walk on wings, tread in air: Ephyra : Testimoni : 2nd Round <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Ephyra : Testimoni : 2nd Round
2013-12-27

So this is pemenang Ephyra 2nd round.
Yang pemenang saguhati, aku announce kat email je ya.


Pemenang 1 kotak Ephyra 30 sachet + gift + discount card




Ephyra ni, frankly, kesan dia sebenarnya lagi cepat kat budak.
Sebab budak-budak ni, collagen dalam badan masih banyak.
Jadi bila dia makan supplement tambahan like Ephyra, kesan-kesan luka, bijik-bijik, lagi cepat hilang berbanding kita.

Rayyan sendiri dulu (aku dah penah citer banyak kali) ada masalah kulit.
Tapak kaki dia penuh bijik-bijik ada air. Kesian anak aku, asik gatal je. Mujur dia ni tak menangis, tapi kita tengok kita tau dia tak selesa sebab dia asik gesel-geselkan kaki dia. Gatal agaknya. Pastu belakang badan dia penuh bijik-bijik. Tak tau kenapa. Dah jumpa paed, dah jumpa pakar kulit, semuanya kata, ini benda biasa untuk budak-budak. Dia akan hilang sendiri. Cuma kita kesian la tengok kan. Sementara nak tunggu bijik-bijik tu hilang, anak aku dah macam hape je menggelepar kegatalan.

Katanya 6 bulan je, sampai rayyan dah nak masuk 2 tahun masih ada lagi bijik-bijik tu. kalau hydrocortisone 1% ni jangan cakap la, bertiub-tiub dah aku beli. Hydrocort ni bagus, dia buatkan bijik-bijik tu cepat kering, so less gatal. Tapi tak elok untuk long term. Kiranya, hydrocort ni pakai boleh, tapi takleh jadikan rutin. Abis tu, kalau asik tumbuh je bijik-bijik tu camne kan. Aku tenyeh jugak la hydrocort every lepas mandikan Rayyan.

Until Rayyan dah pandai mintak Ephyra sebab dia tengok aku dok bancuh. Dia macam seronok tengok serbuk tu bila kena air bertukar jadi warna peach (dulu Ephyra warna peach). Aku pun bagi je la. Sehari 1 sachet. Alhamdulillah, lepas tu bijik-bijik tu hilang and parut gatal tu semua gone now.

Bab jari tangan menggelupas tu aku rasa dah ramai bagi testimoni yang sama. Even aku sendiri pun dah takde masalah kulit jari menggelupas. Kulit aku jenis kering. Teruk punya kering. Dulu, toksah kata kulit jari menggelupas, aku sentiasa ada kesan putih-putih kat atas bibir and tepi hidung. Too dry. Kalau aku cakar lengan aku, boleh nampak jelas kaw-kaw garis putih. Memang terlalu dry. Aku pulak jenis yang tak suka minum banyak air. So aku opted for lotion. Tapi lotion is so not me la. Aku try la konon nak ubah diri menjadi seorang yang menjaga kechantekkan gitu. Bangsa yang sebelum tido sapu lotion, pastu ada satu botol kecik lotion lagi dalam beg nak buat sapu-sapu kalau duduk bawah aircond lama sangat kat opis. Sudahnya sampai naik kuning lotion tu berkepam tak guna. Lagipun rasa macam rugi la pulak pakai lotion, kang nanti aku masuk toilet, basuh tangan. Dahhhh rugi. Nak kena sapu lotion balik. Kejap lagi kang, nak solat, basuh lagi. Rugiiiiii lagi. Lama-lama aku malas. Cakap la ap je lotion yang aku tak try. Vaseline, Baby Johnson, Nivea, Mark & Spenser, Estee Lauder....semua aku balun. Tapi balun sekali dua je la. Ujung-ujung jadi tukun.

Bila aku start pakai Ephyra, alhamdulillah, kulit jari aku memang dah tak menggelupas. Dah takde dah putih-putih kat tepi hidung. Padahal muka aku ni sentiasa pakai mosturizer tapi tetap gak ada putih-putih. Sampaikan aku menyampah nak keluar rumah sebab bila pakai bedak the putih-putih tu lagi nampak clear. Muka aku dah jadi macam berkerak busuk tak mandi pagi okeh.



Ni muka aku baru kejap tadi.
Tensen ngan shipment, aku balik. Blogging lagi bagus.
Gambar tanpa secalit mekap. No filter. Edit hanya untuk mosaic rambut and leher. Muka takde edit. Tak mahen la kamera 360. Hahahahaha.
Ok tak?
Ok la kan.
Ai bukan model u olss.
Harus la muka tak berapa nak flawless.
Tapi untuk bangsa yang malas pakai lotion, malas minum air putih banyak, aku rasa dah ok dah kot kulit muka aku at age 36.
Yang penting, bibir.
Bibir aku pink-pink sikit walau tak pakai lisptik. Inilah perubahan paling awal yang aku notice lepas ambik Ephyra 3 hari. Bibir jadi licin and pink (or maybe merah. Ntah, aku tak tau. Aku buta warna sikit)
Dagu senget tu mohon abaikan.


Pemenang 1 kotak Ephyra 30 sachet + gift + discount card




Dia suruh blurkan muka, very shy katanya.


Tell me about rambut gugur!!!!!!
Aku la yang paling ada masalah dengan rambut gugur sejak bersalinkan Rayyan.
Bibik Lenny 2 tahun keje dengan aku, dia la manusia yang paling tau berapa banyak rambut aku ada dalam shower. Aku tukar macam-macam shampoo - Dove, Senscience, Kerasys, Rejoice, Pantene, Kerastase, Himalaya, Redken, Regan....sampaikan aku beranikan diri la masuk Yun Nam. Sikit lagi nak kena kencing ngan Yun Nam. Shampoo bawang je aku blom try sebab bila baca-baca review orang kata bau dia kuat sangat. Memang teruk rambut aku gugur sejak bersalinkan Rayyan. Dulu aku ikat rambut kena pakai 2 getah yang tebal. Bila dah banyak gugur, pakai satu je pun dah cukup, tu pun yang bangsa getah halus tu. Pastu anak rambut aku dah tak banyak. Kalau aku ikat rambut, dah takde dah anak rambut kat dahi. Siap ada sulah lagi. Gila risau aku.

Alhamdulillah, like some yang dah guna Ephyra, slowly, rambut aku kurang gugur. Lenny selalu tanya aku pakai shampoo apa sebab bila dia kemas-kemas shower aku dia dah jarang nampak selonggok rambut. Aku pun sebenarnya tak notice pun pasal berapa longgok rambut aku tertinggal kat shower tapi bila aku ikat rambut dah nampak banyak anak rambut kat dahi, aku rasa puas. Korang kalau ada rambut gugur, cuba check berapa panjang rambut yang gugur tu. Kalau yang gugur tu helaina yang panjang-panjang, itu takpe. Tapi kalau yang gugur tu rambut yang pendek-pendek, tu namanya malapetaka. Sebab anak rambut or rambut baru sepatutnya lebih kuat and tak mudah gugur. So kalau rambut pendek yang gugur, pandai-pandailah ya.

Kepada yang dah hantar testimoni, sabarrrrr.
Aku takleh nak umumkan serentak. Bankrupt ai nanti.

Yang menang Contest Ephyra ni akan dapat :

* 1 kotak Ephyra 30 sachet
* gift
* discount card (aku hantar melalui email). Sesiapa yang rasa kawan dia kat atas ni yang menang, silakan mengendeng pada beliau untuk join beli Ephyra dengan harga kaw menggunakan discount card dia. Hehehe.

Siapa nak try test kot-kot menang, boleh join contest dengan mengklik link kat bawah nun.


KLIK HERE : EPHYRA CONTEST
KLIK HERE : WOMEN SKINNY JEANS
KLIK HERE : SUPERDRY HOODIE JACKET


posted by aveo757 @ 1:36 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER