood aku ni.

3. Kalau makanan yang dia belikan untuk kau tak kena dengan selera tapi itu pun kau takut nak bagitau, yang ni akan bawa masalah di kemudian hari. Jodoh yang baik, dia akan hormati selera kau. Kalau kau cakap makanan kat restoran ni tak berapa kena dengan tekak, dia akan terima. Next time dia takkan bawak lagi ke situ. Bukan paksa kau cekik jugak makanan tu dengan alasan jangan memilih! Yang ni sama-sama kena consider ya. Bukan salah sorang je. Sebab aku ada kawan yang memang tak boleh makan kat mamak, tapi bf dia suka lepak mamak. Bf dia kata "Kita bukan kaya, janganlah memilih". Ni bukan soal memilih ya. Kalau awek kau terbelahak kat situ kau nak cuci? Asal tak kaya je, suruh lepak mamak. Makan mamak tu memang untuk yang miskin je ke? Lain kali, kalau gian nak lepak mamak, pi lepak ngan member lain. Time keluar dengan awek pi makan KFC. Tapau pasar malam pun boleh.

4. Walaupun hanya seplastik goreng pisang yang dia bagi, itu menunjukkan dia ingat kat kau. Bahagia nau rasanya kalau laki kau call "Abang kat pasar malam ni, kuih koci awak ada ni ada. Nak tak?". Tu maknanya bukan saja dia tau kau suka kuih apa, malah terpandang koci je terus terbayang muka kau. Gitewww.

5. Kalau kau sentiasa ada rasa syak dengan pasangan, sentiasa nak skodeng henfon dia, FB dia, try to hack email dia, try jeling-jeling kat skrin henfon time dia whatsapp - yang ni baik takyah kawen lah. Kalau awal-awal dah takde rasa selesa dan percaya kat pasangan, kau yakin ke esok dah kawen kau akan stop buat keje-keje ni? Buat apa bercouple dengan dia kalau hati kau always tak tenang mikir dia whatsapp apa, whatsapp dengan siapa, apesal senyum-senyum pandang henfon. Dah, tak payah.

6. Setiap kali pasangan buat salah, kau terus-menerus jadi PR yang terpaksa jelaskan kat semua orang kenapa pasangan kau bertindak macam tu sedangkan it is obvious apa yang dia buat salah. Aku pernah dah lalui bab ni. Aku pernah nak bertumbuk dengan kawan exbf aku sebab aku dapat tau dia 'frame' exbf aku. Rupanya, aku yang salah. Semua orang tau exbf aku banyak buat hal, aku je yang tak tau and always 'bersangka baik'.

7. Effort hanya banyak dari kau, bukan dia. Ini bukan soal berkira. Tapi ini adalah planning untuk hidup bersama. Kalau sebelum kawen pun dia berkira dengan kau, apa jaminan nanti dia takkan berkira kat anak-anak, mak mertua, dan ipar-duai? Berkira kat sini bukan berkira soal duit semata-mata tapi tenaga. Kalau mintak temankan kau pi klinik pun malas, boleh blah.

8. Try bincang masa depan dengan dia. Kalau dia macam tak berminat "Alah, takyah pikir dulu lah..", tu maknanya kau stok geli-geli je la tu.

Ok cukuplah 8 point.
Tu guideline je. Tak semestinya betul, tapi melalui pengalaman aku, point tu boleh pakai.



Pencahayaan bilik hari extra memancor sampai floles habis muka aku.
Boleh tengok warna lain, klik bawah.


2017-10-24

To the person trying way too hard on social media


Melalui media sosial, kita dapat tengok life orang lain, tanpa berjumpa depan-depan mahupun kenal. Tak kenal lansung pun takpe. With just one click, semua aktiviti dan kehidupan harian orang tu boleh dipantau. Sampaikan nak menipu pun kena be creative. Kalau tetiba gf suruh send location atau gambar kau berada kat mana sekarang, kat situ dah je dah boleh tau kau jujur ke tak dengan dia. Bila life kat media sosial dah jadi lebih seronok dari realiti, kadang-kadang bersembang-bersembang or melepak-lepak dengan kawan-kawan dalam kehidupan sebenar dan jadi sesuatu yang sangat bernilai kalau sesekali dapat buat. Especially bila masa dah jadi halangan utama. Facetime je la sudeyy.

Now, media sosial dah bukan kehendak, tapi keperluan utama manusia.
Semua perkara connected to each other.
Kita bebas nak share ideas, nak collect survey, nak viralkan cerita, nak gossip, nak share memories.
Everything direkodkan dalam bentuk gambar, tulisan, artikel, komen - samada komen kat status sendiri atau status orang lain.
Ramai yang update status tanpa had. Siapa suka, like. Tak suka, unfriend.

Dalam banyak-banyak status yang melambak-lambak kat media sosial, pernah tak nampak someone yang tried too hard untuk bagitau semua orang he/she leads a happy life, atau he/she has a very loving couple, atau someone yang status dia penuh dengan affection kat pasangan tak habis-habis? EVERYDAY WITHOUT FAIL masalahnya tu. Kalau 2 minggu sekali takpelah gak.

Something like tepek gambar gf with caption "Syurga saya. Beruntungnya saya dapat memiliki hati awak". @taggirlfren

Esok status "Terima kasih kerana pilih saya" @taggirlfren

Lusa "Semalam buah hati bagi present. Bulan ni dah tak larat dah bukak hadiah. I love love love love u so much!" @taggirlfren

Ya ampunnnnnnnnnnnnn. Lemas ai bang.

Ini bukan issue tak-suka-boleh-unfriend. Ya, aku tau tu, kalau tak suka boleh unfren.
Cuma yang aku heran, kalau status kau tetiap hari pun balik-balik berkisarkan orang yang sama, berinteraksi dengan orang yang sama, dah kenapa kau tak limitkan je FB kau tu untuk dia sorang je?

Kalau kau PJJ lain cerita.
Tapi ramai je kot kawan-kawan aku dalam FB ni yang PJJ dengan husband/wife, takde pulak everyday nak up status sayang cinta rindu kat partner.

Ada kajian saintifik tentang ni.
Findings cakap, bila someone rasa insecure dengan pasangan, ussually dia tend to make their relationships visible to everyone.
Kalau sepanjang minggu tu dia asik brag about relationship, itu maknanya that whole week dia sebenarnya rasa insecure more than ussual.

Haaa...nampak tak?

Actually kan, FB is not just connecting people.
Maybe dulu si Mark buat FB tujuannya untuk connect people tapi bila zaman dah berubah, bila wannabes pun dah ramai, bila saiko pun bersepah di mana-mana, bila bimbos membiak dengan tak terkawal - now dengan status FB dah boleh kenal personaliti someone juga.

Ni aku dapat dari survey from Brunel University :

1. Orang yang jenis teliti cenderung untuk update tentang anak-anak.

2. Extroverts guna FB untuk connecting with people and share social activities.

3. Orang yang berfikiran terbuka share tentang pandangan/pendapat dan isu informasi intelektual.

4. Narcissist pula suka update tentang pencapaian diri sendiri (diet/gym/pengiktirafan/award).

5. Orang yang low self esteem akan update banyak tentang pasangan. Semakin low someone’s self-esteem, semakin kerap dia update tentang pasangan.

Tapi aku rasa orang nombor 5 berpotensi untuk jadi nombor 4 juga.
Sebab dia mencari perhatian dengan talking about pencapaian diri sendiri.
Nombor 5 pun boleh jadi nombor 4. Tapi nombor 4 tak semestinya jadi nombor 5.

Selalunya yang 4 jam sekali ucapkan rasa cinta sayang macam nak rak kat status FB ni adalah sejenis yang insecure. Nak-nak lagi kalau share laki orang. Lagi lah insecure.

Oh jap.
Kena letak disclaimer : Saya bukan nak jadi kritikal terhadap orang-orang yang proud dengan relation masing-masing apetah lagi yang nak show off their partner. I’m in a very happy relationship myself. I'm just so interested in why you do it.

Kakak ipar aku ada madu.
Anak-anak sedara En Wan cakap bini muda tu saiko.
Nak harass kakak ipar aku kat FB tak dapat, rajin dia hantar sms sindir kakak ipar aku.
Konon dia lagi better.
Klaka je aku rasa. Kalau kau lagi better, dah kenapa kau kisahkan dia pulak?
Patutnya bila kita rasa berjaya kalahkan orang tu, kita tak perlu kisahkan dia lagi. Our next aim is to be better than someone yang lagi bagus dari kita pulak, betul tak?
Tapi sebenarnya dia tak ada apa pun. Kakak ipar aku akauntan, yang dia tu jejak U pun tak. Boleh nampak lah perbezaan attitude orang terpelajar dengan orang tak habis blaja (no offense ya).

Janganlah transparent sangat kau punya low self esteem tu. You’re putting on a show, but appearances are shallow!
Nak ucapkan rasa cinta time besday, time anniversary tu biasa.

Ye lah, aku faham kadang-kadang tu kita terlampau happy sampai tak sedar apa yang kita update.
Tapi takkan every other day nak up perihal status yang sama. Hampir setiap hari masalahnya.
Pakai smartfon masing-masing melayan FB tapi tak reti berwhatsapp kalau setakat hari-hari nak cakap thank you nak jugak kat status FB.

Orang lain boleh tau kau bahagia kalau kau up seketul gambar kau dengan laki kau mencekik durian.
Tak pun up lah seketul gambar beraya dengan keluarga mertua, makan-makan dengan ipar duai, celebrate father's day dengan family. Done.
Couple yang satisfied dengan relationship selalunya opt for update gambar berkaitan dengan aktiviti keluarga je. Bak kata orang, a picture explains a thousand words.
Ini tak. Balik-balik kau laki bini je sahut-menyahut berbalas komen kat status FB tu, takde orang lain.

Ada sorang reader blog aku ni, dulu tak pernah jumpa dia pun.
Tapi aku suka kalau nampak status dia lalu kat newsfeed.
Dia takde pun expresskan dia bahagia, tapi bila dia letak gambar laki dia bergumpal dengan anak-anak kat celah-celah baju yang dah dilipat, walaupun aku tau dia tengah bengkek baju berselerak, tapi aku tau dorang bahagia. Because normal couple yang bahagia memang macam tu. Semua pun tau. Tak semestinya semua kena perfect.

Ingat tak dulu sebelum FB buat setting boleh disapprove orang post kat wall kita, semua orang pun boleh tulis kat wall kawan-kawan?
Now dah tak boleh sebab setting tu dah ada. Tapi untuk bragging couple, dorang masih gunakan ni.
Bak kata UAI, kau nak bersayang-sayang, tak boleh ke kau turn to each other and bagitau kau sayang dia?
Kau update status guna smartfon, kan? Abis tu tak reti nak whatsapp laki kau bagitau kau sayang dia?
Oh ye la, because you want everyone else to see it.

Tapi kan, aku rasa those yang kerap update status macam tu, sebenarnya dia tujukan status tu kat orang lain. Bukan kat kita-kita ni.
Normal people takkan buat macam tu.
Kecuali dia nak jeleskan somebody, atau nak buktikan kat seseorang.

Tetiba teringat kes gambar rumah aku kena plagiat dulu.
Yang komen kat blog budak tu pun strangers, not even her frens pun. Sebab takde orang pernah jumpa dia.
Ni pun sejenis makhluk yang try too hard gak ni. Dia nak buktikan dia happening, maybe.
Penangan media sosial. Dia pilih siapa dia nak jadi. Dia pilih nak jadi aku. Dia ingat life aku happening nau agaknya. Sekali readers aku pakat hamun dia terus tutup blog. Ha, baru kau tau sebenarnya jadi aku tak best mana kan?

Baru-baru ni ada blogger mengadu kat aku, dia dah tak enjoy blogging anymore sebab ramai sangat haters.
Aku cakap, dah kau hari-hari pun kau tayang aktiviti berbentuk material, memang lah lama-lama akan kumpul haters.
Dia cakap dia cuma nak jadi someone yang influence orang supaya berusaha kalau nak hidup senang. At the same time nak spread positive vibes.

Ye lah betul tu.
Bila kita happy and positive, minda kita lebih terbuka to foster more creative thinking.
Tapi itu kalau kita promote moderate level of happiness.
Bila kita try to hard promote high level of happiness, especially yang melibatkan material, itu bukan je akan jadikan kita less creative tapi juga less safe! Boleh ganggu psikologi tau.
Contohnya, sekarang tak pasal-pasal kau rasa down. Mula-mula kau nak spread positive vibes, tapi now kau sendiri yang down.

That's why jangan salah niat.
Kalau niat kita betul, insyallah respond yang kita dapat mesti baik.



Yang request suruh aku pakai Sparrow Shawl ni, ni dia.
Terpaksa aku telengkan muka semata-mata nak tunjuk eyelash tu.

Boleh tengok warna lain, klik bawah.



2017-10-23

Siapa yang mulakan?


Kesian aku tengok sorang hamba Allah ni.
Ni kisah berkenaan status FB yang aku update semalam.
Dia kata dia tweet pasal kisah sorang artis. Tapi dia tweet berkias. Maklumlah cerita tengah hot.
The way dia tweet sedara-mara yang lain boleh agak dia cakap pasal siapa. Tapi ipar dia terasa hati pulak.
Tiba-tiba je dia kena kick dari whatsapp grup family.
2 hari jugak dia cuba yakinkan ipar dia yang sebenarnya tweet tu pasal kes Hafiz Hamidun.

Pasal Hafiz Hamidun je okeh?
Aku baca pun alahaiiii. Aku nak gelak pun aku bukannya tau sangat cerita Hafiz Hamidun ni.
Tapi macam kesian pun ada.
Cakap pasal Hafiz Hamidun je pun, tak pasal-pasal dia jadi bahan gosip ipar-duai.
Orang lain punya story, orang lain yang terasa.
Kau ni pun satu lah Hafiz. Tak pasal-pasal orang lain kena kick dari whatsapp group sebab kau. Hahaha.

Rupanya ipar dia ada masalah rumahtangga. The whole family tau pasal ni.
Agaknya nampak tweet tu terus ipar ingatkan orang gossip pasal dia.
Alahaiiiii, ni lah dia penyakit manusia. Suka nau berprasangka. Dia ingat dalam dunia ni orang asik nak kesahkan hal dia sorang je. Macamlah takde keje lain nak cakap pasal dia 24 jam. Lainlah kalau kau pun artis.

Moralnya lepas ni kalau nak update blog, FB, tweet, IG, kena letak disclaimer : Status ini tidak ada kena-mengena dengan yang hidup atau mati. Hanya khayalan penulis saja. 

Gitu. Baru pueh hati. 

Secara lojiknya, dalam tweet tu ada beribu/beratus follower.
Dalam banyak-banyak yang baca tu apesal kau sorang yang sentap?

Tapi kan, perangai orang saiko memang macam ni tau.
Dia ingat segala hal yang berlaku atas dunia ni semua berkisarkan tentang dia, dia dan dia je all the time.
Apa yang kita cakap, apa yang kita tulis, dia always interpret-kan as kisah dia.
Pastu merempan sorang-sorang.
Malu sikit, please?

Contoh paling senang nak paham gini.
Katakanlah aku update entry tentang derhaka kat suami.
Kalau kau bukan sejenis yang derhaka kat suami, kau terasa tak dengan tulisan aku? Konfem tak, kan?
Hanya yang derhaka saja yang panas pungkoq baca.
Jadi kesimpulannya kalau kau terasa status/tulisan tu macam ada tempias kat kau, muhasabah lah diri. Komunikasi kita dengan Allah sentiasa ada.
Sentiasa ada asbab yang dipilihNya untuk jadi perantara.
Kalau ada sesiapa yang dah membuatkan kita sentap dengan penulisan general-nya, ingatlah bahawa mereka tu cuma asbab yang dihantar oleh Allah saja.
Dan lain kali jangan cerita masalah rumahtangga kau kat orang sebab bila orang bercerita pasal orang lain yang ada sipi-sipi macam kisah kau, kau perasan orang perli kau. Padahal terpikirkan kau pun tak. Bajet Fattah Amin sangat kau ni.

Maybe ada yang sengaja nak sakitkan hati kita tapi kita tak terasa lansung.
Ada jugak orang yang tak berniat lansung nak menyindir kita (macam kes reader tadi), tapi tak pasal-pasal kita melenting pulak.
Kenapa boleh jadi macam tu agak-agak? Sendiri pikir.
Bak kata Altimet "Siapa makan cili, dia rasa pedas. Siapa rasa pedas, kata aku mulut lepas".
Dah kalau kau tak makan cili, apesal kau nak panas?

Macam entry poligami aku dulu (entry sawan telor).
Ada gak yang panas hati. Just imagine, yang baca blog aku ni paling sikit katakanlah 10 ribu orang.
Dalam ramai-ramai 10 ribu ni, kau sorang yang panas jubo apehal?
Tu maknanya apa aku tulis tu setepek-setepek kena kat kau sebab tu kau panas hati.
Kalau apa yang aku cakap tu takde sangkut-paut, mesti kau baca dengan rileks je.

Some lelaki memang macam tu.
Masa telur tengah merenyam nak berbini lagi, kemain bangga share hadis, share ceramah pasal keharusan berpoligami. Tapi hadis tu je la dia angkat beria-ia.
Bila aku counter balik dengan hadis suami perlu berlaku adil terhadap isteri-isteri, eh sentap pulak.
Padahal dua-dua pun hadis Rasulullah saw, apesal kau takleh terima?
Boleh pulak nak pilih-pilih. Nak ikut sunah, ikut lah semua. Jangan ikut mana yang sedap kat buah kerandut kau je.

Lepas ni dah jadi masalah pulak kita nak ber-tweet, ber-FB sebab ada orang insecure memerhati.
Tak tau hujung pangkal karang kita kena hencap dek dia.
Kurang perhatian kau ni, tu pasal jadi macam tu. Dahagakan perhatian.
Ingat tau korang, lepas ni setiap status kena letak disclaimer sebab saiko ada di mana-mana.

Ni lagi satu aku nak cakap pasal sesiapa yang suka share tentang masalah rumahtangga kat orang.
Tak kira lah kat share kat aku ke, kat page confessor ke atau kat ahli keluarga sendiri.

Sebelum confess pasal masalah kau, kena ingat yang kau sedang menrisikokan diri kau untuk dijadikan bahan gossip.
Kalau kau tak bercerita, orang tak tau.
Tapi bila kau dah bercerita, jangan pulak salahkan bila orang mula berprasangka.
Tanya balik diri sendiri siapa yang mulakan? Kau kan? Kau yang bukak rahsia kan?
Bila orang ramai dah mula bercerita, kau cakap orang sibuk hal rumahtangga kau.
Eh, jangan nak play victim. Otak ada, pakai.
Kalau bukan mulut kau yang bukak cerita pasal hal kau laki bini, orang lain takkan tau.
Jadi jangan nak salahkan orang lain pulak bila ramai mula bercakap hal kau.
Jangan letakkan salah pada orang lain seolah-olah kau suci, orang lain jahat.
Sape yang jual cerita rumahtangga kalau bukan kau sendiri?

Kadang aku pelik dengan confessor-confessor masalah rumahtangga.
Kau yang share masalah kau laki bini, pastu bila orang dah start respond, kau cakap orang melebih-lebih hal kau.
Kau yang update status sendu-sendu kat media sosial pastu kau marah bila orang anggap bukan-bukan.
Lain kali, kalau taknak jadi stok gosip, blaja simpan cerita tu. Tak payah nak mengadu nak mengeluh kat mana-mana, kat sape-sape pun.
Masa tengah susah hati, kau cari orang nak luahkan masalah.
Bila keadaan kembali stabil, kau salahkan orang kata orang jahat menyibuk hal kau.
Betullah cakap orang, satu jari tuding kat orang, 4 jari kat diri sendiri.
Patutlah ada masalah. Kau pun sama tak betul rupanya.
Kalau dah tau takleh hidup tanpa laki, lain kali apa laki kau buat, kau telan sorang-sorang.
Jangan bagi orang lain tau masalah kau.

Tak payah nak terasa sangatlah apa yang aku tulis ni kalau takde kena-mengena dengan kau.
Tapi kalau terasa, nasiblah.







2017-10-22

Marah ke?


Ada macam-macam cara nak lepaskan rasa marah.
Pilihlah ikut suka. Tapi risiko tanggung sendiri.

1. Pukul orang
So far ni cara paling primitif. Spesis otak kepit celah jubo je yang suka option ni. Sebab bertindak tak payah guna otak. Taunya bertumbuk je. Maklumlah, tangan and kaki gerak lagi cepat dari otak katakan. Selalunya spesis ni otak dia 80% simpan buat perhiasan je. Dia jarang gunakan.

2. Mengejek
Ni jenis orang yang tak puas jadi budak. Dah berbulu depan belakang pun masih nak name calling, main nama bapak, ejek muka orang, ejek warna kulit orang. Dah habis gengster la tu konon. Nah ambik ni beli eksrim Mat Cool *campak singgit*.

3. Maki hamun
Teringat cerita Bujang Lapuk bila Mak Jaiton terpekik-pekik "Anak kau tu yang hantu! Anak kau tu jin aprit! Jin aprittttt!". Kalau korang bergaduh style gini, cuba check salasilah kot-kot ada keturunan Mak Jaiton.

4. Hancurkan barang
Asal bengang je, hempas pintu. Asal bengang je, pecahkan pinggan. Aku pernah buat gini dengan iPad. Bengang sangat asik berebut iPad je kejenya, aku ambik hempaskan. Terkebil-kebil semua tengok aku mengamuk. Boleh pun tengok TV sama-sama pastu. Selagi mak tak mengamuk selagi tu bercekau.

5. Buang barang
Ni selalunya penyakit orang tengah bercinta. Asal bergaduh je buang hadiah-hadiah yang pernah bf bagi. Buang pun alahai tepi katil je. Tak beraninya dia nak buang terus dalam tong sampah. Buang-buang manja gitu sambil mata menjeling balik kat hadiah tadi. Banyak tengok filem Yusop Aslam kau ni. Aku lempang karang satu sen tak guna.

6. Show off
Ni cara yang agak bijak dan paling trend zaman sekarang. Satu cara dia tunjuk marah adalah dengan menayangkan kehebatan yang dia ada. Sejenis umpan nak pancing kau punya regret carik pasal dengan dia. Kau buat aku sakit hati kan, meh aku sakitkan hati kau balik dengan tayang apa yang kau tak mampu ada. Biar kau menyesal cari gaduh dengan aku. Kalau kau menyampah kat aku lagi bagus. Sape suruh sakitkan hati aku. Gitewww. Boleh tahan gak cara ni sebenarnya, takyah perang mulut penat-penat. Kau up gambar kau shopping Mahnolo Blahnik seketul, done. Tapi pastikan barang tu benar-benar bukan mampu milik oleh semua orang la ya. Kalau setakat perfume harga RM300 kau nak tayang dengan harapan ada orang kagum dan sakit hati, lupakan je la. Jadik stok gelak je.

7. Menyindir
Sindiran yang bersifat general, cara yang halus, tapi kalau panahannya tepat, memang menggelitik yang kena tu. Kalau nak guna cara ni, pastikan kau ada stalker sebab stalker mengikut je mana kau pegi. Apa kau buat semua dia tau. Dia sentiasa available untuk kau. Jadi, orang macam ni selalunya kalau terkena sindiran memang setepek-setepek kena kat muka. Tapi kalau kau adalah seorang pen-stalker, takyah lah buat cara ni. Sebab orang tu takkan tau pun kau sindir dia. Nanti elok-elok kau nak buat dia sakit hati, ujung-ujung kau yang sakit hati sebab mesej kau tak sampai. Dia tak baca. Kahkahkah.

8. Main-mainkan orang
Ni cara kasar. Mula-mula dia suruh orang tu fotokopi satu buku. Lepas dah settle, dia kata salah bagi buku, dia suruh orang tu fotokopi buku lain pulak. Lepas tu dia kata salah buku lagi, dia suruh copy buku lain pulak. Dia suruh buat keje A tapi dia bagi informasi B. Dia suruh buat C tapi dia bagi arahan D. Sejenis yang saje je nak mengenakan orang.

9. Menyakitkan hati A dengan cara menggangu semua orang yang ada kaitan dengan A.
Ok yang ni ciri-ciri wajib ada pada seorang saiko. Dia nak sakitkan hati A tak lut sebab A kebal, jadi dia terpaksa aim orang lain. Selalunya dia akan aim orang yang paling hampir dengan A. Cara ni sesuai kalau kau dah takde idea sangat nak lepaskan marah. Gaduh dengan bini, ejek laki dia. Gaduh dengan laki, tapi ejek bini dia. Tapi sebelum kau guna kekdah ni, pastikan laki atau bini kau perfect lah. Kalau bini kau pun haruk, baik kau diam je. Karang nak bahan bini orang, silap-silap bini kau kena bahan balik.

10. Tunjukkan kau berjaya
Yang ni cara orang bijak dan ada class tersendiri. Apa orang buat kat dia, dia wat lek wat pis je. Tapi lepas satu, satu, orang nampak improvement kat dia. Tak perlu bising-bising. Aku harap politician kita baik kerajaan, baik pembangkang pilih cara ni untuk melempiaskan amarah. Kau asik membalas kutukan dapat apa. Orang makin menyampah dengar. Lantaklah kalau orang nak kondem kau apa pun, kalau kau tak buat apesal kau nak layan. Fokus je la dengan tanggungjawab. Kalau kau buktikan kau memang bekerja untuk rakyat, kau akan menang. Takyah susah-susah nak yakinkan rakyat apa orang sebelah cakap tu fitnah. Rakyat taknak tau lah. Rakyat nak tau kau buat keje je. Jangan buang masa hari-hari takde berita lain balik-balik kau kutuk aku, aku kutuk kau. Kamon lah, masing-masing dah tua pun.

11. Mendoakan orang yang menyakitkan hati kita.
Yang ni sangat mulia sekali. Kau tak suka aku? Ok, aku doakan kau sukakan aku. Kau sakitkan hati aku? Ok aku doakan kau dapat petunjuk. Tapi tak payah la berdoa kat status FB "Ya Allah, aku berdoa si polan yang menyakiti ku dapat hidayah". Kalau ikhlas nak mendoakan, bangun malam tahajud, doa. Doa waktu tahajud bagai panahan yang menepati sasaran. Yang ko doa kat FB nak buat apa. Lagi satu kalau kau membuka jalan untuk diri kau dianiaya, tak payah la nak berdoa kat FB "Ya Allah, semoga mereka diberikan petunjuk". Kalau kau yang buka ruang untuk orang hencap kau, lebih baik kau berdoa supaya diri kau yang dapat petunjuk. Itu lebih tepat. Jangan ingat asal kau kena aniaya je petanda orang dengki kat kau. Mintak banyak-banyak kat Tuhan biar kau nampak hikmah di sebalik setiap kejadian. Boleh jadi semua ni terjadi berpuncanya daripada kau.

12. Diam
Ni paling susah orang nak buat tapi inilah yang paling powerful sekali. Pernah dengar silent treatment? Buat dek dengan orang yang cuba sakitkan hati kau. Orang tu nanti akan sakit hati balik sebab kau tak respond pun kat dia. Seolah-olah apa yang dia buat tu tak lut lansung. Balik-balik dia hencap kau, balik-balik dia cakap buruk pasal kau. Takpe. Biarkan. Selalunya orang yang buat gini, dia berani takat tu je. Dia tak berani cakap depan kau pun. You got nuthing to lose.

13. Unfriend/Block kat Media Sosial
Ni salah satu silent treatment juga. Tapi pastikan tindakan kau ni tak memalukan diri kau balik. Pastikan punca kau unfriend sebab dia yang mengganggu hidup kau. Jangan pulak kau yang bajet gengster pi kacau dia, pastu bila kena maki berjemaah, kau bengang lalu kau unfriend. Sendiri cari pasal pastu sendiri sakit hati. Orang tu tak apa-apa, kau yang berbulu. Kat sosial media ramai bajet gengster. Acah-acah berani nak sound orang, pastu bila kena tarbiyah kaw-kaw, dia block kita pulak. La, ingatkan gempak sangat. Baru kena sound balik dah rabak. Lain kali kenali diri dulu ya. Agak-agak hati tisu, dok sana dendiam.

14. Tido
Paling best. Ambik wuduk, pastu tido. Sebelum tido makan maggi dulu seround.


2017-10-21

Tak rasa kenyang pun?






Dah baca conversation atas tu?

Ok, now aku nak elaborate. Aku akan elaborate dalam bentuk point supaya senang nak faham.
Tapi sebelum tu aku nak cerita sikit.

Ada some kat Live Chat cakap "Saya dah try banyak produk kurus tapi tak jalan. Now saya nak cuba GC Plus".

Kalau aku yang jaga chat, aku akan tanya "Pernah jumpa dokter tak untuk check kenapa berat susah nak turun?"

Ikutkan hati aku, nak je aku tanya "Kalau semua produk kurus tak berkesan kat awak, awak rasa produk tu yang problem ke awak yang problem?".
Tapi kasar nau bunyiknya, kan. Jadi aku berlapik la sikit.

Aku memang particular sikit benda-benda macam ni.
Sebab secara lojik, kalau semua produk kurus kau dah cuba tapi takde kesan, salah produk ke salah kau?
That's why sebelum produk aku jadi mangsa pukul rata kau, aku kena identify dulu apa sebab berat kau susah turun.

Pernah aku attend satu class, mentor jutawan tu terkejut bila aku cakap aku buat basic background check dulu kat bakal pembeli before aku allow dorang beli produk aku. Dia cakap kat aku "Apesal Puan nak halang orang nak beli produk Puan? Dia nak beli, bagi dia beli. Jangan tanya-tanya apesal nak beli, apesal nak itu ini. Kerja kita cuma fokus untuk marketkan produk".

Aku macam "Wowwww. Seriously?"

Sorry ya.
GC Plus bukan produk OEM.
GC Plus aku bina dengan formula sendiri.
Aku ke hulu hilir cari info, baca tentang macam-macam jenis tumbuhan, spent time lagi banyak dengan researcher dari laki aku sendiri, untuk blaja formula yang terbaik.
Aku risk my own life untuk jadi 'tikus makmal' test produk ni.
Banyak yang aku dah lalui sebelum produk ni aku release. Sweat and tears. Belum lagi kena perli ngan laki aku "Apa benda awak buat niiii". Aku telan je.
Aku tau apa yang boleh apa yang tak boleh.
So aku tak boleh jual semata-mata nak jual.
That's why aku 'kerek' sikit menyoal macam-macam sebelum beli produk aku.
Selebihnya aku tawakkal.

Point aku nak cakap kat sini, jangan pukul rata semua produk kurus tak menjadi hanya kerana ia tak berkesan kat kau.
Yang kau cakap, semua produk kurus tak menjadi.
Tapi yang kau tak cakap, kau mencekik macam takde besok.
Yang kau tak cakap, keturunan kau memang semua badan besar.
Yang kau tak cakap, kau ada ambil ubat hormon.
Yang kau tak cakap, kau stress sebab tu keje kau asik mencekik tak sudah-sudah.
Pastu kau kondem produk orang.

*ambik napas*

1. Sakit kepala
Some pengguna GC Plus (yang baru start guna) akan rasa sakit kepala, pening, atau loya. Yang ni normal, jangan risau, especially untuk those yang metabolisme rendah. Kalau korang ada tanda-tanda ni maknanya badan korang dulu memang sejenis 'malas' bekerja. GC Plus akan ransang otak untuk activate pembebasan serotonin. Serotonin ni bantu kawal rasa lapar. Tapi pembebasan yang banyak dan mendadak akan buatkan badan penat. Efeknya, badan jadi letih, mengantuk, pening atau loya. Kalau sesiapa dapat kesan yang sama, kurangkan dos kepada 2 kapsul dulu. See if ada perubahan. Lepas tu slowly naikkan ke 4 kapsul sehari.

2. Kurang rasa lapar
Yang ni memang expected. Sebab tu tagline GC Plus ni "Tanpa Berlapar". Serotonin is nature's own appetite suppressant. Serotonin ni very powerful punya brain chemical yang boleh kurangkan rasa lapar walaupun kau tak makan sangat. Hasilnya, dengan sendirinya kau akan kurang rasa nak makan and secara tak lansung berat badan berkurangan.

3. Berak-berak
Ramai ingat bila kerap berak-berak maknanya lemak dah start dipecahkan. Sebenarnya tak. Tak semestinya kau kena berak-berak lepas makan GC Plus. GC Plus ni fungsinya untuk block new fat. Sebab tu kena ambik GC Plus pagi-pagi supaya dia 'standby' untuk block makanan-makanan berlemak yang bakal korang makan. Kalau lepas ambil GC Plus kau mencekik roti canai, besar harapan 5-6 kali kau ulang-alik ke jamban. Sebab dalam sekeping roti canai ada lemak kanji (dari tepung), ada gula (fruktosa yang ditukar jadi lemak) dan lemak LDL (butter). Kau try sekeping je cukuplah, lepas tu bersedialah melecet jubo. Tapi, kalau kau tak makan makanan yang ada high trace of fat, memang takde la berak-berak tu. Jadi, secara tak lansung, kalau kau taknak kejap-kejap ke jamban, kau dengan sendirinya akan pilih healthy food for breakfast. Nampak tak betapa GC Plus mengajar kau pilih makanan yang sihat?

4. Kenapa kena tunggu 30 minit baru boleh makan?
Sebab GC Plus perlukan at least 30 minit untuk hasilkan serotonin yang cukup supaya boleh cover perut dari rasa lapar. Jadi, lepas ambil GC Plus, tolong bersabar 30 minit. Lepas tu kau nak makan, makanlah.

5. Berat badan susah turun walau dah ambil GC Plus.
That's why setiap yang beli GC Plus, aku ada bagi weight loss tracker card.
Yang tu untuk korang track weight loss dan ukuran pinggang selama 10 hari. Kalau dalam masa 10 hari berat badan turun 1kg saja, dan pinggang tak berkurang size, itu tandanya korang ada metabolic problem. Most overweight people have metabolic problem. Keadaan di mana otot dah jadi resistant terhadap insulin. Ambik GC Plus alone memang kurang membantu. Kena usaha lebih dari orang lain, kena kawal gula, kena exercise. No choice.

6. Tak rasa kenyang pun bila ambil GC Plus?
Jangan expect kenyang sampai ke malam. Kenyang kat sini bermaksud, kau kurang rasa lapar dari kebiasaan. Tapi, kalau selera makan meningkat, check balik apa yang korang makan. Pernah tak sometimes ada satu hari tu kita rasa asik nak makan je? Itu tandanya kita tak makan apa yang badan perlukan. Perut 'mintak' makanan, tapi kita makan makanan yang perut tak perlukan. Kita kunyah biskut and jajan. Dan perut asik mintak mintak dan mintak lagi. Sebab, yang kita makan tu tak mengandungi nutrien yang badan mahukan. Kena pandai kenalpasti korang lapar atau bosan. Kalau lapar, elok lah makan nasi, jangan makan jajan atau fast food. Lagipun otak kita prefer karbo dari protein. Ada orang, bila dia sedang berdiet, dia tend to kurangkan ambil makanan berat. Dia ambik roti sekeping untuk bfast. Tengahari minum sup. Petang kepok lekor 2 batang je. Malam nasi sejemput and lauk sesudu. Pastu kau expect kau takkan lapar, gitu? Jangan main-main naaa, poor diet can result in cravings tau.


Dieting is hardwork ya. Walaupun dah kurangkan kalori dan bersenam macam nak rak, sometimes lemak dalam badan tak kurang-kurang pun. Kalau kurang pun sangat slow. Kalau too slow (1kg seminggu pun susah turun), go and check dokter. At the same time check apa yang kita makan. Sometimes kita yang sabotaj badan sendiri dengan sumbat makanan yang tak sepatutnya.

Those yang badan sangat overweight, please identify korang gemuk sebab keturunan ke apa. Suka atau tak, memang ini korang kena accept. Sebab body weight ada strong genetic component.

Dalam badan kita ada beratus-ratus gen yang berfungsi untuk kawal berat badan. Kebanyakan gen ni memastikan badan ada kelangsungan hidup. That's why jangan tahan makan melampau. Kalau badan sense kita menahan makan, dia akan anggap kita diancam kebuluran. Jadi badan akan stop pecahkan lemak sebab dia nak simpan lemak tu sebagai sumber tenaga. That's why korang exercise pun lemak tak turun sebab badan dah stop guna lemak.

Paling last sekali, jangan kurang tido.
Kalau rasa-rasa nak bangun pukul 4am, tidolah pukul 10pm. Jangan tido kurang dari 6 jam.
Once kau kurang tido, benda pertama yang jadi dalam badan adalah hormon kortisol start kumpulkan lemak kat perut.
Bila lemak dah start kumpul kat perut, get ready beli spender baru.

Nak try GC Plus?




2017-10-20

Dosa


Sejak akhir-akhir ni aku terpaksa buat entry yang saling berkait dengan entry sebelumnya.
Entry semalam, tentang isu bersalin czer (C-sect) petanda banyak dosa.
Rupanya ramai jugak yang kena czer. Kalau tak, takde la sampai aku terpaksa naikkan entry yang ni hari ni.

Ramai juga yang tak puas hati bila czer dikaitkan dengan dosa.
Alahaiii....jangan layan sangat lah komen-komen macam tu. Baca sekali lalu je dah lah. Tak berkudis pun. Semua orang ada dosa. Kalau semua musibah nak dikaitkan dengan dosa, then please explain kejadian tahfiz yang terbakar baru-baru ni? Tu sebab dosa siapa.
Dosa pengetua? Dosa tenaga pengajar? Atau dosa mak bapak?

Pernah tak terfikir, bila kita menanggung sakit, atau ditimpa musibah, itu sebenarnya petanda baik?

Cuba bayangkan, waktu kita (wanita) nak melahirkan anak, mesti kena ada rasa sakit dulu baru boleh meneran. Kalau tak rasa sakit camana nak meneran.
Rasa sakit tu petanda yang baby kat dalam masih hidup, sebab tu baby bertungkus-lumus cari 'jalan keluar' yang menyebabkan ibu dapat contraction.
Bayangkan kalau tiba-tiba ibu dah tak rasa contraction (tak rasa sakit), itu petanda something wrong berlaku pada baby.
So nampak tak betapa rasa sakit pun membawa petanda baik?

Orang yang terpaksa buat czer pun merasa contraction, bukannya tak rasa.
Macam kes aku bersalin Redza dulu, 15 jam tahan sakit, 3 kali induced, sampai Dr sengaja korek tangan dia kat bawah supaya bukak jalan. 15 jam contraction sampai kuku kaki semua dah bertukar biru, aku pun dah lemah, last-last dokter sembelih jugak.
Maknanya aku sakit atas bawah.

Pernah dengar tak, dalam keadaan sakit, doa kita lebih makbul berbanding waktu sihat?
Antara doa orang sakit yang berdepan dengan musibah dengan doa orang yang sihat, khusyuknya berbeza tau.
Orang yang sakit/berdepan ujian, doa dia ada tawakal dan pasrah yang tinggi kat Allah.
Jadi, siapa kata sakit susah nak bersalin tu musibah petanda banyak dosa?
Kalau rasa sakit tu buatkan kita berserah secara total pada Allah, ditakdirkan dia mati ketika bersalin (operation), bayangkan tahap iman dia masa tu. Entah-entah jauh beza dengan kita yang bajet takde dosa ni.

Rabiatul Adawiyah (antara wanita awal peluk Islam), kalau dah lama tak sakit atau tak ditimpa musibah, dia menangis tau. Sebab dia rasa kalau tak sakit, seolah-olah Allah tak pedulikan dia. Dia takut kalau nanti dia lupa Allah bila tak ditimpa ujian.
Yang kita, 24 jam nak hidup senang. Sebab kata kita, kalau tak kena ujian maknanya tak ada dosa. Eh tak malu ke?

Makin banyak ujian, makin banyak musibah, makin meningkatkan peluang kita untuk basuh diri dari dosa. Pikir positif.

Masa nak bersalinkan Rayyan pun aku ada komplikasi.
Kali ni dokter dapat detect ada komplikasi kat uri.
Memang this time tak sempat rasa sakit bersalin, tapi aku kena tersadai sebulan kat spital jadi maskot wad bersalin.

Time Rayyan, Allah gantikan contraction dengan hari-hari kena ambik darah kat lengan.
For 30 days, everyday ambik darah untuk monitor health. Sampai lebam lengan dua-dua belah.
Hari-hari kenyang breakfast telan 7 biji ubat.
Sebulan makan makanan yang takde rasa manis, takde rasa masin. Zero flavour.
Selama sebulan jugak tidur aku terganggu (diganggu) sebab nurse and dokter kerap datang untuk check blood pressure, ambil darah and picit-picit jari kaki.

Tapi hikmahnya sangat besar.
Ramai yang doakan aku. Ada yang bagitau dorang buat solat hajat ramai-ramai dengan jemaah surau untuk aku.
Takde paksaan, dan aku pun tak mintak orang buat solat hajat untuk aku, tapi alhamdulillah Allah's plan is always the best. Dia gerakkan hati beberapa orang untuk buat solat hajat. Padahal aku tak pernah jumpa pun orangnya.
Henfon aku sentiasa ada email/sms masuk tanya khabar.

Tapi, dalam banyak-banyak kata-kata semangat yang aku terima ada jugak 1-2 yang perli.
Katanya aku drama lebih.

Pelik jugak aku.
Aku tersadai kat spital, dia kata aku berdrama.
Dokter kata aku 50-50 chances, tapi dia kata aku kemaruk nak dapat perhatian readers.

Itulah namanya manusia.
Ada yang sedih bila semua orang tengah suka. Dan ada yang suka bila kita tengah sedih. Tak kurang jugak yang sengaja cari jalan untuk buat kita rasa sedih. Yang tak ada, diada-adakan supaya kita sakit hati.

You can be so nice to everyone and there still might be someone who doesn’t like you.
So kesimpulannya, jangan ambik port siapa suka siapa tak suka.
Dia punya analogi sama macam kau sakit bersalin.
Yang merasa contraction kau, jadi yang merasa sakitnya adalah kau. Orang lain tak rasa, dorang cuma boleh simpati je.
Samalah jugak dengan those yang ada penyakit hati. Yang tengah merasa sakit tu dorang, kita takde kena-mengena, jadi tak payah nak menderita sama, ok?
Same goes to kata-kata or komen semalam tu, kau jangan layan. Jalan terus.
Kadang-kadang orang yang bagi komen macam tu sebenarnya dia tak maksudkan semua orang.
Dia nak tujukan pada certain orang yang dia kenal, tapi silapnya dia pukul rata.
Kasik chan la dia lepaskan angin dalam badan tu. Dah lama dia simpan angin tu agaknya.




Ni pandangan belakang shawl Sparrow.
Nak view warna lain, klik bawah.