walk on wings, tread in air: 01/2013 <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\07532934260\46blogName\75walk+on+wings,+tread+in+air\46publishMode\75PUBLISH_MODE_HOSTED\46navbarType\75BLUE\46layoutType\75CLASSIC\46searchRoot\75http://www.dianaishak.com/search\46blogLocale\75en\46v\0752\46homepageUrl\75http://www.dianaishak.com/\46vt\758062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

walk on wings, tread in air

HIGHLIGHTS

EPHYRA, TIMELESS BEAUTY


To purchase, kindly contact : aveo757@yahoo.com


TESTIMONI EPHYRA

FOOD

CLICK HERE

BEAUTY AND HEALTHCARE

CLICK HERE

FASHION
 

OOHMYBAGS
OTHERS

OOMORI
Sabtu - Ahad
January 31, 2013

Jumaat lepas sampai semalam, jadual aku padat gila.
Sebab tu blog tak berupdate. Selalunya busy-busy pun sempat la jugak aku update seperenggan dua walaupun netry macam sampah tapi this time gila ketat.

Jumaat full dengan kerja.
Sabtu pagi lagi dah gerak ke Ampang untuk tengok majlis nikah sepupu En Wan.
Khamis tu (hari sebelumnya) mak mertua aku dah di-pos ke sana untuk membuat tapai dan karipap ikan. Mak mertua aku terer buat tapai. Masa kawen Ima dulu pun tapai diterbangkan khas dari Manir 500 bijik. Punyala banyak kuih dalam dewan tu, tapai tu jugak yang habis dulu. So aku rasa di mana ada majlis yang melibatkan mak mertua aku, di situ ada tapai. Tapi malangnya aku tak reti makan tapai.


 Pelamin nak bersanding lepas nikah, kat hall.



 Pengantin perempuannya ni yang sepupu En Wan.
 


 Nama pengantin Kama Azliyati Dato' Ismail. Panggil Ti. 
Aku sebenarnya baru tau nama dia Ti. Sebab memang jarang jumpa.



 Sebenarnya aku nam ambik gamba baju Ti ni. Tapi lama la pulak cameraman ni kat depan tu. So tak dapat nak ambik dengan Ti. Baju dia cantik!


 
 Hantaran dari pengantin perempuan



 Hantaran dari pengantin lelaki




Ni je la satu-satunya makanan yang aku dapat snap. Sebab aku pegi majlis orang dalam keadaan demam, dengan hidung srot sret srot sret segala. So segan nak berhimpit-himpit dengan orang, jadi aku memencilkan diri. 


Lauk-lauk dia sedap.
Segala macam ada. Dari ikan, ke ayam, ke daging, ke kambing, ke sambal belacan, ke telur masin...segala tok nenek pembuka selera. Tapi sebab hidung aku tersumbat, makan pun tak rasa apa. Makan laju-laju pastu bagi signal kat En Wan suruh balik sebab aku rasa macam dah nak tumbang. Dah la panas berdenting. Walaupun dalam khemah berkipas tapi sebab badan tak sihat jadi semua benda rasa tak best.

Hari tu, mak mertua aku tinggal kat Ampang sebab esoknya majlis resepsi. Kitorang tak datang awal sebab Ahad, cousin aku pulak nikah pagi. So majlis bertembung, terpaksa pecah-pecah.




Ahad pagi, gerak ke Bangi pulak untuk majlis nikah cousin aku. Mak cousin aku ni adelah adik Pak Aji. Yang sebelah pengantin bertudung labuh tu adelah Mak Usu aku. Nama Mak Usu aku Embun. Klasik kan?

Nama anak sedara, Diana.
Omputih lah sangatttttttttttttttttttttt. Puii.

Ok, kalau keluarga belah Pak Aji semua sopan-sopan macam ni. So kalau aku tercampak dalam grup ni memang orang senang nak detect aku dari clan lain. Seb baik muka aku muka Jawa, so ada la jugak bukti aku memang ada susur galur dari grup ni.


 
 Disebabkan aku salah tema, orang lain pakai purple, kau sorang pakai turquoise. Sebab dah malu sendiri kan, pandai la bawak diri duduk kat blakang senyap-senyap sambil berdoa takde la orang perasan baju aku lain kaler.


 
 Kemain lagi Pak Aji, mengikut kaler tema lagik.


 
 So sweet, solat bersama for the first time. 


 
 Ok masa ni aku tak tau dia baca apa. Maybe kata-kata untuk wife dia la.



 Ni upacara sarung cincin.
Bukan batalkan air sembahyang, air sembahyang dah batal dah tadi masa sentuh dahi :)


 
 Hantaran dari pihak lelaki


 
 Hantaran dari pihak perempuan


 
 L-R : Pak Usu, Saiful the new member of the family, cousin aku, Nur Liyana and Mak Usu.
 Note to WAN RUMAIZY aka MIZZY : Tu Pak Usu aku tu hang punya super duper senior kat SMSAH.



 
 Macam biasa la. Pengantin lama yang selalunya over bergamba kalau kat majlis orang kawen.



 Gambar-gambar sekitar dalam dewan.


  
 Lepas nikah terus ke dewan. Dewan ni sebelah surau je. So memang aku la paling pantas sekali sampai ke dewan.


 
 See? Betapa pantasnya aku. 
Orang tak duduk lagi, aku dah mula makan. Takde hal.
Mentang-mentang majlis mak sedara, betul-betul aku buat macam majlis sendiri.
(menggunakan alasan nak cepat sebab nak ke majlis cousin En Wan pulak, so kena makan dulu. Hehe)



 DJU catering.
Lauk dia sedap.
Boleh consider kalau ada sesape nak buat majlis. Nombor contact carik sendiri. Aku takde.



 Kameraman benti makan.
Muka ketat.
Asik jadi kameraman kat majlis kawen.
Dia-nya ntah bila nak kawen aku pun tak tau.


 
  Bila nampak lauk pengantin rasa menyesal apesal dulu masa jadi pengantin aku tak blasah cukup-cukup? Dulu nak habiskan nasik dua sudu pun terkial-kial. Cuba skarang kau bagi aku nasik. Tak dapat tiga senduk nasik tak sah.



Bila suami ada di sisi, Mak Aji dipinggirkan. Haruslah melayan suami dahulu ya. 
Mak Aji tu kita biarkan laki dia yang layan dia bersembang.



Pandangan sisi



Pandangan depan.
Wah, kemain mendada lagi Pak Aji. Bangga. Macamkan dia lak yang dapat menantu.
Aku dengan Mak Aji dah sama saiz.



Nenek wilcha.
Ni nenek aku, mak kepada Pak Aji. Kebetulan minggu nak buat majlis tu dia tak berapa sihat, jadi kena naik wilcha.




Pak Aji kan asalnya dia duduk kat meja aku tau, kat luar. Dia nampak adik-beradik dia bersembang kat dalam, tahan dia angkut pinggan dia makan kat dalam pulak.
Yang belah kiri sekali Pak Ngah. Dia duduk kat Felda apa ntah nama aku lupa tapi kat Kota Tinggi.
Belah kanan Pak Aji tu adik dia, aku panggil Uncle Sahir.
Yang pakai baju hitam tu pakcik aku yang kat Muar, aku panggil Uncle Mail.

Dulu Pak Ngah tu aku panggil Uncle Shahdan tapi sebab nama Mak Ngah aku tak tau sape, so kitorang tukar panggilan ke Pak Ngah.

Adik-beradik kitorang je yang panggil ber'uncle-uncle'. Mengada-ngada eh? Hahaha.
Yang cousin lain semua panggil Pak Cik, Pak Ngah, Pak Usu. Macam Mak Usu aku ni pun sebenarnya aku panggil dia Busu Embun. Laki dia semua orang panggil Pak Usu, adik-beradik aku je panggil Uncle Tapa.
Orang Kay Ell lah sangatttttt lah kau kan? Nak ber'uncle-uncle' bagai. Padahal muka kau jawa.




Lepas makan, terus zasss ke Ampang untuk attend resepsi cousin En Wan pulak.
Rasa mengah perut aku dengan nasik hari tu. Seb baik pakai jubah, takyah susah-susah aku nak sedut perut.

Kittorang sampai dah pukul 1 lebih.
Pengantin dah bergambar-gambar pun. Tapi orang still ramai lagi.
Pakcik En Wan ni dulu setiausaha penerangan UMNO Trengganu, so memang ramai la kenalan dia. Majlis dah hujung-hujung pun jemputan masih ramai. Aku rasa macam satu Terengganu datang majlis ni sebab kiri kanan aku dengar bunyik Terengganu.



Aku bila dah jumpa nasik, memang malas sikit nak bergerak. So ni je la shot terbaik aku leh ambik gambar pelamin. Dasar berat bontot. Malas jalan.




Aku seperti dipukau.
Padahal baru lepas makan nasik kat majlis cousin aku, kat sini aku blasah lagi sepinggan teghak. Macam takde apa je aku mentekedarah nasik. Takde rasa bersalah lansung pada diri sendiri.



Kat majlis cousin aku, aku tinggal Redza and Rayyan kat rumah Mak Aji.
Kat majlis ni aku bawak semua sebab lepas majlis kitorang terus shoot ke Perlis.
Memang tak boleh lama la aku kat majlis ni. Bukan sebab nak cepat ke Perlis tapi sebab panglima dah stat bersilat. So sebelum meja doorgift terbalik dia kejerkan, baik aku blah. 
Cerita gi utara next entry baru boleh story.



Baju ni aku baru pakai 2 kali. First time masa wedding cousin aku kat Singapore, second time, masa kat majlis ni. So lepas ni bakal jadi tukun. Ada sesape nak beli?
posted by green apple @ 1:54 PM  
Newer›  ‹Older
Teka teki
January 30, 2013


 

Terharu dapat email reader tanya khabar.
Rupanya lama gak aku tak update blog. Sejak Sabtu lepas sampai semalam aku busy and berjalan ke utara. Kali ni bekerja mengankut satu rumah so paham-paham je la kalau dah bawak rakyat ni mana ada masa nak bukak laptop. Apa fungsi aku bawak laptop pun tak tau la. Pemberat kereta je.

Ni entry cepat.
Sebab aku nak keluar dah ni.

Oh by the way, yang email aku pasal shawl, cardigan, ephyra, etc, sorry ya kalau email sehari dua ni balas macam tak mesra, sebab aku seriesly takde masa yang panjang bila berjalan bersama rakyat jelata. Nak nak lagi En Wan. Semuanya nak cepat je. Kang kalau aku membalas sambil berjalan ada gak yang tergolek lagi sekali. So semua reply aku semuanya macam formal sangat. Sorry ya. Tapi rasanya semua aku dah balas.

Ok nak keluar.
Tetapi saya tinggalkan anda dengan satu teka teki :




Teka, di manakah saya?


posted by green apple @ 9:20 AM  
Newer›  ‹Older
Ada satu masaelah...
January 24, 2013

Ni email from someone asking for opinion. Tapi aku forward-kan pada kawan aku yang aku selalu tepekkan tazkirah dia kat sini. Biar aku tanya pendapat dia pulak. Aku dah tepu dah nak menjawab :


Soalan
 



Reply (reply ni panjang so kalau tak clear klik pada gambar biar kasik clear)


Bagus reply kawan aku ni. Siap bagi doa yang boleh diamalkan lagi.
Kalau aku yang reply tadi, toksah kata nak bagi doa, Bismillah aku tak sempat bagi.
Tenang hati baca reply dia ni.

Kebetulan kelmarin aku ada letak kat FB, something yang aku jumpa while reading :



Sangat terkesan rasanya dalam diri bila terbaca tu. Takut pulak.
Sebab tiga-tiga tu takde satu pun terpalit kat yang diumpat, semuanya patah balik kat yang mengumpat.

Point ketiga tu ada benarnya. Dan mungkin point ketiga tu la yang membuatkan aku sentiasa cuba seboleh mungkin elakkan diri dari join gathering, jumpa-jumpa orang, baca blog apetah lagi nak bersembang dalam chat sebab pengaruh manusia ni memang kuat. Kadang-kadang niat kita nak layan member bersembang, kang kalau tak layan dikata sombong. Bila dah dilayan takut kita lak yang over pastu. Biasa la kan kalau dah bersembang tu, kadang-kadang takde topik nak sembang pun, Tapi sebab sabit dah berjumpa, nak la gak sembang apa-apa yang patut. Ujung-ujung tercerita pasal orang lain pulak. Kadang-kadang kita tak kenal pun orang yang diumpat tu tapi sebab orang tu cakap orang ni cakap, kita tetiba terbabit sama and syok pulak nak ambik tau, ujung-ujung tak pepasal kita pun sama naik mengumpat padahal kita toksahkan kata kenal, jumpa depan-depan pun tak pernah. Tapi selalunya macam tu la, yang kita tak kenal tu la kita cukup suka mengata sebab boleh tokok tambah cerita.

Dulu ada satu blog apa ntah aku pun lupa dah. Blog tu khas untuk mengkondem and mengutuk bloggers je. Kadang-kadang entry mengutuk tu sejemput je tapi yang komen humangaiiiiiiii. Takut okeh! Ujung-ujung kan aku tengok yang mengutuk dengan yang kena kutuk dah sebaris. Kadang-kadang kita dapat tengok yang mengutuk kelihatan lagi teruk dari yang kena kutuk. So, aku rasa point ketiga "..akan ditimpakan padanya keburukan orang yang diumpatnya.." adalah 100% benar!

Tu satu hal.
Yang lagi scary bila aku ada terbaca benda ni somewhere tapi aku tak dapat pastikan kat mana rujukan dia, maybe ada sesape yang tau bolehlah sahihkan cerita aku ni. Cerita dia cenggini (diriwayatkan oleh seseorang), di akhirat nanti ada orang yang terkejut bila tengok amalan dia banyak padahal dia tak penah buat pun. Maka Allah jawab "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui". Sebaliknya, kalau pahala orang yang mengumpat dah takde lagi nak dibagi pada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan pada orang yang mengumpat. Inilah yang dikatakan muflis di akhirat.

Wohooooooooo!
Ok, yang ni super scary.
Dah la tak banyak buat pahala, pastu nak bagi free-free kat orang. Pastu pikul pulak dosa orang lain. Larat kau nak memikul??

Lagi satu ustazah aku masa sekolah menengah dulu ada bagitau, bila kita mengumpat atau mengutuk orang, orang yang diumpat tu akan menjadi semakin success. Maybe ini ada sangkut paut dengan pemberian-perpindahan pahala tu tadi kot kan? So, kalau yang tak puas hati dengan aku tu baik pikir masak-masak nak teruskan mengumpat aku or not sebab nanti aku makin sukses korang jugak yang stress. Hahah. Ok, tak klaka sangat.


posted by green apple @ 12:00 AM  
Newer›  ‹Older
Kegilaan
January 22, 2013
Tadi petang aku saje ambik-ambik angin kat tasik (read : lombong) depan rumah, sambil-sambil nak adjust kaki yang terkehel ni. Terasa best pulak sesekali bersiar-siar. Patutla ramai je yang jogging petang-petang macam ni, best rupanya. Bibik pun kebetulan tengah tolak stroller Rayyan. Then, berselisih dengan sorang budak laki age 9-10 kot. Naik beskal. Budak tu agaknya dah biasa dengan bibik aku kot, dia tegur :


Budak : Bik, nak gi taman?

Bibik : Ya. Tak main bola ke?

Budak : Tak. Tu ada anjing ikut saya.


Cuak jap aku dengar ada anjing. Tapi aku tengok takde anjing pun.

Tadi tengah-tengah layan TV sambil sembang dengan mak and bibik, terbukak topik budak tadi. Aku tanya la kawasan depan rumah ni selalu ada anjing ke?


Bibik : Mana ada, Madam. Tu budak tu cakap pasal bibiknya. Bibiknya dipanggil anjing sebab ikut mana dia pegi.


Adoilaaa.
Nak gelak pun tak sampai hati.
Selamba tapir panggil bibik dia anjing.
Bibik aku cakap budak tu baik, dengan bibik dia pun baik. Tapi bibik dia selalu ikut mana dia pergi atas arahan majikan (bapak budak laki tu). Tu pasal dia panggil bibik tu anjing, boleh?

Macam-macam je la perangai budak-budak skarang. Bersabar je lah wahai bibik-bibik sekalian. Macam Redza pun dua kali lima gak. Padahal dia yang pegi skolah, tapi bibik lagi tau jadual dia.

Hari-hari nak diingatkan petang ni ada tusyen, petang esok ada tusyen, petang ni ada mengaji, esok ada PJK, etc. Nama dia nak ingat memang takde. Salin jadual waktu kemain lagi. Tapi haram tak ingat. Baik lagi aku. Dah sah-sah tak penah salin jadual waktu, kalau terlupa bawak buku pun memang patut-patut. Yang kau, jadual waktu kat pencil box satu, kat notice board satu, kat atas meja satu. Tapi harammmmmm. Kadang-kadang aku rasa baik aku hantar bibik ni je pegi skolah.

Petang tadi Redza excited nak gi padang, nak rasmikan boot and jersi baru katakan. Aku pun excited la tunggu dia balik dari padang nak tanya progress game.


Aku : How's the game?

Ija : Biasa je.

Aku : Boot baru camne? Ok?

Ija : Hmmm...kawan Ija kata Nike lagi best. Adidas tak best la, Ma. Ija rasa nak beli Nike.


Wah wah wahhhhhhh.
Cemerlangnya permintaan.

Adidas tak best???
Dah cukup bagus kau baru umur 8 tahun dah merasa pakai Adidas. Aku ni sampai ke tua toksah kata Adidas, Abibas pun tak pernah dapat.

Kemain lagi budak-budak skarang ni. Kote blom tumbuh bulu lagi dah pandai mintak macam-macam. Kadang-kadang brand yang aku tak pernah dengar pun dia tau. Kalau mintak barang tak pernah yang murah pulak tu. Aku nak mintak makpak aku beli kasut Bata Sinaran tu pun main hint hint je. Tak berani nak mintak direct. Tak pasal je direct dapat pelempang.

This week kitorang nak ke utara pulak. Si Redza awal-awal dah tanya 'Ma, hotel kita ada wifi tak?'

Wifi???!!!

Betapa pesatnya teknologi berkembang ya. Anak-anak carik wifi dulu apa-apa hal. Aku dulu kalau nama kata dapat pegi hotel, aku carik bathtub je. Lain-lain tak ambik tau. Maklomla rumah ada air kolah ngan jamban cangkung je. Sesekali dapat tido hotel ada bathtub memang dah belagak gila aku. Rasa macam orang kaya je dapat mandi bathtub.

Ingatkan bawak budak-budak ni pergi berjalan, dapat la dorang rasa something different dari suasana kat rumah. Rupanya tak jugak. Enjoy memang Redza enjoy, tapi lagi enjoy kalau ada wifi. Now pun asal balik skolah je 'Ma, iPAD mana?'.
Tak dapat iPAD, 'Ma, PSP Ija mana?'
Tak dapat PSP, pasang PS2.
Rasa nak campak semua ni ke longkang pun ada gak kadang-kadang. Blaja taknak.

Bila aku bising-bising nanti ada la pem-backup 'Ala, kita dulu takde pun iPAD-iPAD ni semua tapi tetap tak blaja pun'.

Eleh, tu kau.
Aku velajaaaaaaaaaa.

Blom aku abis stress dengan ipad makpad segala, now, En Wan dah menambahkan lagi stress aku bila dia nak enroll Redza kat kelab bolasepak (lupa nama dia). Aku dengar macam ..... Tak daya nak bercakap dah. Just berharap kegilaan bola tu biar abis kat padang je la ya. Jangan nak bawak masuk ke rumah cam apak kau. En Wan ni tahap kronik punya gila bola. Bangsa yang kalau team dia kalah, esok terus taknak beli paper. Team dia kalah, seminggu tak tengok Arena. Series aku cakap kau, ni bukan gila bola namanya. Ni namanya gila.

Ok, nak tido.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

posted by green apple @ 11:35 PM  
Newer›  ‹Older
Random

One


Mana la pegi budak ni.
Tadi kat newsfeed nampak ada statement dari polis yang budak ni masih diklasifikasikan ORANG HILANG, bukan PENCULIKAN. Dah keluar kat news dah pun, harapnya orang yang pegang budak ni tengok lah berita hendaknya. Tolonggggg lah pulangkan budak ni balik. Stress rasanya kalau bukak paper and baca cerita pasal budak hilang. Ya Allah, aku boleh rasa apa yang parents budak ni rasa now.

Patut la Khamis lepas berlegar-legar je kereta polis. Selama ni kalau meronda pun polis pakai motor je, bila dah pakai kereta ni terdetik jugak dalam hati aku apehal ni, ada kes apa lagi. Rupanya pasal budak ni agaknya. Mudah-muadahan budak ni selamat and dipulangkan cepat.




Two


Kalau ada sesiapa berminat nak beli tanah di kawasan Mukim Sungai Balang, Muar, Johor, boleh berurusan secara terus dengan En Ishak Naim : 0389258561 / 0192247677.




Three

Mesti ramai yang nak cari pengalaman jadi model kan?
Ok, ni lagi sekali peluang untuk korang.
Bukan untuk aku, tapi untuk The Sweet Kurung. Boleh contact dia :




posted by green apple @ 12:27 AM  
Newer›  ‹Older
Legoland
January 21, 2013

Sabtu - Ahad, percutian segera secara mengejut.
Cuti sekolah 2 bulan taknak kemana-mana, cuti 2 hari gelupur nak melancong.
Jumaat pagi, tetiba rasa macam nak buat keje gila booking hotel. Nak keluar dari Selangor. Kepala aku dah tune nak pegi samada Legoland atau Langkawi. Tapi kalau Langkawi pegi 2 hari memang tersungkur la jawabnya aku anak-beranak tengah jalan. Lagipun, kalau dah alang-alang gi utara, baik aku gi keje terus kat sana. Kalau Johor ni aku memang takde customer so kalau pegi pun memang khas untuk bercuti je. So, decided pi Legoland. Malam tu terus bagitau mak and bibik siap-siap pack baju, lepas Subuh nak keluar. Gitu kekdahnya. Lepas Subuh okkk. Kau ada?

Selalunya "lepas Subuh" tu dalam 7.30 jugak la.
Tapi kali ni memang betul-betul lepas Subuh.



Nampak?
Pukul 6.20am aku dah mesej Elly tanya pendapat dia tentang Legoland.
Tapi masa tu aku dah on the way dah pun.
Dah book hotel segala, dah on the way dah pun, baru nak tanya pendapat orang. Fail sungguh.

Elly kata panas berdesing.
Ok, aku dah imagine berlengas la muka aku yang dah sedia berkilat ni.
Makin itam la aku.
Migrain la aku kang panas-panas ni.

Last-last hujan sehari suntuk!
Hujan all the way from Putra Heights sampai JB. Ntah-ntah sampai Singapore hujan.


 

Dan all the way jugaklah aku memikul 2 orang laksamana ni kat seat depan!

Masing-masing kalau ringan takpe ye. Seb baik lelemak aku banyak membantu. Takde la rasa penyek sangat meriba dua-dua orang ni. Aku tak paham kenapa dorang nak duduk depan ramai-ramai. Hilang kesopanan dan kesusilaan aku semenjak ada anak-anak yang terlebih penyayang sampai taknak berenggang ni. Terkangkang tersiat aku duduk.

Stop kat RnR Jejantas Ayer Keroh pekena nasik lemak jap.
Pastu teruskan perjalanan ke JB.
Masa ni still hujan lagi, tapi tak lebat. Cuma renyai. Kitorang bajet sampai JB kang reda la kot.
Tapi tak pun.
Tak benti pun tak benti lah. Aku on je hujan-hujan pun.

Mula-mula masuk Thistle ambik tiket Legoland.
Aku ambik package Thistle-Legoland.
Package dia ada macam-macam tapi aku ambik package bilik King Deluxe Seaview + 2 tix Legoland, cuma RM540 nett/room. Tapi takkan aku laki bini je nak masuk Legoland kot. So ambiklah 2 bilik with connecting door jadi mak mertua and bibik sekali boleh masuk Legoland sama.




Cantik kan hotel dia?

Tapi masa ni ambik tiket je, tak masuk bilik lagi sebab aku sampai aroudn 10.30am mana leh check in. Kalau boleh check in jawabnya aku je la yang tinggal. Kalau dibagi pilihan, aku lagi rela duduk bilik dari pi terkinja-kinja kat Legoland tu. Bukan sebab Legoland tak best, tapi sebab memang tebiat aku suka duduk dalam bilik dari pi berjalan.




Dah sampai Legoland :)

Masa ni hujan lagi tapi tak lebat. Dari car park lagi aku nampak roller coaster berjalan, so aku rasa Legoland akan tetap meriah walaupun hujan kot. Macam takde beza je hujan tak hujan, penuh je manusia kat dalam tu.



Gembira lah konon..



Dah tak tau apa nak buat, so bergambar je lah sementara En Wan berpikir apa nak buat bagi boleh masuk dalam Legoland jugak hujan-hujan macam ni.



Laksamana Jen (....dul) tengah tunggu bapak dia beli poncho kat dalam.

Mula-mula kitorang plan nak pi Hello Kitty dulu.
Tapi anak aku semua jantan-jantan nokkk. Mana layan Hello Kitty.
Nak-nak lagi si Redza tu, dengar je aku nak masuk Hello Kitty terus berkerut. Tetiba je cakap "Ija taknak makan hari ni!"

Eh sape pulak nak ajak kau pegi makan??

Tensi betul aku.
Seb baik ada polis kat sebelah. Kalau tak, dah sampai tapak tangan aku kat dia ni.

Last-last En Wan kata biar dia ngan Redza masuk dulu tengok permainan kat dalam tu berfungsi ke tak hujan-hujan ni. Biar Redza tengok dengan mata dia sendiri. Budak-budak ni kadang-kadang kebijaksanaan dia tak tercapai dek akalmu. Cakap dia je betul. Biar dia masuk tengok sendiri. Kalau takde sorang pun main, nanti dia diamlah.



Maskot Digi

En Wan keluar dari Legoland dengan bawak 3 keping poncho.
Dia kata kat dalam tu punyalah ramai manusia. Macam takde apa je hujan-hujan ni. Permainan bergerak macam biasa. Maybe sebab hujan tak heavy, cuma light-light je. Tapi kena pakai payung gak la walaupun light-light. Kalau dah sampai 3 jam kat dalam tu light-light pun ujung-ujung lencun gak.

Bila tengok gamba ni rasa kejamnya menyarungkan mak mertua aku dengan baju hujan ni. Mak mertua aku kata seumur hidup dia baru ni la pertama kali dia pakai baju hujan.
See? Betapa hikmahnya la hujan ni.
Kalau tak hujan, mesti mak aku tak kenal apa itu baju hujan dan tak dapat merasa jadi maskot Digi.



En Wan gagah perkosa.
Jadi, dia kena dokong si kenit.
So, takyah la pakai baju hujan. Kau pakai payung je lah bang.



Bila dah pakai baju hujan ni baru terperasan aku dah macam jagung rebus bergerak. Dengan poncho kuning, seluar kuning, kasut pun kuning.



KLCC



Dataran Merdeka and some bangunan-bangunan famous sekitar KL



KLIA



Taj Mahal.



Great Wall of China



Singapore

Ada banyak lagi, tapi aku tak larat la nak snap semua benda. Dengan serbah serbih baju hujan, dengan anak aku berkuntau tak reti duduk diam, so dapat snap sikit-sikit je.



Last-last si Rayyan pun kena bungkus dengan baju hujan gak.

Nak mengelakkan dia dari berleluasa, kitorang sewakan stroller. Tapi stroller dia ni tutup tang kepala je, so hujan still boleh kena kat kaki. Sian dia. Jadi, aku pass baju hujan aku kat En Wan, aku pakai payung sebab aku nak payungkan kaki si Rayyan ni sekali. Dah macam tuan besar pulak kau. Ada tukang pegang beg susu, ada tukang sorong stroller, ada tukang payungkan.

Masa ni kitorang lepak jap sebab nak bagi Rayyan susu.
En Wan ngan Redza pi Driving School.



Driving School



Walaupun hujan, ujian memandu tetap berjalan dengan lancar. Siap beratur panjang lagi punya ramainya bersemangat nak ambik ujian.



Apabila berjaya, boleh la dapat lesen jam-jam tu jugak.



Lepas memandu kereta, pergi menadu bot pulak. Memula ingat nak angkut sekali Rayyan.
Bertuah sangat la kalau Rayyan nak join.
Dia ni over sikit penakutnya. Naik apa pun takut.



Penyudahnya kau lepak kat sini je la main Lego.
Nasib baik every port permainan dorang siapkan sekali meja untuk main Lego. So takde la mencungap sangat aku nak melayan Rayyan. Rayyan pulak yang best part-nya, toksah kata Lego, kau bagi kotak Lego je pun dia dah bersyukur rahmat. Ke hulu hilir dia pegang kotak tu nanti. Bangga.

Dia ni takde hal sangat. Kalau dia bergaduh dengan Redza nak main PSP, aku gantikan dia dengan kalkulator pun jadikkkk.



Yang tak bestnya bila dia buat tempat ni macam tempat dia. Orang lain main susun-susun Lego.
Dia tak. Lego yang dah sedia disusun atas meja tu, dia "susunkan" atas lantai pulak. Dia happy tengok meja tu clear. Macam dia dah tolong kemaskan meja la gitu.



Hujan lansung tak memberi efek kepada diua beranak ni.
Main tetap main.



Anak kau ada macam ni?



Lepas tu main ni pulak.
Apa ntah nama dia tak kosser aku nak ambik tau.
Tapi dia kena lumba sape paling laju gerakkan kenderaan masing-masing guna pump.



Redza couple dengan bibik.
Aku tak join. Aku lagi rela jaga Rayyan dari terlibat dengan aktiviti pam-mengepam ni. Tak daya aku nak mengepam. Bergegor-gegor tetek aku kang.



Padahal En Wan ngan mak masuk sekali.
Agaknya mak aku tengok kena main pam-pam ni terus dia taknak naik.
Takleh aku bayangkan kalau En Wan ngan mak dia mengepam bendalah ni. Mau tekehel tulang tongkeng mak aku.



Pam laju-laju sampai ke destinasi, kena pancutkan air untuk padamkan api.
Quite fun jugak game ni.



Last-last baju hujan Rayyan jadi peng-cover beg susu dia.

Anak aku ni bukan boleh kena bungkus-bungkus. Tengoklah baju dia tu pun. Dia tak suka pakai baju ada sleeve. Pakai singlet je dia suka walaupun sejuk. Selimut pun dia tak nak. Kau bukak la full blast aircond pun, dia tetap terajang selimut tu. Masa baby pun dia dibedungkan time kat hospital je. Balik je rumah terus dia taknak kena bedung. Terkangkang je tido. Seb baik now jalan tak kengkang.



Again, En Wan and Redza main.
Pusing-pusing je pun. Aku memang tak la nak naik benda. Aku boleh man benda yang jejak kat tanah je. Benda yang melayang-layang macam ni kalau nak aku naik, kena tahan malu sikit la. Sebab konfem aku akan bertempik kat atas tu.



Satu-satunya game yang aku join. Tu pun sebab masuk empat beranak sekali.
Dia main tembak-tembak kat dalam ni. Kena tembak lampu-lampu bulat yang menyala. Ada counter sekali so kau boleh tengok berapa banyak kau dah tembak. Tapi sebab aku kan bangsa blur, aku tak perasan lansung ada counter depan aku. Bila En Wan suruh aku pegang pistol and tembak, aku tak tau apa yang nak aku tembak. Aku main belasah je tembak janji keluar bunyik. Dengan kepala-kepala En Wan sekali aku bantai tembak.



Banyak lagi tempat kitorang pegi tapi tak sempat nak bergamba lagipun hujan renyai kan, so tak selesa nak bergamba segala. Ujung-ujung before keluar, masuk kedai beli souvenir untuk diri sendiri.
Beli baju Redza and baju Rayyan je sebab takde banyak pilihan untuk orang dewasa.



Masuk-masuk je kedai, dia dah sambar ntah apa-apa je la. Sukatila, janji kau happy and diam tak terpekik. Mak bapak nak shopping jap.



Aku berkenan sangat dengan lunch box ni. Kiuttttt sangat.
Tapi En Wan tak kasik beli sebab nak bekal kat sape? Redza?
Jawabnya sehari je la umur lunch box ni.
Redza ni apa aje benda yang dia tak tertinggal kat skolah. Beg skolah dia sendiri pun boleh tertinggal!



Father, please pay.



Redza yang lencun. Walaupun pakai baju hujan.
Aku tak tau camana dia pakai baju hujan tapi boleh kuyup jugak.



Lego banyak pilihan.
Bersedialah dengan duit kalau anak korang terlepas masuk kedai ni.
Ada 2 pilihan.
Samada kau bawak duit, atau kau bawak rotan.



Sebelum keluar, pekena The Chicken Rice Shop dulu.


Kat sinilah satu kejadian yang sangat tragis terjadi.
Aku tergolek kat sini dengan penuh bergaya.

Cenggini cerita dia.
Time nak balik, Redza mintak aku seluk poket dia nak bawak keluar Lego kad yang dia baru beli. Dia sibuk main PSP, tapi sambil main sambil nak seluk poket, so dia suruh aku selukkan. Yang aku pulak sambil seluk sambil berjalan, tak perasan lansung dalam kedai tu ada step. Tau-tau je aku dah menyembah bumi. Tapi takde la jatuh tertiarap. Jatuh pun ada style. Tapi sebab style gilaaaaaaaa, terus kaki aku bengkak sampai sekarang.

Masa jatuh tu, aku takleh bangun lansung. 10 minit aku bersimpuh terserlah keayuanmu bak kata Exist. En Wan nak papah aku pun aku tak kasik sebab kaki aku terlampau sakit sampai aku pitam!
Pitam ya, pitam!
Mak aku cakap muka aku pucat pastu berpeluh-peluh.
Mau tak berpeluh, sakit sialllllll.
Aku dah terbayangkan kaki aku retak je sebab tempat yang sakit tu exactly the same tempat kaki aku retak dulu. Dah la time retak yang dulu tu aku pakai simen sebulan je sebab cuti sem dah nak habis. Konon tak macho la nbaik katerbang pakai tongkat kan. Jadi bukak simen awal-awal. Dokter dah pesan aku kena jaga baik-baik kaki ni sebab aku bukak simen sebelum fracture tu betul-betul sembuh.
So bila terpeleot hari tu memang aku dah terbayang mampus la kaki aku kena simen ni.

Lepas En Wan angkat and papah aku keluar, aku still takleh tegakkan kaki. Tapi bila mak mertua aku pegang tak sakit sangat, tak macam masa Pak Aji pegang kaki aku time slip and fell dulu. Dulu memang meraung bila Pak Aji pegang. So bila mak mertua aku sentuh aku tak menjerit, aku dah terasa ok good, rasanya urat je kot, tak retak ni.

Rileks jap 10 minit kat luar, try lurus-luruskan kaki, alhamdulillah boleh jalan.
Tapi tempang la.
Sampai skarang lagi tempangnya. Sebab kaki aku still bengkak lagi. Takleh tunjuk kat sini sebab I malu la kaki I hitam (kah kah kahhhhh. Macam la orang tak tau kan). Tapi kebengkakkannya, sampai buku lali aku tak nampak! Aku sendiri takut tengok kaki aku skarang. Solat pun duduk. Seb baik kaki kiri, still boleh la kalau nak drive (ada hati nak drive lagi tu).



Pukul 4pm dapat check in.
Kaki pun dah terpeleot so memang tak banyak benda yang aku boleh buat selain dari membuta.



Pemandangan dari dalam bilik.




Petang tu memang semua bantai tido.
Apa taknya, Jumaat tu dah la aku tido lambat, pastu Sabtu kul 5am dah bangkit.
Pastu berpencak kat Legoland. Siap tergolek bagai.
Penat okeh.

Tapi, yang terkehel kaki je. Tekak tak terkehel.
Jadi tetap kena pi makan.
Makan pun dekat je, blakang Thistle ni ada restoran Sedap Corner. Masa aku gi Singapore wedding cousin aku hari tu pun aku lunch kat restoran ni. Sebab makanan dia best. And dia ada banyak kuih-kuih melayu.



Milo ais, air selasih, teh O ais limau.



Breaded prawn. 
Sedap!



Fried calamari



Mee goreng



Kueytiaw goreng


Mak, bibik and Rayyan tak ikut. Dorang penat, tak larat. So tapaukan aje. 
Malam tu aku demam, maybe sebab tahan sakit kaki. Mengagau la En Wan carik farmasi kat JB sampai ke Larkin, punyalah jauh tapi dah tutup. Last-last beli panadol kat Petronas je.

Best je tido mengadap cahaya-cahaya lampu dari tanah Singapura. Wahh gitu ayat.
Malam tu aku seria je tido sebelah En Wan.
Orang tua ni kalau tido suka silang-silang kaki dengan kaki aku.
Kang tersalah silang, terus terpekik tengah-tengah malam. Dah la bilik mak mertua kat sebelah je. Ape la yang anak menantu aku buat terpekik-pekik tengah malam ni kan. Satu hal pulak nak mengeksplain esok.




Breakfast kat FRESH.

Ada 2 tempat nak breakfast, satu kat CHINOIS, another one FRESH. Kitorang pilih FRESH.
Macam biasa, kalau bab makan je, aku suruh bibik and mak mertua makan dulu. Takleh makan serentak. Panglima kenit akan mengganggu ketenteraman ko nak makan nanti. Boleh tercekik okk. Series tak tipu.






Ni je la makanan yang aku sempat snap.

Ada nasik goreng, kueytiaw goreng, sosej, beef bacon, potato, roti canai kuah kari., samosa, Thai fish fillet, chicken porridge, bla bla bla bla.



Walaupun tempang, tanggung jawab sebagai ibu tidak diabaikan 
*mata kat ateh, bibir juih*



Mak and bibik satu meja lain. Sebab meja aku penuh dengan makanan.
Gelojoh la katakan...



Kasik si kenit kenyang dulu baru kita boleh makan.
Nanti kalau dia tak kenyang, dia akan berkuntau kat dalam ni, kau boleh tersedak-sedak nak makan.



Lepas breakfast, semua siap-siap terjun pool pulak.






Seputih-putih Rayyan, putih lagi En Wan.
So boleh bajet tak darjah kehitaman aku level keberapa?



Aku ngan mak je yang tak join sebab sejak bertudung aku dah malas nak mandi junub beramai-ramai kat pool. Leceh la. Lagipun tak best la mandi tutup-tutup. Hahahah.
Baik aku mandi kat shower. Tenteram sikit.




 Tak puas mandi kat pool, sambung pulak berjemaah dalam tub.
Terpaksa la berendam dengan anak.
Nak berendam dengan aku kali ni memang tak dapek la kan.  Aku taknak sesape sentuh kaki aku.



Lepas siap-siap, check out.
Oh yes, dinasour Lego ni ada kat lobby hotel.



Kat sini, Rayyan pulak tergolek.
Terus terjongkit bibir dia. Bengkak. Biasa la, buas.



Tangisan selama 15 minit. Lepas tu terus berpencak semula.




Singgah JPO dulu apa-apa hal.
Bukan selalu datang Johor.




Dasat dasat jugak kedai-kedai kat sini.
Duit aku je tak berapa nak dasat.



Man to man talk.
Perbincangan kasut apa nak beli.

Redza now dah join main bola.
So dia tengah mengenen-ngenen nak boot.
Aku mana paham boot-boot ni. Kau discuss la dengan apak kau.



Anak aku dah tau main bola dah.
Rasa macam baru je kelmarin aku bersalinkan dia.
Now dah pandai nak pilih boot. Cepatnya budak-budak membesar.



Kau bincanglah apa-apa yang patut dengan bapak kau. 
Mak ada banyak keje ni.



Yang klaka bila aku tanya Redza apa position dia kat padang.

"Redza jadi goli"

Pendek macam ni boleh jadi penjaga gol???
Pitam.




Beli jersi pulak.
Biar dia ada baju khas nak main bola.
Jangan nak melunyaikan baju-baju kat rumah tu. Baju kau dah la tak berapa nak banyak.



Mangsa yang kena bayar menanti di kaunter dengan senyum dalam debaran.



Kasut dah, jersi dah.
Kalau tetiba besok kau cakap kau dah nak main tennis pulak, kau siap!
Aku luku kau dengan boot ni.



Ingat nak carik barang Rayyan pulak.
Tapi GAP tak banyak pilihan. Selipar baby pun RM69. Jadahnya????




Masuk jap Bodyshop beli shower gel.

Konon nak tunjuk terer la macam biasa beli, padahal setahun sekali je. Tu pun beli sabun.


Lady : Akak nak carik apa?

Aku : Shower gel.

Lady : Kita ada stobery, white musk pun wangi.

Aku : Oh takpe..takpe. Saya dah biasa pakai Green Tea.



DAH BIASA PAKAI okkk.
Statement taknak kalah.
Sekali salah.


Lady : Green tea? Ke...Tea Tree?


DANGGGGGGGGGGGGGG!!
Terasa macam nak menggolekkan diri lagi sekali kat depan budak perempuan ni jugak.
Bodoh gila.
Dah biasa pakai konon. Tapi sebut pun salah. Puiiii.
Tea Tree Diana, Tea Tree!!
Bukan Green Tea!

Sumpah aku ni memang blur dan ignorance melampau-lampau.
Semua benda aku malas nak ambik tau.
Sampaikan sabun yang aku pakai pun selama ni aku tak penah nak tengok betul-betul tajuk dia.
Green Tea.
Yes, rite!!




Masuk Nike baru berkenan kat satu kasut untuk Rayyan.
Punyalah susah nak budak ni pakai kasut. Nak pakaikan dia kasut macam nak bagi dia makan racun tikus. Dia punya melalak macam satu macam. Seb baik kulit muka aku dah tebal. tak rasa apa dah, Lagi kau melalak lagi aku sumbat-sumbatkan kaki kau dalam kasut ni.



 Eh last-last dia taknak bukak terus.
Kena dudukkan dia terus atas kaunter tu untuk scan.



Terus merasmikan...




Jangan ditanya kenapa aku begini.
Aku sememangnya begitu walaupun mak mertua ada kat sebelah.



Beraturrrrrrr orang nak masuk Coach.
Murah sangat gamaknya Coach ni??



Aku main tunjuk-tunjuk dari luar je kat JPO ni.
Tak berani masuk pun.
Aku takut bila dah masuk aku tak jumpa pintu keluar.



Singgah lunch dulu lat food court before balik.
Suka aku food court dia. Bersih and cantik.



Mihun tomyam



Fish and chips



Nasik goreng.
Pantang tok nenek aku makan dalam kuali.


Demikianlah percutian singkat 2 hari ke JB.
This coming weekend ada satu lagi percutian singkat, insyallah.
Malas nak cuti panjang-panjang now. Cuti kejap-kejap je supaya tak susah nak start keje balik lepas balik bercuti.

Ok, nak urut kaki.

posted by green apple @ 2:51 AM  
Newer›  ‹Older


MY FACEBOOK
GET UPDATES
ADS
MY PROFILE

Name: green apple
Home: Putra Heights, Subang Jaya, Selangor, Malaysia
About Me: I AM WHAT I AM.
See my complete profile
COUNTER
 
TRAFFIC
MY PREVIOUS POST
OLDER POSTS
MY TRAVEL DIARY
MY READING
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER